lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Cahaya Sejahtera Di DUN Bukit Besi
Haji Ghazali (dua dari kanan) mendengar rintihan dan keluh kesah penduduk.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 30 November - Projek Cahaya Sejahtera merupakan projek yang diilhamkan bagi memberi manfaat kepada penduduk Bukit Besi.Dengan peruntukan sebanyak RM238,200 yang disalurkan oleh kerajaan negeri, Penyelaras Dewan Undagan Negeri (DUN), Bukit Besi, Ghazali Sulaiman akan memastikan ianya dapat dirasai oleh setiap rakyat yang memerlukan.Menurutnya, projek itu dirangka khusus setelah mendapati banyak rumah lama yang pendawainya tidak berapa baik dan tidak selamat."Kerana itulah, maka kita jadikan peruntukan yang kita dapat dijadikan Projek Cahaya Sejahtera."80 orang telah menerima sumbangan ini, yang telah pun dikenalpasti, merupakan golongan yang susah," ujarnya.Beliau berkata demikian selepas mengunjungi rumah-rumah yang terpilih menerima bantuan Cahaya Sejahtera, di sini semalam.Menurut Ghazali, apa yang diharapkan dari pendawaian semula mengantikan pendawaian elektrik yang lama melalui projek berkenaan adalah memastikan kediaman berkenaan selamat diduduki penghuni."Ianya supaya tidak berlaku sebarang pintar lintas yang mengundang kepada kebakaran elektrik, dan juga pelbagai perkara yang tidak diingini," jelasnya.Sehubungan itu, beliau menjanjikan akan memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat, agar kebajikan setiap penduduk terjaga dan diperjuangkan."Kita akan membantu penduduk sedikit-sebanyak dalam tempoh lima tahun."Apa sahaja bantuan yang disalurkan melalui Kerajaan Negeri Terengganu sebagaimana yang diputuskan dalam Belanjawan 2019 akan dipastikan disampaikan secara adil dan saksama kepada setiap penduduk."Agar tiada yang ketinggalan, diagih secara saksama. Setiap maklumat yang memberi manfaat akan dipastikan sampai kepada rakyat, tanpa disembunyikan," tegas beliau.
30 Nov 18
69
Empty Image
Bersunat Pun Murah
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 30 November - Seramai 100 kanak-kanak menyertai upacara berkhatan beramai-ramai anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura hari ini sempena cuti persekolahan.Pengarah program, Mohd Yusof Ismail berkata, program berkhatan beramai-ramai berkenaan merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan yang telah dirangka sejak awal tahun lagi."Berikutan permintaan yang ramai dari masyarakat sejak tahun lepas, maka kita adakan pada hujung tahun ini dan mungkin akan dijadikan acara tahunan," katanya ketika ditemui media.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Cikgu Haji Wan Hapandi Wan Nik turut hadir merasmikan majlis tersebut.Katanya, untuk majlis berkhatan beramai ramai ini, kadar bayaran yang dikenakan hanya RM30.00 sahaja.“Setelah mengambil kira pelbagai faktor dengan kenaikan harga barang, harga petrol yang tidak turun-turun, mesyuarat sebulat suara bersetuju meletakkan yuran sebanyak RM30.00 sahaja dan kita dapati permintaan dari ibu bapa amat menggalakkan,” katanya.Salah seorang bapa, Zulkifli Mohamad pula memberitahu, majlis sebegini wajar diadakan setiap tahun.“Kalau kita tengok hari ini, semua orang berebut-rebut mencari barang atau perkhidmatan yang termurah dan ini salah satunya.“Bersunat pun murah hanya dengan RM30.00 sahaja termasuk ubat-ubatan dan saya rasa ia wajar diteruskan lagi," tambahnya.Terdahulu, kanak-kanak yang diraikan tersebut dimandikan beramai-ramai dengan pancutan air oleh anggotbomba.
