lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
264 Adik-Adik Boleh Sunat Free
Oleh: Saifullah Jusoh BESUT, 2 Disember - Seramai 264 orang kanak-kanak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut telah menerima khidmat berkhatan secara percuma.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh merasa gembira dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk DUN Kuala Besut."Tahun lepas Majlis Tindakan DUN (MTD) Kuala Besut telah menganjurkan program sebegini dan telah mendapat sambutan seramai 100 orang peserta, manakala tahun ini sambutan yang kita dapat telah bertambah dengan seramai 264 orang peserta."Walaupun Kerajaan Negeri Terengganu telah bertukar tampuk pimpinan, namun pihak kami tidak akan sesekali memilih latar belakang politik untuk membantu rakyat," katanya.Azbi berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Khatan Perdana Percuma DUN Kuala Besut di Markaz Tarbiyyah Kampung Bharu baru-baru ini (28 November).Majlis tersebut dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Kuala Besut dengan kerjasama pihak Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut dan MTD Kuala Besut."Saya berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang agar rakyat yang kurang berkemampuan mendapat manfaat daripadanya," tambahnya.Turut hadir, Penyelia i-MiTS DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir.
02 Dec 18
236
Empty Image
MAHA 2018: Pavilion Terengganu Raih Tempat Kedua Terbaik
KUALA LUMPUR, 2 Disember - Tampil dengan pelbagai keunikan dan aktiviti menarik antara faktor kemenangan tempat kedua terbaik yang dicapai Terengganu pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.Pavilion Terengganu yang diperbuat daripada kayu cengal menyajikan lebih 12 aktiviti sepanjang pameran yang berlangsung selama 12 hari, bermula 22 November dan berakhir hari ini.Antaranya pengunjung dapat melihat secara dekat penyu albino, demontrasi membuat nasi dagang, keropok lekor dan pelbagai makanan tradisional Terengganu, selain pertunjukan mencanting batik dan sutera.Hadiah kemenangan diterima oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri,YB Hilmi Harun pada majlis penutupan MAHA 2018 pagi tadi.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, kemenangan itu menjadi pendorong kepada Kerajaan Terengganu yang dibantu 33 jabatan di bawah portfolionya  untuk mencuba yang terbaik pada MAHA akan datang.“Tidak mustahil dengan kerjasama, idea, sokongan dan semangat kerja berpasukan Terengganu mampu mengulangi kejuaraan seperti yang pernah diraih pada 2014 dan tempat kedua pada 2016,” katanya.Terengganu merekodkan lebih 35,000 pengunjung dengan catatan jualan kira-kira RM140,000 sepanjang pameran berlangsung.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri Tuan Faizah Abd Rahman serta beberapa ahli rombongan  sempat mengunjungi Pavilion Terengganu pada 30 November lalu.  
02 Dec 18
226
Empty Image
Kerajaan Tawar 16,822 Unit Rumah Mampu Milik
Dr. Ahmad Samsuri.KUALA TERENGGANU, 2 Disember - Kerajaan Prihatin dengan masalah keperluan perumahan rakyat berpendapatan rendah sekaligus menawarkan sebanyak 16,822 unit Rumah Mampu Milik (RMM) kepada rakyat negeri Terengganu.Sementara permohonan rumah berkenaan sehingga kini berjumlah 138,946. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selain pembinaan RMM dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Oleh Kerajaan dan pemaju swasta, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) juga menyediakan Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada rakyat yang berpendapatan rendah.Menurut beliau mengikut pecahannya jumlah keseluruhan RMM dan PPR ialah 10,030 unit yang ditawarkan manakala permohonan pula berjumlah 126,899.Katanya, Daerah Kuala Terengganu mempunyai permohonan tertinggi berjumlah 35,883 manakala unit rumah ditawarkan berjumlah 2,364 unit.Katanya, Daerah Kemaman pula mempunyai tawaran terbanyak berjumlah 2,706 manakala permohonannya pula berjumlah 26,040.Sementara Dungun permohonan sebanyak 18,665 dan tawaran (1,403), Besut, permohonan (16,303), tawaran (1,225), Hulu Terengganu, permohonan (8,297), tawaran (847), Marang, permohonan (9,472), tawaran (443), Setiu, permohonan (3,426), tawaran (133), Kuala Nerus, permohonan (8,813) dan tawaran (909).Beliau menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Haji Wan Hapandi Wan Nik di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke 14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.ADUN Sura itu ingintahu jumlah permohonan dan yang berjaya mendudukinya mengikut pecahan daerah.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, sementara permohonan RMR dan SPNB pula berjumlah 12,047 dan tawaran berjumlah 6,792.Permohonan Daerah Kuala Terengganu berjumlah 763 manakala tawaran 383, Kemaman, permohonan (1,539) dan tawaran (704), Dungun permohonan (1,303) dan tawaran (759), Besut, permohonan (1,896) manakala tawaran (1,144).Sementara itu Hulu Terengganu, permohonan (1,608) dan tawaran (933), Marang, permohonan (1,782), tawaran (1,052), Setiu permohonan (2,261), tawaran (1,324), Kuala Nerus, permohonan (895) dan tawaran (493).
