lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Terengganu Mahu Jadi Kuasa Besar
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (kanan) menyampaikan cenderamata kepada ketua delegasi, Ustaz Syarhan Humazi Halim.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu komited dan berusaha untuk menjadi kuasa besar dalam arena sukan di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan juga meletakkan sasaran sebahagian atletnya untuk menjadi jaguh dunia.Katanya, dalam sukan berbasikal, Terengganu Cycling Team (TSG) adalah kelab di bawah kerajaan negeri yang menduduki 'ranking' kelima dunia daripada 700 kelab di seluruh dunia."Kelab ini turut mendapat tajaan dari Syarikat Shimano yang hanya menaja 7 kelab di seluruh dunia", ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap sewaktu kunjungan Belia Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Selangor, di sini semalam (12 Oktober).Menurut Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, selain Azizul Hasni Awang, Terengganu juga bertuah mempunyai Siti Rahmah yang menjadi atlet silat dunia."Di samping itu, kita hampir menguasai 100% dalam sukan air iaitu sukan layar di Malaysia," jelasnya.Seramai 50 orang menyertai kunjungan tersebut.Turut hadir, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.
12 Oct 18
124
Empty Image
Karnival Sukan Pupuk Persaudaraan
Ustaz Ridzuan Hashim (kiri) ketika berucap merasmikan Karnival Sukan Rakyat Kampung Tanjung Sabtu semalam (12 Oktober).Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU - Karnival sukan sememangnya dapat memupuk semangat persaudaraan dan kasih sayang sesama masyarakat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, melalui sukan, manusia dapat bergaul dan seterusnya mengeratkan ukhuwwah meliputi semua peringkat umur.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Sukan Rakyat Kampung Tanjung Sabtu anjuran Pemuda Tanjung Sabtu dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tanjung Sabtu di Kampung Tanjung Sabtu, semalam (12 Oktober).Menurutnya lagi, program seperti ini sangat bagus kerana ianya adalah kesempatan terbaik untuk mengeratkan hubungan yang sudah lama terjalin supaya lebih kuat dan kukuh.“Program-program kemasyarakatan seperti gotong royong, majlis keraian hari-hari penting seperti sambutan hari raya adalah platform terbaik untuk memupuk semangat kerjasama dan harmoni."Semuanya untuk mencapai hasrat membina negeri yang maju, berkat dan sejahtera.“Saya juga berharap agar kita semua tidak hanya menekankan aspek fizikal sahaja seperti aktiviti sukan sebegini."Program pengisian rohani dan kekuatan dalaman juga perlu dianjurkan agar mental dapat diperkuatkan," ujar beliau lagi.Turut hadir, Pengerusi MPKK Tanjung Sabtu, Ustaz Fauzi Mustafa.
12 Oct 18
109
Empty Image
i-MiTS Turun Padang Rasai Denyut Nadi Masyarakat
KUALA NERUS - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) turun padang bersama rakyat untuk merasai sendiri setiap denyut nadi dalam segmen kehidupan masyarakat.Pengarah i-MiTS, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, ianya untuk mengeratkan hubungan pemimpin dan rakyat.“Perlawanan persahabatan Bola Sepak Blind Futsal di antara i- MiTS dengan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Wilayah Terengganu untuk meraikan golongan istimewa agar tidak terasa asing bersama masyarakat awam normal.“Sukan sebagai penghubung segenap lapisan  masyarakat dan merasai sejenak kesukaran hidup yang dilalui golongan tiada penglihatan,” katanya.Beliau yang juga Ketua Pemuda Negeri Terengganu berkata demikian ketika dihubungi pihak media,  8 Oktober.Kamaruzaman berkata, program tersebut diadakan pada 6 September lalu di Dewan Futsal Telaga Daing Seberang Takir, Kuala Nerus.Tambah beliau, 'Blind Futsal' bersama warga Pertis Wilayah Terengganu merupakan satu aktiviti perlawanan untuk merapatkan silaturahim.
09 Oct 18
132
Empty Image
Komitmen MSNT Buah Hasil - Khalil Abdul Hadi
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (kiri) beramah mesra dengan atlet-atlet DUN Batu Buruk.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU - Komitmen Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang begitu tinggi malah mempunyai perancangan strategik telah membuahkan hasil.Ianya terbukti dengan Terengganu sekali lagi mencapai kejayaan menjadi juara keseluruhan di dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Kali Ke-19 di Perak baru-baru ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian,Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kejayaan tersebut didorong oleh kesungguhan dan perancangan yang strategik oleh MSNT.“Tahniah kepada MSNT yang memberikan komitmen yang begitu tinggi dan perancangan strategik yang dilakukan secara berterusan sehingga membuahkan hasil,’’ ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Meraikan Atlet SUKMA Kali Ke-19 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk di sebuah hotel, di sini (8 Oktober).Turut hadir sama, Pengarah MSNT, Haji Ibni Amin Busu, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Izzat Abdullah, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Batu Buruk, Ustaz Abu Bakar Salleh, Ahli Jawatankuasa i-MiTS DUN Batu Buruk dan atlet-atlet yang diraikan.
