lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Dekati Golongan Belia Melalui Aktiviti Sukan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN- Usaha dan program bagi membangunkan belia tidak pernah terhenti dan disemarakkan bagi membentuk belia yang sihat, berwawasan, berakhlak dan cemerlang menerusi pelbagai aktiviti sukan.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, golongan pemuda merupakan aset kepada negeri dan menjadi pemangkin kepada kemajuan untuk pembangunan modal insan yang lebih cemerlang dan membentuk sebuah masyarakat yang bertenaga dalam pembinaan negara.“Ini adalah kerana belia merupakan pemimpin masa akan datang jadi kita kena corakkan mereka dengan pendekatan yang baik melalui pasarana yang disediakan dan saya berharap agar kejohanan ini akan menjadi permulaan anak muda kepada beberapa program negeri yang akan diatur dalam masa terdekat. “Pihak kami akan membantu para belia untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi mendekati golongan tersebut supaya anak muda sejahtera akan dapat dilahirkan dan paling penting mereka tidak akan terjebak dengan perkara negatif yang tidak berfaedah kerana pemuda yang sejahtera merupakan aset yang begitu berharga dan bernilai bagi kemajuan sesebuah bandar dan luar bandar,” beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika hadir pada program undian penentuan kumpulan pasukan bola Sepak, di sisni, 3 Oktober.Sebanyak 18 pasukan bola sepak akan berentap dalam acara bagi merebut Piala Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi yang bakal berlangsung di Padang Jerangau, tidak lama lagi.Antaranya Besol A, Besol B, Jerangau A, Jerangau B, Kuala Jengal A, Kuala Jengal B, Polis FC, Minda FC, Padang Ping, UTTJ FC, Syukur A, Syukur B, AMBS A, AMBS B, Talong FC, Dendang FC dan Pasukan Polis FC yang mewakili Balai Polis Jerangau bagi memberi saingan kepada pasukan yang lain akan  diadakan secara tertutup pada peringkat DUN Bukit Besi.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti (MPKK) Jerangau, Arfan Tahir berkata, pertandingan bola sepak itu akan dijayakan dengan baik dan penuh gilang gemilang sekali gus menjadi medan kepada anak muda supaya lebih dekat dengan kepimpinan kerajaan negeri."Kita mahu dengan pertandingan ini golongan belia akan merasa sentiasa dicakna dengan meraikan minat mereka terhadap sukan bola sepak termasuk merapatkan ukhwah di antara satu sama lain. "Apa yang menarik pada kejohanan ini adalah peserta perlu berpakain menutup aurat, jika tidak mematuhi arahan maka penyertaan mereka akan terbatal,”ujarnya lagi.Menurut beliau, johan perlawanan itu akan memenangi wang tunai RM1,000 bersama piala dan medal, naib johan RM700 bersama medal, ketiga memenangi wang tunai RM400 bersama medal, kelima sehingga kelapan mendapat saguhati wang tunai RM100.
03 Oct 18
354
Empty Image
Ketepikan Pendapat Di Gelanggang, Jangan Jadi Samseng
Ustaz Mohd Nor Hamzah (kanan) menandatangani plat sebagai simbolik pembukaan gelanggang.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinMARANG - Perbezaan ideologi dan pendapat politik haruslah diketepikan dalam aktiviti sosial bagi mengekalkan kehidupan yang harmoni dalam bermasyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengharapkan pembukaan Gelanggang Silat Batu 9 dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama masyarakat."Bersilatlah dengan baik walaupun kita berlainan pendapat dan parti."Saya harap anak muda yang menyertai silat ini mempunyai tujuan murni iaitu mempertahankan diri dan bukannya menjadi samseng.“Syabas pihak penganjur yang mengadakan program ini yang bertujuan supaya anak muda tidak terlibat dengan gejala sosial yang semakin berleluasa dan dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah,” tambahnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pembukaan Gelanggang Silat Batu 9, di Gelanggang Silat Arwah Pok Hassan Batu 9, Padang Mengkuang (2 Oktober).Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) Bukit Payung turut memukul gong sebagai gimik perasmian dan menandatangani plat sebagai simbolik pembukaan gelanggang.Beliau juga menyampaikan pulut kuning kepada pengajar silat dan menonton persembahan silat  dari Persatuan Seni Silat Sri Rama Harimau.Antara yang turut hadir adalah Penghulu Mukim Bukit Payung (Pekan), Zafiri Ahmad Zaki, wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 9, Mamat Ismail serta penduduk Kampung Batu 9.
