lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Hujan Lebat Dijangka Berterusan
KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kelantan sehingga 1:00 pagi esok.Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.Dalam pada itu, menurutnya, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang sehingga Ahad, 16 Disember 2018."Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," katanya.Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
12 Dec 18
55
Empty Image
Bawa Suara 600,000 Wanita Seluruh Terengganu - Hajah Zuraida
Oleh: Aslam WiraMARANG, 12 Disember - Suara kira-kira 600,000 wanita seluruh Terengganu akan terus saya dengari dan perhalusi untuk memenuhi keperluan dan kebajikan mereka yang memerlukan pembelaan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Hajah Zuraida Mohd Noor.Menurutnya, sejurus dilantik sebagai ADUN baru-baru ini, beliau dihujani pelbagai soalan berhubung peranan dan kawasan perkhidmatan sebagai wakil rakyat."Bermulanya lantikan itu, saya telah dikunjungi oleh wanita tidak kira tua atau muda dengan pelbagai isu, jadi saya akan menyuarakan hak dan masalah mewakili mereka untuk saya ketengahkan kepada pihak yang bewajib,” katanya ketika berucap merasmikan program Dana Agihan Baju Persekolahan DUN Rhu Rendang di Dewan Sivik Seberang Marang, di sini, hari ini.Turut serta, Penyelia i-MiTS Rhu Rendang, Haji Mohamad Embong, Pegawai Seranta Hal Ehwal Wanita i-MiTS Terengganu, Faridah Omar dan Ketua Pemuda Pas DUN Rhu Rendang merangkap pengarah program, Mohammad Aswadi Mohamad dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.(MPKK) DUN Rhu Rendang.Bermula 10 sehingga 16 Disember ini, lebih 4,200 pelajar di seluruh DUN itu menerima baucer bantuan pakaian sekolah yang diagihkan menerusi MPKK masing-masing.Menurut Zuraida lagi, sebagaimana dasar kerajaan baru, pihaknya akan terus mengkaji program yang baik seperti itu selain menambah baiknya untuk kepentingan rakyat Terengganu.Malah, kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM12 Juta untuk Dana Bantuan Persekolahan ini yang merangkumi 116,000 pelajar di seluruh Terengganu sebagai langkah positif bagi meringankan beban ibu bapa untuk persiapan persekolahan bagi sesi 2019 nanti.
12 Dec 18
68
Empty Image
Remaja Lemas Akhirnya Dijumpai
Foto ihsan - APM TerengganuOleh: Norekwan MamatBESUT, 12 Disember - Mayat remaja yang hanyut di Sungai Besut, Kampung Tanjung Alir empat hari yang lalu akhirnya ditemui beberapa jam selepas solat hajat dilakukan pada awal pagi.Mangsa, Mohd Syarif Mohd Zulkifli, 13, dijumpai pada jam 12:40 tengah hari terdampar di tebing Sungai Lubuk Kijang, Alor Keladi disahkan meninggal dunia.Beberapa jam sebelum mangsa tersebut dijumpai, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad mengimamkan solat hajat bagi mempermudahkan usaha mencari mangsa."Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan orang ramai kerana telah bertungkus-lumus dalam usaha pencarian ini," katanya kepada pemberita selepas mangsa ditemui di tempat kejadian hari ini.Terdahulu, mangsa dilaporkan lemas ketika memancing bersama adiknya Mohd Syazwan Mohd Zulkifli, 10, baru-baru ini (9 Disember).
