Artikel "Sukan" Terkini
Jom Sihat Ajak Masyarakat Cakna Kesihatan
Aktiviti 10,000 langkah.
Oleh: Dzakaria Mohd Salleh
SETIU, 5 Mac - Program Jom Sihat yang telah diadakan di Wakaf Tengah berjaya mendidik masyarakat untuk cakna dan menghargai kesihatan dalam kehidupan seharian.
Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, tubuh badan yang sihat dapat menghalang diri daripada dijangkiti pelbagai penyakit yang merbahaya.
Jelasnya, beriadah dan bersukan merupakan alternatif terbaik bagi menjamin kesihatan yang berterusan sebagaimana sabda Nabi.
"Kesihatan satu perkara yang diambil berat oleh Nabi SAW sebagaimana hadisnya, ingatlah kamu lima perkara sebelum datang lima perkara, antaranya Nabi sebut jagalah kesihatan sebelum sakit.
“Kesihatan yang baik dapat menghindarkan diri kita daripada terkena sebarang penyakit,” katanya.
Shaharizukirnain Abd Kadir.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan aktiviti 10,000 Langkah di Pasar Wakaf Tengah, semalam.
Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail dan isteri serta pimpinan masyarakat di peringkat DUN dan daerah Setiu.
Sementara itu, seorang peserta, Salmah Awang yang ditemui berkata, program riadah dan ceramah yang dianjurkan itu perlu diteruskan pada masa akan datang.
"Seronok dapat jalan beramai-ramai di samping dapat mengeratkan silaturrahim dan menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan kesihatan dari mereka yang pakar,” katanya merujuk kepada ceramah kesihatan yang disampaikan oleh seorang pegawai perubatan Dr. Farhaana Husainy Hasbullah.
Aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma dan derma darah turut diadakan di Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah dan dihadiri oleh 300 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Disertai pelbagai lapisan masyarakat.
Program itu dianjurkan oleh Ameerah dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu (i-MiTS) DUN Batu Rakit.
05 Mar 19
71
Asri Rangkul Juara Kejohanan Kuda Lasak Piala MB Terengganu
Asri bersama hadiah yang dimenangi pada Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar (MB) Terengganu.SETIU, 3 Mac - Penunggang Royal Terengganu Endurance Stable (RTES), Asri Abd Aziz, muncul juara kategori individu Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar (MB) Terengganu, yang berlangsung mulai petang semalam di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong.Asri, 35, menamatkan perlumbaan sejauh 80km itu dalam masa 3 jam 53 minit 40 saat dengan purata kelajuan 20.542km/j, sekali gus membawa pulang wang tunai RM3,500 beserta piala pusingan, piala iringan, sijil dan sebuah televisyen LED 32 inci.Gelaran naib juara yang memenangi RM3,000, piala iringan, sijil dan topi keledar menjadi milik Azizatul Asma Dato’ Abdullah, yang mencatat 3:53:41 dengan purata kelajuan 20.541km/j.Mohd Yusran Yusuf terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan masa 4:14:05 dan purata kelajuan 18.891km/j untuk memenangi RM2,500, piala iringan, sijil dan topi keledar.Kategori berpasukan turut menyaksikan penguasaan RTES yang dibarisi Asri Abd Aziz, Muhammad Irfan Iskandar Mohd Zaki, Muhammad Zulhaqim Zulkifli, Anfal Insyirah Abu Talib dan Mohd Yunus Abdullah untuk muncul juara.Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di TIEP, Lembah Bidong, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Kejohanan edisi ketiga itu disertai 90 peserta lelaki dan wanita dari dalam dan luar negara.Sementara itu, Asri ketika ditemui pemberita bersyukur bergelar juara memandangkan hanya mendapat naib johan dua tahun lalu.Pemuda yang telah berkecimpung dengan dunia kuda lasak kira-kira 10 tahun itu juga tidak menyangka dapat memenangi pertandingan tersebut kerana perbezaan masa dengan pemenang tempat kedua, Azizatul Asma terlalu tipis iaitu 0.01 saat.“Tidak sangka dapat menang kerana kuda kami sama-sama laju, beza pun sedikit sangat, mungkin ini rezeki saya.“Syukur juga kerana kuda, Moorea Font Noire memberi kerjasama yang bagus dan membantu saya menamatkan kejohanan ini dengan baik,” ujarnya.