02 Oct 18
229
Empty Image
28 Pasukan Berentap Rebut Piala Purnama
Oleh: Ahmad MawardiKUALA TERENGGANU - Sejumlah 28 pasukan berentap pada Kejohanan Bola Sepak Piala Purnama YB ADUN Manir yang bermula kelmarin dan berakhir petang tadi.Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Manir,  Yusof Embong berkata  dia berharap pertandingan itu  dapat mengeratkan hubungan antara pemuda.Katanya, silaturahim kalangan peserta bukan sahaja ketika perlawanan, bahkan ianya diharapkan lebih erat di luar selepas perlawanan ini."Di dalam sesuatu perlawanan ada peraturan yang dikawal oleh pengadil, begitu juga dalam kehidupan pun ada peraturan yang dikawal oleh al-Quran dan al-Hadis."Saya merakamkan tahniah dan terima kasih kepada panitia kejohanan, pasukan pengadil, pengurus pasukan, pemain- pemain dan semua yang terlibat memeriahkan kejohanan ini," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Sepak Piala Purnama YB Manir anjuran Pemuda PAS DUN Manir di padang bola kampung Padang Machang (29 September 2018).Kehadiran beliau mengantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Dato' Harun yang ke luar negara dalam urusan kerja.Kejohanan Piala Purnama merupakan acara tahunan sehingga sekarang.Dalam perlawanan tersebut pasukan Tualang Pewaris johan 1-0 dalam perlawanan akhir menentang Pasukan Pasir Tembakang Fc juga penutup tirai Kejohanan Bola Sepak Piala Purnama YB Manir.
01 Oct 18
103
Empty Image
130 Pendaki Sahut Cabaran Rukah Bukit Apu
Oleh : Ariss Alias SETIU - Seramai 130 peserta berjaya menyahut cabaran mendaki Bukit Apu sempena program Jom Rukah Bukit Apu bersama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap merangkap Pengarah Majlis Tindakan Daerah (MTD) DUN Langkap Azmi Maarof, pada 30 September.Objektif program bagi memberi peluang kepada para peserta pengalaman menjalani aktiviti luar seperti mendaki bukit dan meningkatkan jati diri peserta untuk tidak mudah mengalah dalam mengharungi apa jua keadaan.Peserta dilihat teruja dapat mendaki bersama Pegawai Penyelaras DUN Langkap dan menawan puncak Bukit Apu yang bertinggian 200 meter dari paras laut.Azmi  berkata program dianjurkan untuk memperkenalkan Bukit Apu sebagai destinasi aktiviti 'hiking' dan 'jungle trekking' kepada warga tempatan dan warga luar."Aktiviti ini amat sesuai untuk semua golongan dan program ini telah menerima peserta bermula usia lima sehingga 58 tahun yang terdiri daripada warga Kampung Rahmat, Chalok Kedai, Permaisuri dan Jabi."Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan cabaran, InsyaAllah kita akan meneruskan program seperti ini di maa depan," tambah beliau lagi.Turut serta, Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Arman Nulamir Ab Wahab, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Rahmat Nordin Hamid; Pengerusi MPKK Sri Rahmat Nordin Jusoh dan Pengerusi MPKK Banggol Setar, Halim Muda.Azmi turut sempat menyampaikan hadiah berupa hamper kepada 10 pemenang cabutan bertuah.Program anjuran Pemuda PAS Kampung Rahmat itu berjaya dilaksanakan tanpa sebarang kecederaan dan kemalangan di kalangan peserta.
30 Sep 18
1121
Empty Image
14 Pasukan Berentap Rebut Piala Pusingan Futsal Bukit Guntung
Oleh : Mohd Zukifli MatKUALA NERUS - Sebanyak 14 pasukan dari lima kampung berentap merebut Piala Pusingan Futsal Tertutup Bukit Guntung sempena kejohanandi Padang Futsal Jeram, di sini, 29 September.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Hishamudin  turut hadir memeriahkan dan merasmikan majlis penutup program itu.Beliau berkata, acara sukan seperti itudapat menyatukan semua terutamanya anak-anak muda dari pelbagai latar dan taraf kehidupan."Dengan program seperti inilah kita bermain dalam satu gelanggang sambil menjalinkan dan mengeratkat ukhwah."Menerusi budaya bersukan kita akan mendapat tubuh badan yang sihat, tapi pada masa yang sama jangan dilupakan ibadah," ujar beliau.Kejohanan anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dengan kerjasama Pusat Khidmat Kebajikan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pasukan yang mengambil bahagian di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat.Program berakhir pada jam 6 petang dengan penyampaian hadiah kepada pasukan-pasukan yang bertanding.Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang turut disempurnakan oleh ustaz Hishamuddin.
