Artikel "Semasa" Terkini
Tiga Syarikat Bangun Industri Solar Di Terengganu
"EPIC telah membangunkan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 MW di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman sekali gus menjadi loji janakuasa solar terbesar beroperasi di negara ini sekarang." - Dr Ahmad SamsuriKUALA TERENGGANU, 4 Disember - Kerajaan Negeri menggalakkan pembukaan stesen janakuasa baharu berasaskan solar di seluruh negeri dengan membabitkan tiga buah syarikat bagi pembangunan hijau di negeri Terengganu.Syarikat-syarikat tersebut termasuk Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Bhd, Synergy Generated Sdn Bhd dan Metrosphere Sdn Bhd.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi pembangunan hijau, kerajaan negeri menggalakkan pembukaan stesen janakuasa baharu berasaskan solar di seluruh negeri."Beberapa tapak solar telah pun beroperasi di negeri ini dan anak syarikat kerajaan negeri sendiri telah pun membuka stesen janakuasa solar berkapasiti 18 Mega Watt (MW) di Kemaman."Selain daripada itu, kawasan perindustrian baharu bertemakan hijau juga diwujudkan di 'Terengganu Silica Valley' (TSV) yang akan menempatkan industri-industri berasaskan silika," jelasnya.Katanya, kawasan industri ini akan menempatkan pemain-pemain utama produk berasaskan silika dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.ADUN itu dalam soalannya ingin tahu bagaimana kerajaan merancang dan menggalakkan pembangunan dan pertumbuhan pembangunan yang berasaskan Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) dan Pembangunan Teknologi Hijau.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, EPIC sebagai anak syarikat kerajaan negeri telah membangunkan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 MW di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman sekali gus menjadi loji janakuasa solar terbesar beroperasi di negara ini sekarang."Projek bernilai kira-kira RM86 juta membabitkan tapak seluas kira-kira 28.3 hektar itu, telah beroperasi sejak 14 Januari lalu telah berjaya menghasilkan tenaga solar berkapasiti 18.5 MW."Kejayaan EPIC Bhd mengeluarkan tenaga elektrik melalui teknologi kuasa solar itu adalah sebahagian daripada usaha serius kerajaan negeri untuk mencuba pelbagai kaedah baru bagi mempelbagaikan sumber pendapatan termasuk menjimatkan perbelanjaan negeri," jelasnya.Menurut beliau, Syarikat Synergy Generated Sdn Bhd telah menjalankan projek ladang solar pertama di Terengganu dengan kapasiti penjanaan sebanyak 5 MW, dibina di atas tanah seluas kira-kira 20 ekar di Kawasan Perindustrian Bari, Setiu, bermula tahun 2012.Syarikat ini katanya, telah mendapat kelulusan pada bulan Mei lalu untuk membangunkan kawasan kedua di Kawasan Perindustrian Batu Rakit, Setiu dengan keluasan tanah 16.62 ekar dengan kapasiti penjanaan solar 5 MW.Komponen Solar beroperasi di Teluk Kalong Kemaman."Projek kedua ini adalah projek kerjasama dengan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM)," kata Dr Ahmad Samsuri.Synergy Generated Sdn Bhd telah diperbadankan pada 14 Oktober 2010 dengan tujuan penubuhannya adalah untuk memenuhi keperluan tenaga boleh diperbaharui seluruh Malaysia.Syarikat ini katanya, mempunyai kemahiran tenaga kerja dan pengurusan dalam bidang teknologi 'photovoltaic', 'power transmission' dan 'distribution'.Sementara itu Metrosphere Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pegangan yang bergiat dalam bidang pelaburan termasuk pembangunan pelabuhan, operasi kemudahan pelabuhan, pengurusan armada kapal, kapal sokongan luar pesisir dan bunker bahan api."Syarikat ini telah diluluskan untuk membuat pembangunan Mini Hidro berkapasiti 4 MW di Sungai tersat, Hulu Terengganu. Projek ini dijangka beroperasi pada pertengahan tahun 2019," jelas beliau lagi.Kerajaan juga katanya, dalam perancangan membina bangunan hijau (Green Building).Projek ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) yang dulu dikenali sebagai KETTHA.Menurut beliau bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu merupakan satu-satunya bangunan yang akan dijadikan contoh untuk menjalankan 'projek retrofit', di mana penggunaan lampu-lampu hari ini akan ditukar kepada lampu LED dan penggunaan aircond akan dijimatkan dengan penggunaan 'Chiller Optimization'.Katanya, kerajaan negeri kini dalam perancangan untuk menjadikan amalan hijau ini selari dengan pembangunan negeri."Usaha-usaha ini akan dirancang dengan kerjasama daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi kerajaan negeri yang lain," ujarnya.
