Artikel "Semasa" Terkini
Terengganu Tinjau Pusat Perlindungan, Bantu Wanita Kurang Bernasib Baik - Satiful Bahri
Oleh: Muhd Lukman, Khairuddin YusofSABAK BERNAM, 6 Disember - Dalam usaha menambah baik pendidikan rakyat di kalangan semua peringkat khususnya golongan wanita yang kurang bernasib baik, Kerajaan Terengganu bertindak meninjau operasi keseluruhan pusat perlindungan sedia ada.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, tinjauan dan lawatan kerja ke Selangor hari ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala dengan pusat perlindungan di sini yang telah lama beroperasi."Kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk melindungi dan membela golongan seumpama ini. Kita berhasrat untuk belajar dari negeri Selangor yang telah banyak mempunyai pusat-pusat perlindungan."Kita juga sedia maklum pelatih-pelatih di sini juga sebahagiannya dari Terengganu yang masuk melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Maidam) di bawah kategori perintah mahkamah," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam lawatan kerja ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, di sini hari ini.Rombongan kerajaan tersebut terdiri daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kehakiman Syariah dan Maidam.Turut serta dalam lawatan itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said."Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Baitul Ehsan dan semua pihak yang terlibat kerana telah memberikan latihan dan didikan kepada para pelatih di sini," ucapnya.Sementara itu, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato' Bakhtiar Hussin menyambut baik hasrat kerajaan negeri untuk menjalinkan kerjasama dua hala dengan pihak MAIS."Kita mengalu-alukan kerjasama ini untuk membantu golongan ini memperbaiki diri mereka dengan latihan yang ditawarkan di sini."Kita juga mempunyai beberapa tempat perlindungan yang lain dan sebahagiannya adalah Pusat Perlindungan Baitul Ehsan untuk golongan wanita manakala Baitul Iman untuk golongan lelaki," jelasnya.Katanya, tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk membangunkan asnaf Al-Riqab."Tujuan penubuhan pusat ini untuk membebaskan mereka melalui kaedah merawat, memulih dan memberi perlindungan secara menyeluruh dan berkesan melalui al-Quran dan sunnah.Menurutnya, pusat ini turut berkolaborasi dengan Kolej Komuniti Sabak Bernam untuk memantau bidang kemahiran yang ditawarkan di pusat berkenaan."Di sini kita mempunyai tiga bidang kemahiran iaitu memasak, menjahit dan membuat kraftangan yang ditawarkan kepada para pelatih serta akan dipantau oleh kolej komuniti."Mereka juga akan memperolehi sijil kemahiran setelah menamatkan bidang kemahiran ini dari kolej komuniti sekali gus akan membantu mereka bekerja pada masa akan datang," tambahnya.
06 Dec 18
753
Lembah Silika : Terengganu Dan Petronas Jalin Kerjasama Strategik
Dr Ahmad Samsuri (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Terengganu Inc dengan PETRONAS di Kuala Lumpur hari ini .KUALA LUMPUR, 6 Disember - Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) menjalin kerjasama strategik dengan PETRONAS untuk melaksanakan kajian pembangunan pembekalan tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga ke Lembah Silika Terengganu.Projek pembangunan lembah silika itu adalah yang pertama di dunia berasaskan Taman Eko-Perindustrian di Jambu Bongkok, Marang.Ia membabitkan pembangunan bersepadu dua fasa seluas 4,000 hektar yang akan merangsang perindustrian limpahan dan pelbagai ekonomi di Pantai Timur Semenanjung.Dr Ahmad Samsuri Mokhtar .Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pembangunan infrastruktur berkaitan gas itu membabitkan dua fasa termasuk fasa pertama di kawasan pelabur induk yang merangkumi 470 hektar.Manakala pembangunan fasa kedua pula membabitkan kawasan seluas 3,520 hektar."Anggaran nilai pelaburan bagi projek ini berjumlah RM13 bilion menerusi pelaburan domestik dan luar negara dan dijangka menyediakan 7,200 peluang pekerjaan baharu," katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Terengganu Inc dan PETRONAS di sini, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu , Haji Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri , Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).MoU antara Terengganu Inc dan PETRONAS dimetrai disaksikan oleh Menteri Besar (tengah).Dr Ahmad Samsuri seterusnya berkata, Terengganu Inc dan PETRONAS akan melaksanakan kajian dan penilaian teknikal dan komersial bagi pembangunan gas asli, penjanaan tenaga, pembekalan gas perindustrian dan lain-lain yang membabitkan pembekalan gas bagi pembangunan di kawasan berkenaan.Beliau yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, ia adalah kerjasama pertama kali PETRONAS dan Terengganu Inc."Saya berharap melalui perjanjian ini, kedua-dua pihak komited untuk terus memacu pembangunan Negeri Terengganu bagi membangunkan lembah silika selain industri minyak dan gas pada masa akan datang," jelas beliau. Projek ini juga katanya, berada dilokasi paling strategik di lingkungan projek pembangunan Koridor ECER yang juga berhadapan dengan laut China Selatan," jelasnya. Sementara itu, projek sedemikian dilaksana di Kampung Bari Setiu, dengan anggaran deposit silika sebanyak 180 juta tan metrik, di samping beberapa tempat lain termasuk Rantau Abang, Jambu Bongkok, Kampung Telaga Papan, Tembila, Besut dan Kampung Beris Meraga, Kemaman.