29 Sep 18
273
Empty Image
Kejayaan Atlet SUKMA DUN Paka Dirai
Oleh: Muhd LukmanDUNGUN- Kejayaan atlet Terengganu dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka di Sukan Malaysia (SUKMA) baru- baru ini diraikan dengan penuh meriah di Dewan Sivik Paka, di sini, 28 September.Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, kejayaan itu tidak akan dapat dicapai tanpa kesungguhan daripada atlet yang bertanding."Kita dapat lihat semangat dan azam anak - anak muda khususnya atlet negeri ini menunjukkan komitmen yang tinggi seterusnya berjaya membantu Terengganu menjuarai SUKMA kali ini."Bahkan salah seorang atlet kita berjaya meraih gelaran Olahragawati Kejohanan iaitu Azreen Nabila Alias yang menyertai acara olahraga," katanya.Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paka berkata demikian ketika berucap di  majlis yang dianjurkan Institut Modal Insan (i-MiTS) DUN Paka (i-MiTS).Turut hadir isteri beliau, Puan Sabariah Ilyas, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia i-MiTS, Abdul Hafiz Alis, atlet, jurulatih dan masyarakat setempat.Menurutnya,  keajaan negeri akan memberikan sokongan penuh kepada atlet dalam setiap kejohanan yang disertai apatah lagi membawa nama negeri ini."Walaupun kita tahu, kos dan peruntukan untuk bidang sukan ini tinggi, tetapi ianya penting untuk mencungkil bakat anak muda dalam bidang ini."Kalau sebut Terengganu, orang kenal kita dengan jaguh basikal, Azizulhasni Awang yang berjaya mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia di Pentas Dunia," katanya.Katanya lagi, kerajaan negeri akan mendesak Kementerian Belia dan Sukan untuk meneruskan beberapa projek sukan antaranya ialah pembinaan velodrom basikal."Kita turut menggesa anak muda bersukan dan menjaga kesihatan mental dan fizikal."Bersukan bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan tetapi membawa kepada spritual dan mental yang baik,"katanya.Di majlis itu, beliau menyampaikan cenderahati kepada enam atlet SUKMA dari DUN Paka yang membawa pulang pingat bagi acara sepak takraw, judo dan olahraga.
28 Sep 18
65
Empty Image
Kerajaan Pertahan Juara SUKMA
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (kiri) memberi sumbangan kepada peserta program. Foto: Solahuddin Al-IdrusHULU TERENGGANU - Kerajaan negeri akan memperkemaskan pelan tindakan bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan persatuan-persatuan sukan Negeri Terengganu bagi  mempertahankan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor, dua tahun lagi.Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Belia dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bermula dari sekarang kerajaan akan mencari jalan dan akan berbincang dengan semua pihak terutama MSNT bagaimana pelan tersebut akan dilaksanakan.Katanya, kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan lagi prestasi atlet Terengganu melebihi kejayaan SUKMA 2018."Perancangan serta cadangan daripada semua persatuan dan lain-lain diperlukan bagi mengekalkan persembahan ataupun kelebihan yang ada pada atlet-atlet kita untuk terus konsisten dalam aksi mereka di arena sukan pada masa hadapan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Kem Jati Diri Persatuan Orang Cacat Penglihatan, di Kem Bukit Kolam Kuala Berang (24 September).Katanya, cabaran besar ialah mempertahankan  kemenangan yang diperolehi tahun ini keranamengekalkan kemenagan lebih susah berbanding mencapai kemenagan.Terengganu telah menjadi juara keseluruhan pada temasya tahun ini yang diadakan di negeri Perak Darul Ridzuan, dengan pencapaian sebanyak 56 pingat emas, 51 perak dan 53 gangsa.Ia adalah pencapaian kali kelima bagi negeri Pantai Timur yang dianggap sebagai negeri yang melahirkan juara sukan negara ini.