03 Dec 18
1585
2,900 Penerima Bantuan Sekolah DUN Bukit Besi Ukir Wajah Ceria
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 3 November- Perasaan gembira jelas terbayang pada raut wajah kebanyakan ibu bapa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, di sini, hari ini, apabila mula menerima bantuan pakaian persekolahan untuk anak-anak mereka untuk sesi baharu 2019 secara berperingkat-peringkat. Bantuan pakaian termasuk kasut dan beg sekolah yang berjenama `Canggih' antara insentif ditunggu-tunggu ibu bapa sejak memohon pada Oktober lalu.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, bantuan itu menzahirkan bahawa kerajaan negeri melakukan apa sahaja yang difikirkan terbaik dalam meringankan bebanan ibu bapa."Kerajaan negeri meneruskan lagi bantuan persekolahan. Hari ini merupakan hari pertama dilakukan agihan, di mana baucer yang diperolehi ditebus di sini. Ia menunjukkan kerajaan negeri benar-benar ingin membantu rakyat dan menjaga kebajikan mereka dalam pelbagai aspek kehidupan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika hadir semasa proses pengagihan bantuan persekolahan, di Dewan Sivik, Kampung Jerangau, di sini, pada hari ini.Ghazali berkata, kerajaan negeri amat mengutamakan sektor pendidikan bagi membangunkan modal insan berteraskan slogan Terengganu, Maju Berkat Sejahtera sepertimana dalam bajet dibentangkan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar minggu lalu."Di samping itu juga, ramai ibu bapa yang hadir senang hati dan.memuji cara agihan yang dilakukan oleh kakitangan i-MiTS (Institut Modal Insan Sejahtera Terengganu)," ujarnya.Sementara itu Penyelia i-MiTS DUN Bukit Besi, Khaziman Khalik berkata, kira-kira 2,900 pemohon di DUN berkenaan memperolehi bantuan berkenaan."Agihan ini akan dijalankan selama tiga hari. Berkaitan dengan baju pengawas atau yang memerlukan selain warna putih kerana menjawat jawatan tertentu di sekolah boleh melakukan pertukaran."Ibu bapa atau penjaga ambil dahulu pakaian di sini, kemudian ditukar sendiri di kedai pengedar baju sekolah 'Canggih' dan jika ianya berlainan harga, ibu bapa perlu menambah sendiri kos berkenaan," katanya.Menurutnya, semua penerima menyatakan rasa puas hati dan pulang bersama anak masing-masing dengan senyuman kerana sumbangan itu sekurang-kurangnya meringankan bebanan keluarga terutama yang memiliki anak ramai dan berpendatan rendah.
