Artikel "Sukan" Terkini
Persiapan SUKMA 2020 Bermula Dari Sekarang
Kerajaan Negeri Terengganu akan terus bantu atlet sukan SUKMA. - Ustaz Wan Sukairi Wan AbdullahKUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, persiapan Kontinjen Terengganu untuk hadapi Sukan Malaysia (SUKMA) ke 20 di Johor, bermula dari sekarang.Katanya, ini termasuk menjadikan aktiviti sukan itu sebagai rutin harian dan gaya hidup baharu, rakyat negeri Terengganu.“Kita akan berusaha bermula daripada sekarang dan sukan ini akan dijadikan sebagai rutin harian serta gaya hidup baharu kepada seluruh rakyat negeri Terengganu.“Perkara ini dilakukan supaya rakyat negeri Terengganu kekal menjadi rakyat yang sihat dan mempunyai kekuatan tubuh badan serta mempunyai akal yang sejahtera,” katanya.Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu berkata demikian ketika dihubungi pihak media, di sini, semalam 23 September.Wan Sukairi berharap, dengan cara itu Terengganu sentiasa mempunyai barisan atlet yang hebat, bukan sahaja di peringkat negeri dan nasional bahkan di peringkat antarabangsa.Di samping itu katanya, Kerajaan Negeri akan terus membantu para atlet SUKMA dengan memberi sokongan dan galakan dalam pelbagai cara serta tidak akan mengabaikan kebajikan mereka. "Tahniah kerana mereka telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam SUKMA edisi lalu dan prestasi itu perlu dipertahankan bahkan perlu dipertingkatkan lagi, " ujarnya.
24 Sep 18
31
Kerajaan Komited Kekalkan Kemenangan SUKMA 2020
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri bersama para atlet Sukma 2018 melaungkan slogan “Terengganu Hanelang” di Dataran Batu Burok. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu komited dalam usaha melihat negeri ini terkenal sebagai ‘kilang’ melahirkan atlet-atlet sukan di persada dunia. Ini terbukti, apabila kontinjen Terengganu berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA) XIX 2018 dari 11 hingga 22 September di Perak, buat kali kelima.Sehubungan itu, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengumumkan, beberapa insentif kepada para atlet SUKMA yang berjaya merangkul pingat. Azreen Nabila Alias (kanan) dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik Sukma 2018, dan Nur Aishah Muhammad Zubir, berjaya merangkul tujuh pingat emas dalam acara berbasikal.Malah, katanya kerajaan negeri akan menaja Atlet Wanita Terbaik SUKMA 2018, Azreen Nabila Alias ke Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah.“Kerajaan negeri juga telah meluluskan insentif-insentifnya. Pemberian RM3,000 bagi setiap pingat emas untuk setiap pemenangnya. Pemberian RM2,000 bagi setiap pingat perak untuk setiap pemenang dan pemberian RM1,000 bagi pingat gangsa untuk setiap orang pemenang.“Bagi Atlet Wanita Terbaik SUKMA XIX 2018, Azreen Nabila Alias, kita (kerajaan) akan hantar mengerjakan umrah. “Kerajaan negeri juga bersetuju memberi tambahan RM100 kepada setiap ahli kontinjen SUKMA dan semua sekali yang terlibat akan menerima insentif itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Kepulangan Wira-Wirawati Juara Sukma 2018 di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam (23 September).Hadir sama menyambut kepulangan para atlet itu, Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Dato’ R Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan ramai lagi.Dr Ahmad Samsuri bangga dengan pencapaian atlet SUKMA 2018 yang mengharumkan nama Negeri Terengganu.Dr Ahmad Samsuri turut merakamkan ucapan syukur dan tahniah khususnya kepada atlet, yang berjaya memecah rekod SUKMA serta merangkul pingat emas yang banyak.