Artikel "Sukan" Terkini
SUKMA 2018: Lima Emas Petanda Baik
Ustaz Hilmi (kiri) dan Tengku Farok meraikan kemenangan Fakrul Adam yang meraih pingat emas di SMJK Krian, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimOleh: Ahmad MawardiKERIAN - Lima pingat emas dari acara judo merupakan petanda terbaik untuk Terengganu mencipta kejayaan mencapai misi mengembalikan kejuaraan pada temasya edisi ke-19 ini.Bapa angkat pasukan judo Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato' Harun berkata, kejayaan merangkul emas tertinggi itu membawa Terengganu ke kedudukan teratas pungutan pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA), sehingga semalam.Katanya, pencapaian itu juga memberi petunjuk terbaik untuk judo terus mendominasi SUKMA edisi ke-20 nanti.Lima pemenang pingat emas judo, Fakrul Adam Jose M Cruz @ Fauzi Cruz, Nur Ain Hafieza Amran, Alya Yasmeen Rosali, Mohamad Aizul Hilmi Zainudin dan Muhammad Izham Harun.Empat pingat perak pula diraih oleh Nik Mohd Alfian Nik Azman, Mohd Alif Asnawi Azman, Nurul Safiqah Mohd Raslin dan Intan Nur Hayati Mahathir.Manakala pingat gangsa pula hadir menerusi Muhammad Fizwan Abdur Rahman, Nasuha Mohd Khairi, Zuraida Ahmad dan Muhammad Nur Muizzudin Mahsan."Kejayaan tersebut menjadi penyuntik semangat untuk mereka dan seluruh kontinjen sukan Terengganu dan mencipta kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.“InsyaAllah kita berharap ada peningkatan pingat emas atlet judo dengan meningkatkan semangat dalam latihan dan memulakan persediaan awal untuk SUKMA di Johor pada 2020 akan datang,"katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Jenis Krian, di sini, semalam.Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Samiun Salleh merangkap Ketua Kontinjen Terengganu dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil yang juga Timbalan Ketua Kontinjen.Hadir sama, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Acara seni bela diri berkenaan yang bermula Rabu dan berakhir hari ini menawarkan keseluruhan 16 pingat emas, 16 perak dan 32 gangsa.Pasukan judo Terengganu diperkuatkan di bawah ketua jurulatih Marjan Abdullah dan dibarisi 18 atlet mensasarkan lima emas, dua perak dan lima gangsa sepanjang temasya kali ini.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.
14 Sep 18
604
SUKMA 2018 : Berbasikal Jelmakan Dua Pingat Lagi
Aisyah Mohamamad Zubir dan Sharifah Nur Ilyana Syed Zulkifli. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimTAIPING - Sukan berbasikal terus menceriakan kem Terengganu apabila menghadiahkan emas dan gangsa, hasil kayuhan ratu trek, Aisyah Mohamamad Zubir dan Sharifah Nur Ilyana Syed Zulkifli dalam kategori berbasikal 80 kilometer (km) individu wanita, pada hari keempat temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke -19, 2018, di sini, hari ini.Pada acara final di Arena Square, Batu Kurau, Nur Aisyah, 21, sekali lagi menepati sasaran bagi kategori itu apabila mengutip emas kedua peribadi pada temasya ini, selepas merangkul emas pertama bagi kategori berbasikal 60 km individu wanita semalam.Nur Aisyah selepas berjaya sampai di garisan penamat.Nur Aisyah berjaya mencatat masa 03:00:40 mengatasi pencabar terdekatnya dari Sarawak, Nur Azrenna Ahmad Jumry, pemenang pingat perak yang berkongsi catatan masa 03:00:41 dengan rakan seperjuangannya dari Terengganu, Sharifah Nur Ilyana.Setakat ini, Terengganu berjaya mengutip sepuluh emas, lapan perak dan sembilan gangsa untuk kekal menerajui carta pungutan pingat.Terengganu mengumpul keseluruhan 27 pingat dengan diekori rapat Pulau Pinang yang hanya dibezakan dengan kelebihan dua perak dan empat gangsa, sehingga petang ini.Menurut Pengurus pasukan, Ahmad Sabri Mustapa, atlet berbasikal yang mensasarkan sembilan emas berada di tahap terbaik apabila berjaya membaham tiga emas, tiga perak dan satu gangsa pada hari ketiga persaingan sukan itu.“Alhamdulillah, berkat kesungguhan, disiplin dan komitmen semua atlet, acara berbasikal telah meledak satu keputusan yang di luar jangkaan..saya berpuas hati setakat hari ini."Sasaran kita sembilan pingat emas dalam acara basikal dan sehingga hari ketiga kita sudah dapat tiga pingat emas jadi lepas ini kita tengok acara trek, kriterium, downhill, MTB dan BMX, pencapaian yang boleh kita lakukan," katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berharap momentum ini akan berterusan dan membantu Terengganu untuk gah kembali merampas juara SUKMA sekali gus mengekalkan status sebagai kuasa sukan negara.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.Untuk rekod, pada Sukma 2016 di Kuching, Sarawak, Nur Aisyah yang juga pelumba negara, mendominasi lima emas menerusi acara ujian masa individu dan berpasukan, lepas beramai-ramai, individu dan berpasukan serta kriterium.
