Artikel "Sukan" Terkini
Terima Kasih UniSZA - Wan Sukairi
Ustaz Wan Sukairi (tiga dari kanan) menyaksikan pertukaran perjanjian antara UniSZA dengan YPKT. UniSZA diwakili Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi (kanan) manakala YPKT diwakili Haji Mohd Shafaruddin (kiri).KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Kerajaan negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kerana memberi sokongan selama dua tahun dalam menilai tahap pemakanan yang terbaik untuk atlet angkat berat Terengganu dengan kos kajian sebanyak RM60,000.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sukan angkat berat telah menyumbang dua pingat emas, tiga perak dan tujuh gangsa di samping ranking ke-11 dalam acara sukan serta menyumbang pingat kepada negeri sehingga berjaya menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) XIX 2018.Katanya, kejayaan atlet angkat berat adalah atas semangat bersama antara jurulatih dan atlet yang dipilih oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), persatuan dan jabatan angkat."Justeru, bagi menggandakan pencapaian kejayaan dalam SUKMA, saya berharap semua jurulatih angkat berat Terengganu perlu lebih dedikasi, mempelajari kemahiran-kemahiran baru, mempunyai sistem latihan lebih efektif serta jadual latihan yang sistematik agar pencapaian pingat di Johor pada tahun 2020 meningkat lebih banyak berbanding 2018," tegasnya.Muhamad Darul Najmi (dua dari kanan) bersama insentif dan hadiah yang diterima semalam.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Meraikan Atlet SUKMA XIX 2018 dan Pertukaran Perjanjian Kerjasama Kajian Pemakanan Sukan Angkat Berat Terengganu di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Jalan Sultan Omar di sini semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Pengarah YPKT, Haji Mohd Shafaruddin Mustaffa, Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif dan dan Pengarah MSNT, Haji Ibnu Amin Busu.Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam turut mengucapkan tahniah kepada atlet angkat berat, Muhamad Darul Najmi Dollah yang berjaya mencipta rekod baru dalam acara 69 kilogram 'clean and jerk' lelaki dengan bebanan 164 kilogram.Dengan kejayaan ini, Muhammad Darul Najmi memadamkan rekod lama Mohd Hafifi Mansor, 163 kilogram, dalam acara yang sama.Oleh itu, kerajaan negeri berharap pada temasya di Johor tahun 2020, sukan angkat berat memperbaiki kedudukan dengan sasaran pingat lima emas, enam perak dan tujuh gangsa."Justru para atlet hendaklah sentiasa melakukan yang terbaik agar SUKMA akan datang bakal melahirkan atlet-atlet muda Terengganu kerana SUKMA adalah platform terbaik bagi mereka mengukir nama di persada sukan kebangsaan dan antarabangsa," ujarnya.Menurut beliau, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah membentangkan Bajet 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini untuk Acara Sukan Dwi Tahunan Sukan Terengganu (SUTERA), sukan teras, sukan peringkat DUN dan membangun satu sukan ekstrem di setiap daerah dengan peruntukan sebanyak RM3.3 juta.SUTERA katanya, akan diselang selikan acara secara bergilir dengan SUKMA, setiap dua tahun sekali bagi menggalakkan para atlet terus beraksi dan mengekalkan komitmen dan bakat yang ada pada mereka sebagai persiapan SUKMA dan sukan di peringkat serantau dan antara bangsa."Inilah semangat yang perlu dipupuk bukan sekadar atas semangat wakil negeri semata-mata tetapi paling penting bersaing bagi melayakkan diri di dalam pasukan kebangsaan dan akan membawa cabaran yang lebih besar di peringkat serantau dan antarabangsa, seperti Sukan SEA, Sukan ASEAN, Sukan Commonwealth dan Olimpik," tegasnya lagi.Beliau juga menyeru semua atlet angkat berat supaya sentiasa fokus kepada usaha untuk mencapai matlamat yang telah pun disasarkan."Saya percaya sekiranya kita sentiasa fokus kepada kejayaan dan berfikir secara positif serta mempunyai keyakinan tinggi dan tidak mengambil sikap sambil lewa, kejayaan akan menjadi milik kita," ujarnya lagi.
