lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Sultan Mizan Rasmi Rally of Terengganu 2018
Tuanku Mizan melepaskan peserta perlumbaan.SETIU, 15 Disember - Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Kejohanan Rally Of Terengganu 2018 di Terengganu International Equestrian Park (TIEP) semalam.Baginda hadir diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' A.Rahman Yahya.Seramai 28 pelumba daripada tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Jepun menyertai pusingan terakhir Kejuaraan Rali AAM selepas siri kedua berlangsung di Perlis Oktober lalu.Paling menarik, kejohanan kali ini memiliki keunikan tersendiri apabila pertama kali menampilkan trek laluan pesisiran pantai.Trek Lembah Bidong beri pengalaman baharu kepada pelumba.Laluan sejauh 151.33 kilometer (km) itu merupakan tarikan baru buat pelumba-pelumba dalam dan luar negara kerana ia menjadi laluan yang pertama seumpamanya dalam negara dan di peringkat dunia.Pemandu wanita, Gina Finanza Daud yang mewakili One Motorsports BDRT turut teruja dengan laluan tersebut."Ini merupakan trek pertama pesisir pantai. Tidak sabar untuk memulakan perlumbaan dan melihat laluan yang cantik," katanya kepada pengacara majlis sebelum dilepaskan urusetia kejohanan.Kejohanan dianjurkan Malaysia Rally Championship (MRC) itu berlangsung selama dua hari bermula semalam dan berakhir hari ini.Antara yang turut serta ialah lagenda rali negara, Karamjit Singh Naranjan Singh yang mewakili MRU Motorsports.Peserta kejohanan merakamkan kenangan bersama Tuanku Mizan.
14 Dec 18
438
Empty Image
Anak Penoreh Getah Hadiahkan 13A PT3
Abdul Rahman gembira dengan kejayaan Idham yang memperoleh keputusan cemerlang.Oleh: Aslam WiraMARANG, 13 Disember - Ahmad Idham Abdul Rahman, 15, yang merupakan anak seorang penoreh getah menghadiahkan keputusan cemerlang kepada ibu bapanya dengan berjaya mendapat 13A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018.Katanya, antara faktor kejayaannya adalah dorongan kuat untuk membantu ibu bapanya kerana mereka bukan daripada keluarga yang senang."Saya sangat berterima kasih kepada ibu bapa kerana saya yakin mereka tidak henti-henti mendoakan saya setiap masa walaupun tanpa pengetahuan saya," ujarnya ketika ditemui pemberita di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang hari ini.Malah, Idham merupakan pelajar Kelas Tamayyuz Sekolah Menengah Agama Marang, di mana diwajibkan pelajar kelas tersebut menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam masa beberapa tahun."Setakat ini, alhamdulillah, saya sudah menghafaz 10 juzuk al-Quran, dan kejayaan ini juga adalah berkat daripada menghafaz al-Quran itu sendiri," jelasnya.Idham yang tinggal di Kampung Batangan adalah anak bongsu daripada sembilan adik-beradik kepada pasangan Abdul Rahman Abdullah, 60, seorang penoreh getah dan Zainab Taha, 51, seorang suri rumah sepenuh masa.Pegawai Khas Menteri Besar, Sabri Zakaria (kiri) meraikan kejayaan Idham yang memperoleh keputusan cemerlang.Dalam tumpuan sama, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang merekodkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan PT3 2018."Kepada adik Idham, saya amat berbangga dengan pencapaian anda. Malah saya yakin seluruh ahli keluarga, guru-guru dan masyarakat juga berasa bangga dengan keputusan tersebut."Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas segala pengorbanan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh warga guru. Tanpa jasa guru-guru, pencapaian cemerlang dan memberangsangkan ini tidak akan menjadi kenyataan."Bagi pelajar yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan, jangan berputus asa, saya percaya jika disuntik semangat dan disokong usaha kental membimbing mereka, insya-Allah kejayaan yang diburu akan menjadi kenyataan," katanya.Beliau berkata demikian melalui perutusan yang dikirimkan kepada Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Sabri Zakaria.Keputusan yang diperolehi Idham hari ini menunjukkan bahawa jurang pencapaian antara pelajar di bandar dan di luar bandar telah dapat dikurangkan.
