Artikel "Semasa" Terkini
Dr SAM Memikat Hati Semua Pihak
Dr SAM (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Dato' Seri Mukhriz (kanan) sebelum mesyuarat bermula.APA YANG MEREKA BINCANGKAN?... Gambar-gambar ini adalah reaksi spontan beberapa orang pemimpin dari beberapa buah negeri sebelum Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-74 di Bangunan Utama Parlimen, Kuala Lumpur baru-baru ini.Mereka ialah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr SAM), Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan, Haji Ahmad Yakob dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Mahathir.Dr Ahmad Samsuri tidak menjadikan unsur kepartian menghalangnya untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi kebaikan negeri Terengganu.Yang penting, permasalahan negeri dan penyelesaiannya perlu diutamakan lebih dari yang lain. Ustaz Dato' Bentara Kanan, Haji Ahmad (kiri) menyatakan sesuatu kepada Dr SAM.Justeru, beliau boleh dan bersedia berbincang dengan siapa sahaja bagi memastikan matlamat menjadikan negeri Terengganu terus maju, berkat dan sejahtera dapat dilaksanakan.Tidak ada reaksi curiga diwajahnya ketika berdepan dengan sesiapa sahaja sama ada rakyat biasa ataupun pemimpin negara.Dr Ahmad Samsuri fokus terhadap isu yang timbul dalam mana-mana pertemuan dengan mereka sehingga penyelesaian terbaik dapat dicapai.Dr SAM (kanan) bermesra dengan Ustaz Ahmad dalam pertemuan di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur baru-baru ini.Pendek kata pendekatan beliau memimpin negeri memikat hati semua pihak dan mendorong sesiapa sahaja memberi kerjasama terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri Terengganu tercinta.
16 Dec 18
108
Besut Jadi Hab Rujukan Ilmuwan Islam
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 16 Disember - Daerah ini mampu menjadi hab perkongsian ilmu agama dan sumber rujukan ilmuwan Islam negeri.Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor berkata, sejak dahulu lagi, daerah itu menjadi tumpuan dan kunjungan ramai umat Islam dari dalam dan luar Terengganu serta negara jiran untuk menuntut ilmu."Terdapat banyak pondok-pondok seperti Pondok Bukit Puteri, Pondok Haji Wan Latif dan banyak lagi yang sangat dikenali di negeri ini."Peredaran masa juga menyebabkan banyak pondok pengajian baru diwujudkan sama ada oleh orang perseorangan dan juga oleh kerajaan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah di Medan Ilmu Jerteh, di sini, kelmarin.Dr Riduan berkata, ramai di kalangan alim ulama yang hebat pernah menuntut ilmu agama di Besut termasuklah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah belajar agama di Pondok Jerteh suatu ketika dahulu."Saya menyeru kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di setiap kampung supaya berusaha untuk menghidupkan kembali majlis-majlis ilmu di kampung masing-masing."Orang Besut sepatutnya bijak mengambil peluang untuk belajar ilmu agama di masjid dan surau yang menjemput ustaz-ustaz, tokoh dan pemimpin agama yang bertauliah untuk mengajar,"katanya.
