lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Dua Otai Gergasi Ragbi Terengganu Berentap
Pasukan Sultan Sulaimanian Old Boys menentang Pasukan Sesma Old Boys Rugby Club dalam perlawanan persahabatan di Padang Sekolah Menengah Teknik, Wakaf Tembesu.Oleh: Nasir AbdullahKUALA TERENGGANU, 11 November - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (SS) dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) adalah dua buah sekolah yang terkenal dengan pencapaian hebat akademik dan sukan di Negeri Terengganu.Antara sukan yang menjadi tumpuan kedua-dua buah sekolah ini ialah sukan ragbi dan telah dibuktikan pencapaian kedua-duanya bukan sahaja dalam negara, malah sehingga ke peringkat antarabangsa.Nama-nama seperti Azli Ibrahim, Mohd Hafiz Zainal dari SS dan Nasaruddin Ismail dari SESMA, adalah antara pemain yang berjaya dilahirkan mewakili dan mengharumkan nama Malaysia.Kedua-dua pasukan sentiasa mendominasi kejuaraan ragbi di peringkat sekolah dengan saling bertukar dan mengambil alih kedudukan sebagai pemenang, menjadikan perlawanan antara keduanya layak dinobatkan sebagai pertembungan klasik ragbi Terengganu.Semalam, 'dendam' lama kedua-dua pasukan dilangsaikan dengan diadakan satu perlawanan persahabatan di antara Sultan Sulaimanian Old Boys dan Sesma Old Boys Rugby Club di Padang Sekolah Menengah Teknik, Wakaf Tembesu.Perlawanan yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan serta imbauan nostalgia yang dimenangi SESMA 8-5 itu, disaksikan oleh kira-kira hampir 200 orang pemain dan penyokong dari kedua-dua pasukan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu hadir sebagai tetamu istimewa dan kemudiannya menyampaikan hadiah kepada pemenang.Turut sama memeriahkan perlawanan, Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Terengganu, Amir Amri Haji Mohamad dan Timbalannya, Che Zulkarnain Abdul Wahab yang kebetulan juga adalah bekas pelajar SS.Khairil Izwan IshakKhairil Izwan Ishak, 32, yang menjadi Pengarah Program Rugby Homecoming Test ini berkata, antara matlamat program ini ialah bagi mengumpulkan kembali pemain-pemain lama ragbi Terengganu.“Ianya juga bagi membantu kerajaan negeri dalam pembangunan sukan ragbi Terengganu. Terengganu tidak ketandusan pemain-pemain berbakat dan kita mengharapkan agar diperbanyakkan lagi perlawanan-perlawanan di peringkat dalaman bagi memberikan lebih pendedahan kepada mereka."Kami akan sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada Kerajaan Terengganu dalam usaha ini,” ujarnya lagi.Manakala Ketua Pasukan SESMA, Muhammad Qairee Mamat, 43, berkata, idea perlawanan seperti ini amat baik bagi merapatkan kembali ukhuwah serta mengimbau kenangan lama.Bagi beliau, semua pemain kedua-dua pasukan adalah kawan-kawan lama walaupun berlainan sekolah, tetapi apabila menyarung jersi Terengganu, hati mereka tetap kepada kejayaan negeri.“Kami sangat berpuas hati dengan penganjuran ini dan berharap ia akan menjadi acara tahunan."Kami juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri Terengganu memberikan lebih banyak penumpuan kepada perkembangan sukan ragbi yang telah terbukti melahirkan ramai pemain kebangsaan,” kata beliau.Ditanya apakah rahsia berjaya mengekalkan kecergasan walaupun sudah melewati umur 40 tahun, Qairee yang masih aktif bermain itu menjawab ringkas, seorang pemain perlu sentiasa berlatih.
