lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
PIALA MALAYSIA 2018 : Ibarat Luka Lama Berdarah Kembali
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah turun ke padang memberi kata-kata semangat kepada pemain Terengganu sebelum mengharungi perlawanan final yang menyaksikan Sang Penyu muncul sebagai naib juara Piala Malaysia 2018.Oleh : Mohd Zukifli MatSHAH ALAM, 28 Oktober - Kekalahan Terengganu menentang Perak, di Stadium Shah Alam, kelmarin boleh diibaratkan seperti luka lama berdarah kembali yang mengulangi sejarah 20 tahun lalu, juga tewas menentang lawan yang sama pada pertemuan final menerusi penentuan penalti 5-3.Timbalan 1 Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menyifatkan Terengganu FC sudah membuktikan kemampuan dan kesungguhan pada perlawanan yang dipenuhi pelbagai aksi dan dramatik yang memukau penyokong."Namun rezeki tidak memihak kepada kita.Saya harap ia akan menjadi final yang sentiasa diingati sepanjang sejarah 120 minit yang mana kali terakhir Perak pernah menewaskan Terengganu 5-3 pada penentuan sepakan penalti 20 tahun lalu, cerita yang sama berulang," katanya ketika mengulas mengenai perlawanan  akhir itu, semalam.Terengganu terpaksa akur dengan kelebihan jaringan Perak dalam penentuan sepakan penalti (4-1) selepas mengheret perlawanan ke masa tambahan yang berkesudahan seri 3-3, pada aksi final Piala Malaysia 2018, di Stadium Shah Alam, kelmarin.Terengganu pada awalnya dilihat menguasai perlawanan di separuh masa pertama itu mendahului 2 gol tersentak apabila Perak bangkit pada separuh masa kedua sebelum mengikat kembali keputusan 2-2 sama dan mengheret Terengganu ke masa tambahan.Faiz Nasir antara pemain yang menjadi tumpuan apabila meledakkan satu gol berharga buat Terengganu pada masa tambahan.Bersambung masa tambahan Faiz Nasir meletakkan Terengganu kembali dihadapan hasil satu tendangan cantik menewaskan penjaga gol perak sebelum keadaan kembali seri selepas jaringan sendiri Igor Zonjic pada masa kecederaan dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, perlawanan epik itu menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa bermain dengan hanya 10 pemain selepas seorang pemain setiap pasukan dilayangkan kad merah yang turut mengubah sedikit rentak penguasaan.Katanya lagi, kali pertama Terengganu berjaya membawa pulang Piala Malaysia, 17 tahun yang lalu selepas menundukkan Perak 2-1 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
29 Oct 18
201
Empty Image
PIALA MALAYSIA 2018 : TFC Kalah Bermaruah
Pasukan Terengganu bergambar bersama pegawai dan pengurusan selepas dinobatkan naib juara Piala Malaysia edisi ke-92, malam tadi. Turut hadir memberi sokongan moral dan mengalungkan pingat buat pasukan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.Oleh : Syaiful MustafaSHAH ALAM, 28 Oktober - Terengganu FC (TFC) terpaksa akur dinobatkan sebagai naib juara Piala Malaysia 2018 apabila tewas pada perlawanan akhir menentang Perak menerusi jaringan penalti 1-4, selepas terikat ke masa tambahan dengan keputusan seri 3-3, di Stadium Shah Alam, malam tadi.Terengganu memulakan rentak bertenaga dan mengawal  perlawanan pada separuh masa pertama dan menghadirkan gol pembukaan yang menceriakan kira-kira 30,000 penyokong hitam putih seawal minit pertama, menerusi ayam tambatan, Kipre Tchetche.Sekali lagi ketua pasukan TFC itu menghadirkan jaringan kedua untuk menjarakkan kedudukan selepas penjaga gol Perak melakukan kesilapan menendang bola ke arah Kipre yang terus memanfaatkan gawang terbuka pada minit ke-43.Perlawanan turut berlangsung tegang, pada separuh masa kedua selepas pengadil Suresh Jayaraman melayangkan kad merah buat pemain Perak, Gilmar Da Silva pada minit ke-55 akibat pergaduhan kecil dan disusuli kad merah kedua untuk pemain TFC, Lee Tuck pada minit ke-66, apabila mengasari pemain Perak.Namun serangan balas pada separuh masa kedua The Gaurus akhirnya berhasil apabila membuka jaringan pertama oleh Muhammad Firdaus Saiyadi pada minit ke-74 dan gol kedua pula hadir menerusi Brendan Gan pada minit ke-90.TFC menambahkan jaringan minit ke-94 pada tambahan masa pertama yang dihasilkan Faiz Nasir pada minit ke-94 bagi menjadikan Sang Penyu mendahului seketika dengan mata 3-2.Pun begitu, Perak terus mengasak untuk menyamakan keputusan di saat akhir perlawanan pada separuh masa tambahan kedua bagi mengikat kedudukan 3-3 pada minit ke-120 hasil jaringan Igor Zonjic menyebabkan kemenangan ditentukan menerusi sepakan penalti.
