Artikel "Semasa" Terkini
Zuraida ADUN Wanita Pertama Terengganu
Zuraida Md NoorKUALA TERENGGANU 29 November - Kerajaan PAS Terengganu mencipta sejarah apabila melantik Zuraida Md Noor sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita pertama di Terengganu.Zuraida, 38, yang juga Pengarah Ameerah negeri mengangkat sumpah memegang jawatan itu selama sepenggal bagi tempoh lima tahun, hari ini, di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali.Pemilihan itu dibuat selaras dengan pelantikan ADUN yang termaktub dalam Perkara 27, Fasal 2, Undang-Undang Tubuh negeri Terengganu yang diluluskan ketika era pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004. Zuraida dilahirkan pada 1 Ogos 1980 di Kuala Terengganu, mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tengku Bariah sebelum ke Terengganu Advanced Technical Institute (1998-2002) dalam Diploma In Manufacturing Engineering (Major in Tool & Die Design). Beliau kemudian menyambung pelajaran di Open University Malaysia dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam.Zuraida ketika mengangkat sumpah sebagai ADUN Wanita di Sidang Dewan Undangan Negeri, hari iniIbu kepada tiga cahaya mata berusia antara 12 hingga 18 tahun, mula berkhidmat sebagai Pensyarah Di Akademi Caddcam pada 2002-2007 dalam bidang Expert in Computer Aided Design & Computer Aided Manufacturing) Software: AutoCAD & IDEAS.Beliau mula terlibat secara serius dalam organisasi PAS bermula 2007 juga aktif menyertai Misi Kemanusiaan di Kem Pelarian Rohingya Cox’s Bazar, Bangladesh; Misi Kemanusiaan di Kem Pelarian Rohingya di Acheh; Misi Dakwah di Sarawak serta Misi Korban dan Aqiqah di Kemboja.Zuraida ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah berkata, pelantikan ini menjadi satu pengiktirafan cukup besar kerajaan negeri kepadanya yang mewakili golongan wanita untuk sama-sama menyumbang idea kepada pentadbiran dan pembangunan negeri.“Ini satu penghormatan dan kepercayaan dalam memartabatkan wanita dalam kepimpinan bagi membawa isu berkaitan wanita dan kekeluargaan, selain berkhidmat untuk semua masyarakat.“Kami percaya wanita lebih dinamik dan holistik untuk membantu kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu rakyat dengan slogan ‘ADUN Wanita Untuk semua’ demi agama, bangsa dan negara,”ujarnyaUntuk rekod, Terengganu merupakan negeri pertama di Semenanjung Malaysia melantik ADUN wanita yang membolehkan wanita yang tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum mewakili DUN untuk bercakap, berbahas dan mengemukakan soalan kepada DUN Terengganu, selain mempunyai hak yang sama seperti ADUN lain tetapi tidak boleh mengundi.
28 Nov 18
887
RM80.01 Juta Kutipan Hasil Hutan Terengganu
Dr Ahmad Samsuri MokhtarKUALA TERENGGANU, 29 November - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kutipan hasil perhutanan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2017 hingga 2018 adalah berjumlah RM80.01 juta.Katanya, ini termasuk kutipan hasil tahun 2018 sebanyak RM44.43 juta manakala selebihnya RM35.59 juta, tahun sebelumnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Haji Hapandi Wan Nik dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di Wisma Darul Iman di sini.ADUN Sura itu dalam soalan bertulisnya ingintahu tentang kutipan hasil perhutanan yang diperolehi Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2017 hingga 2018.