02 Mar 19
550
Cabaran Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu Bermula
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semasa pelepasan peserta.SETIU, 2 Mac - Cabaran Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong secara rasminya bermula hari ini.Majlis pelepasan (flag off) bagi semua kategori pertandingan itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Hadir sama dalam majlis pelepasan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Mohd Azhar, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.Kejohanan tersebut mempertandingkan tiga kategori utama iaitu 80 km Concours de Raid D' Endurance International (CEI) serta 80 km dan 40 km Concours de Raid D' Endurance National (CEN).Peserta-peserta bersaing untuk merebut kejuaraan.Menurut Ketua Sekretariat Kejohanan, Faridah Md Ali, acara tahunan yang bermula sejak 2017 ini menyediakan hadiah yang lumayan buat peserta.Jelasnya, peserta terbaik yang berjaya menamatkan acara akan menerima hadiah secara individu dan berkumpulan."Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang bermula sejak 2017."Bagi acara CEI 80 km, setiap peserta yang menamatkan acara di tempat pertama hingga kelima akan menerima hadiah, manakala bagi kumpulan, 3 terbaik bakal menerima hadiah."Juara individu bagi kategori itu akan menerima RM 3,500, manakala juara untuk berkumpulan pula akan membawa pulang RM 5,000," katanya.Kejohanan yang melibatkan seramai 90 peserta dari dalam dan luar negara itu akan berlangsung selama dua hari.Kuda termuda kejohanan berumur 6 tahun.Acara penyampaian hadiah akan berlangsung esok sejurus selepas acara bagi ketiga-tiga kategori itu berakhir.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin akan berangkat mencemar duli untuk menyampaikan hadiah buat para pemenang esok.
02 Mar 19
715
THT Rampas Kembali Kejuaraan Piala Hoki TNB 2019
Foto ihsan - Malaysian Hockey ConfederationKUALA LUMPUR, 2 Mac - Pasukan Hoki Terengganu (THT) berjaya merampas kembali kejuaraan Piala TNB 2019 selepas menundukkan seteru mereka Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung hebat di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur, hari ini.Kali terakhir THT memenangi kejuaraan Piala TNB pada tahun 2017 ketika menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 5-4 selepas perlawanan terikat 4-4 dan kejayaan mereka merampas kembali kejuaraan itu bertambah manis apabila penjaga gol Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri diangkat selaku pemain terbaik perlawanan akhir dan pemain import mereka, Jang Jonghyun muncul selaku penjaring terbanyak TNB Liga Hoki Malaysia saingan Liga Perdana dan Piala TNB dengan 22 gol.Pengendali THT, I Vikneswaran yang ditemui selepas tamat perlawanan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila pasukan yang hanya dibentuk secara lengkap seminggu sebelum kempen 2019 bermula berjaya untuk muncul selaku juara keseluruhan bagi musim 2019.Vikneswaran turut menambah faktor pemain yang beraksi di pentas akhir buat kali pertama juga menjadi penyebab mereka memulakan perlawanan dengan agak perlahan kerana tekanan yang dirasai oleh rata-rata pemain yang tidak mempunyai pengalaman itu menyebabkan mereka takut untuk melakukan kesilapan ketika di dalam perlawanan.