Artikel "Sukan" Terkini
Bersukan Tanpa Abai Solat
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 16 Disember - Dalam kita berseronok melaksanakan aktiviti sukan, jangan lupa tunaikan perkara wajib sebagai umat Islam, kata Ketua Penyelaras Pemuda DUN (PPD) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab.Menurutnya, aktiviti sukan antara kegiatan atau hobi yang menjadi kegemaran ramai golongan muda-mudi sehingga ada yang sanggup melupakan perkara-perkara lain bagi menjayakannya bersama rakan sebaya."Pun begitu, jangan dilupakan perkara wajib iaitu solat kita. Jangan sesekali kerana sukan seperti futsal ini, kita lupa tanggungjawab kepada Yang Esa."Saya juga mahu mengingatkan peserta bahawa tujuan kesukanan ini bukan kerana medal dan satu kemenangan atau bergelar juara pertandingan. Apa yang utama adalah tali silaturahim sesama kita,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di program Kejohanan Futsal Tertutup Pemuda Bukit Tok Beng, di sini, semalam.Turut hadir, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Haji Zakaria Dagang dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Seberang Takir, Ustaz Muda Abdullah.Kejohanan di Gelanggang Futsal Telaga Daing melibatkan persaingan di antara 12 pasukan.Dalam pada itu, beliau juga ke majlis penyampaian hadiah program yang sama dianjurkan oleh Pemuda Kampung Baru di Gelanggang Futsal Kampung Baru.
16 Dec 18
64
Sultan Mizan Rasmi Rally of Terengganu 2018
Tuanku Mizan melepaskan peserta perlumbaan.SETIU, 15 Disember - Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Kejohanan Rally Of Terengganu 2018 di Terengganu International Equestrian Park (TIEP) semalam.Baginda hadir diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' A.Rahman Yahya.Seramai 28 pelumba daripada tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Jepun menyertai pusingan terakhir Kejuaraan Rali AAM selepas siri kedua berlangsung di Perlis Oktober lalu.Paling menarik, kejohanan kali ini memiliki keunikan tersendiri apabila pertama kali menampilkan trek laluan pesisiran pantai.Trek Lembah Bidong beri pengalaman baharu kepada pelumba.Laluan sejauh 151.33 kilometer (km) itu merupakan tarikan baru buat pelumba-pelumba dalam dan luar negara kerana ia menjadi laluan yang pertama seumpamanya dalam negara dan di peringkat dunia.Pemandu wanita, Gina Finanza Daud yang mewakili One Motorsports BDRT turut teruja dengan laluan tersebut."Ini merupakan trek pertama pesisir pantai. Tidak sabar untuk memulakan perlumbaan dan melihat laluan yang cantik," katanya kepada pengacara majlis sebelum dilepaskan urusetia kejohanan.Kejohanan dianjurkan Malaysia Rally Championship (MRC) itu berlangsung selama dua hari bermula semalam dan berakhir hari ini.Antara yang turut serta ialah lagenda rali negara, Karamjit Singh Naranjan Singh yang mewakili MRU Motorsports.Peserta kejohanan merakamkan kenangan bersama Tuanku Mizan.
14 Dec 18
436
Terengganu FC Mulakan Kempen Patuh Syariah
Hishamuddin ditemui pemberita pada latihan pertama TFC hari ini.KUALA NERUS, 5 Disember - Sebahagian pemain pasukan Terengganu FC (TFC) kelihatan sudah memulakan 'kempen' patuh syariah yang disuarakan kerajaan negeri dalam latihan pertama skuad itu di Padang C, Stadium Tertutup Gong Badak hari ini.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) , Hishamuddin Abdul Karim yang hadir meninjau latihan petang tadi memaklumkan, kempen itu akan dilaksanakan setelah kelengkapan pemain siap dan sempurna."Kita masih belum menerima kelengkapan latihan kerana masih dalam proses penyempurnaan daripada penaja."Selepas itu nanti, barulah pemain-pemain mengenakan pemakaian patuh syariah," katanya.Beliau memaklumkan, PBSNT mengharapkan kebangkitan baru untuk tahun 2019. "Kami ingin TFC meneruskan kesinambungan kejayaan 2018 selain mengharapkan sesuatu yang luar biasa musim depan."Pasukan ini dibentuk 100 peratus di bawah kepercayaan ketua jurulatih hasil perbincangan dengan pengurusan."Pengurusan tidak mengganggu sebarang pemilihan pemain. Sebaliknya, kami cuma menyatakan hasrat dan target pasukan untuk musim depan."Manakala, jurulatih diberikan kebebasan memastikan pemain yang dipilih adalah yang terbaik," katanya.Hishamuddin turut menyatakan, pengurusan berhasrat mahukan peningkatan terbaik dalam permainan dan pasukan."Kita tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi. Tetapi, kita cuba merealisasikan target satu piala yang tidak tercapai tahun ini."Namun, dengan komitmen pemain, tidak mustahil kita mampu mendapat lebih piala," katanya.Sementara itu, Ketua Jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim berkata, kesediaan PBSNT terhadap hasrat itu mula dilaksanakan pemain walaupun musim belum bermula."Kita dapat lihat hari ini dalam lapan ke sepuluh pemain telah mula memakai pakaian yang menutup aurat."Saya akan berbincang dengan para pemain lebih lanjut tentang hal ini dan pelaksanaannya," katanya ketika ditemui pemberita.
