lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Medan Jaya A Johan Sepak Takraw DUN Rhu Rendang
Oleh: Aslam WiraMARANG, 2 Februari - Satu Kejohanan Tertutup Sepak Takraw Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang melabuhkan tirainya semalam dengan  johan disandang oleh kumpulan Medan Jaya A.Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 31 Januari lalu, disertai 32 pasukan melibatkan cawangan di seluruh DUN itu.Pengarah program, Ahmad Harizuddin Muhammad berkata, program selama tiga hari itu berlangsung lancar dan berjaya mencapai matlamat penganjuran.Katanya, pertandingan itu mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada peserta sekali gus dapat mengetengahkan bakat pemain muda di daerah dan DUN itu khususnya.“Saya juga mewakili pihak penganjur memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan sepanjang kejohanan berlangsung.“Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada pemain, pengunjung serta urusetia yang terlibat bagi menjayakan kejohanan Sepak Takraw Tertutup ini,” katanya.Pertandingan sukan pembukaan bagi 2019 itu adiadakan di Maecon Sport Centre Kelulut dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Rhu Rendang.Perasmian penutup majlis disempurnakan oleh Ahli Majlis Daerah Marang, Yusof Abdul Hadi dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir itu, pemain sepak takraw kebangsaan, Faiz Roslan dan Penyelia i-MiTS DUN Rhu Rendang, Mohamad Embong.
03 Feb 19
75
Empty Image
Akta 576 Penting Kepada Persatuan Dan Penggiat Sukan
KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Maklumat berkait pindaan Akta 576 yang terkandung dalam Akta Pembangunan Sukan 2018 di mana menekankan berkenaan perlesenan penganjuran sukan adalah sangat penting kepada para pegawai dan penggiat sukan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ianya adalah untuk mengelakkan berlakunya sesuatu perkara yang bercanggah dengan akta tersebut.“Pindaan  Akta 576 ataupun akta berkaitan dengan pembangunan  sukan ini adalah sangat penting  dan perlu diketahui oleh semua yang terlibat dalam penganjuran sukan di semua peringkat.“Jadi akta ini perlu diketahui  kerana  kita bimbang  dengan menyalahi ataupun mengingkarinya, akan menyebabkan hukuman kepada individu atau kumpulan,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sesi ‘Engagement’ Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) peringkat negeri Terengganu di Dewan Teater, Wisma Darul Iman kelmarin.Menurutnya, taklimat itu bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan pembangunan serta pentadbiran sukan di negara ini.“Ianya mempunyai 43 seksyen yang terbahagi kepada tujuh bahagian dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998 di Semenjung Malaysia dan 1 Oktober  di Sabah dan Sarawak.“Konsep pelaksanaan  sesi ‘engagement’ secara taklimat  langsung pada agensi-agensi kerajaan  dan persatuan di  peringkat negeri yang terlibat adalah bagi menerangkan dengan lebih lanjut tentang pindaan Akta  576  yang telah pun diluluskan dan penambahbaikan yang sedang  dijalankan,” tambah beliau.Oleh itu, beliau berharap, ianya akan memberi peluang dan ruang kepada agensi dan NGO sukan untuk memberi input yang lebih tepat bagi kemudahan sukan di negeri Terengganu pada masa akan datang.Turut hadir, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Ibrahim Mohd Yusof dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dato’ Zaiton Othman.
