lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Pusat Khidmat DUN Platform Maklumat Usahawan
KUALA TERENGGANU, 10 Disember - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri ini meluaskan peranannya dengan bertindak sebagai platform penyebaran maklumat mengenai pembiayaan yang disediakan kerajaan untuk mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri,  Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, Pusat Khidmat DUN akan berfungsi sebagai pusat sehenti kepada para usahawan untuk mendapatkan info mengenai bentuk pinjaman, bantuan pembiayaan, khidmat nasihat dan sebagainya yang disediakan kerajaan.“Kita telah mengadakan satu taklimat bersama pegawai di Pusat Khidmat DUN dan mereka akan membantu peniaga yang memerlukan khidmat petugas ini termasuk cara mengisi borang bagi memohon pinjaman, khidmat nasihat dan sebagainya seolah-olah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mempunyai cawangan di sana.“Selain borang, segala maklumat mengenai bantuan perniagaan, pembiayaan yang disediakan oleh agensi kerajaan negeri dan pusat akan dipaparkan dalam bentuk risalah dan seumpamanya di Pusat Khidmat DUN mulai Januari ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di program Sembang Santai Bersama Usahawan Peringkat Kuala Terengganu dan Marang di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), semalam.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Rozali Salleh serta ketua-ketua jabatan daripada 22 agensi yang terlibat dengan pembangunan usahawan.Katanya, kerajaan juga berharap setiap pemohon dapat memanfaatkan tawaran yang disediakan supaya tiada usahawan yang tertinggal dan terpinggir daripada bantuan yang disediakan.
09 Dec 18
53
Empty Image
Dr Ahmad Samsuri Yang Kami Kenali
Dr Ahmad Samsuri (tengah) kepimpinan teknokrat masa depan negara.KUALA TERENGGANU,  10 Disember - "Dia cukup terasa dengan permasalahan rakyat,  sensitif terhadap isu dan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik demi Islam dan umatnya."Demikian perwatakan sedia ada kepada Menteri Besar Terengganu,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sepanjang kariernya dalam politik dan pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinannya.Dr Ahmad Samsuri sensitif terhadap isu negara dan ummah hadir ke Dataran Merdeka sertai Himpunan Bantah ICERD.Walaupun beliau baru menggalas tugas sebagai Menteri Besar dalam masa tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu namun kepimpinannya begitu terserlah dan meyakinkan.Isu ummah seperti bantahan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)  mendorong beliau hadir ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur kelmarin, bersama kepimpinan PAS, UMNO dan NGO dari seluruh negara bagi melahirkan rasa syukur terhadap keputusan kerajaan tidak meneruskannya.Dr Ahmad Samsuri terus melangkah bersama rakyat dan ummah, cuba cari penyelesaian terbaik untuk mereka.Sikap berterus terang, mendengar keluhan rakyat dan mencari jalan penyelesaian terbaik adalah sikapnya.Apa lagi dengan panduan dasar negeri iaitu Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang menjadi model polisi dan pentabiran negeri jangka masa panjang antara lain menekankan prinsip pengasingan fungsi antara badan politik dan kuasa ekonomi. Terengganu dipacunya untuk mencapai apa yang dicita-citakan rakyat iaitu Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Menemui dan menemani rakyat di mana sahaja mereka berada.Dr Ahmad Samsuri satu nama baru lambang kepimpinan teknokrat yang akan melakar bumi Terengganu dan Malaysia dengan wajah baru, bertenaga dan bertamadun di masa akan datang.