27 Oct 18
704
Empty Image
PIALA MALAYSIA 2018 : Lautan Hitam Putih Semarak Sokongan
Oleh : Syaiful MustafaSHAH ALAM, 27 Oktober - Lautan hitam putih memenuhi Stadium Shah Alam bermula jam 3 petang ini bagi menzahirkan sokongan buat pasukan Terengganu yang bakal menentang Perak, di pentas final Piala Malaysia edisi ke-92, malam ini.Sebaik sahaja pintu B dan C untuk laluan penyokong Sang Penyu dibuka pada jam 4 petang ini, kelihatan orang ramai mula memasuki ruang tempat duduk stadium dan mula memenuhi setiap sudut dalam tempoh dua jam.Suasana gegak gempita dengan laungan kira-kira 30,000 penyokong yang bersorak sebaik sahaja pemain Terengganu (TFC) memasuki padang sebagai sesi pengenalan bersama pegawai pasukan dan ketua jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim.Pengacara majlis turut memberi laluan kepada Irfan membuat ucapan sebelum pasukan itu turun beraksi kurang sejam lagi, di hadapan penyokong setia hitam putih itu.Irfan berjanji untuk memastikan anak buahnya mempamerkan persembahan terbaik untuk penyokong yang sanggup menempuhi perjalanan jauh demi melihat kejayaan pasukan yang dicintai, Terengganu.Dalam pada itu, pelbagai aksi dan gaya penyokong dapat dilihat dengan masing-masing turut membawa bersama bendera, sepanduk dan tidak kurang juga yang mengecat wajah dengan warna hitam putih serta mengenakan kostum menarik.
27 Oct 18
234
Empty Image
PIALA MALAYSIA 2018 : Terengganu Sedia Bertempur
Oleh : Syaiful MustafaSHAH ALAM, 26 Oktober- Semua pemain skuad Penyu berada dalam prestasi terbaik dan bersedia untuk menempuhi perlawanan kemuncak menentang Perak, di Stadium Shah Alam, Selangor, malam esok.Pengendali skuad Terengganu Football Club (TFC) 1, Irfan Bakti Abu Salim berkata, barisan pemain turut diterapkan motivasi supaya mengawal permainan secara harmoni dan mampu menyerap tekanan sehingga ke wisel penamat."Kita mahu mereka bermain dalam keadaan gembira. Kebanyakan pemain adalah di kalangan pemain baru dan pertama kali ke pentas final Piala Malaysia kecuali seorang sahaja pemain pernah ke final pada 2011,"katanya ketika sidang media di Stadium Shah Alam, hari ini.Turut bersama, Ketua Pasukan TFC1, Kipre Tchetche.Beliau sebelum itu bersama pemain menjalani latihan akhir di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong.Turun memberi sokongan pada latihan petang tadi, Menteri Besar Terengganu yang juga Pesiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Mengulas lanjut, Irfan juga mahu kejayaan menewaskan JDT, selaku  pasukan terkuat liga pada separuh akhir dan kedua, tempoh hari memberi pengalaman berguna untuk dibawa bersama pada malam esok sekali gus mampu menjinakkan skuad Seladang.Beliau yang akan terus mengemudi pasukan utama Terengganu itu pada musim depan juga menasihat anak buahnya supaya mengurangkan kesalahan dan mengambil peluang yang ada sehingga detik terakhir serta sentiasa berwaspada sepanjang perlawanan penting itu."Saya mahu pasukan mestilah menganggap bermain seperti suasana Piala Dunia dengan kebanjiran penonton yang pastinya mahu persembahan yang bermutu dan mampu membawa pulang piala yang ditunggu-tunggu rakyat Terengganu selepas 17 tahun,"katanya lagi.TFC mengalahkan Johor Darul Ta'zim (JDT), dengan agregat 3-2 dalam perlawanan timbal balas peringkat separuh akhir di Stadium Larkin, Johor, Sabtu lalu.Manakala Perak pula mengesahkan aksi ke pentas final piala berkenaan biarpun jaringan sekadar terikat 2-2 ketika berdepan Sabah pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu, baru-baru ini.Perak layak ke pentas final dengan agregat 7-2, hasil kemenangan 5-0 di Stadium Perak pada aksi separuh akhir pertama yang lalu.
