lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Belia Aset Penting Jayakan Agenda Kerajaan
Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 21 Oktober - Golongan belia merupakan aset penting bukan sahaja dalam merealisasikan agenda sukan, malah bagi mencapai matlamat Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, beliau yakin bahawa golongan belia adalah antara individu penting kepada kerajaan."Ia termasuk dalam menyampaikan dasar kerajaan  yang menekankan kemajuan, keberkatan dan kesejahteraan rakyat ke peringkat akar umbi."Antara caranya melalui aktiviti bersukan  dan pelbagai aktiviti yang menekankan aspek moral, kerohanian dan pelbagai perkara positif.“Kita bermain sejak dari semalam di atas semangat kesukanan, semangat persaudaraan bukan sahaja untuk kita memperoleh hadiah ataupun piala."Tetapi yang penting ianya adalah satu acara bagi kita mewujudkan dan merapatkan silaturahim sesama kita khususnya di kalangan remaja dan anak muda,” katanya.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Yang Berhormat ADUN Batu Buruk 2018 di Taman Rekreasi Lagun, Chendering, kelmarin (20 Oktober 2018).Hadir sama, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Izzat Abdullah, Penolong Pegawai Belia, Sukan & NGO Pejabat Daerah Kuala Terengganu (PDKT), Syahril Yusof, Pengerusi Kelab Belia Sahabat Batu Burok Sejahtera (SAHABAT),Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh, serta seluruh Ahli Jawatankuasa Kejohanan dan pemain-pemain yang terlibat.
20 Oct 18
35
Empty Image
600 Sertai Kemaman International Motorcross Challenge - Yahaya Ali
Peserta Kemaman International Motorcross Challenge memulakan saingan. Foto - Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 20 Oktober - Seramai kira-kira 600 orang peserta dari seluruh negara dan 11 buah negara luar menyertai Kemaman International Motorcross Challenge di Monica Bay, Kemaman, hari ini.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, sambutan yang diterima daripada orang ramai terutama dalam kalangan orang muda sangat memberangsangkan. "Kerajaan negeri sangat menggalakkan suasana ini, bahkan kepimpinan kerajaan yang ada turut memberi perhatian yang serius dalam bidang sukan seumpama ini."Sukan adalah sebahagian aktiviti yang perlu dititik beratkan dalam kehidupan."Namun, apa yang penting mereka mesti dibimbing dengan kegiatan sukan yang sihat dan selamat di samping tidak lalai menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT," ujarnya.Foto - Abdul Hafiz GhazaliBeliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kemaman International Motorcross Challenge mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Monica Bay, Kemaman, hari ini.Dalam perkembangan yang sama, Haji Yahaya Ali turut berasa teruja menyaksikan kejohanan tersebut.Foto - Syed AzizuddinHadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat, Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman dan Presiden Kelab Motosikal Lasak Cukai (KMX).
20 Oct 18
163
Empty Image
TFC II Juara Sulung Challenge Cup
Ustaz Wan Sukairi (berkopiah tengah) meraikan kejuaraan sulung Challenge Cup di tangan TFC II di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU - Sejarah baharu tercipta apabila buat pertama kalinya Pasukan Terengganu Football Club II (TFC II), menjuarai Piala Cabaran (Challenge Cup) mengalahkan UKM FC dua gol tanpa balas di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah di sini, semalam (15 Oktober).Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah mengucapkan tahniah kepada pasukan TFC II atas kejayaan cemerlang itu. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong dan peminat yang terus-menerus memberi sokongan kepada pasukan berkenaan."Tahniah TFC II yang menjadi juara Challenge Cup 2018. Terima kasih diucapkan kepada semua penyokong dan peminat yang terus-menerus memberikan sokongan kepada Terengganu FC II," katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman , hari ini (16 Oktober).Pemain TFC II diapit empat pemain UKM FC antara aksi menarik Piala Challenge Cup di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah. TFCII menang dua gol tanpa balas. Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah menjadi saksi, Terengganu muncul pasukan pertama, menjuarai Challenge Cup iaitu piala yang baharu diperkenalkan dalam kancah Liga Malaysia.Terengganu FC II dinobatkan sebagai juara edisi sulung Challenge Cup 2018 setelah menewaskan UKM FC dengan dua jaringan tanpa balas.Lebih manis kejayaan ini disambut di hadapan ribuan penyokong Hitam dan Putih yang turut sama meraikan detik bersejarah tersebut.Dua jaringan daripada penyerang utama, Akanni Sunday pada minit ke-22 dan ke-53 melenyapkan impian UKM FC yang tampil untuk mencabar skuad TFC II. Corak permainan menarik yang dipamerkan anak buah Tengku Hazman nyata gagal memberi ruang buat UKM FC melepasi gawang yang dikawal kemas Shamirza Yusof.