26 Dec 18
272
Liga Futsal Bakal Jadi Acara Tahunan DUN Tepoh
Pasukan dari kampung Seberang Tepoh B menjuarai kejohanan Oleh : Mohd Zukifli MatKUALA NERUS 25 Desember- Kejohanan Liga Futsal Komuniti Mukim Tepoh 2018, Daerah Kuala Nerus bakal diteruskan bagi mengisi kalendar tahunan Dewan Undangan Negeri (DUN)Tepoh pada tahun-tahun akan datang.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata pihaknya akan mempergiatkan lagi penganjuran liga di peringkat DUN Tepoh.“Penganjuran liga seperti ini samada bola sepak futsal atau padang akan dirancakkan di peringkat Dun Tepoh dalam usaha mengukuhkan persaudaraan di samping menjadi satu usaha penting dalam membentuk bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan.“InsyaAllah, 2019 penyusunan semua liga samada futsal atau padang akan dibuat sebaik mungkin dan dijadualkan dalam acara tahunan Tepoh,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), di Futsal Jeram, semalam.Kejohanan Liga Futsal Komuniti Mu'kim Tepoh 2018 Daerah Kuala Nerus kali ini melibatkan seramai 16 pasukan yang mewakili kampung berentap bagi merebut kejuaraan tersebut menyaksikan pasukan dari kampung Seberang Tepoh B menjuarai kejohanan pada kali ini.Pertandingan Anjuran Penghulu Mukim Tepoh dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)Mukim Tepoh ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pasukan yang mengambil bahagian disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat.
25 Dec 18
263
Gaya Hidup Sihat Cara Dr SAM
Dr SAM bersama isteri di satu lokasi di Bandar Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 26 Disember - Kecergasan dan kesihatan menjadi agenda penting bagi mensejahterakan warga Terengganu. Ia dimulai sendiri oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr SAM) sebagai ketua kerajaan negeri.Waktu petang dengan cuaca yang agak baik, Dr SAM bersama isteri Tuan Faizah Abd Rahmandan beberapa orang lain berbasikal sepanjang kira-kira 11 kilometer menyusuri pantai dari kediaman beliau di Batu Burok di sini baru-baru ini.Trek laluan basikal Dr SAM bersama isteri di Kuala Terengganu.Dengan mengambil masa selama 38 minit mereka berbasikal sambil melihat pembangunan dan kehidupan rakyat di sekitar bandar Kuala Terengganu yang dikenali sebagai Bandar Pesisir Air satu ketika dahulu.Mereka berkayuh dengan tenang menghirup udara petang dan menikmati suasana senja yang indah.Boleh dikatakan sukan dan rekreasi khususnya sukan berbasikal sudah menjadi budaya kepada pemimpin dan rakyat negeri Terengganu hari ini sehingga sukan itu menjadi popular, mendapat perhatian dan penyumbang utama kemenangan dalam mana-mana acara sukan berkaitan di persada negara dan dunia.Dr SAM berbasikal melalui beberapa batang jalan di bandar Kuala Terengganu.Walaupun sebelum ini tiada trek khusus dibina kerajaan untuk melatih atlet berbasikal di negeri ini namun dengan trek jalan raya yang pelbagai dimensi dan bentuk geografinya, melatih atlet negeri maju ke depan, mengatasi atlet negeri-negeri lain.Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk tabung sukan yang bakal dimanfaat untuk membantu pembangunan sukan negeri sebagaimana terkandung dalam Bajet Terengganu 2019.Justeru bagi merealisasikan agenda sukan itu satu trek basikal bercirikan keselamatan bakal dibina dari Teluk Ketapang Kuala Nerus hingga ke Kuala Ibai di sini dijangka menelan belanja sebanyak RM2.9 juta.Dr SAM tenang berbasikal menikmati suasana senja di Bandar Kuala Terengganu.Dengan kemudahan ini, diharapkan ia akan membudayakan aktiviti berbasikal dan gaya hidup sihat di kalangan rakyat serta melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi dari negeri Terengganu.
