lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Irfan Harap TFC Juara Piala Malaysia
Irfan (tiga dari kiri) memberi kata perangsang kepada anak buahnya dalam sesi latihan di Padang C, berhampiran Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak Kuala Nerus 23 Oktober. TFC akan  berdepan dengan Perak di Stadium Shah Alam, Selangor, 27 Oktober ini.KUALA NERUS, 24 Oktober - Ketua Jurulatih Pasukan Terengganu Football Club (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, 64, mengharapkan pemain Sang Penyu itu memberi sumbangan terbaik di Final Unifi Piala Malaysia berdepan dengan Perak dan sokongan padu daripada penonton amat diperlukan.Katanya, tanpa sokongan padu dari penonton, TFC tidak sampai ke final Piala Malaysia."Jadi bermainlah untuk lencana kita, untuk Negeri Terengganu dan untuk pasukan Terengganu," katanya ketika ditemui di Padang C, berhampiran Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, semalam.Irfan Bakti Abu Salim.Katanya, TFC berada dalam kumpulan yang sama dengan Perak (Kumpulan A), mata dan jaringan sama antara kedua-dua pasukan tersebut."Jaringan dan mata sama sahaja antara kita (TFC) dengan Perak, kedudukan kita menjadi 50-50 antara kita dengan Perak," jelasnya.Baru-baru ini, TFC mengalahkan Johor Darul Ta'zim (JDT), dengan agregat 3-2 dalam perlawanan timbal balas peringkat separuh akhir di Stadium Larkin, Johor.Manakala Perak mengesahkan aksi ke pentas final piala berkenaan biarpun jaringan sekadar terikat 2-2 ketika berdepan Sabah pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu, baru-baru ini.Serentak itu, Perak layak ke pentas final dengan agregat 7-2, hasil kemenangan 5-0 di Stadium Perak pada aksi separuh akhir pertama yang lalu.Seterusnya, Irfan berkata, untuk strategi juara Piala Malaysia beliau akan berbincang dengan pembantu jurulatih pasukan.TFC mempunyai tiga orang jurulatih tempatan berpengalaman bagi membantu Irfan mengatur strategi kemenangan TFC di pentas final piala tersebut.Irfan yang terbabit selama 30 tahun dalam bidang kejurulatihan bola sepak, memberi jaminan semua kesebalasan utama akan diturunkan di Stadium Shah Alam, Selangor, 27 Oktober (Sabtu) ini dan tiada kecederaan dikenal pasti sekaligus pasukan Sang Penyu dalam keadaan siap sedia berdepan dengan Perak di malam hari tersebut.Irfan menjelaskan bahawa beliau telah membawa TFC (Terengganu FA) ke pentas final menentang Negeri Sembilan FA tahun 2011 di stadium yang sama tetapi hanya berjaya menjadi naib juara Piala Malaysia ketika itu dengan satu jaringan berbalas dua."Jadi secara peribadi saya berhasrat menjadikan Piala Malaysia sebagai senarai anugerah peribadi istimewa saya selama terbabit dengan dunia bola sepak," tegasnya.Sebelum ini, Irfan hanya berjaya membawa banyak pasukan yang dipimpinnya ke final Piala Malaysia tetapi belum membawanya ke peringkat juara.Kipre Tchetche (kanan) dalam sesi latihan bersama pasukan TFC di Padang C berhampiran Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak Kuala Nerus.Sementara itu, Ketua Pasukan Sang Penyu, Kipre Tchetche Hermann berkata, pasukan yang dipimpinnya bersemangat menjadi juara piala tersebut untuk tidak menghampakan harapan peminat hitam putih."Kami akan bermain secara berpasukan dan akan memperbaiki segala kelamahan untuk mencapai kemenangan tersebut," katanya kepada pemberita di padang yang sama.Beliau tidak ada strategi dan target gol tertentu untuk mencapai juara tetapi Sang Penyu akan mempamerkan persembahan terbaik untuk tujuan tersebut.
