lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
SUKMA 2018 : Judo Tuai Tiga Emas
IPOH - Pasukan judo  menyumbangkan tiga emas, satu perak dan satu gangsa untuk membawa Terengganu ke kedudukan teratas pungutan pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak edisi ke-19. sehingga petang ini.Emas disumbangkan Muhammad Izham Harun (bawah 60kg  lelaki), Mohamad Aizul Hilmi Zainudin (bawah 73kg lelaki) dan Nur Ain Hafieezza Amran (atas 70kg wanita.Pingat perak pula disumbangkan oleh Muhammad Alif Asnawi Azman (bawah 55kg lelaki) serta gangsa pula terhasil daripada Muhammad Nur Muizzuddin Mahsan (bawah 66kg lelaki) dan Zuraida Ahmad (bawah 63kg wanita).Acara seni mempertahankan diri berkenaan yang bermula hari ini dan berakhir pada Jumaat ini (14 September) berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Krian, Kerian, di sini, menawarkan keseluruhan 16 pingat emas, 16 perak dan 32 gangsa.Pasukan judo Terengganu diperkuatkan di bawah ketua jurulatih Marjan Abdullah dan dibarisi 18 atlet pula mensasarkan lima emas, dua perak dan lima gangsa sepanjang temasya kali ini.SUKMA 2018 yang berlangsung dari 12 hingga 22 September ini mempertandingkan sebanyak 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.
12 Sep 18
778
Empty Image
MB Terima Kunjungan Hormat TSG
Ahmad Farhan menyerahkan jersi kuning kemenangan Le Tour De Langkawi 2018 kepada Dr Ahmad Samsuri semasa kunjungan hormat TSG di Pejabat Menteri Besar, hari ini. Foto Oleh: Abu Ubaidah Mohd Noor Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini menerima kunjungan hormat pasukan berbasikal profesional, Terengganu Cycling Team (TSG) di pejabatnya di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.Rombongan yang diketuai Ahmad Farhan Abdul Wahab selaku Ketua Pengarah Eksekutif TSG itu mengadakan perjumpaan kira-kira sejam dengan Menteri Besar.Turut menyertai perjumpaan itu pihak pengurusan TSG dan juga para pelumba.Dalam pertemuan itu, pelbagai perkara dibincangkan termasuk perancangan, hala tuju serta keazaman TSG untuk berada pada tahap tertinggi dalam dunia berbasikal.Pada perjumpaan itu juga, Dr Ahmad Samsuri turut menerima jersi kuning kemenangan Le Tour De Langkawi 2018 dan lebih membanggakan, TSG melakar sejarah negara menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang menawan jersi kuning selaku juara keseluruhan dalam masa 22 tahun.Malah, pasukan TSG bukan sahaja bertindak sebagai duta pelacongan tetapi turut membawa nama Terengganu dalam setiap kejohanan disertai khususnya di peringkat antarabangsa.
12 Sep 18
63
Empty Image
SUKMA 2018 : Aisyah Kutip Emas Pertama Terengganu
Oleh : Aida Abd Rahman dan Mastura Jamal DinIPOH - Sukan berbasikal yang disasarkan sebagai lubuk emas, menyumbang kilauan pingat itu yang pertama untuk Terengganu menerusi Nur Aisyah Mohamamad Zubir sempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Perak 2018, pada hari kedua, hari ini.Pada acara final di Arena Square, Batu Kurau, di sini, Nur Aisyah, 21, menepati sasaran bagi kategori berbasikal wanita 30 kilometer (km) individu wanita, menewaskan pencabar terdekatnya, Nurul Najihah Inani A. Aziz juga dari Terengganu yang meraih pingat perak.Pingat gangsa pula berjaya dimenangi Yeong Zhen Yi dari Wilayah Persekutuan.Selain Aisyah, emas kedua berbasikal turut disumbangkan Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff menerusi acara 40 km individu lelaki dan perak kedua Terengganu pula dihasilkan Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri bagi kategori yang sama.Sehingga petang ini, acara berbasikal menghadiahkan dua emas dan dua perak buat kontinjen Terengganu sekali gus melonjak carta untuk berada di kedudukan kedua teratas.Untuk rekod, sukan berbasikal menjadi taruhan terbaik kontinjen Terengganu untuk menuai emas dalam misi memburu juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19, di Perak yang bakal bermula hari ini.Sembilan kilauan pingat emas dalam acara berbasikal menjadi sandaran buat kontinjen Terengganu kali ini.Ketika SUKMA edisi ke-18 di Sarawak pada 2016, skuad berbasikal Terengganu meraih 14 pingat emas dan menjadi penyumbang emas terbesar buat kontinjen negeri.Pada SUKMA 2014 di Perlis, sukan kanu menjadi lubuk emas buat Terengganu apabila menggondol 14 pingat, manakala di Kuala Lumpur pada 2013, kita berjaya meraih 12 pingat emas.Sukan boling padang, sepak takraw, petanque dan tinju juga menjadi sasaran MSNT mengutip dua pingat emas, manakala gimnastik, hoki, golf, muay thai serta ibu segala pingat iaitu bola sepak masing-masing menjadi sandaran untuk menambah satu lagi pingat emas.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.