25 Dec 18
343
Rawai FC Bawa Pulang Piala YB ADUN Alur Limbat
Ariffin bersama pasukan rawai FC yang berjaya membawa pulang piala YB ADUNOleh : Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU 25 Disember – Pasukan Rawai FC muncul juara dalam perlawanan akhir menentang Binjai Bongkok FC pada kejohanan bola sepak 11 sebelah tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat dan membawa pulang Piala Yang Berhormat Ariffin Deraman, semalam. Ketua jurulatih pasukan Rawai FC, Malik Abdullah, berkata perlawanan sengit ini tamat pada minit 60 dengan keputusan penuh seri 1-1 dan pengadil terpaksa membuat keputusan mengadakan sepakan dari penalty lima lawan lima dan kemenangan akhirnya berpihak kepada Rawai FC 5-4.“Pada separuh masa yang pertama kita telah mendahului satu gol, namun di separuh masa kedua, pasukan rawai agak kepincangan menyebabkan pasukan lawan dapat menjaringkan gol di 10 minit akhir.“Walau bagaimanapun keputusan penalti telah berpihak kepada kami iaitu pasukan Rawai FC dengan keputusan 5-4 dan saya sangat bersyukur serta berbangga dengan pasukan saya yang agak serba kekurangan ini telah menjuarai kejohanan kali ini. Tahniah dan syabas kepada pemain-pemain Rawai FC,”ujar beliau kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)ketika ditemui selepas perlawanan di padang bola, Banggol Katong.Dalam pada itu, Ahmad Sukeri Repin, 38, telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan yang juga merupakan ketua pasukan Rawai FC menyifatkan kemenangan kali ini adalah milik bersama.“Kejayaan Rawai FC bukan terletak pada saya seorang, malah ianya kerjasama satu pasukan dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada sahabat seperjuangan kerana telah memberi komitmen dan kerjasama yang bagus ketika perlawanan akhir ini“Alhamdulillah, saya berasa bangga walaupun diusia sebegini masih lagi diberi peluang untuk menerima anugerah ini,”katanya lagi.Kejohanan ini mengambil masa dua bulan dengan 39 perlawanan di setiap hujung minggu yang diadakan di empat padang iaitu padang bola Belukar Sukai, padang bola Banggol Tok Ku, padang bola Banggol Katong dan padang bola Rawai yang dianjurkan oleh Pejabat DUN dan Pemuda DUN Alur Limbat.
25 Dec 18
109
Kontijen Terengganu Cipta Kejayaan Di SKIP
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 22 Disember - Kontinjen Negeri Terengganu berjaya memperolehi pungutan pingat terbanyak bagi acara olahraga Sukan Institusi Psikiatri 2018 (SKIP) di Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dari 7 hingga 9 Disember laluKeseluruhan jumlah pingat yang diperolehi sebanyak lapan pingat emas, 10 pingat Perak dan enam pingat gangsa.Pengarah Kesihatan negeri, Dr Haji Mohd Jusoh berkata, kejayaan tersebut merupakan hasil kerjasama semua pihak yang terlibat dalam sukan kali ini."Tanpa kerjasama ini tidak mungkin kita akan berada ditahap ini dan membawa pulang pingat, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua atlet dan jawatankuasa yang telah berpenat lelah membawa balik pingat-pingat tersebut."Saya mengharapkan kita dapat bekerjasama seperti ini dimasa akan datang supaya dapat mengekalkan kejayaan ini, kerana apabila kita berjaya pihak lawan akan berusaha untuk mengatasinya ,"katanya.Beliau berkata sedemikian ketika menghadiri Majlis Apresiasi Atlet SKIP 2018 di Sumai Hotel, di sini baru-baru ini.Turut hadir Pegawai Khas Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Mohd Ikhwan.Dalam majlis tersebut, Azhar Ismail diumumkan olahragawan terbaik bagi Sukan Institusi Psikiatri(SKIP) kontinjen Terengganu 2018 manakala olahragawati pula ialah saudari Ong Pei Yin.Menurut Mohd lagi, kriteria pemilihan bukan sahaja di nilai dari segi pungutan pingat terbanyak, malah diambil kira dari aspek sikap positif yang ditonjolkan oleh atlet tersebut serta kerjasama yang diberikan sepanjang SKIP dijalankan.Program sukan ini diadakan untuk mengubah stigma masyarakat bahawa pesakit mental boleh menjalani hidup normal dan bersukan sebagai sebahagian amalan gaya hidup sihat.SKIP boleh juga disifatkan sebagai satu program pemulihan psikososial bagi menggalakkan pesakit psikiatri mencapai tahap kefungsian berdikari dalam komuniti dan menikmati kualiti hidup lebih baik.