“Syukur kita kehadrat Allah SWT dan syabas kepada seluruh kontinjen Terengganu yang telah membawa pulang Piala SUKMA XIX 2018. Pencapaian yang amat cemerlang dan membanggakan.“Tidak ada ucapan yang boleh diberikan kepada seluruh atlet, pengurus, urusetia, ‘bapa angkat’ yang telah bertungkus-lumus memastikan kejayaan yang dikecapi oleh seluruh rakyat Terengganu. “Kejayaan kita (Terengganu) menjadi juara dan diiringi dengan kejayaan ‘Ratu Pecut’ Terengganu, Azreen Nabila Alias, yang telah dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik SUKMA 2018. “Beliau telah memecahkan rekod yang dipegang oleh atlet Johor, Siti Fatimah Ahmad dalam acara 100m. Emas juga dalam acara 200m dan 4x100m. Kita juga ada Nur Aishah Muhammad Zubir yang memenangi tujuh pingat emas acara berbasikal.“Harapan saya, SUKMA 2020 nanti kita (Terengganu) sekali lagi menjadi juaranya, insya-Allah,” jelasnya. Detik-detik manis kejayaan Ratu Pecut Terengganu, Azreen Nabila Alias, sekaligus dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik SUKMA 2018.Menurutnya, kejayaan paling besar yang menyumbang pingat emas kepada negeri ini adalah acara sukan berbasikal. “Saya suka memberi komitmen yang sesungguh-sungguhnya, bahawa kita akan berusaha untuk memastikan velodrom dapat dijayakan di Negeri Terengganu ini dalam masa terdekat. “Ini kerana sudah lama kita hendak velodrom bagi sukan berbasikal. Kita mahu atlet kita cemerlang di peringkat nasional dan dunia, insya-Allah,” tegasnya di hadapan lebih 1,000 para atlet dan penyokongnya.Dr Ahmad Samsuri ditemani Dato’ A Rahman (kanan) dan Exco Ustaz Wan Sukairi (kiri) mengadakan sidang medianya di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.Kata Menteri Besar Terengganu, bagi mengekalkan prestasi kemenangan itu, kerajaan negeri akan memasukkan peruntukan khusus bagi pembangunan sukan dan atlet berprestasi tinggi dalam Bajet 2019.“Kita juga akan jaga kebajikan para atlet kita kerana mereka membawa wajah Negeri Terengganu. Ini kerana, apabila cemerlang dan bergelar juara yang turut mendapat hasilnya (cuti) ialah rakyat semua. “Kita (kerajaan) juga bersetuju untuk menyiapkan asrama sukan bagi para atlet kita. Insya-Allah, kita akan bawa atlet kita ini ke peringkat yang jauh lebih baik daripada apa yang ada sekarang ini.“Sekiranya mereka memerlukan tempat latihan khusus di tempat-tempat tertentu, untuk melahirkan atlet yang berprestasi tinggi, kita (kerajaan) akan bawa. Insya-Allah, itu komitmen kita (kerajaan),” jelasnya. Menurutnya, komitmen kerajaan bukan sekadar mahu mengekalkan kemenangan SUKMA pada tahun 2020, tetapi memastikan nanti orang tengok Negeri Terengganu ini bukan ‘lekeh’ (lemah). Konvoi SUKMA 2018 yang pulang daripada Perak, mula berarak dari persimpangan Kuala Jeneris (Hulu Terengganu) melalui Kampung Matang, Kampung Telaga, Bandar Kuala Berang melalui Mydin Mall, Jalan Gong Kapas hingga berakhir di Dataran Batu Burok sejauh 70 kilometer, kira-kira jam 5.10 petang. Sebahagian dari atlet Sukma 2018 yang meraikan kejayaan mereka di dataran Batu Burok, Kuala TerengganuSebelum itu, Dr Ahmad Samsuri bersama Dato’ A Rahman (SUK) dan kumpulannya berbasikal sejauh dua kilometer ke lokasi dataran sebagai gimik sambutan.Ketibaan konvoi yang diiringi motosikal berkuasa tinggi itu membawa 160 orang pemenang pingat emas, perak dan gangsa, yang diketuai oleh Ketua Kontinjen SUKMA 2018, Samiun Salleh dan Piala SUKMA tersebut diserahkan kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
