lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
SUKMA 2018: Berbasikal Idam Lepasi Sasaran Emas
Pasukan Terengganu meraikan kejayaan melepasi sasaran emas.IPOH - Jurulatih pasukan berbasikal, Said Muhammad Husaini Said Mazlan, menyeru para atlet di bawahnya untuk membawa pulang lebih banyak pingat emas buat pasukan Terengganu.Hari ini, Terengganu telah menepati sasaran 53 emas setelah memungut satu emas menerusi boling padang (Triples Fin lelaki), tiga daripada tinju (64kg, 60kg dan 52kg), satu menerusi renang (1500M lelaki) dan satu daripada basikal (Pursuit 4KM lelaki)."Esok kita ada lima acara akhir iaitu Pursuit berpasukan lelaki dan wanita, Strech Race 10KM, lndividu Pursuit wanita dan Keirin wanita.Wan Abdul Rahman menang emas berbasikal hari ini."Jadi kita mengharapkan tiga emas terhasil esok di mana ia dapat membantu Terengganu menjadi pasukan terbaik Sukan Malaysia (SUKMA) kali ini."Setakat ini, pelumba kita berada dalam kondisi terbaik dan prestasi mereka konsisten dalam setiap perlumbaan. Kami cuma membantu mereka menyerap tekanan supaya keyakinan kekal tinggi," katanya.Beliau juga menyatakan, mereka telah sasaran 9 pingat emas pasukan berbasikal yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri."Kami mengumpul empat emas daripada acara extrem dan lima daripada acara jalan raya. Kita juga memperoleh bonus dua emas melalui trek yang mana kita dianggap 'underdog' dalam acara ini."Untuk esok, saya terapkan pelumba supaya 'enjoy to race' disamping berusaha menyumbang pingat sebagai tanda cinta kepada negeri," katanya.Menjelang hari terakhir kejohanan, Terengganu kekal di kedudukan teratas meninggalkan Wilayah Persekutuan yang mengumpul 50 emas, 38 perak dan 50 gangsa di tangga kedua.Ini mencerahkan peluang kontijen dari pantai timur itu yang mengimpikan gelaran juara keseluruhan setelah kali terakhir memenanginya di SUKMA 2012 di Pahang.Pasukan berbasikal tetap optimis tambah emas walaupun bergelar 'underdog' di trek.
21 Sep 18
57
Empty Image
SUKMA 2018: MB Turun Gelanggang, Suntik Semangat Atlet
Dr. Samsuri meraikan kemenangan skuad berbasikal.IPOH- Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meluangkan masa menyaksikan acara berbasikal trek sempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Velodrom Rakyat, di sini, hari ini.Beliau turun ke lapangan acara individu lelaki Pursuit 4KM melibatkan pelumba Terengganu, Wan Abdul Rahman Hamdan yang berjaya menggondol emas dengan catatan masa 04:44:215s.Dr. Samsuri yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya turut menyampaikan pingat kepada Nur Aisyah Mohamad Zubir dan Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham yang memenangi emas dan perak acara Women's Scratch 10KM.Menteri besar sempat mencuba basikal pelumba sambil disaksikan Wan Abdul Rahman.Beliau yang turun beramah mesra dengan pelumba-pelumba menyatakan kegembiraan dan kebanggaannya dengan kejayaan Terengganu mendominasi kebanyakan acara.Semalam, Dr. Samsuri sempat menyampaikan pingat emas 200M wanita kepada ratu pecut SUKMA, Azreen Nabila Alias yang menjuarai acara itu setelah memecahkan rekod baru 100M wanita dengan catatan 11.81s di Stadium Perak, di sini.Berbaki sehari temasya SUKMA, pasukan Terengganu terus mengekalkan kedudukan teratas dengan pungutan 53 emas, 48 perak dan 51 gangsa dan dijangka pulang sebagai juara keseluruhan.Meraikan Azreen Nabila selaku ratu pecut baharu SUKMA.