03 Dec 18
90
Sembilan Perancangan Kuala Terengganu-Kemaman Pintu Masuk Ekonomi
Industri Petroleum dan Gas Kertih Kemaman pemangkin ekonomi Terengganu. -Gambar Hiasan.KUALA TERENGGANU, 4 Disember - Kerajaan Negeri mengatur sembilan perancangan bagi menjadikan Daerah Kuala Terengganu dan Kemaman sebagai pintu masuk ekonomi ke Negeri Terengganu.Dari rancangan itu kerajaan meletakkan lima perancangan untuk Daerah Kemaman manakala selebihnya untuk Daerah Kuala Terengganu.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata di Daerah Kemaman, kerajaan merancang untuk mengukuhkan rantaian ekonomi industri pembuatan berat serta minyak dan gas.Kerajaan juga membuka kawasan-kawasan perindustrian baharu yang menfokuskan kepada 'petrol chemical' dan 'biopolymer'.Ini termasuk menyediakan ekosistem industri yang lebih 'investor-friendly' (mesra pelabur) dan boleh menarik kehadiran pelabur berskala besar."Kerajaan juga memperkenalkan insentif-insentif dalam bentuk diskaun bayaran premium tanah bagi menarik minat pelabur."Membaikpulih dan menaiktaraf kawasan-kawasan perindustrian sedia ada," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik Ir Saiful Azmi Suhaili dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.ADUN itu dalam soalannya ingin tahu perancangan kerajaan bagi merancakkan lagi peluang dan perkembangan untuk menjadikan Kuala Terengganu dan Kemaman sebagai pintu masuk ekonomi ke Negeri Terengganu.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, bagi Daerah Kuala Terengganu, kerajaan sedang mengukuhkan sektor pelancongan sebagi Hub Pelancongan Wilayah Timur dan Kuala Terengganu sebagai pintu masuk utama pelancongan di Negeri Terengganu.Kerajaan juga katanya sedang merancang untuk meningkatkan sektor perkhidmatan, sebagai pusat pendidikan dan perniagaan."Kerajaan turut meneroka potensi pelaburan baharu termasuk perkhidmatan sokongan minyak dan gas (aktiviti crew change), 'Maintenance Repair and Overhaul' (MRO) serta lain-lain perkhidmatan yang memberi impak kepada rakyat."Di samping itu kerajaan juga berusaha meningkatkan potensi usahawan-usahawan tempatan melalui 'business model' secara online," jelas beliau lagi.
03 Dec 18
790
Kerajaan Berkolaborasi Dengan PETRONAS Bangun Bandar Baharu Kertih
Satu Pemandangan Di Bandar Baharu Kertih. -Gambar Hiasan.KUALA TERENGGANU, 4 Disember - Kerajaan Negeri sedang menyediakan pelan gunatanah yang bersesuaian melalui Rancangan Tempatan Daerah 2018-2035 bagi menyokong rancangan PETRONAS untuk membangunkan pusat operasi pantai timur syarikat minyak itu dengan wajah baharu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri menyelaras perancangan dengan PETRONAS dalam pembangunan Bandar Baharu Kertih dengan menyediakan pelan gunatanah bersesuaian seperti perniagaan, industri, perumahan dan kemudahan awam melalui rancangan tersebut."Di samping itu perancangan pembangunan kemudahan infrastruktur juga diambil perhatian dalam menyokong cadangan pembangunan oleh PETRONAS, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dan sebagainya," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini baru-baru ini.ADUN itu dalam soalannya menyatakan bahawa pembangunan dan menambahbaikan Bandar Baharu Kertih perlu dibuat sebagai katalis bagi merancakkan lagi pembangunan dan pengembangan industri minyak dan gas di Terengganu.Justeru beliau ingin tahu perancangan kerajaan dalam menjadikan ia sebagai satu bandar satelit berasaskan minyak dan gas serta biopolymer.Katanya merujuk kepada pembentangan oleh pihak PETRONAS di bawah anak syarikatnya KLCC Harta bahawa pusat operasi pantai timur PETRONAS akan dibangunkan dengan wajah baharu termasuk mengambil kira unsur dan keperluan teknologi hijau dalam pembangunannya.Justeru sekali lagi beliau ingin tahu perancangan kerajaan negeri untuk turut sama dalam membangunkan wajah baharu Bandar Baharu Kertih itu.