28 Nov 18
59
Kerajaan Tangani Gejala Sosial Remaja Terengganu
"Gejala sosial di kalangan remaja Terengganu ditangani dengan baik." -Dr Ahmad Samsuri (kanan).KUALA TERENGGANU, 29 November - Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program bagi menangani masalah keruntuhan akhlak serta gejala sosial di kalangan remaja melalui pelbagai jabatan kerajaan.Ini termasuk melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Yayasan Islam Terengganu (YIT).Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, JHEAT melalui Bahagian Undang-undang Keluarga melaksanakan beberapa program untuk tujuan tersebut termasuk Program Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan Program Pembangunan Sosial (PPS).Menteri Besar berkata, bahagian itu juga mewujud dan memperkasakan Modul Keluarga Sakinah yang bersepadu dan praktikal melalui program kursus perkahwinan Islam, Ziarah Mahabbah dan Bimbingan Islam kepada Pesakit-pesakit di Wad Hospital seluruh Daerah di Negeri Terengganu dan lain-lain.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke 14 di Wisma Darul Iman di sini.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, sebanyak empat program untuk tujuan tersebut juga dilaksanakan oleh Bahagian Dakwah JHEAT termasuk mewujudkan kelas Agama Islam Terengganu (SPAIT), menempatkan seramai 260 orang muallim dan 56 pegawai Daie bagi mengimarahkan masjid dan suaru di seluruh negeri Terengganu, membuka kelas Tafaqquh Fiddin, kursus kefahaman Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan menerbitkan bahan bercetak untuk pelajar dan masyarakat awam."Perbelanjaan bagi aktiviti ini untuk tahun 2018 adalah sebanyak RM309,000," jelas beliau.Menurut Dr Ahmad Samsuri berkata Bahagian Penguatkuasaan JHEAT juga melaksanakan enam program termasuk Seminar Pencegahan Jenayah Syariah kepada Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu.Kursus Pencegahan Jenayah Syariah kepada Pelajar Sekolah bagi Daerah Setiu 2018, Forum Ihya' Ramadhan "Hebat Ibadat, Delete Maksiat", Program Islam Mukhayyam Komuniti Di Sayang.Seminar Pencegahan Jenayah Syariah kepada Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dan Pelajar Kolej Vokasional Dungun serta Program Bina Insan Komuniti Yang Disayangi.Sementara itu YPK pula melaksanakan tiga program termasuk Saya Anak Terengganu "Taklif"-Pemantapan Tanggungjawab Ibu Bapa dan Anak, Saya Anak Terengganu "Ingat Sebelum Terkena", Saya Anak Terengganu "Peningkatan Potensi Diri".Sementara i-MiTS pula kata beliau sentiasa menangani masalah gejala sosial di kalangan remaja secara berterusan melalui bimbingan kerohanian, majlis ilmu, sukan, pembinaan jati diri dan pendedahan kerjaya.Dalam pada itu YIT juga mengadakan pelbagai progran termasuk Usrah di kalangan Mat Motor, Penagih Dadah, Kak Yah (Pondan), remaja terlibat budaya Punk dan lain-lain.
28 Nov 18
514
Pelaburan Terengganu RM4.27 Bilion
"Terengganu terima pelaburan sebanyak RM4.27 bilion." -Dr Ahmad SamsuriKUALA TERENGGANU, 29 November - Jumlah pelaburan yang diterima Negeri Terengganu sehingga November tahun ini adalah sebanyak lapan pelaburan pada kadar RM4.27 Bilion kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau berkata, ini termasuk RM4.20 bilion pelaburan asing manakala selebihnya RM73.31 juta pelaburan tempatan.Menurutnya mulai bulan Januari hingga Jun tahun ini, Negeri Terengganu menerima empat pelaburan berjumlah RM4.20 bilion termasuk pelaburan asing sebanyak RM4.16 bilion manakala pelaburan tempatan sebanyak RM35.80 juta.Sementara tahun 2017 pula Terengganu menerima empat pelaburan berjumlah RM73.12 juta termasuk RM35.62 juta pelaburan asing manakala selebihnya (RM37.51 juta), pelaburan tempatan.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Haji Hishamuddin Abdul Karim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke 14 di Wisma Darul Iman.