13 Dec 18
433
Empty Image
Lebih 800 Jawatan Imam Dan Bilal Perlu Diisi
KUALA TERENGGANU, 13 Disember - Kerajaaan negeri merekodkan lebih 800 kekosongan jawatan imam dan bilal yang masih belum diisi di masjid kerajaan dan mukim seluruh negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, ia antara lain disebabkan kerana tidak ramai individu yang berminat dan berkelayakan untuk memikul tanggungjawab itu."Mengikut kuota, di setiap masjid ada tiga imam dan tiga bilal, namun secara purata, ada dua imam dan bilal di lebih 500 masjid mukim seluruh negeri."Ketika sebilangan imam dan bilal yang sedia ada uzur, calon-calon yang dicadangkan oleh jawatankuasa masjid atau kepimpinan di peringkat kampung gagal dalam proses temuduga yang dijalankan."Mungkin kerana mereka tidak bersedia semasa temuduga dan tidak begitu berminat tetapi dicalonkan, jadi kegagalan itu menyebabkan mereka tidak lagi mahu melalui proses itu,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Haflu Al Takrim Al-Sanawi 2018 Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), di sini hari ini.Pada majlis itu dua pelajar warga emas dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi kategori lelaki dan perempuan.Kedua-duanya, Mohd. Nor Rani, 65, dari Kampung Kubang Parit dan Wan Muni Wan Muda, 75, masing-masing berasal dari Marang menerima Anugerah Kulliyyah Al-Furqan bagi kategori lelaki dan perempuan.Mohd. Nor yang merupakan bekas Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) secara khususnya mendapat Anugerah Imam Ibnu Tohhan Al-Andalusiy manakala Wan Muni pula mendapat Anugerah Sheikhah Ummu Sa’ad Najm Al-Misriyyah.Mereka berdua adalah antara 616 pelajar KQT yang diraikan hari ini dalam majlis itu. Daripada jumlah itu, 555 orang merupakan penerima Sijil Ulum al-Quran manakala selebihnya iaitu 61 orang adalah penerima Sijil Dirasat Quraniah.
12 Dec 18
640
Empty Image
477 Calon PT3 Terengganu Capai Semua A
Gambar hiasan. Foto ihsan - Sinar HarianKUALA TERENGGANU, 13 Disember - Seramai 477 calon di negeri Terengganu berjaya memperoleh semua A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018 bagi semua mata pelajaran.Terengganu mencapai Gred Purata Negeri 2018 sebanyak 3.24 dengan seramai 19,237 calon menduduki peperiksaan tersebut membabitkan 145 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan PT3 pada jam 10 pagi tadi."Tahniah kepada semua pelajar cemerlang PT3 2018. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Jadikan kegagalan sebagai batu loncatan untuk berjaya pada masa akan datang," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu status yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau hari ini.Dalam tumpuan sama, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin memberitahu, Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu mendominasi pencapaian terbaik dan diikuti oleh sekolah berasrama penuh."Bagaimanapun tiada perbandingan secara terus boleh dibuat kerana sekolah berlainan mempunyai set soalan yang berbeza. Pelaporan Pentaksiran Sekolah Menengah (PPSM) 2018 adalah gabungan 4 komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu PT3, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)."Selain PT3 , calon juga diberi sijil pencapaian dalam PBD yang dinilai oleh guru mata pelajaran masing-masing. PAJSK pula dinilai berdasarkan penglibatan dan pencapaian dalam kokurikulum dan PPsi pula dinilai berdasarkan kecenderungan dan minat calon tersebut. Keempat-empat sijil ini hendaklah dilihat bersama dalam menentukan kemenjadian calon," jelasnya.
12 Dec 18
94
Empty Image
Kerajaan Komited Pastikan Rakyat Miliki Rumah Kediaman
Oleh: Safwan SyakirKEMAMAN, 13 Disember 2018 – Kerajaan negeri komited memastikan seluruh rakyat di negeri ini mempunyai kediaman sendiri menjelang tahun 2030.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, sebanyak 20,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) akan dibina dalam tempoh empat tahun secara berperingkat.“Antara syarat yang layak untuk memohon RMM di Terengganu ialah pemohon yang belum mempunyai rumah kediaman,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pengundian Lot, Tandatangan Perjanjian dan Penyerahan Kunci RMM di Dewan Orang Ramai, Kampung Bukit Kukuran, semalam.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, IR Saiful Azmi Suhaili, Pengurus Perumahan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Norhaslinda Deraman dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kemaman, Ahmad Nazwawi Harun.Menurut beliau, seramai 14 pemohon layak menerima kunci RMM daripad  26,040 orang yang memohon bagi daerah itu.Dr Alias berkata, kerajaan telah memberi subsidi sebanyak RM 52,000 bagi menampung kos sebenar RMM bernilai RM 120,000 selain diberi potongan lima peratus untuk bayaran deposit rumah tersebut.Disamping itu, kerajaan juga sedang merancang menyediakan tabung perumahan bagi memberi kemudahan kepada pemohon yang ditolak pinjaman daripada pihak Bank.“Hargailah rezeki yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan menjaga sebaik mungkin rumah yang diberi supaya anak-anak dapat hidup dan belajar dengan selesa serta kelak akan dapat mengubah masa depan keluarga,”ujarnya.Katanya, pihak PMINT tidak teragak-agak untuk menarik balik kelayakan pemilik rumah yang didapati menyalahguna rumah tersebut termasuk membiarkan rumah tersebut tanpa penghuni dengan alasan tidak munasabah dan mengambil kesempatan memberi sewa rumah tersebut kepada orang luar.Dalam pada itu katanya, rakyat negeri ini juga disaran bijak mengambil peluang tawaran-tawaran yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti, air percuma 20 meter padu bagi yang layak, wad kelas tiga percuma di hospital kerajaan dan sebagainya.“Malah, kerajaan juga menawarkan kad sejahtera berjumlah RM 500 kepada rakyat yang layak bagi memudahkan urusan mereka ke klinik swasta tanpa perlu bersesak ke klinik kerajaan yang kapasitinya terhad dan mendapat rawatan dengan cepat,” ujarnya.Tambah beliau, kerajaan juga akan berusaha untuk meningkatkan ekonomi negeri dengan membuka kilang-kilang baru seperti lembah silika yang boleh manfaatkan sekurang-kurangnya 7,000 peluang pekerjaan buat rakyat di negeri ini.