09 Dec 18
103
Empty Image
Tunai Bajet 2019 Untuk Dapat Keberkatan Allah SWT
Menteri Besar ketika diwawancara penyampai radio Manis FM, Adam di Konti Manis FM, Jumaat lalu.KUALA TERENGGANU, 8 Disember - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan setiap kandungan dalam Bajet 2019 bukan untuk menunjukkan kehebatan dan bersaing dengan sesiapa serta mana-mana negeri, sebaliknya sebagai menunaikan amanah dan mendapat keberkatan Allah SWT."Kita sedia bajet (2019) bukan berlumba dengan sesiapa. Bukan untuk (sekadar) menyatakan kita mampu (lakukan) itu..kita mampu ini..Sebab saya rasa asas yang terbesar kita mahu melaksanakan tugas dan tanggungjawab, melaksanakan amanah dan akhirnya kita mampu mencapai kesejahteraan hidup rakyat dan Negeri Terengganu, seterusnya mencapai objektif mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah  SWT," katanya.Beliau berkata demikian sebagai mengulas tema `Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera’ yang diangkat pada pembentangan Bajet 2019, baru-baru ini ketika sesi wawancara dalam Bicara Khas Pasca-Bajet Terengganu 2019 di konti Manis FM, di sini, kelmarin.Menurut Dr . Ahmad Samsuri, untuk mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT, penduduk negeri termasuk pihak kerajaan, semua agensi serta sesiapa sahaja (umat Islam) yang berada dalam setiap komposisi negeri ini perlu beriman kepada Allah SWT."Cabang hidup kita ini, apa jua yang kita laksanakan sekalipun sama ada kita sebagai rakyat, sebagai orang kampung, sebagai pekerja, sebagai orang kerajaan...sebagai Menteri Besar sekali pun hendaklah kita beriman dan bertakwa kepada Allah kerana itulah yang akan mengunci kita supaya melakukan yang terbaik dan menunaikan amanah untuk mendapatkan keberkatan dan rahmat daripada Allah,"katanya.Tema tersebut menurut beliau, bertepatan dalam Surah Al-A’raaf Ayat ke-96 sebagai prinsipnya, yang diharmonikan bersama pandangan rakyat serta mengambil kira perkembangan ekonomi semasa seterusnya ke arah memenuhi aspirasi Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS).Perencanaan bajet itu turut didokong oleh empat teras utama iaitu keberkatan, kemajuan, kebajikan dan kecekapan.Teras pertama adalah keberkatan, teras kedua adalah kemajuan, teras tetiga adalah kebajikan manakala teras keempat adalah kecekapan.Semua teras tersebut akan diperkukuhkan dengan lapan strategi pelaksanaan termasuklah pertama, mengukuhkan prinsip Islam, kedua, mewujudkan polisi patuh syariah, ketiga, membangunkan kualiti modal insan. Manakala keempat, merancakkan pertumbuhan ekonomi, kelima, mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat, keenam, merealisasikan Terengganu sebagai negeri berkebajikan, selain diperkukuh dengan strategi ketujuh, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan kelapan, menerapkan nilai integriti dan ketelusan.Menteri Besar juga menjelaskan, soal iman dan takwa itu bukan terhad kepada ibadat puasa, zakat dan haji semata-mata, tetapi menyentuh secara keseluruhan aspek kehidupan.Menyentuh lanjut mengenai 20 janji manifesto Kerajaan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kerajaan negeri  itu kini merealisasikan sekurang-kurangnya 12 daripada keseluruhan janji itu.Kata beliau lagi, baki janji itu akan dilunaskan dalam masa lima tahun secara berperingkat, malah tempohnya akan berterusan selain menambah baik setiap usaha pembangunan serta projek yang sudah dan sedang dilaksanakan daripada kerajaan terdahulu.Antara manifesto yang akan ditunaikan tahun depan menerusi pembentangan bajet lalu adalah mengagihkan kad sejahtera bernilai RM500 setahun kepada setiap keluarga daripada golongan miskin dan menyediakan wad kelas ketiga percuma di hospital kerajaan dengan peruntukkan sejumlah RM17 juta.Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk membina rumah-rumah rakyat di bawah skim Projek Perumahan Terengganu-ku Sejahtera (PPTS) dan projek Rumah Mampu Milik (RMM).“Apabila kita sudah melaksanakan 12 daripada 20 itu tidak bermaksud selesai semuanya. Bukan begitu, tetapi akan ada penambahan dan akan kita laksanakan sepanjang tempoh lima tahun ini dan pada masa seterusnya.“Antara 12 itu termasuk pemberian lot tanah perumahan RMM kpd rakyat. Ini proses berterusan sehingga ke tahun seterusnya..komitmen kerajaan mencari tanah yang sesuai untuk rakyat dan mendaftarkannya. Manakala Karnival Kahwin kita akui ia dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu, jadi kita teruskan."Wartwan ada bertanya, adakah kita hentikan projek kerajaan sebelum ini. (Tidak hentikan) kerana mana-mana yang baik dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu walau 20 - 30 tahun lepas sekalipun kita teruskan jika ia memberi kebaikan dengan menambah baik,"katanya.