14 Sep 18
584
SUKMA 2018 : Angkatan Padu Afiqah Sumbang Emas Buat Terengganu
TAPAH - Atlet angkat berat Terengganu, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri menambah satu lagi kilauan emas buat kontinjen Hanelang, sempena Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018, hari ini apabila angkatannya yang berjumlah 141 kilogram (kg) bagi kategori 48 kg wanita clean & jerk berjaya mengungguli mata tertinggi.Pingat perak pula dimenangi atlet Pahang, Siti Zaleha Yusop dengan jumlah angkatan 137kg dan gangsa milik atlet dari Sabah, Nilcy Tunik dengan angkatan 136kg.Kejayaan atlet Terengganu itu membaiki rekod penyertaan pertama kali beliau pada SUKMA ke-18 Sarawak dua tahun lalu dengan membawa pulang pingat perak.Nurul Afiqah, 18, anak kelahiran Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus, turut meraih gangsa bagi acara snatch wanita dengan jumlah angkatan 60kg, dalam pertandingan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Majlis Daerah Tapah, di sini.Kemenangan gangsa Afiqah dengan pemenang pingat emas (Pahang) dan perak (Perak) hanya dibezakan jumlah angkatan satu kilogram sahaja.Menurut atlet itu, sasaran satu perak dan satu gangsa yang disandarkan kepadanya kali ini berjaya dilepasi dengan memberi 'bonus' emas untuk kontinjen Terengganu."Saya menjadikan penyertaan pertama kali pada SUKMA lalu (Sarawak) sebagai pengalaman untuk membaiki prestasi pada kali ini."Alhamdulillah saya berjaya melakukan lebih baik dan meninggalkan pesaing agak jauh untuk emas (clean & jerk),"katanya.Tambahnya, sokongan semua pihak terutama ibu bapa, Aida Mohd Salleh dengan Muhammad Zamzuri Jusoh dan pengurusan angkat berat serta jurulatih, Azmer A Rahman menyuntik semangat untuk membuat sehabis baik pada persaingan itu tanpa menghiraukan perang psikologi pihak lawan.Beliau yang didedahkan dengan sukan itu sejak berusia 14 tahun ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri juga mahu menyasarkan koleksi emas peribadi kedua pada penyertaan SUKMA akan datang.Acara angkat berat di bawah jabatan angkat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu disertai 27 atlet menawarkan 32 emas bermula pertandingan hari ini dan akan berakhir 21 September nanti.
14 Sep 18
1373
SUKMA 2018 : Judo Lubuk Emas Terengganu
KERIAN - Judo mengekalkan status sebagai 'lubuk emas' untuk Terengganu pada Sukan Malaysia (SUKMA) apabila berjaya meraih pungutan emas tertinggi pada temasya edisi ke-19 ini, seterusnya mampu merealisasikan hasrat mengembalikan kejuaraan SUKMA untuk kali kelima.Terengganu menggondol lima pingat emas, empat perak dan empat gangsa daripada keseluruhan 16 emas yang ditawarkan dalam persaingan selama tiga hari yang bermula semalam, di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Krian, di sini.Ketua jurulatih judo Terengganu, Marjan Abdullah berkata, kejayaan itu membuktikan anak didiknya mencapai sasaran ditetapkan pada SUKMA kali ini."Secara peribadi, saya sedikit kecewa kerana saya sendiri sebenarnya sasar lapan emas, namun akhirnya dapat hasilkan lima emas kerana beberapa masalah teknikal."Bagaimanapun lima emas masih menepati sasaran negeri dan pasukan untuk edisi SUKMA ini. Alhamdullah mereka (atlet) menunjukkan prestasi terbaik," katanya ketika ditemui sejurus majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang acara itu.Dua emas hari ini diraih Alyaa Yasmeen Rosali dan Fakhrul Adam Jose M Cruz melengkapkan koleksi lima emas keseluruhan dengan tiga emas dihasilkan semalam oleh Nur Ain Hafieza