26 Oct 18
93
Empty Image
Siasat Jualan Tiket Luar Waktu - Hishamuddin
Hishamuddin (tengah) bersama Pasukan TFC di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus.KUALA NERUS, 25 Oktober - Kerajaan Terengganu meminta Jawatankuasa Pengurusan Tiket menyiasat bagaimana tiket perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia boleh terjual malam semalam sedangkan penjualan diputuskan, dibuat hari ini.Timbalan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, sekiranya perlujawatankuasa berkenaan harus membawa kes penjualan itu kepada pihak polis supaya menyiasat bagaimana ia berlaku."Kita (kerajaan) tertanya-tanya macam mana ada yang sudah dapat tiket pada malam tadi, saya tidak tahu."Sebab itu kita minta Jawatankuasa Pengurusan Tiket menyiasat, hatta kalau dibawa kepada pihak polis sekalipun, kita minta jawatankuasa itu bawa supaya kes ini dapat disiasat."Sebab kita hanya membenarkan hari ini sahaja diagihkan tiket dan tiket pun baru sampai kelmarin," ujarnya.Beliau berkata demikian di Sidang Media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, hari ini, mengulas tentang individu tertentu yang mempamerkan sejumlah tiket perlawanan tersebut dalam video yang diviral di media sosial sejak semalam.Hishamuddin (kanan) bersalaman dengan salah seorang pemain TFC di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus.Turut Hadir, Ketua Jurulatih Pasukan Terengganu Football Club (TFC), Irfan Bakti Abu Salim.Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata, kerajaan negeri telah menugaskan jawatankuasa tersebut untuk mengagihkan sebanyak 30,000 tiket perlawanan akhir Unifi Piala Malayisa antara TFC dengan Perak di Stadium Shah Alam Selangor, malam 27 Oktober ini.Penjualan tiket dibuat pada hari ini dan tidak ada pihak dibenarkan membuat penjualan sebelum itu.Katanya, pihak pengurusan tiket membuat penyusunan tertentu untuk pengagihan dan penjualan tiket tersebut dengan menyerahkan 15,000 tiket termasuk kepada Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu, Kelab Belia, Kelab Sukan, Akademik Bola Sepak, Bekas Pemain, Anggota TFC dan Persatuan Bola Sepak Daerah.Selain itu katanya, agihan juga dibuat kepada anak-anak Syarikat Kerajaan (GLC), pihak kerajaan sendiri, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sekitar 10,000 hingga 11,000 tiket.Beliau menyarankan agar orang ramai turut menumpukan perhatian kepada penjualan tiket secara online kerana kerajaan menyediakan 10,000 tiket untuk tujuan tersebut.Beliau berkata, sebanyak 28,000 tiket telah dikeluarkan untuk dijual pada hari ini mengikut agihan tersebut.Hishamuddin Abdul Karim.Baki sebanyak 2,000 tiket lagi, dijual di kaunter tiket Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah, Kuala Terengganu pada hari ini."Sebanyak 2,000 yang kita jual ini, setelah kita meletakkan keyakinan di daerah-daerah telah selesai penjualan untuk kawasan masing-masing."Jadi 2,000 tiket ini adalah baki yang kita boleh jual di stadium."Kalau kita tidak bagi kepada daerah, jumlah jualan di Stadium menjadi 10,000," jelasnya.Katanya, pengagihan di daerah terserah kepada persatuan bola sepak daerah untuk membuat jualan dan pengagihan.Bagaimanapun tidak diketahui bagaimana pengagihan dibuat oleh persatuan-persatuan berkenaan di peringkat daerah."Jika berlaku kelemahan beberapa permasalahan teknikal, kita (kerajaan) memohon maaf."Kita akan membuat satu usaha baik pulih di masa akan datang. Kita akan cuba baiki dengan cara yang terbaik selepas kita menerima 'post mortem' semua sekali dan kita harap tidak berulang jualan tiket seperti yang ada pada hari ini." ujarnya lagi.