05 Dec 18
134
Terengganu FC Atur Langkah Cabar Kejuaraan
Pasukan TFC bersedia awal untuk lebih tampil lebih garang.KUALA NERUS, 5 Disember - Pasukan Terengganu FC (TFC) memulakan latihan pertamanya bagi menghadapi liga musim 2019 di Padang C, Stadium Tertutup Gong Badak hari ini.Ketua Jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan latihan itu bagi meningkatkan kecergasan pemain."Latihan selama dua tiga minggu lebih awal ini untuk mengembalikan prestasi pemain setelah rehat panjang.Irfan harap pemain serius jalani latihan."Kita ada tempoh dua bulan sebelum musim bermula dan saya mengharapkan pemain serius dalam latihan yang diadakan."Musim lalu, kita banyak bolos tetapi kita juga banyak menjaringkan gol. "Jadi, kita harap pemain lebih rajin untuk memperbaiki aspek-aspek yang lemah," katanya ketika ditemui pemberita.Beliau turut memaklumkan, anak-anak buahnya akan menyertai perlawanan pra-musim di Vietnam sebelum liga bermula."Kita akan mengadakan beberapa perlawanan di Vietnam dan menentang pasukan liga tempatan untuk memastikan pasukan dalam keadaan terbaik apabila liga berlangsung nanti," katanya.TFC mengekalkan sebahagian pemain lama dan membawa masuk beberapa pemain bagi memperkuatkan pasukan.Antara tonggak baharu yang kelihatan dalam latihan hari ini ialah Ahmad Shamim Yahaya, Khairul Izuan Rosli, Ilham Amirullah Razali, Khairu Anwar Shahruddin dan Khairu Azrin Khazali.
05 Dec 18
37
'Ten-Pin Bowling' Pertandingan Mahabbah ADUN Terengganu
Team 31 memenangi tempat pertama Pertandingan TenPin Bowling anjuran Pejabat DUN Terengganu.KUALA TERENGGANU, 1 Disember - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Haji Yahaya Ali serta Ahli-ahli DUN bersantai mengadakan pertandingan '10 Pin Boling' (Ten-Pin Bowling) bagi menjalinkan hubungan mesra antara mereka. Ini membuktikan hasrat Kerajaan Terengganu menghentikan politik 'baloh' antara pihak pembangkang (Barisan Nasional-BN) dan kerajaan (PAS) benar-benar direalisasikan. Jalinan kemesraan itu berlaku dalam pertandingan campuran antara ADUN Kerajaan dan Pembangkang seolah-olah tiada istilah pembangkang di negeri Terengganu sama ada dalam Persidangan DUN yang baru selesai kelmarin dan dalam program tersebut.Ustaz Wan Sukairi (kiri) menerima hadiah khas juri dari Menteri Besar. Kenyataan itu disuarakan sendiri oleh Menteri Besar dan Yang Dipertua DUN ketika berucap di akhir majlis pertandingan mahabbah itu. Sementara itu, Team 31 diisytiharkan sebagai pemenang tempat pertama Pertandingan 'Ten-Pin Bowling' anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Tingkat 8, Paya Bunga Square, Jalan Tengku Embong Fatimah di sini kelmarin. Pasukan tersebut berjaya mendapat 640 markah. Team itu disertai oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Yahaya Ali. Sementara Team 29 mendapat tempat kedua, terdiri dari ADUN (PAS) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, ADUN (BN) Seberang Takir, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan ADUN (BN) Bukit Besi, Haji Roslee Daud dengan memperoleh 633 markah. Sementara Team 33 memenangi tempat ketiga dengan mendapat 632 markah. Team itu terdiri dari ADUN (BN) Batu Rakit, Haji Bazlan Abd Rahman, ADUN (PAS) Manir, Haji Hilmi Harun dan ADUN (PAS) Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik. Sebanyak dua hadiah khas juri dipertandingkan termasuk pemain paling banyak jatuhan pin dan paling terendah perolehan markah. Sebanyak 11 pasukan berentap dalam pertandingan tersebut.