12 Dec 18
53
Empty Image
15 Pesakit Kronik Terima Dana TDI
Dr Azman Ibrahim (kanan) menyampaikan cek sumbangan TDI kepada salah seorang penerima.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 13 Disember - Seramai 15 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi menerima cek sumbangan Tabung Darul Iman (TDI) di bawah skim bantuan pesakit kronik.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata, cek sumbangan berkala diberikan dengan pelbagai nilai dari RM500 sehingga RM1,000 berdasarkan keadaan pesakit."Tersentuh hati saya melihat penerima yang menitiskan air mata saat menerima serahan cek. Betapa bantuan sebegini membawa makna yang besar bagi mereka," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu penyerahan cek sumbangan kepada penerima kelmarin.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri berkata, sumbangan itu akan memastikan rakyat yang berhak mendapat bantuan berkala atau bulanan samada dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Tabung Darul Iman atau bantuan langsung dari Pusat Khidmat Adun tidak akan tercicir."Hasrat kita ialah untuk memastikan tiada berlaku keciciran bagi yang berhak mendapat sebarang bantuan dan kita akan berusaha gigih ke arah pelaksanaannya," katanya.
12 Dec 18
225
Empty Image
Temuduga Pelajar SRIDI 17 Disember
Satiful mahu pelajar terbaik sertai SRIDI.KUALA NERUS, 13 Disember - Pemilihan pelajar-pelajar yang memohon Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) akan dilaksanakan dalam sesi temuduga pada 17 Disember ini.Temuduga itu akan diadakan di enam lokasi pertama SRIDI iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Hulu Terengganu dan Besut.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, proses itu perlu dilakukan kerana permohonan yang diterima melebihi kapasiti yang diperlukan."Setakat ini, kita hanya memerlukan 50 pelajar bagi setiap cawangan SRIDI dan pelajar-pelajar ini akan dipilih secara adil melalui temuduga tersebut."Paling penting, kita akan pilih yang terbaik kerana para pelajar bakal mengikuti subjek tambahan yang lebih banyak berbanding sekolah rendah kebangsaan," katanya ketika hadir bertemu guru-guru SRIDI yang mengikuti kursus induksi di Institut Pendidikan Guru Dato' Razali Ismail, semalam. Satiful bersama kepimpinan JHEAT dan guru-guru SRIDI.Dalam kunjungan tersebut, beliau turut menasihati 44 guru yang baru dilantik untuk melaksanakan tugas dengan baik."Ini adalah amanah yang harus ditunaikan sebaik mungkin. Saya berharap para guru yang menggalas kepercayaan kerajaan negeri ini dapat buat yang terbaik demi imej dan masa depan pendidikan Islam di Terengganu," katanya.Tenaga pengajar SRIDI merangkumi subjek agama dan umum mengikuti kursus induksi bermula 9 Disember lalu yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).Kursus tersebut berakhir hari ini dan mereka seterusnya akan ditempatkan di enam cawangan SRIDI sebelum memulakan tugasan awal Januari 2019.