21 Sep 18
312
Empty Image
SUKMA 2018: Enam Peninju Ke Pentas 'Final' Cipta Rekod Baharu
Peninju Terengganu (kanan) dinobatkan sebagai pemenang dan layak ke pentas akhir SUKMA 2018.Oleh : Wan HadiBAGAN DATUK - Kejayaan enam peninju dari Terengganu ke pusingan akhir Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 adalah kejayaan terbesar dan sejarah bagi Terengganu.Pengurus Tinju Negeri Terengganu, Ismail Abdul Rahman berkata, dalam sejarah SUKMA, ini merupakan rekod terbaharuyang mana enam daripada tujuh peninju layak ke pusingan akhir.Ketika SUKMA 2016 di Sarawak, hanya seorang peninju yang layak ke pusingan akhir dan memenangi pingat emas.Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid yang juga bapa angkat sukan tinju negeri berkata, kejayaan atlet ke pusingan akhir adalah kejayaan kita bersama.“Kesungguhan jurulatih, semangat yang tinggi peninju serta latihan di Batam Indonesia ternyata membuahkan hasil."Saya berharap, keenam-enam peninju dapat mengekalkan prestasi sebagaimana di pusingan separuh akhir semalam dan dapat menyumbangkan pingat emas buat negeri Terengganu," ujarnya.Acara sukan tinju yang bermula 15 September akan menutup tirainya pada pusingan akhir yang akan berlangsung pada Jumaat (21 September)jam 4.00 petang di Dewan Dato’ Lope Hashim.
21 Sep 18
807
Empty Image
SUKMA 2018 : Terengganu Kuasa Baru Sukan Layar - Ustaz Ahmad Shah
Oleh: SyedmanLUMUT- Pasukan Perahu Layar Terengganu mengungguli acara itu dengan menggondol lapan pingat emas dan tiga perak dari 13 kategori yang dipertandingkan sekali gus menjadi juara keseluruhan pertandingan SUKMA edisi ke-19 2018 ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, semangat juang yang tinggi dari pasukan pelayaran negeri membuahkan hasil yang begitu hebat."Sebelum ini Terengganu hanya mencatat rekod memungut lima pingat Emas,tapi kali ini kita berjaya memecahkan rekod yang sedia ada."Ini merupakan satu rekod dan pencapaian yang besar. Saya mengharapkan kejayaan ini akan menambahkan lagi semangat para atlet dan pasukan serta memberi satu keputusan yang lebih hebat untuk kejohanan SUKMA yang akan datang,"katanya.Beliau yang juga merupakan bapa angkat kepada Pasukan Perahu Layar Terengganu itu mengucapkan syabas dan berbangga dengan komitmen semua yang terlibat sehingga mampu mencapai kejayaan luar biasa itu sepanjang temasya di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia.Katanya, penghargaan itu khusus kepada barisan jurulatih, Majlis Sukan Negeri Terengganu, para atlet serta semua yang menyokong dan mendoakan kejayaan itu.
21 Sep 18
315
Empty Image
SUKMA 2018: Terengganu Rampas Kembali Kedudukan Teratas
Kedudukn pungutan pingat setakat jam 9.00 malam ini di portal rasmi SUKMA XIX.IPOH- Pasukan Terengganu kembali merampas kedudukan teratas pungutan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 daripada Wilayah Persekutuan hari ini.Hanya selepas sehari di kedudukan kedua, pasukan Terengganu mengumpul lapan emas dan dua perak dari sukan pelayaran pada hari terakhir pertandingan sekali gus melonjak dengan pungutan 46 emas, 40 perak dan 47 gangsa.Perenang Terengganu, Arvin Shaun Singh Chalal turut mengejutkan pasukan renang apabila memenangi emas acara 400M gaya bebas lelaki dengan catatan 04:00:59s menewaskan perenang Selangor ditempat kedua dengan masa 04:06:56.Kutipan keseluruhan 133 pingat itu turut menjarakkan kedudukan daripada Wilayah Persekutuan yang memiliki 42 emas, 35 perak dan 42 gangsa.Ketua kontinjen, Samiun Salleh menyatakan pencapaian hari ini memberi semangat kepada pasukan untuk terus mendominasi pungutan pingat pada baki dua hari terakhir kejohanan.Pasukan pelayaran sumbang lapan emas lonjak keudukan Terengganu."Kita bersyukur dengan pencapaian atlet kita pada temasya kali ini. Kesungguhan pengurusan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan pemain memastikan kita terus mendominasi walaupun bersaing hebat dengan Wilayah Persekutuan dan Selangor amat membanggakan," katanya.Beliau turut berharap para atlet akan berusaha sebaik mungkin pada baki temasya SUKMA."Berbaki dua hari terakhir, kita berjaya kembali ke kedudukan teratas. Kini, apa yang perlu dilakukan ialah mengekalkan kedudukan sehingga tamat kejohanan," katanya.Terengganu turut menambah pingat perak dan gangsa melalui acara angkat berat, taekwando, menembak, olahraga, berbasikal, futsal dan gimnastik pada semalam dan hari ini.Kontinjen Pantai Timur itu pernah menjadi juara keseluruhan SUKMA empat kali berturut-turut bermula 2008 sehingga 2012.
