Artikel "Sukan" Terkini
SUKMA 2018: Slogan 'Win Back Mission’ Cabaran Buat Atlet
Ustaz Wan Hassan (kiri) memberikan kata semangat buat anak angkatnya, Pasukan Petanque Terengganu.Oleh: Nurul Zhahirah Mohamad ZahidIPOH - Berbekalkan slogan 'Win Back Mission’, atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu yang beraksi dalam temasya ke-19 di Perak bermula 12 sehingga 22 September berdepan dengan cabaran untuk merebut kembali kejuaraan.Bapa Angkat Pasukan Petanque Terengganu, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, slogan itu perlu disahut semua atlet untuk kembali menjuarai SUKMA seperti mana pernah dipegang sebelum ini, iaitu juara empat kali berturut-turut.Katanya, dia percaya semua atlet termasuk atlet pentaque mampu melakukan yang terbaik dan membawa pulang tiga pingat emas.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini (19 September).Menurut Ustaz Wan Hassan yang juga Ahli Parlimen Dungun, mereka bukan sahaja mewakili pasukan tetapi mewakili peminat-peminat sukan, kerajaan negeri dan rakyat Terengganu khususnya."Saya yakin dengan kemampuan Atlet Petanque Terengganu yang ternyata menunjukkan kesungguhan dan semangat."Pencapaian mereka setakat ini alhamdulillah memberangsangkan," tambahnya.
19 Sep 18
922
SUKMA 2018: Menembak Tuai Pingat Hari Terakhir
Pasukan menembak kekal positif dengan pencapaian kali ini.IPOH- Pasukan menembak terus mengutip pingat pada hari terakhir persaingan acara di Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19, hari ini.Satu emas menerusi Safirredzuan Salim dalam acara 25M Pistol lelaki individu membantu pasukannya menepati sasaran kontinjen.Manakala, satu perak turut diraih menerusi acara 25M Pistol lelaki berpasukan diwakili Safirredzuan, Muhammad Syafiqrul Firdaus Mohd Husni dan Nik Muhammad Luqman Nik Omar.Nur Muhammad Izham M. Azwi pula menghadiahkan dua gangsa melalui acara 50M Rifle 3 Position lelaki individu dan 50M Rifle 3 Position lelaki berpasukan (bersama Muhammad Nabil Mashudi dan Ahmad Azim Aizuddin Mohd Rafii) yang berlangsung di Kompleks Menembak Darul Ridzuan, di sini.Trio perak pasukan menembak.Pengurus sukan, Adi Hafiza Ariffin menegaskan pasukannya berjaya mengekalkan prestasi berdasarkan kutipan pingat yang diperoleh."Walaupun ramai beraksi kurang baik, kami masih menepati sasaran yang ditetapkan. Saya akui, terdapat banyak halangan untuk meningkatkan konsistensi atlet," katanya ketika ditemui hari ini.Beliau menyuarakan kebimbangan masa depan sukan itu di Terengganu berikutan ketiadaan lapang sasar untuk digunakan dan mengasah bakat pelapis baharu."Boleh dikatakan semua pemenang pingat kali ini akan meninggalkan pentas SUKMA selepas ini, jadi kita akan berdepan kekurangan pengalaman di SUKMA 2020 nanti. Kita ada bakat, tetapi tiada lapang sasar untuk berlatih menyebabkan ramai pelapis hilang minat dan pembangunan sukan ini terbantut."Atlet kita perlu ke luar negeri seperti Pahang, Perlis dan Subang, Selangor bagi mendapat peluang berlatih di lapang sasar. Ini membuatkan kita berdepan kekangan kos dan masa," katanya sambil berharap masalah itu mendapat perhatian kerajaan negeri.Pencapaian pasukan menembak boleh dianggap baik kerana selain mengekalkan prestasi mereka berjaya memecahkan rekod kejohanan melalui Muhammad Qamarul Naim Bin Abu Aziz dalam acara 50M Pistol Men's Qamarul yang melakar 541 mata, memadam rekod lama milik bersama Muhamad Muthaihir Johari dan Jasmi Mohamad Zin (540 mata) pada 2012 dan 2014.Pada SUKMA edisi ke-18 lalu, pasukan menembak berjaya membawa pulang 15 pingat untuk Terengganu.Trio gangsa pasukan menembak.