09 Dec 18
84
Empty Image
Jelajah Belia Bentuk Peribadi Positif
Oleh: Wan Luqman Hakim BESUT 6 Disember- Program Jelajah Belia yang pertama kali diperkenalkan oleh kerajaan negeri bakal melahirkan generasi belia yang sihat minda dan mempunyai peribadi positif.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri prihatin dengan keperluan belia dengan merancang dan melaksanakan pelbagai program yang bersesuaian.Jelasnya, golongan belia perlu bertindak bijak menggunakan segala peluang dan kemudahan yang wujud di persekitaran mereka untuk memajukan diri."Kita nak orang berkata golongan belia kita bersifat positif, oleh itu kita perlu melakukan lonjakan paradigm dan sudah tentu ia bukanlah suatu perkara yang senang untuk dilaksanakan."Kita hendaklah mengambarkan sifat peribadi semangat kerja yang tinggi, rendah diri, rajin dan banyak sifat positif dalam setiap  kita,”katanya ketika menghadiri Program Jelajah EXCO Bersama Belia Terengganu Sejahtera di Kompleks Rakan Muda, Besut, di sini baru-baru ini.Tambahnya lagi, Besut menjadi lokasi pertama untuk siri jelajah dan bakal diadakan di setiap jabatan supaya golongan belia mengetahui program-program yang boleh mereka sertai.“Kita nak supaya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) mengambil bahagian dalam program belia ini supaya mereka menghindari sifat-sifat yang negatif.“Ini membolehkan mereka mengalami, menghayati dan merasai dengan sepenuhnya setiap kegiatan dilakukan sebagai proses pembelajaran sepanjang hayat serta tidak membiarkan diri mereka terjebak dalam kancah tidak bermoral untuk menjadi generasi lebih matang dan bijak,” katanya.
08 Dec 18
40
Empty Image
Doakan Janji Royalti Ditepati
Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 9 Disember - Rakyat Terengganu diminta bersama-sama mendoakan agar Kerajaan Pusat menepati janji-janji mereka untuk menyerahkan baki bayaran royalti minyak dan gas milik negeri ini daripada PETRONAS dengan segera.Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita Kepada Menteri Besar, Hajah Khairiah Mokti berkata, apabila menerima bayaran itu kerajaan negeri pastinya bersedia dan mampu melakukan pelbagai perancangan pembangunan serta kebajikan yang lebih baik kepada rakyat berbanding dengan apa yang ada buat masa kini."Walaupun kita dalam keadaan duit yang terhad, dalam belanja kena berjimat-cermat, tetapi Alhamdulillah ada peruntukan untuk wanita,"ujar beliau. Beliau berkata demikian ketika dihubungi kelmarin sebagai mengulas Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada 25 Disember yang lalu. Menurutnya, dalam keadaan kekangan kewangan, kerajaan negeri tidak meminggirkan nasib wanita negeri ini termasuk wanita muda dan ibu tunggal.Jelas beliau lagi, kebajikan ibu tunggal yang menjaga anak dengan ada di kalangan mereka realitinya  terpaksa berjuang sendirian perlu sentiasa diutamakan dan dibela supaya tidak terus hidup tertekan tanpa keadilan. "Terima kasih kepada Kerajaan Terengganu yang sanggup memberikan bantuan kepada mereka, sebagai rasa tanggungjawab kepada anak-anak yang tidak boleh kita abaikan penjagaan dia dan tidak boleh kita abaikan pembelajaran dia," tambahnya lagi.Beliau juga mengalu-alukan kemudahan tempat-tempat rekreasi untuk muslimat yang disebutkan di dalam pembentangan tersebut. "Sebenarnya semasa kita menang pada 1999 dulu pun, memang kita telah memasukkan dalam menifesto kita untuk mengadakan pusat rekreasi seperti kolam renang khas untuk muslimat tapi kita tak sempat nak laksanakan,"jelasnya . Dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita, Hajah Zuraida Mohd Nor pula, pihaknya berharap kerjasama pemimpin wanita baharu yang menaggotai barisan ADUN bersama Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, keluarga dan Perpaduan Negeri, Haji Hanafiah Mat, akan membina gabungan yang mantap untuk merealisasikan agenda pembangunan dan kebajikan wanita supaya mencapai sasarannya. Justeru itu, beliau juga berharap semua wanita menyokong dan mendokong aspirasi kerajaan dalam keadaan terhad ini dan berusaha untuk memenuhi kehendak-kehendak wanita.