22 Dec 18
56
Kelab Basikal WDI Jadi Duta Kecil Sukan Basikal Terengganu
Tengku Mohd Ariffin menyerahkan jersey kepada salah seorang ahli WDICC, baru-baru ini di Wisma Darul ImanKUALA TERENGGANU, 20 Disember - Kelab Berbasikal Wisma Darul Iman (WDICC) berhasrat menjadi duta kecil sukan berbasikal negeri bagi mempromosikan Terengganu kepada umum, terutama peminat acara itu.Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol), Tengku Mohd Arifin Tengku A. Rahman berkata, inisiatif itu juga sebagai sokongan berterusan kepada Terengganu yang terkenal sebagai kilang melahirkan jaguh bagi sukan berkenaan.“WDICC ini telah diilhamkan dan mula aktif dalam riadah berbasikal di sekitar Kuala Terengganu untuk membentuk dan membudayakan komuniti yang sihat di kalangan warga kerja Wisma Darul Iman menerusi riadah kayuhan basikal.“Di samping itu dapat memupuk semangat kerjasama dan jalinan ukhwah yang berterusan dikalangan kakitangan menerusi minat dalam aktiviti ini yang secara tidak langsung mewujudkan semangat ‘team work’ serta semangat kesukanan untuk kesihatan,”katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), di sini, hari ini.Kahlian WDICC setakat hari ini , seramai 54 orang yang diwakili daripada pelbagai jabatan di Wisma Darul Iman sebagai antara platform untuk mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat.Menurutnya, WDICC juga berhasrat menyertai program berbasikal yang dianjurkan oleh kerajaan dan lain-lain agensi.“Adalah menjadi harapan agar pendekatan ini menjadi ikutan kepada agensi-agensi lain kearah membentuk warga kerja yang sihat dan produktif,”katanya.
19 Dec 18
642
Azizulhasni Kebanggaan Terengganu
Oleh : Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 18 Disember- Kejayaan Azizulhasni Awang yang meraih pingat perak dalam acara keirin pada siri Piala Dunia di London, kelmarin menjadi kebanggaan rakyat di seluruh Terengganu dan Malaysia, amnya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan, NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullahberkata, kejayaan yang direkodkan anak jati Terengganu itu suatu momen yang amat bersejarah serta memberi kegembiraan untuk semua terutama dirinya."Kejayaan ini sudah tentu mengembirakan saya, memandangkan beliau merupakan anak jati Negeri Terengganu," kata beliau.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejayaan yang dihasilkan anak jati Dungundalam siri saingan Piala Dunia di London itu, menerusi laman sosial Facebook, pagi ini.Menurut wan Sukairi lagi, kejayaan Azizulhasni itu memberi suntikan semangat dan menjadi platform untuk kerajaan negeri lebih memperkasakan sukan itu supaya nama Terengganu dan Malaysia terus gah di persada dunia."InsyaAllah Kerajaan Negeri Terengganu akan terus komited untuk menjadikan sukan berbasikal sebagai sukan nombor satu di Terengganu."Semoga lebih ramai lagi juara baru yang akan lahir dari Terengganu," kata beliau lagi.Pada saingan 16 Disember lalu itu, Azizulhasni yang digelar The Pocketrocketman menamatkan saingan pada kedudukan kedua di belakang pencabar dari Belanda, Matthijs Buchli, manakala Theo Bos dari BEAT Cycling Club (Belanda) di tempat ketiga pada perlumbaan di Velodrom Lee Valley VeloPark.
17 Dec 18
52
Enduro Challenge 4x4 Promosi Bukit Besi
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 17 Disember - Kejohanan sukan lasak, Enduro 4x4 Championship 2018 yang bermula 15 hingga 16 Disember baru-baru ini dapat mempromosikan Bukit Besi menjadi satu destinasi untuk dilawati.Penyelas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, acara ini sering menjadi tumpuan serta sentiasa mendapat penyertaan dari dalam dan luar negeri."Kita mengalu-alukan program sebegini diadakan di Bukit Besi."Kita ada trek-trek yang menarik yang kaya alam semulajadi di sini."Disamping itu, ia juga memberi impak ekonomi kepada penduduk Bukit Besi kerana merek diberikan peluang dan ruang berniaga secara percuma," katanya kepada pemberita semasa ditemui dalam acara berkenaan di Tasik Puteri baru-baru ini (15 Disember).Tirai kejohanan dibuka seawal pagi dengan aksi motocross di litar basah dan licin.Ghazali berharap semangat kejohanan yang tinggi akan menjadikan perlumbaan lebih menarik."Hujan tidak henti-henti sejak semalam menjadikan litar sedikit licin dan becak, namun acara tetap diteruskan."Keadaan ini tentu menjanjikan aksi dan cabaran yang tersendiri," katanya.Acara anjuran Alam Perkasa Group bersama Terengganu Four Wheller Team itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman.
