Artikel "Sukan" Terkini
TSG Shimano Yellowride 2019 Bakal Jadi Acara Tahunan Terengganu
Penyertaan dari seluruh negara meriahkan Yellowride 2019.KUALA TERENGGANU, 17 Februari - Acara berbasikal TSG Shimano Yellowride 2019 bakal dijadikan acara tahunan bagi negeri Terengganu dalam usaha membudayakan cara hidup sihat dalam masyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penganjuran aktiviti santai berbasikal (fun ride) secara besar-besaran anjuran Terengganu Cycling Team (TSG) dan Shimano Singapore Pt. Limited itu turut bertujuan memperkenalkan TSG kepada masyarakat luar."Acara ini dianjurkan sempena kejayaan bersejarah TSG memenangi jersi kuning (juara keseluruhan) dalam Le Tour de Langkawi 2018 lalu."Selain itu, aktiviti ini juga dapat mencungkil bakat-bakat baharu dengan penyertaan remaja dan belia dalam penganjuran kali ini," katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Flag Off acara tersebut di Pantai Batu Burok semalam.Para peserta berkayuh merentasi empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Hulu Terengganu dengan laluan sepanjang 100 km.Seramai 2019 peserta menyertai penganjuran kali ini terdiri daripada penunggang basikal seluruh negara.Paling menarik, acara tersebut diserikan dengan kehadiran ikon komuniti berbasikal negara iaitu Dato' Bakar Nordin, Sulaiman Abd Lah atau lebih dikenali 'Man Gerek' dan Sofian Mohd.Wan Sukairi juga memaklumkan, acara itu mempromosikan sukan berbasikal sebagai produk pelancongan negeri itu kepada masyarakat luar."Kita memperoleh penajaan lebih RM200,000 dalam pelbagai bentuk daripada banyak pihak dan tidak mustahil ia mampu diadakan secara tahunan serta mampu menarik ramai peserta dan pengunjung."Bahkan, penganjuran kali ini juga telah disertai beberapa penunggang basikal daripada negara Singapura, Thailand dan Indonesia," katanya.Acara tersebut turut dihadiri Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato' Tengku Farouk Hussain Tengku Abdul Jalil, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Farhan Abdul Wahab, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Mohd Shamsol Bahrin Mohd Kamil serta wakil Shimano Singapore Pt.Limited.Hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah kereta Perodua Axia tajaan EPIC.
16 Feb 19
160
Terengganu FC Seri 2-2 Dengan JDT
Satu rembatan dibuat oleh pemain TFCI di kotak penalti gawang JDT semalam. TFCI seri 2-2 dengan JDT.KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Terengganu Football Club I (TFCI) bangkit seri 2-2 dengan Johor Darul Takzim (JDT) setelah seri dan kecundang dalam dua perlawanan sebelum ini dalam aksi Liga Super Malaysia (LS3) ketiga. Bermain di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di sini semalam, TFCI menjaring gol pertama ke gawang JDT melalui tendangan Khairul Azuan di minit ke 7 separuh masa pertama. Jaringan gol pendahulu itu kekal sehingga separuh masa pertama tamat. JDT mula menyekat di separuh masa kedua apabila penyerang kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid menundukkan penjaga gol TFCI, Suffian Rahman melalui sepakan penalti di minit 63.Penyerang baharu JDT, Diogo Luis Santo pula meledak gol kedua JDT menerusi tandukan yang menerjah pintu gawang skuad Penyu pada minit ke-69. Begitu pun, pemain pertahanan TFCI, Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri menyelamatkan maruah tuan rumah apabila menolak masuk gol penyamaan pada minit ke-90. Skuad Penyu hampir mencatat kemenangan namun jaringan pemain pertahanan, Nasrullah Haniff Johan pada masa kecederaan dibatalkan pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin kerana didapati offside. Irfan Bakti Abu SalimKetika ditemui pemberita selepas perlawanan tamat, Ketua Jurulatih TFCI, Irfan Bakti Abu Salim berpuas hati dengan permainan anak buahnya dan menyifatkan mereka bangkit semula setelah seri dan kalah dalam dua perlawanan sebelum ini. “Fantastic Display daripada pemain-pemain saya pada malam ini (malam semalam)” ringkas jawapannya.Irfan berpuas hati dengan kesungguhan semua pemainnya untuk bangkit dalam perlawanan ini dimana disiplin yang ditampilkan oleh setiap pemain TFCI malam semalam adalah sangat baik.