08 Dec 18
44
Empty Image
Baitul Iman Ubah Sisi Gelap
Ustaz Satiful bersama rombongan ketika meninjau kemudahan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Selangor.Oleh: Muhd Lukman, Khairudin Yusof    Hulu Selangor, 9 Disember - Pemuda itu pernah memberontak serta terlibat dalam masalah sosial akibat terpengaruh dengan rakan sebaya sehingga disabitkan dengan kes khalwat.Demikian sisi gelap yang ditinggalkan remaja lelaki berusia 19 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ery sebelum dia kini membina kehidupan baharu di Rumah Pemurnian Akidah Baitul Iman kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).Ketika ditemui media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ery yang menghuni rumah perlindungan itu sejak empat bulan lalu, berkata dia sering terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya untuk melakukan perkara negatif."Kalau dulu saya dipengaruhi kawan- kawan dan terlibat dalam masalah sosial, tinggal solat dan sebagainya," luah Ery.Pun begitu, pemuda itu sangat bersyukur ditempatkan di Baitul Iman kerana dapat memperbaiki dirinya ke arah kebaikan.Menurutnya, Baitul Iman mengubah kehidupan kelamnya kepada yang lebih baik dan mula sedar bahawa hidayah itu milik Allah SWT yang dikurniakanNya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki."Dari saya yang dulu seorang yang tinggal solat, di sini saya belajar mengaji, betulkan bacaan dalam solat daripada para pengajar."Ustaz-ustaz di sini juga banyak bercerita tentang kisah-kisah Nabi yang membuatkan saya insaf dan takut untuk terus berbuat dosa," katanya.Dia juga nekad untuk melihat ibunya gembira dan bahagia dengan perubahan dirinya nanti serta mahu menjadi anak yang baik serta contoh berguna.Seorang lagi penghuni Baitul Iman berasal dari Ajil dan hanya mahu dikenali sebagai Mat, 17, berkata, pusat kebajikan itu banyak membantu beliau berubah dan mengenal diri sendiri."Saya disabitkan kesalahan subahat dalam berkhalwat oleh mahkamah dan telah dihantar ke sini. "Alhamdulillah..hasilnya dari saya tidak tahu mengaji di sini saya diajar mengenal al-Quran. Alhamdulillah, kawan -kawan, ustaz di sini juga baik dan sentiasa membantu kami untuk menjadi lebih baik.Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim berharap penghuni di pusat pemulihan itu dapat menggunakan ruang dan peluang untuk bertaubat dan berubah ke arah lebih baik."Bila berada di sini, mereka tinggal dalam suasana agama dan dipantau oleh ustaz-ustaz yang bertauliah."Mungkin lebih baik mereka di sini dari mereka bersama keluarga tetapi meninggalkan suruhan dan ajaran Allah SWT, "katanya ketika ditemui pemberita dalam lawatan kerja ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, di sini, kelmarin.Rombongan kerja selama dua hari itu diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Ustaz Satiful Bahri Mamat ke Rumah Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.Turut serta, Pengarah UPDI, Ustaz Mohd Soud Said serta pegawai di  Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT), Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
08 Dec 18
1292
Empty Image
Setengah Juta Umat Berhimpun Di Dataran Merdeka
MB Terengganu (tengah) dan MB Kelantan (tiga dari kiri) turut hadir di Himpunan Setengah Juta Umat di Dataran Merdeka. KUALA LUMPUR,  9 Disember - Himpunan Aman menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mencipta sejarah apabila 500,000 rakyat berbilang kaum dan agama seluruh negara berhimpun di Dataran Merdeka mulai jam dua hingga lima petang semalam. Himpunan itu disifatkan sebagai terbaik berbanding Himpunan BERSIH sebelum ini kerana lebih aman dan terkawal. MB Kelantan mengimami solat zohor di Masjid Negara.Himpunan ucapan terima kasih kepada kerajaan pusat kerana tidak meratifikasi ICERD itu menghantar mesej amaran agar hasrat ratifikasi itu tidak diteruskan sampai bila-bila. Ini kerana dasar tidak ada sebarang diskriminasi agama dan kaum sudah dilindungi dan termaktub dalam Perlembagaan Negara maka tidak ada sebab mana-mana kaum merasa tergugat dan curiga dengan layanan baik dan kontrak sosial yang diamalkan di negara ini. Ahli Parlimen Marang (tengah) menyampaikan pantun berbentuk amaran untuk penyokong ICERD.Himpunan tersebut disokong oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob  dengan kehadiran mereka di dataran itu. Presiden PAS,  Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melahirkan rasa syukur kerana Kerajaan Pusat membuat keputusan untuk membatalkan ratifikasi ICERD sehingga tidak dibawa ke Dewan Rakyat.Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pentas Himpunan."Kita ucapkan terima kasih tetapi masih ada kenyataan yang menunjukkan akan berlakunya bolos dan perjuangan kita (menentang ICERD) akan diteruskan, " katanya dalam ucapannya di akhir himpunan setengah juta umat itu. Tidak ketinggalan beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mengawal himpunan dan memberi kerjasama kepada pihak penganjur. "Mereka adalah saudara-saudara kita,  sebangsa dengan kita,  seumat dengan kita dan serakyat dengan kita, " tegas Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang. Antara setengah juta umat di Himpunan Bantah ICERD di Dataran Merdeka semalam.Himpunan peserta berbaju putih itu disertai kebanyakan pimpinan tertinggi PAS, UMNO dan  Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sekaligus himpunan pertama terbesar selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).