28 Nov 18
71
Bajet 2019: Terengganu Komited Tarik Pelabur Baharu
KUALA TERENGGANU, 28 November-Terengganu komited untuk terus menarik pelabur dari industri hiliran ke negeri ini bagi memastikan ekonomi terus berkembang sekali gus memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sehubungan itu, kerajaan akan mewujudkan perhubungan yang baik dengan pelabur sedia ada bagi menggalakkan syarikat berkenaan meningkatkan pelaburan dan menarik pelabur yang menjadi pelengkap kepada produk mereka.Katanya lagi, sekiranya sebuah kilang kereta beroperasi pastinya akan membawa kepada pembukaan kilang tayar, bateri, besi dan elektronik sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat."Di samping itu juga, kita menyertai misi-misi pelaburan anjuran Malaysia Investment Development Authority (MIDA) dan ini adalah peluang kerajaan negeri untuk mengadakan sesi 'business matching' secara terus dengan pelabur."Malah kita juga bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam mempromosikan peluang pelaburan di Negeri Terengganu untuk menarik pelabur luar negara dan mengadakan hubungan yang baik dengan agensi pelaburan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC),"katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, di sini, hari ini.Dr. Ahmad Samsuri yang baharu sahaja menerima surat pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana dan Penyelarasan (ICC) Negeri Terengganu turut mengucapkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di atas kepercayaan tersebut.Tambahnya lagi, hubungan yang erat turut dijalinkan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkait rapat dengan sektor industri sebagai contoh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina dan Dewan Perniagaan India Muslim Terengganu."Melalui jalinan perhubungan ini, ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri di dalam usaha mempelbagaikan industri di Terengganu dan ini tidak hanya terhad kepada pelabur asing sahaja."Kerajaan negeri akan mengenal pasti kawasan-kawasan industri baharu yang berhampiran dengan perkhidmatan logistik dan lebuh raya yang boleh menarik pelabur baharu dan ia telah dibincangkan dalam mesyuarat pertama ECERDC yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Oktober 2018,"katanya.Menurutnya, bagi menambah baik sistem penyampaian untuk memastikan permohonan pelaburan dapat diluluskan dengan lebih cekap dan efisien, semua birokrasi permohonan pelaburan akan dipermudahkan tanpa meminggirkan kepentingan aset dan rakyat Terengganu.Beliau berkata, usaha itu termasuklah membantu pelabur untuk menikmati skim galakan pelaburan yang menarik daripada agensi pelaburan seperti MIDA dan ECER.
28 Nov 18
50
Bajet 2019: Terima Kasih Tun M Teruskan Projek Tertangguh-MB
KUALA TERENGGANU, 28 November- Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Terengganu merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas keprihatinan beliau menyediakan peruntukan untuk meneruskan beberapa projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang tertangguh sebelum ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, terdapat lapan projek di bawah JPS akan dilaksanakan bagi tahun 2019 yang sebelum ini ditangguhkan oleh Kementerian Kewangan oleh sebab tertentu. “Projek-projek berkenaan adalah Rancangan Tebatan Banjir Kemasik dengan anggaran RM60 juta, Rancangan Tebatan Banjir Guntong Luar (RM5 juta) serta Rancangan Tebatan Banjir Gong Kiat (RM7 juta).“Juga Rancangan Tebatan Banjir Kuala Terengganu Utara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan kawasan sekitar (RM10 juta), Pembangunan Sungai Bersepadu Kemaman (RM300 juta), Projek Muara Sungai Setiu (RM150 juta), Projek Muara Sungai Merchang (RM43 juta) dan Projek Menaik Taraf Air Taman Rakyat Dungun (RM1. 5 juta),” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Dr. Samsuri berkata, beliau bagi pihak kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan diatas pertimbangan yang sedemikian dan berharap semua projek tersebut dapat dilaksanakan dengan efisien untuk kepentingan rakyat negeri ini khususnya.
