Artikel "Sukan" Terkini
SUKMA 2018: Pasukan Renang Baiki Prestasi
Arvin Shaun raih pingat pertama skuad renang.IPOH - Pasukan renang berpuas hati apabila merangkul satu pingat perak dan gangsa pada hari pertama acara itu dipertandingkan, semalam.Pingat itu diraih Arvin Shaun Singh Chahal dalam acara 200M lelaki gaya bebas dengan catatan masa 1:53:12 dan 400M Individual Medley (4:33:01) yang berlangsung di Kompleks Sukan MBI, di sini.Pungutan pingat tersebut memperbaiki rekod akuatik yang hanya memperoleh dua gangsa pada SUKMA edisi ke-18 di Sarawak dua tahun lalu.Pengurus pasukan, Phua Jiunn Young berkata sewaktu SUKMA Sarawak, Arvin masih belum matang dari segi teknikal."Kematangan dan teknikal beliau yang semakin baik membantu skuad memperoleh pingat. Beliau juga adalah tonggak utama skuad kami kerana memiliki pengalaman dan menjalani latihan di Australia sebelum kejohanan."Tetapi boleh dikatakan rata-rata skuad kita masih muda dari segi pengalaman. "Bagaimanapun, kami mengharapkan keajaiban dari perenang- perenang semoga kita dapat meraih pingat dalam acara disertai," katanya.Beberapa acara renang dan terjun dipertandingkan hari ini dengan 11 emas ditawarkan.Skuad renang SUKMA janji aksi terbaik.
17 Sep 18
266
SUKMA 2018: Panahan Saiful Lakar Kejutan
Muhammad Saiful IslamSERI ISKANDAR- Pemanah Terengganu, Muhammad Saiful Islam Mohd Rizuan, 14, mengembirakan pasukan Terengganu apabila panahannya dalam 30M Recurve individu lelaki menghasilkan pingat emas di Padang Universiti Teknologi Petronas, di sini, semalam.Beliau juga berjaya meraih pingat perak bagi acara 50M Recurve individu lelaki yang berlangsung pada sebelah pagi semalam.Remaja berasal dari Kuala Nerus itu menceburi sukan memanah selepas melihat sepupunya, Muhammad Izzat Haziqi Abdul Halim terpilih mewakili negeri dalam sukan tersebut."Ibu bapa saya juga memberi galakan dan sokongan bergiat dalam sukan ini. Bahkan, adik saya juga mula menceburi bidang ini," katanya.Ketua kontijen dan penolong penasihat pasukan meraikan kejayaan skuad memanah. Penyertaan pada edisi ke-19 ini merupakan kejohanan pertama dan kemenangan itu amat bermakna sebagai platform untuknya terus mencipta kecemerlangan."Kegembiraan ini saya kongsikan bersama ibu bapa, teman-teman dan jurulatih yang menyokong dan menyakini keupayaan saya," kata pelajar Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot itu.Dalam pada itu, pasukan memanah turut meraih pingat emas dalam 30M Recurve individu wanita melalui Nu Aqilah Yusof.Pencapaian itu sehingga semalam, menyaksikan Terengganu terus mendahului kedudukan pingat dengan 24 emas, 22 perak dan 22 gangsa.Nur Aqilah turut raih emas memanah.
17 Sep 18
717
SUKMA 2018: Impian Terengganu Lebur
Hishamuddin Abdul Karim dihubungi pemberita ketika turun padang memberi galakan kepada kontinjen Terengganu.Oleh : Mohd Zukifli MatIPOH - Terengganu hampa apabila terlepas peluang ibu segala pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak apabila tewas kepada pasukan Kedah 2-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, malam tadi.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, walaupun tewas di tangan pasukan Kedah, beliau akur dan berpuas hati dengan keputusan tersebut."Secara peribadi, saya berpuas hati dengan corak dan kualiti persembahan pemain Terengganu pada malam ini."Hanya nasib yang tidak menyebelahi Terengganu setelah tendangan penalti di masa tambahan oleh pasukan lawan."Apapun kita bersyukur dan akan terus perbaiki mutu dan kualiti pasukan", ujar beliau.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini (18 September).Hishamuddin Abdul Karim hadir bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir tersebut.Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, beliau merakamkan ucapan tahniah buat pasukan Kedah dan mengharapkan Terengganu terus bangkit untuk perlawanan menentang Sabah pada 19 September nanti."Terengganu masih berpeluang untuk meraih pingat gangsa dan masih berpeluang untuk menyumbang jumlah pingat yang dikutip kontijen Terengganu."Alhamdulillah, sehingga sekarang, Terengganu masih mengungguli jumlah kutipan pingat sempena SUKMA kali ini," tambahnya.