02 Feb 19
71
Empty Image
Liga Super 2019 : Irfan Waspada Ancaman Pahang
Irfan harap aksi lebih baik bertemu Pahang.KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Pengendali Terengganu Football Club (TFC), Irfan Bakti Abu Salim mengakui bakal berdepan tugas sukar menjinakkan Pahang FA pada 9 Februari ini.Pada perlawanan pembukaan Unifi Liga Super 2019, TFC hanya mengutip satu mata apabila sekadar seri 1-1 menentang pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), semalam.Irfan ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berkata, aksi pertama Pahang yang menewaskan Kuala Lumpur semalam merupakan amaran kepada pasukannya."Pahang beraksi cemerlang hari ini. Mereka boleh dikatakan seakan memiliki tujuh pemain import jika turut dibarisi dua pemain naturalisasi iaitu Matthew Davies dan Mohamadou Sumareh."Dickson Nwakaeme walaupun tidak selaju dahulu tetapi masih berbahaya."Jadi tugas para pemain adalah jangan memberi ruang kepada pemain Pahang terutama Azam Azih untuk melakukan gerakan," katanya.Antara aksi ketika menentang PKNS semalam.Dalam perlawanan tersebut, TFC yang turun tanpa tonggak import, Lee Andrew Tuck jelas tumpul di hadapan pintu gol walaupun mempamerkan persembahan yang baik."Saya mengharapkan aksi lebih baik daripada Tchetche Kipre untuk perlawanan akan datang."Hari ini, ketiadaan Lee Tuck tidak terlalu menjejaskan bahagian tengah, cuma kita kurang laju dalam memberikan tekanan kepada pihak lawan ketika kehilangan bola," katanya sambil menjelaskan pemain tengah itu akan kembali beraksi menentang Pahang.Irfan bagaimanapun memuji aksi pertama penyerang dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov yang agak cemerlang."Saya juga memberi pujian atas sikap tidak menyerah kalah para pemain walaupun ketinggalan gol," tambahnya.Beliau yakin pasukannya akan beraksi lebih baik dalam perlawanan akan datang yang bakal berlangsung di Stadium Darul Makmur.
01 Feb 19
119
Empty Image
Liga Super 2019 : Malik Penyelamat Skuad Penyu
Malik meraikan jaringan penyamaan TFC.KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Penyerang gantian, Abdul Malik Mat Arif muncul sebagai penyelamat Terengganu Football Club (TFC) dalam perlawanan pembukaan Unifi Liga Super 2019 menentang pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), semalam.Malik yang masuk menggantikan Mohd Shahrul Aizad Zukufli menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk mengikat kedudukan 1-1 sehingga tamat perlawanan.Turun tanpa tonggak import, Lee Andrew Tuck, TFC kelihatan ampuh apabila mendominasi perlawanan yang berakhir 0-0 pada separuh masa pertama.Bagaimanapun, tandukan pertahanan PKNS, Nicholas Ryan Swirad pada minit ke-65 nyata mengejutkan tuan rumah.Pasukan kendalian Irfan Bakti itu mula terumbang-ambing dengan penguasaan bola pasukan lawan selepas ketinggalan gol.Perlawanan turut dicemari insiden pergaduhan antara penyerang lawan, Chan Vathanaka dan Muhammad Khairu Azrin Khazali menyaksikan Chan serta Igor Zonjic dilayangkan kad kuning.TFC kembali menguatkan serangan pada penghujung perlawanan yang membuahkan gol penyamaan.Pergaduhan cemari aksi pembukaan di SSINS.Tuan rumah turut mendapat peluang merampas tiga mata, namun rembatan kencang penyerang baharu Skuad Penyu, Sanjar Shaakhmedov sekadar melewati palang.Perlawanan dimeriahkan dengan kehadiran seramai 8,300 penyokong hitam putih yang tidak henti melaungkan sokongan.Turut hadir, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim.Kesebelasan utama TFC.
01 Feb 19
78
Empty Image
Terengganu FC Lancar Kempen Tiga Zero
KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Terengganu FC (TFC) bersama pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyeru rakyat Terengganu supaya menjadikan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) sebagai 'tiga zero'.Ianya dalam erti kata lain adalah bebas daripada sampah (zero sampah), asap rokok (zero asap rokok) dan kuaci (zero kuaci)."Kita masuk ke stadium tanpa sampah dan tinggalkan stadium tanpa sebarang sampah."Stadium adalah kawasan larangan merokok, jadi sama-sama kita menjaga keselesaan bersama untuk tidak merokok di dalam stadium."Butir kuaci adalah dilarang dibawa masuk ke stadium atas faktor sampah kulit makanan ini yang akan ditinggalkan di serata stadium," jelas TFC di laman Facebook rasminya hari ini.Katanya, budaya baharu itu perlu dimulakan di SSINS yang merupakan 'rumah kedua' penyokong pasukan bola sepak Terengganu."Kita perlu menjaga kebersihan dan hubungan antara sesama penyokong."Bersempena dengan musim baru Liga Malaysia 2019, marilah kita sama-sama melangkah ke hadapan dengan menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan hubungan antara satu sama lain."Kepada semua penyokong, ayuh bermula tahun 2019, kita sama-sama tampilkan sikap positif di samping memberikan sokongan yang utuh buat pasukan kesayangan kita," ujarnya.