30 Nov 18
49
Empty Image
Pemakaian Baju Kebangsaan: Speaker DN Selangor Ditegur
Haji Hanafiah MatKUALA TERENGGANU,  30 November - Speaker Dewan Negeri (DN) Selangor Tuan Ng Suee Lim,  tidak wajar menetapkan bahawa baju Melayu bukan lagi pakaian yang dibenarkan untuk masuk ke persidangan dewan itu kecuali hari Jumaat. Speaker berkenaan sepatutnya menarik balik ketetapan yang dibuat kerana boleh mencetuskan permusuhan kaum dan bertentangan dengan ketetapan rasmi kerajaan bahawa ia sebagai Pakaian Kebangsaan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan,  Keluarga, Pembangunan Wanita dan Perpaduan Nasional Negeri,  Haji Hanafiah Mat berkata, beliau kecewa apabila speaker DN Selangor tidak membenarkan Ahli Dewan Negeri (ADN) memakai baju Melayu masuk ke DN kecuali hari Jumaat sahaja. "Ini satu lagi isu perkauman, saya rasa baju Melayu telah menjadi tabi'i kepada orang Melayu. "Kenapa orang Cina mengambil kesempatan sebegitu rupa," soal beliau. Haji Hanafiah meminta speaker berkenaan menarik balik kenyataan tersebut supaya negara tidak diancam dengan isu perkauman yang ditimbulkan. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semalam, mengulas kenyataan speaker berkenaan menyentuh pemakaian ADN di DN Selangor yang videonya tular di media sosial baru-baru ini. Haji Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata,  sebelum ini, di waktu speaker berbangsa Melayu,  tidak melarang bangsa asing memakai pakaian mereka di DN berkenaan. "Ini kerana kita memahami Perlembagaan Negara,  Islam adalah agama rasmi,  mana kala agama-agama lain bebas diamalkan dalam negara ini," jelasnya. Katanya,  setiap DN dan Dewan Undangan Negeri (DUN) memperuntukkan pemakaian ADN dan ADUN antara lain termasuk Long Suit dan Baju Melayu. "Dia sudah diiktiraf sebagai baju kebangsaan,  jadi kenapa ia dipertikaikan. "Saya sebagai orang Melayu amat malu di atas ucapan sebegitu rupa dan saya minta dia tarik balik (ucapan itu)," tegas beliau. 
30 Nov 18
130
Empty Image
Bajet 2019 : T-Volt Untuk Pengurusan Banjir
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 29 November - Penglibatan golongan belia di dalam intipati Bajet Terengganu 2019 melalui platform Terengganu Volunteer (T-Volt) perlu terus diperkasakan oleh Kerajaan Terengganu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, T-Volt perlu menitikberatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan banjir."Ini kerana ianya adalah persediaan sebelum berlakunya musibah itu," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan Enakmen Perbekalan 2019 (Bajet) pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.Dalam perkembangan sama, menurut Khalil, kerajaan negeri dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya mengerahkan semua agensi terbabit termasuk bersedia dari aspek kemahiran, kelengkapan dan keperluan bagi menghadapi bencana banjir besar pada bila-bila masa sahaja."Justeru, kerajaan negeri perlu menyediakan pelbagai prospek untuk menjadikan sistem pengurusan banjir sistematik.“Sistem yang akan ditambah baik perlu ditekankan bermula daripada langkah 'preventif' sehinggalah pengurusan pengagihan bantuan termasuk penyediaan kelengkapan yang sesuai di pusat penempatan bencana," katanya.