12 Dec 18
25
Empty Image
Besut Bakal Jadi 'Mini Terengganu'
Haji Mohd Nurkhuzaini (kiri) di Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Derah Besut baru-baru ini.BESUT, 12 Disember - Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, idea cadangan (proposal) 'Venue Of Besut' seorang pemimpin bukan kerajaan akan dipertimbangkan untuk diguna pakai bagi memajukan daerah Besut sebagai 'Mini Terengganu'.Ini kerana katanya, semua tempat menarik sebagai destinasi pelancongan terdapat di daerah itu termasuk pulau, pantai, sungai, air terjun, tasik dan air panas sekali gus ia menjadi destinasi terkenal di dalam dan luar negara jika ia dimajukan."Pulau Perhentian sebagai contoh memang dikenali di kalangan pelancong asing tetapi destinasi lain yang ada di daerah Besut tidak banyak didedahkan kepada pelancong menyebabkan ia kurang menjadi tumpuan kepada pelancong asing," jelasnya ketika diwawancara oleh sebuah saluran media secara langsung di sini hari ini.Katanya daerah Besut boleh disifatkan sebagai 'Mini Terengganu' kerana apa yang ada di Terengganu ada di dearah tersebut.Cuma jelas beliau, keindahan alam di daerah tersebut perlu diintegrasikan sehingga penduduknya turut mendapat manfaat hasil dari kedatangan pelancong luar dan dalam negeri."(Sebelum diintegrasikan) Pelancong datang ke Pulau Perhentian tidak dapat manfaat yang banyak kepada penduduk Besut sendiri."Pelancong datang 'parking' kereta di Kuala Besut dan Kampung Raja, mereka menaiki bot (untuk ke pulau itu) pergi dan balik, orang Besut hanya duduk minum di kedai kopi, mereka kira (pelancong) datang ramai, ada empat buah bas, 30 buah kereta, orang Besut hanya dapat melihat sahaja, tidak dapat manfaat untuk mereka kecuali orang di Pulau Perhentian," jelas beliau.Justeru, Haji Mohd Nurkhuzaini mahu melihat integrasi dibuat hasil dari ratusan ribu kedatangan pelancong ke daerah tersebut untuk manfaat penduduk setempat.Mengulas mengenai 'proposal' itu lagi, Haji Mohd Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kota Putera berkata, jaluran yang dibuat dalam cadangan itu adalah suatu yang menarik kerana keindahan alam yang ada di daerah itu lebih baik berbanding negara-negara luar."Cuma tempat kita (Besut) tidak dimajukan dan didedahkan keindahan alamnya kepada para pelancong yang berkunjung ke Besut," jelas beliau.Cadangan itu menjelaskan tentang kawasan yang perlu dimajukan bermula dari Kampung Raja sehingga Sungai Keluang dengan keaslian alamnya masih lagi kekal termasuk pokok nipah, biawak, monyet dan hidupan sungainya."Semua ini bagi pelancong mempunyai nilai tersendiri dan saya bercadang untuk mengambil alih cadangan tersebut dengan beberapa pindaan," jelas beliau.
12 Dec 18
101
Empty Image
Terengganu Mahu Hidupkan Semula Seni Kain Telepuk
KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Kerajaan Negeri Terenggganu akan membantu usaha tokoh pengukir terkenal Malaysia, Norhaiza Nordin yang mahu menghidupkan semula seni penghasilan kain telepuk yang sudah pupus di negara ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Arifin Deraman berkata, perincian bantuan itu akan diputuskan setelah mengadakan perbincangan lanjut bersama pengukir tersebut tidak lama lagi."Kain telepuk adalah antara koleksi yang dipamerkan beliau sempena Pameran Menelusuri Karya Seni Norhaiza Noordin di Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang bermula 1 Disember lalu. Kain telepuk ini adalah sejenis tekstil yang dipakai oleh raja-raja Melayu Terengganu sekitar 1870-an," ujarnya.Katanya, penghasilannya sangat sukar dan unik dan ia akan ‘mati’ dan hilang di dunia ini jika tidak dihidupkan kembali.“Kita rakyat Terengganu bahkan Malaysia sepatutnya berbangga dengan Nor Haiza Nordin kerana selain daripada hasil pengumpulan seni khat yang beliau hasilkan sendiri, sebenarnya terdapat keunikan yang kita baru sedar, antaranya  seni kain telepuk."Ini satu usaha yang sangat murni, jadi pada saya perlu ada satu usaha yang sungguh-sungguh daripada pihak berkenaan kerana kalau kita tidak jaga, ia akan mati,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Menelusuri Karya Seni Norhaiza 2018 yang diadakan di Kompleks Muzium Negeri semalam.Menurut Arifin, warisan itu telah dihidupkan kembali oleh Norhaiza Nordin yang berasal dari Besut, Terengganu yang kini menjadi rujukan dalam bidang seni ukir dan motif. Sehubungan itu, Norhaiza berkata, kerajaan negeri amat perlu mengangkat kembali seni kain telepuk tersebut.“Seni ini ambil masa berbulan-bulan untuk siap, jadi itu yang mengakibatkan seni ini telah pupus,” tegas beliau.Kata beliau, antara sebab seni tersebut makin hilang adalah apabila permintaan daripada istana sudah tidak  ada.“Insya-Allah lepas ini Terengganu kena angkat balik seni yang pernah ulung pada suatu ketika dahulu,” tambah beliau.
