Artikel "Semasa" Terkini
Khuatir Lemas, Pencarian Masuk Hari Keempat
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 12 Disember - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja yang dikhuatiri lemas kini sudah memasuki hari keempat.Terdahulu, mangsa, Mohd Syarif Mohd Zulkifli, 13, dilaporkan lemas ketika memancing bersama adiknya Mohd Syazwan Mohd Zulkifli, 10 tahun di sungai berhampiran Kampung Gong Duek baru-baru ini (9 Disember).Pihak yang terlibat dalam membantu operasi ini ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Amal Malaysia (JAM), Alternative Riding Club (ARC) dan penduduk kampung.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mengadakan lawatan untuk meninjau tempat kejadian serta menziarahi keluarga mangsa.“Hujan lebat sejak semalam menyukarkan operasi pencarian mangsa. Saya menyeru orang ramai untuk sentiasa berdoa bagi memudahkan operasi pencarian mangsa."Satu bilik gerakan operasi telah dibuka berdekatan dengan tempat kejadian manakala tempat operasi pencarian bermula di Kampung Tanjung Alir dan sepanjang Sungai Besut," katanya.
11 Dec 18
46
Terengganu Bina Tapak Ekspo Pertanian Negeri
Petugas MAHA 2018 merakamkan kenangan bersama hadiah kemenangan Pavilion Terengganu.Oleh: Nurul Fatimah Az-zahra ZainudinKUALA TERENGGANU, 11 Disember - Kerajaan Terengganu bakal membina lapangan ekspo pertanian seiras tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim memaklumkan, kerajaan negeri akan memanfaatkan Kompleks Pertanian Negeri di Ajil yang memiliki keluasan lebih 70 hektar untuk tujuan tersebut."Kita akan membina pavilion milik jabatan-jabatan berkaitan yang mempamerkan pelbagai produk pertanian dan industri asas tani."Sebelum ini, program 'Road to MAHA' julung kali dianjurkan negeri Terengganu pada Oktober lalu di perkarangan Pejabat MARDI Kuala Terengganu sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018."Tapak baharu ini bakal dijadikan tapak tetap 'Road to MAHA' yang diadakan secara dwi tahunan," katanya.Dr. Azman Ibrahim.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu meraikan petugas Pavilion Terengganu dalam Majlis Meraikan Petugas MAHA 2018 di Wisma Peladang Terengganu, hari ini.Lebih 200 petugas hadir terdiri daripada kakitangan Jabatan Pertanian Negeri, MARDI, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri.
11 Dec 18
109
Kerajaan Negeri Peruntuk RM2.5 Juta Tubuh Pusat Bahasa Universiti Al-Azhar
Satiful Bahri Mamat. Foto ihsan - ManisfmKUALA TERENGGANU, 11 Disember - Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.5 juta menerusi Belanjawan 2019 bagi penubuhan Pusat Bahasa Universiti Al-Azhar cawangan Negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan penubuhan Pusat Bahasa Arab (Markaz Lughah) yang pertama di Malaysia itu yang mana kedua-dua pihak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Mesir Oktober lalu.Menurut beliau, penubuhannya memberi banyak manfaat kepada mahasiswa dan mahasisiwi di negeri Terengganu terutamanya dari segi penjimatan kos dan tempoh pengajian sebelum meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar.Katanya, berperanan sebagai pusat persediaan dan penguasaan Bahasa Arab, ianya ditempatkan di Bangunan Hab Digital Terengganu, TD1303.“Sekarang dalam proses penyeliaan tempat dan sebagainya, malah kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan untuk membaik pulih bangunan TD1303 untuk dijadikan pusat bahasa ini."Yang paling penting, Sijil Markaz Lughah ini diiktiraf di serata dunia dan menjimatkan masa para pelajar yang bakal meyambung pengajian di Universiti Al-Azhar kerana tidak perlu mengambil bidang bahasa Arab di sana, sebaliknya terus masuk ke kuliah," ujarnya ketika bersiaran di Manis.fm hari ini.Katanya, kerajaan negeri bertuah kerana dapat bekerjasama dengan universiti berkenaan yang mempunyai sistem kurikulum yang baik dan para pensyarah yang berkemahiran dalam melatih para pelajar.
