lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Pesaka Platform Bina Anak Bangsa, Bukan `Terlebih Ganas'
KUALA TERENGGANU, 8 Januari  – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Terengganu mahu menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif membina generasi bergelar juara pada masa akan datang.Setiausahanya, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, mereka mahu kerajaan negeri melihat dan menyokong persatuan Pesaka sebagai platform membina anak bangsa bukannya menjadi lebih ganas.“Kita nak tengok supaya kerajaan negeri memandang kita sebagai NGO yang aktif, yang membina manusia, bukan membina manusia menjadi ganas (tetapi) bina manusia sayangkan diri dan bangsa dia serta sayangkan negerinya.“Ini peranan kita selain daripada sekolah. Ini budaya ayang kita nak. Besar (tanggungjawab) kita sebenarnya. Pertama pertahankan diri dan kedua bina insan. Membina akal budi bangsa.“Kita minta sokongan daripada kerajaan negeri. Kalau bangsa kita tak kenal budaya kita, pada masa akan datang tak tahu macammana sebab melalui budaya dia (rakyat) akan  kenal bangsa,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Wisma Darul Iman, di sini, semalam.Katanya, Pesaka di seluruh negeri bermula dari Kemaman sehingga Besut termasuk perguruan silat yang bergerak individu adalah berdaftar menerusi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Menurut beliau, dalam mesyuarat agung baru-baru ini mereka turut membawa beberapa usul kerajaan negeri antaranya membina semula gerbang persilatan di Majlis Sukan Negeri Terengganu, setiap persatuan persilatan mempunyai gelanggang sendiri serta bantuan `one-off' setahun untuk jurulatih perguruan persilatan dan geran untuk pentadbiran Pesaka negeri.“Sekarang ini kita merancang buat satu profil persatuan pertubuhan kita dengan kerjasama Pelancongan Negeri Terengganu. Kita akan ambil gambar-gambar yang ada gelanggang dan sekarang kita akan buat bentuk profil untuk memberitahu kepada umum mengenai kemudahan gelanggang itu.“Yang pertamanya boleh budak-budak pergi belajar silat di gelanggang berkenaan.Kedua mungkin pelancong-pelancong boleh mari untuk tengok kebudayaan sihat di Negeri Terengganu di tempat gelanggang kita itu,” jelasnya.Tambah Fakhrul lagi, Pesaka yang ditubuhkan pada 1985 sudah mampu melahirkan ramai juara dunia yang berasal  dari  Terengganu mewakili seni mempertahankan diri itu.“Hari ini kita nak atur jawatankuasa dan nak lantik setiausaha serta bendahari baru jadi kita minta insentif daripada kerajaan negeri kepada Siti Rahmah Mohamed Nasir (pesilat kebangsaan), Majlis Sukan Negeri Terengganu memang dapat insentif, tapi insentif daripada kerajaan kepada dua jurulatih, (masing-masing) jurulatih Malaysia dan jurulatih Kazakhstan.“Kita nak minta empat jabatan jadi ex-official Pesaka negeri, iaitu Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebudayaan, Jabatan Majlis Belia dan Sukan Negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam),” katanya.Sementara itu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali berkata, beliau yang baru dilantik sebagai Pengerusi Pesaka Negeri dalam Mesyuarat Agung Negeri Pesaka kali ke-17, di Muzium Negeri Terengganu, 29 Disember lalu akan memastikan seni mempertahankan diri itu terus utuh dan perkasa di negeri serta ke peringkat dunia.“Hasil mesyuarat agung baru-baru ini, antaranya pelantikan Yang Dipertua, Timbalan, tiga orang naib dan hari ini kita hendak mengesahkan jawatankuasa adalah sama ada pengerusi ataupun wakil  badan-badan gabungan dalam persatuan silat sebanyak 22 persatuan silat dalam persatuan silat negeri Terengganu,”tambah beliau lagi.