10 Nov 18
1118
Empty Image
Futsal Piala YB Air Putih Semai Budaya Bersukan
Oleh : AminjiKEMAMAN, 8 November - Kejohanan Futsal Piala YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, di sini, baru-baru ini berjaya menyemai budaya bersukan di kalangan belia setempat.ADUN Air Putih, Ab.Razak Ibrahim berkata, pertandingan itu bukan sahaja mencergaskan minda dan fizikal, malah mengeratkan silaturahim di kalangan peserta dan komuniti setempat."Sukan ini bertujuan untuk menyihatkan badan dan dalam masa yang sama dengan bersukan juga kita boleh mengeratkan silaturahim antara sesama kita."Bukan soal kemenangan semata-mata yang diburu dalam pertandingan ini, apa yang lebih utama manfaat sebalik pengajuran itu sendiri,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Kejohanan Futsal 5 Sebelah Piala YB Air Putih anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Air Putih dengan kerjasama Belia DUN Air Putih.Program berlangsung sehari sempena cuti umum Hari Deepavali, Selasa lalu, di Padang Futsal, Bukit Mentok, Air Putih.
07 Nov 18
151
Empty Image
E-Sport Kurang Aktiviti Fizikal
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.KUALA NERUS, 8 November - Kerajaan Terengganu menerima baik peruntukan RM10 juta untuk E-Sport yang diumumkan dalam Bajet 2019 namun Terengganu tidak memberikan tumpuan utama kepada sukan itu.Pengerusi Jawatankuasa  Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia adalah kerana sukan tersebut kurang aktiviti fizikal berbanding sukan biasa.“Saya menerima baik hasrat ini. E-Sport ini merupakan satu sukan yang baru diperkenalkan dan di peringkat sukan Asia baru-baru ini telah pun dimasukkan agenda di mana ia akan menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan.“Di peringkat sukan Asia baru-baru ini tiada pingat lagi yang dipertandingkan kerana ia sekadar sukan pengenalan dan mungkin selepas pada ini sukan E-Sport akan dipertandingkan dalam bentuk pungutan pingat dan sebagainya," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sukan tersebut di KOMTAQ, baru-baru ini (3 November).Oleh itu, beliau menambah, ia akan hanya dilaksana secara sederhana dan kerajaan akan memberi fokus kepada sukan sedia ada.“Kita nak supaya sukan yang akan kita lahirkan adalah sukan yang melahirkan aktiviti yang sihat. E-Sport ini tidak melibatkan mana-mana pergerakan fizikal, sekadar kemampuan kita untuk menguasai permainan duduk dan menggerakkan tangan,” jelasnya.
07 Nov 18
71
Empty Image
Lee Tuck Sah Kekal Di TFC
Foto ihsan - FB Terengganu Football ClubOleh: Mohd Zukifli MatKUALA TERENGGANU, 6 November - Khabar angin mengenai beberapa tonggak utama import pasukan Terengganu Football Club (TFC) yang membayangkan hasrat untuk berhijrah ke pasukan lain akhirnya terjawab.Arkitek TFC yang juga pemain tengah, Lee Andrew Tuck (Lee Tuck) mengumumkan akan terus kekal bersama skuad Penyu di bawah bimbingan Haji Irfan Bakti untuk musim 2019."I’ll be returning to Terengganu FC for the 2019 season. A lot of people have asked with kind messages so cheers. I’ll be seeing you all next year," katanya.Beliau yang merupakan pemain import kelahiran England berkata demikian dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, semalam.Sebelum ini, khabar angin mendakwa Lee Tuck tidak kekal bersama Terengganu dan menimbulkan kegusaran peminat setianya yang ternyata menghargai jasanya.Seorang lagi pemain import TFC, Thieryy Chanta Bin yang pernah dinobat sebagai pemain kuota Asia terbaik 2018 turut mengumumkan akan terus kekal di TFC selepas dikaitkan akan berhijrah ke pasukan Thailand.Ini sudah pastinya suatu berita gembira bagi peminat bola sepak Negeri Terengganu yang sekian lama menjadi tanda tanya.Dalam perkembangan sama, kegembiraan turut dirasai apabila Anugerah Bolasepak Kebanggsaan 2018 (ABK2018) telah menobatkan Lee Tuck sebagai Pemain Paling Popular, semalam.Sementara itu, lima pemain TFC memenangi anugerah kesebelasan utama terbaik ABK2018 termasuk Lee Tuck, Thieryy Chanta Bin, Faiz Nasir, Kamal Azizi, dan TcheTche Kipre.Manakala Ketua Jurulatih TFC, Haji Irfan Bakti dianugerahkan sebagai jurulatih terbaik 2018.Menurut Facebook rasmi TFC, mereka mengesahkan bahawa Lee Tuck telah menandatangani pemanjangan kontrak bersama pasukan TFC sehingga tahun 2020.Lee Tuck telah bersetuju dengan segala terma dan syarat yang telah ditawarkan di dalam kontrak TFC dan beliau semestinya mendahulukan penyokongnya di Terengganu.