11 Dec 18
182
Tunggu Audit Bebas Sahkan Isu Tabung Haji - Khairuddin
Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 11 Disember - Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH) perlu melantik juruaudit bebas bagi melaksanakan audit terhadap akaun Tabung Haji (TH) yang didakwa bermasalah.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, TH merupakan aset terbesar umat Islam negara dan ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup kelemahan kerajaan dalam membayar dividen kepada pendeposit.“Cadangan penjualan aset TH kononnya untuk menyelesaikan masalah kewangan bakal mendedahkan aset TH ke tangan pihak luar.“Sudah banyak kali Kerajaan Persekutuan bermain dengan angka sebegini bagi mengelirukan masyarakat," katanya ketika dihubungi pemberita semalam.Beliau menegaskan bahawa cadangan itu perlu ditangguhkan sehingga pihak audit bebas mengesahkan dakwaan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Mujahid Yusof.
10 Dec 18
49
SPRM Terengganu Sedia Bantu Syarikat Korporat Bebas Rasuah
Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pengurusan Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) di Darul Iman Training Centre (DITC) Teluk Kalong,KEMAMAN, 11 Disember - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu bersedia membantu syarikat korporat di negeri ini menggunakan langkah asas bagi menyelamatkan organisasi daripada terlibat dengan rasuah selaras Akta SPRM (pindaan 2018) yang membabitkan peruntukan baharu Seksyen 17A.Pengarahnya, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Mohd Zaki Hassan berkata, Seksyen 17(A) diluluskan pada sidang Dewan Negara pada Mac lalu yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya menjelang 2020 juga membolehkan sesebuah syarikat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perlakuan jenayah dan bukannya sivil sekiranya kakitangan bawahan melakukan kesalahan rasuah sama ada dengan atau tanpa disedari syarikat.Katanya, pindaan itu dilakukan bertujuan menggalakkan perniagaan dan aktiviti komersial dijalankan dalam keadaan bebas rasuah."Contohnya kalau pegawai atau pengurus atas buat kesalahan atas kapasiti individu dan kalau kita boleh buktikan ia diluluskan oleh entiti (syarikat) itu sendiri maknanya kita boleh siasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009."Ia adalah liabiliti korporat, maknanya syarikat pun kena tanggunglah. Sebelum ini syarikat tidak dipertanggungjawabkan atas kesalahan individu iaitu kalau misalnya pengurus, pengurus kanan dan sebagainya terlibat dalam rasuah, kita tuduh atas kapasiti individu dan syarikat tidak dituduh," katanya.Mohd Zaki HassanBeliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pengurusan Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) di Darul Iman Training Centre (DITC) Teluk Kalong, di sini, semalam.Mohd Zaki berkata, Seksyen 17A Akta SPRM 2009 bertujuan menggalakkan syarikat-syarikat korporat untuk menolak dan menghapuskan budaya rasuah kerana rasuah boleh muncul dalam pelbagai bentuk termasuk hiburan dan apa sahaja yang bertujuan melindungi bisnes atau projek. Menurut Mohd Zaki, SPRM di Terengganu akan mengambil langkah untuk membantu, menerangkan inisiatif dan langkah pencegahan yang boleh diambil sesebuah organisasi bagi mengelak mereka dikenakan tindakan undang-undang liabiliti korporat atas kesalahan rasuah kerana sudah tiba masa korporat dan syarikat swasta lebih berhati-hati dalam menjalankan urusan masing-masing."Kita akan membantu macam mana untuk siap sediakan syarikat korporat ini dengan satu pelan atau rangka yang boleh menyelamatkan syarikat-syarikat daripada terlibat dengan rasuah seperti 'no gift policy' dan sebagainya supaya perkara berkenaan boleh dicegah di peringkat syarikat lagi," katanya.