01 Dec 18
56
Empty Image
PAS Ke Arah Peneraju Kerajaan Malaysia - MB Terengganu
MB dan Presiden PAS (tengah) tiba di Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu di Kemaman semalam.KEMAMAN, 2 Disember - PAS boleh memberi harapan baharu sebagai peneraju Pemerintahan Malaysia selepas Piliahn raya Umum ke 15 (PRU15) apabila parti-parti lain gagal menunjukkan prestasi cemerlang memerintah negara hari ini.Justeru PAS perlu menunaikan tanggungjawab pemerintahan sepenuhnya di negeri Terengganu dan Kelantan, bukan sahaja untuk membuka mata rakyat Terengganu tetapi rakyat Malaysia seluruhnya.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhta berkata hari ini PAS melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan lebih baik berbanding dengan parti-parti lain yang membentuk dan memimpin kerajaan di negeri-negeri lain.Menurut beliau rakyat sedang melihat pelbagai parti yang menjadi kerajaan di negeri-negeri lain dengan perbandingan pemerintahan PAS di Terengganu dan Kelantan."Justeru kita (PAS) perlu menunaikan tanggungjawab sepenuhnya supaya membuka mata seluruh rakyat bukan sahaja di negeri Terengganu sahaja tetapi seluruh rakyat Malaysia, bahawa PAS mampu untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan lebih baik berbanding dengan parti-parti lain yang menjadi ketua kerajaan di negeri-negeri lain," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman di sini semalam.Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan seluruh kepimpinan tertinggi PAS Negeri Terengganu hadir dalam majlis tersebut.Menurut beliau rakyat mahu PAS menjadi harapan bagi rakyat seluruh Malaysia sebagai parti yang mampu membawa perubahan sebenar dalam negara.Katanya, rakyat menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) merungkai apa sahaja semahunya dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.Ia bermula tidak mempercayai sesiapapun dalam pentadbiran kerajaan sedia ada, mempersalahkan semua orang kecuali diri mereka sendiri."Mencari seribu alasan untuk tidak melaksanakan janji pilihan raya dengan semuanya mempersalahkan orang lain."Memecat siapa sahaja semahunya tanpa diberi peluang untuk membela diri dan sebagainya. Itulah tabiat yang sedang kita hadapi oleh kerajaan pimpinan parti orang lain di peringkat persekutuan," jelasnya lagi.Seluruh rakyat katanya sedang memerhatikan semua perkara ini.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, pegawai-pegawai di peringkat persekutuan,sedang berbicara sesama mereka dengan hati yang lemas dan ada yang sudah menyalahkan diri masing-masing kerana memberi undi kepada parti terbabit dalam Pilihan raya Umum Ke 14 (PRU14) yang lalu.Katanya, setengahnya bertindak demikian semata-mata kerana geram kepada kerajaan Umno/BN."Bagi kita di Terengganu, jika diikutkan hati kita ingin bertindak sama dengan kerajaan pusat hari ini kerana kita dinafikan hak dan dizalimi sekian lama."Mungkin terdetik di hati kita setelah menang pilihan raya umum pada 9 Mei baru-baru ini, kita akan memecat mereka bersama parti lawan dalam pentadbiran kerajaan, agensi dan GLC, mengambil tindakan disiplin seterusnya melantik di kalangan kita memerintah dengan selesa untuk membawa agenda tanpa halangan, tanpa ada kemungkinan sabotaj dan sebagainya.Bagaimanapun PAS tidak berbuat demikian kerana kemenangan dalam PRU14 baru-baru ini bukan sepenuhnya hasil dari undi ahli parti itu semata-mata.Kemenangan PAS di Terengganu berpunca dari jentera parti lawan tidak bergerak, kebencian terhadap mantan perdana menteri dan parti lawan terpalit sama (dengan tuduhan sekandal) sehingga ditolak oleh rakyat dalam PRU14.