06 Dec 18
628
HSNZ Perlukan 1,500 Pain Darah Sebulan
KUALA TERENGGANU, 6 Disember - Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 pain darah sebulan bagi menampung keperluan pesakit di seluruh hospital negeri ini.Pakar Perubatan Transfusi HSNZ, Dr Mohd Muhaimin Kambali berkata, bekalan darah itu bagi menggantikan darah mangsa kemalangan jalan raya, pesakit yang sedang menjalani pembedahan serta pesakit kronik yang memerlukan darah dari Tabung Darah HSNZ. Termasuk juga katanya, keperluan darah yang sentiasa diperlukan oleh kira-kira 200 pesakit talasemia di negeri ini yang bergantung kepada pendermaan darah di mana pesakit-pesakit ini melakukan transfusi darah pada setiap bulan.Katanya, bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan, kempen derma darah dianjurkan selain terus memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menderma.“Syabas kepada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) Terengganu yang menganjurkan kempen menderma darah terutamanya di waktu sekarang ini di mana bekalan darah di Tabung HSNZ agak menurun walaupun masih belum kritikal disebabkan musim cuti sekolah dan tengkujuh.“Dengan adanya program-program sebegini, ianya diharap akan dapat meningkatkan kembali bekalan darah di HSNZ ke tahap yang selamat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Perasmian Program Menderma Darah Maksak Terengganu yang disempurnakan Naib Yang Dipertua I Maksak Terengganu, Dato’ Nik Nazaruddin Mohd Zawawi di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, beliau mengharapkan anggota masyarakat untuk bersama-sama membantu menderma darah dan menaikkan kembali bekalan darah di negeri Terengganu.“Dalam program derma darah yang setiap tahun dianjurkan Maksak Terengganu sebelum ini, purata 150 hingga 200 lebih pain darah berjaya dikumpulkan yang mana merupakan antara program mendapat sambutan oleh penderma darah.“Justeru, saya menyeru kepada masyarakat di luar sana agar datang untuk menyertai kami samada di tabung-tabung darah di seluruh negeri Terengganu ataupun di program-program derma darah yang boleh dilihat di Facebook kami iaitu ‘Derma Darah Terengganu Kite’ yang memaparkan program-program derma darah diadakan di seluruh Terengganu,’ ujarnya.Katanya, statistik penggunaan darah adalah sebanyak 50 pain sehari di mana Tabung HSNZ memerlukan 50 orang daripada rakyat Terengganu untuk menderma darah setiap hari demi menampung keperluan pengunaan darah di negeri ini. “Kebiasaannya, bekalan darah akan menurun pada bulan puasa dan hari raya kerana majoriti penduduk Terengganu beragama Islam dan keduanya pada hujung tahun kerana masing-masing sibuk membuat persediaan menghadapi musim tengkujuh dan musim cuti sekolah,” ujarnya.
