lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Amaran Ribut Petir Menyeluruh Hari Ini
KUALA TERENGGANU, 5 Disember - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Terengganu, Johor, Pahang dan Kelantan sehingga 07:00 malam hari ini.Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.Dalam pada itu, menurutnya, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Tioman dan Selat Melaka Selatan sehingga 07:00 malam hari ini."Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil," katanya.Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
05 Dec 18
1061
Empty Image
Itqaanul Muluk Bita’dilissuluk Martabatkan Islam Di Bumi Terengganu
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. Foto - Fidee AzizTarikh 11 Zulkaedah 1329 H bersamaan 2 November 1911 M menjadi tarikh yang bersejarah bagi negeri Terengganu secara khususnya.Sekali lagi Terengganu melakar sejarah kegemilangan Islamnya apabila almarhum Sultan Zainal Abidin III meletakkan Islam sebagai perlembagaan tertinggi bagi negeri Terengganu sekaligus mengisytiharkan Terengganu sebagai Wilayah Islamiyyah Malayuwiyyah. Tahun 2018 genap 107 tahun sejarah ini terukir, satu titik sejarah yang mesti diingati oleh umat Islam di Terengganu secara khususnya dan di rantau ini secara umumnya.Apa yang dilaksanakan oleh almarhum Sultan Zainal Abidin III adalah kesinambungan pelaksanaan Islam di negeri Terengganu yang terbukti daripada penemuan Batu Bersurat di Kampung Buluh, Kuala Berang. Ia sebagai bukti yang terpahat bahawa Islam telah dijadikan sebagai cara hidup khususnya di dalam urusan pemerintahan di bumi Serambi Madinah yang bersejarah ini.Seterusnya campurtangan British yang berusaha untuk menjajah Terengganu; maka almarhum Sultan Zainal Abidin III, para ulama dan pembesar negeri telah melakukan satu langkah yang bijaksana untuk menyelamatkan Terengganu daripada tangan penjajah British dengan mewujudkan undang-undang tubuh bagi negeri Terengganu yang mana antara kandungannya ialah mengisyhtiharkan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri Islam Melayu yang merdeka dan berdaulat dan menjadikan ugama Islam selama-lamanya sebagai ugama rasmi negeri dan kerajaan.Perlembagaan Itqanulmulmuluk bi ta’dilissuluk memberi maksud ketelitian raja-raja dengan mengikut tingkah laku yang betul. Roh atau semangat daripada perlembagaan ini ialah menggariskan garis panduan ke atas mana-mana raja yang mahu memerintah negeri Terengganu, mereka mestilah mengikut hukum-hakam Islam dan tidak boleh sama sekali memberikan wala dan kepatuhan kepada penjajah-penjajah.Peletakan perlembagaan ini  bertujuan untuk menyelamatkan negeri Terengganu dari dijajah oleh penjajah-penjajah asing. Ini kerana pada zaman tersebut boleh dikatakan kesemua negara-negara umat Islam dijajah oleh penjajah-penjajah asing, maka tindakan almarhum Sultan Zainal Abidin III adalah satu tindakan politik yang sangat bijaksana demi menjaga dan memelihara bumi TerengganuDi zamannya dilaksanakan hukum jenayah Islam, hudud dan qisas walaupun fakta ini tidak didapati secara bertulis kerana rujukan pelaksanaan hukum-hakam ini dirujuk terus daripada kitab-kitab fiqh jawi yang sudah ada pada ketika itu seperti kitab Matla’ulbadrain karangan Syeikh Daud al-Fatani dan lain-lain lagi. Ditambah lagi almarhum Sultan Zainal Abidin III bukan sahaja terkenal dengan kebijaksanaannya dalam pemerintahan bahkan juga baginda adalah seorang ulama yang mengetahui selok belok hukum hakam syara dan pernah berguru dengan ulama-ulama daripada Fatani.Terdapat juga bukti-bukti yang diakui oleh sejarah seperti kewujudan penjara yang dibuat daripada buluh di Kampung Atas Tol dan di tempat-tempat lain. Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS pernah menceritakannya dalam ucapan beliau ketika merasmikan Perayaan 100 tahun Itqanulmuluk bi ta’dilissuluk yang diadakan di Kuala Berang pada 7 Januari 2012,  beliau mengisahkan satu kisah yang diceritakan turun menurun daripada orang-orang tua berkait dengan seorang lelaki di zaman itu yang digelar sebagai Pak Mat Kawah telah dijatuhkan hukuman hudud potong tangan kerana mencuri.Pada tahun 1919 pihak penjajah British telah membatalkan perlembagaan Itqanulmuluk bi ta’dilissuluk. Rentetan daripada itu ia telah membangkitkan penentangan rakyat Terengganu yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong yang bangkit bagi mengembalikan semula Terengganu kepada landasannya yang asal. Antara langkah awal ialah tindakan beliau menubuhkan Parti Syarikat Islam di beberapa daerah seperti Kemaman, Kuala Terengganu dan Besut. Tindakan tersebut telah menimbulkan ketegangan dengan pihak penjajah British sehingga tercetusnya peristiwa berdarah di Padang Kachung pada tahun 1928 yang telah mengorbankan 12 orang syuhada dan berakhir dengan pembuangan negeri ke Mekah terhadap Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong oleh pihak British.PAS dan Perjuangan Memartabatkan IslamPada tahun 1948 tertubuhnya Hizbul Muslimin dan ianya dibubarkan pada tahun yang sama oleh pihak British dan pada tahun 1951 tertubuhnya Parti Islam Semalaysia ( PAS ) yang berjuang melalui pilihanraya bagi menubuhkan sebuah pemerintahan berlandaskan Islam.Pada pilihanraya pertama yang diadakan pada 1959 PAS menyertainya dan memenangi negeri Terengganu dan Kelantan walaupun begitu pemerintahan PAS di Terengganu hanya bertahan sehingga 1961. Pada tahun 1999 sekali lagi PAS diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah Terengganu. Di antara langkah yang diambil ialah meluluskan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam ( Terengganu ) (Pindaan) 2003 yang telah dikemukakan oleh ADUN Manir, almarhum Ustaz Dato Haji Harun Taib. Enakmen ini bertujuan mendaulatkan Al-Quran, As-Sunnah, ijma dan qiyas sebagai hukum tertinggi bagi negeri Terengganu Darul Iman. Di antara isi yang penting kepada penetapan undang-undang tubuh yang baru ini ialah kelulusan Kanun Jenayah Syariah termasuk hukum hudud, qisas dan ta’zir. Langkah ini dilihat sebagai untuk mengembalikan Terengganu ke landasannya yang asal yang gagal dilakukan oleh UMNO yang memerintah Terengganu selama lebih daripada 40 tahun sebelum itu.Tindakan kerajaan PAS Terengganu yang kembali memerintah setelah mencapai kemenangan dalam PRU14 lepas untuk menyambut dan memperingati 107 tahun Itqanulmuluk bi ta’dili ssuluk  adalah satu tindakan yang terpuji dan sangat tepat pada masanya kerana dengan usaha ini sekurang-kurangnya memberikan peringatan kepada rakyat negeri ini akan kehebatan sejarah Islamnya dan sebagai komitmen kerajaan PAS Terengganu untuk terus memartabatkan Islam di bumi bertuah ini.Perlu difahami bahawa kehebatan tamadun Islam bukan kerana kehebatan bangsa atau keturunan tetapi adalah kerana kehebatan ruh Islam yang ada di dalam diri umat Islam itu sendiri. Kalau bukan kerana Islam bangsa Arab tidak mungkin boleh memerintah satu pertiga dunia di zaman Khulafa Rashidin, Kerajaan Umawiyyah dan Abbasiyyah. Kerana Islam bangsa Monggol dan Tatar yang ganas tunduk dan jinak. Kalau bukan kerana Islam Salahuddin Al-Ayyubi tidak boleh menundukkan bala tentera Salib. Kalau bukan kerana Islam bangsa Turki tidak boleh menawan kota Konstentinabal.Rakyat Terengganu perlu memuhasabah akan hakikat ini dengan mengingati titik peluh perjuangan orang terdahulu untuk mengekalkan pemerintahan Islam di bumi Darul Iman ini dan juga menginsafi bahawa jatidiri rakyat Terengganu adalah Islam yang telah membawa keunggulan mereka di Tanah Melayu ini bukannya dasar-dasar perjuangan yang lain.Yang Berhormat Ustaz Muhammad Khalil Abdul HadiAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok27 Rabiul’awal 1440H bersamaan 5 Disember 2018