Amran, Mohamad Aizul Hilmi Zainudin dan Muhammad Izham Harun.Manakala empat perak menerusi Nurul Safiqah Mohd Raslin, Nik Mohd Alfian Nik Azman, Mohd Alif Asnawi Azman dan Intan Nur Hayati Mahathir.Empat lagi pingat gangsa pula disumbangkan Muhammad Fizwan Abdur Rahman, Nasuha Mohd Khairi, Zuraida Ahmad dan Muhammad Nur Muizzudin Mahsan.Marjan yang juga ketua jurulatih judo kebangsaan berkata, walaupun pencapaian edisi ini sedikit merosot berbanding SUKMA 2013 dengan kutipan tujuh emas, sasaran terkini itu tetap rasional dengan mengambil kira pelbagai faktor.Pada masa yang sama, skuad Hanelang tetap berada di landasan sebenar untuk mengekalkan penguasaan bagi acara itu dengan hampir keseluruhan atlet masih layak meneruskan saingan pada temasya SUKMA akan datang.Tambah beliau, skuadnya diperkuat dengan 20 atlet termasuk pelapis dan atlet muda menerusi kendalian tiga jurulatih lain, Mohd Hadi Musa, Nor Izzatul Fazlia Mohammad dan Nor Asnida Abd Razak.Menurutnya, selain SUKMA, pasukan judo Terengganu turut dikenali sebagai kuasa besar sukan itu di negara ini dengan rekod juara kali ketujuh pada Kejohanan Judo Kebangsaan ke-55 Mac tahun lalu.SUKMA 2018 berlangsung dari 12 hingga 22 September ini menawarkan 427 pingat emas yang melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut bermula SUKMA 2008, 2010, 2011 dan 2012 mensasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa pada temasya kali ini.
13 Sep 18
920
SUKMA 2018: Judo Kekal Dominasi Pungutan Pingat
Atlet Judo Terengganu Hanelang.KERIAN - Kontinjen 'Terengganu Hanelang' mengekalkan penguasaan pungutan pingat bagi acara judo apabila meraih lima emas, empat perak dan empat gangsa sepanjang dua hari pertandingan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Perak 2018.Kelebihan itu turut menjarakkan kedudukan Terengganu dengan pesaing lain untuk kekal di tangga teratas dengan jumlah pungutan lapan pingat emas, tujuh perak dan lima gangsa sehingga petang ini.Seorang pemenang pingat emas judo, Fakrul Adam Jose M Cruz @ Fauzi Cruz, 20, dari Paka, pingat emas ini merupakan hadiah terakhir buat kontinjen Terengganu sebelum berundur dari bidang itu kerana had usianya yang sudah melepasi syarat penyertaan SUKMA."Ini merupakan penyertaan kali kedua selepas SUKMA 2013 di Kuala Lumpur yang mana pada masa tersebut gagal mendapat mana-mana pingat."Kekalahan tersebut menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk membuktikan bahawa gagal sekali bukan gagal selamanya dan saya berterima kasih kepada jurulatih saya yang banyak membantu untuk mencapai pingat emas pada hari ini," ujarnya ketika ditemui di SMJK Krian di sini hari ini.Nurul SafiqahSementara itu, bagi Nurul Safiqah Mohd Raslin,16, walaupun kecewa kerana gagal menyumbangkan emas namun tetap bersyukur dengan pingat perak yang berjaya diperolehi buat kali pertama menyertai SUKMA."Memang terkilan tetapi kesakitan pada bahu saya menyebabkan saya kurang fokus dan bertenaga untuk mengalahkan pihak lawan."Kecederaan di bahu berpunca dari masalah lama tetapi ia menjadi agak teruk kebelakangan ini menyebabkan pergerakan saya agak terbatas," katanya.Empat lagi emas disumbangkan oleh Nur Ain Hafieza Amran, Alya Yasmeen Rosali, Mohamad Aizul Hilmi Zainudin dan Muhammad Izham Harun.Pingat perak diraih oleh Nik Mohd Alfian Nik Azman, Mohd Alif Asnawi Azman dan Intan Nur Hayati Mahathir.Manakala pingat gangsa pula diraih menerusi Muhammad Fizwan Abdur Rahman, Nasuha Mohd Khairi, Zuraida Ahmad dan Muhammad Nur Muizzudin Mahsan.