11 Dec 18
1597
Empty Image
Pencarian Saintis Islam Terengganu 2019 Diteruskan
Mazlan Che Wil.KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Kerajaan Negeri Terengganu melalui kerjasama Yayasan Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Pusat Sains Islam Terengganu (PSKT) akan meneruskan Program Pencarian Saintis Islam Terengganu 2019.Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Imtiaz), Mazlan Che Wil berkata, kerajaan negeri mempelawa calon-calon yang berminat untuk mengikuti program tersebut."Bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Terengganu telah bersetuju untuk memberi penajaan biasiswa sepenuhnya kepada pelajar yang terpilih dan berkelayakan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (PhD) dan seterusnya berkhidmat di Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu siaran media yang dikeluarkan Yayasan Terengganu bertarikh 10 Disember, sebagai hebahan tentang Program Pencarian Saintis Islam Terengganu 2019 itu.Dalam tumpuan sama, katanya, program ini bertujuan untuk melahirkan saintis Islam yang hafiz 30 juzuk al-Quran, mendalami ilmu-ilmu Islam dan pakar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)."Permohonan ini terbuka kepada semua anak negeri Terengganu yang berminat serta mempunyai sahsiah yang baik, kemahiran insaniah (soft skill), fasih berkomunikasi bahasa Inggeris dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan."Permohonan boleh dibuat melalui muat turun borang di laman sesawang www.myimtiaz.com.my atau www.yt.gov.my atau boleh didapati di Pejabat Yayasan Terengganu dan dihantar ke Pejabat Yayasan Terengganu. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Disember 2018," jelasnya.Pengarah Yayasan Terengganu,Bangunan Yayasan,Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu.Tel: 09-6221733Faks: 09-6232944
11 Dec 18
111
Empty Image
Terengganu Sasar Lima Juta Pelancong Pada 2019
KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Kerajaan Negeri Terengganu mensasarkan jumlah pelancong ke negeri itu sebanyak lima juta orang pada tahun 2019.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Arifin Deraman berkata, ia adalah melebihi angka yang disasarkan pada tahun ini."Kita sasar lima juta kedatangan pelancong pada tahun depan insya-Allah. Tahun ini kita belum dapat angka sebenar (kedatangan pelancong) kerana masih berbaki sebulan lagi dan kita baru sahaja menghadiri bengkel bersama Kelantan, Johor dan Pahang bagi membincangkan usaha menarik pelancong,” ujarnya.Antara cadangan yang dibincangkan ialah untuk menganjurkan pakej mendaki tujuh buah gunung di ketiga-tiga negeri ini.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Menelusuri Karya Seni Norhaiza 2018 yang diadakan di Kompleks Muzium Negeri semalam.Sehubungan itu, Ustaz Arifin berkata, kerajaan negeri akan meneruskan dasar-dasar pelancongan sedia ada yang baik dan akan membuat penambah baikan kepada mana-mana yang kurang.Antaranya kata beliau, kerajaan akan meningkatkan pelbagai aktiviti bagi menjadikan Taman Tamadun Islam sebagai tumpuan."Kita dah buat baik pulih dan ada sedikit masalah berlaku di bahagian atas Masjid Kristal. Jadi, insya-Allah dalam masa seminggu dua lagi ianya akan siap dan dibuka kepada umum.“Kita juga sedang merangka untuk mengadakan pelbagai program, antaranya program Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) yang akan dilaksanakan di Taman Tamadun Islam dan sebelum ini kita dah pernah mengadakan program, antaranya Program Memperingati Itqan Al-Muluk Bita'dil As-Suluk (Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu) baru-baru ini,” jelasnya.