15 Feb 19
28
Organisasi Diseru Main Peranan Majukan Sukan
Oleh: Sulaiman RusliDUNGUN, 9 Febuari - Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menyeru setiap organisasi di daerah itu supaya memainkan peranan dalam pelbagai aspek bertujuan membina masyarakat hidup secara sihat.Katanya, perkara itu termasuk memajukan sukan petanque yang kurang dikenali di kalangan masyarakat.“Terima kasih kepada atlet-atlet pentanque yang memberi sokongan, selain mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan. Langkah itu nyata menarik minat masyarakat yang rata-rata mahu mengenali sukan ini secara dekat.“Saya berharap semangat kesukanan yang tinggi daripada semua atlet yang terlibat dan menyokong penuh usaha pihak pengurusan Persatuan Petanque Terengganu (PETER) dan Persatuan Petanque Dungun (PADU) supaya sukan itu lebih maju dalam negara ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Kebangsaan Petanque Terbuka Terengganu 2019 di Arena Petanque Dungun (PADU) baru-baru ini.Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih Dungun sebagai tuan rumah.“Mudah-mudahan dapat mempromosikan daerah Dungun ini sekali gus dapat membangun dengan sebaiknya," ujarnya lagi.
10 Feb 19
263
Kejohanan Futsal Piala Dr Riduan Mohd Nor Raikan Anak Muda
Bersukan bukan penghalang untuk menutup aurat.Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 11 Februari - Kejohanan Futsal Piala Dr Riduan Mohd Nor yang juga merupakan Pegawai Penyelaras Parlimen Besut telah berlangsung pada 8 hingga 9 Februari 2019 di Gelanggang Futsal Limbongan, Besut.Kejohanan yang disertai oleh 48 pasukan itu terdiri daripada pelbagai latar belakang anak muda termasuk mereka yang terlibat dengan pertandingan futsal di peringkat daerah dan juga negeri.Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Riduan Mohd Noor berkata, kejohanan yang diadakan itu adalah untuk menggalakkan anak muda sentiasa mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah."Tujuan pertandingan ini diadakan untuk merapatkan ukhuwah di antara anak-anak muda di daerah ini."Selain menjadikan anak-anak muda sihat, menjauhi najis dadah dan juga melahirkan masyarakat yang berdisiplin tinggi," ujarnya.Riduan Mohd Nor menyampaikan hadiah kepada pemenang.Program yang berlangsung selama dua hari itu menyaksikan Pulut Ikan Bakar FC (PIBFFC) dinobatkan sebagai juara, manakala GB FC dan Paya Rawa FC masing-masing berada pada tempat kedua dan ketiga.Kejohanan itu juga turut menobatkan Zulkifli Abdullah sebagai pemain terbaik kejohanan dengan jaringan dua gol dalam perlawanan akhir.Kejohanan itu dianjurkan oleh Pejabat Pegawai Penyelaras Parlimen Besut dengan kerjasama Department of Art, Culture and Sport (DACS) daerah Besut.Dr Riduan bergambar kenangan bersama pasukan bertanding.Menurut Pengerusi DACS Besut, Suhaimi Mohd, aktiviti sebegini akan terus dipergiatkan daripada semasa ke semasa."Kolaborasi bersama pihak Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohamad Nor akan terus diadakan selepas ini."Yang terdekat menerusi pertandingan sepak bola penalti dengan objektif yang sama iaitu untuk menarik anak muda mencintai cara hidup yang sihat, bertenaga dengan bersukan patuh syariah."Semoga dengan kejohanan sebegini dapat memberi manfaat kepada pemuda-pemuda di daerah Besut untuk mengamalkan gaya hidup sihat , menjauhi kegiatan tidak bermoral, di samping mengisi masa lapang dengan agenda hidup yang bermanfaat seperti ini," katanya.