16 Dec 18
148
Rally Of Terengganu Tutup Tirai Meriah
Rachmat dan Donny bersama pasukan MRU Motorsports.SETIU, 16 Disember - Rally of Terengganu 2018 menutup tirainya petang semalam dengan MRU Motorsports dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan pemandu mereka, pasangan Indonesia, Rachmat dan Donny Wardono yang memandu Mitsubishi Lancer dianugerahkan sebagai juara bagi siri terakhir kejohanan Malaysia Rally Championship (MRC) 2018.Kejohanan selama dua hari di Terengganu International Endurance Park (TIEP) itu berlangsung dalam keadaan hujan dan litar digenangi air.Keadaan itu menyebabkan hanya 23 pelumba berjaya menamatkan saingan daripada keseluruhan 28 pelumba.Penyelaras kejohanan, Mohd Kurnia Abdol Sakor berkata, walaupun cuaca agak mencabar, majoriti pasukan berjaya menamatkan perlumbaaan ini. Kurnia harap Rally of Terengganu kembali tahun hadapan.“Terima kasih kepada kerajaan negeri atas kerjasama dalam penganjuran kali ini dan berharap dapat kembali ke negeri ini lagi,” katanya.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim merakamkan kesyukuran kerana para peserta berpuas hati dengan penganjuran tersebut.“Bersyukur kerana trek kita diakui yang terbaik dan dimeriahkan dengan kedatangan pengunjung luar negeri. Kami berharap negeri ini akan menjadi destinasi pelancong dan pengunjung luar.“Untuk penganjuran pada masa hadapan, kita sedia maklum lokasi ini sebenarnya adalah trek pertandingan kuda lasak. Bagaimanapun, kita dapat lihat Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin agak gembira dengan penganjuran ini dan kami mengira ia mendapat sokongan penuh daripada baginda Tuanku."Bagi penganjuran kali ini, kita berpuas hati dan harap dapat diteruskan lagi di negeri ini,” katanya yang hadir mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya menyampaikan hadiah kepada pemenang. Kerajaan negeri bantu kelancaran kejohanan - Hishamuddin.
16 Dec 18
95
Keceriaan Mereka, Kegembiraan Saya - Amzad Hashim
Haji Amzad membantu salah seorang penerima bantuan mencuba saiz kasut.Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 16 Disember - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim meluahkan kegembiraannya ketika melihat wajah ceria anak-anak yang memilih seragam sekolah baharu.Katanya, beliau gembira apabila melihat air muka kegembiraan anak-anak yang mendapat Bantuan Pakaian Sekolah yang diagihkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah peruntukan Kerajaan Negeri Terengganu."Saya sendiri menyaksikan riak wajah keceriaan dan keterujaan anak-anak ini semasa memilih pakaian sekolah. Program ini sangat baik dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam membantu golongan kurang berkemampuan."Banyak respon positif yang saya terima daripada ibu-bapa yang datang atas komitmen kerajaan dalam membantu rakyat. Tambahan pula, barisan tenaga kerja di setiap DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu tidak berhenti bekerja dari awal pagi hingga ke lewat petang," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2019 di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Bandar baru-baru ini (12 Disember).Oleh kerana musim hujan yang melanda sekarang, beliau turut memberi lebih 200 batang payung kepada keluarga yang datang.Turut hadir, pegawai-pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bandar. Sekitar lebih 10,000 orang menerima bantuan ini di seluruh kawasan Kuala Terengganu.
16 Dec 18
110
Lembah Silika Terengganu Bakal Jana 7,200 Peluang Pekerjaan
Tengku Hassan Tengku Omar.KUALA TERENGGANU, 16 Disember - Projek pembangunan Lembah Silika Terengganu (TSV) di atas tapak seluas 4,000 hektar di Jambu Bongkok, Marang yang disasarkan mampu menarik pelaburan mencecah RM13 bilion dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2020 dan mampu menjana 7,200 pekerjaan kepada penduduk tempatan.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Tengku Hassan Tengku Omar berkata, kawasan ini dibangunkan khas oleh kerajaan untuk industri silika dan para pelabur akan dibawa untuk membuka kilang-kilang yang membuat bahan-bahan daripada silika seperti gelas, baju dan sebagainya.Jelasnya, industri silika merupakan satu industri baharu di Terengganu dan memerlukan syarat-syarat yang sesuai dengan mengambil kira kepentingan negeri dan juga rakyat.