24 Sep 18
248
SUKMA 2018: Penduduk Hulu Terengganu Teruja Sambut Wira SUKMA
Altet SUKMA bergambar kenangan ketika singgah di dataran MDHT. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailHULU TERENGGANU: Orang ramai di daerah ini tidak melepaskan peluang membanjiri Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu bagi menyambut ketibaan wira-wira Sukan Malaysia (SUKMA) ke 19 Perak dan pegawai Skuad Hanelang diketuai yang diketuai Chef de Misson, Samiun Salleh.Penolong Setiausaha Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu, Mohd Fadli A Rahman, berkata dia bersama 14 rakan persatuan secara sukarela menawarkan diri mengiringi wira- wira SUKMA bermula dari Jalan Aring, Gua Musang dan berakhir di Batu Burok, Kuala Terengganu.Katanya, langkah itu adalah kali kedua di mana pernah menyambut dan mengiringi atlet SUKMA pada 2012 yang turut menjuarai sukan sama.“Apa yang dilakukan ahli persatuan bukan mahu popular sebaliknya sebagai tanda sokongan, mahu bersama-sama meraikan kejayaan dan semangat kesukanan."Usaha ini tidak terhenti di sini sahaja, malah kami bersedia memberi sokongan sekiranya ada wira lain yang perlu disambut," katanya.Ahli Persatuan Dendang Anak Jenagor, Mohd Haikal Taufiq Mohd Rohaizat dia berasa cukup teruja kerana terpilih memegang Piala SUKMA sepanjang konvoi bermula dari Kuala Jeneris, Hulu Terengganu berakhir ke Batu Burok, Kuala Terengganu."Ini pengalaman pertama saya bersama tiga rakan lain dapat memegang piala SUKMA sambil mengenakan pakaian tradisional Melayu."Setiap kali tiba di persimpangan lampu isyarat dan singgah di Dataran MDHT, orang ramai pastinya memerhati kami berempat yang memegang piala dan cara berpakaian," katanya
23 Sep 18
259
Dr Samsuri Umum Cuti Ahad 30 September
IPOH - Kerajaan Negeri Terengganu mengisytiharkan 30 September 2018 iaitu hari Ahad sebagai cuti peristiwa bagi Negeri Terengganu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ianya khusus bagi meraikan kejayaan Kontinjen Terengganu di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.“Bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu, saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Kontinjen Terengganu yang telah beraksi dengan cemerlang.“Pasukan kita telah berjaya memungut 56 pingat emas, 51 pingat perak dan 53 pingat gangsa seterusnya dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan SUKMA 2018. “Saya juga ucapkan tahniah kepada Azreen Nabila Alias yang telah menerima Anugerah Atlet Wanita Terbaik SUKMA Perak 2018,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, hari ini (22 September).Kejayaan Kontinjen Negeri Terengganu merampas kembali gelaran Juara SUKMA ini sekaligus melunaskan "Win Back Mission" yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).“Tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam catatan sejarah ini.“Harapan saya agar dengan kejayaan ini dapat membawa roh riadhah dan menggalakkan lagi aktiviti bersukan kepada rakyat Terengganu.“Semoga kita semua dapat menjalani gaya hidup yang sihat dan sejahtera,” tambahnya.Majlis Meraikan Juara SUKMA 2018 bersama kontinjen atlet serta pegawai akan diadakan pada hari Ahad (23 September 2018) pada jam 5.00 petang bertempat di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.
