lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
MB Terengganu Sempurnakan Pelepasan RTES Endurance Ride January
SETIU, 25 Januari - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyempurnakan Majlis Pelepasan (Flag Off) Championship Endurance National (CEN) 40 Kilometer (KM) sempena Kejohanan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) Endurance Ride January 2019 di Lembah Bidong, hari ini.Kejohanan yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park (TIEP) itu menampilkan dua kategori perlumbaan iaitu CEN 40KM dan CEN 80KM.Seramai 40 peserta bersaing dalam kedua-dua kategori terdiri daripada penunggang Malaysia dan Korea.TIEP buka tirai kejohanan bagi tahun 2019. Perlumbaan itu berlangsung selama dua hari dan menjadi pembuka tirai perlumbaan di TIEP bagi kalendar acara tahun 2019.Turut hadir dalam majlis tersebut, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah, Exco-exco Kerajaan Negeri serta pegawai kanan negeri.Perlumbaan itu akan berakhir awal pagi esok.Kejohanan turut menarik penyertaan beberapa peserta luar negara.
25 Jan 19
159
Empty Image
Kerajaan Negeri Sedia Bantu TCFC
KUALA TERENGGANU, 23 Januari- Kemelut bayaran gaji bekas pemain dan jurulatih Terengganu City FC (TCFC) yang didakwa tertunggak bernilai hampir RM1 juta mendapat respon positif kerajaan negeri.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajan negeri bersedia memberi sokongan untuk mendapatkan penajaan, termasuk memberikan surat sokongan bagi membantu pasukan bola sepak luar daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu supaya terus mewarnai kancah bola sepak tempatan. Bagaimanapun, menurut beliau kerajaan negeri mengakui berdepan kekangan kewangan untuk membantu TCFC berikutan turut menjaga pasukan lain di bawah PBSNT.“Kerajaan negeri menghargai usaha mereka (TCFC) untuk terbabit dalam dunia bola sepak sehingga muncul juara Piala FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) musim lalu.“Tetapi kerajaan negeri mengalami kesukaran untuk membantu berkaitan sumber kewangan, kerana kita juga ada ‘anak’ yang perlu dijaga bawah PBSNT.“Semua ini memerlukan implikasi kewangan yang agak besar berbanding sukan lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sidang media sejurus menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Kelab Media Wartawan Terengganu (Kawat) kepada Menteri Besar, di Pejabat Menteri Besar, di Wisma Darul Iman, semalam.Justeru, beliau meminta pemain, jurulatih dan pengurusan kelab TCFC itu duduk berbincang sekali lagi bagi mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah itu.
23 Jan 19
31
Empty Image
Peruntukan RM1 Juta Untuk Sutera 2019
KUALA TERENGGANU, 22 Januari- Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk program Sukan Terengganu (Sutera) 2019 sebagai usaha menggalakkan golongan belia khususnya membudayakan aktiviti bersukan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penganjuran Sutera akan diadakan secara dwi tahunan berselang seli dengan Sukan Malaysia (Sukma).Katanya, antara matlamat penganjuran Sutera adalah untuk membina sahsiah dan akhlak belia itu sendiri.“Sebelum perlaksanaan Sutera 2019 yang dijangka akan diadakan September ini, kita adakan  kejohanan-kejohanan atau pertandingan sukan bermula di peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Dewan Undangan Negeri (DUN), daerah kemudian peringkat negeri.“Sebagai contoh, di peringkat kampung mereka adakan pertandingan bola, hoki, sepak takraw, badminton, pingpong dan sebagainya dan apabila selesai perlaksanaan di peringkat MPKK, mereka yang berjaya akan bertanding di peringkat DUN.“Juara di peringkat DUN kelak akan bertanding di peringkat daerah dan yang berjaya barulah akan mewakili daerah ke peringkat negeri,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika bersiaran di TV Darul Iman menerusi rancangan 'Kabbo Royak' di Pejabat Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Katanya, dengan adanya penganjuran Sutera ini diharap dapat menggalakkan golongan belia terlibat dengan perkara berfaedah dan dapat menghalang mereka dari terjebak dengan aktiviti yang kurang sihat.
