lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
MB Terengganu Umum Dana Khas Pembangunan Atlet
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ditemui pemberita dalam Majlis Meraikan Atlet SUKMA Daerah Marang, semalam.KUALA TERENGGANU, 24 November - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan bahawa dana khas sukan bakal diperuntukkan buat atlet muda Terengganu.Beliau yang hadir bersama isteri, Tuan Faizah Ab Rahman meraikan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 berkata, dana khas tersebut bertujuan untuk memudahkan atlet berlatih dan mencari pendedahan dalam meningkatkan prestasi diri."Kita percaya bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan dalam apa jua peringkat, antara aspek penting yang membantu adalah pendedahan dalam pertandingan."Oleh itu, kerajaan negeri menyediakan insentif untuk atlet muda kita berlatih atau mendapat pendedahan termasuklah di luar negara."Kita fokus kepada atlet muda untuk mendapatkan pendedahan awal dan membiasakan diri dengan suasana pertandingan."Tentulah ia sebagai persediaan SUKMA akan datang. Namun, pendedahan ini juga dapat membantu atlet di peringkat negara dan antarabangsa," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Meraikan Atlet SUKMA Daerah Marang di Hotel Primula, Kuala Terengganu, semalam.Beliau bagaimanapun merahsiakan nilai dana yang bakal diperuntukkan. "Jumlah dana khas itu akan saya umumkan dalam Belanjawan Terengganu 2019 nanti," katanya.Dalam majlis tersebut, seramai 30 atlet bersama ibu bapa mereka diraikan oleh Dr. Samsuri selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang dan ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi beserta isteri, Wan Hamidah Wan Daud.
23 Nov 18
27
Empty Image
Wanita Digalak Bersukan, Jaga Syariat
Ghazali menyampaikan pesanan kepada peserta Kejohanan Bola Jaring Tertutup DUN Bukit Besi sebelum bermulanya pertandingan.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 21 November- Bersukan amat digalakkan dalam Islam, bahkan ianya juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Aktiviti sihat itu bukan semata-mata dikhususkan untuk lelaki, ianya juga untuk wanita, namun perlu mengikut garis panduan Islam agar terjaga syariat.Pegawai Penyaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kerajaan negeri juga tidak menghalang wanita melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah seperti bersukan bagi menjadikan diri sihat dan memupuk gaya hidup sihat."Malah amat digalakkan wanita bersukan. Apa yang perlu dijaga adalah etika pemakaian mengikut syariat serta aktiviti itu juga perlu ada batasan iaitu diadakan di tempat yang khusus, jauh dari pandangan lelaki kerana perlu menjaga aurat dan pergaulan antara lelaki dan wanita."Sebagaimana kejohanan bola jaring yang diadakan ini dengan memilih tempat yang kita rasa selamat dan terjamin, jauh dari pandangan awam yang boleh menimbulkan fitnah dan aib sesama kita," katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap pada upacara penyampaian hadiah Kejohanan Bola Jaring Tertutup DUN Bukit Besi anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera ( i-MiTS) diadakan di sini, semalam.Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bukit Besi Cawangan Perumahan muncul sebagai juara dalam kejohanan julung kali itu.Dalam pada itu, Ghazali juga berharap, pertandingan yang sihat seumpama itu akan terus dianjurkan supaya bukan sahaja menjadikan fizikal dan emosi peserta sihat, malahdapat  merapatkan ukhuwah antara wanita di DUN Bukit Besi."Di samping itu, peserta juga dapat menguruskan emosi agar tidak tertekan dengan rutin harian yang menumpukan pada kerja semata-mata. Otak akan penat jika bekerja sahaja dan perlunya pada aktiviti beriadah dan bersukan," jelasnya.
21 Nov 18
173
Empty Image
78 Atlet Bawa Cabaran Terengganu Ke Para SUKMA
Terengganu idam kekalkan pencapaian lalu.KUALA TERENGGANU, 21 November - Seramai 78 atlet Para Terengganu berangkat ke negeri Perak pagi ini bagi menyertai Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) ke- 19 yang akan bermula dua hari lagi.Kontinjen mereka turut disertai 51 pegawai Jabatan Belia dan Sukan Terengganu terdiri jurulatih dan pengiring.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kontinjen Para meletakkan sasaran 68 pingat untuk kejohanan kali ini."Tahun ini terdapat peraturan baharu di mana had umur atlet tidak melebihi 45 tahun menyebabkan beberapa atlet kita yang berbakat tidak dapat bermain."Bagaimanapun, kita meletakkan sasaran mengekalkan tempat ketiga sebagaimana yang diperolehi pada Para SUKMA di Sarawak dua tahun lalu," katanya kepada pemberita ketika Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Para SUKMA Terengganu di Kompleks Belia dan Sukan, semalam.Dalam majlis itu, Wan Sukairi turut berharap Pasukan Terengganu berjaya mencapai sasaran 28 pingat emas yang ditetapkan."Lubuk emas kita adalah sukan ping pong yang mana kita letakkan sasaran 12 emas daripadanya," katanya.Beliau juga mengingatkan para atlet supaya berusaha memastikan bendera Terengganu dijulang di podium."Tentang imbuhan, kerajaan negeri masih berahsia kerana kita tidak mahu mengganggu tumpuan atlet."Kita mahu atlet capai kejayaan terlebih dahulu dan kerajaan negeri pasti tidak akan mengabaikan kejayaan yang mereka bawa pulang," katanya.Pada Para SUKMA di Sarawak dua tahun lalu, Pasukan Para SUKMA Terengganu menduduki tempat ketiga keseluruhan pungutan pingat dengan 28 pingat emas.