23 Oct 18
143
Empty Image
Tujuh Emas Bawa Aisyah Ke Tanah Suci
Aisyah menunjukkan insentif kemenangannya di SUKMA kepada pemberita.KUALA NERUS, 24 Oktober - Atlet paling cemerlang Terengganu di Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19, Nur Aisyah Mohamad Zubir melahirkan rasa gembira apabila dianugerahkan hadiah bonus berupa pakej umrah tajaan Whe Mumtaz Travel & Tours Sdn. Bhd.Pemenang tujuh pingat emas acara berbasikal jalan raya dan trek itu berkata, dia dimaklumkan berita gembira itu oleh pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu, Khamis lalu.Menurutnya, hadiah itu bakal merealisasikan harapan untuk membawa kedua ibu bapanya menziarahi tanah suci Mekah.“Selama ini, saya mengumpulkan wang untuk menunaikan hasrat ini. Alhamdulillah, hadiah bonus ini adalah rezeki kami untuk ke sana,” katanya.Selain pakej umrah, gadis kelahiran Kemaman itu turut menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM21,000. Ketika ditemui, beliau sempat merakamkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada pihak yang terlibat dalam kejayaannya.“Kepada Menteri Besar dan Exco Belia, Sukan dan NGO,  pengarah dan kakitangan MSNT, ketua kontinjen, pengurus sukan dan jurulatih yang banyak mendidik saya, saya ucapkan jutaan terima kasih atas masa, peluh dan keringat yang diluangkan untuk saya sehingga berjaya.Kerajaan negeri berusaha memberikan penghargaan terbaik kepada atlet yang mengangkat nama negeri di peringkat tertinggi.“Saya tidak menyangka menerima hadiah pakej umrah kerana sejak awal lagi kami dimaklumkan hadiah bonus ini hanya untuk olahragawati terbaik yang dimenangi oleh ratu pecut kita, Azreen Nabila Alias,” katanya terharu.Kejayaan itu juga menjadi motivasi baginya yang akan bertanding acara jalan raya dalam temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2019 di Filipina.Dalam pada itu, Menteri Besar, Dr. Samsuri memaklumkan hadiah itu tanda keprihatinan kerajaan atas usaha dan kesungguhan gadis berusia 21 tahun itu.“Memang pada asalnya, cuma olahragawati yang mendapat hadiah bonus itu. Tetapi, kita menyedari kejayaan Aisyah meraih tujuh pingat emas, iaitu dalam semua acara yang disertainya adalah satu pencapaian yang cemerlang. “Setelah berbincang dengan beberapa pihak, kita berjaya mendapatkan tajaan yang juga berupa pakej umrah untuknya,” katanya.Aisyah dan Azreen dijangka akan menunaikan umrah tersebut pada bulan Disember nanti.
23 Oct 18
538
Empty Image
Atlet Sukma Terima Insentif RM995,000
Dr Samsuri bersama Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi (kiri), Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A.Rahman Yahya dan Chef de Mission, Samiun Salleh bersama para atlet.KUALA NERUS, 24 Oktober - Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu yang berjaya merealisasikan misi ‘Win Back Mission’ menerima insentif berjumlah RM995,000 daripada kerajaan negeri.Dalam SUKMA yang berlangsung di Perak, kontinjen Terengganu berjaya meraih 56 pingat emas, 51 perak dan 53 gangsa sekaligus mengulangi pencapaian sebagai juara keseluruhan setelah kali terakhir melakukannya di SUKMA 2012 di Pahang.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, insentif yang diberikan ialah penghargaan kepada para atlet yang telah mengangkat nama negeri di persada sukan negara.“Walaupun mereka mungkin layak menerima nilai yang lebih baik, hanya ini nilai dapat kita sediakan buat masa ini.Kerajaan negeri berusaha merangka strategi supaya kerjaya sukan mereka boleh dipertingkatkan di mana hasilnya akan melebihi jangkauan nilai yang diberikan hari ini dan lebih berkekalan,”  katanya kepada pemberita ketika hadir hadir di Majlis Penyampaian Insentif Temasya SUKMA Perak 2018 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, semalam.Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kejayaan kali ini.Kesungguhan atlet jayakan misi Win Back Mission.“SUKMA 2018 sangat bermakna. Ia menjadi batu tanda baharu bahawa Terengganu mampu melahirkan sang juara yang dibanggakan seluruh rakyat.“Kita mengimpikan juara-juara ini akan membawa Negeri Terengganu ke peringkat seterusnya sekaligus mewakili negara di peringkat antarabangsa.“Kejayaan hari ini hasil daripada dedikasi dan komitmen menyeluruh dari semua pihak. Ahli-ahli yang berhormat, bapa dan jabatan angkat, majlis sukan negeri, pengurus pasukan, persatuan sukan negeri dan pihak lain yang terlibat, anda adalah juara,” ujarnya.Dalam pada itu, Dr Samsuri sempat berpesan supaya pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC I) berjuang bersungguh-sungguh dalam perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung hujung minggu ini.“Ramai pihak dan netizen mencadangkan kerajaan negeri supaya memberikan imbuhan sekiranya mereka berjaya mendakap Piala Malaysia. Perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat terlebih dahulu. “Insya-Allah, kita tidak akan membiarkan usaha mereka tanpa penghargaan. Cuma, bentuk ganjaran itu akan kita maklumkan kemudian,” katanya.
23 Oct 18
174
Empty Image
Kerajaan Negeri Sokong Pembangunan Belia Melalui E-Sports
Hishamuddin mencuba permainan Pro Evolution Soccer 2019 di ruang pameran.KUALA TERENGGANU, 23 Oktober - Sukan elektronik atau lebih dikenali ebagai E-Sports yang semakin berkembang menyediakan peluang meluas buat belia samada melalui kerjaya atau perniagaan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan bidang yang boleh memberikan manfaat kepada belia.“Anak-anak muda tidak boleh disekat untuk bermain permainan elektronik kerana ia berkembang seiring dengan perkembangan teknologi lain.“Sebagai kerajaan negeri, kami bersedia membantu belia bagi memastikan ruang ini dapat dimanfaatkan. Sebagaimana dimaklumkan, e-sports membuka ruang anak-anak muda untuk berkerjaya dan berniaga. Kami akan beri galakan sekiranya ia membantu perkembangan belia.“Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO akan meneliti aspek yang boleh dipertimbangkan supaya e-sports mendapat perhatian dan dapat diketengahkan oleh kerajaan. “Cuma, kita tidak perlu gopoh dalam mengetengahkan perkara ini. Penilaian perlu dilakukan dan hala tuju belia dalam bidang ini perlu diarahkan kepada hasil yang positif,” katanya ketika merasmikan penutup Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu di TD1303, semalam.Hishamuddin turut ingatkan pengusaha e-sports supaya mendidik belia secara positif dalam bidang itu.Bengkel anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Malaysia Terengganu (ESM) itu dihadiri oleh 100 peserta terdiri daripada jabatan kerajaan, pemain sukan elektronik professional dan individu persendirian.Dalam pada itu, Presiden ESM, Abdul Latif Ibrahim turut bersetuju dengan saranan Hishamuddin.“Sebagaimana saranan kerajaan negeri, pihak persatuan akan cuba mengawal dan mendidik hala tuju anak-anak muda dalam bidang ini.   “Saya berharap kerjasama daripada pelbagai pihak akan membantu e-sports dengan lebih baik di negeri ini,” katanya.Sukan e-sports mula mendapat tempat di medium sukan antarabangsa selepas ia diperkenalkan dalam Sukan Asia Ke-18 di Jakarta sebelum mula dipertandingkan di Sukan Asia ke-19 di Huangzhou pada tahun 2022. Antara permainan yang sering dipertandingkan di peringkat antarabangsa ialah FIFA, Mobile Legend dan Player Unknown’s Battleground (PUBG).