08 Jan 19
88
Empty Image
Terengganu Jadi Hab Lokasi Sukan Ekstrem
Terengganu sokong penganjuran suka ekstrem.KEMAMAN, 6 Januari -  Penganjuran Monsoon Motocross Kerteh 2019 bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk memajukan sukan ekstrem ke peringkat antarabangsa dan menjadikan Terengganu sebagai hab acara itu di negara ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia selaras dengan pembentangan Bajet 2019  oleh Menteri Besar, Dr. Ahmmad Samsuri Mokhtar yang mahu setiap kawasan mempunyai sukan ekstrem sendiri seperti di  Kemaman, acara Motocross berkenaan.“Kami berharap sukan ini akan diadakan secara tahunan dengan penganjuran yang menarik dan hadiah yang lebih lumayan,” katanya ketika merasmikan Monsoon Motocross Kerteh 2019 di Pantai Kuala Kerteh, di sini, semalam.Pertandingan disertai 250 peserta dari seluruh negara melibatkan enam kategori yang dipertandingkan iaitu Mx Veteran, Cubcross, Mx Novice, CKD Open dan acara utama Mx Open.Penganjuran edisi kelima itu dianjurkan oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik dengan kerjasama Kerteh Motocross (KTHMX), turut menampilkan pelumba negara, Mohd Khairul Afif Ghazali dari Icon Motosports yang mengungguli tempat kedua MX Open di belakang pelumba Rezeki MX, Mohd Fadzil Bachok.Wan Sukairi turut memberitahu, Terengganu akan terus mempelopori sukan ekstrem seperti itu dan menambah baik penganjuran sedia ada sebagai sokongan kepada . “Difahamkan ini merupakan penganjuran kali pertama di trek pasir pantai seperti ini dalam negara. "Saya mewakili kerajaan negeri, suka untuk mengucapkan tahniah kepada penganjur dan penyertaan orang-orang lama dalam kategori veteran kerana memberi satu galakan kepada anak-anak muda yang menggemari sukan ini,” katanya.  Turut hadir sepanjang pertandingan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaimi.
06 Jan 19
778
Empty Image
Banggol Tok Ku FC Rangkul Juara
Pasukan Banggol Tok Ku FC (BTK FC) meraian kemenangan selepas menewaskan Majlis Daerah Besut (MDB) dalam perlawanan akhir Piala Liga Amatur Terengganu 2018, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.Oleh : Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU, 5 Januari – Pasukan Banggol Tok Ku FC (BTK FC) melunaskan dendam apabila berjaya mempamerkan semangat juang luar biasa untuk menewaskan Majlis Daerah Besut (MDB) dalam perlawanan akhir Piala Liga Amatur Terengganu 2018, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam tadi.Pun begitu, pasukan BTK FC menerima tekanan awal apabila terpaksa bermain dengan 10 orang pemain seawal minit ke-25 berikutan Sukri Faiz menerima layangan kad merah.Namun begitu MDB gagal untuk menggunakan kelebihan bermain dengan 11 orang pemain apabila dikejutkan dengan jaringan pertama Muhammad Firdaus pada minit ke-34 pada separuh masa pertama menerusi tendangan sudut dari Ibrahim Rasid.MDB kembali bangkit dengan gol penyamaan awal selepas babak kedua bersambung pada minit ke-50 hasil tandukan Akid Wahab yang berjaya menghukum kelonggaran kubu BTK FC apabila menerjah jaring.Penjaring terbanyak perlawanan pula disandang oleh pemain BTK FC, Shaiful Rahimie.Perlawanan kekal terikat 1-1 sehingga separuh masa pada masa tambahan.Pada minit ke-115 MDB berjaya mendapat jaringan pendahuluan menerusi Syarul Fadzlie, sebelum keriangan untuk  bergelar juara berganda dinafikan BTK FC yang menghasilkan jaringan dramatik Ibrahim Rasid pada minit ke-119 untuk mengikat kedudukam 2-2.Perlawanan yang berlanjutan ke penentuan sepakan penalti memihak kepada BTK FC apabila pasukan itu pulang dengan kemenangan 5-3.Jurulatih pasukan BTK FC, Mohd Nezeri berkata, pasukan beliau bermain dengan strategi bertahan kerana kekurangan seorang pemain selepas dilayangkan kad merah dan diminta keluar padang.“walaupun kita tidak dapat mengawal bola 100 peratus namun kita masih lagi boleh bertahan.“Alhamdulillah dengan semangat juang yang tinggi di antara pemain, BTK FC dapat menyamai kedudukan pada akhir perlawanan seterusnya sepakan penalti diadakan dan kemenangan berpihak pada kita."Saya rasa sangat teruja dan bersyukur setelah dinobatkan sebagai Juara TAL’18 kali ini. Ini adalah kejuaraan semua pihak sama ada pengurusan, pemain dan juga penyokong,"katanya ketika ditemui wartawan.Sementara itu, dua pemain BTK FC, Ibrahim Rasid dinobatkan pemain terbaik perlawanan dan penjaring terbanyak pula disandang oleh Shaiful Rahimie.Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman.Ibrahim Rasid dinobatkan pemain terbaik perlawanan menerima hadiah daripada Ustaz Ariffin sejurus perlawanan.