08 Dec 18
202
Empty Image
Graduan TESDEC Laku Keras Di Pasaran
Sembilan graduan terbaik TESDEC meraikan kejayaan bersama.KUALA TERENGGANU, 8 Disember - Laporan Audit Negara 2018 yang dibentangkan di Parlimen Malaysia baru-baru ini menyatakan lebih 85 peratus graduan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian mereka.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya merakamkan ucapan tahniah kepada institusi tersebut yang berjaya menghasilkan tenaga kerja berwibawa di lapangan.“Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada tenaga pengajar, ibu bapa dan seluruh warga TESDEC yang telah berusaha bersungguh-sungguh memastikan para graduan menjadi insan terpelajar bagi mengisi ruang dan pasaran kerja yang sentiasa terbuka.“Pekerja dalam bidang kemahiran ini memang diperlukan dalam negara kita. Pendekatan 70 peratus kemahiran dan 30 peratus teori yang diterapkan TESDEC memberi kebolehpasaran kepada pelatih mereka untuk bekerja dengan lebih baik.“Saya difahamkan ada syarikat yang telah memohon pelatih TESDEC untuk dijadikan pekerja walaupun mereka belum menamatkan pengajian.“Bahkan, saya berjumpa dengan pelatih-pelatih yang menamatkan pengajian hari ini dan majoriti mereka memaklumkan telah bekerja dalam industri,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Graduasi TESDEC 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.Beliau yang mewakili Menteri Besar turut merasmikan majlis itu dan memberi nasihat kepada graduan supaya menanamkan sikap kepimpinan, amanah dan integriti untuk melonjakkan kecemerlangan dan kesejahteraan agama, bangsa dan negara.“Anda kini menjadi cermin dan teladan dalam masyarakat. Saya harapkan para graduan berani mengambil risiko, mampu mengurus perbezaan serta bertindak dengan hikmah dan berperanan dalam komuniti,” katanya.Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Md. Kamaru Al-Amin Ismail memaklumkan, institusi itu akan menyediakan kursus baharu bagi tahun 2019 iaitu Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sebagai tambahan kepada 13 kursus pelbagai peringkat sedia ada.Seramai 115 graduan TESDEC daripada tujuh kursus utama dianugerahkan sijil dalam majlis yang gilang-gemilang hari ini dengan sembilan daripada mereka dinobatkan sebagai graduan terbaik mewakili kursus masing-masing.Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah TESDEC, Mat Azmi Arshad (Pegawai Daerah Marang) dan Anuar Awang (Yang Dipertua Majlis Daerah Marang).