09 Oct 18
289
Empty Image
Resepi Kejayaan SUKMA 2018
Ketua Kontinjen Terengganu, Haji Samiun (tengah), Datuk Tengku Farok Hussin (kiri) dan Haji Ibni Amin (kanan) tonggak kejayaan Sukma XIX KUALA TERENGGANU – Ketua Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Terengganu, Haji Samiun Salleh mendedahkan ‘resepi’ kejayaan pasukan Terengganu  adalah kerjasama.Menurutnya, semangat kerjasama berpasukan melibatkan semua pihak daripada kerajaan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sehinggalah kepada atlet dan petugasnya. “Kejayaan SUKMA kali ke-19 ini, adalah kerjasama semua pihak termasuk pelantikan bapa-bapa angkat dari kalangan wakil rakyat serta ketua-ketua jabatan, yang telah menyantuni pemain-pemain dan atlet-atlet. “Begitu juga jurulatih-jurulatih yang memberi semangat serta agensi-agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. “Dengan kerjasama semua pihak akhirnya kita (Terengganu) berjaya. Hampir setiap malam pada jam 11.00 malam, kita akan mengatur strategi untuk kita capai bagi setiap event,” ujarnya kepada wartawan Teganukita, di sini, 8 Oktober.Menurut Samiun lagi, dalam tempoh masa dua minggu penganjuran SUKMA edisi ke-19 di Perak itu, kontinjen Terengganu bekerja keras bagi mencapai sasaran kemenangan dengan mengatur pelbagai strategi dan saling memberi sokongan moral tidak berbelah bahagi antara satu sama lain.CDM Sukma XIX Terengganu, Haji Samiun SallehKatanya, Terengganu bukan sahaja berjaya melepasi sasaran emas malah menambah bonus kemenangan tersebut.“Dalam masa dua minggu itu memanglah kita (pasukan) bekerja keras untuk memastikan kerana visi dan misi kita, ialah dengan sasaran 53 emas. “Alhamdulillah, kita (Terengganu) telah mencapai ‘target’ 53 emas dan dianugerahkan bonus lagi kepada 56 emas yang dicapai, 51 perak dan 53 gangsa.“Saya amat merasa bangga dan puas hati atas kejayaan SUKMA edisi ke-19 ini, yang berjaya buat kali kelima bergelar juara SUKMA. “Kita pernah (jadi) juara (SUKMA) pada tahun 2008, 2010, 2011 dan 2012 sebelum ini. Tahun (2018) ini, buat kali kelima (rekod) kita jadi juara Sukma ke-19,” jelasnya selaku Chief de Misson (CDM) SUKMA Terengganu.Selain beliau, katanya dibantu oleh dua orang individu yang mantap iaitu Timbalan CDM, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Haji Ibni Amin Busu.“Kejayaan 56 emas, 51 perak dan 53 gangsa inilah yang kita hadiahkan kepada kerajaan negeri Terengganu, di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar . “Juga sokongan, dorongan semangat daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan timbalannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim,” ujarnya.  Antara faktor kejayaan lain, kata Samiun apabila, kerajaan negeri melantik CDM dan Timbalan CDM dua tahun awal sebelum SUKMA XIX berlangsung.“Pelantikan CDM dan Timbalan CDM dari awal kita boleh menyantuni pemain, pasukan dan jurulatih sepanjang masa latihan dari Besut hingga ke Kemaman,” jelasnya.Difahamkan, kekuatan kontinjen Terengganu pada SUKMA ke-19 ini seramai 832 orang yang terdiri dari 542 atlet lelaki dan wanita, 133 orang jurulatih, 46 pegawai tambahan, 38 pengurus dan 73 orang urusetia.Sebanyak 427 acara daripada 29 jenis sukan dipertandingkan pada SUKMA 2018 ini dan Terengganu menyertai kesemua 29 jenis sukan melalui 364 acara.