01 Dec 18
107
Empty Image
Kerajaan Negeri Komited Pastikan Khazanah Alam Kekal Terpelihara
KUALA TERENGGANU, 2 Disember - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Ariffin Deraman menyifatkan Bajet Terengganu 2019 adalah seimbang dan menyeluruh.Katanya, dengan peruntukan sebanyak RM2.015 bilion, ianya dilihat bakal memberi inisiatif dan menunjukkan komitmen dan kesungguhan kerajaan negeri dalam memajukan negeri sekaligus menjaga kebajikan rakyat.“Kerajaan negeri komited dalam memastikan kestabilan terus terpelihara dan berterusan di negeri ini bukan sahaja dalam aspek politik tetapi juga ekonomi dan sosial.“Malah penekanan kerajaan negeri terhadap kestabilan berterusan adalah untuk memastikan rakyat di seluruh pelusuk negeri ini mendapat manfaat daripada program pembangunan yang dilaksanakan termasuk dalam sektor pelancongan dengan memperuntukkan sebanyak RM48.5 juta untuk membangun industri pelancongan negeri berasaskan kepada tujuh sub sektor,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika bersiaran menerusi radio Manis FM, hari ini.Katanya, ianya termasuk Pelancongan Ekologi (Eco Tourism), Pelancongan Tani (Agro Tourism), Pelancongan Islam (Islamic Tourism), Pelancongan Budaya (Culture Tourism), Pelancongan Sukan (Sports Tourism) dan Pelancongan Kesihatan (Health Tourism).Katanya, langkah tersebut melambangkan usaha dan komitmen kerajaan negeri bagi memastikan kelestarian khazanah alam semula jadi yang perlu dipelihara bagi mengekalkan ekosistem.“Dengan mengambil kira sebarang pembangunan adalah berkonsepkan keseimbangan lestari tanpa menjejaskan alam sekitar dan memberi manfaat kepada komuniti setempat selain menggamit kedatangan pelancong,” ujarnya.
01 Dec 18
55
Empty Image
MPKK Digesa Tubuh Khairat Kematian
Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 2 Disember - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) digesa untuk menubuhkan tabung khairat kematian untuk menjaga kebajikan penduduk kampung.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, khairat kematian adalah salah satu agenda ke arah negeri berkebajikan iaitu tidak mengharapkan bantuan sepenuhnya dari kerajaan tetapi bermuafakat untuk mengurus hal kebajikan yang berkait dengan masyarakat.“Konsep negeri berkebajikan adalah di mana semua pihak terlibat dalam menjaga kebajikan rakyat termasuk syarikat korporat, agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan juga MPKK," tambah beliau.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Khairat Kematian Tanjung Sabtu Kali Pertama yang dianjurkan oleh MPKK Tanjung Sabtu di balairaya kampung berkenaan kelmarin.“Syabas dan tahniah diucapkan kerana mengambil langkah dan inisiatif yang sangat baik ini.“Ini bukan suatu kerja yang mudah kerana tidak banyak MPKK yang berjaya mewujudkan khairat kematian ini.“Ada yang berjaya wujudkan, tetapi tidak aktif pula," ujar beliau lagi.Beliau berdoa agar jawatankuasa tersebut akan terus bergerak dengan lebih berkesan dalam usaha untuk menjaga kebajikan masyarakat khususnya dalam hal-hal yang melibatkan kematian dan memperluaskan sumbangan kepada bantuan persekolahan untuk keluarga si mati.“Kerajaan negeri sangat menggalakkan program kebajikan seperti ini sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Bajet 2019 Negeri Terengganu baru-baru ini dengan memasukkan 12 dari 20 manifesto yang dijanjikan.“Antaranya RM17 juta diperuntukkan untuk kad sejahtera dan wad percuma kelas ketiga hospital kerajaan, RM14.7 juta untuk menampung kos daripada pengecualian cukai pintu rumah kediaman dan RM50 juta untuk bantuan pakaian dan alatan sekolah," tambahnya.Beliau juga berpesan agar tidak lupa kepada kematian walaupun sibuk menguruskan kematian orang lain dan berharap agar semua MPKK mempunyai tabung khairat kematian suatu masa nanti.