25 Oct 18
59
Empty Image
PIALA MALAYSIA 2018: Kaunter Tiket Diserbu Penyokong Terengganu
Penyokong berkumpul sejak tengah malam untuk mendapatkan tiket.KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Sekitar 5,000 penyokong pasukan Terengganu Football Club (TFC) 1 berkumpul di hadapan kaunter tiket Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, sejak lewat malam tadi untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2018, di Stadium Shah Alam, Selangor, Sabtu ini. Muhammad mahu Terengganu bawa pulang Piala Malaysia.Seorang peminat bola sepak, Muhammad dari Kampung Ladang mengharapkan keajaiban buat dirinya yang menunggu sejak 8.30 pagi tadi."Penyokong terlalu ramai. Saya cuma harap tiket mencukupi, jika tidak terpaksalah menonton melalui televisyen sahaja. "Sebagai penyokong tegar, kita mengharapkan kemenangan Terengganu. Satu gol sudah cukup, yang penting kita menang," katanya.Sementara itu, Hasrul Bakar, 36 dari Bukit Besar, berjaya mendapatkan tiket setelah menunggu daripada 12.00 tengah malam tadi."Gembira, berbaloi menunggu lama. Tetapi hanya tiga keping tiket dewasa dan satu kanak-kanak dijual untuk seorang penyokong sahaja.Penantian Hasrul berbaloi."Melihat kepada corak permainan, insya-Allah kita boleh menang. Sasaran saya, menang 2-0," katanya.Tinjauan di laman Facebook Tickethotline sejam lalu juga mendapati kesemua tiket telah habis dijual.Tiket perlawanan laku ibarat pisang goreng panas.
24 Oct 18
124
Empty Image
Akal Sihat, Badan Cergas
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 25 Oktober - Akal yang sihat datangnya daripada badan yang sihat dan cergas.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh merasa sangat gembira melihat anak muda mahupun yang tua dapat bersama-sama menjayakan kejohanan badminton ini.“Dengan ini, secara tidak langsung ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara orang tua dan orang muda," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Badminton yang dianjurkan oleh Kelab Badminton Huru Hara di Dewan Sivik Kampung Bharu, Besut, semalam."Bersukan sangat penting bagi menjaga kesihatan tubuh badan kita dan mengelakkan daripada penyakit yang berbahaya."Justeru, saya menyeru kepada semua supaya bersukanlah agar badan mengeluarkan peluh bagi memastikan segala benda kotor dalam badan kita dapat dibuang", ujarnya.