28 Nov 18
154
Bajet 2019: Cadang Bina 1,848 Unit RMM Di Enam Lokasi
KUALA TERENGGANU, 28 November- Kerajaan negeri merancang untuk membina 1,848 unit Rumah Mampu Milik (RMM) di enam lokasi terpilih di negeri ini mulai tahun depan .Lokasi yang dicadangkan adalah di Kuala Abang, Dungun dengan pembinaan 310 unit RMM, Mak Kemas, Marang (210) Pulau Kerengga, Marang (396), Bukit Puteri, Besut (300), Bukit Gasing, Marang (190) dan Gong Medang, Besut (400).Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pihaknya menghantar senarai kawasan cadangan pembinaan RMM kepada kerajaan Pusat.Katanya, sekiranya dipersetujui, projek yang mengutamakan penduduk berpendapatan rendah itu akan dimulakan awal tahun depan dan dijangka siap dua tahun kemudian.“Kita juga berharap agar dengan adanya rumah ini, ianya dapat menyelesaikan sebahagian besar keperluan perumahan selain sebanyak 710 buah rumah dibina di bawah kerajaan negeri dan swasta."Kita juga menjangkakan empat daerah yang kini dalam proses pembinaan sebanyak 2,151 unit RMM diselesaikan di mana yang akan disiapkan dalam masa terdekat di Seri Bandi, Kemaman dan Pulau Redang, Setiu,"katanya.Menurutnya lagi, sekiranya projek pembinaan itu berjalan dalam tempoh yang ditetapkan, Terengganu akan mempunyai 5,000 unit RMM dalam tempoh dua tahun ini.Mengulas lanjut, Dr Alias berkata, kerajaan negeri merancang membina RMM di setiap daerah yang sepenuhnya dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri (PMINT) dan KPKT."RMM 100 peratus dibuat oleh agensi di bawah negeri dan Pusat, lain-lain adalah rumah yang dibuat dengan kerjasama pemaju dan pihak swasta."Kriterianya mestilah jumlah permohonan di kawasan terlibat dan tapak tanah yang telah siap ditambun,"
28 Nov 18
97
Bajet 2019: Ucapan Penggulungan YAB Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU 28 November-MUQADDIMAHBismillahirrahmanirrahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi WabarakatuhYang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,Ahli-ahli Yang Berhormat1. Alhamdulillah marilah merafakkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana memberikan kesempatan kepada kita untuk berada dalam dewan yang mulia ini bagi melaksanakan amanah Allah dan rakyat sebagai Ahli Yang Berhormat.2. Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini bagi merakamkanucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli Yang Berhormat, khususnya di atas pandangan yang bernas dan membina samaada dari pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan.Begitu juga kepada Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Enakmen Perbekalan 2019.3. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ketua Jabatan, Pegawai Kerajaan, Pemerhati dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam persidangan kali ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan media yang memberikan liputan terbaik sepanjang Sidang Dewan Undangan Negeri berlangsung. Semoga penglibatan semua dikurniakan ganjaran yang setimpal di sisi Allah SWT.Surat At-Taubah Ayat 105Bermaksud : Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan"Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,4. Beberapa isu telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat mengenai royalti dan sumber hasil negeri. Sebahagian daripadanya telah dijawab ketika sesi soalan-soalan lisan dan bertulis. Walaupun begitu saya ingin menyatakan komitmen jitu Kerajaan Negeri, bahawa kita akan membentuk satu jawatankuasa khas yangmelibatkan Ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan bukan kerajaan di atas kebersamaan untuk menyelesaikan isupembayaran royalti petroleum.Ini adalah hasil daripada budaya politik matang dan sejahtera yang juga wajar diikuti secara bersama oleh semua lapisan masyarakat. Termasuklah kerajaan diperingkat persekutuan dalam menyelesaikan