05 Jan 19
165
Empty Image
Jersi Terengganu FC Akan Dilancarkan 26 Januari Ini
Hishamuddin mahu TFC terus cemerlang.KUALA TERENGGANU, 3 Januari - Jersi baharu pasukan Terengganu Fooball Club (TFC) akan dilancarkan secara besar-besaran di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak pada 26 Januari nanti.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abd Karim memaklumkan, dalam majlis itu akan turut diadakan sesi memperkenalkan pemain TFC dan TFC2.“Jualan jersi juga akan bermula pada hari tersebut dan saya berharap penyokong pasukan akan memenuhi stadium pada hari tersebut.“Kita juga melihat kembali suka duka perjalanan pasukan kesayangan kita sepanjang musim 2018 lalu, selain menyediakan beberapa aktiviti pada majlis tersebut,” katanya dalam Program Sembang Santai yang bertajuk ‘Perkembangan Terkini Bola Sepak Terengganu FC musim 2019’ secara langsung di TV Darul Iman, hari ini.Dalam program tersebut, beliau turut mengetengahkan beberapa pembaharuan yang dilakukan pasukan termasuk harga tiket baharu bernilai RM15 untuk musim baru Liga Super itu.“Sebenarnya, harga RM15 ini pernah diperkenalkan dahulu sebelum TFC jatuh ke Liga Premier pada tahun 2017.“Saya akui fasiliti yang ada masih kurang dibandingkan stadium lain. Tetapi, kita terpaksa menaikkan harga tiket bertujuan untuk baik pulih dan situasi masa kini.“Kos kita meningkat, tetapi dengan kapasiti stadium yang kecil kita tidak dapat mengumpul satu jumlah yang cukup untuk menampung keperluan pasukan.“Ini adalah satu keputusan yang tidak popular namun, kita harapkan penyokong TFC akan bersama kita dalam hal ini,” katanya.Beliau turut berhasrat meneruskan budaya solat Maghrib di dalam stadium pada hari perlawanan.“Ia akan diteruskan dan PBSNT telah mendapat sokongan imam masjid negeri.Bagaimapun, kita akan tetapkan waktu supaya tidak menggangu pemain yang akan masuk ke padang selepas itu,” katanya yang ingin melaksanakan budaya kebersihan dalam stadium dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan penyokong.Hishamuddin dan Shahrizan ketika ditemu bual TV Daul Iman.Sementara itu, seorang lagi panel iaitu Setiausaha Eksekutif PBSNT, Shahrizan Mat Zin menegaskan, pengurusan akan berusaha memenuhi hasrat peminat berdasarkan kemampuan mereka.“Pihak Malaysia Football League (MFL) telah bersetuju untuk membaiki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dan proses ke arah itu telah dilaksanakan.“Kita juga memberi ruang kepada peminat untuk cetuskan idea dan pandangan untuk kemajuan pasukan dan walaupun berdepan kekangan, kita berusaha untuk lakukan sebaik mungkin,” katanya.Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) merupakan penaja utama TFC bagi musim 2019 akan turut diperkenalkan pada tarikh pelancaran nanti.Pasukan TFC yang baru menandatangani kontrak termasuk pemain Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov akan menjalani aksi pra musim menentang beberapa kelab dari Vietnam di sana pada pertengahan bulan ini.