29 Nov 18
171
Empty Image
Semuanya Pinjaman & Milik Allah
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 29 November - "Kita perlu ingat bahawa semua yang wujud adalah pinjaman dan milik Allah, dan ini adalah akidah dan keyakinan yang pasti dapat meredakan jiwa yang bersedih."Itu pesanan yang dititipkan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika merasmikan Program Sambutan Maulidurrasul di Masjid Kampung Tok Jembal, Seberang Takir baru-baru ini (23 November).Katanya, jika seorang Muslim mempunyai akidah yang teguh, dia redha dan sabar akan semua musibah yang datang daripada-Nya.Sambutan Malidur Rasul tersebut dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Seberang Takir dengan kerjasama Pegawai Daei Kuala Nerus dan Jawatankuasa Masjid Kampung Tok Jembal.Turut hadir, Pegawai Penyelaras Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab, Penyelia i-MiTS Seberang Takir, Ustaz Muda Abdullah, dan pimpinan-pimpinan setempat.Difahamkan, hampir 1,000 orang pengunjung memeriahkan program dengan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.Antara pengisian program ialah Qiamullail, Kuliah Dhuha, Forum Muslimah, Kuliah Maghrib dan Malam Cinta Rasul pada sebelah malamnya.
29 Nov 18
105
Empty Image
Bajet 2019 : Kerajaan Negeri Cakna Isu Alam Sekitar
KUALA TERENGGANU, 29 November 2018 - Kerajaan Negeri Terengganu prihatin kepada masalah alam sekitar dan akan memastikan keindahan alam semula jadi dan pantai serta taman negeri sentiasa terpelihara.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, isu pencemaran mikro plastik akan diberi perhatian bagi mengekalkan kecantikan pesisir pantai. “Kita  menerima  hakikat bahawa Terenganu merupakan negeri yang sangat  cantik terutamanya mempunyai persisiran pantai sepanjang 244 kilometer (km) dan pulau-pulau yang begitu indah serta antara terbaik di Malaysia.“Sudah tentu sebahagian bajet RM4 juta  yang diperuntukkan untuk kebersihan akan melibatkan isu-isu kebersihan dan pencemaran mikro plastik,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wakil Kuala Besut pada Persidangan Kedua Penggal Pertama Keempat Belas Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.Oleh itu, beliau akan berbincang dengan semua pihak untuk menyelesaikan perkara berkaitan dengan melibatkan semua lapisan masyarakat sehinggalah ke peringkat paling bawah iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).Menurutnya, kerajaan bukan sahaja melantik syarikat yang  tertentu untuk menjaga kebersihan  termasuk pantai dan pulau tetapi  juga melibatkan komuniti untuk  tahun hadapan.Sehubungan itu, beliau menegaskan Tanah Becah Setiu (Setiu Wetland) sebagai khazanah yang sangat penting dan bernilai yang akan dipelihara untuk generasi akan datang.Oleh itu, kata beliau, kerajaan akan meningkatkan usaha memastikan taman negeri itu relevan dan mampan.“Usaha sedang diadakan dengan menanam beribu-ribu pokok dan kita akan buat pelbagai program dan siapkan prasarana dalam masa terdekat. Antaranya medan ikan bakar, pusat pelancongan dan jeti."Mungkin sekarang kita tidak merasa hebatnya Setiu Wetland tapi pada saya untuk generasi akan datang, suatu peninggalan yang sangat bernilai kepada kerajaan negeri dan masyarakat amnya,” jelasnya.Justeru kata beliau, kerajaan sedang melakukan audit bagi kesemua 200 pusat-pusat pelancongan di seluruh negeri.“Kami akan pergi ke setiap daerah  bertemu dengan pihak berkenaan dan mengenal pasti  masalah. Paling kurang kita luluskan dalam bajet sebanyak RM2 juta untuk penambahbaikan pusat pelancongan,” tambah beliau.