12 Sep 18
505
Empty Image
SUKMA 2018 : Perasmian Penuh Gemilang
Perasmian SUKMA Ke-19 di Stadium Perak.Foto oleh:Harish Fadzillah KassimIPOH - Selepas 24 tahun, padang Stadium Perak kembali bergemerlapan sebagai tuan rumah buat kali kedua, Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 membuka tirai secara rasmi dengan penuh gemilang meskipun hujan renyai, malam ini.Keadaan itu tidak menghalang lebih 30,000 orang ramai membanjiri stadium seawal jam 6 petang bagi menanti penuh sabar acara kemuncak pengisytiharan perasmian yang disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.Hadir sama, Menteri Besar Perak, Tuan Ahmad Faizal Azumu; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; menteri-menteri, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.Pada majlis yang diserikan dengan persembahan pembukaan Indera Sakti membabitkan 700 peserta itu turut menggunakan lampu laser berteknologi tinggi yang ditembak pada skrin layar berada di tengah padang Stadium Perak.Kepelbagaian persembahan kebudayaan, replika mata keris gergasi yang dijadikan sebagai obor menjadi antara tarikan kepada penonton pada majlis perasmian SUKMA Perak 2018, kali ini.Kontijen Terengganu di Majlis Perasmian SUKMA Ke-19 2018 di Stadium PerakSUKMA 2018 akan berlangsung dari 12 hingga 22 Sept ini dengan mempertandingkan sebanyak 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.
11 Sep 18
111
Empty Image
SUKMA 2018 : Lahirkan Nama Besar Seperti Azizulhasni
IPOH - Matlamat penganjuranSukan Malaysia (SUKMA) bukan hanya bertujuan untuk menyediakan satu platform kepada atlet muda mempamerkan bakat dan kebolehan mereka, sebaliknya menghasilkan jaguh di peringkat antarabangsa seperti pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang.Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, bagi Kementeri Belia dan Sukan (KBS) serta MajlisSukan Negara, temasya itu begitu penting dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai atlet yang berbakat dan berpotensi untuk dilatih bagi membawa cabaran negara ke peringkat yang lebih tinggi."Kita berharap atlet-atlet yang dilahirkan menerusi temasya ini akan mampumengambil alih kekosongan yang akan ditinggalkan oleh atlet senior negara satu hari kelak."Sejarah pengelolaan temasya ini telahmembuktikan nama-nama besar seperti Dato’ Lee Chong Wei, Dato’ Nicol David, Azizulhasni Awang, Shalin Zulkifli, Pandelela Rinong, Khairul Hafiz Jantan, Goh Jin Wei semuanya dilahirkan menerusi SUKMA," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian SUKMA Ke-19 Perak 2018, di Stadium Perak, di sini, malam tadi.Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Sultan Perak Darul Ridzuan, SultanNazrin Muizzuddin Shah.Baginda diiringi Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.Hadir sama, Menteri Besar Perak, Tuan Ahmad Faizal Azumu.Menurut Syed Saddiq lagi, selain dari pada itu, temasya yang melibatkan pelbagai jenis sukan dan acara ini juga merupakan medan terbaik kepada kontinjen negeri termasuk Negara Brunei Darussalam, mengukur sejauh mana keberkesanan program latihan dan pembangunan sukan yang  dilaksanakan selama ini.Oleh kerana itulah, beliau berkata, KBS  berharap, temasya itu akan sentiasa menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan di negara kita."Kerajaan Negeri turut sama memainkan peranan dalam memastikan matlamat tersebut dapat dicapai."Kita semua haruslah menerima hakikat bahawa tugas untuk membangunkan sukan adalah tanggungjawab bersama Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri,"katanya.