21 Jan 19
110
Empty Image
Kejohanan Bola Padang ADUN Air Putih Pupuk Silaturahim
Pasukan BSNS meraikan kemenangan muncul juara kejohanan Bola Padang Piala YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Tertutup ChenehOleh : AminjiKEMAMAN, 20 Disember - Kejohanan Bola Padang Piala YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Tertutup Cheneh yang disertai 18 pasukan berjaya menanam semangat silaturahim di kalangan pemuda di sekitar Kampung Cheneh.ADUN Air Putih, Ab.Razak Ibrahim berkata, kejohanan itu bukan sahaja dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi di kalangan peserta malah mengeratkan lagi silaturahim di kalangan pemuda setempat."Aktiviti sukan seperti ini bertujuan untuk menyihatkan badan dan dalam masa yang sama dengan bersukan juga kita boleh mengeratkan silaturahim antara sesama kita.“Saya menyeru kepada pemuda-pemuda agar dapat memanfaatkan kemudahan sukan yang ada di dalam kampung ini bagi mengisi masa lapang ke arah aktiviti yang berfaedah,"katanya.NNYAKNYE FC meraih naib johanBeliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Kejohanan Bola Padang 8 sebelah Tertutup Cheneh anjuran Pemuda PAS Cheneh, di Padang Bola Sepak Astaka Cheneh, di sini, kelmarin (Sabtu).Kumpulan BSNS FC  muncul johan dalam kejohanan itu, manakala naib johan pula dimenangi oleh NYAKNYE FC dan tempat ketiga serta keempat pula masing-masing, BLOO BROTHERS FC dan  KSRD FC.
21 Jan 19
246
Empty Image
TLHT Tewaskan LISHC 4-2
Foto ihsan - KOSMO OnlineKUALA TERENGGANU, 20 Januari - Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) melepasi ujian getir untuk merakam keempat berturut-turut selepas menewaskan Lioning Infinite Space HC (LISHC) 4-2 pada aksi keempat Liga Hoki Wanita Malaysia (MWHL) di Stadium Hoki Batu Burok di sini semalam.LISHC yang juga pasukan jemputan dari China bermula garang apabila mendahului seawal minit kelima menerusi gol padang Liu Xinyu.Tersentak ketinggalan, TLHT menggandakan serangan sebelum pemain import dari India, Jaswinder Singh meledak hatrik pada minit ke-15, 26 dan 41.Dua gol awal dihasilkan Jaswinder menerusi gol padang manakala satu lagi pula dengan pukulan sudut penalti.Pasukan pelawat hampir kembali mendahului pada minit ke-19 namun pukulan sudut penalti diambil Li Feng berjaya ditampan keluar penjaga gol TLHT, Bakhavaddin Glizal.Feng menebus kesilapan dengan menjaringkan gol penyamaan menerusi pukulan sudut penalti menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-33.Bekas tonggak kebangsaan, Siti Rahmah Othman melengkapkan kemenangan TLHT dengan gol keempat menerusi gol padang pada minit ke-46.SUMBER: K! ONLINE
20 Jan 19
21
Empty Image
GASTEP Juarai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Besut
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 13 Januari - Pasukan sepak takraw GASTEP telah menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Besut yang diadakan di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Teluk Bayu.Kejohanan yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam itu disertai oleh 58 pasukan daripada negeri ini dan Kelantan. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, kejohanan seperti ini diharap dapat diteruskan bagi mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan remaja negeri ini khususnya di daerah Besut."Insya-Allah bagi pihak Penyelaras DUN Kuala Besut, kami akan berbincang bagi mengadakan lagi kejohanan sepak takraw di DUN Kuala Besut", ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.Turut hadir, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Hafiz Yusof.Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa gembira kerana kejohanan tersebut berlangsung dengan jayanya.