01 Dec 18
50
Empty Image
Exco Wanita Kelantan Ucap Tahniah Kepada Terengganu Lantik ADUN
Mumtaz Md Nawi.KOTA BHARU, 1 Disember - Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Mumtaz Md Nawi mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Terengganu di atas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Senator Dewan Negara kelmarin, yang kedua-duanya diwakili wanita."Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Terengganu kerana memberi ruang kepada generasi wanita pelbagai peringkat usia ke hadapan bagi menyuarakan isu-isu wanita."Pelantikan YB Zuraida Md Noor sebagai ADUN adalah sangat unik dan bersejarah kerana ia dibuat tanpa melalui pilihan raya."Apapun mediumnya sama ada menerusi proses pilihanraya atau pemilihan di Dewan Undangan Negeri (DUN), ianya akan menjadi lambang suara muslimat dan wanita di persada legislatif dan eksekutif," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, mengulas tentang pelantikan tersebut.Menurut Mumtaz, ianya jelas membuktikan Kerajaan PAS Terengganu memartabatkan wanita dengan memastikan kebersamaan muslimat mewakili Islam dan rakyat sama ada dipilih atau dilantik."Semoga dengan pelantikan ini, kita dapat sama-sama membentuk 'Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur' (Negara Sejahtera Rahmat Untuk Semua)," tambahnya.Kerajaan PAS Terengganu mencipta sejarah baru-baru ini (29 November) apabila melantik Zuraida sebagai ADUN wanita pertama di Terengganu.Zuraida, 38, yang juga Pengarah Ameerah negeri mengangkat sumpah memegang jawatan itu selama sepenggal bagi tempoh lima tahun, di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali.Pemilihan itu dibuat selaras dengan pelantikan ADUN yang termaktub dalam Perkara 27, Fasal 2, Undang-Undang Tubuh negeri Terengganu yang diluluskan ketika era pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004.Untuk rekod, Terengganu merupakan negeri pertama di Semenanjung Malaysia melantik ADUN wanita yang membolehkan wanita yang tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum mewakili DUN untuk bercakap, berbahas dan mengemukakan soalan kepada DUN Terengganu, selain mempunyai hak yang sama seperti ADUN lain tetapi tidak boleh mengundi.
01 Dec 18
165
Empty Image
Kuah Laksa Terengganu Terhangat MAHA 2018
Bahaizul menunjukkan produk baharu PERTIMA.SERDANG, 1 Disember - Kuah Laksa Terengganu dalam tin yang dipasarkan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 mendapat sambutan hangat pengunjung yang hadir.Pengurus Pemasaran PERTIMA, Bahaizul Nizam berkata, Kuah Laksa Terengganu merupakan inovasi baharu syarikat tersebut yang dipasarkan bermula tahun ini."Di samping kuah laksa, PERTIMA juga mengeluarkan Kuah Satay Terengganu yang juga dalam tin."Ini merupakan produk kuah laksa dalam tin yang pertama di Malaysia dan hanya ada di PERTIMA," katanya ketika ditemui pemberita di Pavilion Terengganu, hari ini.Bahaizul menjelaskan, produk itu mendapat sambutan hangat kerana mudah disajikan."Hanya dengan memanaskannya beberapa minit dan sesuai untuk sajian tiga orang."Ia memudahkan dan membantu pengguna membuat persediaan hidangan."Paling penting, rasanya tidak berubah seperti resepi tradisional," katanya.