11 Sep 18
72
Empty Image
SUKMA 2018 : Sembilan Emas Sandaran Atlet Berbasikal
Ibni (tengah) bersama penyumbang pingat pertama Terengganu bagi acara wushu Mohamad Afiq Danial Firdaus Chua, di temasya SUKMA 2018, hari ini. Foto Harish Fadzillah Abu KassimKUALA TERENGGANU - Sukan berbasikal menjadi taruhan terbaik kontinjen Terengganu untuk menuai emas dalam misi memburu juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19, di Perak yang bakal bermula Rabu ini.Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu, berkata sembilan kilauan pingat emas dalam acara berbasikal menjadi sandaran buat kontinjen Terengganu kali ini."Ketika SUKMA edisi ke-18 di Sarawak pada 2016, skuad berbasikal Terengganu meraih 14 pingat emas dan menjadi penyumbang emas terbesar buat kontinjen negeri."Ketika SUKMA 2014 di Perlis, sukan kanu menjadi lubuk emas buat Terengganu apabila menggondol 14 pingat, manakala di Kuala Lumpur pada 2013, kita berjaya meraih 12 pingat emas."Jadi, dalam temasya di Perak ini, selepas kanu tidak dipertandingkan, kami harap skuad berbasikal mampu mengulangi pencapaian itu dan menjadi penyumbang terbesar pingat emas serta berjaya mencapai sasaran diidamkan," katanya.Selain acara berbasikal, sukan memanah, pelayaran dan judo turut menjadi sandaran terbaik untuk memburu sekurang-kurangnya lima pingat emas bagi setiap acara sukan itu."Kita turut menyasarkan sekurang-kurangnya tiga kutipan pingat emas dalam sukan angkat berat, menembak, pencak silat dan taekwondo,” katanya.Sukan boling padang, sepak takraw, petanque dan tinju juga menjadi sasaran MSNT mengutip dua pingat emas, manakala gimnastik, hoki, golf, muay thai serta ibu segala pingat iaitu bola sepak masing-masing menjadi sandaran untuk menambah satu lagi pingat emas.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.Sumber : Berita Harian Online 
11 Sep 18
82
Empty Image
Takraw Sasar Dua Emas SUKMA - Dato' Dr Khairuddin
Dato' Dr Khairuddin (tengah) bersama 'anak angkat' Pasukan Takraw Terengganu.Oleh: Nizam At-TakiriKUALA NERUS - Pasukan Takraw Terengganu mensasarkan dua pingat emas untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang berlangsung pada 11 hingga 22 September di Perak.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pasukan tersebut akan menghantar seramai 28 orang atlet yang terdiri daripada 11 atlet wanita dan 17 atlet lelaki.“Dengan berkat doa daripada rakyat Terengganu dan moto 'Terengganu Nelang', insya-Allah Pasukan Takraw Terengganu akan merangkul dua pingat emas yang menjadi sasaran untuk SUKMA tahun ini," katanya.Beliau yang juga merupakan 'bapa angkat' pasukan takraw negeri berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Majlis Makan Malam Bersama Pasukan Takraw Terengganu di Duyong Marina Resort, Pulau Duyong, semalam (10 September).Majlis dihadiri oleh 28 atlet peserta dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Takraw Terengganu.Turut hadir, wakil Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang menjadi penaja rasmi bagi Pasukan Takraw Terengganu.