13 Jan 19
854
Empty Image
Luncur Ombak Tarikan Sukan Air Di Terengganu
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 13 Januari - Ombak (beach break) yang terdapat di Pantai Batu Buruk (PBB)merupakan antara yang terbaik di Asia untuk permainan papan luncur.President PLOT (Persatuan Luncur Ombak Terengganu),  Azmi  Awang berkata, PBB adalah di antara ombak (beach break) yang terbaik di Asia dan ianya berbeza dengan pantai Cherating (point break) yang lebih berbahaya berbanding Pantai Batu Buruk.“Tidak mustahil kita dapat menarik pelancong dengan ombak, tapi bila datang musim lain kita perlu membawa cara yang lain untuk menarik pelancong.“Sukan ini amat dinanti-nantikan dan menjadi buah mulut oleh para peluncur dalam atau luar negara,” kata Azmi yang juga salah seorang peluncur ombak dalam senarai 10 teratas di Malaysia.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Kejohanan Luncur Ombak COMPLOT 2.0 anjuran Persatuan Luncur Ombak Terengganu (PLOT) di Pantai Batu Buruk, di sini semalam.Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibnu Amin Busu.Sementara itu, Ibnu Amin Busu berkata, Terengganu sudah popular dengan sukan musim tengkujuh iaitu Monsun Cup dan sukan papan luncur adalah di antara salah satu sukan baharu yang perlu diketengahkan.“PLOT perlu di‘legalist’ dahulu, kemudian kita boleh meneruskan langkah seterusnya dan sudah tentu MSNT akan membantu sukan ini jika ia berada dalam Sukan Olimpik.“Ia perlu dibangunkan dengan lebih agresif untuk kita memajukan sukan ini dan nama Malaysia,” ujarnya lagi.Bagi pelancong dari Jepun, Eriko yang sedang bercuti di Terengganu sejak sebulan yang lalu, dia merasa teruja dengan keindahan Pantai Batu Buruk dan sanggup datang kerana minatnya dalam sukan papan luncur.
12 Jan 19
950
Empty Image
Peserta Bertudung Juara Luncur Ombak Wanita
Mona Rasidah Abdul Rashid dalam saingn kejohanan luncur ombak COMPLOT 2.0 anjuran Persatuan Luncur Ombak Terengganu (PLOT) semalam.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 13 Januari - Mona Rasidah Abdul Rashid, 33, membuktikan penampilan bertudung bukan halangan untuk golongan hawa menceburi sukan luncur ombak.Anak jati Kampung Selamat, Kuantan, Pahang ini berkata, pakaian patuh syariah tidak menjejaskan prestasinya malah, memberi lebih keselesaan dan keyakinan ketika meluncur.Lebih manis, Mona Rasidah yang merupakan satu-satunya peserta wanita bertudung dalam kejohanan luncur ombak COMPLOT 2.0 anjuran Persatuan Luncur Ombak Terengganu (PLOT) di Pantai Batu Buruk di sini berjaya mengetepikan peserta lain apabila dinobatkan sebagai juara kategori terbuka wanita."Bagi saya, pemakaian hijab untuk sukan ekstrem 'surfing' ini tidak langsung menghalang saya. Saya tidak melepaskan hijab ini kerana ia amat selamat. Sebelum ini saya tidak berhijab, tapi selepas berhijab, saya lebih yakin bahawa ia selamat."Apabila tidak berhijab, rambut akan mengganggu penglihatan dan muka. Adakalanya ia membuatkan kita sukar untuk bernafas. Jadi bila kita berhijab, alhamdulillah ia menjadi selesa dan selamat," katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis penyampaian hadiah kejohanan itu, di sini petang semalam.Hadiah kepada peserta disampaikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibnu Amin Busu.Mona Rasidah memberitahu, kejayaan terbaharu itu merupakan yang keempat selepas kemenangannya dalam kejohanan luncur ombak di Pulau Tioman dan Terengganu sebelum ini.Dia yang menceburi sukan air itu sejak 2010 berkata, minatnya timbul selepas melihat kalangan rakan lelakinya di kampung meluncur ombak."Rumah saya dekat dengan pantai dan bila tengok ramai rakan sekampung meluncur di Pantai Teluk Cempedak, timbul keinginan untuk turut sama jadi peluncur."Apabila sudah selalu berlatih, perlahan-lahan saya dapat mengatasi rasa takut dengan ombak dan akhirnya lebih yakin untuk mengawal situasi," katanya.