30 Nov 18
108
Bajet 2019 : Patuh Syariah Hanya Untuk Atlet Terengganu
Wan Sukairi ketika sidang media pagi ini berhubung isu pematuhan syariah kepada atlet Terengganu yang turut menjadi perbualan netizen masa kini.KUALA TERENGGANU, 27 November - Pemakaian patuh syariah kepada atlet sukan beragama Islam mulai 2019 hanya terpakai di Terengganu dan perkara ini telah disuarakan lebih awal kepada persatuan-persatuan sukan negeri serta disambut baik oleh mereka, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.Katanya, pihaknya juga menerima respon positif daripada ramai atlet dan menyatakan sokongan dengan keputusan kerajaan yang meletakkan agama Islam sebagai dasar yang menjadi pertimbangan paling tinggi tanpa meminggirkan kebajikan rakyat bukan Islam di negeri itu."Walaupun belum dilaksanakan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah menyahut seruan untuk memastikan pemain muslim menutup aurat dalam setiap pertandingan bermula musim 2019."Langkah ini kemudian diikuti oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT) dan Persatuan Hoki Terengganu (PHT) yang menyatakan kesediaan mereka baru-baru ini."Kami juga berhubung dengan Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) iaitu mufti Terengganu, Dato' Zulkifly Muda dan pihak yang membuat garis panduan pemakaian atlet untuk suatu keputusan yang diterima oleh semua termasuk pemakaian atlet renang, gimnastik dan bina badan," katanya dalam sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Beliau berkata demikian ketika mengulas respon balas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membantah keputusan Terengganu untuk melaksanakan pakaian patuh syariah dalam sukan di negeri ini. Menurut Wan Sukairi lagi, Kerajaan Terengganu merakamkan terima kasih atas keprihatinan dan ulasan menteri berkenaan, bagaimanapun menegaskan keputusan itu berikutan dasar negeri ini yang meletakkan Islam sebagai tunggak pentadbiran serta semua aspek termasuk sukan."Dasar ini dilaksanakan dalam kerajaan termasuk dalam sukan. Kebajikan atlet merupakan kewajipan kerajaan dan kita mengambil inisiatif menjaga kebajikan bukan sekadar aspek lahiriah tetapi meliputi aspek dunia akhirat," katanya.
26 Nov 18
63
Bajet 2019 : Kejayaan Atlet Terengganu Dirakam Dalam Bajet 2019
"Tahniah Atlet Terengganu."-Dr Ahmad Samsuri.KUALA TERENGGANU, 26 November - Kerajaan merakamkan jutaan tahniah kepada Kontinjen Terengganu kerana berjaya mencapai 'Win Back Mission' dengan menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak pada bulan September lalu.Ucapan itu dibuat oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentang Rang Enakmen Perbekalan 2019 di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Nageri (DUN) Terengganu di sini semalam.Katanya, Kontinjen Terengganu telah memenangi 56 pingat emas, 51 pingat Perak dan 53 pingat gangsa."Kejayaan ini lebih manis apabila saudari Azreen Nabila Alias telah dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik dan saudari Nur Aisyah Mohamad Zubair telah memenangi tujuh pingat emas dalam acara SUKMA Perak 2018," jelasnya.Kerajaan Negeri juga katanya, mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Terengganu termasuk Terengganu FC (TFC), TFC II, TFC III, TFC IV dan Pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Terengganu (PBMNT).Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, TFC telah berjaya ke Pentas Piala Malaysia 2018."Begitu juga , Pasukan TFC II menempah kejayaan juara Piala Cabaran, TFC III menjuarai Piala Presiden dan seterusnya TFC IV merupakan naib juara Piala Belia."Bukan it sahaja, PBMNT telah berjaya menjadi naib juara Piala Emas Raja-raja," jelas beliau.Justeru Menteri Besar mengucapkan syabas dan tahniah buat semua atlet Terengganu sambil berharap agar terus cemerlang di masa akan datang.