22 Sep 18
186
SUKMA 2018: Bergelar Juara, Terengganu Congak Cabaran SUKMA 2020
Samiun dan pengarah Majlis Sukan Negeri, Ibni Amin Ismail menunjukkan jumlah kutipan pingat emas Terengganu.IPOH - Pasukan Terengganu bergelar juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 setelah memungut 56 emas, 51 perak dan 53 gangsa.Kejuaraan itu merupakan gelaran kali kelima setelah kali terakhir bergelar juara pada SUKMA 2012 di Pahang.Ketua kontinjen, Samiun Salleh merakamkan terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) atas usaha dan kesungguhan pengurusan dalam kejohanan itu."Pengurusan melaksanakan sebaik mungkin pelan pembangunan atlet sejak tamat SUKMA Sarawak dua tahun lalu yang akhirnya membuahkan hasil kini," katanya.Para pemimpin negeri turut hadir menyokong atlet yang bertanding.Dalam kegembiraan, beliau turut mencongak cabaran yang kelihatan semakin terbuka dalam SUKMA akan datang."Berdasarkan pencapaian para atlet negeri lain dalam temasya kali ini, kami melihat SUKMA 2020 yang akan berlangsung di Johor lebih mencabar. "Ini dapat dilihat dengan peningkatan atlet dalam pelbagai jenis sukan di samping pecahan pingat menunjukkan tiada pasukan yang benar-benar mendominasi jenis sukan asas."Pencapaian kali ini menandakan kebangkitan bakat-bakat baru untuk mewakili negara pada masa depan dan saya harap persaingan ini terus hangat untuk kita melahirkan bakat-bakat terbaik."Pasukan Terengganu semestinya akan menggandakan usaha untuk mencabar di temasya edisi akan datang," katanya.
22 Sep 18
142
SUKMA 2018: Memanah Turut Menyumbang
Ustaz Mohd Nor Hamzah (kiri) turun padang meninjau keadaan anak angkatnya, jurulatih dan pemain Pasukan Memanah Terengganu.Oleh : Syaharulhafizi ShamsudinSERI ISKANDAR - Acara Memanah Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 yang menutup tirai semalam, akhirnya menghasilkan dua emas, tiga perak dan lima gangsa untuk kontinjen Terengganu.Penyumbang pingat secara individu, Nur Aqilah Yusof, Emas (30M Recurve Women), Muhammad Saiful Islam Mohd Rizuan, (emas serta dua perak acara 30M, 50M dan 70M Recurve Men), Athirah Auni Mat Yatya, (perak dan gangsa acara 60M dan 70M Compound Women) dan Mohamad Syafiq Md Ariffin (dua gangsa acara 30M dan 90M Compound Men).Pemenang pingat gangsa berkumpulan Compound Lelaki, Muhamad Alif Haikal Biamin, Mohamad Syafiq Md Ariffin, Muhammad Hazmi Aisar Azmi dan Mohamad Saiful Adli Mat Zin.Manakala penerima pingat gangsa secara berkumpulan Recurve Wanita dimenangi Nur Aqilah Yusof, Nuramalia Haneesha Mazlan, Sufia Nabilah Subarjo dan Nur Balqis Biamin.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, kalah dan menang adalah adat permainan dan itu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT."Namun apa yang paling penting adalah kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai apa yang kita hajati.“Saya yakin, mereka telah melakukan yang terbaik dalam temasya ini. Namun, takdir telah ditentukan oleh Allah dan masih banyak ruang lagi dalam perlawanan yang akan datang. Jangan sesekali berputus asa serta jadikan kekalahan ini adalah satu semangat untuk terus berjuang,” ujar beliau dipetik dari laman facebook rasmi beliau semalam.Mohd Nor juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti atlet, jurulatih serta pihak pengurusan dalam berganding bahu demi mengharumkan Negeri Terengganu.Sebelum itu, beliau bersama isteri turut hadir memberikan semangat kepada Pasukan Memanah Terengganu sebagai sukan angkat beliau di Lapang Sasar, Universiti Teknologi Petronas, Perak.