05 Dec 18
46
Turun RM6 Juta, Kerajaan PH Tak Serius Bela Anggota Bomba Dan Penyelamat
Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir.Oleh: Dzakaria Mohd Salleh, Helmi Abd SalamKUALA LUMPUR, 6 Disember - Penurunan bajet RM6 juta bagi emolumen anggota bomba dari tahun 2018 ternyata memperlihatkan Kerajaan Persekutuan yang masih tidak memberi perhatian serius kepada keselamatan dan kebajikan anggota bomba dan penyelamat.Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, emolumen bagi anggota bomba yang berjumlah seramai 14,751 orang diturunkan daripada RM619.2 juta pada 2018 kepada RM613.2 juta pada 2019."Ianya telah mengalami penurunan sebanyak RM6 juta. Mengikut rekod, negara telah dikejutkan dengan kematian enam orang anggota bomba ketika operasi menyelamat mangsa lemas di Puchong Perdana baru-baru ini (3 Oktober)."Tambahan pula, yang terdekat isu seorang anggota bomba yang cedera dalam rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman juga perlu diberi perhatian," katanya.Beliau berkata demikian ketika berbahas tentang butiran 030100 Bomba dan Penyelamat pada Sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang sehingga 15 Disember ini.Katanya, dalam anggaran bajet 2019 yang dibentangkan baru-baru ini, ternyata kerajaan masih tidak memberi perhatian serius kepada angota bomba dan penyelamat."Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan disaran untuk memberi perhatian serius kepada pasukan bomba dan penyelamat yang menjalankan tugas berisiko untuk menyelamatkan mangsa bencana atau tragedi."Saya mencadangkan agar pihak kerajaan menaikkan elaun angota bomba dan penyelamat yang mempertaruhkan nyawa bagi keselamatan masyarakat," tegasnya.
05 Dec 18
40
Paras Sungai Terengganu Kembali Menurun
KUALA TERENGGANU, 6 Disember - Paras air di dua sungai utama yang meningkat melepasi paras bahaya pada malam tadi, menurun kepada waspada , pada jam 8.15 pagi ini.Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, dua sungai berkenaan adalah Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu dan Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu.Kesemua paras sungai utama di Terengganu juga menunjukkan penurunan berikutan hujan yang sekejap-sekejap dan kadangkala lebat.Manakala Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu turut kembali normal, manakala Sungai Tumpat, Kemasik pula menurun daripada bahaya kepada amaran. Sementara sungai lain masih normal.Laporan yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu juga menyatakan hujan lebat direkodkan di Lembangan Sungai Marang, Lembangan Sungai Kemaman dan Lembangan Sungai Terenggnu sekitar 22 milimeter (mm) – 89mm sehingga jam 8.00 pagi ini.Bagaimanapun, orang ramai perlu sentiasa bersiapsiaga memandangkan hujan masih lagi berlaku dikebanyakan tempat seluruh Terengganu.
05 Dec 18
42
Pusat Pemindahan Banjir Besol Ditutup
Oleh : Adli Mohamad.DUNGUN, 6 November- Pusat pemindahan mangsa banjir di kampong Besol, di sini, ditutup jam 8.30 pagi hari ini.Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Pengurusan Komunti Kampung(MPKK), Mohd Nasharudin Mohd Salleh selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.Bagaimanapun katanya, penduduk di minta terus berjaga-jaga menghadapi kemungkinan banjir akan berulang ekoran cuaca dan musim tengkujuh di negeri ini. “Air telah pun mulai surut sejak semalam.Cuma semalam kita tak bagi balik terus, sebaik langkah bersedia kerana.risau, hujan yang tidak menentu, akan mengakibatkan air naik lagi."Malam tadi pun dah ada yang pulang ke rumah, cumanya pagi tadi hujan agak lebat, walau bagaimanapun air tidak baik seperti semalam, dan pagi tadi baru pusat pemindahan banjir ditutup," ujarnya kepada pemberita, semasa dihubungi pagi ini.Beliau juga berterima kasih kepada pihak yang memberi kecaknaan dan.segera bertindak iaitu Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertungkus lumus sejak pusat berkenaan dibuka.