03 Jan 19
79
Empty Image
BTK FC Mahu Lunas Dendam Di Piala TAL ’18
Oleh: Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU, 2 Januari - Pasukan Banggol Tok Ku Football Club (BTK FC) melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Terengganu Amateur League 2018 (TAL 18) dan bakal berentap kembali dengan pasukan Majlis Daerah Besut (MD Besut) pada perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada 5 Januari ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Jurulatih pasukan, Mohd Nazeri Mat Ali, 40, berkata, pasukan MD Besut adalah pasukan pilihan yang hebat dan bakal menyukarkan aksi hasrat BTK FC untuk meraih kejuaraan tersebut.“Kita pernah bertemu dengan mereka dan kita kalah tipis 3-2 dalam perlawanan Liga Super Amatur sebelum ini. “Kali ini kita bertemu lagi dengan pasukan yang sama dan kita pastinya ingin menebus kembali kekalahan tersebut sekaligus membawa pulang Piala TAL 18 ini,” katanya ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas sesi latihan dan perlawanan persahabatan bersama Binjai Bongkok FC di Padang Kampung Baru Serada, semalam.Mohd Nazeri mengucapkan rasa syukur kerana pasukan beliau berjaya ke perlawanan akhir setelah menundukkan CND FC 2-1. Beliau juga menasihati pemain supaya menjaga kesihatan, keselamatan diri serta menghindarkan diri daripada sebarang konflik antara pemain supaya dapat lebih fokus dalam perlawanan itu.“BTK FC bukanlah pasukan pilihan yang hebat. Namun, kita mempunyai semangat juang yang tinggi dan saya percaya pemain-pemain akan memberi komitmen tinggi dalam perlawanan akhir nanti,” ujarnya.Perlawanan akhir TAL 18 akan berlangsung pada Sabtu ini pada jam 8.45 malam. Orang Ramai dijemput hadir bagi menyaksikan perlawanan itu dan masuk adalah percuma.
03 Jan 19
108
Empty Image
Trek Basikal Dari Teluk Ketapang Ke Kuala Ibai Akan Dibina Segera
KUALA TERENGGANU, 2 Januari - Pembinaan trek basikal dari Teluk Ketapang ke Kuala Ibai akan dilaksanakan dalam masa terdekat setelah selesai kajian oleh beberapa pihak.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata,penstrukturan cadangan berkenaan pembinaan trek tersebut sedang dijalankan sebelum keputusan lanjut dibuat.“Kita jangkakan laluan trek basikal ini akan dibina seberapa segera selepas kajian daripada beberapa pihak termasuk Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk melihat spesifikasi yang diperlukan  dalam pembinaan trek terbabit.“Ini kerana, pembinaan trek basikal ini adalah untuk tujuan menggalakkan aktiviti riadah di mana pembinaannya nanti akan disertakan dengan tempat berehat, santai dan sebagainya,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sesi wawancara dalam Bicara Khas Pasca-Bajet Terengganu 2019 di konti Manis FM, semalam.Menurut beliau, menerusi pembentangan Bajet 2019 yang lalu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2.9 juta bagi pembinaan trek basikal bercirikan keselamatan di negeri ini dalam usaha membudayakan hidup sihat dalam kalangan masyarakat.Dalam perkembangan lain, katanya, Bajet 2019 juga memperuntukkan RM15 juta untuk dana pembangunan sukan dan pendedahan atlet Terengganu.“Untuk mengekalkan penguasaan kita dalam bidang sukan khusus untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2020, kerajaan negeri merasakan perlu melakukan sesuatu untuk mengekalkan penguasaan ini.“Dalam Bajet 2019 baru-baru ini, Meteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengumumkan sebanyak RM15 juta diperuntukkan sebagai persiapan para atlet untuk mempersiapkan diri mereka dan pembangunan sukan di negeri ini.“Fokus kita kepada sukan-sukan yang tertentu contohnya basikal, bola sepak , hoki dan beberapa sukan yang kita jelas menguasai termasuk sukan kenu dan perahu layar,” ujarnya.