17 Sep 18
114
Felda Selasih A FC Juara! - Azman Ibrahim
Dr Azman Ibrahim menyantuni para pemain yang berentap dalam kejohanan tersebut.Oleh: Hidayah AzlinSETIU - Felda Selasih A FC dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Jabi dalam perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan tersendiri untuk merebut juara."Kedua-dua pasukan mempamerkan gaya yang menarik."Insya-Allah, Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Jabi akan dijadikan sukan tahunan pada tahun-tahun akan datang," ujarnya.Dr Azman Ibrahim berucap kepada hadirin yang hadir memeriahkan kejohanan tersebut.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Jabi di Padang Bola Kerandang, hari ini (17 September).Pasukan berkenaan berjaya menewaskan Tok Dor FC menerusi penentuan penalti 5-4.Menurut Dr Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, perlawanan berlangsung dengan aman dan mengambil masa selama sebulan setengah."Sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan ini."Aksi-aksi yang mencemaskan di pintu gol memukau para penonton."Tambahan pula, sorakan dan gendang tong drum dari penonton memberi semangat kepada pemain untuk beraksi walaupun dalam keadaan hujan."Saya merakamkan tahniah dan terima kasih kepada panitia kejohanan, pasukan pengadil, pengurus pasukan, jurulatih, pemain- pemain dan semua yang terlibat memeriahkan kejohanan ini," tambahnya.Turut hadir, Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Rafei Long Hassan dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Norisabri Ismail.
17 Sep 18
38
SUKMA 2018: Skuad Ragbi Peroleh Perak, Wan Hapandi Ucap Tahniah
Pasukan Ragbi Terengganu yang berjaya meraih pingat perak dalam SUKMA 2018.Oleh: Mohd AsrafIPOH - Skuad Ragbi Lelaki Terengganu meraih pingat perak setelah tewas kepada Kelantan dalam aksi final saingan ragbi 7 sebelah (7s) lelaki di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 Perak.Bapa angkat Skuad Ragbi Terengganu, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik menzahirkan rasa syukur terhadap pasukan ragbi di atas kejayaan membawa pulang pingat perak pada 16 September lalu.“Saya mengambil peluang merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Pasukan Ragbi Terengganu bermula dari jurulatih hingga kepada pemain pemain."Mereka telah menunjukkan suatu usaha yang gigih sehingga mencapai kejayaan merangkul pingat perak dalam pertandingan tersebut," ujarnya.Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri turut mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa serta mereka yang terlibat dalam usaha membangunkan sukan ragbi di Negeri Terengganu ini.Dalam perkembangan yang sama, kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat bagi Skuad Ragbi Terengganu untuk mencipta kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.“Semoga dengan kejayaan ini akan menjadi suntikan semangat kepada pasukan ragbi agar mencipta kejayaan yang lebih tinggi di masa hadapan," tambahnya.Sementara itu, skuad ragbi lelaki negeri telah diuji dengan penggantungan tunggak utama merangkap ketua pasukan mereka, Haikal Ibrahim kerana telah mendapat dua kad kuning pada perlawanan sebelum ini.Bagi ketua jurulatih, Izaimi Zainuddin, beliau berpuas hati dengan prestasi anak didiknya untuk temasya yang berlangsung kali ini.