masalah rakyat.5. Sehubungan dengan itu, saya juga amat terharu dan teruja dengan tawaran daripada 2 mantan Menteri Besar yang telah menyatakan komitmen untuk bersama Kerajaan Negeri memperjuangkan hak royalti Rakyat Negeri Terengganu. Semoga dengan kerjasama ini, akan membuahkan hasil yang menguntungkan semua rakyat Negeri Terengganu.6. Berkenaan isu Telaga Minyak Bertam yang dibangkitkan oleh sahabat saya Ahli Yang Berhormat Seberang Takir, Kerajaan Negeri optimis berdasarkan maklumat semasa dan fakta sejarah, Insya-Allah akan ada sinar dihujung terowong. Namun ia memerlukan penentuan melalui Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) yangdipengerusikan bersama oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu.Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua,7. Saya telah dimaklumkan mengenai status projek yang telah diluluskan di bawah rolling plan (dengan izin) ketiga (RP3) dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), bahawa Kerajaan Persekutuan akan meneruskan projek menaik taraf /menggantikan jambatan sedia ada di FT003/448/60 Dungun, Terengganu.Selain itu, projek jalan raya Simpang Pulai – Lojing – Gua Musang - Kuala Berang, pakej 8 turut akan diteruskan dengan tender terbuka pada tahun 2019.8. Projek-projek berikut juga disenaraikan untuk diteruskan :……….Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir di atas persetujuan ini.9. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga telah mengadakan perbincangan dengan pihak Felda Wilayah Timur, Insya-Allah banyak perkara yang telah dibincangkan untuk kebaikan bersama antara Kerajaan Negeri, Felda dan para peneroka.10.Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Adun Kemasik, Industri hiliran (downstream) (dengan izin) adalah industri yang mengguna pakai bahan mentah atau raw material yang kemudiannya ditambah nilai (value-added) (dengan izin) untuk menjadi sesuatu yang lebih bernilai. Sebagai contoh pasir silika yang dijual secara raw material mempunyai harga yang rendah. Namun sekiranya ia diproses menjadi silica nugget seperti ini...nilainya akan meningkat. Seterusnya jika ia diproses menjadi finished product (dengan izin) labu sayung seperti ini maka harganya akanmeningkat lebih tinggi. Proses ini secara tidak langsung juga akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.Usaha-usaha kerajaan untuk menarik pelabur dari industri hiliran masuk ke Terengganu adalah sebagaimana berikut:a) Mewujudkan perhubungan yang baik dengan pelabur-pelabur sedia ada sebagai langkah menggalakkan syarikat berkenaan meningkatkan pelaburan mereka dan menarik pelabur-pelabur yang menjadi pelengkap kepada produk mereka. Sebagai contoh sebuah kilang kereta yang dibuka akan membawa kepada pembukaan kilang tayar, bateri, besi dan elektronik.b) Menyertai misi-misi pelaburan anjuran Malaysia Investment Development Authority (MIDA). Penyertaan Kerajaan Negeri ke dalam misi pelaburan ini amat penting kerana ini adalah peluangKerajaan Negeri untuk mengadakan sesi business matching secara terus dengan pelabur-pelabur.c) Bekerjasama dengan MATRADE dalam mempromosikan peluang-peluang pelaburan di Negeri Terengganu untuk menarik pelabur luar negara.d) Mengadakan hubungan yang baik dengan agensi-agensi pelaburan seperti MIDA dan ECERDC dalam usaha menarik para pelabur ke Negeri ini. Saya juga telah menerima surat pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana dan Penyelarasan (ICC) Negeri Terengganu pada 8 November 2018. Terima kasih saya ucapkan kepada YAB Perdana Menteri di atas kepercayaan ini.e) Mengeratkan hubungan dengan NGO-NGO yang berkait rapat dengan sektor industri sebagai contoh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cinadan Dewan Perniagaan India Muslim Terengganu. Melalui jalinan perhubungan ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri di dalam usaha mempelbagaikan industri di Negeri Terengganu danini tidak hanya terhad kepada pelabur asing sahaja.f) Mengenal pasti potensi kawasan-kawasan industri baharu yang mampu menarik minat pelabur. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan mengenal pasti kawasan-kawasan industri baharu yangberhampiran dengan perkhidmatan logistik dan lebuh raya. Ini juga dibincangkan dalam mesyuarat pertama ECERDC yangdipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Oktober 2018.g) Menambah baik sistem penyampaian untuk memastikan permohonan pelaburan dapat diluluskan dengan lebih cekap danefisien. (Semua birokrasi permohonan pelaburan akan dipermudahkan tanpa meminggirkan kepentingan aset dan rakyat Terengganu)h) Membantu pelabur untuk menikmati skim galakan pelaburan yang menarik daripada agensi pelaburan seperti MIDA dan ECER.11.Sebagai langkah memperkukuhkan prestasi syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan, kita telah mengenal pasti perkara yang perlu dipertingkatkan dan meneruskan rationalization and segmentation plan (dengan izin). Pelan ini bertujuan untuk mengkategorikan anak-anak syarikat mengikut sektor perniagaan supaya tiada persaingan dan pertindihan fungsi antara anak-anak syarikat. Padamasa yang sama anak-anak syarikat dapat berkembang dan sekaligus meningkatkan ekonomi negeri serta memberi manfaatkepada rakyat.12.Bagi melaksanakan penambah baikan terhadap anak-anak syarikat Terengganu Inc, kita telah melantik ICC Consultant Center yang sedang melaksanakan kajian Terengganu Incorporated GroupOrganization Design and Corporate Transformation Excericse (dengan izin) dalam usaha meningkatkan keberkesanan Organisasi syarikat.Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,PENUTUP13.Saya difahamkan bahawa keputusan UPSR akan diumumkan esok.Dikesempatan ini marilah kita mendoakan agar semua pelajar-pelajar anak Terengganu yang telah menduduki UPSR beroleh kejayaan dengan cemerlang. Saya juga ingin mengucapkan ribuanterima kasih dan sejuta penghargaan terhadap dedikasi dan pengorbanan para guru, semua warga sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam mendidik anak-anak Terengganu.14.Kerajaan Negeri amat menghargai peranan wanita dalam pembangunan Negeri Terengganu. Sumbangan mereka tidak dapat dinafikan bahkan sangat signifikan. Bagi memartabatkan lagi peranan kaum wanita, maka Kerajaan telah memutuskan untuk membawa cadangan bagi melantik seorang Adun Wanita berdasarkan fasal 27(2) Undang-undang bagi diri Kerajaan Terengganu yang akan mewakili suara semua wanita Negeri Terengganu.15.Bajet 2019 yang bertemakan Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera merupakan satu bajet yang menyeluruh dan memenuhi aspirasi serta keperluan rakyat. Malah melalui bajet ini juga, Kerajaan Negeri akan menunaikan 12 daripada 20 manifesto Pilihanraya Umum Ke 14.16.Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali telah menukilkan satu nasihat kepada para pemimpin dalam kitabnya yang masyhur (Al-Tibru al-Masbuk fi Nasihatil Muluk) 1 untuk memberikan perhatian terhadap tiga perkara. Pertama, apabila rakyat meminta belas kasih, maka pemimpin wajib memberinya. Kedua, apabila menghukumirakyat, maka pemimpin wajib berlaku adil. Ketiga, pemimpin mestilah melaksanakan apa yang telah dikatakan.17.Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah sama-sama menghayati Budaya Politik Matang dan Sejahtera dalam perbahasan bajet 2019. Semoga budaya ini dapat diteruskan dan dicontohi oleh semua pihak bagi melahirkan sikap ta’awun (kerjasama) dalam perkara-perkara yangmendatangkan kebaikankepada rakyat dan negeri.Al-Maidah Ayat 2Bermaksud : Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).18.Akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat yang berpartisipasi dalam perbahasan sepanjang sidang DUN ini dijalankan.Dari Kuala Besut berlayar ke Tanjung Lipat,Sampan berlabuh di Pulau Kapas,Marilah kita bulatkan sepakat,Jangan dikenang perkara yang lepas.Mencari sejarah di Tanjung Guliga,Untuk dibawa ke Teluk Bidara,Orang Terengganu hatinya muliaitulah Negeri Maju Berkat dan SejahteraSekian, Terima Kasih