05 Dec 18
199
Empty Image
Kemudahan Hospital Daerah, Kebajikan Doktor Diberi Perhatian
ShaharizurkairnainOleh : Dzakaria Mohd SallehKUALA KUMPUR , 5 Disember - Masalah kekurangan kemudahan di Hospital Daerah Setiu, Besut dan Hulu Terengganu terutama yang melibatkan peralatan untuk rawatan pelbagai penyakit kronik akan diberi perhatian serius.Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, kekurangan kemudahan menyebabkan pesakit kronik mendapatkan rawatan di hospital lain yang jauh dari daerah mereka."Kalau yang Besut terpaksa dipindahkan ke hospital HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia), Kubang Kerian ataupun Hospital Kota Bharu, yang hospital Setiu dan Hulu Terengganu terpaksa di pindahkan ke hospital Kuala Terengganu," katanya ketika membahaskan mengenai kemudahan hospital di Sidang Parlimen di sini, semalam.Justeru Shaharizukirnain berharap peruntukan pada 2018 sebanyak RM458.2 juta yang bertambah pada tahun depan kepada RM800.4 juta akan melengkapkan fasiliti dan kemudahan untuk memudahkan pesakit mendapat rawatan di tiga buah hospital daerah di Terengganu itu.Dalam pada itu, ketika membahaskan isu doktor yang terpaksa bekerja hingga 30 jam ke atas turut diberi perhatian Shaharizukirnain dan meminta supaya pihak kementerian dapat memikirkannya semula. "Kita masih lagi tidak dapat melupakan kes yang berlaku kepada seorang doktor yang bernama Doktor Nurul Huda Ahmad yang kemalangan kerana terlalu letih pulang dari HUSM ke rumah adik iparnya di Terengganu."Dia bekerja bermula dari 8 Mei sehingga 9 Me, iaitu tempoh bekerja selama 33 jam sebelum berehat dan pulang," tegasnya.Susulan insiden itu, pihaknya berharap kementerian dapat memikirkan semula waktu jadual kerja kepada pengamal perubatan profesional itu supaya isu yang sama sepertiman yang menimpa Doktor Afifah dahulu tidak lagi berulang.
05 Dec 18
39
Empty Image
Fateh Dan Akademi Duat Pewaris TMBS
Mohd Nor Hamzah.KUALA TERENGGANU, 5 Disember - Program Fateh dan Akademi Duat  yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan bakal melahirkan pewaris Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, perkara tersebut termasuk dalam Bajet Terengganu 2019 yang dibentangkan baru-baru ini."Kalau mahu melihat sebuah negeri di masa hadapan, lihatlah belia mereka di masa sekarang," katanya.Oleh itu, kata beliau, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) bersama Jabatan Agama, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Yayasan Islam dan lain-lain perlu lebih fokus dalam pembinaan generasi akan datang.“Jabatan dan agensi terbabit akan menggerakkan program Fateh dan Akademi Duat yang mensasarkan orang muda dalam program mereka.“Kita akan gerakkan ‘street dakwah’ (dakwah jalanan) bagi meningkatkan kesedaran anak muda yang melepak di tempat-tempat tumpuan seperti Taman Syahbandar, Batu Buruk dan sebagainya,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata demikian dalam temu bual pasca Bajet 2019 yang disiarkan secara langsung melalui Manis FM semalam.Katanya, melalui program tersebut, para pendakwah muda akan digerakkan untuk turun ke lapangan agar para belia khususnya dapat mempelajari dan mengamalkan Islam secara syumul.Justeru, beliau menyeru semua pihak  termasuk ibu bapa supaya berperanan membantu kerajaan negeri dalam mencapai hasrat murni tersebut.Beliau berkata, bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merupakan bajet berimbang.“Bajet 2019 merupakan bajet yang seimbang dengan diperuntukkan RM2.015 bilion pada tahun hadapan.“Kerajaan negeri menekankan pembangunan Islam dan modal insan bagi membangunkan negeri yang maju dan melahirkan masyarakat yang sejahtera,” tegasnya.