17 Sep 18
383
SUKMA 2018: Emas Terakhir Safirredzuan
Safirredzuan (kanan) ceria bersama ibunya selepas menerima pingat emas acara 25 meter pistol individu lelaki.Oleh: Muhd LukmanIPOH - Penembak Terengganu, Safirredzuan Salim berjaya meraih bidikan emas menerusi acara 25 meter pistol individu lelaki hari ini dalam penampilan akhirnya di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.Lebih manis lagi, kejayaan Saffiredzuan turut diiringi dengan pingat gangsa oleh rakan sepasukannya, Nik Muhammad Luqman dalam acara yang sama.Atlet berusia 21 tahun itu berjaya mengatasi pencabar terdekatnya dari Pahang dengan kutipan 548 mata, manakala Nik Muhammad Luqman mengumpul 543 mata untuk kedudukan gangsa.Menurut Saffiredzuan, beliau berbangga dengan pencapaiannya dan juga rakan sepasukan."Alhamdulillah hari ini saya berjaya melakukan yang terbaik dan mendapat sokongan padu dari pasukan."Saya sangat gembira hari ini kerana menaiki podium bersama Nik Muhammad Luqman yang meraih gangsa," ujarnya.Menurut atlet itu, beliau pernah menyertai (SUKMA) 2014 dan berjaya memperoleh emas tetapi melalui acara berkumpulan."Dulu saya pernah bercita-bercita untuk dikalungkan pingat emas dalam acara individu, Alhamdulillah hari ini impian saya tercapai," kata beliau ketika ditemubual selepas Majlis Penyampaian Pingat kepada para pemenang, hari ini (17 September).Kedua-dua atlet ini turut memenangi pingat perak buat Terengganu menerusi acara menembak 25 meter berpasukan lelaki bersama seorang lagi atlet, Muhammad Amirul Hisyam.Tambahnya, beliau mahu menghadiahkan pingat emas itu kepada kedua ibu bapanya yang sentiasa menyokong beliau dan juga kepada Bapa Angkat Pasukan Menembak SUKMA Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat yang turut hadir dan mengalungkan pingat kepada para pemenang di Kompleks Menembak Darul Ridzuan hari ini.
17 Sep 18
738
SUKMA 2018: Takraw Terengganu Peroleh Emas, Khairuddin Ucap Tahniah
Pasukan Takraw Terengganu yang berjaya membidik pingat emas di dalam acara Takraw Lelaki.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS - Bapa angkat Pasukan Takraw Terengganu, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menzahirkan rasa syukur terhadap kejayaan pasukan takraw negeri yang memperoleh pingat emas di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak yang sedang berlangsung bermula 16 September lalu.Ahli Parlimen Kuala Nerus tersebut berkata, beliau mengharapkan agar prestasi cemerlang itu dapat dikekalkan pada masa akan datang."Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada atlet-atlet Takraw Terengganu di atas kejayaan yang dicapai."Saya juga berharap agar mereka dapat mewakili negara di acara-acara sukan dunia seperti Sukan “Southest Asian Games” (Sukan SEA) dan sebagainya," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini (17 September).Menurutnya lagi, Pasukan Takraw Terengganu menjadi berjaya menjadi johan dalam acara Takraw Lelaki sekaligus memenangi pingat Emas di SUKMA 2018 di Perak."Pemain-pemain tersebut kebanyakannya berasal dari Seberang Takir, Kuala Nerus," katanya.Pasukan Takraw Terengganu telah bertemu dengan Pasukan Takraw Pulau Pinang di peringkat akhir acara Takraw Lelaki setelah memenangi peringkat separuh akhir bertemu dengan Pasukan Takraw Perak.
17 Sep 18
77
SUKMA 2018: BMX Pamer Taring
Skuad BMX Terengganu.TAIPING- Pasukan berbasikal (BMX) mempamerkan aksi garang dengan membolot kesemua pingat emas dan menambah perak dalam perlumbaan BMX 350M yang berlangsung di Taman Tasik Kemunting, hari ini.Ahmad Syazrin Awang Ilah merangkul emas menewaskan rakan sepasukan, Saniy Syahmi Mohd Safiee ditempat kedua dalam acara lelaki dengan beza catatan masa 00:00.003 saat.Manakala, bagi acara wanita Siti Shahirah mencatat masa 00:39.745 saat meninggalkan rakan pasukan, Eddyna Nasuhar Zainal yang meraih perak dengan catatan masa 00:41.929 saat.Pasukan berbasikal BMX Terengganu pamer aksi cemerlang. Foto Harish Fadzillah KassimPengurus pasukan, Mazlan Md Jamil meluahkan kegembiraan atas kemenangan berganda tersebut."Kita hanya meletakkan sasaran pingat perak kerana menjangkakan saingan sengit dalam acara ini."Bagaimanapun kita berjaya merangkul emas dan perak dalam acara ini" katanya sambil menyifatkan latihan ketat selama dua tahun membuahkan hasil terbaik.Dalam pada itu, Mazlan turut berharap negeri lagi dapat mengikut jejak Terengganu dalam pembangunan sukan berbasikal BMX. "Sekiranya demikian, kita dapat wujudkan persaingan lebih meriah serta menyediakan lebih banyak bakat baru untuk mewakili negara dalam sukan ini," katanya.Bersaing sesama sendiri rebut tempat teratas.