22 Oct 18
31
Empty Image
Terengganu Naib Juara Piala Emas Raja-raja
Pasukan Terengganu menyandang naib juara Piala Emas Raja-Raja (PERR) Ke-78 selepas tewas tipis 0-1 kepada Pahang. Foto - Harish FadzillahOleh: Wan Luqman HakimTEMERLOH, 22 Oktober - Pasukan Terengganu menyandang naib juara Piala Emas Raja-Raja (PERR) Ke-78 selepas tewas tipis 0-1 kepada Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang, semalam.Pahang membuka tirai jaringan pada minit ke-7 menerusi Muhd Hafizi Abd Halim yang melepaskan rembatan kencang menggegar gawang selepas dia menerima umpanan Muhamad Firdaus Abdul Razak.Terengganu mencuba untuk mencari gol penyamaan namun rembatan Muhammad Afif Sufyan Azman pada minit ke-24 berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol tuan rumah, Muhammad Saufi Mohd.Enggan mengalah sehingga ke saat akhir, Terengganu menggandakan serangan namun kecekapan Mohamad Saufi menjaga gawang berjaya memastikan Pahang muncul juara.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di Temerloh berkata, semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh pemain Terengganu cukup membanggakan walaupun tewas kepada pasukan lawan."Saya cukup berbangga dengan prestasi pemain-pemain kita."Terengganu mula mempamerkan rentak kebangkitan dengan memulakan asakan ke kubu Pahang tetapi beberapa percubaan yang dilakukan tersasar."Walaupun kita gagal namun itulah adat permainan dan itulah perkara yang patut kita terima dalam apa jua permainan sekalipun," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita hari ini, mengulas tentang perlawanan menentang Pahang bagi merebut Piala Emas Raja-Raja (PERR) Ke-78, semalam.Wan Sukairi juga sempat mengajak rakyat Terengganu untuk hadir menyokong pasukan Terengganu Football Club (TFC) pada perlawanan akhir TFC menentang Perak."Insya-Allah kita akan buat yang terbaik. Terengganu nelang," katanya.
22 Oct 18
652
Empty Image
Piala Malaysia: 30,000 Tiket Untuk Penyokong Terengganu Mula Dijual Khamis Ini
Hishamuddin Abdul Karim dalam sidang media selepas sesi lawatan dan taklimat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Wan Roslan Hamat.KUALA NERUS, 23 Oktober - Sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan kepada penyokong pasukan Terengganu Football Club I (TFC I) untuk aksi perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 27 Oktober ini.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, jualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di antara pasukan Terengganu dan Perak akan bermula Khamis ini (25 Oktober) dari pukul 10 pagi hingga 2 petang di kaunter Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bagi kemudahan para penyokong tempatan.“Sebanyak 30,000 tiket diperuntukkan, berharga RM50 bagi dewasa manakala bagi penonton kanak-kanak pula berharga RM10."Kaunter tiket tersebut akan terus dibuka mulai pukul 9 pagi keesokannya sekiranya tiket untuk perlawanan akhir itu masih berbaki," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi lawatan dan taklimat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Wan Roslan Hamat di Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Kuala Nerus, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, UStaz Wan Sukairi Wan Abdullah.Hishamuddin berkata, pasukan TFC I kini dalam keadaan bersiap sedia untuk bertemu pasukan lawan dengan melakukan latihan insentif.“Kita akan cuba yang terbaik dan berusaha gigih membawa pulang trofi Piala Malaysia 2018," katanya.TFC I mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas mengejutkan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan agregat 3-2 pada peringkat separuh akhir.