03 Dec 18
516
993 Permohonan Tanah 'Orang Terkilan' Disemak Semula
Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan) bersama ADUN BN di DUN Terengganu baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 4 Disember - Kerajaan Negeri sedang menyemak semula dan mempertimbangkan sebanyak 993 permohonan untuk mendapatkan kembali lot tanah yang dirampas tahun 1999-2003.Permohonan itu dibuat oleh mereka yang disifatkan sebagai 'orang terkilan', dipercayai dinafikan hak memiliki tanah tersebut oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam kertas bilangan 680/2018 bertarikh 8 Ogos 2018 telah bersetuju mengenai Cadangan Kaedah-kaedah Pelaksanaan Permohonan Semula Rancangan tanah Berkelompok.Ini bertujuan bagi merealisasikan Manifesto Kerajaan Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), untuk mengembalikan Tanah-tanah Yang Dirampas Oleh Kerajaan BN Selepas Pemerintahan Kerajaan PAS pada Tahun 2004.Katanya, permohonan terbanyak diperoleh dari Daerah Setiu berjumlah 499 permohonan diikuti Daerah Besut (300), Daerah Kemaman (124), Daerah Marang (42), Daerah Kuala Nerus (14), Daerah Dungun (tujuh), Daerah Kuala Terengganu (empat) dan Daerah Hulu Terengganu (tiga)."Status semua permohonan tersebut masih berada di dalam proses semakan dan menerima permohonan," jelas beliau.
03 Dec 18
41
Baucer Barangan Sekolah Cipta Kelainan
Muhammad Fahmi KamaruddinOleh:Nooreni Abu Bakar.DUNGUN, 3 Disember - Keprihatinan kerajaan negeri terbukti apabila mengambil pendekatan mengubah corak agihan bantuan awal persekolahan 2019 dalam bentuk baucer barangan bagi memastikan matlamat penyaluran dana itu tercapai.Penyelia Institut Modal Insan(i-MiTS)Dewan Undangan Negeri ( DUN) Rantau Abang, Muhammad Fahmi Kamaruddin berkata, ia merupakan satu kelainan daripada kerajaan terdahulu yang menggunakan baucer tunai untuk bantuan ini.“Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional memberi RM100 baucer tebus tunai dan hanya dapat menebusnya untuk sepasang uniform sekolah sahaja tetapi kali ini penerimanya dengan baucer nilaian sama dan mendapat enam atau lima barangan. "Kalau budak lelaki dapat lima barangan selain baju, seluar, kasut, stoking dan beg sekolah manakala budak perempuan enam barangan tambahan tudung," katanya. Fahmi berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)ketika Agihan Bantuan Persekolahan DUN Rantau Abang di Dewan Darul Ansor di sini, semalam.Lebih 5000 penerima yang layak mendapat mendapat bantuan tersebut di DUN Rantau Abang bagi tahun ini.Katanya lagi, barangan yang boleh ditebus mempunyai jenama dan tahan lama."Barangan juga, bukan 'cap ayam ', uniform sekolah barang berjenama, begitu juga kasut sekolah, maknanya boleh tahan lama. "Kita agih secara berperingkat-peringkat mengikut Majlis pengurusan Komuniti Kampung(MPKK), bermula hari ini sehingga hari Ahad minggu depan,”kata Fahmi.