02 Jan 19
225
Empty Image
Terengganu Cari Jalan Laksana Janji Tanpa Salahkan Mana-Mana Pihak
Dr. Samsuri azam tunai janji manifesto yang dijanjikan.KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meletakkan azam untuk melaksanakan baki janji manifesto dan mengukuhkan ekonomi negeri itu menjelang ambang tahun baharu 2019 hari ini.“Setakat ini, sebanyak 12 daripada 20 janji manifesto telah dilaksanakan dan sedang berjalan. “Kita tidak akan melaksanakan semuanya sekali gus kerana terdapat sebahagian janji memerlukan kajian tambahan dan persediaan sebelum diteruskan."Kita laksanakan secara berperingkat kerana mahu kesannya dirasai oleh rakyat.Kerajaan negeri turut prihatin dalam membangun keharmonian antara kaum.“Apa yang penting, kita akan berusaha tanpa mencari alasan untuk tidak melaksanakannya, itu kunci yang lebih penting.“Sebaliknya, cari jalan untuk laksanakan tanpa menyalahkan mana-mana pihak samada di waktu lampau atau sesiapa sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Program Gateh Basikal sempena Ambang Tahun Baharu 2019 di Wisma Darul Iman, hari ini.Beliau yang turut melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan  Pasar Payang dalam program tersebut menyatakan tahun 2019 adalah tahun untuk memperkukuh suasana ekonomi negeri.“Walaupun ekonomi global tidak menentu, kita berharap ia tidak menghalang kerajaan negeri untuk melaksanakan janji dan mengukuhkan suasana ekonomi. “Tahun 2018 yang bakal berakhir malam ini adalah tempoh kami mengenal pasti masalah yang wujud dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikannya.“Manakala, tahun mendatang ini adalah masa untuk merealisasikan dan meneruskan janji yang telah diberikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu serta memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya.''Gateh' basikal merupakan sukan yang popular di kalangan rakyat Terengganu.
31 Dec 18
38
Empty Image
'Gateh' Basikal Mampu Kukuh Hubungan Antara Komuniti - MB Terengganu
Kayuhan bermula dari Dataran Pantai Batu Buruk.KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Aktiviti mengayuh atau lebih dikenali sebagai ‘gateh’ basikal boleh dilaksanakan di peringkat komuniti kerana ia mampu mengukuhkan hubungan masyarakat dalam komuniti.Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, banyak manfaat yang boleh dicapai dalam aktiviti berbasikal dan menjadi senaman yang baik untuk diri. “Saya sangat bangga dengan rakyat Terengganu kerana memiliki kesedaran tinggi tentang aktiviti ini berbanding di negeri-negeri lain.“Aktiviti  ‘gateh’ basikal memperlihatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan orang awam turut sama hari ini bersantai mengayuh basikal. Ianya menjadi kunci kepada keharmonian dan memperlihatkan suasana tenang di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program tersebut di Wisma Darul Iman, hari ini.Program Gateh Basikal Bersama Menteri Besar sempena ambang tahun baharu 2019 itu dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan disertai lebih 250 peserta terdiri daripada agensi kerajaan dan orang awam.Dr. Samsuri sempat beramah mesra bersama pesakit di HSNZ.Paling menarik, program ini turut disertai exco-exco kerajaan negeri, pemain-pemain daripada pasukan Terengganu Football Club (TFC), atlet berbasikal Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu dan para pelumba Terengganu Cycling Team (TSG).Dalam program kayuhan sejauh lebih kurang 10 kilometer (km) tersebut, Dr. Samsuri turut melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Pasar Payang.Dr. Samsuri juga memaklumkan bahawa progam Hari Tanpa Kenderaan yang telah diperkenalkan kerajaan terdahulu akan diteruskan untuk masa akan datang.“Bagaimanapun, kita akan merangka semula jadual yang sesuai untuk 2019 supaya penyertaan orang awam dapat ditingkatkan.“Waktu akhir tahun ini, kita berdepan cuaca hujan dan sebagainya. Jadi, kita akan akan tengok waktu yang terbaik untuk meneruskan inisiatif ini dan mungkin ia akan dilancarkan semula,” katanya.Pemain TFC turut gateh basikal bersama MB.