22 Oct 18
209
Empty Image
MPKK Sri Bandi Juara Sulung Piala Kijal Sejahtera
Pasukan MPKK Sri Bandi bergambar selepas penyampaian hadiah.Oleh: Alfian MamadKEMAMAN, 22 Oktober - Pasukan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sri Bandi menjuarai Piala Kijal Sejahtera dalam pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup DUN Kijal di Padang Bank, Kampung Penunjuk, kelmarin.Pasukan itu membawa pulang hadiah wang tunai, medal, hamper dan piala pusingan dalam kejohanan yang julung kali diadakan.Kejohanan anjuran Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dengan kerjasama pemuda Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i- MiTS) dan Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Kijal mendapat sambutan baik di kalangan penduduk kampung dengan penyertaan daripada 25 pasukan bola sepak terdiri dari ahli MPKK kampung berdekatan dan lima pasukan jemputan.Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh yang berucap di majlis perasmian menasihati para pemain agar turut mengejar amalan untuk ke akhirat sepertimana mengejar bola di padang.Hazri Jusoh merasmikan kejohanan dengan nasihat dan pesanan."Tidak salah bermain bola sepak, asalkan tidak melupakan akhirat. Saya juga pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan peringkat universiti ketika belajar di Mesir dahulu," katanya.Majlis diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kemaman, Ustas Alias Hamid yang merasmikan penutup kejohanan tersebut.Dalam kejohanan itu, pasukan RANACO berjaya bergelar naib juara manakala tempat ketiga dimenangi pasukan MPKK Meraga Beris.
22 Oct 18
612
Empty Image
Terengganu Naib Juara Piala Emas Raja-raja
Pasukan Terengganu menyandang naib juara Piala Emas Raja-Raja (PERR) Ke-78 selepas tewas tipis 0-1 kepada Pahang. Foto - Harish FadzillahOleh: Wan Luqman HakimTEMERLOH, 22 Oktober - Pasukan Terengganu menyandang naib juara Piala Emas Raja-Raja (PERR) Ke-78 selepas tewas tipis 0-1 kepada Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang, semalam.Pahang membuka tirai jaringan pada minit ke-7 menerusi Muhd Hafizi Abd Halim yang melepaskan rembatan kencang menggegar gawang selepas dia menerima umpanan Muhamad Firdaus Abdul Razak.Terengganu mencuba untuk mencari gol penyamaan namun rembatan Muhammad Afif Sufyan Azman pada minit ke-24 berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol tuan rumah, Muhammad Saufi Mohd.Enggan mengalah sehingga ke saat akhir, Terengganu menggandakan serangan namun kecekapan Mohamad Saufi menjaga gawang berjaya memastikan Pahang muncul juara.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di Temerloh berkata, semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh pemain Terengganu cukup membanggakan walaupun tewas kepada pasukan lawan."Saya cukup berbangga dengan prestasi pemain-pemain kita."Terengganu mula mempamerkan rentak kebangkitan dengan memulakan asakan ke kubu Pahang tetapi beberapa percubaan yang dilakukan tersasar."Walaupun kita gagal namun itulah adat permainan dan itulah perkara yang patut kita terima dalam apa jua permainan sekalipun," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita hari ini, mengulas tentang perlawanan menentang Pahang bagi merebut Piala Emas Raja-Raja (PERR) Ke-78, semalam.Wan Sukairi juga sempat mengajak rakyat Terengganu untuk hadir menyokong pasukan Terengganu Football Club (TFC) pada perlawanan akhir TFC menentang Perak."Insya-Allah kita akan buat yang terbaik. Terengganu nelang," katanya.