15 Oct 18
231
Empty Image
Fuad Juara Sultan Mizan Cup
Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan piala dan hadiah kepada Mohammad Fuad.SETIU - Mohammad Fuad Hashim mencatat masa 6 jam 45 minit dan 7 saat untuk memenangi perlumbaan Competition Endurance International (CEI) 120KM sempena Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Sultan Mizan 2018 yang berakhir semalam.Pelumba pasukan State of Terengganu Endurance Team (STET) itu membawa pulang wang tunai RM25,000, piala pusingan, piala iringan, medal, seutas jam tangan dan sebuah motosikal Yamaha Ego.Turut berkenan menyertai perlumbaan bertaraf dua bintang itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan yang mewakili Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) serta 27 pelumba lain dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Thailand dan Singapura.Dr Samsuri (dua dari kanan) melepaskan pelumba kejohanan.Kejohanan edisi ke-11 itu disempurnakan pelepasannya oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu pada hari kedua kejohanan.Kejayaan Mohammad Fuad mengulangi pencapaiannya sebagai juara pada edisi pada tahun 2016 lalu. Lebih manis, kudanya Mora Makaka turut dinobatkan kuda terbaik sekaligus meraih hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 dan pelana.Dalam kejohanan tersebut, Persatuan Equin Terengganu dengan kerjasama RTES dan STET di bawah seliaan Riding for Disabled Association Malaysia (RDA)  turut memperkenalkan program 'Hippotherapy', sebuah program terapi kanak-kanak kurang upaya dengan cara menunggang kuda yang baru ditubuhkan di Terengganu awal tahun ini.Dr Samsuri mengalungkan medal kepada salah seorang peserta yang melakukan demonstrasi 'Hippotherapy'.
15 Oct 18
288
Empty Image
Badan Sado Tak Guna Jika Tak Ke Masjid Surau
Mohd Norkhuzaini ketika berucap dalam Majlis perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera 2018 di Kompleks Rakan Muda Besut, kelmarin (13 Oktober).Oleh: Afiq M. ZaidBESUT - Kesihatan tubuh badan yang dianugerahkan oleh Allah perlu dimanfaatkan untuk tujuan mendekatkan diri kepada Pencipta.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, rakyat perlu bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya."Tiada guna mempunyai badan yang 'sado' dan sihat tetapi melangkah ke masjid surau pun kita tak mampu."Tiada guna mempunyai badan yang sihat, tetapi untuk tolak kain selimut dan pergi solat Subuh berjemaah di masjid pun kita tidak mampu," ujarnya lagi.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera 2018 di Kompleks Rakan Muda Besut, kelmarin (13 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, menurut Mohd Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Hari Sukan Negara yang disambut oleh rakyat Negeri Terengganu mampu membentuk perpaduan dan kesejahteraan kaum."Bersukan adalah salah satu mekanisme yang mewujudkan perpaduan dalam masyarakat kita."Tengok pada hari ini, dari kecil, besar, belia, muda, remaja dan yang veteran boleh duduk satu bumbung, boleh duduk satu pentas untuk kita meraikan acara sukan seperti ini," ujarnya.Tambah beliau, objektif perpaduan melalui sukan ini perlulah dititik beratkan dalam kalangan masyarakat.Turut hadir, Ketua Polis Daerah Besut, Mohd Zamri Mohd Rowi dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Zaharnapi Sagaf.