22 Sep 18
494
Warga Kuala Terengganu Amalkan Gaya Hidup Sihat
Acara Kayuhan Merdeka dan Pata Walk bukti warga Kuala Terengganu amalkan gaya hidup sihat Foto - Tengku SyamimKUALA TERENGGANU - Dengan penyertaan lebih 1100 orang dalam acara Kayuhan Merdeka dan penglibatan lebih 200 orang dalam acara Pata Walk bukti warga Kuala Terengganu mengamalkan gaya hidup sihat.Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Wan Mohd Zaki Wan Abdullah berkata, kedua-dua acara tersebut adalah anjuran bersama MBKT dengan para penyumbang yang menawarkan hadiah lumayan.Katanya, sebuah syarikat telah memberikan pakej iaitu mengerjakan umrah dan habuan lain termasuk motosikal, basikal yang berjumlah RM15 ribu ringgit.“Program kayuhan merdeka dianjurkan oleh MBKT dan TSG bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan hari kemerdekaan dimana pelbagai aktiviti diadakan.“Dan acara Pata Walk sepanjang tiga kilometer di Pantai Batu buruk bertujuan mereka menghayati kepentingan kebersihan pantai yang mana diorang akan mengutip sampah,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas pelepasan kayuhan merdeka di Dataran Pantai Batu Buruk pada pagi ini , Sabtu, 22 September.Katanya, program kayuhan basikal sempena kayuhan merdeka sudah dilakukan sebanyak dua kali sebelum ini.Justeru beliau berharap dalam program tersebut bukan untuk mementingkan siapa cepat sampai tetapi penglibatan komuniti terhadap gaya hidup sihat.Tambahnya,dalam Pata Walk pula ada tema pemakaian yang mana mereka boleh menghayati bagaimana kehidupan para nelayan dan sebagainya.
21 Sep 18
115
SUKMA 2018: Rahsia Kejayaan Terengganu
Pembangunan kerohanian rahsia kekuatan mental atlet.IPOH - Kejayaan kontijen Terengganu mengungguli kedudukan teratas pungutan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 membuka mata banyak pihak tentang kejayaan pembangunan sukan yang melahirkan banyak bakat baru untuk negara.Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSNT), Ibni Amin Busu menyifatkan kejayaan tersebut dibantu banyak aspek dari segi pengurusan atlet oleh pentadbiran MSNT."Kita membuat pembangunan berdasarkan acuan pembangunan peringkat kebangsaan yang disesuaikan dengan atlet-atlet negeri.Ibni Amin."Saya terlibat dalam menyediakan atlet negara untuk Sukan Komanwel 1998 dan resepi pembangunan itu dibawa ke Terengganu."Namun, kami melihat ada kekosongan dalam program tersebut dan kami masukkan program kerohanian sebagai salah satu aspek pembangunan atlet," katanya ketika ditemui pemberita pagi ini di penginapan Kontinjen Terengganu, Hotel Seri Malaysia, Ipoh.Ibni memberitahu bahawa kekuatan rohani adalah benteng terkuat dalam diri atlet bagi memastikan mental, emosi dan fizikal mereka bersedia untuk tampil di pentas pertandingan serta berdepan pesaing masing-masing."Sebahagian besar atlet akan berkembang dan mewakili negara di peringkat lebih tinggi. Ketika itu, mereka perlu mengawal tekanan sendiri tanpa bantuan orang lain."Jadi kita memikirkan kekuatan ini perlu dilatih dari peringkat pembangunan lagi. Kita terapkan program keagamaan di mana guru-guru agama bukan sahaja memimpin program tetapi mendidik atlet dengan panduan ibadah."Dalam SUKMA kali ini, kita laksanakan program solat berjemaah oleh tidak kurang daripada empat ustaz yang kami bawa. "Kita juga terapkan tazkirah ringkas dan doa sebelum masuk ke gelanggang bagi meningkatkan keyakinan atlet," katanya.Bagi atlet bukan Islam pula, beliau berkata. jurulatih dan guru bukan muslim akan memberikan motivasi dalam pendekatan agama masing-masing.Program ini banyak membantu merangsang dan membentuk keyakinan atlet walaupun berdepan cabaran dalam acara yang disertai.Hasilnya, Kontinjen Terengganu berjaya mengumpul 53 emas 48 perak dan 51 gangsa dengan pada hari terakhir SUKMA ke-19 ini dan dijangka menggondol gelaran juara keseluruhan bagi kejohanan kali ini.Pengisian sebelum dan selepas pertandingan bina keyakinan atlet.