12 Dec 18
803
Empty Image
ECTC Ketepi Perbezaan Demi Majukan Pelancongan
Ariffin menandatangani simbolik kerjasama antara negeri ECTC.Oleh: Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU, 13 Disember - Sektor pelancongan akan dibangunkan sesuai dengan kehendak rakyat sekali gus menjana ekonomi mereka.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman memaklumkan, satu usaha sama telah dijalin antara empat buah negeri wilayah pantai timur iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor Timur dalam usaha memajukan sektor pelancongan pada awal Disember lalu.Usaha sama yang dikenali sebagai Kerjasama Strategik Koridor Pelancongan Pantai Timur (ECTC) itu adalah gerakan baharu yang diwujudkan bagi meningkatkan pendapatan negeri melalui industri pelancongan. "Kita telah sepakat untuk bekerjasama dan saling membantu bagi memajukan negeri di pantai timur walaupun berbeza pentadbiran."Kerajaan negeri mengetepikan fahaman perbezaan parti politik dan bersikap terbuka demi memajukan sektor pelancongan di negeri masing-masing," katanya kepada pemberita baru-baru ini. Kerjasama membina jaringan pelancongan lebih meluas.Beliau yang merasmikan Pameran Menelusuri Karya Seni Norhaiza 2018 di Kompleks Muzium Negeri dua hari lalu turut menyatakan peningkatan sasaran pelancong bagi tahun 2019."Seramai lima juta pelancong disasarkan berkunjung ke negeri ini tahun hadapan berdasarkan inisiatif yang dibincangkan dalam usaha sama ini."Pelancongan adalah sumber utama kepada negeri-negeri di pantai timur dan lebih penting, ia memberikan manfaat kepada rakyat," katanya.ECTC turut dihadiri Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Al-Haj Sultan Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Perladangan Pahang, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Johor, Liow Cai Tung.
12 Dec 18
46
Empty Image
Mangsa Banjir Meningkat Di Setiu
Oleh : Ariss Alias, Dzakaria Mohd Salleh,Helmi Abd SalamSETIU, 13 Disember - Hujan lebat yang berterusan semalam menyebabkan dua lagi pusat pemindahan sementara banjir dibuka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap sehingga jam 3 pagi ini, menjadikan tiga pusat pemindahan keseluruhan dengan yang pertama dibuka pada jam 9.45 malam semalam (Rabu), di Masjid Kampung Merbau Menyusut.Dua orang kanak-kanak perempuan dan tiga lelaki dipindahkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada jam 2.55 pagi, di Balairaya Kampung Langkap.Sebelum itu, PPS Surau Bukit Nyor menempatkan sebuah keluarga melibatkan tiga orang dan menjadikan keseluruhan 55 mangsa selepas tujuh lagi mangsa dipindahkan ke PPS Masjid Merbau Menyusut.Seorang penduduk, Zulkifli Salleh,46, berterima kasih kepada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan pihak bomba yang bertindak cepat untuk mengarahkan mereka berpindah ketika air semakin naik.Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Setiu, Tuan Mustafa Ismail operasi menyelamat yang dijalankannya bersama 15 anggota sehingga kini berjalan dengan lancar."Alhamdulillah...kita mendapat kerjasama yang baik daripada (MPKK) yang terbabit dan juga penduduk yang berpindah," ujarnya ketika ditemui. Sementara itu Pengerusi MPKK Kampung Langkap, Mat Yazid Awang yang ditemui turut berpuas hati dengan tindakan pasukan Bomba dan Penyelamat dalam membantu mangsa banjir dan berkata pihaknya telah bersedia dengan fasiliti yang ada bagi  menghadapi kemungkinan lebih banyak lagi mangsa yang akan berpindah.
12 Dec 18
137
Empty Image
Pusat Pemindahan Banjir Pertama Setiu Dibuka
Oleh: Dzakaria Mohd Salleh, Ariss AliasSETIU, 12 Disember - Seramai 40 orang membabitkan 12 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Kampung Merbau Menyusut, Langkap pada jam 9.43 malam ini.Mangsa yang dipindahkan terdiri daripada lima orang lelaki, 20 wanita, lapan orang kanak-kanak lelaki dan tujuh orang kanak-kanak perempuan.Menurut laporan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Setiu, mereka yang dipindahkan adalah mangsa banjir pertama di kawasan Setiu berikutan hujan yang turun sepanjang hari ini.Sementara itu, Jalan Lubuk Panjang turut ditutup daripada laluan semua kenderaan ringan.Justeru, melalui aplikasi whatsapp, Pengarah Khidmat Setiu, Mohd Nor Hamid telah mengeluarkan arahan kepada semua wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) atau individu yang terlibat agar membantu Ops Banjir kali ini.Beliau mengingatkan semua pihak supaya dapat mengemaskini maklumat banjir dari masa ke masa.Terdahulu, sebanyak lima buah rumah di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit telah mengalami kerosakan atap bocor dan diterbangkan ribut pada sebelah petang tadi.
12 Dec 18
83