14 Oct 18
245
Empty Image
Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Exco YB Hj Hanafiah Mat
Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 13 Okt 2018 - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan negeri(DUN) Chukai dengan  kerjasama Pemuda Pas DUN Chukai (PPDC) telah menganjurkan perlawanan Bola Sepak di Stadium Mak Chili, di sini, semalam. Perlawanan yang berlangsung selama dua hari bermula jumaat itu disertai 32 pasukan.ADUN Cukai, Yb Hj Hanafiah Mat berkata, perlawanan bola sepak bukan sekadar perlawanan, ia juga merupakan ruang untuk merapatkan hubungan sesama Islam."Bagi yang berjaya, saya ucapkan tahniah, yang tidak berjaya, teruskan pejuangan dalam arena bola sepak ini."Terima kasih dan tahniah kepada penganjur dan urusetia atas jemputan dan anjuran program yang sihat ini," ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di Stadium Mak Chili, di sini semalam.Turut Hadir, Penyelia i-MiTS Cukai, Dr Megat Suhaimi dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Belia i-MiTS Chukai, Hamka Hashim.
14 Oct 18
434
Empty Image
Semua Berhak Sihat
Haji Muhyidin Abdul Rashid (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada peserta yang terpilih.Oleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU - Semua lapisan masyarakat tidak mengira umur berhak untuk sihat demi kesejahteraan rakyat dan negara.Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Haji Muhyidin Abd Rashid berkata, perkara tersebut dibuktikan dengan penyertaan termasuk warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang hadir memeriahkan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Hulu Terengganu bertempat di Waterfront Kuala Berang."Hari Sukan Negara bertujuan untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan dan beriadah."Hubungan masyarakat tanpa mengira parti politik dapat diperbaiki dengan adanya majlis sebegini."Kita juga perlu menjaga adab-adab dalam beriadah."Saya ucapkan berbanyak terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang sepenuhnya dari semua pihak termasuk pihak negeri dan persekutuan yang menganjurkan Hari Sukan Negara pada hari ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2018 di Waterfront Kuala Berang, hari ini (13 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, menurut Haji Muhyidin, sebanyak 8 acara yang dianjurkan mendapat sambutan masyarakat setempat."Antaranya, Fun Ride, Gegar 10K Langkah, Sukaneka, 3 on 3 Bola Jaring, Pertandingan Ping Pong, Liga Penalti, Car Boot Sale dan Berkayak," tambahnya.Turut hadir sama, Ketua Penolong Daerah Hulu Terengganu, Mohd Zalizan Sulong, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Dr Noriah bt Mahmud dan Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu.
13 Oct 18
31
Empty Image
Sukan Negara Pupuk Budaya Hidup Sihat - Alias Razak
Dr Alias Razak menyempurnakan gimik perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kuala Nerus 2018.Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS - Hari Sukan Negara adalah penting dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara-negara maju.“Budaya sukan secara tidak langsung dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia."Pembangunan ekonomi negara juga turut mendapat implikasi yang baik melalui pembangunan industri sukan."Justeru, ayuhlah sama-sama kita memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini dengan aktiviti yang menyihatkan badan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara dan Car Free Hour peringkat Daerah Kuala Nerus bagi tahun 2018 di Kompleks Sukan Gong Badak Kuala Nerus, hari ini (13 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, menurut Dr Alias Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, sambutan Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan."Ia adalah suatu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’."Sambutan ini diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun," jelasnya.Tambah beliau, antara objektif Hari Sukan Negara ialah untuk memupuk semangat perpaduan antara semua kaum selain dapat meningkatkan pengetahuan sukan."Ia juga bertujuan untuk menerapkan budaya sukan dalam kalangan rakyat," ucapnya.Majlis dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara dan aktiviti seperti Fun Ride 25 Km, Fun Run, Fun Walk, manakala acara sukan yang dianjurkan ialah Shoot Bola Jaring, Sepak Gol Kecik, Sukaneka, Car Boot Sale.Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mengambil bahagian dalam aktiviti cabutan bertuah yang disediakan pihak penganjur.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.