05 Dec 18
63
Empty Image
Hindari Provokasi Ketika Himpunan Tolak ICERD - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 5 Disember - Rakyat negeri ini yang akan menyertai perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 8 Disember ini dinasihatkan supaya menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekacauan, provokasi dan rusuhan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peserta perhimpunan perlu mengelakkan sebarang perlakuan negatif dan mematuhi segala peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. “Saya mengambil kesempatan pada hari ini untuk menyeru seluruh rakyat Terengganu dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian untuk sama-sama hadir dalam perhimpunan ICERD yang dijadualkan pada hari Sabtu, 8 Disember yang akan datang ini.“Bergeraklah ke sana dengan keadaan yang cermat dan patuh kepada undang-undang jalan raya serta berhimpunlah dalam keadaan aman, tenteram dan elakkan sebarang bentuk provokasi sekiranya ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak ingin melihat perhimpunan aman itu dijalankan dengan penuh harmoni,” ujarnya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi beliau, hari ini.Katanya, peserta perhimpunan juga dinasihatkan agar mengikuti segala nasihat daripada pihak berkuasa agar perhimpunan tersebut akan menjadi contoh perhimpunan terbaik pada masa akan datang.“Ambillah maklumat dan dengarlah nasihat daripada pihak keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya perhimpunan tersebut akan menjadi satu contoh perhimpunan yang terbaik di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan kesejahteraan yang berpanjangan dalam politik dan sosiologi masyarakat di tanah air kita ini," ujarnya.
05 Dec 18
44
Empty Image
Nafi Konflik Dengan MB Terengganu - Abdul Hadi
KUALA TERENGGANU, 4 Disember - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menafikan wujudnya konflik membabitkan dirinya dengan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagaimana yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.Abdul Hadi berkata, dakwaan itu bermotifkan politik semata-mata dan tidak benar sama sekali, bahkan hubungan kedua-duanya di samping kepimpinan negeri dan parti amat baik tanpa sebarang konflik."Saya yang lantik dia, bertanding di kawasan saya di Rhu Rendang, takkan mudah-mudah nak suruh berhenti begitu."Dia (pihak berkenaan) mungkin tidak ada modal dan perkara ini mahu dijadikan modal," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Memperingati Itqan Al-Muluk Bita'dil As-Suluk (Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu) di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam di sini petang ini.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.Sebelum ini, dalam catatan beberapa individu di laman sosial Facebook mendakwa terdapat kumpulan yang telah bertemu Abdul Hadi bagi menukar Menteri Besar Terengganu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi.Mesej tular bertajuk Kerusi MB Terengganu Panas? itu mendakwa tindakan tersebut disebabkan rasa tidak puas hati kumpulan berkenaan terhadap Ahmad Samsuri yang dikatakan lebih mengutamakan orang luar dalam membuat lantikan politik bagi jawatan-jawatan berprestij.Abdul Hadi turut menolak dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaitkan perkara berkenaan dengan ketidakpuasan membabitkan duit royalti di samping isu Himpunan Menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).Sementara itu, Satiful Bahri tidak menolak kemungkinan penyebaran fitnah itu adalah cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengalihkan isu sekali gus mengaburi rakyat dalam soal Himpunan ICERD dan kegagalan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan."Terengganu dengan persekitaran, manifesto dan janji yang dilaksanakan walaupun baharu enam bulan tetapi telah terkehadapan dari segi politik, pengurusan dan pentadbiran berbanding negeri lain."Saya rasa cubaan untuk mengalihkan isu. Setakat ini dalam kalangan exco kita memang bekerja sebagai satu pasukan yang menggabungjalinkan agamawan dan profesional, jadi tidak berbangkit soal itu," katanya.