13 Sep 18
1016
Atlet Pencak Silat SUKMA Dapat Tajaan Korporat
Ustaz Ridzuan Hashim menyempurnakan penyerahan sumbangan dan tajaan daripada Syarikat Botak Mining Sdn Bhd kepada Pasukan Pencak Silat Negeri Terengganu.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU - Pasukan Pencak Silat Terengganu amat bertuah kerana mendapat tajaan berupa baju T dari sebuah syarikat pembalakan yang berpengkalan di Kemaman, Botak Mining Sdn Bhd.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, beliau amat mengalu-alukan tajaan daripada syarikat korporat."Ianya merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat berkenaan," ujarnya.Beliau yang juga merupakan 'bapa angkat' pasukan pencak silat negeri berkata demikian dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Kompleks Majlis Sukan Negeri Terengganu, kelmarin (11 September).Sebanyak 40 helai baju T ditaja untuk kesemua 31 atlet silat dan selebihnya adalah untuk jurulatih dan pengurus pasukan.“Dengan adanya tajaan sebegini, para atlet kita akan lebih bersemangat kerana mendapat sokongan dan perhatian dari golongan korporat.“Kita mensasarkan empat pingat emas dalam acara silat pada temasya kali ini yang merupakan sebahagian daripada 69 sasaran pingat emas negeri untuk dinobatkan sebagai juara Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19," tambahnya.Turut hadir, Pengurus Pasukan Pencak Silat SUKMA Terengganu, Haji Alias Abas dan Pengarah Urusan Botak Mining Sdn Bhd, Maulana Jusoh.
13 Sep 18
1172
SUKMA 2018 : Wushu Lebur Rekod Raih Emas
GOPENG - Terengganu melebur rekod temasya Sukan Malaysia (SUKMA) sejak 32 tahun lalu apabila pertama kali mengutip emas bagi acara wushu di Kolej Matrikulasi Gopeng, di sini, pagi ini.Emas pertama wushu itu dihasilkan Wee Teck Siang, 18, bagi kategori sanda 60 kilogram lelaki selepas menewaskan Tan Xian Jun, dari Selangor menerusi tendangan knockout (KO).Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu berkata, atlet wushu berkenaan hanya disandarkan sekurang-kurangnya mendapat gangsa yang menjadi sasaran keseluruhan bagi acara wushu pada temasya kali ini."Alhamdulillah Teck Siang sudah berjaya memecahkan kebuntuan emas negeri sejak SUKMA dianjurkan menerusi kategori Sanda yang baru diperkenalkan dalam temasya ini."Kita hanya sasarkan beliau untuk membawa pulang gangsa, sebaliknya anak Terengganu ini berjaya menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna untuk Terengganu," katanya ketika ditemui sejurus majlis penyampaian hadiah acara itu.Turut hadir, Ketua Kontinjen Terengganu, Samiun Salleh.Ibni berkata, rekod terbaik Terengganu bagi acara wushu adalah memperolehi pingat perak ketika temasya SUKMA Terengganu 2008.Tambah beliau, kejayaan merangkul emas dihasilkan atlet dari Kuala Besut itu juga membuktikan latihan yang intensif dan komitmen semua pihak bagi memastikan sukan bukan tumpuan turut mampu memberikan pingat emas, akhirnya membuah hasil.Beliau berkata, kejayaan beliau ini juga memecahkan monopoli atlet wushu dari negeri lain seperti Melaka dan diharap menjadi inspirasi buat semua atlet tanpa mengira acara sukan sekali pun.
12 Sep 18
714
SUKMA 2018: Teck Siang Cipta Kejutan
Wee Teck Siang GOPENG - Skuad Wushu menuai emas keenam buat kontinjen Terengganu menerusi Wee Teck Siang yang mengungguli acara sanda kategori 60 kilogram (kg) lelaki di Kolej Matrikulasi Perak, di sini, sebentar tadi.Teck Siang,18, dari Kuala Besut berkata ini merupakan penyertaan kali pertama dalam Sukan Malaysia (SUKMA) dan tidak mengharapkan kemenangan kerana kebanyakan peserta mempunyai pengalaman dalam acara seni mempertahankan diri itu."Saya tak menjangka akan mendapat pingat emas kerana pada awalnya hanya mensasarkan pingat gangsa apatah lagi persaingan hebat dari awal dengan peserta Johor."Mula rasa takut dapat masuk final tetapi dengan kehadiran mak dan ayah serta penyokong dari Terengganu, saya mendapat kekuatan untuk buktikan saya boleh dan seterusnya menghadiahkan emas keenam untuk Terengganu yang juga emas pertama dari wushu setakat ini,"katanya.Teck Siang bersama sumber inspirasinya, ibu bapa dan adik yang sentiasa menemaninya.Anak kelima dari enam beradik itu berjaya mengalahkan lawan, Tan Xian Jun dari Selangor melalui tendangan knockout (KO) dan seterusnya melayakkan beliau memenangi acara tersebut.Tambahnya, sejak mula menceburi sukan Wushu pada Mac lalu, beliau tidak pernah menyesali apabila terpaksa menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik Muadzam Shah dalam bidang reka bentuk grafik kerana mahu memberi tumpuan dalam sukan itu."Saya tolak tawaran ini kerana jiwa saya lebih kepada sukan Wushu dan tidak pernah menyesal dengan keputusan ini lebih-lebih lagi keluarga memberikan sokongan penuh,"ujarnya lagi.Tenyata keputusan yang dibuat menyebelahinya apabila berjaya memenangi pingat emas pertama kali dalam Borneo Amature Challenge di Labuan pada Julai baru-baru ini.Ibunya, Lim Lee Boey, 53, ketika ditemui berkata dia dan suaminyaWee Chong Aik, 55, tidak pernah menghalang minat dan mempertikaikan keputusan dipilih oleh Teck Siang."Saya tetap menyokong dan kami membuktikan sokongan padu kami dengan hadir memberikan sokongan dan kata semangat setiap kali dia menyertai perlawanan supaya dia tahu yang doa kami sentiasa mengiringinya untuk capai kejayaan,"katanya.