“Permulaan permainan pasukan kami agak kurang memuaskan kerana mungkin kerana faktor pertama kali beraksi di pentas berbanding pasukan UniKL yang merupakan juara bertahan dan dibarisi rata-rata pemain cukup berpengalaman.“Tekanan di perlawanan akhir cukup berbeza selain tekanan itu juga menyebabkan pemain-pemain yang tidak pernah bermain di final takut untuk melakukan kesilapan tetapi ianya dapat diatasi pada suku kedua dan ketiga namun sayangnya kami melepaskan satu gol.“Kemenangan hari ini juga cukup penting buat kami kerana tahun ini THT berada di bawah pengurusan yang baru dan pasukan ini dibentuk secara lengkap seminggu sebelum saingan 2019 bermula tambahan kondisi pasukan juga agak kurang daripada pasukan lain kerana kami dibarisi oleh pelbagai pemain yang tidak mengetahui budaya Terengganu.“Tetapi apa yang penting selepas melalui pelbagai situasi serta kesusahan kami berjaya untuk menanganinya dan hari ini kami beraksi di pentas final serta berjaya untuk menewaskan UniKL 2-1 di pentas akhir,” jelasnya.THT membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi Jang Jonghyun yang menjaringkan gol ke-22 peribadinya sepanjang musim ini hasil pukulan sudut penalti dan gol kedua THT hadir pada minit ke-40 menerusi satu lagi jaringan pukulan sudut penalti kali ini disempurnakan oleh seorang lagi pemain import Korea Selatan, Jung Manjae.Bagaimanapun UniKL berjaya untuk merapatkan jurang jaringan pada minit ke-44 apabila kelebihan pukulan sudut penalti yang turut dimiliki mereka berjaya disempurnakan Muhammad Razie Abd Rahim dan kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus mengangkat THT selaku juara keseluruhan musim 2019.Terdahulu berlangsung pertembungan di antara Tenaga nasional Berhad (TNB) dan Maybank bagi penentuan tempat ketiga dan keempat yang menyaksikan TNB muncul pemenang tempat ketiga selepas membelasah lawan mereka 7-2.SUMBER: MALAYSIAN HOCKEY CONFEDERATION
02 Mar 19
84
Terengganu FC Lebur Hasrat Perak
Para 'pemain ke-12' bergembira dengan jaringan penyamaan Lee Tuck.KUALA TERENGGANU, 2 Mac- Terengganu Football Club (TFC) berjaya meleburkan hasrat pasukan Perak FA untuk membawa pulang kemenangan apabila merampas satu mata menerusi gol di minit-minit akhir perlawanan dalam aksi kelima Unifi Liga Super Malaysia, malam tadi.Beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, jaringan penalti pada minit ke- 91 oleh Lee Andrew Tuck setelah dia dijatuhkan pertahanan Perak, berjaya menutup aksi kurang meyakinkan TFC.Pasukan tuan rumah ketinggalan pada minit ke- 71 hasil jaringan pemain import, Wander Luiz dalam perlawanan yang nyata didominasi pasukan pelawat.Namun, perubahan taktikal oleh ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim yang memasukkan Mohd Shahrul Aizad Zulkifli dan Mohamad Ashari Samsudin berjaya mengubah rentak Sang Penyu dan berhasil mengelakkan kekalahan di tangan juara Piala Malaysia 2018 itu.Pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali turut mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan dalam aksi di Kuala Terengganu itu.Tindakan beliau yang meniupkan wisel penamat sebaik sahaja tambahan masa diumumkan, menimbulkan kekeliruan dan kekecohan di kalangan pemain menyebabkan perlawanan tertunda sekitar 10 minit.Perlawanan yang bersambung sehingga jam 11.00 malam, berkesudahan seri 1-1 dengan TFC terus gagal mengutip tiga mata dalam tiga aksi di kubu sendiri musim ini.