28 Nov 18
62
Bajet 2019: Pasir Silika Mampu Hasil Baju Kesihatan
KUALA TERENGGANU, 28 November- Industri silika dilihat bakal menjadi sektor pelaburan yang berdaya tinggi baharu di Terengganu apabila ramai pelabur menunjukkan minat termasuk dari Taiwan yang menyatakan persetujuan menjadikan pasir silika sebagai bahan utama dalam pembuatan baju kesihatan.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, keistimewaan baju kesihatan itu mengesan pelbagai penyakit termasuk demam.Katanya, perkara itu semakin positif apabila Kedutaan Taiwan menghantar pasukan khas ke Terengganu untuk kajian mendalam mengenai perkara itu .“Kerajaan akan membuat susulan mengenainya agar benar-benar memberi faedah kepada ekonomi Terengganu, termasuk peluang pekerjaaan kepada rakyat.“Manakala, pelabur negara lain mahu membina hotel bertaraf lima bintang di salah sebuah pulau yang menawarkan kadar sewa antara RM3,000 hingga RM4,000 semalam,”katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Muhammad Khalil Abdul Hadi (PAS-Batu Buruk) dalam sesi soal jawab di Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Dalam perkembangan yang sama, Tengku Hassan memberitahu industri silika di Terengganu berpotensi terus berkembang baik, apabila pihaknya turut didatangi pelabur dari Arab Saudi dan Bangladesh tiga hari lalu, yang turut menyatakan kesudian untuk melabur.“Namum begitu, kerajaan tetap mengambil pendekatan berhati-hati kerana bimbang ditipu. Pengalaman sebelum ini, ada pelabur yang menyatakan persetujuan dan sudah pun menandatangani penjanjian, menarik diri di saat akhir.“Keadaan itu pastinya merugikan kerajaan kerana sebaik persetujuan dibuat kerajaan bersetuju menyediakan tapak industri dengan membelanjakan peruntukan RM13 juta. Mengelak daripada perkara itu berulang, kerajaan akan mengenakan syarat-syarat tertentu kepada pelabur,”katanya.
27 Nov 18
224
Bajet 2019 : Kerajaan Negeri, JPS Jalin Kerjasama Atasi Hakisan Pantai Kampung Kolam
KUALA TERENGGANU, 27 November - Kerajaan negeri melalui kerjasama Jabatan Pengaliran Dan Saliran (JPS) akan melaksanakan projek menambak dan membaik pulih pantai yang bernilai RM500 ribu bagi menggantikan projek pengawalan hakisan pantai di Pantai Kampung Kolam, Pengkalan Maras, Seberang Takir yang dibatalkan oleh Kerajaan Pusat.Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, usaha itu sebagai antara persediaan kerajaan negeri berdepan risiko hakisan pantai di kawasan berkenaan yang dijangka lebih parah pada tahun ini.Katanya, keputusan pembatalan projek berkenaan adalah selaras dengan dasar Kerajaan Pusat apabila berlaku pertukaran pentadbiran menyebabkan projek yang belum dilancar serta baharu 15 peratus pembinaan itu, perlu kajian semula secara menyeluruh oleh JPS melibatkan keberkesanan kos berikutan kekangan kewangan Kerajaan Pusat masa kini."Projek ini yang memakan belanja RM90 juta yang dijangka dilaksanakan pada 2019 telah dibatalkankan atas alasan justifikasi kewangan peringkat pusat."Namun sebagai persediaan awal, kerajaan negeri akan teruskan usaha untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM500 ribu melalui hasil rundingan bagi melaksanakannya dengan segera supaya masalah hakisan sepanjang 500 meter ini dapat diatasi atau dikurangkan,"ujarnya.Terdahulu beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepuh).Menurutnya lagi, pihaknya juga akan meneruskan pelaksanaan projek kawalan hakisan dalam skala yang kecil bagi membendung masalah yang membelenggu penduduk di kawasan lain apabila menjelang musim tengkujuh.
27 Nov 18
105