01 Feb 19
91
Empty Image
MB Mahu Penyokong Terengganu FC Ambil Peluang Berhenti Rokok
Dr. Samsuri mahu penyokong bina sikap positif.KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Menjelang perlawanan pembukaan Liga Super 2019 hari ini, penyokong pasukan Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) diingatkan untuk tidak merokok di dalam Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) ketika menonton perlawanan.Bertepatan dengan pewartaan kawasan larangan merokok yang dikuatkuasakan bermula Januari tahun ini, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mahu penyokong pasukan negeri itu mengambil peluang itu untuk berhenti merokok."Inilah masanya rakyat negeri ini mengambil peluang mengurangkan penggunaan rokok lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang menekan semua pihak," katanya ketika ditemui pemberita pada pelancaran jersi pasukan TFC di Kompleks Sukan Gong Badak, baru-baru ini.Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, kerajaan negeri menyokong penuh usaha ini dan berharap para penyokong dapat bersikap positif."Kita ingin memastikan persekitaran yang sihat dinikmati oleh semua kalangan masyarakat dalam negeri Terengganu terutamanya komuniti sukan," katanya.Sementara itu, Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim turut memaklumkan, persatuan itu dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melaksanakan kempen kebersihan dengan menyediakan plastik sampah di tempat duduk penonton."Kami amat berharap penyokong dapat bersama-sama menjaga kebersihan stadium dalam usaha kita mewujudkan budaya positif di kalangan peminat TFC," katanya.
31 Jan 19
269
Empty Image
Terengganu Inc Penaja Terbesar TSG
Ustaz Wan Sukairi (tengah) bersama syarikat-syarikat penaja Terengganu Inc TSG. KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memberi tajaan kepada Terengganu Cycling Team (TSG) sebanyak RM3 juta mendahului 22 penaja terkenal lain.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, TSG menerima sejumlah RM8.03 juta penajaan berbentuk wang, barangan dan perkhidmatan daripada 23 penaja terkemuka dunia dan peringkat nasional termasuk Terengganu Inc.Katanya, penajaan berbentuk kewangan berjumlah RM5.15 juta manakala penajaan berbentuk barangan berjumlah RM2.56 juta di samping perkhidmatan, berjumlah RM315,000."Dengan kesudian Terengganu Inc menaja pasukan Terengganu Cycling Team sebagai penaja terbesar, bermulanya musim 2019, pasukan ini akan mempunyai nama rasmi baharu iaitu Terengganu Inc. TSG," jelas beliau.Dr Ahmad Samsuri berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah pada Majlis Pelancaran dan Memperkenalkan Pelumba Serta Barisan Penaja Pasukan Terengganu Inc TSG di Dewan Gemilan Primula Beach Hotel di sini semalam.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Pengarah Eksekutif Pasukan Terengganu Inc TSG, Dato’ Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan jurulatih pasukan tersebut.Ustaz Wan Sukairi (berdiri tengah) bersama pelapis muda Terengganu Inc TSG..Menurut Dr Ahmad Samsuri, Terengganu Inc TSG diwakili oleh sembilan anak Terengganu dan enam pelumba import termasuk dari Rusia, Australia, Singapura, Eritrea, Mongolia dan Algeria."Pelumba-pelumba import yang diambil adalah bagi memperkuatkan pasukan di samping berfungsi sebagai 'marketing tools' bagi mempromosikan Terengganu Inc TSG di negara masing-masing," jelasnya.Katanya, kemuncak kecemerlangan Terengganu Inc TSG adalah pada musim 2018, apabila pasukan itu mula diiktiraf oleh penganjur-penganjur di Eropah dengan jemputan-jemputan perlumbaan 'Union Cycliste Internationale' (UCI), diterima dari Perancis, Hungary, Croatia dan Azerbaijan."Ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan apabila Terengganu Cycling Team yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2011 bertujuan mempromosi negeri kepada dunia luar," katanya lagi.Menurut beliau, bermula musim 2019 Terengganu Inc TSG telah mula mendapat jemputan siri-siri perlumbaan di Asia Tour, Europe Tour dan Afrika Tour.