20 Nov 18
199
Empty Image
MB Terengganu Serah Piala YAB ADUN Rhu Rendang Kepada Rusila FC
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) meredah hujan menyampaikan piala pusingan kepada Rusila FC.Oleh: Aslam WiraMARANG, 21 November - Pasukan Rusila FC muncul juara selepas mencatatkan kemenangan tiga gol tanpa balas ke atas Bandar Marang FC dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala YAB ADUN Rhu Rendang di Padang Majlis Daerah Marang malam tadi.Setelah mengambil masa selama lebih 2 bulan bermula pada 31 Ogos lalu, perlawanan penentuan kejohanan yang berlangsung semalam melabuhkan tirainya.Menteri Besar Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turun padang bagi merasmikan kejohanan dan menonton perlawanan sengit di antara dua pasukan tersebut.Terdahulu, kejohanan ini telah melibatkan 21 pasukan dari seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, yang juga dirasmikan oleh beliau.Bagi meraikan kemenangan pasukan yang menyandang juara, Dr Samsuri sendiri telah menyampaikan piala pusingan dan mengucapkan tahniah kepada pemenang.Rusila FC turut membawa pulang medal serta hadiah wang tunai sebanyak RM4,000 sebagai juara kejohanan itu.Manakala, Mohd Hafizan Talib yang memegang jersi bernombor lapan dari Rusila FC telah dipilih sebagai pemain terbaik dalam perlawanan akhir tersebut.Hadir sama dalam majlis penyampaian hadiah itu adalah Pegawai Daerah Marang, Azmi Arshad, Pegawai Khas ADUN, Wahad Osman, Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Harun Yusof, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Haji Mohd Embong dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Yusof Abdul Hadi.Dalam tumpuan lain, Dr Samsuri turut menandatangani banner atau sepanduk Bantahan ICERD sebagai tanda membantah sekerasnya terhadap isu terbabit.Banner yang ditandatangani oleh orang ramai akan dibawa ke Himpunan Aman oleh Pemuda PAS DUN Rhu Rendang menjelang Disember nanti.
20 Nov 18
305
Empty Image
Jaga Kesihatan Dengan Sukan
Kesihatan adalah amanah yang harus dijaga.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU, 18 November - Amalan bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah menasihati  masyarakat terutama golongan muda supaya mengambil peluang menuntut ilmu dan bersukan selagi masih muda dan kuat.“Kita perlu bersukan supaya sihat tubuh badan. Berusahalah menjaga kesihatan. Namun, harus diingat yang mengurniakan kesihatan adalah Allah SWT.“Jangan pula apabila berlatih sukan ekstrem yang biasanya didominasikan kaum lelaki, kita menjadi lelaki. Semua sukan boleh dimainkan samada oleh lelaki atau wanita sesuai dengan batas dan syaratnya,” katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata demikian ketika menghadiri  Sukan Ekstrem anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dengan kerjasama Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung di Terengganu Equestrian Resort, semalam.Program itu mengetengahkan pelbagai aktiviti sukan untuk golongan wanita seperti menunggang kuda dan memanah. Lebih  40 kanak-kanak dan ibu muda DUN Bukit Payung hadir memeriahkan program tersebut.