08 Dec 18
779
Empty Image
Jadilah Umat Islam Yang Mencintai Agama - Mufti Terengganu
Oleh: Saifullah JusohBESUT 8 Disember -Setiap perkara yang ingin kita lakukan hendaklah dipimpin oleh agama agar kita tidak lari dan tersasar dengan kehendak Allah dan Nabi SAW, kata Mufti negeri Terengganu, Sohibus Samahah Dato' Dr Zulkifly Muda.Beliau berkata, orang Islam perlu menjadi orang yang mencintai ilmu agama terutamanya anak-anak muda yang mana akan menjadi pemimpin pada masa hadapan."Sempena menyambut hari Ulang Tahun Kelahiran Nabi Muhammad SAW, saya menyeru kepada semua ummat Islam supaya menyahut seruan pertama yang diterima oleh Baginda, iaitu 'Iqra' yang bermaksud bacalah." Saya menyeru kepada semua supaya janganlah kita hanya menyatakan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW di bibir mulut sahaja...kita perlu melakukan setiap perkara yang disuruh dan meninggalkan semua perkara yang dilarang oleh Baginda SAW sebagai tanda sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW yang sebenar," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah dalam majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Besut di Dewan Kota Putera Square, di sini baru-baru ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Haji Nurkhuzaini Ab Rahman.Seramai 2000 orang daripada badan-badan kerajaan, badan bukan kerajaan serta parti-parti politik hadir pada majlis tersebut.Tambahnya, kini orang Islam dipandang rendah kerana orang Islam itu sendiri telah meninggalkan ajaran Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW."Dan ingatlah mulianya kita hanya dengan Islam maka kembalilah kepada ajaran yang sebenarnya, "ujar Zulkifly.
07 Dec 18
113
Empty Image
Guan Eng Minta Haji Amzad Tulis Surat
Haji Ahmad Amzad (kiri) ketika menyampaikan hadiah kepada pelajar PASTI di Kuala Terengganu baru-baru ini. KUALA LUMPUR,  8 Disember - Menteri Kewangan Lim Guan Eng meminta Ahli Parlimen Kuala Terengganu,  Haji Ahmad Amzad Hashim menulis surat dipercayai untuk penjelasan dan tuntutan bayaran pendahuluan pembiayaan Lebuh Raya Pantai Timur 2 ( LPT2).Ia melibatkan sejumlah RM1.85 Bilion wang dana khas milik Terengganu yang sehingga kini sebanyak RM1.45 Bilion belum dipulangkan. Haji Ahmad Amzad berkata, sebahagian pernah dibayar sebanyak RM118 juta dalam bentuk naik taraf jalan Awana Kijal, Kemaman. "Isunya jalan itupun adalah milik persekutuan yang memang sudah menjadi tanggungjawab persekutuan," jelas beliau. Haji Ahmad berkata demikian di status facebooknya,  menjelaskan soal jawab soalan lisan beliau untuk dijawab oleh menteri berkenaan dalam Persidangan Dewan Rakyat kelmarin. Katanya, sebanyak RM300 juta dijanjikan untuk Rumah Mampu Milik termasuk sebanyak RM100 juta telah dibelanjakan berbaki RM200 jut lagi memerlukan komitmen persekutuan agar diteruskan. "Itu pun saya akan mendapat kepastian agar ia bukanlah peruntukan yang sama untuk perumahan rakyat yang sememangnya diperuntukkan kepada setiap negeri kerana ia sepatutnya sebahagian skim pembayaran semula wang dana khas milik Terengganu yg dibelanjakan untuk LPT2," jelas beliau lagi. Menurut Haji Ahmad Amzad, tiada negeri lain tolong bayarkan untuk pembinaan lebuhraya milik persekutuan seperti di Terengganu dalam projek LPT2 dalam jumlah mencapai angka billion ringgit.Dalam soalannya beliau menegaskan pembayaran dalam bentuk projek mesti untuk senarai projek negeri yg menjadi milik negeri. Haji Ahmad Amzad meminta kepastian agar kerajaan persekutuan di bawah Pakatan Harap (PH) menjelaskan sama ada kerajaan itu akan meneruskan amalan terdahulu di Terengganu yang tenyata merugikan negeri itu dan tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan dengan jelas senarai milik negeri dan senarai milik persekutuan. Katanya, Menteri Kewangan itu tidak bersedia untuk menjawab soalan tersebut dan meminta saya menulis surat kepadanya dan beliau telah berjanji akan menjawabnya secara bertulis.Di Dewan Rakyat kelmarin,  Haji Ahmad Amzad telah mengambil peluang di atas soalan tambahannya berkenaan jumlah pendahuluan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri negeri untuk membangkitkan isu pembiayaan Projek LPT2 yg menelan belanja lebih RM5 Billion. Katanya, seperti masih tertera pada satu artikel di Laman Sesawang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2015, Bekas Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri ketika itu Ir Rosli Othman menyifatkan projek LPT2 tersebut unik kerana ia satu satunya Lebuhraya milik persekutuan di Malaysia yang mana satu pertiga dari pembiayaannya oleh Kerajaan Terengganu. 
07 Dec 18
23