22 Oct 18
147
Empty Image
Menteri Besar Sertai De' Perasing Ride@LPT2
Dr Samsuri dan peserta VIP fun ride bergambar sebelum perlumbaan.KEMAMAN, 22 Oktober - Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mempamerkan sokongan De' Perasing Ride 2018 apabila menyertai perlumbaan kategori Fun Ride 5KM yang diadakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, kelmarin.Beliau turut mengejutkan urusetia perlumbaan apabila berjaya menamatkan kayuhan hanya dalam masa 15 minit mendahului peserta lain.Selain Dr Samsuri, fun ride turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' A. Rahman  Yahya, Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Pengarah Eksekutif LPT2 , Datuk Azman Ismail selain pegawai-pegawai kerajaan negeri dan LPT2.Perlumbaan yang dianjurkan oleh Syarikat Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd. dan kerajaan negeri itu turut disokong oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).Perlumbaan menggunakan laluan di antara persimpangan Jabor hingga Kijal.Penganjuran kali kedua De' Perasing Ride kali ini berjaya menghimpunkan seramai 1,300 peserta dari seluruh negara termasuk dari negara Thailand.Wan Sukairi merakamkan ucapan tahniah kepada syarikat LPT2 atas penganjuran dan berharap ia akan terus menjadi acara tahunan."Perlumbaan ini bukan sahaja mempromosikan LPT2 sebagai laluan utama pantai timur dan R&R Perasing. "Ia juga secara tidak langsung mempromosi Terengganu sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan aktiviti berbasikal dan melahirkan banyak bakat negara dalam sukan ini," katanya ketika ditemui pemberita di sana.De' Perasing menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM52,000 dengan mengetengahkan tiga kategori perlumbaan, Fun Ride, Road Bike 90KM dan Mountain Bike 50KM yang disempurnakan pelepasannya oleh Dr Samsuri seawal jam 7:30 pagi.Kategori Road Bike 90KM diungguli oleh Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff daripada pasukan Sapura dengan catatan masa 1:53:16:00.Wan Sukairi menyampaikan hadiah kepada Mohamad Nur Aiman.Manakala, Mountain Bike 50KM pula dimenangi oleh Muhammad Elmi Jumari daripada Amaniz Cycling Team yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa 1:25:05:29.Pasukan berbasikal kebanggaan negeri, Terengganu Cycling Team (TSG) pula dianugerahkan sebagai pasukan terbaik kejohanan dan meraih hadiah wang tunai bernilai RM5,000.
21 Oct 18
479
Empty Image
TFC Mara Ke Final Piala Malaysia
Pasukan TFC meraikan kejayaan selepas mencatatkan kemenangan menerusi agregat 3-2 ke atas Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan aksi timbal-balik di Stadium Larkin.Oleh: Mohd Zukifli MatLARKIN, 22 Oktober - Pasukan tunggal dari pantai timur, Terengganu Football Club (TFC) mengesahkan slot ke 'final' Piala Malaysia selepas mencatatkan kemenangan menerusi agregat 3-2 ke atas Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan aksi timbal-balik di Stadium Larkin, malam tadi.Timbalan 1 Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim yang menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di Larkin berkata, ianya adalah satu perlawanan yang cukup mencemaskan."TFC terlebih dahulu ketinggalan 0-2 kepada tuan rumah apabila dihadiahkan sepakan penalti dan disempurnakan oleh Fernando Marquez pada minit ke-40."Ianya diikuti pula gol kedua daripada penyerang berbisa JDT, Gonzalo Cabrera pada minit ke-62 dalam separuh masa kedua perlawanan."Namun, Terengganu yang pada awalnya ketinggalan 0-2 bangkit mengatur semula jentera serangan dan berjaya merapatkan kembali jurang apabila Kipre Tchetche selaku peledak utama TFC menjaringkan gol menerusi hantaran dari Lee Tuck pada minit ke-69 perlawanan."Kebangkitan yang luar biasa dipamerkan Terengganu apabila Kipre Tchetche sekali lagi menjadi duri dalam daging buat JDT dengan meledak gol kedua hasil lorongan cantik dari pemain gantian, Ashari Samsudin sekaligus menembusi gawang gol JDT," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini, mengulas tentang kejayaan pasukan penyu mara ke pusingan akhir Piala Malaysia 2018.Hishamuddin Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tepoh turut memuji semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh anak-anak buah Haji Irfan Bakti.Keputusan yang berkesudahan seri 2-2 memadai buat Terengganu untuk melayakkan diri ke pentas akhir di Stadium Shah Alam 27 Oktober ini.Pasukan pantai timur itu yang terkenal dengan jolokan 'The Turtles' mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas JDT pada separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, baru-baru ini (13 Oktober).
20 Oct 18
47