04 Dec 18
136
Empty Image
MPKK Imej Kecekapan Kerajaan Negeri
 Ir Saiful Azmi SuhailiOleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN 4 Disember - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)menjadi cermin utama kepada imej kerajaan negeri melalui gerak kerja mereka.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam Utiliti dan Teknologi Hijau, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata MPKK Dewan Undangan Negeri (DUN) memainkan peranan penting dan kerjasama mereka memberi kesan besar kepada peringkat DUN, daerah serta negeri Terengganu."Kita (MPKK) merupakan pihak tengah yang akan menerima dan menyampaikan maklumat secara dua hala, daripada peringkat atas ke bawah dan sebaliknya."Dan jikalau ada peringkat yang terputus, maka akan menjadi sukar untuk salurkan maklumat kepada orang kampung dan pihak atasan, disinilah MPKK berperanan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Taklimat dan Penerangan Hal Ehwal Masyarakat MPKK DUN Kemasik anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik dan Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Kemasik di Auditorium Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Petronas, disini hari ini.Turut hadir, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Urusan Zakat (MAIDAM) Kemaman, Mohd Andri Abu Bakar, Mohd Noorhadi Mohd Yusof selaku Ketua Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kemaman, Pengurus Sekretariat Tabung Darul Iman (TDI), Wan Mohd Fahmi Wan Mohd serta semua Jawatankuasa MPKK yang hadir.Ir Saiful Azmi yang juga ADUN Kemasik juga berharap agar setiap 28 MPKK DUN Kemasik dapat memahami dengan lebih jelas serta dapat menyelesaikan skop kerja pada peringkat mereka dengan lancar, dan tidak perlu merujuk kepada Pejabat ADUN."Ikhlaskanlah diri kita dalam mengejar ganjaran Allah, agar dapat memastikan Terengganu menjadi sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera."Kitalah yang akan memberikan gambaran betapa bagus dan cekapnya kerajaan negeri sekarang,"katanya.
04 Dec 18
61
Empty Image
`Rasa Macam Kena Gigit Semut Je '
 Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 4 Disember - Berkhatan memberi pengalaman berbeza buat seorang kanak-kanak, Mohd Adib Mohd Jazeri, apabila berdepan dengan proses itu tanpa rasa sakit sebaliknya hanya seperti digigit semut gatal sahaja.Menurut bapanya, Mohd Jazeri Muhammad, anaknya yang akan memasuki Tahun Empat pada sesi 2019 nanti sangat teruja untuk melalui `fasa dewasa' itu dan tidak sabar menunggu waktu dikhatankan."Saya bercerita pada dia perihal bersunat buat dia tak sabar. Saya cakapkan pada dia bila dah bersunat, maka cepat dewasa. Anak saya tidak menunjukkan tanda takut, malah sangat teruja," ujarnya.Mohd Jazeri berkata demikian ketika menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau, Bukit Besi, di sini, hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pegawai Penyelidik Tanah Persekutuan, Naraza Muda.Beliau berkata, majlis itu dapat merapatkan lagi jurang antara MPKK dengan masyarakat.Menurunya, berkhatan merupakan simbolik kepada anak yang melalui fasa perubahan usia dan menginjak dewasa."Jika dahulu upacara berkhatan ini dilakukan selama dua hari dua malam di Felda ini, seingat saya dulu-dulu. Anak-anak didukung oleh ayah dan diarak sekeliling kampung."Namun itu hanya tradisi, apa yang lebih penting ianya merupakan tuntutan di dalam Islam. Anak-anak sudah menjadi sebahagian masyarakat, jika pergi ke masjid sudah boleh berada di saf orang tua," katanya.