20 Sep 18
1590
Empty Image
SUKMA 2018: Hujan Emas Di Lumut
Pasukan pelayaran Terengganu.LUMUT- Hari terakhir sukan pelayaran yang dipertandingkan hari ini menyaksikan Terengganu mengumpul lapan emas dan tiga perak di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) petang ini.Pingat emas dihadiahkan menerusi acara Laser Standard diwakili Asri Azman, Laser Radial (Asmawi Azman), International 420s lelaki (Abdul Latif Mansor dan Alif Safares Azmi) dan International 420s wanita (Al Yauma Akma Zukifeli dan Situ Nurfatihah Norulakhairi).Manakala RS: One lelaki (Illham Wahab) dan wanita (Nuur Fatin Solehah Abdul Rahman) serta Windsurfing Bic Techno lelaki (Muhammad Izzuddin Abdul Rani) dan wanita (Tengku Nurani Ezaty Tengku Khairudeen) mengumpul empat emas.Pelayar Terengganu cemerlang bolot emas.Bagaimanapun, acara Optimist berpasukan menerusi Al Insyirah Aina Zulkifeli, Asmadi Azman, Muhammad Faizzuddin Mohd Fouzi, Muhammad Khaidir Mohd Zawawi dan Muhammad Luqman Hakim Mansor  sekadar menyumbang pingat perak.Dua lagi pingat perak diperolehi melalui Umar  Al Farouk Mohd Zawawi dalam acara 4.7 Laser lelaki dan Muhammad Khaidir Mohd Zahawi menerusi Optimist U15 lelaki.Pungutan pingat itu menyaksikan Terengganu kembali di persada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 dengan 40 emas, 31 perak dan 36 gangsa.Pasukan pelayaran memperbaiki rekod mereka di SUKMA Sarawak lalu di mana hanya membawa pulang empat emas, dua perak dan satu gangsa.Berbaki dua hari, ketua kontijen, Samiun Salleh optimis Terengganu berpeluang cerah menjadi juara keseluruhan sekali gus merealisasikan misi #winbackmission.Kontinjen pantai timur itu pernah muncul juara keseluruhan SUKMA sebanyak empat kali berturut-turut dari 2008 sehingga 2012.
20 Sep 18
517
Empty Image
SUKMA 2018: Lima Atlet Pencak Silat Mara Ke Pusingan Akhir
Ustaz Ridzuan Hashim (tengah) memberi kata semangat kepada anak angkatnya, Pasukan Pencak Silat Terengganu.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA KANGSAR - Lima atlet Pasukan Pencak Silat Terengganu mara ke pusingan akhir, sekaligus menepati sasaran empat pingat emas sebelum ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, beliau amat gembira dan berharap agar apa yang disasarkan sebelum ini menjadi kenyataan.“Saya percaya anda semua mampu membuktikan yang kita orang Terengganu ini sememangnya ’nelang’, kita boleh,” ujarnya.Beliau yang juga merupakan 'bapa angkat' pasukan pencak silat negeri berkata demikian dalam satu taklimat ringkas yang diadakan selepas sesi pertandingan, semalam (19 September).“Saya mendoakan agar kelima-lima atlet yang berjaya mara ke peringkat akhir ini akan membawa pulang lima emas pada kali ini insya-Allah.“Setakat ini kita telah memperolehi dua perak dan dua gangsa, esok giliran emas pula.“Kita mampu sebenarnya, apa yang penting adalah kena memperkuatkan mental kita, dan cuba tunjukkan apa yang telah dipelajari,” tambahnya.Kejohanan dwi tahunan ini diadakan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar bermula 12 September dan berakhir pada 22 September 2018 dengan menawarkan 26 pingat emas, 26 pingat perak dan 42 pingat gangsa.