01 Mar 19
429
THT Dan UniKL Buru Kejuaraan Piala Hoki TNB 2019
Foto ihsan - FB Malaysian Hockey ConfederationKUALA LUMPUR, 1 Mac - Pasukan Hoki Terengganu (THT) dan juara bertahan Piala TNB, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kini dalam misi untuk menambah koleksi kejuaraan bagi tahun 2019 dengan kejuaraan Piala TNB 2019 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur esok menjadi sasaran kedua-dua pasukan.Misi UniKL pastinya mahu menggapai kejuaraan berganda selepas ditabalkan sebagai Juara TNB Liga Hoki Malaysia saingan Liga Perdana sementara THT pula tentunya mahu menjadikan Piala TNB sebagai satu lagi koleksi piala mereka bagi musim ini selepas membawa membawa pulang Piala Sumbangsih pada awal Januari lalu.Bercakap ketika sidang media yang berlangsung di Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) pagi ini, pengendali UniKL, Arul Selvaraj mengakui memenangi kejohanan lebih mudah daripada mempertahankannya tambahan UniKL kemungkinan besar akan kehilangan empat tonggak import ekoran peraturan yang ditetapkan oleh Persekutuan Hoki Eropah (EHF).“Satu kekurangan buat kami di perlawanan akhir adalah kami mungkin kehilangan khidmat empat pemain import tetapi saya masih berharap ada keajaiban yang akan berlaku dan mereka akan turun beraksi esok kerana kami telah mengemukakan rayuan untuk terus mendapatkan kidmat mereka dan masih menunggu keputusan yang akan diketahui selewat-lewatnya awal pagi esok,” ujarnya.Namun bagi kapten UniKL, Muhammad Marhan Mohd Jalil, dia dan rakan sepasukan yang telah mengetahui perkara tersebut lebih awal telah bersedia sepenuhnya untuk memberikan persembahan terbaik selain menyifatkan sekiranya kejuaraan berganda mampu diraih merka ia merupakan tanda bahawa UniKL kini dalam landasan terbaik untuk terus mencipta kejayaan demi kejayaan.“Kami telah mengetahui perkara ini lebih awal jadi setiap pemain telah bersedia sepenuhnya dan untuk aksi final apa yang perlu kami lakukan adalah beraksi dengan tahap paling terbaik selain kami mahu memburu kejuaraan serta keluar selaku juara.“Jika kami dapat menjulang kejuaraan Piala TNB esok, ia merupakan satu bonus buat kami kerana sebagai pemain apa yang kami sasarkan pastinya untuk mendapatkan kejuaraan berganda.“Jika kami berjaya melakukannya ia akan menunjukkan bahawa UniKL sememangnya fokus untuk mencipta lebih banyak kejayaan daripada tahun sebelum ini dan juga untuk masa akan datang,” jelas Marhan.Dalam pada itu, pengendali THT, I Vikneswaran tidak mengambil kira sama ada lawan mereka akan beraksi dengan khidmat empat pemain import mereka atau tidak sebaliknya mahu memikirkan perkara yang berada di dalam kawalan mereka menjelang pertemuan esok.“Kami lebih suka untuk memikirkan perkara yang berada di dalam kawalan kami jadi sama ada pemain import mereka boleh beraksi atau tidak ia bukan dalam kawalan kami dan kami tidak mahu memikirkan perkara tersebut,” jelasnya.Nada yang sama dilontarkan oleh kapten THT, Mohd Fitri Saari yang mahu rakan-rakan seperjuangan sentiasa memberikan persembahan terbaik walau apa jua kondisi pasukan lawan dan melihat pukulan sudut penalti akan menjadi salah satu senjata penting pada aksi final yang akan membantu pasukannya sama ada keluar selaku juara atau sebaliknya.“Kami tidak kisah sama ada empat pemain import mereka akan beraksi atau tidak tetapi apa yang penting untuk kami adalah beraksi pada tahap yang paling terbaik dan sebagai ketua pasukan saya selalu meningatkan rakan sepejuangan yang lain untuk sentiasa memberikan persembahan yang terbaik.“Pukulan sudut penalti merupakan satu medium yang penting untuk mendapatkan jaringan dalam sesuatu perlawanan kerana perlawanan separuh akhir kami menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi pukulan sudut penalti dan mereka juga memiliki kelebihan yang sama tetapi mereka tidak berjaya menukarnya kepada jaringan.“Bukan sahaja perlawanan tempatan tetapi untuk perlawanan bertaraf antarabangsa juga sama kerana ada ketika jaringan menerusi gol padang agak sukar untuk dilakukan, jadi pukulan sudut penalti selalunya akan membantu sesebuah pasukan sama ada mereka boleh memenangi perlawanan tersebut atau menjadi punca kekalahan,” jelas Fitri.Aksi final akan berlangsung esok di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur, bermula dengan penentuan kedudukan ketiga dan keempat akan menemukan Maybank dan TNB pada jam 3.00 petang dan diikuti pertembungan antara UniKL dan THT bagi merebut gelaran juara pada jam 5.00 petang.SUMBER: MALAYSIAN HOCKEY CONFEDERATION