10 Feb 19
150
Terengganu FC Terus Bergelut Raih Kemenangan Sulung
Jentera serangan gagal tembusi kubu tuan rumah. Foto - Media TFCKUALA TERENGGANU, 10 Februari - Terengganu Football Club (TFC) terus bergelut untuk mencari kemenangan sulung apabila tewas 0-3 kepada seteru pantai timur, Pahang FA di Stadium Darul Makmur semalam.Ketua Jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim terpaksa menerima kenyataan pasukannya terus gagal membawa pulang tiga mata dalam perlawanan kedua Liga Super musim ini setelah seri menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) FC minggu lalu. Bercakap kepada media selepas perlawanan itu, Irfan menerima secara terbuka kekalahan tersebut kepada skuad Tok Gajah yang kembali mendapatkan khidmat ‘orang besi’ iaitu Dickson Nwakaeme dalam saingan liga kali ini.Bagaimanapun, beliau memuji kebangkitan semula anak buahnya pada aksi babak kedua perlawanan walaupun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol.Perlawanan yang dihadiri sekitar 28,000 penyokong itu bermula agresif apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan seawal pemainan.Tok Gajah nyata lebih mendominasi separuh masa pertama apabila sering melancarkan serangan berbahaya bertali arus ke kubu lawan dan berjaya mendahului pada minit ke-13 hasil jaringan Nwakaeme yang menerima hantaran lintang Mohamadou Sumareh. Sebaliknya, TFC yang kembali dibarisi pemain tengah, Lee Andrew Tuck pula tampak mencari-cari rentak perlawanan tanpa serangan tepat ke arah penjaga gawang tuan rumah, Mohd Remezey Che Ros.Bersambung babak kedua, skuad Penyu menunjukkan kebangkitan semula dengan gerakan-gerakan menarik daripada Sanjar Shaakhmedov dan Lee Tuck untuk mengancam kubu lawan namun tidak mampu menembusi keampuhan benteng Tok Gajah sepanjang perlawanan.Pahang berjaya mengukuhkan kedudukan apabila memperoleh gol melalui Herold Goulon (51’) dan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (91’) sekali gus kembali ke persada liga.Selepas dua perlawanan, TFC kini berada di kedudukan ke-10 liga dengan satu mata di hadapan PKNP FC dan Kuala Lumpur.TFC akan berdepan juara bertahan, Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi ketiga Liga Super 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Jumaat ini.
09 Feb 19
96
Tajaan Futsal Popularkan Keropok Lekor Terengganu
Pasukan KLK 008 menjuarai kejohanan besar di Pulau Pinang.Oleh: Amiirullah MansorDUNGUN, 7 Februari - Kejayaan yang dicapai oleh pasukan Keropok Lekor Kelulut 008 (KLK 008) dalam kejohanan futsal di luar negeri Terengganu berjaya mempromosikan industri keropok Terengganu ke seluruh Malaysia. Ketua pasukan KLK 008, Mohd Syukri Baharudin mengucapkan terima kasih kepada pengusaha KLK 008 kerana telah menaja pasukan futsal mereka sehingga mencapai kejayaan.Jelasnya, kejayaan yang dicapai hingga ke hari ini bukan semata-mata hanya kerana mereka yang berada gelanggang, tetapi mereka di luar gelanggang turut menyumbang ke arah itu. "Saya bersyukur kerana ada orang yang sudi menaja pasukan KLK 008 untuk memudahkan pengurusan pasukan kami," ucapnya ketika ditemui pemberita di Restoran Gong Pasir semalam. Tambah beliau, sebelum mendapat tajaan, pasukan itu terpaksa mengeluarkan modal sendiri bagi menyertai mana-mana kejohanan di luar negeri itu. Sementara itu, pengusaha KLK 008, Rohani Husin menerima pelawaan daripada ketua pasukan itu untuk menaja pasukan di samping mempromosikan industri keropok lekor seluruh Terengganu. "Saya berasa bangga dengan kejayaan pasukan ini kerana di samping mereka bergiat dalam dunia futsal, secara tidak langsung mereka memperluaskan nama keropok lekor Terengganu," jelasnya.Untuk rekod, pasukan itu bergiat aktif dalam sukan futsal sejak 2016 dan mula menyertai pelbagai kejohanan yang diadakan sehingga berjaya merangkul gelaran juara dalam beberapa kejohanan. Antara kejayaan terbesar yang berjaya dicapai oleh pasukan itu adalah juara Kejohanan ‘Redbull’ Bawah 18 Tahun di Pulau Pinang dan Arena Futsal League (AFL) 2018.Menjadi juara kejohanan sempena Tahun Baru Cina.Yang terbaru mereka menjuarai dua kejohanan besar iaitu pertandingan sempena Chinese New Year Bawah 22 Tahun di Senawang dan Pertandingan Kaki Futsal di Pulau Pinang.