25 Nov 18
70
Bajet 2019 : Pemakaian Atlet Terengganu Patuh Syariah
Wan Sukairi.KUALA TERENGGANU, 25 November - Kerajaan negeri menyambut baik hasrat Presiden Persatuan Sepak Takraw Kebangsaan, Datuk Seri Ahmad Ismail yang mewajibkan semua pemain sepak takraw menutup aurat bermula April 2019.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang berusaha melaksanakan pematuhan syariah dalam pembangunan sukan negeri."Antara langkah awal yang dilaksanakan adalah pelantikan Mufti negeri, Dato' Dr. Zulkifly Muda sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) untuk memberi nasihat dan panduan dalam pelaksanaannya."Untuk permulaan, semua pemain beragama Islam di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diwajibkan menutup aurat ketika beraksi dalam sebarang pertandingan samada di dalam atau luar Terengganu," katanya.Beliau memaklumkan hal itu ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Ke-14, hari ini.Beliau bagaimanapun menyatakan atlet luar dari Terengganu tidak tertakluk kepada peraturan itu."Kita mahu memberi kesedaran dahulu kepada semua tanpa ada unsur paksaan sehingga suatu masa yang ditetapkan," katanya.Negeri juga akan menggariskan panduan berpakaian kepada atlet bukan Islam. "Setakat ini, kita tiada garis panduan lagi. Perbincangan akan dilakukan untuk kita tetapkan panduan ini," katanya.Wan Sukairi mengingatkan bahawa bukan pakaian yang menghalang prestasi atlet, sebaliknya bakat dan kesungguhan.
25 Nov 18
58
20 Pasukan Bola Sepak Berentap Rebut Piala Pusingan YB Tepoh
OLEH : Mohd Zukifli Mat KUALA NERUS, 25 November- Sebanyak 20 pasukan bola sepak berentap bagi merebut kejuaraan kejohanan piala pusingan YB Tepoh sempena Program Karnival Imarah Masjid di Tok Jiring, Tepoh semalam.Program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Tepoh dengan kerjasama Pemuda PAS Tepoh itu telah diadakan selama 2 hari berturut-turut bermula 23 November lalu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim yang juga merupakan ADUN Tepoh, berkata langkah penganjuran itu wajar dipuji kerana dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pemain dan penduduk setempat.“Pada masa sama mampu mengenal pasti pemain-pemain yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi.“Penyertaan pada pertandingan kali ini amat memberangsangkan ditambah lagi dengan kehadiran penduduk di setiap kampung yang datang memberi sokongan kepada pasukan yang mewakili kampung dan MPKK masing-masing,”katanya ketika ditemui selepas program itu
25 Nov 18
156
'Bisa' Anak Beranak Bantu Tebing Tembah FC Muncul Juara
Add captionOleh: Muhd Lukman Abdul RahmanDUNGUN, 23 November - Aksi anak - beranak yang juga merupakan pemain Tebing Tembah FC pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala YB Ustaz Saiful Bahri Mamat berjaya menobatkan pasukannya, muncul juara.Mohd Zawawi Sidek, 48 (bapa) dan dua anak beliau, Mohd Shuib Mohd Zawawi, 22 dan Mohd Qhaidir, 20, mencuri perhatian peminat bola sepak setempat apabila mempamerkan aksi memukau pada perlawanan akhir..Add captionKemenangan 2 - 1 hasil jaringan sepakan percuma cantik daripada Mohd Shuib sekaligus meranapkan impian Tibang FC untk merangkul gelaran juara kejohanan anjuran DACS Paka di Padang Kampung Nyior, di sini.Selaku juara, Tebing Tembah FC membawa pulang Piala Pusingan, pingat dan wang tunai bernilai RM 2,000 manakala naib juara, Tibang FC membawa pulang pingat dan RM 1,000.Lebih manis lagi Mohd Shuib turut memenangi Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan dan bapanya, Mohd Zawawi dinobatkan sebagai Pemain Veteran Terbaik.Gelaran penjaring gol terbanyak kejohanan pula menjadi milik penyerang Tibang FC , Azizzudin Ismail yang juga merupakan kapten pasukan tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pengajian dan Pendidikan Tinggi, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata aktiviti sebegini berjaya mengeratkan hubungan anak muda dan veteran."Kalau kita tengok, setiap pasukan dibarisi oleh pemain muda dan veteran, namun mereka boleh bermain dalam satu pasukan dengan begitu baik."Kalah atau menang bukanlah agenda utama tetapi yang lebih penting ialah matlamat program ini untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan para pemain serta penduduk setempat,"katanya.Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Tebing Tembah dan Tibang FC yang berjaya mara ke perlawanan akhir.Mengulas mengenai perlawanan akhir tersebut, Pengerusi penganjur kejohanan, Encik Bari' Asyraf Mohd Safian berkata, kedua - dua pasukan berbalas serangan dan menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi."Perlawanan ini berlangsung sengit walaupun Tebing Tembah FC ketinggalan satu jaringan, namun kembali bangkit untuk menjaringkan dua gol di hadapan ratusan peminat bola sepak setempat."Pasukan Tibang FC turut memberikan tentangan hebat, bagaimanapun rezeki bergelar juara dalam kejohanan ini memihak kepada Pasukan Tebing Tembah FC, " ujarnya.
24 Nov 18
217