09 Oct 18
621
Empty Image
TFC Bawa Kelebihan Ke Larkin
Jaringan gol oleh pasukan TFC memberi nafas lega kepada para penyokong Terengganu yang hadir.Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA TERENGGANU - Kemasukan Abdul Malek ternyata membuahkan hasil apabila beliau menjaringkan gol pada minit ke-78 dengan menyambar hantaran yang dilakukan oleh Kipre Tchetche.Perlawanan yang terikat seri 0-0 pada separuh masa pertama memaksa jurulatih Haji Irfan Bakti mengubah corak permainan dengan menukarkan pemain dalam separuh masa kedua.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, beliau beranggapan bahawa perlawanan kali ini sangat mendebarkan."Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berterusan melakukan asakan demi asakan ke pintu gol pasukan Terengganu."Namun, alhamdulillah pasukan Terengganu FC (TFC) membuktikan mereka mampu mengatasi pasukan terkuat."Pasukan kita berjaya menundukkan JDT 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah malam tadi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, mengulas tentang perlawanan menentang JDT dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018, semalam (6 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, Hishamuddin Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata, bekalan satu gol itu belum cukup selesa buat TFC."Saya berharap agar pasukan Terengganu mempamerkan aksi yang lebih cemerlang dan terus mencari gol menjelang aksi timbal balik di tempat lawan nanti."Jangan pandang rendah pihak lawan, sentiasa fokus dan kekalkan semangat berpasukan untuk mencapai kejuaraan."Mereka tidak bersendirian, malah memiliki penyokong setia dan pengurusan yang sentiasa bersama."Gol tunggal yang dijaringkan oleh Abdul Malek pada minit ke-78 berjaya menjarakkan kedudukan di antara 2 pasukan tersebut."Walaupun pada awalnya perlawanan dikuasai oleh pihak lawan, tetapi satu gol yang dimiliki cukup membuatkan penyokong menarik nafas lega," tambahnya.Perlawanan separuh akhir kedua di antara TFC dan JDT dijadualkan berlangsung di Larkin pada 20 Oktober ini.
06 Oct 18
42
Empty Image
International Muay Challenge Tampil Peninju Terbaik Dunia
Dua peserta DSPEX International Muay Challenge Terengganu 2018 sedang bergelut memungut mata kemenangan.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU - Penganjuran DSPEX International Muay Challenge Terengganu 2018 mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai malah menampilkan peninju Muay Thai terbaik dunia iaitu Saenchai dari Thailand dan juga Kim Donghuan dari Korea Selatan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pertandingan ini mendapat sambutan daripada para peminat sukan Muay Thai di pantai timur dan negeri-negeri lain."Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan penyertaan dari pelbagai negeri," ujarnya.Katanya, Kerajaan Negeri Terengganu cukup berbangga dengan atlet sukan Muay Thai Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak baru-baru ini yang telah membawa pulang pingat emas, perak dan gangsa untuk kontinjen negeri.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan DSPEX International Muay Challenge Terengganu 2018 mewakili Menteri Besar di Stadium Tertutup Gong Badak, semalam (5 Oktober).Menurut Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, pertandingan tersebut dianjurkan oleh Kelab Muay Thai Kubang Jela dengan kerjasama Persatuan Muay Thai Negeri Terengganu."Ini merupakan penganjuran kali ketiga sejak 2015."Kali ini, kita adakan sedikit kelainan."Pertarungan melibatkan peninju Muay Thai bertaraf dunia dan juga para peserta yang datang dari pelbagai negeri dan juga luar negara," jelasnya.Dalam perkembangan yang sama, beliau mengharapkan penganjuran program ini dapat menarik minat anak muda dan remaja untuk meminati sukan Muay Thai."Aktiviti sukan yang mencabar ini akan dapat mendisiplinkan anak muda dari terjebak dengan gejala yang tidak sihat dengan kecenderungan mereka kepada aktiviti-aktiviti lasak yang mencabar minda dan fizikal."Selain itu, kita berharap ianya dapat mengcungkil bakat baru anak-anak muda dalam sukan ini yang boleh diketengahkan untuk mewakili negeri dan negara dalam pertandingan-pertandingan akan datang di setiap peringkat," katanya.Tambahnya lagi, penganjuran Muay Thai ini sekaligus dapat menonjolkan industri pelancongan Negeri Terengganu."Mudah-mudahan program ini dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat dan juga kerajaan negeri khususnya dan Malaysia amnya," ujarnya.
05 Oct 18
683
Empty Image
Padang Bola Kampung Gong Kubur Akan Dibina
Ustaz Mohd Nor Hamzah (dua dari kiri) berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak Kampung  Gong Kubur, Kampung Sena Rendang, Bukit Payung.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinMARANG - Sebuah padang bola di Kampung Gong Kubur akan dibina bagi menggantikan padang bola sementara yang ada.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, padang yang sedia ada sekarang adalah di atas tanah pemilikan persendirian."Bagi menjamin kemudahan penduduk, padang kekal milik kerajaan perlu dibina.“Beberapa perkara perlu dilihat bagi merealisasikan hasrat ini."Namun saya akan berusaha sedaya mungkin menggantikannya kepada padang bola kekal,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak Kampung  Gong Kubur, Kampung Sena Rendang, Bukit Payung (5 Oktober).Menurut Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, tanah rizab kerajaan yang terhad, keadaan kewangan dan prosedur akan memerlukan jangka waktu panjang.Dalam perkembangan yang sama, beliau turut berharap supaya program yang berorientasikan sukan seumpama ini dapat ditingkatkan.Hal ini kerana program ini bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan, meningkatkan semangat berpasukan dan mengisi masa lapang anak muda daripada terjebak dalam masalah sosial yang hangat dibualkan.“Syabas diucapkan kepada penganjur serta anak muda yang menjayakan program bermanfaat kepada penduduk kampung ini,” tambahnya.Kejohanan tersebut disertai oleh lapan kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kategori umur.Perlawanan dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Payung serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Kubur.