24 Oct 18
264
Empty Image
Pok Mi Yakin TFC 1 Julang Kembali Piala Malaysia Sabtu Ini
Pok Mi @ Suhaimi Mohamad . Foto : Sumber FB Terengganu Football ClubKUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Kitman Pasukan Bola Sepak Terengganu yang sekian lama bersama dengan pasukan Terengganu sejak  1995 sehingga kini, Pok Mi atau nama sebenarnya Suhaimi Mohamad menaruh keyakinan tinggi kepada pasukan Terengganu Football Club I (TFC I) untuk menamatkan kemarau 17 tahun menjulang Piala Malaysia pada aksi final di Shah Alam, Sabtu ini.Katanya, beliau sebagai orang lama yakin bahawa skuad Penyu mampu sekali lagi membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Terengganu setelah kali terakhir ianya hadir pada  2001 malah kejayaan TFC1 mara ke final Piala Malaysia dalam tempoh tujuh tahun telah membangkitkan keghairahan lebih 1.25 juta rakyat negeri tersebut.“Saya berkeyakinan tinggi TFC I mampu merealisasikan impian rakyat Terengganu untuk membawa pulang Piala Malaysia ke negeri ini setelah sekian lama menunggu untuk sejarah tercipta kembali.“Malah saya yakin  dengan kemampuan anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim dapat mengekalkan persembahan terbaik yang telah dipamerkan sejak pada peringkat kumpulan Piala Malaysia lagi ditambah dengan sokongan rakyat Terengganu yang menantikan Piala Malaysia diarak masuk kembali ke negeri sang Penyu ini dengan penuh kebanggaan,” katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Pok Mi diibaratkan bintang lagenda bola sepak Terengganu, telah berkhidmat sebagai Kitman hampir 23 tahun bersama skuad Penyu ini merupakan tulang belakang kepada pasukan dalam semua aspek perancangan setiap latihan dan beberapa tambahan tugas sebelum dan selepas latihan termasuk penyediaan pakaian, makanan dan minuman, pengurusan masa dan sebagainya bagi menjamin kesempurnaan pasukan di bawah penyeliaanya.Sekali lagi pada Sabtu ini, di Stadium Shah Alam dalam catatan sejarah bola sepak, Terengganu akan beraksi di  final Piala Malaysia selepas mencatat kemenangan agregat 3-2 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir kedua kejohanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor baru-baru ini.Terengganu layak selepas mereka memiliki kelebihan satu jaringan setelah menewaskan JDT 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 6 Oktober lalu.Menurut  rekod, Terengganu berjaya bergelar juara Piala Malaysia pada tahun 2001 dan tarikh keramat 3 November 2001 pasti diingati oleh semua penyokong skuad penyu yang menyaksikan mereka menewaskan Perak 2-1 di Stadium Bukit Jalil untuk membawa pulang Piala Malaysia buat pertama kalinya ke bumi Terengganu.Terengganu mencipta sejarah baru dalam kancah bola sepak Piala Malaysia apabila menjulang trofi paling berprestij itu buat pertama kali dalam tempoh 80 tahun, selepas menewaskan Perak 2-1 pada perlawanan akhir yang mendebarkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam itu.Perlawanan itu adalah percubaan kali keempat Terengganu sepanjang tempoh kempen Piala HMS Malaya yang bermula pada 1921 dan Piala Malaysia pada 1967. Kali terakhir TFC I mara ke final Piala Malaysia adalah pada 2011, namun dikecewakan oleh Negeri Sembilan.
24 Oct 18
120
Empty Image
PBSNT Umum Percaturan Pasukan TFC 2019
Hishamuddin Abdul Karim.KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Sehubungan dengan prestasi yang dicapai oleh Terengganu Football Club (TFC) I hingga IV pada musim ini, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berhasrat untuk mengumumkan pembentukan pengurusan bagi semua pasukan yang berada di bawah seliaan PBSNT.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, PBSNT merakamkan rasa syukur atas kejayaan pasukan Terengganu yang telah bersaing dalam sukan bola sepak melalui kejayaan yang memberangsangkan mutakhir ini."TFC 1 akan berada di pentas final Piala Malaysia pada Sabtu ini menentang pasukan Perak."TFC II baru sahaja berjaya bergelar juara dalam Piala Cabaran yang baru diperkenalkan walaupun di peringkat awal, prestasinya merosot."TFC III bergelar Juara Piala Presiden dan tewas bersaing ketika Sukan Malaysia (SUKMA) berlangsung tempoh hari."Manakala TFC IV mampu ke pentas akhir Piala Belia walau hanya bergelar Naib