03 Dec 18
252
SOP Patuh Syariah Pusat Pemindahan Banjir Terengganu
Antara 'Collapsible Tent' yang pernah disediakan di Pusat Pemindahan Banjir di Terengganu. -Gambar Hiasan.KUALA TERENGGANU, 4 Disember - Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, menyediakan utiliti dan beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memastikan pusat pemindahan banjir patuh syariah di Negeri Terengganu.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antaranya ialah mewujudkan pengasingan mangsa banjir lelaki dan perempauan.Menurur beliau bagi pusat pemindahan yang terdiri daripada Dewan Orang Ramai , Balairaya, Masjid dan Surau, 'Mobile Partition' (Tirai) digunakan untuk membuat pembahagian dan perasingan antara lelaki dan perempuan.Ini katanya, bagi mengelakkan berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan di satu-satu pusat pemindahan.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.ADUN itu dalam soalannya ingin tahu persediaan kerajaan negeri ke arah menjadi model kepada pusat pemindahan mangsa banjir patuh syariah di negara ini.Mangsa lebih selesa berada dalam 'Collapsible Tent' untuk tidur terutama kaum wanita. -Gambar Hiasan. Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata antara lain, kerajaan negeri juga menyediakan 'Collapsible Tent' atau khemah tertutup bagi pusat pemindahan terbuka seperti dewan orang ramai, balairaya, masjid dan surau."Setiap keluarga dibekalkan 'Collapsible Tent' terutama kepada keluarga yang mempunyai anak perempuan dewasa."Ini secara tidak langsung memberi keselesaan kepada mereka terutama sewaktu tidur dan mengelak dari pandangan orang ramai," jelasnya.Katanya, di pusat-pusat tersebut juga disediakan ruangan solat berasingan antara lelaki dan perempuan.Ini secara tidak langsung memberi keselesaan kepada mangsa semasa menunaikan fardhu sembahyang lima waktu.Beliau berkata, di dewan orang ramai dan balai raya juga disediakan tempat penyalinan pakaian bagi memberi keselesaan kepada wanita yang tinggal di pusat berkenaan.Di samping itu katanya, ruangan disediakan bagi memberi keselesaan kepada kaum ibu yang menyusukan anak.Kerajaan negeri juga menggalakkan mangsa menunaikan sembahyang secara berjemaah.Katanya, usaha ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah dalam menyediakan imam untuk memimpin solat tersebut di samping melantik ustaz untuk menyampaikan tazkirah selepas solat maghrib.Begitu juga kerajaan negeri turut membekalkan sejadah kepada mangsa di pusat-pusat terbabit.
03 Dec 18
717
Produk Berasas Nenas Mampu Lonjak MD2
Harwani (kanan) bersama Penolong Pengurus Sofea Pineapple, Nur Shaheda Zabli.SERDANG, 3 Disember - Kepelbagaian produk berasaskan nenas mampu membawa jenama Nenas MD2 Terengganu setaraf nenas keluaran Johor dan Kedah.Pegawai pemasaran Sofea Pineapple, Harwani Mohd Yusuf berkata, Nenas MD2 mempunyai kualiti untuk dipasarkan ke seluruh negara."Pelbagai produk boleh dihasilkan berasaskan nenas dan ia mampu merancakkan pengeluaran hasil dalam negeri."Daripada daun nenas kita boleh menghasilkan benang, kain dan kertas."Manakala, benih nenas boleh disalurkan ke zoo untuk makanan haiwan yang menjadikan keseluruhan hasil yang dituai dapat menjana pendapatan," katanya ketika ditemui di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 kelmarin.Pameran pertanian terbesar negara yang berakhir semalam itu menyaksikan Nenas MD2 mendapat sambutan menggalakkan.Kepelbagaian produk manfaat lebih pengeluaran.Harwani berharap kepelbagaian produk daripada nenas akan melonjakkan pasaran buah itu selain mengangkat nama Terengganu sebagai pengeluar buah-buahan negara."Terima kasih kerajaan negeri dan Lembaga Perindustrian Nenas Negeri Terengganu kerana membuka peluang kepada anak muda mengusahakan tanaman nenas berkelompok."Kami para usahawan berharap kerajaan negeri akan terus memberi sokongan berterusan kepada usahawan dalam usaha mempelbagaikan produk berasaskan nenas," katanya.