21 Sep 18
78
SUKMA 2018: Sedekah, Dhuha Jadi Amalan Atlet Terengganu
Ibni AminIPOH- Solat Sunat Dhuha dan bersedekah menjadi amalan para atlet dalam kontinjen Terengganu sepanjang Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Perak 2018.Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSNT), Ibni Amin Busu berkata, amalan itu diterapkan dalam setiap program pembangunan atlet di negeri itu."Menguatkan jasmani semata-mata tidak cukup untuk memenangi pertandingan. Jadi, kami membangunkan program kerohanian untuk membina kekuatan minda dan jiwa atlet."Amalan solat dhuha diterapkan setiap hari bagi memupuk keyakinan bahawa kejayaan bukan terhasil daripada usaha kita sendiri sahaja, sebaliknya dari keizinan Allah SWT," katanya.Bagi atlet bukan muslim, kepercayaan agama masing-masing turut ditekankan dalam latihan.Kepercayaan agama jadi benteng kekuatan mental.Selain itu, Ibni Amin menegaskan keperluan membantu orang lain dengan pelaksanaan program derma dikalangan atlet."Atlet dengan pengurusan mengumpulkan derma sepanjang kejohanan dan pegawai akan menyalurkannya kepada masjid, sekolah dan badan yang memerlukan sebagai sumbangan kembali atlet kepada masyarakat."Ini mengingatkan atlet tentang tanggungjawab, amanah dan harapan yang dipikul sepanjang mewakili negeri dan negara."Program ini juga membentuk atlet tidak mementingkan diri disamping keyakinan bahawa Allah SWT akan membantu jika kita membantu orang lain," katanya.Terengganu mendahului kedudukan teratas pada hari terakhir SUKMA apabila mengumpul 53 emas, 48 perak dan 50 gangsa serta dijangka diraikan pulang dengan status juara keseluruhan.Kontinjen yang terkenal dalam melahirkan atlet berbasikal antarabangsa itu pernah menjadi juara SUKMA empat kali berturut-turut sejak 2008 sehingga 2012.Pembangunan menyeluruh bantu kejayaan Terengganu.
21 Sep 18
75
SUKMA 2018: Aisyah, Azreen Finalis Olahragawati
Azreen Nabila Alias.IPOH - Dua atlet Terengganu disenaraikan antara calon olahragawati Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 yang bakal dinobatkan ketika temasya itu melabuhkan tirainya di Stadium Perak, di sini, malam ini.Atlet berbasikal, Nur Aisyah Muhammad Zubir yang meraih tiga emas dilihat mampu mencabar gelaran itu dengan menambah koleksi pingat dalam acara trek yang berlangsung di Velodrom Rakyat, hari ini.Selain itu, ratu pecut SUKMA, Azreen Nabila Alias yang menyumbang tiga emas menerusi acara pecut 100M, 200M dan 4X100M turut tercalon sebagai pilihan.Azreen yang memecahkan rekod Siti Fatima Mohamad (11.82s) pada SUKMA 2008 dengan catatan 11.81s bagaimanapun tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap gelaran itu.Ini kerana mereka berdua akan bersaing dengan seorang lagi pencabar iaitu gimnas dari Wilayah Persekutuan, Rayna Hoh yang menyapu bersih emas dipertandingkan dalam acara gimrama.Nur Aisyah meraikan menteri besar Terengganu yang hadir menyaksikan pelumbaannya di Velodrom Rakyat,Ipoh.Calon olahragawan pula turut menyaksikan persaingan tiga penjuru antara perenang Johor, Tia'a Fang Der, raja pecut, Muhammad Aqil Yasmin dan pemanah Sabah, Eugenius Lo.Fang Der memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 400M rampaian individu (4:30:48) memadamkan rekod terdahulu milik Sebastian Soon dari Wilayah Persekutuan (4:30:85).Namun, keupayaan Eugenius yang cemerlang memecahkan tiga rekod kejohanan dalam acara compound dan Aqil yang mencipta rekod baharu acara pecut 200M lelaki turut mencabar gelaran itu.
21 Sep 18
457