17 Sep 18
283
SUKMA 2018: Pasukan Menembak Bidik Tiga Pingat
Safirredzuan merangkul pingat emas selepas menewaskan pasukan Pahang. Foto: Harish Fadzillah KassimIPOH: Memasuki hari ketujuh Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19, pasukan menembak menambah pungutan pingat buat Terengganu dalam pertandingan yang berlangsung di Kompleks Menembak Amanjaya di sini, hari ini.Dalam acara 25M Standard Pistol Individu lelaki, Safirredzuan Salim merangkul pingat emas setelah menewaskan lawan dari Pahang, Low Wei Chern dengan kutipan 548 mata.Manakala, rakan sepasukan beliau, Nik Muhammad Luqman Nik Omar meraih gangsa dalam acara sama dengan kutipan 543 mata.Sementara itu, Terengganu berjaya memungut pingat perak dalam acara 25M Standard berpasukan lelaki.Nik Muhammad Luqman.Trio yang disertai Safirredzuan dan Nik Muhammad Luqman bersama Muhammad Amirul Hisyam Luxman mengutip 1588 mata, 12 mata dibelakang pendahulu, Pahang.Pengurus pasukan, Tuan Mamat Tuan Ngah berkata, kemenangan yang dicapai hari ini merupakan bonus kepada pasukan."Bagi acara ini, kami tidak meletakkan sebarang sasaran pingat. Namun tiga pingat yang diperoleh memberi semangat kepada pasukan dalam baki saingan."Kita mensasarkan pungutan pingat untuk saingan esok dan lusa. Insya-Allah, dengan doa dan sokongan keluarga dan rakyat Terengganu sasaran itu akan dapat dicapai," katanya.Semalam, pasukan menembak terlepas peluang meraih pingat dalam acara 10M Air Raifal lelaki berikutan masalah teknikal.Pasukan menembak telah menyumbang dua emas, tiga perak dan satu gangsa dengan saingan berbaki dua hari.Safirredzuan turut menyumbang pingat perak semalam melalui acara 25M Rapid Fire individu lelaki.SUKMA edisi ke-18 di Sarawak dua tahun lalu, skuad menembak berjaya membawa pulang 15 pingat keseluruhan dengan empat emas, tujuh perak dan empat gangsa.Trio menembak Terengganu.
17 Sep 18
179
SUKMA 2018: Terengganu Terus Dahului Kutipan Pingat
IPOH- Terengganu terus mendahului senarai pungutan pingat pada hari ketujuh temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak Setakat jam 3 petang hari ini, kontinjen itu telah mengumpul 21 pingat emas, 20 perak dan 19 gangsa menjadikan keseluruhan kutipan 60 pingat.Pesaing terdekat adalah Wilayah Persekutuan dengan kutipan pingat emas (17), perak (12) dan gangsa (15)diikuti pasukan tuan rumah iaitu Perak dengan catatan pingat emas (13), perak (18) dan kutipan gangsa sebanyak 19 pingatKejayaaan membanggakan itu disokong dengan kekuatan acara berbasikal yang mampu mengutip 7 pingat emas, 7 (perak) dan 1 gangsa dengan keseluruhan 15 pingat, dikuti acara judo emas (5), perak (4) dan gangsa (4).Acara lain adalah angkat berat menyumbang pingat emas (3), perak (2) dan gangsa 2 pingat Manakala penyumbang 3 pingat emas untuk hari ini adalah dalam acara berbasikal BMX bagi lelaki dan perempuan dan satu pingat emas bagi acara menembak.
17 Sep 18
142