03 Dec 18
941
MB Terengganu Teruja PDT Gapai Bintang
Dr. Samsuri bersalaman dengan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia, Dr. Xavier Jayakumar Arulanandam sebelum menerima anugerah daripada Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.KUALA LUMPUR, 3 Disember - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan keterujaannya ketika menerima Anugerah Penarafan Bintang mewakili Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) daerah Kemaman bagi Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah Negeri 2018."Ini pengiktirafan paling besar buat kakitangan dan seluruh warga PDT."Sesungguhnya amat banyak usaha yang diperlukan untuk kita sampai ke peringkat ini."Semoga kejayaan ini menjadi motivasi kepada agensi lain untuk mencapai kejayaan yang sama."Kerajaan negeri akan sentiasa berdiri bersama pegawai-pegawai kita dalam membina kecemerlangan," katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis yang diadakan sempena Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-74 di bangunan Parlimen Malaysia, hari ini.Dr. Samsuri menyerahkan sijil anugerah kepada Mohamad dan Kairuzita sambil diperhatikan Zainal Abidin.PDT Kemaman mendapat penarafan lima bintang apabila menduduki tempat kedua terbaik seluruh negara dengan markah 93.61 peratus di belakang PDT Seberang Perai Tengah (95.01%).Dalam pada itu, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri, Zainal Abidin Hussin berkata, anugerah yang diterima menggambarkan peningkatan penyampaian kerajaan dalam perkhidmatan."Kejayaan ini sangat membanggakan. Semoga usaha keras berterusan dan menjadi lonjakan kepada jabatan lain untuk membuat penambahbaikan yang sama."Anugerah ini mencipta tangga kejayaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dalam membina negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera," katanya.Turut hadir mengiringi Dr. Samsuri ialahKetua Penolong Pentadbir Tanah (KPPT) PDT Kemaman Mohamad A. Rahman@ Othman dan Penolong Kanan Pentadbir Tanah, Syarifah Khairuzita Tuan Kechil.Anugerah Lima Bintang bukti peningkatan perkhidmatan kepada rakyat.
03 Dec 18
289
Terengganu Agih Bantuan Persekolahan Bermula Hari Ini
Ustaz Satiful Bahri Mamat (duduk) bertanyakan saiz kasut seorang kanak-kanak.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN, 3 Disember - Bantuan awal persekolahan telah mula diagihkan bermula hari ini secara berperingkat mengikut daerah di Negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, sebelum ini kerajaan dahulu turut mengagihkan bantuan persekolahan tetapi dalam bentuk baucer tunai."Kalau dulu bantuan ini diterima dalam bentuk tunai namun kali ini kita agihkan terus pakaian sekolah lengkap untuk lelaki dan perempuan."Kerajaan berusaha memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dalam bentuk pakaian melalui rundingan dengan Syarikat Pakaian Canggih," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2019 Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka yang bertempat di Dewan Sivik Paka hari ini.Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, bantuan ini akan diagihkan kepada 32 DUN di Terengganu secara berperingkat."Setakat maklumat yang kita dapat, lebih kurang 3,000 hingga 4,000 orang yang menerima bantuan ini dari setiap DUN.Beliau juga memberitahu, sekiranya bantuan ini berjalan dengan baik, ianya akan dikemaskini, ditambah baik pada masa akan datang dan diteruskan kepada rakyat negeri ini."Insya-Allah kerajaan negeri akan meneruskan bantuan ini pada masa akan datang."Saya juga berharap bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan ini dapat membantu serta meringankan beban rakyat dengan kenaikan harga barang hari ini," tambahnya.Dalam pada itu, seramai 5,105 orang pelajar dari 27 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sekitar DUN Paka menerima bantuan ini yang bermula pada pagi tadi sehingga Ahad depan secara berperingkat.Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Paka, Jabatan Amal Paka, Muslimat PAS Paka, Pemuda PAS Paka dan wakil MPKK yang turut membantu dalam program pengagihan hari ini.
03 Dec 18
98