10 Dec 18
707
MB, Exco Perlu Kerjasama MPKK
Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 11 Disember 2018 – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menjadi sebahagian daripada jentera kerajaan yang penting berperanan menjayakan segala perancangan kerajaan untuk manfaat rakyat di peringkat akar umbi.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, mustahil kerajaan yang dipimpin seorang Menteri Besar dan sepuluh anggota Exco mampu menjaga 1.2 juta rakyat Terengganu tanpa kerjasama pihak lain.“Oleh itu, struktur organisasi kerajaan negeri yang terdiri daripada, Menteri Besar, barisan Exco wakil rakyat di setiap DUN (Dewan Undangan Negeri), Setiausaha Kerajaan, pegawai daerah, penghulu dan peringkat terakhir adalah MPKK yang akan berurusan secara langsung dengan rakyat bagi menjaga kebajikan mereka,”ujarnya. “kita tidak mahu lagi mencari kelemahan tetapi pada masa yang sama tiada tindakan yang sewajarnya diambil bagi menyelesaikan sesuatu isu” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Komputer Riba kepada MPKK DUN Bukit Tunggal, di Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Tunggal, Serdang Baru, di sini, semalam.Hadir sama, Pegawai IT dan Media Baru Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Bukit Tunggal, Mohd Norizu Ismail@Muda dan Ahli Jawatankuasa MPKK.Dr. Alias berkata, MPKK juga perlu mengubah ‘mind set’ mereka daripada pembangkang kepada kerajaan.Menurutnya lagi, sebagai wakil kerajaan, tanggungjawab yang dipikul oleh MPKK sangat berat maka mereka mestilah melengkapkan diri dengan pengetahuan berkenaan hasrat kerajaan melalui program-program yang diatur oleh pihak DUN, pejabat daerah, dan kerajaan negeri.Selain itu, menyentuh mengenai beberapa tawaran manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, kerajaan memperuntukkan RM12 juta untuk kemudahan kad sejahtera, RM5 juta untuk wad kelas tiga percuma, air percuma untuk 20 meter padu bagi golongan berpendapatan rendah, lesen motosikal percuma sebanyak RM300. Kerajaan juga menanggung 14 juta bagi menampung kos pengecualian cukai pintu sebagaimana yang telah dijanjikan.“Apa yang saya risau adalah segala tawaran yang diberikan daripada pihak kerajaan tidak sampai kepada rakyat akibat kelalaian kita dalam menjaga kebajikan mereka, oleh itu pihak DUN mengambil inisiatif untuk memperuntukkan satu komputer riba kepada setiap cawangan MPKK bagi memudahkan urusan membantu rakyat yang berhajat memohon bantuan khususnya yang berbentuk secara ‘online’ contohnya seperti pendaftaran i-Dana, Rumah Mampu Milik (RMM) dan sebagainya,” tegasnya.Beliau yang juga ADUN Bukit Tunggal berharap, semoga dengan pemberian inisiatif ini dapat memperkasakan MPKK dengan bersikap lebih proaktif serta memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat.
10 Dec 18
82
Remaja Hanyut Ketika Memancing Masih Belum Ditemui
Pencarian diteruskan dengan bantuan ramai pihak.Oleh: Norekwan MamatBESUT, 10 Disember - Seorang remaja berusia 13 tahun dikenali sebagai Mohd Syarif Mohd Zulkifli, dihanyutkan arus deras ketika memancing bersama adiknya di Sungai Besut berhampiran rumah mangsa di Kampung Gong Duek, kelmarin.Sehingga kini operasi pencarian masih dijalankan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Sukarela Malaysia (RELA) dan penduduk kampung.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Mat Daik Mohamad menyeru orang ramai untuk terus berdoa agar urusan pencarian tersebut dipermudahkan."Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan diharapkan mereka bersabar di atas ujian Allah SWT," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini. Beliau hadir bersama sebahagian penduduk kampung membantu dalam usaha pencarian mangsa dari hari kejadian sehingga kini.Mat Daik turut bantu pencarian.
10 Dec 18
52
Biar Anak-Anak Gembira Mulakan Persekolahan
Ustaz Ahmad Shah mengukur ukur lilit pinggang salah seorang anak penerima bantuan awal persekolahan hari ini.Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 10 Disember - Keprihatinan Kerajaan Terengganu terbukti apabila mengambil pendekatan mengubah corak agihan bantuan awal persekolahan 2019 dalam bentuk baucer barangan bagi memastikan anak-anak gembira dan bersemangat untuk ke sekolah dalam keadaan berpakaian baru.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, ianya merupakan kebajikan yang dijanjikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat."Mudah-mudahan rakyat menikmati sedikit kesenangan dalam suasana menghadapi tekanan kos sara hidup yang tinggi serta pendapatan yang berkurang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2019 Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar bagi pemegang baucer dari Kampung Tokku dan Cabang Tiga di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bandar hari ini.Dalam pada itu, Ahmad Shah turut berharap agar anak-anak penerima bantuan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran."Terima kasih pada semua yang datang. Saya mendoakan agar mereka memulakan sesi pembelajaran dengan langkah yang cemerlang insya-Allah," tambahnya.Program yang bermula seawal jam 9 pagi itu berjalan lancar dengan kerjasama yang baik ditunjukkan oleh para petugas yang mengagihkan bantuan berupa pakaian, kasut dan beg sekolah.Seramai 250 orang penerima hadir yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Hadir sama, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), DUN Bandar, Sayyid Hasan Mohamad.