05 Oct 18
1184
Empty Image
Skrin Gergasi Perlawanan Terengganu-JDT Di Luar Stadium
                                    Foto credit : Page Kapten LadangKUALA TERENGGANU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan memasang skrin gergasi untuk tontonan umum di hadapan pintu masuk Wisma Darul Iman, berhampiran Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), sempena perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, Terengganu menentang Johor Darul Takzim (JDT), pada malam 6 Oktober ini.Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, disebabkan kapasiti ruang SSINS yang terhad, manakala jangkaan kunjungan sokongan peminat agak luar biasa pada perlawanan Sabtu ini, maka PBSNT dengan kerjasama Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) akan menyediakan kemudahan skrin gergasi kepada peminat sukan itu yang tidak dapat memasuki stadium.Katanya, pihaknya juga menerima banyak aduan penonton yang kecewa dengan jualan 'ulat tiket' pada setiap kali perlawanan bola sepak."Jualan ulat tiket dengan harga yang tinggi dan menyebabkan ramai penonton setia bola sepak gagal memperolehi tiket atau memperolehinya dengan harga yang tinggi."PBSNT serius untuk memastikan agar hak penonton dapat dikongsi secara adil,"katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.Tambah Hishamuddin lagi, PBSNT juga amat kesal dengan tindakan menjual tiket yang mengaut keuntungan menerusi jualan mencecah RM20 hingga RM50 sekeping bergantung status perlawanan untuk kategori ruang terbuka itu.Sehubungan dengan itu, menurut beliau lagi, PBSNT akan memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan ulat tiket dapat dibanteras."Dengan kerjasama pihak PDRM dan KPDNHEP agensi ini akan menempatkan anggota berpakaian preman untuk meninjau dan melakukan operasi pembanterasan, termasuk menangkap terus agen yang dikenali sebagai ulat tiket ini," kata beliau lagi.Beliau juga berharap semoga nasib peminat setia bola sepak Terengganu akan terus terbela.Pada masa yang sama, PBSNT juga meminta kerjasama orang ramai dapat mengambil gambar agen atau ulat tiket yang disyaki dan menghantar ke talian hotline 01133045591.
05 Oct 18
91
Empty Image
Penyu Siap Sedia Asak Harimau Selatan
Pasukan TFC menjalani latihan semalam sebagai persediaan berhadapan dengan JDT, esok.Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS - Pasukan Terengganu FC (TFC) bersiap sedia berentap melawan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan separuh akhir pertama esok untuk merebut kejuaraan Piala Malaysia 2018.Jurulatih Pasukan Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim berkata, pasukan TFC menghormati kekuatan JDT sebagai pasukan yang terbaik di negara buat masa ini.Namun, katanya, untuk mengalahkan pasukan tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil."Mengikut rekod yang lepas, JDT pernah tewas di tangan Pahang dan beberapa pasukan yang lain sewaktu saya mengendalikan pasukan tersebut."Insya-Allah, dengan semangat dan moral yang ada, pasukan kami berada dalam prestasi terbaik."Kami akan menggunakan sebaik mungkin peluang bermain di laman sendiri dengan harapan dan sokongan padu daripada penyokong-penyokong TFC," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Padang C, Stadium Tertutup Gong Badak selepas menjalani latihan, semalam (4 Oktober).Perlawanan separuh akhir pertama tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, esok (6 Oktober).Irfan Bakti turut mengingatkan semua pemain agar fokus sepenuhnya dan memberi tentangan yang sengit kepada pasukan lawan.Sementara itu, Kapten Pasukan Terengganu, Tchetche Kipre meniupkan semangat juang kepada pasukan dan kesebelasan utama."Kami akan bermain dengan sepenuh tenaga walaupun beberapa pemain tidak boleh beraksi akibat kecederaan. "Ketiadaan Nasrullah Hanif Johan (penggantungan) serta Wan Ahmad Amirzafran (cedera) tidak akan mematahkan semangat pasukan yang lain," jelasnya.Dalam perkembangan yang sama, pemain pertahanan tengah, Anas juga menambah, pasukan TFC perlu menang perlawanan pada Sabtu ini untuk bekalan yang selesa sebelum bertandang ke JDT untuk perlawanan separuh akhir kedua.
04 Oct 18
35