05 Dec 18
33
Terengganu FC Mulakan Kempen Patuh Syariah
Hishamuddin ditemui pemberita pada latihan pertama TFC hari ini.KUALA NERUS, 5 Disember - Sebahagian pemain pasukan Terengganu FC (TFC) kelihatan sudah memulakan 'kempen' patuh syariah yang disuarakan kerajaan negeri dalam latihan pertama skuad itu di Padang C, Stadium Tertutup Gong Badak hari ini.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) , Hishamuddin Abdul Karim yang hadir meninjau latihan petang tadi memaklumkan, kempen itu akan dilaksanakan setelah kelengkapan pemain siap dan sempurna."Kita masih belum menerima kelengkapan latihan kerana masih dalam proses penyempurnaan daripada penaja."Selepas itu nanti, barulah pemain-pemain mengenakan pemakaian patuh syariah," katanya.Beliau memaklumkan, PBSNT mengharapkan kebangkitan baru untuk tahun 2019. "Kami ingin TFC meneruskan kesinambungan kejayaan 2018 selain mengharapkan sesuatu yang luar biasa musim depan."Pasukan ini dibentuk 100 peratus di bawah kepercayaan ketua jurulatih hasil perbincangan dengan pengurusan."Pengurusan tidak mengganggu sebarang pemilihan pemain. Sebaliknya, kami cuma menyatakan hasrat dan target pasukan untuk musim depan."Manakala, jurulatih diberikan kebebasan memastikan pemain yang dipilih adalah yang terbaik," katanya.Hishamuddin turut menyatakan, pengurusan berhasrat mahukan peningkatan terbaik dalam permainan dan pasukan."Kita tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi. Tetapi, kita cuba merealisasikan target satu piala yang tidak tercapai tahun ini."Namun, dengan komitmen pemain, tidak mustahil kita mampu mendapat lebih piala," katanya.Sementara itu, Ketua Jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim berkata, kesediaan PBSNT terhadap hasrat itu mula dilaksanakan pemain walaupun musim belum bermula."Kita dapat lihat hari ini dalam lapan ke sepuluh pemain telah mula memakai pakaian yang menutup aurat."Saya akan berbincang dengan para pemain lebih lanjut tentang hal ini dan pelaksanaannya," katanya ketika ditemui pemberita.
05 Dec 18
136
Terengganu FC Atur Langkah Cabar Kejuaraan
Pasukan TFC bersedia awal untuk lebih tampil lebih garang.KUALA NERUS, 5 Disember - Pasukan Terengganu FC (TFC) memulakan latihan pertamanya bagi menghadapi liga musim 2019 di Padang C, Stadium Tertutup Gong Badak hari ini.Ketua Jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan latihan itu bagi meningkatkan kecergasan pemain."Latihan selama dua tiga minggu lebih awal ini untuk mengembalikan prestasi pemain setelah rehat panjang.Irfan harap pemain serius jalani latihan."Kita ada tempoh dua bulan sebelum musim bermula dan saya mengharapkan pemain serius dalam latihan yang diadakan."Musim lalu, kita banyak bolos tetapi kita juga banyak menjaringkan gol. "Jadi, kita harap pemain lebih rajin untuk memperbaiki aspek-aspek yang lemah," katanya ketika ditemui pemberita.Beliau turut memaklumkan, anak-anak buahnya akan menyertai perlawanan pra-musim di Vietnam sebelum liga bermula."Kita akan mengadakan beberapa perlawanan di Vietnam dan menentang pasukan liga tempatan untuk memastikan pasukan dalam keadaan terbaik apabila liga berlangsung nanti," katanya.TFC mengekalkan sebahagian pemain lama dan membawa masuk beberapa pemain bagi memperkuatkan pasukan.Antara tonggak baharu yang kelihatan dalam latihan hari ini ialah Ahmad Shamim Yahaya, Khairul Izuan Rosli, Ilham Amirullah Razali, Khairu Anwar Shahruddin dan Khairu Azrin Khazali.