06 Feb 19
373
Kejohanan Bola Sepak Serlah Kemampuan Anak Muda Mengurus
Alias Harun (dua dari kanan) bergambar dengan pasukan bertanding.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 7 Februari - Kejohanan bola sepak telah membuktikan bahawa orang muda berkemampuan mengurus satu kejohanan sukan yang besar dan berkonsepkan patuh syariah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun memuji sikap saling bekerjasama mereka sehingga berjaya mengendalikan kejohanan yang disertai oleh 34 pasukan dari seluruh Terengganu. Ujarnya, beliau juga berpuas hati dengan semua pemain dan juga penganjur yang menyahut seruan Kerajaan Terengganu untuk membudayakan amalan menutup aurat ketika bersukan."Alhamdulillah semua pemain berpakaian menutup aurat dalam pertandingan ini, pemain-pemain menjadikan Islam sebagai panduan. "Mereka juga menyahut seruan kerajaan Terengganu dan melaksanakan patuh syariah dalam bersukan," ujarnya.Alias Harun merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah.Beliau yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Burung Baru di sini semalam. Menurut Pengerusi MPKK Burung Baru, Mat Zaik Mahmood, kejohanan tersebut disertai dan dikendalikan sepenuhnya oleh anak muda termasuk urusan promosi. Beliau turut berharap agar penganjur menjadikan kejohanan itu sebagai acara tahunan bagi MPKK Burung Baru."Kita yang berumur ini hanya memantau dan memberi pandangan jika diperlukan.“Semoga acara yang dianjurkan ini berterusan, menjadi acara tahunan buat kita di sini,” ujarnya.Pasukan D'Spex merangkul gelaran juara.Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu bermula pada 5 Februari dan berakhir pada 6 Februari menyaksikan pasukan D'Spex bergelar juara, manakala Restu Bonda yang mewakili Kampung Burung Baru di tempat kedua dan Seri Bangun di tempat ketiga.
06 Feb 19
82
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Bakal Bertukar Wajah
KUALA TERENGGANU, 4 Februari - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) akan berubah wajah apabila kerja mengecat bahagian dalaman dimulakan tidak lama lagi.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, bagaimanapun, venue utama pasukan Terengganu Football Club (TFC) sebagai tuan rumah bagi saingan Liga Super 2019 perlu dibersihkan terlebih dahulu yang melibatkan seluruh tempat duduk."InsyaAllah kita mulakan proses pembersihan menggunakan pancaran air (waterjet) untuk membersihkan semua kekotoran terlebih dahulu."Sehubungan itu, PBSNT mahu penyokong bersama pihak berkuasa yang terlibat menyertai program gotong-royong ini yang akan ditetapkan tarikh yang bersesuaian nanti,"katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook rasmi beliau selepas melawat stadium itu, kelmarin.Sebelum itu, Hishamuddin berkata, cadangan mengecat semula SSINS itu sudah dibentangkan di peringkat PBSNT yang dimulakan pada 1 Disember lalu menerusi mesyuarat penyelarasan bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sebagai `tuan punya' stadium berkenaan bagi merangka pelan membaik pulih kemudahan sukan itu (termasuk cat).Menurut beliau lagi, keputusan mesyuarat juga bersetuju untuk berusaha mendapatkan sokongan pihak ketiga bagi membekalkan cat secara percuma."Pun begitu, usaha itu menemui jalan buntu. MBKT berusaha dengan memohon bajet sokongan dengan pihak SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu). Surat dipanjangkan pada 23 Januari 2019."Susulan itu juga, MBKT telah menjalankan gotong-royong membersihkan SSINS pada 23 dan 24 Januari 2019,"katanyaTambah beliau, usaha gotong-royong itu tidak digerakkan secara melulu berikutan faktor cuaca dan usaha untuk meminimakan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan kerajaan negeri.Katanya lagi, MBKT dijangka akan memanggil mesyuarat bersama pada 4 Februari ini untuk melaksanakan tindakan seterusnya supaya hasrat menukar wajah keseluruhan SSINS direalisasi.