19 Sep 18
239
SUKMA 2018: Kuartert Terengganu Hadiah Emas Berganda
Kuartet wanita bersama bapa angkat olahraga, Hishamuddin Abdul Karim dan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu, Dato' Wan Hisham Wan Salleh.IPOH - Kem Terengganu petang ini ceria apabila dihadiahkan pingat berganda oleh pasukan olahraga dengan pungutan dua emas dalam acara 4 X 100 meter yang berlangsung di Stadium Perak, di sini, hari ini.Kuartert wanita diwakili Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka, Azreen Nabila Alias, Nurul Alyssa Azman dan Siti Norzullaika Ramli menggondol emas setelah mudah mengatasi kuartet Sabah (perak) dan Kedah (gangsa) dengan catatan masa 47.01s.Gandingan itu memperbaiki rekod SUKMA Sarawak 2016 lalu yang hanya membawa pulang pingat perak dengan catatan masa 47.56s.Pencapaian luar biasa kuartert lelaki raih emas.Manakala, kuartert lelaki meraih emas menerusi gandingan Muhammad Saifuldin Rizuan Mohamad Ariffin, Muhammad Zulfiqar Ismail, Ahmad Firdaus Zakaria dan Abdul Wafiy Roslan dengan catatan 40.21s.Pada SUKMA 2016 di Sarawak, Terengganu tidak menghantar wakil dalam saingan yang menyaksikan rekod 4X100M lelaki SUKMA diperbaharui oleh kuartet Melaka dengan catatan 39.89s.Dalam pada itu, Ruslem Zikry Putra turut menghadiahkan gangsa dalam acara 400M Hurdles lelaki.Ruslem turut menyumbang pingat.
19 Sep 18
190
SUKMA 2018 : Baki Tiga Hari Lagi, Terengganu Yakin Jadi Juara
Yakin! Terengganu akan jadi juara SUKMA 2018 dan Insentif istimewa menanti para atlet - Ustaz Wan Sukairi. Foto - Abu UbaidahKUALA TERENGGANU - Dalam tempoh tiga hari SUKMA berbaki Kerajaan Terengganu Yakin akan dapat menjuarai temasya kali ke yang sedang berlangsung di negeri Perak Darul Ridhuan.Justeru itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO Negeri Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, insentif luar biasa akan diberikan oleh jika kontinjen Terengganu sekiranya menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, yang akan melabuhkan tirainya Sabtu ini.Katanya, insentif tersebut akan diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pada majlis penutup SUKMA yang sedang berlangsung di Ipoh, Perak."Kerajaan negeri masih merahsiakan bentuk insentif luar biasa yang ditawarkan kepada kontinjen Terengganu, jika muncul juara keseluruhan sukan edisi ke-19."Sehingga tengahari tadi, kontinjen Terengganu masih menerajui takhta pungutan pingat Sukma 2018, apabila berjaya mengumpul 27 emas, 26 (perak) dan 25 gangsa," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dipejabatnya Wisma Darul Iman pada semalam, Selasa, 18 September.Beliau memaklumkan atlet yang berjaya mendapat pingat emas memperolehi insentif wang tunai segera sebanyak RM3,000, RM2,000 (perak) dan gangsa berjumlah RM1,000."Kerajaan juga turut menyediakan insentif tambahan iaitu pakej menunaikan umrah kepada atlet Islam yang dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati Sukma 2018, manakala atlet bukan beragama Islam akan diberikan wang tunai sebanyak RM5,000," katanya.Mengenai kekalahan pasukan bola sepak Sukma Terengganu gagal ke perlawanan akhir untuk merebut pingat emas selepas tewas kepada Kedah, pada perlawanan separuh akhir malam tadi, Wan Sukairi berkata, kerajaan negeri terkilan dengan keputusan pengadil perlawanan yang memberi sepakan penaliti kepada skuad Lang Merah, pada minit ke-112, selepas dua pasukan itu terikat seri 1-1."Kerajaan negeri kagum dengan pemain yang beraksi bersungguh-sungguh untuk mara ke perlawanan akhir, tetapi perlu akur dengan keputusan pengadil yang memberi tendangan penalti kepada Kedah," katanya.