12 Jan 19
147
Empty Image
THT Akhiri Badi, Rangkul Piala Sumbangsih
KUALA TERENGGANU, 11 Januari - Kejayaan Pasukan Hoki Terengganu (THT) menewaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 3-1 dalam penentuan 'shoot-out' selepas aksi 60 minit berkesudahan seri 2-2, mengangkat THT selaku juara Piala Sumbangsih 2019 yang berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata bagi saingan TNB Liga Hoki Malaysia 2019.Tiga jaringan 'shoot-out' pasukan THT adalah hasil sumbangan Faizal Saari, Jang Jonghyun dan Mohd Fitri Saari sementara gol tunggal UniKL pada penentuan 'shoot-out' dijaringkan oleh Rafizul Ezry Mustafa.Dalam aksi 60 minit, THT berjaya untuk membuka tirai jaringan seawal minit kedua apabila kelebihan pukulan sudut penalti yang dimiliki berjaya digunakan dengan sebaiknya oleh Faizal Saari yang melakukan satu 'flik' terus di sebelah bawah kiri pintu gol UniKL untuk menewaskan penjaga gol UniKL, Adrian Andy Albert.Beberapa saat sebelum aksi suku pertama berakhir, THT sekali lagi dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti dan kali ini pemain import Korea Selatan mereka, Jang Jonghyun bijak menggunakan kelebihan tersebut untuk THT terus berada di hadapan 2-0 menerusi satu flik terus mencari sudut atas sebelah kanan pintu gol UniKL.UniKL cuba untuk bangkit mengejar kedudukan pada suku kedua dengan melakukan beberapa percubaan dan akhirnya sebelum aksi separuh masa pertama tamat, UniKL mendapat pukulan sudut penalti pertama dan Muhammad Razie Abdul Rahim tidak mempersiakan kesempatan yang dimiliki untuk menjadikan kedudukan 1-2 menerusi 'flik' terus di sudut bawah kiri pintu gol THT sekali gus menutup aksi separuh masa pertama.Lima minit selepas aksi suku ketiga bermula, UniKL dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti dan Razie Rahim sekali lagi bertindak cemerlang menyudahkan kelebihan tersebut dengan melakukan satu 'flik'.Minit ke-55 THT dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti ketiga namun kali ini 'flik' yang dilakukan Jang Jonghyun berjaya ditampan oleh Mohamad Sukri Abdul Mutalib dan THT terlepas peluang terbaik untuk kembali berada di hadapan.Kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.Sempena perlawanan merebut Piala Sumbangsih, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyumbangkan RM5,000 kepada Rumah Ehsan Dungun.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.SUMBER: MALAYSIAN HOCKEY CONFEDERATION
11 Jan 19
65
Empty Image
RM3 Juta Untuk Mantapkan Pasukan Hoki Terengganu
Ustaz Wan Sukairi (dua dari kanan) mempamerkan jersi baru pasukan THT di Hotel Permai Kuala Terengganu malam kelmarin.KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Kerajaan negeri dengan kerjasama anak-anak syarikat kerajaan (GLC) dan swasta memberi komitmen menyediakan peruntukan kira-kira RM3 juta bagi pembangunan sukan hoki Terengganu pada tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pasukan hoki Terengganu memerlukan tidak kurang RM3 juta untuk menguruskan pasukan bagi mencapai kejayaan dalam pelbagai kejohanan musim ini.Katanya, pasukan hoki Terengganu mempunyai 10 pemain import, masing-masing lima orang untuk pasukan lelaki dan wanita.Ustaz Wan Sukairi (tengah) bersama pasukan THT di Hotel Permai Kuala Terengganu malam kelmarin.Menurut beliau, mereka terdiri daripada pemain profesional dari Korea Selatan, Khazakhstan, India, Wales dan Argentina yang membarisi kesebelasan pasukan hoki lelaki dan wanita Terengganu.Ustaz Wan Sukairi berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas  Majlis Pelancaran Jersi, Memperkenalkan Penaja dan Pemain Terengganu Hockey Team (THT) dan Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT) untuk Kejohanan Hoki Malaysia TNB 2019 di Hotel Permai di sini malam kelmarin.Bagi memantapkan pasukan, THT mempertaruhkan dua pemain import dari Argentina dan Korea Selatan termasuk Pablo Javier Travisan, Gonzalo Merino, Jung Manjae dan Jang Jonghyun. Sementara pemain dari Wales ialah Ant Daniel Kyriakides.Tiga pemain import dari India dipertaruhkan untuk pasukan TLHT termasuk Man Meet Kaur, Jaswinder Kaur dan Jaspreet Kaur selain Domashneva Vera dari Wales dan Bakhavaddin Glizal dari Khazakhstan.Ustaz Wan Sukairi (tengah) bergambar bersama pasukan TLHT di Hotel Permai Kuala Terengganu malam  kelmarin.Pemain-pemain tersebut akan menambahkan lagi keupayaan pasukan menandingi pasukan lain di persada hoki Malaysia.THT menyenaraikan seramai 32 pemain manakala TLHT seramai 22 pemain. Kedua-dua pasukan berkenaan masing-masing dilatih oleh Vikneswaran Iswarapatham dan Iman Gobinathan.Cabaran pertama pasukan THT ialah Liga Hoki Malaysia dengan perlawanan Piala Sumbangsih bertemu UniKL di Stadium Batu Buruk, di sini 11 Januari ini.
08 Jan 19
242