29 Nov 18
36
Empty Image
Nuridah Calon Ahli Dewan Negara Wakili DUN Terengganu
Nuridah Mohd Salleh KUALA TERENGGANU, 29 November - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu meluluskan pemilihan Nuridah Mohd Salleh sebagai calon wanita untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara menerusi undian sebulat suara sebagai Senator selama tiga tahun berkuat kuasa bulan ini.Beliau menggantikan Engku Naemah Engku Taib yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai  Ahli Dewan Negara pada 5 November lalu.Nuridah, 57, berasal dari Kampung Padang Buloh, Pekan, Pahang yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia mendapat pendidikan awal  di Sekolah Menengah Agama Kuala Rompin dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Diploma Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Pengubatan Islam Darussyifa’.Beliau yang juga pendakwah bebas pernah tiga kali dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) iaitu dua kali sebagai calon parlimen di Rompin pada PRU13 dan Sungai Buloh pada PRU14 serta calon DUN Tahan pada PRU12.Ibu kepada 10 orang anak ini turut aktif dalam persatuan dan menyertai program keamanan seperti Misi Kemanusiaan Gempa Bumi di Lombok & Palu, Indonesia,  Misi Kemanusiaan ke Syria, Myanmar, Bangladesh, Jerman dan Republik Czech, Misi Food Flotilla For Rohingya, Misi Dakwah di Pulau Krismas, Australia dan banyak lagi bagi menunjukkan wanita juga boleh memainkan peranan membawa suara keamanan kepada masyarakat dunia.Nuridah yang ditemui selepas persidangan DUN hari ini berkata, pencalonan ini merupakan satu penghormatan dan kepercayaan kepadanya bagi menjalankan tugas untuk menyuarakan hasrat kerajaan negeri di peringkat pusat."Saya juga sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana memberi kepercayaan kepada Zuraida sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili suara wanita."Ini suatu perkara yang sangat menggembirakan kami serta seluruh muslimat kerana sudah lama menantikan saat ini dan kami berharap dapat menjalankan tugas sebaiknya dengan sokongan dari semua pihak," katanya.
29 Nov 18
127
Empty Image
Bajet 2019: Taman Ilmu Tidak Akan Jadi Projek ‘Gajah Putih’
Oleh: Nooreni Abu BakarKUALA TERENGGANU, 29 November- Kerajaan Negeri tidak akan membiarkan Taman Ilmu di Tembila, Besut menjadi projek ‘gajah putih' dan akan berusaha untuk membangunkan kembali projek tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, pembangunan Taman Ilmu perlu diteruskan selaras dengan matlamat mewujudkan hab pendidikan tinggi di negeri ini.Katanya, ianya akan dipulihkan secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri dengan mengambil kira perkembangan semasa."Kita memandang berat segala kerosakan yang berlaku pada struktur bangunan dan kemudahan yang disediakan, dan ia memerlukan kos penyelenggaraan yang dianggarkan hampir sama dengan pembinaan awal projek itu. "Kos membaiki dianggarkan sebanyak RM400 juta berbanding kos membinanya dulu sebanyak RM350 juta," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ustaz Ridzuan Hashim (PAS-Buluh Gading) yang diwakili  Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini.Satiful berkata, Kerajaan negeri juga membenarkan pihak UniSZA mengguna pakai kemudahan dua blok di Taman Ilmu tanpa sewaan selama 10 tahun dengan kesediaan institusi itu menampung kos baik pulih blok berkenaan.
28 Nov 18
246
Empty Image
Terengganu Tubuh Jawatankuasa Tambah Baik Pengurusan Dewan
Yahaya Ali.KUALA TERENGGANU, 29 November - Kerajaan Terengganu menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan yang dianggotai tujuh  orang ahli termasuk kerajaan dan parti pembangkang bagi menambahbaik sistem pengurusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.Yang Dipertua DUN Terengganu, Yahaya Ali berkata, buat julung kalinya jawatankuasa terbabit dibentuk di negeri ini.Katanya, jawatankuasa yang dipengerusikan sendiri oleh beliau itu dianggotai oleh enam orang lagi ahli jawatankuasa termasuk seorang dari kalangan Yang Berhormat pembangkang. Yahaya berkata, penubuhannya bagi membantu dari segi perancangan, pentadbiran dan pengurusan dewan secara lebih berobjektif.“Bukan saya kata dahulu tidak berobjektif tetapi biasanya dalam pengurusan dewan ini lebih kepada budi bicara pihak Yang Dipertua Dewan.“Tetapi apabila kita ada satu jawatankuasa terpilih seumpama ini yang melibatkan soal pentadbiran serta pengurusan dewan, ianya akan menambah baik peranan dewan itu sendiri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Terengganu Keempat Belas (Bajet), di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Katanya, Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan juga bertanggungjawab dalam soal mengkaji dan membuat penambahbaikan berkait dengan peraturan tetap dewan.“Maknanya, untuk jangka panjang selepas ini dewan boleh memikirkan secara lebih jauh ke hadapan termasuk dalam konteks peranan ahli-ahli badan legislatif serta kebajikan ahli dewan.“Juga termasuk penambahbaikan yang perlu dibuat dengan program serta kursus yang lebih tersusun untuk pendedahan ahli dewan  bagi menjadikan Dewan Terengganu antara yang terbaik insya-Allah,” ujarnya.