19 Sep 18
108
30 Pasukan Rebut Piala Penyelaras DUN Telemong
Oleh: Shahril AswadHULU TERENGGANU - Sebanyak 30 pasukan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong akan berentap dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Penyelaras DUN yang dianjurkan di Padang Bola Sepak Kampung Matang dan Kampung Kepah, di sini, pada 21 dan 22 September ini.Kejohanan yang julung kali diadakan itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Telemong dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Telemong, Kelab Bola Sepak Purnama FC dan Department of Arts, Culture and Sports (DACS) DUN.Pengerusi Penyelaras DUN, Mohd Safari Abu berkata, objektif penganjurannya adalah untuk membentuk semangat muhibah dalam kalangan pemain terutama golongan belia yang datang dari seluruh pelusuk kampung dalam DUN ini.“Selain itu, kejohanan ini adalah untuk mendekatkan Pusat Khidmat kepada anak muda dan masyarakat melalui aktiviti sukan bukannya hanya program kemasyarakatan semata-mata", Katanya.Beliau berkata demikian ketika hadir dalam majlis pengundian pasukan bertanding di Bilik Syarahan Pejabat Daerah Hulu Terengganu semalam.Menurut Safari lagi, kejohanan berkenaan menawarkan hadiah RM1,500, piala pusingan dan medal kepada juara, manakala tempat kedua RM1,000 dan medal dan ketiga serta keempat masing-masing bakal membawa pulang RM400 beserta medal dan RM400 tanpa medal.Justeru itu, beliau menjemput seluruh masyarakat yang meminati sukan bola sepak hadir beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding sambil memupuk penyatuan di kalangan komuniti setempat.
18 Sep 18
230
Mufti Terkejut Jadi ALP MSNT
Dato' Dr Zulkifly Muda
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu melantik Mufti Negeri, Dato' Dr Haji Zulkifly Muda sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) untuk perubahan Islamis secara 'tertib'.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, menjadi harapan kerajaan agar mufti dapat bekerjasama membuat perubahan itu dalam arena sukan negeri.
"Sohibus Samahah Dato Mufti Terengganu agak terkejut apabila saya melantik beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu sebaik saya diamanahkan menjadi Pengerusi Portfolio Pembangunan Belia, Sukan dan Ngo.
"Saya mahu Dato Mufti bersama saya untuk kita lakukan perubahan membawa Sukan Terengganu bersesuaian dengan dasar Islam kerajaan baru Terengganu, " katanya di status facebook beliau mengulas perkembangan positif kehadiran mufti sebagai warga MSNT.
Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam memberi jaminan bahawa beliau akan lakukannya secara "tertib terning" dan tidak gopoh.
"Alhamdulillah Dato Mufti bersetuju dan gembira dengan pendirian itu, " jelasnya.
Beliau berkata, ramai yang mengharapkan perubahan dalam Sukan sama ada jenis sukan mahupun penampilan para atlet lelaki mahupun perempuan.
"Itu juga yang saya dan Kerajaan kita mahukan, tapi semua itu tidak boleh kita lakukan seperti memetik suis lampu. Kita bukan menguruskan robot tapi manusia.
"Sebab itu apabila ada atlet wanita kita yang menjuarai sekaligus memecah Rekod SUKMA Larian 100 Meter dengan penampilan yang 'totally' berbeza dengan yang lain maka kita raikannya dalam erti kata kita sangat menghargai kesanggupannya untuk berbeza penampilan dengan saingannya yang lain, " ujarnya.