11 Dec 18
58
Empty Image
Pegawai Khas Agama Diperlukan Dalam Pentadbiran Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Penceramah bebas, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek yang dilantik sebagai Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sejak September lalu mengakui tugasnya tidaklah terlalu besar tetapi diperlukan dalam pentadbiran negeri ini.Katanya, antara tugas sebagai Pegawai Khas Agama termasuk membuat kajian terhadap apa yang diperlukan oleh Menteri Besar khususnya berkait dengan bidang agama.“Di peringkat kerajaan negeri, alhamdulillah negeri Terengganu mempunyai seorang Menteri Besar yang sangat faham tentang agama, malah di kalangan exco juga ramai yang mempunyai latar belakang agama.“Justeru, tidak menjadi masalah berkait hukum hakam, halal haram dan pandangan dari sudut agama yang boleh diberikan oleh pihak exco kepada Menteri Besar dan ianya turut meringankan tugas saya,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas mengenai pelantikan beliau sebagai Pegawai Khas Agama Menteri Besar ketika ditemui di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, seluruh rakyat diharap dapat memberi kerjasama yang baik kepada Menteri Besar untuk menguruskan negeri ini dengan sebaik mungkin sekali gus dapat merealisasikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.
11 Dec 18
864
Empty Image
Nuridah Angkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan Negara - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan tahniah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang secara rasminya menjadi Ahli Dewan Negara kelmarin."Tahniah YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang secara rasminya menjadi Ahli Dewan Negara semalam. Beliau merupakan calon wanita yang dipilih untuk mewakili Terengganu di Dewan Negara."Pelantikan ini bakal mengukuhkan lagi suara wanita dalam Terengganu khususnya dan negara amnya," katanya.Samsuri berkata demikian dalam status yang dimuat naik di Facebook rasminya semalam, mengulas tentang upacara angkat sumpah Ahli Dewan Negara baharu yang berlangsung kelmarin.Nuridah telah mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran di Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun. Hadir sama menyaksikan upacara tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor.Pada 29 November lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu telah meluluskan pemilihan beliau sebagai calon wanita untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara menerusi undian sebulat suara sebagai Senator selama tiga tahun.Beliau menggantikan Engku Naemah Engku Taib yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara pada 5 November lalu.
11 Dec 18
808
Empty Image
JPS Ambil Kira Kepentingan Komuniti
Oleh: Hanif Hamdan dan Ahmad Syahid AdnanSETIU, 11 Disember - Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau  negeri, semalam mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Setiu dan kawasan Lembangan Sungai Setiu bagi mendapat input berkaitan projek dan isu sekitar.Pengerusinya, Dr Mamad Puteh berkata, lawatan itu bertujuan mendengar taklimat dari JPS dan mendapat gambaran sebenar mengenai tahap dan kesan projek serta manfaat kepada komuniti setempat.“Saya mendengar sendiri taklimat yang diberikan oleh JPS di pejabatnya mengenai beberapa projek yang perlu diberikan pemerhatian sewajarnya dan mengambil kira semua aspek apabila berlakunya pembangunan di sini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja di Bilik Mesyuarat JPS Daerah Setiu,di sini, semalam.Turut hadir, Timbalan Pengerusinya, Ir Saiful Azmi Suhaili. Dr Mamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang berkata, kerajaan akan melaksanakan projek ‘breakwater’ dan mengambil kira juga pandangan daripada mereka yang pakar dalam bidang itu kerana pembangunan pastinya memberikan kesan sampingan kepada penduduk di sini.“Kerajaan akan buat projek ‘breakwater’ di muara Sungai Setiu bersama dengan pembangunan di sekitar muara Sungai Setiu, apabila kita hendak buat pembangunan, kita mestilah tengok kesan sampingan apabila berlakunya pembangunan di sini.“Kita tahu ada banyak sangkar ikan di sini seperti sangkar ikan kerapu ‘hybrid’ dan sangkar ikan siakap di mana hasilnya berjuta ringgit setahun, pembangunan yang dijalankan pasti menjejaskan persekitaran, nelayan, penternak ikan dan sebab itulah kita perlu memberikan pemerhatian dalam melaksanakan pembangunan di kawasan ini,” katanya.Beliau ymenyatakan bahawa pandangan daripada pelbagai pihak perlu diambil perhatian bagi memastikan rancangan tersebut berjalan dengan lancar dan tidak memberi masalah kepada orang ramai.
11 Dec 18
335