06 Nov 18
58
Empty Image
TSG, UMT Mahu Lahir Atlet Berbasikal Berprestasi Tinggi
KUALA TERENGGANU, 6 November - Terengganu Cycling Team (TSG) meneruskan usaha membangunkan sukan berbasikal apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta melancarkan Akademi TSG di universiti itu, semalam.MoU itu ditandatangani Timbalan Naib Canselor UMT, Profesor Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali dan Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi UMT, Mohamad Rafee Jusoh.TSG pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Farhan Abd Wahab serta Ketua Pegawai Operasinya, Nasiruddin Wan Idrus.Majlis bersejarah itu disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.Dr Che Mohd Ruzaidi berkata, kerjasama ini membabitkan pembangunan sukan berbasikal melalui perkongsian kepakaran dan kejurulatihan."Kerjasama ini juga dapat mencungkil bakat baharu serta mampu meningkatkan prestasi atlet dan bakat sedia ada kedua-dua pihak dalam misi melahirkan pelumba bertaraf kebangsaan dan antarabangsa."Ia juga membabitkan pengurusan penggunaan sumber dan fasiliti sukan sedia ada selain bidang penyelidikan, pemasaran, pemakanan dan publisiti dalam misi melahirkan pelumba profesional yang turut cemerlang dalam akademik," katanya.Bagi Ahmad Farhan, MoU ini adalah satu langkah bijak, bukan hanya kepada pelumba TSG, tetapi impaknya kepada kedua-dua pihak serta atlet itu sendiri."Ia bukan hanya meningkatkan kualiti dan prestasi pelumba basikal TSG dan UMT, tetapi turut memberi peluang kepada atlet berbasikal TSG melanjutkan pelajaran ke universiti tanpa meninggalkan karier dalam sukan itu."Kita mahu melahirkan atlet berbasikal berkelulusan tinggi dalam bidang akademik, selain pertukaran kepakaran bidang kejurulatihan serta akademik sukan berbasikal.“Ia selari dengan penubuhan Akademi TSG yang mahu memastikan kecemerlangan pasukan itu sebagai pasukan profesional di peringkat antarabangsa," kata Ahmad Farhan.
05 Nov 18
161
Empty Image
Terengganu Naib Juara Hoki Piala Tun Abdul Razak
KUALA TERENGGANU, 4 November - Pasukan Hoki Terengganu terpaksa akur dinobatkan sebagai naib juara selepas tewas dalam perlawanan akhir menentang Perak menerusi penentuan pukulan penalti 3-1 setelah terikat seri 2-2 dalam perebutan Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.Pada aksi berkenaan, Terengganu berada di hadapan hasil gol padang Ameer Aiman Mohd Saberi pada minit ke-14 sebelum Shazrul Imran Nazli menyamakan kedudukan untuk Perak menerusi pukulan sudut penalti, selang beberapa saat kemudian.Syamiru Aiman Bidin kembali meletakkan Terengganu di depan menerusi gol padang pada minit ke-22 sebelum Muhammad Azrai menyamakan kedudukan untuk Perak hasil gol padang pada minit ke-47.Dalam pada itu, Jurulatih Pasukan Hoki Terengganu, Chairil Anwar A Aziz @ Musa berkata, walaupun peluang tersedia tidak digunakan sepenuhnya oleh anak-anak buahnya, beliau tetap berpuas hati dengan komitmen dan semangat juang mereka."Alhamdulillah, mereka berjuang hingga ke saat akhir. Pemain yang kita turunkan dikuatkan dengan gabungan 5 pemain berpengalaman dan atlet-atlet pasukan hoki Sukan Malaysia (SUKMA), baru-baru ini," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini, mengulas mengenai perlawanan akhir Piala Tun Abdul Razak menentang Perak.Perak membawa pulang trofi kemenangan dan mengaut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 sebagai juara edisi ke-56 manakala Terengganu terpaksa berpuas hati dengan beroleh RM7,000.