18 Nov 18
38
Empty Image
Penyertaan Aktiviti Sukan Pupuk Semangat Ukhuwah
Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 18 November- Penyertaan golongan muda khususnya dalam kegiatan sukan amat penting bagi memupuk semangat ukhwah di kalangan mereka.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak berkata, selain untuk kecergasan fizikal, persahabatan yang terjalin menerusi aktiviti sukan antara langkah terbaik untuk memantapkan ukhwah di kalangan belia.“Mengambil contoh sukan bola sepak, penyertaan mereka (belia) bukan bertujuan untuk memburu piala semata-mata, tetapi yang lebih utama ialah dapat merapatkan hubungan sesama mereka.“Malah aktiviti riadah seperti ini dapat memupuk semangat berpasukan dan memantapkan ukhuwah antara pemuda yang berlainan cawangan disamping dapat menjalinkan hubungan sosial antara masyarakat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Yang Berhormat ADUN Bukit Tunggal di Padang Sintetik Tok Jiring, hari ini.Turut hadir, Ketua Pemuda PAS Dewab Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, Wan Mohammad Nasiruddin Wan Ahmad dan Ketua Lajnah Kebajikan PAS DUN Bukit Tunggal, Wan Fauzi Wan Harun.Sementara itu, Dr. Alias berkata, pihaknya bersedia untuk mempertimbangkan tapak cadangan bagi pembinaan padang bola sepak yang dikemukakan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Bukit Tunggal. “InsyaAllah usaha ke arah mewujudkan prasarana padang bola seumpama disini boleh dibangunkan di kawasan Bukit Tunggal dan pihak MPKK setempat yang bersifat proaktif akan diberi peluang mengemukakan cadangan lokasi tersebut,” ujarnya.Kejohanan saban tahun diadakan itu telah memihak kepada pasukan Batu Enam sebagai juara keseluruhan yang membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM 1,200, hamper serta pingat manakala pasukan Bukit Tok Ris sebagai naib juara.
18 Nov 18
969
56,277 Hidap Diabetes Di Terengganu
56,277 Hidap Diabetes Di Terengganu
Dr. Mohd Jusoh melakukan senaman sebagai gimik perasmian Sambutan Hari Diabetis dan Hari Jantung Sedunia 2018 peringkat Negeri Terengganu di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR)  Hiliran. KUALA TERENGGANU15 November -Seramai 56,277  pengidap diabetes didaftarkan di negeri ini dari 2010 sehingga Oktober 2018, melibatkan penduduk yang berumur 18 tahun ke atas dan  sebahagian besarnya merupakan golongan wanita. Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Mohd Jusoh berkata, sehingga Oktober 2018, seramai 1,523 orang pesakit diabetes didaftarkan dan dari jumlah tersebut didapati  61.5 peratus juga adalah wanita. Jelasnya, World Health Organization (WHO) meramalkan bahawa diabetes akan menjadi satu daripada tujuh punca utama kematian pada tahun 2030. “Sehubungan itu juga, fokus diberikan kepada golongan itu dalam menyedarkan dan membimbing mereka yang menghidap diabetes, pesakit wanita hamil dan diabetes sewaktu hamil (Gestational Diabetes Mellitus - GDM) bagi mengawal penyakit itu di negeri ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Diabetis dan Hari Jantung Sedunia 2018 peringkat negeri Terengganu di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR)  Hiliran, hari ini. Hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Kasemani Embong.     Tambahnya lagi, sekiranya pesakit diabetes gagal mengawal diabetes mereka, akan berlaku komplikasi yang boleh menyebabkan penyakit jantung koronari, buah pinggang, kebutaan dan kudis di kaki yang boleh berakhir dengan amputasi atau pemotongan anggota badan. Menurut Dr. Mohd, jumlah pesakit diabetes yang kronik sehingga terpaksa menjalani amputasi juga terus meningkat saban tahun. "Pada tahun 2015, seramai 88 pesakit diabetes telah menjalani amputasi, disusuli 226 pada tahun 2016 manakala sehingga September lalu, bilangannya telah mencecah seramai 222 orang. “Sebab itu, tema pada tahun ini ‘ Cakna Diabetes: Keluarga Prihatin, Kesihatan Terjamin’ menjurus kepada peranan keluarga pesakit iaitu menambah kesedaran mengenai impak penyakit diabetes dan peranan mereka dalam perawatan, pecegahan dan pengetahuan tentang penyakit ini," ujarnya.         Menurut Mohd, bagi penyakit jantung koronari pula terdapat 776 kes  pada tahun 2017 yang melibatkan 59.6 peratus lelaki dan 40.3 peratus wanita  manakala dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sebanyak 388 kes baharu dicatatkan (65.9 peratus lelaki dan 34 peratus wanita) telah dicatatkan di negeri ini.    