01 Mar 19
296
'Siapa Lagi Nellang', - MB Terengganu
Aksi Dr Ahmad Samsuri (kiri) dan Syed Saddiq ketika membuat tendangan penalti di padang sintetik Mak Cili kelmarin.KEMAMAN,19 Februari - "Siapa lagi `Nellang'," kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika memaparkan gambar aksi tendangan penalti beliau bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Padang Sintetik Stadium Mini Mak Cili, Chukai dalam status Facebooknya, semalam. Kedua-duanya menjaringkan gol seolah-olah seri satu sama apabila berjaya mengelirukan penjaga gol pinjaman, satu aksi sepakan penalti yang menggembirakan semua.Aksi tendangan penalti sebagai gimik perasmian itu disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukari Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, kakitangan kerajaan dan orang ramai yang hadir di padang tersebut.Kedua-dua kepimpinan kerajaan negeri dan Pusat itu menghadiri Majlis Penyerahan Padang Sintetik tersebut oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia kepada Majlis Perbandaran Kemaman, di sini, kelmarin.Ketika ditanya pemberita, Syed Saddiq melalui kementeriannya berjanji akan berusaha mengadakan lampu limpah di stadium berkenaan agar belia dan masyarakat sekitar dapat menggunakan padang berkenaan di waktu malam bagi mengelak mereka melibatkan diri dengan kegiatan tidak bermoral.Katanya, waktu malam lebih relevan digunakan untuk aktiviti sukan bagi mereka yang bekerja di siang hari.
18 Feb 19
170
Jauhi Dadah Dan Lumba Haram
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 18 Februari - Golongan belia disaran menjauhi dadah dan lumba haram kerana kedua-duanya mengancam nyawa dan kesejahteraan hidup mereka.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, kedua-dua aktiviti haram itu sepatutnya ditinggalkan belia dan sesiapa sahaja kerana sudah banyak kerosakan berlaku akibat penglibatan mereka dalam aktiviti tidak sihat itu.Katanya, banyak aktiviti lain yang sepatutnya golongan belia Terengganu berkecimpung di dalamnya termasuk aktiviti berbasikal, senaman, jogging, bersilat, mendaki gunung dan sebagainya."Semua kegiatan itu cukup berfaedah untuk kesihatan minda dan tubuh badan bagi melahirkan masyarakat sihat tubuh badan dan sejahtera akal fikiran," katanya ketika ditemui pemberita di Kejohanan Sepak Takraw anjuran Belia Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu di sini baru-baru ini.Beliau turut menegur kegemaran golongan belia menggunakan gajet terutama telefon bimbit secara berleluasa sehingga mengabaikan aktiviti bersukan dan sihat yang lain supaya tubuh badan mereka sihat dan kuat.. "Saya sangat gembira melihat penglibatan anak muda dalam acara sukan kerana anak muda sekarang tidak ramai yang menyertai aktiviti bersukan. Mereka lebih suka bermain dengan gajet berbanding mengeluarkan peluh."Islam mengatakan bahawa lelaki yang sihat tubuh badan, lebih baik dari lelaki yang lemah dan tidak sihat, menunjukkan Islam mengutama kesihatan dalam semua aspek,"jelasnya.Dalam Bajet 2019 yang dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, pada bulan September tahun lalu, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri bersetuju menganjurkan program khas yang dinamakan Fityah Terengganu (FATEH) melibatkan 8,000 pelajar Tingkatan 3 seluruh negeri Terengganu dalam usaha kerajaan negeri melahirkan generasi muda harapan dan pewaris kepimpinan, sebagai seorang Muslim yang bebas daripada gejala sosial.Katanya, usaha ini diperkasakan lagi dengan peruntukan sebanyak RM1.36 juta melalui program Generasi Islah Falah Terengganu (GIFT) dan Program Transisi Personaliti Remaja (PTPR).Semua program tersebut ada dalam perancangan kerajaan negeri.