12 Sep 18
713
SUKMA 2018 : Terengganu Lepasi Sasaran
IPOH - Terengganu memulakan persaingan Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19 Perak dengan momentum terbaik apabila melepasi sasaran pencapaian pingat pada hari kedua temasya, semalam.Kontinjen yang diketuai Samiun Salleh memperolehi lima emas, tiga perak dan tiga gangsa berbanding sasaran awal empat emas dan tujuh gangsa.Kelebihan 'bonus' satu emas itu diraih menerusi atlet judo yang membolot tiga emas, selain turut menghadiahkan satu perak dan tiga gangsa untuk kontinjen Terengganu mengukuhkan penguasaan di persada pungutan pingat.Menurut samiun, Terengganu berjaya melepasi sasaran pingat untuk hari kedua (semalam) dan ini satu permulaan yang baik untuk temasya kali ini."Kita berjaya kutip lima emas dengan tiga terhasil daripada judo, dua lagi berbasikal."Acara judo kita sasarkan mengutip dua emas pada hari ini, bagaimanapun kelebihan tiga emas pada kali ini memberi petunjuk baik untuk kita merampas semula kejuaraan SUKMA edisi ini,"katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman selepas mesyuarat khas bersama pegawai sukan kontinjen Terengganu, di Hotel Seri Malaysia, di sini, malam tadi.Tambah Samiun, pada hari ini juga terdapat tiga acara sasaran, iaitu wushu, judo dan berbasikal yang melangkah ke peringkat akhir dan dijangka dapat menambah pingat emas untuk Terengganu."Kelebihan kita mendapat pingat pada acara yang bukan sasaran akan menyuntik moral atlet untuk membuktikan mampu melepasi sasaran sebenar."Pada masa yang sama saya mahu semua pengurus sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan atlet agar dapat bersaing tanpa sebarang masalah yang menjejaskan fokus di gelanggang,"kata beliau lagi.
12 Sep 18
159
SUKMA 2018 : Terengganu Ungguli Kedudukan Teratas
Kedudukan Terkini pada hari keduaIPOH - Kontinjen Terengganu mula menunjukkan taring sebenar pada Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19 apabila berjaya melonjak di kedudukan terataspungutan pingat pada hari kedua temasya itu, dengan kelebihan dua gangsa berbanding Melaka yang mengekori di tangga kedua.Kontinjen yang diterajui Ketua Kontinjen, Samiun Salleh berjaya mengatasi Melaka dengan kutipan lima emas, tiga perak dan tiga gangsa.Manakala tuan rumah, Perak berada di tempat ketiga dengan dua emas, dua perak dan tiga gangsa.Emas pertama Terengganu dikutip menerusi Nur Aisyah Mohamamad Zubir mengungguli acara berbasikal 30 kilometer (km) perseorangan wanita dan emas kedua berbasikal pula disumbangkan Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff menerusi acara 40km individu lelaki.Tiga lagi emas Terengganu masing-masing disumbang melalui acara judo oleh Muhammad Izham Harun (bawah 60kg lelaki), Mohamad Aizul Hilmi Zainudin (bawah 73kg lelaki) dan Nur Ain Hafieezza Amran (atas 70kg wanita).SUKMA 2018 yang berlangsung dari 12 hingga 22 Sept ini dengan mempertandingkan sebanyak 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.
12 Sep 18
391