19 Sep 18
416
Empty Image
SUKMA 2018: Muay, Tinju Serbu Pentas Akhir
Pasukan Muay Terengganu bersedia bertarung dengan pihak lawan bagi merebut pingat emas petang ini. Foto: Harish Fadzillah Abu Kassim IPOH- Pasukan muay dan tinju Terengganu berada di landasan yang tepat untuk memungut pingat emas apabila masing-masing menghantar enam petarung dan lima petinju ke pentas akhir pertandingan.Pasukan muay yang masih belum memiliki sebarang pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19 itu berhasrat mengumpul sebanyak mungkin emas dalam perlawanan akhir petang ini.Petang ini atlet muay, Muhammad Azizi Shamsuddin akan bersaing dalam acara 48kg-51kg lelaki menentang lawan dari Sarawak.Nik Rahami Nik Mustafa (51kg-54kg lelaki), Muhammad Iffat Muizzuddin Mat Ripen (57kg-60kg lelaki), Mohd Fazzatkie Mohd Zaki (60kg-63.5kg lelaki) dan Muhammad Faaid Othman (67kg-71kg lelaki) akan turut bertarung pada perlawanan yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Grik.Satu-satunya finalis wanita Terengganu, Che Halimah Haron pula akan menentang petarung tuan rumah dalam acara 54kg-57kg wanita.Sukan Muay tidak dipertandingkan di SUKMA Sarawak dua tahun lalu.Bagi sukan tinju, Terengganu akan bersaing dalam acara Fly Weight (52kg) menerusi Amirul Hakim Sakila, Light Weight (60kg) diwakili Mohamad Akram Rasit dan Light Welter Weight (64kg) menerusi Halim Izani Sulaiman.Manakala dua petinju, Wan Muhammad Hanif Wan Zahalan dan Muhamad Syahriman Zahar masing-masing akan bertanding dalam acara Middle Weight (75kg) dan Light Heavy Weight (81kg) dalam perlawanan yang akan berlangsung esok di Bagan Datuk. Sehingga kini, sukan tinju belum menyumbang pingat buat Terengganu. Pasukan tinju meraih satu emas, satu perak dan empat gangsa dalam temasya itu di Sarawak dua tahun lalu dan berhasrat memperbaiki catatan pada SUKMA kali ini.
19 Sep 18
824
Empty Image
SUKMA 2018: Tinju Terengganu Di Landasan - Che Alias Hamid
Ustaz Che Alias Hamid (kanan) memberi kata semangat kepada anak angkatnya, Pasukan Tinju Terengganu.Oleh: Wan HadiBAGAN DATUK - Tujuh daripada sembilan peninju yang mewakili Terengganu di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 menunjukkan prestasi cemerlang apabila kekal memenuhi target yang disasarkan.Bapa Angkat Pasukan Peninju Terengganu, Ustaz Che Alias Hamid berkata, beliau mengharapkan Pasukan Tinju Terengganu mengekalkan momentum untuk menambah pingat sekaligus mengharumkan Negeri Terengganu dalam acara ini.“Kita satu pasukan, jangan rasa kita seorang, bila kita tengok kita seorang kita akan rasa lemah.“Berjalanlah (pergilah) dengan diiringi keberkatan daripada Allah SWT," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan atlet di penginapan Atlet Tinju Terengganu di Ipoh, Perak, semalam (19 September).Menurut Ustaz Che Alias Hamid yang juga Ahli Parlimen Kemaman, Atlet Tinju Terengganu berjaya memasuki peringkat separuh akhir."Pasukan kita bertemu lawan masing-masing dari Wilayah Persekutuan, Pahang, Sabah dan Sarawak pada hari ini di Dewan Dato’ Loke Hashim Bagan Datuk," tambahnya.SUKMA 2018 telah berlangsung bermula daripada 12 september hingga 22 september dengan 31 acara dipertandingkan.
19 Sep 18
261
Empty Image
SUKMA 2018: Terengganu Nelang! - Ir Saiful
Ir Saiful (dua dari kanan) beramah mesra dengan atlet bola baling negeri.Oleh: Ahmad Syahid AdnanIPOH - Prestasi dan pencapaian Pasukan Bola Baling Terengganu (perempuan) cukup membanggakan apabila berjaya menumpaskan pasukan Selangor dengan keputusan 17-14.Bapa Angkat Pasukan Bola Baling Terengganu, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, tiga perkara yang perlu ada dalam diri dan pasukan adalah kekuatan fizikal, mental dan taktikal."Kita bukan yang lebih baik, kita antara yang terbaik sekarang," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas pasukan Terengganu disahkan mara ke pusingan akhir yang dijadualkan pada hari Khamis, 20 September 2018 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak."Saya yakin, insya-Allah dengan semangat, 'mood' positif dan permainan yang lebih baik, kita mampu menjuarai permainan bola baling," tambahnya.
19 Sep 18
149