Katanya, ini sekaligus memberi signal bahawa dengan penampilan begitu pun masih boleh menang kerana yang penting ialah kelajuannya bukan pakaiannya.
"Kita harus memberi semangat kepadanya bukan memberi kata kata negatif seperti " itu bukannya menutup aurat yang sebenar" , "itu sekadar menutup urat", dan banyak lagi kata kata yang tidak membina, " katanya.
Beliau bimbang kata kata itu akan melemahkan semangat yang lain untuk turut mencontohinya.
"Insya Allah saya bersama YB Ustaz Hishamuddin dan Dato Mufti serta Pengarah MSNT juga yang lain akan kita lakukan perubahan dengan sebaik mungkin.
"Kita Pendakwah harus lakukan seruan dengan baik bersama alternatif dan bukannya memperlekeh atau sinis, " jelas beliau lagi.
18 Sep 18
862
SUKMA 2018 : Terengganu Nekad Bangkit Terajui Kedudukan
IPOH - Terengganu yang sudah seminggu mendahului kedudukan teratas pungutan pingat, terpaksa akur berada di tangga kedua selepas dipintas Wilayah Persekutuan dengan kelebihan satu emas.Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu berkata, walaupun sudah dipintas sejak malam tadi, peluang untuk kontinjen Terengganu bangkit serta kembali menerajui tempat teratas masih cerah.“Sama-sama mendoakan agar hari ini atau setidak-tidaknya esok kita dapat memintas kembali Wilayah Persekutuan dan Selangor. Kita melihat mereka (Selangor dan Wilayah Persekutuan) merosot pungutan pingat dalam acara sasaran seperti akuatik dan gimnastik dan mungkin ini antara peluang terbaik kita.“Kita juga perlu optimis dan sentiasa positif untuk membuat yang terbaik. InsyaAllah kejayaan milik kita bersama,”katanya.Sementara itu, Ketua Kontinjen, Samiun Salleh berkata, tempoh baki tiga hari temasya itu masih menawarkan 119 pingat emas dan Terengganu berada di landasan yang betul untuk menambah pingat emas seterusnya dapat mencapai sasaran kontinjen.“Peluang tetap terbuka dan cerah untuk kita memenangi sekurang-kurangnya 25 emas lagi sekali gus mengukuhkan penguasaan semula dan bergelar juara.“Pada hari ini, sebanyak 61 acara dipertandingkan. Daripada 61 acara berkenaan, kita sasarkan 13 emas. Sasaran keseluruhan kita adalah sasarkan 53 emas daripada keseluruhan 427 acara yang dipertandingkan, jadi peluang kita masih ada dan marilah kita semua saling mendoakan kejayaan para atlet serta kontinjen kita mencapai misi kali ini,”katanya.Wilayah Persekutuan memintas Terengganu malam tadi, selepas meraih emas dalam acara silat Jurus Tunggal Baku, menerusi pesilat mereka, Akmal Hisham Ismail, manakala Terengganu sekadar berpuas hati meraih perak menerusi acara Solo Kreatif, pesilat Che Mohamad Fikri Che Ab Rahman.
18 Sep 18
189
SUKMA 2018: Badminton Tamatkan Kemarau Pingat
Faiz sumbang pingat berharga buat skuad badminton.Pasukan badminton mengejutkan kem Terengganu apabila meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan lelaki.Pemain perseorangan, Faiz Rozain yang mara ke separuh akhir semalam mengesahkan kedudukan beliau setelah tewas kepada pilihan kedua, Tan Jia Wei dari Pulau Pinang dalam straight set 14-21 dan 15-21.Penyampaian medal hari ini menyaksikan beliau menyumbang satu-satunya pingat buat skuad itu.Ketua kontijen, Samiun Salleh merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan badminton atas pencapaian itu."Sepanjang 18 edisi SUKMA diadakan, ini kali pertama pasukan badminton berjaya meraih pingat. Skuad badminton berjaya pamer kebangkitan.Perkembangan ini baik untuk skuad badminton. Mungkin dalam kejohanan akan datang kita akan menuai emas pula, siapa tahu," katanya.Beliau menyifatkan SUKMA edisi ke-19 ini sebagai permulaan kepada kebangkitan bakat-bakat baru dalam badminton Terengganu.Pasukan Terengganu hari ini masih berada di kedudukan teratas pungutan pingat SUKMA dengan 28 emas, 26 perak dan 25 gangsa.