15 Nov 18
308
Empty Image
Terengganu Tidak Berhasrat Ambil Alih TCFC
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.KUALA TERENGGANU, 15 November - Kerajaan Terengganu tidak berhasrat untuk mengambil alih pengurusan Terengganu City FC (TCFC).Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri sudah ada komitmen yang agak besar untuk mengambil pasukan baru.Katanya, ianya juga akan menambahkan komitmen kerajaan negeri dalam sektor  kewangan.“Saya akan mendapatkan maklumat yang rasmi dalam sikit masa lagi tentang perkara ini dan sudah tentu  kita akan cuba selesaikan isu ini dengan cara paling baik sebab yang dinyatakan tadi bukan mudah bagi TCFC berjaya menjulang trofi Liga FAM musim ini dan layak ke Liga Perdana musim depan. “Dan apatah lagi TCFC adalah satu pasukan yang  dibangunkan oleh kelab perseorangan, bukannya melalui komitmen daripada kerajaan,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam  berkata demikian ketika ditemui pihak media di Tingkat 5 Wisma Darul Iman, kelmarin.Sehubungan itu, katanya, beliau difahamkan ada pihak yang berminat untuk mengambil alih TCFC tetapi kita tunggu pihak tersebut mengumumkan sendiri pihak mana yang berminat.“Cuma kita  sebenarnya lebih mengharapkan masalah yang berlaku diselesaikan dengan baik demi kesejahteraan semua pihak.“Bukan sahaja pasukan itu, bahkan yang paling penting pemain itu sendiri, para jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam pasukan itu supaya tidak berlaku sesuatu perkara tidak sepatutnya,” ujarnya.Menurut Ustaz Wan Sukairi,  beliau mendapat maklumat bahawa isu pokok berkait dengan isu pembayaran gaji sudah diselesaikan.Dalam laporan sebelum ini, jurulatih dan pemain skuad The Sharks (TCFC) membuat aduan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas hilang sabar dengan karenah pengurusan yang gagal membayar gaji sejak enam bulan lalu.
14 Nov 18
47
Empty Image
Rally Atas Pasir Kali Pertama
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.KUALA TERENGGANU, 14 November - Perlumbaan kereta Rally Championship Of Terengganu 2018 kali pertama dalam sejarah akan dipertandingkan di atas pasir pantai.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ianya akan diadakan di Terengganu International Endural Park (TIEP) pada 14 dan 15 Disember 2018. “Sebelum ini, tapak  Lembah Bidong adalah tapak yang hanya digunakan untuk pertandingan sukan berkuda namun kali ini adalah pertandingan yang melibatkan perlumbaan kereta rally pertama akan dilangsungkan di tapak trek sukan berkuda.“Insya-Allah tidak kurang daripada 32 buah kenderaan yang melibatkan 64 orang pemandu dan ratusan kru akan datang,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui pihak media di Tingkat 5 Wisma Darul Iman, semalam.Oleh itu katanya, perlumbaan ini dijangka akan disertai oleh 'otai' sukan kereta, Karamjit Singh.Menurut Ustaz Wan Sukairi, program tersebut merupakan kali pertama kejohanan yang melibatkan perlumbaan kereta diadakan di trek Lembah Bidong.“Pada tahun 2010 juga sukan yang sama kita pernah adakan di Tasik Kenyir, Setiu yang diadakan secara tahunan.“Tetapi  untuk trek di Lembah Bidong, ini  kali yang pertama pertandingan seumpama ini diadakan  sama ada di peringkat negara kita mahupun di peringkat dunia. Ini kali pertama trek yang akan bermula di tepi pantai dan ini adalah satu lagi pembaharuan,” jelasnya.Justeru beliau menyeru rakyat Terengganu agar hadir beramai-ramai menyaksikan perlumbaan kereta Rally Championship yang akan diadakan tidak lama lagi.
13 Nov 18
84
Empty Image
Potensi Sukan Ekstrim 4x4 Di Terengganu
Wan Sukairi melepaskan peserta kejohanan sukan lasak Ranggok Challenge 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimOleh: Wan Luqman HakimMARANG, 11 November - Sukan lasak perlumbaan pacuan empat roda, Ranggok Challenge 2018 berpotensi menjadi sukan pelancongan yang mampu menarik pelawat ke negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, acara tahunan itu sentiasa ditunggu-tunggu peminat sukan ekstrim terutama kelab pacuan empat roda atau 4x4 dari dalam dan luar negara."Sukan ini juga dapat merancakkan lagi ekonomi Terengganu ini apabila meningkat tempahan chalet-chalet dan kedai-kedai (perniagaan) di Terengganu ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ranggok Challenge 2018 di Litar Lasak Gong Cempedak, di sini, kelmarin.Kejohanan sukan lasak itu dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Ranggok Adventure Sport Club yang dipengerusikan oleh Senator Datuk Razali Idris.Sebanyak sembilan pasukan dari dalam dan luar negara menyertai kejohanan dua hari bermula 9 November lalu, pada kali ini.Wan Sukairi berharap program itu mampu memberi peluang kepada anak muda di seluruh Terengganu melibatkan diri dalam program yang bermanfaat dan mengelak dari gejala yang tidak sihat.Add caption
11 Nov 18
706