04 Dec 18
103
Empty Image
Selamat Jalani Fasa Dewasa
Oleh : Abd Muhaimin MuhammedSETIU, 4 Disember- Seramai 100 kanak-kanak di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri selamat melalui `fasa menjadi dewasa'  apabila menyertai majlis berkhatan beramai-ramai di Markas Tarbiah Lukman Nul Hakim Guntung, di sini, semalam.Pengerusi Permaisuri Care, Mohd Nor Hamid berkata, program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Komuniti DUN Permaisuri (Permaisuri Care) dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) itu diharapkan dapat memberi manfaat kepada ibu bapa sekali gus meringankan sedikit beban kos mereka dalam perbelanjaan menguruskan proses berkhatan anak masing-masing.“Sambutan pada hari ini amat meriah kerana lebih 300 masyarakat hadir terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mereka. Jadi, saya berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam mendekatkan lagi ukhwah sesama kita,"katanya.Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman dan Pegawai Kanan II Jabatan Bomba Setiu, Muhammad Izani Zakaria.Sementara itu, Zul Bhari pula berharap supaya anak kecil yang menyertai majlis itu akan mendapat u pengalaman manis dan memanfaatkan waktu sembuh itu dengan sebaik mungkin. "Semoga mereka semua membesar sebagai pejuang dan pembela Agama Allah satu hari nanti," kata Zul Bhari ketika merasmikan program itu.Program kali keempat itu berlangsung meriah dan gegak-gempita dengan sorakan riang peserta yang basah kuyup disiram pili bomba bertukar cemas apabila ada di kalangan mereka mula gementar sebaik sahaja bermula acara berkhatan.
04 Dec 18
257
Empty Image
Penerima Dana Bantuan Persekolahan DUN Sura Meningkat
Wan Hapandi sedang mengambil ukuran salah seorang anak pemohon dana bantuan persekolahan yang berjaya dalam permohonanOleh:Mohd Asraf  Ikhwan AzaharDungun 3 Disember – Seramai 3,572 penerima  di Dewan Undangan Negeri(DUN) Sura layak menerima dana bantuan persekolahan 2019 berbanding 2,330 penerima pada tahun sebelumnya.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata kerajaan negeri telah menambah bilangan penerima bantuan persekolahan bagi tahun 2018 ini dan ia menunjukkan kerajaan negeri dibawah pemerintahan PAS tidak mengamalkan sikap pilih kasih dan diskriminasi antara rakyat.“ Kita dapat lihat berlaku peningkatan sebanyak 1,242 orang berbanding tahun lepas  dan ini menunjukkan yang kerajaan komited dalam membantu masalah rakyat. “Ini jelas sekali bahawa kita mengamalkan sikap tidak pilih kasih dan yang pasti mereka layak untuk memohon,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun (MPD) disini, hari ini.Tambahnya, beliau sebelum ini dimaklumkan orang kampung datang berjumpa dengannya dan mengadu tidak pernah dapat bantuan ini sedangkan tergolong dalam kalangan yang layak. “Ramai yang datang berjumpa dengan saya mengadu yang dia tidak pernah dapat bantuan persekolahan ini sedangkan dia orang susah dan tiada pendapatan tetap. “Jadi kita ambil pendekatan untuk membantu mereka yang layak yang pernah tercicir nama sebelum ini dengan meminta setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mencari ditempat mereka,”ujar Wan Hapandi.Menurut Wan Hapandi, lima hari tidak termasuk hari cuti diperuntukkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sura untuk pembahagian barang barang persekolahan ini bermula 3 hingga 9 Disember ini.
03 Dec 18
63