03 Feb 19
1865
Pusat Sukan Dan Rekreasi Baharu Di Tok Jiring
Oleh : Mohd Zukifli MatKUALA NERUS, 4 Februari- Penduduk Dewan Undangan Negeri(DUN) Tepoh khususnya di kawasan Tok Jiring akan terus menikmati pembangunan dalam kawasan itu apabila sebuah pusat sukan baharu akan dibina dalam masa terdekat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, berkata cadangan tersebut akan dibawa kepada pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu secepat mungkin supaya ia benar-benar direalisasikan."InsyaAllah, pada tahun 2019 kita akan cuba menghidupkan kawasan padang Tok Jiring ini sebagai pusat aktiviti yang lebih meriah untuk kemudahan semua lapisan masyarakat.“Lokasi yang terbiar ini kita akan hidupkan dengan pemusatan aktiviti kesukanan dan rekreasi penduduk kerana sebelum ini, hanya padang sintetik dan gelanggang takraw sahaja yang berfungsi,”ujar beliau sejurus selepas lawatan bersama UPEN, Pejabat Daerah & Tanah Kuala Nerus dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, agenda pembangunan ini akan dimulakan secara berfasa bermula tahun ini, manakala projek berskala besar akan dibentangkan kembali oleh pihak MBKT untuk dipertimbangkan oleh pihak UPEN.“Antara cadangan yang akan diperkenalkan adalah gelanggang takraw dan bola tampar berbumbung, lapang sasar memanah, taman permainan kanak-kanak, lampu limpah, padang bola sintetik, tandas, surau terbuka dan beberapa komponen yang lain sebagai pelengkap,”ujarnya lagi.Menurut Hishamuddin, aktiviti terdekat yang bakal dilancarkan adalah Akademi Bola Sepak untuk kanak-kanak yang bakal dikendalikan oleh bekas pemain bola sepak negeri yang juga merupakan anak jati Tok Jiring, Rosdi Talib.
03 Feb 19
627
Bukit Harimau Menangis Cetus Trend Aktiviti Lasak Baharu
Aktiviti mendaki dibataskan pada waktu tertentu atas tujuan keselamatan.Oleh : Khalid Abdullah KEMAMAN, 3 Februari - Aktiviti mendaki Bukit Harimau Menangis mencetuskan satu fenomena baharu apabila berjaya menarik ramai pengunjung dan penggemar aktiviti lasak setiap kali cuti hujung minggu.Tinjauan pada jam 8 pagi hujung minggu lalu, mendapati hampir 100 buah motosikal dan 50 buah kereta pengunjung diparkir di pinggir jalan sekitar lokasi berkenaan.Seorang pengusaha jualan makanan ringan dan air minuman, Suhaini Kamaruzaman, 36, yang membuka gerai di jalan masuk ke bukit tersebut berkata, lokasi itu menjadi semakin popular selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili melakukan aktiviti mendaki bersama masyarakat sekitar dua minggu lalu."Keadaan berubah serta-merta masuk minggu kedua kakak berniaga di sini. Pada Jumaat dan Sabtu minggu lepas, pengunjung terlalu ramai datang sehingga tidak menang tangan juga kita dibuatnya. Kenderaan mula memenuhi kaki bukit setiap hujung minggu seawal 6 pagi. "Ada yang datang sebelah pagi dan ramai juga yang datang selepas waktu Asar. Tetapi, kebanyakannya datang bersama anak dan keluarga,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman di gerai jualannya.Sementara itu, Mohd Nazri Mohd Zaki, 45, seorang pekerja swasta yang menetap di Taman Panalex, Kertih mengakui itu adalah kali pertama dia berlima sekeluarga mendaki di situ."Kebiasaan kami sekeluarga mendaki di Bukit Bauk, Dungun. Namun selepas berkunjung ke sini, ternyata Bukit Harimau Menangis lebih menarik dan sesuai untuk pendakian bersama anak-anak atau bersama keluarga. Keluarga Mohd Zaki seronok dengan laluan denai Bukit Harimau Menangis."Laluan denai memberikan pengalaman baru untuk kami sekeluarga. Anak-anak juga sangat seronok walaupun kepenatan," kata lagi.Sementara tiga sahabat, yang juga pegawai bank komersial di Kemasik, Ismail Afif Mohd Ariffin, Khairul Amilin Kamaruzaman dan Shazlan Amer Mohd Yusof pula senada menyatakan keseronokan melakukan aktiviti mencabar membuatkan mereka terus mengulangi kunjungan ke Bukit Harimau Menangis hampir setiap hujung minggu.Tiga peminat aktiviti lasak akui mendaki Bukit Harimau Menangis beri pengalaman menarik.
03 Feb 19
779