26 Sep 18
39
Empty Image
SUK Terengganu Harap Kekal Gelaran Juara
Dato' A. Rahman bersama sebahagian atlet yang akan menyertai Sukan Se­tiausaha Kerajaan Negeri (SUK) SeMalaysia Kali Ke-7 di Kelantan. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu berharap untuk mengekalkan kejuaraan dalam temasya Sukan Se­tiausaha Kerajaan Negeri (SUK) SeMalaysia Kali Ke-7 yang akan diadakan di Kelantan selama lima hari bermula 30 September ini.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya berkata, harapan mengekalkan kejuaraan itu berdasarkan kejayaan kontinjen SUK Terengganu yang telah dua kali berturut-turut menjadi juara pada kejohanan yang diadakan secara dwi tahunan itu.“Pada tahun 2014, kita telah bergelar juara pada kejohanan yang diadakan di Pulau Pinang dan ketika Johor Bahru menjadi tuan rumah pada tahun 2016, gelaran juara turut menjadi milik Terengganu.“Diharapkan pada tahun ini, pasukan SUK Terengganu dapat mengekalkan kejuaraan kerana ianya sangat bermakna buat negeri ini yang telah bergelar juara keseluruhan di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Perak baru-baru ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu (26 September).Pada majlis itu, A. Rahman juga turut menyempurnakan penyerahan bendera Negeri Terengganu kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Marzuki Endut selaku ketua kontinjen SUK Terengganu dengan kekuatan 166 orang termasuk atlet yang terdiri daripada kakitangan Pejabat SUK Terengganu dan urusetia.Katanya, dengan persiapan awal yang dilakukan sejak awal September lalu, tidak mustahil pasukan berupaya mencipta sejarah mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turutSebanyak lapan jenis sukan akan dipertandingkan iaitu bola sepak, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, badminton, dart, golf dan pingpong.
26 Sep 18
276
Empty Image
Bapa Angkat Puji Prestasi Cemerlang Skuad Muay Thai
KUALA TERENGGANU - Bapa Angkat sukan Muay Thai Terengganu, Alias Harun memuji kesungguhan pasukan negeri sehingga berjaya mempamerkan prestasi cemerlang dan mencapai sasaran kontinjen di Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19 Perak 2018. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri itu berbangga dengan komitmen atlet dan pegawai pasukan bela diri itu yang bertekad membawa pulang dua emas, dua perak dan dua gangsa, sebaliknya mendapat kelebihan bonus `dua perak'.“Alhamdulillah sasaran hanya dua emas, dua perak dan satu gangsa tetapi hasil kerja keras semua, atlet-atlet, pengurus, jurulatih-jurulatih dan ramai lagi Muay Thai berjaya mengutip dua emas, empat perak dan dua gangsa," katanya ketika dihubungi di sini, pada 24 September. Alias juga memuji disiplin atlet-atlet yang sangat menjaga pemakanan dan menjalani setiap sesi latihan yang ditetapkan selain tidak lupa menjalankan kewajipan sebagai umat Islam. “Latihan mereka lakukan sepanjang masa, bukan baru, malahan mereka hanya berehat mungkin sebulan dua sahaja, “Selepas itu akan berlatih untuk kejohanan-kejohanan Muay Thai bukan semata-mata untuk temasya sukan baru-baru ini, juga seterusnya SUKMA akan datang pada 2020  di Johor”, tambah beliau lagi.
25 Sep 18
41
Empty Image
Sasaran Bonus Membawa Kejayaan
sasaran bonus menjadikan kita berupaya mencapai sasaran pingat di SUKMA. - Ustaz Wan Sukairi Wan AbdullahKUALA TERENGGANU - 'Sasaran bonus" yang diletakkan untuk beberapa sukan berjaya mengimbangi pencapaian pingat kontinjen Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Negeri Terengganu meletakkan sasaran pada setiap jenis sukan iaitu satu emas, perak dan gangsa."23 jenis sukan yang ada dan kita meletakkan sasaran pingat keseluruhan."Dan sasaran pingat keseluruhan  53 emas itu adalah sasaran emas yang terbanyak," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada 23 September.Katanya, Negeri Terengganu mendapat sasaran  keseluruhan sebanyak 53 tetapi sukan SUKMA pada kali ini mendapat emas sehingga 56.Sehubungan dengan itu, beliau bersyukur dan gembira dengan pencapaian para atlet negeri Terengganu telah berjaya menjadi johan keseluruhan.Tambahnya, yang lebih mengembirakan apabila salah seorang daripada atlet wanita SUKMA iaitu Azrin Nabila Alias telah dinobatkan sebagai wanita terbaik."Kita berjaya kali terakhir menang dalam SUKMA adalah pada tahun 2012."Tiga kali SUKMA selepas itu kita gagal menjadi juara dan sehingga 2018 menjadi juara untuk kali ke - 5," jelasnya
25 Sep 18
72