13 Oct 18
446
Empty Image
Akal Yang Sihat Bersama Tubuh Badan Yang Sihat
Ustaz Mohd Nor Hamzah melakukan senamrobik bersama peserta Hari Sukan Negara Daerah Marang. Foto - Aslam WiraOleh: Syaharulhafizi ShamsudinMARANG - Islam tidak mengetepikan serta menafikan tentang keutamaan sukan malah telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW sehingga wujud pepatah Arab yang menyebut “akal yang sihat bersama tubuh badan yang sihat".Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, beliau berharap dengan adanya Hari Sukan dan kempen dari semua pihak termasuk jabatan yang berkaitan dapat memberi suatu galakan kepada semua lapisan masyarakat."Ianya bertujuan supaya masyarakat menitik beratkan kesihatan dengan bersukan."Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada seluruh atlet yang telah mewakili negeri yang berjaya menjulang Terengganu sebagai juara di dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, baru-baru ini."Saya turut menyambut baik komitmen yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam meneruskan penambahbaikan Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak."Ianya bagi memberikan kemudahan kepada atlet-atlet negeri ini bagi meningkatkan lagi kejayaan sukan Negeri Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Daerah Marang di Dataran Bandar Marang, hari ini (13 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, antara aktiviti yang diadakan pagi ini adalah senamrobik, 'fun run' sejauh tiga kilometer dan cabutan bertuah.Seramai kira-kira 400 orang peserta memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara termasuk penduduk sekitar, pelajar sekolah serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).Turut hadir, Ahli Dewan Negara, Datuk Razali Idris, Pegawai Daerah Marang, Mat Azmi Arshad, Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Wahad Osman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Mohd Shamsir Mohd dan anggota keselamatan serta kakitangan jabatan berkaitan.
13 Oct 18
776
Empty Image
Amal Gaya Hidup Sihat Realisasi TMBS
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ditemui di Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Dataran Batu Buruk, hari ini (13 Oktober). Foto - Afif FideeKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu menyeru seluruh rakyat untuk sama-sama meningkatkan inisiatif dalam mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat dan cergas seiring dengan prinsip Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan sentiasa berusaha dan menyediakan kemudahan kepada rakyat negeri Terengganu agar berpeluang untuk melibatkan diri dalam sukan."Semoga dengan adanya Hari Sukan Negara ini akan memupuk semangat untuk bersukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat."Kita juga mengharapkan lebih ramai yang serius dalam sukan sehingga menjadi atlet yang dapat mewakili Terengganu dan juga Malaysia."Alhamdulillah, baru-baru ini Terengganu muncul sebagai juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, kita memerlukan lebih ramai atlet berkualiti untuk mengekalkan kejuaraan pada SUKMA akan datang."Anda mungkin salah seorang daripadanya," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Dataran Batu Buruk, hari ini (13 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, menurut Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terdapat pelbagai acara yang dilaksanakan di Dataran Batu Buruk pada hari ini."Antaranya adalah Fun Ride, Fun Run 5 km, Fun Walk 3 km, senamrobik, e-sport, sukan tradisional, pertandingan sepak penalti, pertandingan ‘soccer kids’ tadika Kemas, ‘shooting on goal netball’, pertunjukan lompat tali dan permainan ‘bar steel’."Ada juga pameran daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Majlis Belia Negeri Terengganu dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu."Marilah semua kita sihatkan tubuh badan. Syabas kepada keluarga, orang kurang upaya (OKU), belia, warga emas, pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), kakitangan kerajaan, kakitangan swasta dan lain-lain yang cakna tentang gaya hidup sihat," tambahnya.Sementara itu, katanya, Hari Sukan Negara diilhamkan sebagai satu hari ikonik tahunan rakyat Malaysia yang dilaksanakan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober."Ianya berjalan secara serentak di seluruh negara bagi meraikan dan mengiktiraf penglibatan rakyat dalam aktiviti sukan, seterusnya menjadikannya sebagai satu gaya hidup di kalangan rakyat Malaysia," tambahnya.
12 Oct 18
56