05 Dec 18
39
IPD Hulu Terengganu Cipta Bot Amfibia Pertama Di Malaysia
Aidil (tengah) menaiki bot Amfibia Qber bersama Mohd Adli Mat Daud (kanan) dan Datuk Azizan Abu Taat.HULU TERENGGANU, 5 Disember- Kreativiti pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu berjaya menjadi perintis penghasilan bot dua alam 'Amfibia Qber' bagi Polis DiRaja Malaysia (PDRM).Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, teknologi cetusan idea Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud bagi tujuan penyelesaian kepada terputus hubungan darat semasa banjir melanda daerah tersebut.Jelasnya, kenderaan itu direka menggunakan inovasi lebih selamat, berfungsi dalam air juga di darat dan dapat digunakan dalam kecemasan menggunakan bahan terpakai."Bot ini akan berfungsi untuk menyelamatkan mangsa banjir sebagai balai polis bergerak ketika berlakunya banjir dan perkhidmatan keselamatan mangsa yang terlibat dalam bencana banjir."Dengan adanya inovasi ini, saya harap IPD dapat beri khidmat terbaik kerana bot Amfibia memang sesuai dikendalikan dan kita akan buat penambahbaikan jika ada peruntukan yang disalurkan kepada pihak PDRM,"katanya kepada pemberita selepas pelancaran Bot Amfibia Qber di Kampung Dusun, Kuala Berang, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Azizan Abu Taat.Ketua Polis negeri, Dato' Aidi Ismail Sementara itu, Mohd Adli berkata, cetusan idea itu datang apabila mereka tersekat akibat banjir yang melanda pada 2016."Kami terpaksa bermalam di salah sebuah pusat pemindahan kerana kenderaan polis gagal meneruskan perjalanan bila air makin naik dan kami terputus hubungan."Begitu juga pada tahun 2017, sekali lagi alami masalah yang sama membuatkan saya terfikir untuk mencipta sebuah kenderaan dua alam yang mampu mengatasi masalah ini,"katanya.Tambah Adli, dengan bantuan lapan anggotanya yang diberi nama Team Ambifia Qber, mereka memulakan projek inovasi KIK Amfibia Qber pada 1 November baru-baru ini dan menyiapkannya dalam tempoh sebulan dengan kos keseluruhan RM11,500 dari tabung IPD dan juga sumbangan orang perseorangan."Bot sepanjang 15 kaki dan enam kaki lebar dengan berat bot 1,200 kilogram diperbuat daripada bahan terpakai seperti kerangka besi, pelampung dari batang paip PVC dan enjin motosikal 100cc yang masih boleh digunakan."Ia mampu memuatkan lapan hingga sepuluh orang dalam satu masa dengan kelajuan di darat 20 kilometer sejam tanpa had perjalanan dan kelajuan di air antara tujuh hingga lapan knot,"ujarnya lagi.Menurutnya, bagi menjamin keselamatan dan keberkesanan bot berkenaan, ujian percubaan dijalankan sebanyak empat kali dalam tempoh sebulan sebaik sahaja ia siap.
05 Dec 18
1018
Jangan Ketepi KK Jabi - Shaharizukirnain
Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir meninjau keadaan air di DUN Langkap baru-baru ini (6 November).Oleh: Dzakaria Mohd SallehKUALA LUMPUR, 5 Disember - Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berharap Kementerian Kesihatan tidak akan mengenepikan projek ubah suai, naik taraf dan pembaikan Klinik Kesihatan (KK) Jabi dan pembinaan KK jenis empat di Rhu Sepuloh, Permaisuri.Menurutnya, dengan pengurangan bajet sebanyak RM22 juta daripada RM95 juta (2018) kepada RM73 juta (2019), projek kepentingan rakyat luar bandar ini diharap dapat dilaksanakan.Shaharizukirnain berkata, isu berkenaan naik taraf dan pembesaran KK Jabi pada ucapannya yang lepas masih belum dijawab oleh menteri meskipun dalam jawapan bertulis."Insya-Allah harap menteri boleh jawab lisan selepas ini. Dengan kapasiti tapak 520 kaki persegi tidak mungkin dapat menampung penduduk seramai 35,000 orang."Ini merupakan kepentingan rakyat luar bandar yang sehingga ke hari ini terpaksa ke hospital daerah Besut yang terletak jauh dengan mereka bagi mendapatkan rawatan disebabkan KK Jabi yang sedia ada tidak mampu lagi menampung penduduk yang seramai itu," katanya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan isu kesihatan pada Sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang sehingga 15 Disember ini.Sementara itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian terbabit kerana akan menjadikan pembinaan KK jenis empat di Rhu Sepuloh antara projek utama di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) nanti."...saya ingin ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia kerana akan menjadikan pembinaan klinik kesihatan jenis empat di Rhu Sepuloh antara projek utama."
05 Dec 18
196