17 Dec 18
233
Kejohanan Bola Jaring Terap Patuh Syariah
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 16 Disember - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) menyambut baik keputusan kerajaan negeri supaya mengamalkan pemakaian sukan patuh syariah apabila menerapkan budaya itu dalam pertandingan sukan bola jaring yang dianjurkan, kelmarin.Wakil Beliawanis i-MiTS DUN Rantau Abang, Husni Nabilah Dzulkefli berkata, peserta pertandingan menerima dan mematuhi syarat menutup aurat sebagai mengikut syariat sepanjang kejohanan itu."Sedangkan ada di antara mereka yang tidak memakai tudung atau pakai tudung tetapi berlengan pendek, tetapi untuk menyertai program sukan ini, mereka akur mengikut keputusan kerajaan demi menjaga kemuliaan agama Islam," katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas Pertandingan Bola Jaring DUN Rantau Abang anjuran i-MiTS DUN tersebut di Dewan Majlis Sukan Negeri, Kampung Paya, di sini, kelmarin.Turut hadir, isteri ADUN Rantau Abang yang juga Ketua Muslimat PAS DUN Rantau Abang, Hajah Rugayah Mahmood.Dalam pada itu, Husni berkata, pertandingan juga berlangsung dalam suasana sihat dan turut menjadi medan berdakwah."Jadi kita berdakwah secara tidak langsung, selain tempat yang tertutup dan tidak dibenarkan orang lelaki masuk," katanya.Menurut beliau lagi, sambutan untuk menyertai pertandingan itu amat menggalakkan, bagaimanapun penganjur terpaksa mengehadkan penyertaan kepada enam kumpulan sahaja serta perlawanan secara 'round robin'."Satu 'team' lapan orang dan main selama tujuh minit, rehat seminit, pastu main tujuh minit lagi," jelasnya lagi.Dalam pertandingan itu, kumpulan Dangsuria muncul johan dan membawa pulang sijil, medal, wang tunai serta hamper.
16 Dec 18
197
Rally Of Terengganu Tutup Tirai Meriah
Rachmat dan Donny bersama pasukan MRU Motorsports.SETIU, 16 Disember - Rally of Terengganu 2018 menutup tirainya petang semalam dengan MRU Motorsports dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan pemandu mereka, pasangan Indonesia, Rachmat dan Donny Wardono yang memandu Mitsubishi Lancer dianugerahkan sebagai juara bagi siri terakhir kejohanan Malaysia Rally Championship (MRC) 2018.Kejohanan selama dua hari di Terengganu International Endurance Park (TIEP) itu berlangsung dalam keadaan hujan dan litar digenangi air.Keadaan itu menyebabkan hanya 23 pelumba berjaya menamatkan saingan daripada keseluruhan 28 pelumba.Penyelaras kejohanan, Mohd Kurnia Abdol Sakor berkata, walaupun cuaca agak mencabar, majoriti pasukan berjaya menamatkan perlumbaaan ini. Kurnia harap Rally of Terengganu kembali tahun hadapan.“Terima kasih kepada kerajaan negeri atas kerjasama dalam penganjuran kali ini dan berharap dapat kembali ke negeri ini lagi,” katanya.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim merakamkan kesyukuran kerana para peserta berpuas hati dengan penganjuran tersebut.“Bersyukur kerana trek kita diakui yang terbaik dan dimeriahkan dengan kedatangan pengunjung luar negeri. Kami berharap negeri ini akan menjadi destinasi pelancong dan pengunjung luar.“Untuk penganjuran pada masa hadapan, kita sedia maklum lokasi ini sebenarnya adalah trek pertandingan kuda lasak. Bagaimanapun, kita dapat lihat Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin agak gembira dengan penganjuran ini dan kami mengira ia mendapat sokongan penuh daripada baginda Tuanku."Bagi penganjuran kali ini, kita berpuas hati dan harap dapat diteruskan lagi di negeri ini,” katanya yang hadir mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya menyampaikan hadiah kepada pemenang. Kerajaan negeri bantu kelancaran kejohanan - Hishamuddin.
16 Dec 18
93