30 Nov 18
300
Empty Image
'Ten-Pin Bowling' Pertandingan Mahabbah ADUN Terengganu
Team 31 memenangi tempat pertama Pertandingan TenPin Bowling anjuran Pejabat DUN Terengganu.KUALA TERENGGANU,  1 Disember - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Haji Yahaya Ali serta Ahli-ahli DUN bersantai mengadakan pertandingan '10 Pin Boling' (Ten-Pin Bowling) bagi menjalinkan hubungan mesra antara mereka. Ini membuktikan hasrat Kerajaan Terengganu menghentikan politik 'baloh' antara pihak pembangkang (Barisan Nasional-BN) dan kerajaan (PAS) benar-benar direalisasikan. Jalinan kemesraan itu berlaku dalam pertandingan campuran antara ADUN Kerajaan dan Pembangkang seolah-olah tiada istilah pembangkang di negeri Terengganu sama ada dalam Persidangan DUN yang baru selesai kelmarin dan dalam program tersebut.Ustaz Wan Sukairi (kiri) menerima hadiah khas juri dari Menteri Besar. Kenyataan itu disuarakan sendiri oleh Menteri Besar dan Yang Dipertua DUN ketika berucap di akhir majlis pertandingan mahabbah itu. Sementara itu,  Team 31 diisytiharkan sebagai pemenang tempat pertama Pertandingan 'Ten-Pin Bowling' anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Tingkat 8, Paya Bunga Square, Jalan Tengku Embong Fatimah di sini kelmarin. Pasukan tersebut berjaya mendapat 640 markah. Team itu disertai oleh Menteri Besar,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Yahaya Ali. Sementara Team 29 mendapat tempat kedua, terdiri dari ADUN (PAS) Ladang,  Dato' Tengku Hassan Tengku Omar,  ADUN (BN) Seberang Takir,  Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan ADUN (BN) Bukit Besi,  Haji Roslee Daud dengan memperoleh 633 markah. Sementara Team 33 memenangi tempat ketiga dengan mendapat 632 markah. Team itu terdiri dari ADUN (BN) Batu Rakit,  Haji Bazlan Abd Rahman,  ADUN (PAS) Manir,  Haji Hilmi Harun dan ADUN (PAS) Sura,  Haji Wan Hapandi Wan Nik. Sebanyak dua hadiah khas juri dipertandingkan termasuk pemain paling banyak jatuhan pin dan paling terendah perolehan markah. Sebanyak 11 pasukan berentap dalam pertandingan tersebut. 
30 Nov 18
110
Empty Image
Cabaran Bentuk Minda Usahawan Muda
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA LUMPUR, 1 Disember - Dalam membentuk minda usahawan di kalangan rakyat Malaysia, banyak cabaran dan halangan yang harus didepani dan diatasi.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mentaliti sebahagian rakyat hanya mahu bekerja dengan orang lain, bukan mahu menjadi seorang usahawan.“Kita berhadapan dengan minda rakyat seumpama ini dalam usaha melahirkan masyarakat yang berminat menjadi usahawan.“Hal ini menyebabkan ada anak-anak daripada muda lagi mempunyai pemikiran sebegitu hingga semangat mahu menjadi usahawan tiada," ujarnya.Beliau berkata demikian semasa Sidang Parlimen yang berlangsung di Dewan Rakyat, kelmarin.Khairuddin mengajukan pertanyaan kepada pihak Kementerian Pembangunan Usahawan di Parlimen tentang pendidikan awal untuk bakal usahawan bermula dari zaman sekolah lagi.Baginya, perkara tersebut sangat penting bagi melahirkan rakyat yang minat kepada bidang usahawan.“Walaupun mereka mungkin tidak berjaya dari sudut akademik untuk masuk ke universiti, walaupun dengan hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jika ada minat, mereka berpeluang untuk menjadi usahawan berjaya," tegasnya lagi.
30 Nov 18
346