03 Nov 18
200
Empty Image
2018 Tahun Gemilang Sukan Terengganu
Wan Sukairi Wan Abdullah mengaminkan doa dalam penutup Kejohanan Golf Interclub Piala Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu. Foto - Wan Luqmanul HakimKUALA NERUS, 4 November - Walaupun ramai peminat menangisi kegagalan Terengganu membawa pulang Piala Malaysia baru-baru ini, harus diakui tahun 2018 merupakan tahun gemilang negeri itu dalam bidang sukan di peringkat kebangsaan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pencapaian Negeri Terengganu dalam bidang tersebut amat membanggakan."Tahun ini, kita berjaya menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA). Dalam sukan bola sepak pula, kita berjaya memasuki enam perlawanan akhir dalam pelbagai peringkat umur dan memenangi tiga daripadanya," ujarnya.Sehubungan itu, katanya, secara keseluruhannya, Terengganu menguasai sukan dalam negara ini dan beliau berharap agar suatu masa nanti Terengganu akan menguasai sukan golf juga di peringkat yang lebih tinggi.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup Kejohanan Golf Interclub Piala Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu di Kuala Terengganu Golf Resort, semalam. Kejohanan itu disertai lapan pasukan dalam negeri dan dimenangi oleh Kelab Sukan Pemain Golf Kuala Terengganu (KSPGKT) yang membawa pulang piala pusingan serta hadiah wang tunai berjumlah RM7,000.Semalam, Pasukan Hoki Terengganu turut dinobatkan sebagai naib juara hoki Piala Razak 2018 apabila tewas kepada Perak menerusi penalti 3-1 setelah seri 2-2
03 Nov 18
179
Empty Image
Kontroversi Pengadilan Piala Malaysia Tidak Patut Berulang
Wan Sukairi harap mutu pengadilan Liga Malaysia lebih baik pada masa hadapan.KUALA TERENGGANU, 1 November - Kerajaan Negeri Terengganu berharap kontroversi pengadilan yang berlaku dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 tidak akan berulang lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pasukan Terengganu Football Club (TFC) 1 akur dengan kekalahan itu."Saya telah mendapat maklumat daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)  bahawa kita tidak akan melakukan apa-apa bantahan berkenaan kontroversi yang berlaku termasuklah berkaitan kedudukan penjaga gawang Perak yang dikatakan berada pada kedudukan yang salah ketika penentuan penalti," katanya.Beliau sebaliknya berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat melakukan 'post-mortem' yang telus terhadap perlawanan tersebut."Kita harap kesilapan seperti ini tidak berlaku lagi dalam perlawanan akan datang khususnya bagi perlawanan-perlawanan penting."Saya juga mewakili rakyat Terengganu ingin melahirkan rasa terkilan dengan sikap pemain Perak yang melakukan aksi kurang sopan serta tidak melambangkan semangat kesukanan dan berharap ia tidak akan diulangi.50 peserta dilepaskan mendaki Bukit Besar."Berkenaan imbuhan kepada pemain TFC 1, perkara ini akan diputuskan dua minggu lagi dalam mesyuarat jawatankuasa kerajaan negeri."Samada ada atau tidak, kita akan umumkan nanti," katanya kepada pemberita ketika merasmikan pelepasan pendakian sempena Hari Kesihatan Warga Pejabat Agama Kuala Terengganu di Bukit Besar, pagi ini.Program itu julung kali diadakan di atas inisiatif Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah dan disertai 50 peserta terdiri daripada kakitangan Pejabat Agama Daerah.Tiga kategori dipertandingkan dalam program itu iaitu kategori terbuka, 40 tahun ke atas dan kategori bawah 40 tahun.Wan Sukairi bergambar bersama peserta Hari Kesihatan.