Juara," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, semalam, mengulas tentang pembentukan pasukan TFC bagi tahun 2019."Jawatankuasa Khas Pemilihan yang bersidang 23 Oktober 2018 yang dipengerusikan saya sendiri telah mendapat mandat untuk membuat pengumuman pembentukan pengurusan dan pegawai pasukan TFC."Bagi Pasukan Terengganu FC Liga Super 2019 akan dikendalikan oleh Encik Ahmad Shahrizal bin Yahaya sebagai Pengurus, Encik Zul Fadli bin Rozi sebagai Penolong Pengurus dan Haji Irfan Bakti bin Abu Salim sebagai Ketua Jurulatih."Pasukan Terengganu FC II Liga FAM (Feeder Club) 2019 akan dikendalikan oleh Encik Jasmira bin Othman sebagai Pengurus, Che Wan Azlizan bin Che Wan Abu Bakar sebagai Penolong Pengurus dan Tengku Hazman bin Raja Hassan sebagai Ketua Jurulatih."Pasukan Terengganu FC III (Piala Presiden) 2019 akan dikendalikan oleh Haji Mohd Rusdi bin Hamat sebagai Pengurus, Haji Zulkifli bin Nawi sebagai Penolong Pengurus dan Encik Badrul Hafzan bin Razali sebagai Ketua Jurulatih."Manakala bagi Pasukan Terengganu FC IV (Piala Belia) 2019 akan dikendalikan oleh Encik Mohd Yahaya bin Mohd Noor sebagai Pengurus, Encik Ramlee bin Othman sebagai Penolong Pengurus dan Encik Subri bin Sulong sebagai Ketua Jurulatih," jelasnya.Dalam perkembangan yang sama, menurutnya, pelantikan dan pemilihan yang dibuat ini adalah berdasarkan prestasi dan komitmen yang telah berjaya dipamerkan oleh semua yang terpilih.Justeru, PBSNT merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang telah terpilih dan mengharapkan agar masing-masing dapat mempersembahkan kualiti kerja yang lebih cemerlang untuk melihat kejayaan pasukan Terengganu di persada tanah air."Bagi mendepani musim depan, PBSNT meletakkan sasaran dan akan menyusun Key Performance Indicator (KPI) buat semua pasukan agar musim depan berjalan dengan lebih tersusun."Berasaskan prestasi semasa, TFC I yang melalui kempen Piala FA TFC I hanya berada di Suku Akhir. Manakala kempen Liga Super, TFC I berada di tempat ke-5 dan terkini TFC I dalam kempen Piala Malaysia, kita berjaya berada dalam perlawanan akhir."Kita juga amat berharap agar TFC I berjaya merangkul kejuaraan," katanya.Tambahnya, PBSNT turut mengambil peluang ini untuk mempelawa syarikat dan individu perseorangan untuk turut serta sebagai rakan penaja dan bergerak sebagai satu pasukan secara menang-menang."Kami percaya cabaran mendatang khususnya dalam aspek kewangan antara cabaran yang bakal dilalui secara getir dalam saingan musim depan."PBSNT tidak melupakan jasa semua pihak dalam menyokong dan memperkukuhkan pasukan kesayangan rakyat Terengganu ini."Justeru, kami akan berusaha gigih memperbaiki dan meningkatkan mutu pengurusan untuk musim depan."PBSNT merakamkan ucapan terima kasih khusus buat Kerajaan Negeri Terengganu, GLC, penaja-penaja yang setia, penyokong setia dan semua rakyat Terengganu yang sentiasa bersama kami ketika jatuh dan bangun."Semangat berpasukan ini kita akan kekalkan secara berterusan," tegasnya.
24 Oct 18
229
Empty Image
Terengganu Isytihar Cuti Peristiwa 28 Oktober
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ditemui pemberita di Wisma Darul Iman.KUALA TERENGGANU, 24 Oktober - Kerajaan Terengganu mengisytiharkan hari Ahad 28 Oktober sebagai cuti peristiwa sempena perlawanan akhir Piala Malaysia pada 27 Oktober ini, samada Terengganu Football Club 1 (TFC I) menang mahupun kalah.Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan berita gembira tersebut dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini."Menyedari bahawa perlawanan kali ini (adalah) perlawanan yang penting, kita melihat prestasi pembangunan sukan bola sepak di Negeri Terengganu dan sukan yang lain termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) berada pada tahap yang amat membanggakan."Sebagaimana yang kita tahu, Terengganu telah  berjaya memenangi SUKMA 2018 dan dalam perlawanan bola sepak di peringkat lain."Ia juga menunjukkan peningkatan yang amat ketara dan pada kali ini, kemuncaknya adalah perlawanan Piala Malaysia di mana Terengganu bakal berdepan dengan pasukan Perak," jelasnya.Oleh itu, beliau berharap berita ini akan menjadi suatu motivasi kepada para penonton dan penyokong daripada Negeri Terengganu yang akan ke Shah Alam untuk memberikan sokongan kepada para pemain.
23 Oct 18
26