30 Jan 19
332
Empty Image
Hanya Bongkar Jersi Baru Terengganu FC Selepas Empat Bulan
Jersi baru TFC cantik dan menarik.KUALA TERENGGANU, 30 Januari - Penciptaan jersi baharu Kelab Bolasepak Terengganu (TFC) hanya dibongkar setelah disimpan selama empat bulan oleh empat individu.Penyimpan rahsia itu termasuk Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim dan tiga individu lain yang tidak ingin didedahkan namanya. "Semasa saya dibentangkan beberapa 'sample design' (contoh reka bentuk) cadangan untuk jersi TFC, hanya empat orang sahaja yang melihat dan mengetahui reka bentuk tersebut. "Lama rahsia ini tersimpan. Tidak bocor dan tidak dapat dikesan. Memang jaga sungguh maklumat ini. Tahniah buat anak buah kami yang bekerja dengan bersungguh-sungguh. Saya percaya, empat bulan yang cukup terseksa untuk simpan rahsia jersi ini," jelas Hishamuddin. Beliau berkata demikian ketika memuat naik kenyataan itu di status Facebooknya semalam. Katanya, reka bentuk jersi itu dari sudut pandangnya sangat subjektif. "Lawa di mata kita, belum tentu lawa di mata orang lain. Hodoh di mata kita, belum tentu hodoh di mata orang lain," ujarnya, mengulas lanjut reka bentuk jersi tersebut. Bagaimanapun katanya, sebaik mungkin ia dilakar reka bentuk yang lebih sesuai, berbeza dengan tahun sebelumnya dan membawa identiti sendiri. Kini ia telah dijual di pasaran. "Kami minta jasa baik sebuah syarikat perniagaan pakaian sukan (yang menjual jersi tersebut) agar harganya ditetapkan jangan lebih dari RM100, supaya ia mampu dibeli semua pihak," katanya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata, berbaki hanya dua hari sahaja lagi (sehari lagi) untuk sepak mula Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menentang PKNS FC.Justeru katanya, beliau mengharapkan TFC bersaing dengan sengit dan mencapai kemenangan. Dijangkakan semua pasukan Liga Super 2019 mantap dan sangat berkualiti."Banyak pasukan memiliki pemain naturalisasi yang menambah resepi kekuatan jumlah pemain import masing-masing. "TFC mempertaruhkan anak tempatan sepenuhnya. Hanya berbekalkan lima tonggak pemain import. Tiada pemain naturalisasi," jelasnya lagi. Katanya, semangat dan jati diri mereka semua dalam perlawanan menentang Vietnam tempoh hari perlu dicontohi. "Beraksi dengan titik peluh anak tempatan yang gigih. Good luck! Jangan wat barrang awok kiter. "Saya sudah beli jersi 'home' dan 'away'. Kali ini dua versi ada belaka. 'Support' (sokong) pasukan yang disayangi. Anda sudah (beli)?" soalnya menyudahi kenyataannya di media sosial itu.