28 Nov 18
27
Empty Image
Landasan Terbaik Muslimat Jadi Calon PRU Akan Datang
Dr Ahmad Samsuri meneliti dokumen sejurus selesai majlis angkat sumpah ADUN wanita yang baharu Terengganu, hari ini.KUALA TERENGGANU, 29 November - Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita pertama Terengganu, Zuraida Md Noor bakal menjadi landasan terbaik untuk PAS Terengganu mengemukakan calon muslimat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu mempunyai ramai tokoh-tokoh wanita yang boleh diketengahkan sebagai calon ADUN dan mampu memenangi pilihan raya umum untuk menganggotai barisan kepimpinan negeri.“Pelantikan ini sebagai satu landasan untuk kita membina kepimpinan dan ketokohan wanita...Saya percaya wanita di Terengganu ramai tokoh yang mampu diketengahkan, namun atas sebab suasana demografi dan sebagainya di Terengganu menyebabkan  mereka tidak menjadi calon pilihan raya.“Peristiwa pada hari ini (pelantikan ADUN) sebenarnya membuka ruang kepada wanita di masa akan datang untuk menjadi wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya. Jadi kita berharap ini merupakan satu permulaan yang menunjukkan keterbukaan kita supaya dapat membawa aspirasi semua golongan di Terengganu,” katanya.Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian sejurus selesai Sidang DUN di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Zuraida yang juga Pengarah Ameerah negeri mengangkat sumpah memegang jawatan itu selama sepenggal bagi tempoh lima tahun, hari ini di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.Pemilihan itu dibuat selaras dengan pelantikan ADUN yang termaktub dalam Perkara 27, Fasal 2, Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu yang diluluskan ketika era pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004.Ibu kepada tiga cahaya mata yang lahir tanggal 1 Ogos 1980 di Kuala Terengganu, mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tengku Bariah sebelum ke Terengganu Advanced Technical Institute (1998-2002) dalam Diploma In Manufacturing Engineering(Major in Tool  & Die Design). Sebelum itu, Menteri Besar berkata, pelantikan itu akan menjadi sejarah baharu buat Terengganu dan mengharapkan isu wanita dan suara golongan hawa akan dibawa ke persidangan DUN untuk diselesaikan di peringkat negeri dan Pusat.“Kena faham konteks politik di Terengganu, di mana kehadiran ADUN wanita ini seingat saya tidak pernah berlaku sebelum ini dalam pilihan raya."Jadi pada kesempatan hari ini juga membuka ruang untuk wanita, bahawa wanita Terengganu juga mampu memberi hujah dan berperanan dalam DUN,"katanya.Mengulas mengenai situasi sidang DUN, beliau berpuas hati dengan perjalanan persidangan sepanjang lima hari sejak Ahad lalu yang berjalan lancar dan menonjolkan budaya politik baru apabila pihak kerajaan dan bukan kerajaan boleh berbincang bersama bagi mencari penyelesaian untuk rakyat.Beliau juga berharap situasi tenang dan positif yang turut ditonjolkan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri lain itu juga akan berterusan pada persidangan DUN akan datang.
28 Nov 18
44