11 Sep 18
121
Empty Image
Gangsa Jadi Sandaran Pasukan Bowling
Ustaz Ariffin Deraman.Oleh: Ahmad FadhilahMARANG - Pasukan Bowling Terengganu yang akan berentap di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 menjadikan pingat gangsa sekurang-kurangnya sebagai sandaran untuk Negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, tidak mustahil pasukan bowling negeri dapat memperoleh pingat dalam SUKMA kali ini."Kita telah menyediakan kemudahan dan telah memberi semangat sebagai satu suntikan untuk mereka menghadapi perlawanan yang bakal berdepan dengan pihak lawan yang hebat," ujarnya.Beliau yang juga merupakan bapa angkat pasukan bowling negeri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai Majlis Ambang Maal Hijrah 1440 Hijrah di Masjid Sultanah Nur Zahirah, Bandar Marang, semalam (10 September).Majlis bermula pada jam 7 petang dimulai dengan bacaan doa akhir tahun hijrah, solat Magrib, solat sunat hajat serta bacaan Surah Yaasin.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.
11 Sep 18
221
Empty Image
SUKMA 2018 : Wushu Sumbang Pingat Pertama Buat Terengganu
Mohamad Afiq Danial ketika beraksi acara Jianshu.Foto oleh: Harish Fadzillah KassimOleh: Aida Abd Rahman dan Mastura Jamal DinIPOH-Atlet Wushu, Mohamad Afiq Danial Mohd Firdaus Chua muncul penyumbang pingat pertama kontinjen Terengganu pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 Perak 2018 selepas meraih gangsa dalam acara Jianshu (pedang) yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak sebentar tadi.Gangsa menjadi milik atlet Melayu tunggal dari Terengganu itu selepas mengutip 9.38 mata hanya ketinggalan 0.02 mata dengan pencabar terdekatnya dari Sarawak, Elvic Bong Qian Zhen yang meraih pingat perak.Sementara emas pula berjaya dimenangi oleh Si Shin Peng dari Melaka yang mengumpul 9.48 mata.Mohamad Afiq, 16 ketika dihubungi berkata, dia tidak mensasarkan sebarang pingat dalam temasya peringkat kebangsaan ini, namun gangsa pertama buat kontinjen Terengganu itu menjadi momen terbaik yang menyuntik semangat untuk beraksi pada acara kegemarannya, kategori Changquan (tanpa senjata) pagi esok.Afiq yang mendapat bimbingan jurulatih, Chong Min Fei dan Qin Gan, juga akan beraksi bagi kategori Qiengshu (tombak) pada Khamis, di mana kategori itu turut disertai empat atlet negara.Menurut anak kedua kepada pasangan Mohamad Firdaus Chua Abdullah dan Zanariah Dahlan itu lagi, keluarganya turut  hadir memberi sokongan kepadanya sekali gus memberi inspirasi untuk memberi persembahan terbaik ketika di gelanggang.Beliau juga berterima kasih atas sokongan keluarga, jurulatih dan kerajaan negeri khususnya Majlis Sukan Negeri Terengganu yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk beraksi pada penampilan sulung ini.
11 Sep 18
747
Empty Image
SUKMA Peluang Lakar Sejarah - Datuk Tengku Hassan
Datuk Tengku Hassan (kiri) memberi kata-kata semangat kepada para pemain.Oleh: M. ShukriPERAK - Pasukan Badminton Terengganu harus menjadikan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 sebagai medan lakaran sejarah dan mengharumkan nama negeri.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, beliau mengharapkan agar setiap pemain tidak berasa gentar kepada pihak lawan."Kita harus cuba mencipta sejarah yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan para pemain dan pengurus Pasukan Badminton Terengganu, kelmarin (9 September).Seramai 10 orang pemain termasuk 8 lelaki dan 2 wanita menjadi sandaran Persatuan Badminton Terengganu (PBT) untuk meraih pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018.Katanya lagi, biarpun tanpa pemain berpengalaman untuk mencabar pasukan lawan yang mempunyai kelebihan, kejayaan tetap mampu diraih dengan kesungguhan.Datuk Tengku Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang menyarankan agar para pemain  tidak mudah berputus asa atau kecewa."Perlu ada semangat juang yang tinggi untuk mencabar lawan," tambahnya.
10 Sep 18
60