29 Jan 19
817
Empty Image
MB Isytihar Jersi No.12 Khas Buat Penyokong Terengganu FC
Para pemain TFC mempamerkan jersi Home dan Away kepada penyokong yang hadir.KUALA NERUS, 27 Januari - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) merangkap Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan jersi nombor 12 akan dikhaskan buat para penyokong Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC).Ini sebagai menghargai sokongan berterusan peminat bola sepak negeri itu kepada pasukan.Keputusan tersebut diumumkan beliau ketika berucap dalam Majlis Memperkenalkan Jersi dan Pemain TFC 2019 di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak semalam.Jersi baharu pasukan TFC dihasilkan secara eksklusif oleh kedai sukan terbesar di negara ini iaitu Al-Ikhsan Sdn. Bhd.Rekaan tersebut menampilkan dua warna iaitu putih bagi jersi utama dan hitam sebagai jersi kedua.Kelainan turut dipamerkan jenama itu melalui getah jalur emas dan hitam di bahagian lengan serta kolar eksklusif bagi jersi utama.Jersi tersebut dijual bermula malam tadi pada harga RM99.90.Dr. Samsuri harap pengurusan PBSNT berjaya realisasi kejayaan bagi musim 2019.Dr. Samsuri dalam ucapannya menyifatkan tahun 2018 merupakan kebangkitan bagi bola sepak negeri Terengganu apabila kesemua pasukan negeri cemerlang dalam kejohanan yang disertai."Semua penyokong dan rakyat negeri Terengganu cukup berbangga dengan pencapaian pasukan sepanjang 2018 lalu walaupun tidak semua kejayaan berjaya dicapai."Apa yang penting adalah kesungguhan, usaha dan kerja keras yang telah ditunjukkan oleh semua pihak."Inilah yang sebenarnya memberi erti kepada pencapaian kita, kemenangan bagi diri kita untuk melakukan yang terbaik tahun ini," katanya.Beliau turut menyatakan, musim ini sangat mencabar dan berharap pengurusan TFC akan mencuba yang terbaik untuk merealisasikan kemenangan."Apabila kita bermula di atas berdasarkan pencapaian musim lalu, maka tentulah kita berdepan tugas sukar mempertahankan kedudukan," katanya sekali gus meletakkan sasaran TFC untuk berada di kelompok tiga terbaik dalam saingan Liga Super.Beliau turut mensasarkan pasukan untuk ke perlawanan akhir bagi saingan Piala FA dan Piala Malaysia.Dalam majlis tersebut, para pemain TFC 1 sehingga TFC 4 diperkenalkan selain penyampaian salam penghargaan kepada bekas-bekas pemain Terengganu yang hadir.Turut hadir, Timbalannya, Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta ahli-ahli majlis dan pegawai kanan negeri.Peminat mula mendapatkan jersi pasukan sejurus tamat majlis pelancaran.
26 Jan 19
803
Empty Image
Jersi Terengganu FC Dilancarkan Esok
KUALA TERENGGANU, 25 Januari - Pelancaran dan jualan jersi Terengganu FC (TFC) akan berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak sempena Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain TFC malam esok.Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, pasukan TFC mendapat suntikan baharu menjelang aksi Liga Malaysia (Liga-M) musim ini apabila mendapat tajaan daripada Football Republic milik penuh Al-Ikhsan Sports sehingga 2020."Al-Ikhsan Sports merupakan penaja pakaian buat TFC (TFC I-IV). Jersi TFC 2019 menggunakan jenama Al-Ikhsan."Kejayaan bisnes Al-Ikhsan diharap menjadi dorongan anak muda Terengganu untuk mencontohi kesungguhan pemiliknya."Diharap model ini akan diambil secara positif dalam cabaran berbisnes di zaman penuh cabaran ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pembukaan Football Republic Cawangan Kuala Terengganu di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu hari ini.Kedai konsep premium bola sepak pertama di Malaysia itu akan terus melebarkan pasaran mereka di seluruh negeri di Malaysia selepas membuka cawangan kelimanya di Kuala Terengganu.Dalam tumpuan sama, katanya, saingan liga 2019 amat mencabar. Pasukan lain tidak kurang hebatnya."Insya-Allah TFC diharap menjadi pasukan pencabar yang mantap," ujarnya.Hadir sama dalam majlis itu, pemain-pemain TFC, Kipre Tchetche, Igor Zonjic dan Lee Tuck serta penjaga gol Muhamad Ilham Amirullah Razali serta Ahmad Shamim Yahya.
25 Jan 19
1017