31 Oct 18
64
Empty Image
Kejohanan Enduro Cross Bukit Batu Tertutup Terengganu 2018 Dijangka Tarik 100 Pelumba
Oleh : Dzakaria Mohd SallehSETIU, 30 Oktober - Kejohanan Motocross `Enduro Cross Bukit Batu Tertutup Terengganu 2018' di  Kampung Bukit Nenasi, Batu Rakit, pada 3 November ini, dijangka akan menarik penyertaan lebih 100 peminat sukan ekstrim itu.Setiausaha kejohanan, Rafiuddin Abdul Razak, berkata Kelab Motocross Bukit Batu bekerjasama dengan ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Nenasi, selaku penganjur bersama untuk merealisasikan kejohanan julung kali itu."Terima kasih kepada MPKK Bukit Nenasi dengan komitmen ini dan diharap usaha bersama ini mampu melahirkan jaguh dan mempromosikan sukan ini  ke peringkat lebih tinggi lagi."Kami menyahut saranan kerajaan yang mahu Terengganu menjadi kilang melahirkan atlet bertaraf dunia seperti sukan lumba basikal,"katanya selepas meninjau persiapan terakhir trek itu, di Kampung Bukit Nenasi, di sini, semalam.Rafiuddin berkata, pertandingan motocross yang akan mempertaruhkan tiga kategori iaitu  MX Enduro Cross, CKD Enduro Cross dan Cubcross Enduro Cross itu dijangka akan menarik penyertaan lebih 20 kelab motocross seluruh Terengganu termasuk pelumba persendirian.  Katanya, pihaknya memperuntukkan kos lebih RM10,000 bagi menganjurkan pertandingan itu, manakala tawaran hadiah keseluruhan sehingga RM4,000 sebagai habuan kepada peserta terbaik.Menurut beliau lagi, kejohanan yang menggunakan trek sepanjang lebih satu kilometer itu dijangka akan menjanjikan cabaran, pengalaman dan persaingan sengit di kalangan peserta.Sementara itu, Pengerusi MPKK Bukit Nenasi, Zulkifli Mat Jusoh berkata, penganjuran bersama dengan Kelab Motocross Bukit Batu itu merupakan satu perintis dan inisiatif untuk mencungkil bakat serta kemahiran anak muda supaya mempunyai platform yang terbaik untuk melibatkan diri dalam sukan lasak permotoran.Zulkifli"Kini anak-anak muda sudah melihat MPKK bukan sekadar penghubung kepada kerajaan terhadap sebarang keperluan rakyat namun boleh bersama dalam memenuhi minat dan aspirasi mereka," katanya.Menurutnya lagi, Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shahrizukirnain Abd Kadir dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit Ustaz Mohd Shafizi Ismail dijangka akan hadir memberikan sokongan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Sebarang pertanyaaan untuk menyertai kejohanan ini boleh menghubungi talian 0179084024 (Rafiuddin), 0179036647 (Zulkifli).
29 Oct 18
861
Empty Image
Amalan Bersukan Perlu Patuh Syariah
Oleh : Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 29 Oktober -  Sukan adalah aktiviti sihat yang sentiasa digalakkan oleh Islam asalkan pelaksanaannya tidak melanggar batas-batas syariah yang ditetapkan oleh agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata semua jenis sukan boleh dilakukan dengan syarat atlet dan pesertanya menutup aurat, menjaga batas pergaulan dan akhlak ketika bermain selain sentiasa menjaga solat."Main bola-main bola jugok, tapi solat jangan tinggal, main bola dengan menunjukkan kemahiran kita, bukan tunjuk keganasan,"katanya. Alias berucap demikian ketika merasmikan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Tertutup ADUN Rantau Abang yang diadakan di Padang Bola Kampung Che Lijah, di sini, kelmarin. Sementara itu, menurut Pegawai Khas, Abdul Halim Nasir, kejohanan dua hari itu yang menyaksikan 28 pasukan dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) di DUN Rantau Abang bertarung merebut piala tersebut. Dalam pertandingan itu, menyaksikan Balik Bukit FC telah berjaya mengalahkan Ladang Pinang Mas FC dalam pertandingan akhir untuk muncul juara dan membolot hadiah RM1,000 beserta medal, manakala Ladang Pinang Mas membawa pulang RM700 dan medal serta tempat ketiga dan keempat pula mendapat RM30, masing-masing dimenangi GP FC dan Kampung Baru FC. "Sebanyak lapan pasukan layak ke Grand Final Peringkat Parlimen Dungun pada 16 - 17 November 2018, iaitu Balik Bukit FC, Rantau Abang FC, GP FC, Alor Mak Bah FC, Peladang FC, Kampung Baru FC, Seberang Pintasan FC dan Ladang Pinang Mas FC, "katanya lagi.
29 Oct 18
175