31 Dec 18
990
Empty Image
Puteri Kembar Muay Thai Jadi Tarikan Penonton
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 26 Disember - Aksi menarik yang ditampilkan pasangan kembar yang mempersembahkan rentak seni bela diri, Muay Thai membuatkan ramai hadirin terpegun dan tidak berganjak.Pasangan itu, Noraini dan Noraina Mohd Noor, 16 tahun dari Kemasek, Kertih, dekat sini, mula terlibat dengan seni olahraga bela diri itu ketika berusia 12 tahun dan kini mendapat tunjuk ajar dari seorang guru, Mokhtar Che Lah."Aktiviti ini tidak mengganggu pelajaran kami, malah lebih mendisiplinkan kami."Kami berlatih selepas waktu Asar. Kami berlatih setiap hari bagi memantapkan teknik dan penguasaan yang baik," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas mempamerkan aksi seni mempertahankan diri itu, di Majlis Perlimau Persatuan Seni Silat Tari Laksamana, di Almuktafi Billal Shah, di sini, kelmarin.Mokhtar Che Lah yang juga Pengerusi Kelab ' Aswasix' (kaki tempat), berkata pasangan kembar itu akan menyertai satu kejohanan 'Muay Thai' mewakili negeri yang bakal diadakan di Pahang, pada awal 2019 nanti."Buat masa ini kembar ini adalah yang terbaik selain dua lagi remaja lelaki."Selain mereka, saya juga sedang melatih seorang pelajar yang paling muda baru sahaja berusia 11 tahun," katanya.
26 Dec 18
113
Empty Image
Nilai Kajian 'Doping' UniSZA RM60 Ribu
Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi (tengah), Ustaz Wan Sukairi dan Muhammad Darul Najmi di Majlis Meraikan Atlet SUKMA XIX 2018 di Dewan Utama YPKT semalam.KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Universiti Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu (UniSZA) memperuntukkan sebanyak RM60,000 bagi membuat penyelidikan pemakanan sukan khusus untuk atlet angkat berat Terengganu sebagai satu usaha memasyarakatkan universiti itu di negeri ini.Naib Cancelor universiti berkenaan, Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, untuk memajukan sukan Terengganu, kerajaan negeri perlu memastikan sistem pemakanan yang teratur bermula dari pemakanan keluarga."Pihak universiti telah menjemput atlet Terengganu datang ke fakulti untuk belajar menjadi chef sendiri."Apabila mereka sering diajar cara memasak dan menyediakan makanan, ia dikira sebagai permulaan, untuk kami (pihak UniSZA) meningkatkan penyelidikan pemakanan, apabila atlet-atlet angkat berat faham kenapa mereka perlu memakan makanan-makanan yang telah kami cadangkan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Meraikan Atlet SUKMA XIX 2018 dan Pertukaran Perjanjian Kerjasama Kajian Pemakanan Sukan Angkat Berat Terengganu di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Jalan Sultan Omar di sini semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Haji Ibnu Amin Busu.Ustaz Wan Sukairi (kiri) menyampaikan insentif kepada salah seorang atlet cemerlang angkat berat SUKMA XIX 2018.Menurut Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi, kajian dibuat supaya atlet sukan angkat berat memahami keperluan pemakanan sukan yang patut diambil.Katanya, dengan perjanjian itu, ia memberikan ruang secukupnya untuk Dekan Fakulti Sains Kesihatan dan para penyelidik dari fakulti UniSZA untuk mencari formula-formula baharu bagi memastikan bidang pemakanan ada hubungan dengan aktiviti dan objektif pasukan di samping dapat menyesuaikan kajian dengan keadaan budaya pemakanan masyarakat negeri Terengganu."UniSZA mempunyai pakar-pakar dalam bidang sains, perubatan dan farmasi. Jadi pakar-pakar kami mampu untuk mengesan apakah jenis makanan yang mengandungi bahan-bahan terlarang bergantung kepada 'update' terbaru oleh Persatuan Doping Antarabangsa," jelasnya.Menurutnya lagi, kajian UniSZA bertujuan bagi memastikan atlet Terengganu tidak mengambil makanan terlarat untuk 'doping' (pengambilan ubat atau makanan tambahan bagi menambah kecergasan atlet).Sebelum itu, Majlis Pertukaran Perjanjian Kerjasama Kajian Pemakanan Sukan Angkat Berat Terengganu antara YPKT dan UniSZA berlangsung dengan jayanya.
26 Dec 18
160