10 Dec 18
119
EPIC Ikrar Bebas Rasuah
Kakitangan termasuk pegawai Kumpulan EPIC bersama pengarah serta pegawai SPRM Terengganu pada Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah di Darul Iman Training Centre, Telok Kalong.KEMAMAN, 10 Disember - Seramai 70 kakitangan termasuk pegawai dari Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi 2018, sebagai komitmen menentang gejala rasuah secara holistik.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor berkata, ia merupakan tanda sokongan dan komitmen EPIC sebagai sebuah anak syarikat kerajaan negeri dalam membanteras jenayah salah guna kuasa serta mewujudkan perkhidmatan yang telus dan adil."Majlis ini juga seiring dengan teras utama Rancangan Perniagaan EPIC 2019-2023 iaitu menerima pakai amalan terbaik dalam pengurusan perniagaan tadbir urus dalam menuju ke arah kemampanan dan kreadibiliti syarikat di masa kini dan akan datang."Ikrar Bebas Rasuah ini juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan lagi nilai-nilai integriti serta melahirkan modal insan yang lebih bertanggungjawab dan amanah dalam setiap aspek tugasan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pengurusan Kumpulan Epic Bersama SPRM 2018 di Darul Iman Training Centre, Teluk Kalong, di sini, hari ini.Noor Fadzil Mohamed Nor.Turut hadir, Pengarah SPRM negeri, Nik Andy Suwardy Amry, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya, Mohd Zaki Hassan dan Timbalan Pengarah SPRM, Zainal Ayub.Tambahnya lagi, ini merupakan tanda komitmen EPIC untuk bersama-sama memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa yang merupakan perosak kepada sesebuah organisasi dan masyarakat."EPIC juga telah melaksanakan program transformasi sejak tahun 2014 sehingga kini dengan pelbagai program telah dijalankan dari segi kemajuan perniagaan mahupun aspek akidah, ibadah dan juga akhlak," ujarnya.Untuk rekod, IBR adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh SPRM yang memberi penekanan kepada ikrar serta janji yang dibuat dalam kapasiti individu, untuk menjunjung tanggungjawab serta akauntabiliti bagi menjauhi serta menghindari diri daripada sebarang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang menjalankan tugas.Sementara itu, Noor Fadzil berkata, EPIC dijangka mencapai prestasi memberangsangkan dengan unjuran keuntungan sebanyak RM295 juta pada tahun ini iaitu meningkat sebanyak RM25 juta berbanding RM270 juta pada tahun lalu.Tambahnya, peningkatan perolehan yang menghasilkan lebihan keuntungan RM25 juta berbanding tahun lalu itu dijana menerusi pendekatan memberi tumpuan kepada segmen baharu dalam sektor minyak dan gas selain merancakkan aktiviti hiliran dan penyelengaraan.
10 Dec 18
40
Pilihan Raya PBT Undang Api Dalam Sekam - Abdul Hadi
KUALA LUMPUR, 10 Disember - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, beliau bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak akan dilaksanakan di Malaysia.Katanya, perkara tersebut boleh mengundang konflik antara kaum dan melebarkan jurang antara bandar dan luar bandar."Perkara ini pernah saya kemukakan di dalam sebuah rencana berjudul “Pembangunan Bandar Bermasyarakat Madani” yang ditulis pada 23 Januari 2015, dan ianya menjadi antara perkara yang menguji setiakawan DAP dan PKR yang ketika itu masih bersama PAS dalam Pakatan Rakyat."Saya tekankan bahawa kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh mencetuskan ketidakstabilan, melebarkan jurang bandar dan desa, dan yang paling menakutkan ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini, mengulas tentang pendirian Tun dalam pelaksanaan PBT.Katanya, semua pihak perlu sedar bahawa bandar perlu dibangunkan seiring dengan luar bandar, manakala kestabilan ekonomi dan politik di bandar perlu dijaga bagi mengelak timbulnya jurang perbezaan dan ketegangan kaum dalam negara. Inilah asas pembangunan seimbang di antara bandar dan luar bandar yang diperjuangkan oleh PAS sejak kemerdekaan negara."Jangan dilihat penguasaan ekonomi peniaga dan penduduk bandar daripada kaum tertentu sahaja, tetapi perlu juga diambil kira golongan pekerja, pemandu teksi dan peniaga jalanan serta pembekal dan petani di luar bandar yang turut mempunyai peranan membangunkan bandar."Semua pihak wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang mesti dijalin dengan baik. Kita perlu melihat semua kalangan dan keadaan, termasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal di pedalaman serta kaum peribumi di Sabah dan Sarawak juga mempunyai peranan untuk memakmurkan bandar."Kemajmukan ini wajib disatukan dalam titik persamaan, saling mengerti dan melengkapi, bertolak ansur dalam perkara yang berbeza, dan berlaku adil terhadap semua," jelasnya.
09 Dec 18
75