18 Sep 18
997
SUKMA 2018: Azreen Nabila Ratu Pecut Baharu SUKMA
Azreen rampas gelaran ratu pecut.IPOH - Atlet Terengganu, Azreen Nabila Alias merampas emas acara balapan 100M wanita sekaligus memecahkan rekod Sukan Malaysia (SUKMA) atlet Johor, Siti Fatimah Mohamed iaitu 11.82s yang dipegang sejak 10 tahun lalu.Azreen yang merupakan pelari kebangsaan, mencatat masa 11.81s menewaskan pelari Sabah di tempat kedua dan ketiga dalam saingan akhir di Stadium Negeri Perak, hari ini.Bapa angkat pasukan olahraga, Hishamuddin Abdul Karim merakamkan tahniah kepada Azreen atas pencapaian luar biasa itu."Ia merupakan satu kebanggaan bagi seluruh rakyat Terengganu. Kita harap Azreen akan terus maju untuk langkah seterusnya."Kita percaya seluruh rakyat merasai kebanggaan memiliki ratu pecut baharu SUKMA ini," katanya.Beliau yang juga merupakan Timbalan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri menyatakan, pasukan olahraga masih berada di landasan yang sepatutnya."Kita tidak meletakkan sasaran yang tinggi buat olahraga dan buat masa ini ia tercapai. "Walau bagaimanapun, kita mengharapkan bonus-bonus pingat diperoleh juga dalam sukan ini," katanya.Dalam perkembangan yang sama, acara 100M lelaki menyaksikan pelari Terengganu, Muhammad Zulfiqar Ismail sekadar meraih gangsa di belakang pelari Selangor (emas) dan Negeri Sembilan (perak) dengan catatan masa 10.46s.Zulfiqar sekadar raih gangsa dalam saingan sengit di peringkat akhir.
18 Sep 18
791
SUKMA 2018: Jaga Solat Atlet Hebat
Cikgu Alias Harun melawat atlet-atlet Muay Thai Terengganu yang berentap di SUKMA 2018.Oleh: Nooreni Abu BakarIPOH - Atlet sukan Muay Thai yang mewakili Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19, di Ipoh, Perak diingatkan agar tidak meninggalkan solat walaupun dalam keadaaan masa pertandingan yang agak terhad.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Cikgu Alias Harun berkata, perkara wajib itu perlu diutamakan dalam apa jua keadaan sekalipun."Sekiranya kita lalai, kita akan dimurkai oleh Allah."Bila kita di gelanggang, kita sentiasa tumpu kepada musuh, tetapi hati kita tidak harus lupa kepada Allah."Mudah-mudahan Allah lindungkan kita daripada berlaku kecederaan."Semoga Allah jaga keselamatan kita semua," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika mengunjungi atlet-atlet tersebut di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Grik, Ipoh, hari ini (18 September). Beliau yang merupakan bapa angkat sukan Muay Thai mengharapkan agar Pasukan Muay Thai Terengganu dapat merampas lebih banyak emas untuk dihadiahkan kepada Terengganu sekaligus mampu menjadi juara SUKMA 2018. "Walaupun pada sasaran awal hanya dua emas, tetapi kita berdoa kepada Allah dengan latihan yang mencukupi dan persembahan yang memberangsangkan, insya-Allah banyak lagi kejayaan dapat dicapai", tambahnya lagi.Setakat ini, seramai tiga peserta telah layak ke separuh akhir acara sukan Muay Thai SUKMA.
18 Sep 18
121