17 Feb 19
127
Haji Azbi Galak Belia Bersukan
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh bersama belia.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 18 Februari - Pemuda di Kuala Besut digalakkan untuk sentiasa beriadah bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan dan tidak membazirkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, belia merupakan aset negara yang sangat penting yang perlu dijaga sebaik mungkin.Jelasnya, setiap belia mesti mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan."Saya sebagai Pegawai Penyelaras DUN Kuala akan memberi sokongan sepenuhnya kepada belia di DUN Kuala Besut supaya melibatkan diri dengan sukan."Saya mahukan belia di DUN Kuala Besut sentiasa sihat dengan mengeluarkan peluh pada waktu petang dan bukannya sekadar bermain dengan gajet masing-masing," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika bertemu mata dengan belia di DUN Kuala Besut selepas menyerahkan bola futsal, bola jaring dan bola takraw untuk kegunaan di kawasan itu.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pengkalan Sentul, Mohd Daud. Belia tidak melepaskan peluang bersama Haji Azbi Salleh.Haji Azbi meluangkan masa bertemu dengan belia bagi bertanya khabar dan masalah yang dihadapi oleh belia di sekitar Kuala Besut.Untuk rekod, golongan belia merupakan golongan yang paling ramai terlibat dengan masalah gejala sosial seperti penagihan dadah.Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dari 2014 hingga 2018, belia yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 39 tahun mencatatkan bilangan penagih paling ramai iaitu sebanyak 80,598 orang atau 73.4% diikuti golongan dewasa (40 tahun dan ke atas) seramai 26,197 orang atau 23.9%.
17 Feb 19
220
KBS Naik Taraf Kemudahan Sukan Untuk Aktiviti Malam
KEMAMAN, 17 Februari- Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) akan memastikan kemudahan tempat bersukan di semua negeri akan dipasang lampu limpah dan dilengkapi kemudahan lain bagi membolehkannya digunakan pada waktu malam.Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau memandang serius perkara itu bagi merealisasikan sukan untuk semua maka segala kemudahan untuk melakukan sukan selepas waktu bekerja akan diadakan segera.Jelasnya, beliau juga mahu menjadikan sukan sebagai satu inisiatif bagi mengawal masalah gejala sosial terutamanya di kalangan remaja di kawasan berisiko tinggi melalui aktiviti sukan pada waktu malam."Sebab utama saya tekan pada waktu malam kerana ramai anak muda yang mengguna pakai infrastruktur pada waktu malam selepas bekerja atau selepas balik ke sekolah."Untuk kita elakkan gejala sosial seperti saya tekankan tadi, pengagihan pembangunan sukan itu dilakukan secara adil dan saya fokus di luar bandar dan juga di kawasan berisiko tinggi,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyerahan Padang Sintetik Stadium Mini Mak Chili Kemaman, Terengganu oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia kepada Majlis Perbandaran Kemaman, di sini, semalam.Turut hadir, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah; Pegawai Daerah Kemaman, Osman Bakar dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.Hadir sama, Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat, ADUN Air Putih, Ab Razak Ibrahim dan ADUN Kemasik, Saiful Azmi Suhaili.Syed Saddiq berkata keputusan itu dibuat selepas melihat masalah yang dihadapi berkenaan padang sintetik di Kelantan dan terbaharu di Kemaman yang menghadapi masalah yang sama.Katanya, padang tersebut hanya boleh diguna pakai pada waktu pagi sehingga petang kerana sistem pencahayaan pada sebelah malam agak samar dan lemah menyebabkan aktiviti sukan tidak dapat dijalankan.Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, inisiatif itu serta peruntukan yang diberikan menjadi satu mercu tanda hubungan erat antara Kerajaan Pusat dengan negeri."Setelah berbincang, saya percaya akan ada lagi inisiatif yang sedang dirangka atau dibaik pulih untuk menaik taraf sukan di Terengganu dan di Malaysia khususnya."Satu inisiatif menyeluruh dari KBS dalam projek-projek baharu dalam memartabatkan sukan pada kali ini di Terengganu dan saya ucapkan terima kasih di atas peruntukan RM60 juta tersebut,"ujarnya.Menurutnya, peruntukan tersebut termasuk memulakan pembinaan tiga projek yang dicadangkan kerajaan sebelum ini iaitu velodrom di Dungun, sebuah Kompleks Sukan Mini di Jabi, Besut dan Telemong di Hulu Terengganu."Selain sukan berbasikal, KBS dengan kerjasama kerajaan negeri juga akan memberi tumpuan untuk pembangunan sukan air di sekitar Pulau Duyong dan kawasan pantai di Terengganu," katanya.
17 Feb 19
336