“Kita akan menetapkan syarat kepada pelabur agar membina kilang di TSV bagi mewujudkan peluang kerja kepada rakyat tempatan dan silika mentah tidak boleh dibawa ke luar negara sebaliknya mesti digunakan untuk industri dalam negeri.“Kita tidak benarkan eksport bahan mentah ke luar negara, paling kurang kena proses pasir silika di sini ke satu tahap yang boleh kita benarkan bawa keluar supaya peluang pekerjaan wujud dengan pembinaan kilang-kilang yang akan dibina.“Mereka perlu faham apa yang mereka dapat jika kilang ini dibina dan kita sedang merangka satu dasar perusahaan silika untuk negeri Terengganu supaya pelabur faham kehendak kita dan kita faham kehendak mereka dan akhirnya memberi ‘win-win situation’ kepada kedua pihak,” katanya ketika ditemubual di ManisFm sempena Bicara Khas PASCA Bajet terengganu 2019, di sini, hari ini. Tambahnya, Terengganu mempunyai deposit silika di semua daerah kecuali Hulu Terengganu dan kerajaan negeri sedang menyediakan pelan induk TSV yang dijangka siap pada Januari depan untuk dibentangkan kepada pucuk pimpinan negeri.“Kerajaan juga sedang menyediakan infrastruktur di sana dan telah menandatangani perjanjian dengan Petronas bagi membina laluan paip untuk membawa gas ke TSV melalui Paka, Dungun ke Jambu Bongkok.“Cuma terpaksa melalui proses pengambilan tanah, proses buat paip dan lain-lain yang memakan masa, kami jangka paling awal pun pelabur boleh bina kilang mereka seawal bulan September tahun 2020," ujarnya lagi.Beliau juga berkata, pembangunan wilayah untuk membina penempatan baru sedang dirancang dan akan dilaksanakan sebagaimana yang disebutkan dalam manifeso kerajaan negeri secara beransur-ansur.
15 Dec 18
255
Masalah Saluran Tersumbat Kampung Kayu Kelat Diatasi
Azbi Salleh melawat kerja-kerja membaik pulih di Kampung Kayu Kelat, Besut, di sini baru-baru ini. Oleh: Saifullah JusohBESUT 16 Disember– Masalah saluran air yang tersumbat di Kampung Kayu Kelat, Kuala Besut dapat diatasi apabila tindakan segera dilakukan pada peringkat permulaan bagi mengelakkan masalah air bertakung berulang.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, pihaknya melakukan lawatan ke lokasi berkenaan dan mendapati saluran berkenaan tersumbat.Menurutnya, pihak penyelaras DUN Kuala Besut melakukan pembersihan awal bagi memperbaiki saluran terbabit dengan menyewa jentolak untuk menyelesaikannya.“Hujan lebat pada musim tengkujuh menyebabkan air bertakung akibat aliran air yang tidak begitu lancar yang disebabkan saliran yang sedia ada telah tersumbat dan tidak boleh menampung kapasiti air di situ."Saya telah menghubungi pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Besut dan bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini dengan menyewa jentolak bagi kerja-kerja membaik pulih,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)ketika melawat kerja-kerja membaik pulih di Kampung Kayu Kelat, di sini baru-baru ini.Turut hadir sama ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kayu Kelat, Shaari.Tambahnya lagi, beliau sentiasa bersedia membantu sekiranya ada dikalangan penduduk yang menghadapi masalah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin."Saya selaku Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut berharap penduduk kampung tidak lagi perlu risau dengan masalah air bertakung di sini kerana pihak kami akan sedia membantu bila-bila masa sahaja supaya masalah ini tidak berpanjangan,” ujar beliau.
15 Dec 18
182
Ibu Bapa Perlu Manfaatkan Program Cuti Sekolah
Oleh: Ahmad FadhilahMARANG, 16 Disember - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman menyeru ibu bapa supaya memanfaatkan program yang dianjurkan mana-mana pihak sepanjang cuti sekolah untuk anak-anak, tanpa memberi persepsi buruk bahawa penganjurannya sebagai suatu pertandingan untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. "Program seperti `Kem Smart Solat' ini sangat baik dan tidak timbul isu pertandingan. Pada saya program seumpama ini perlu diadakan di setiap masjid-masjid seluruh kampung."Saya juga berharap agar ibu bapa perlu sedar untuk menghantar anak-anak mereka ke program seperti ini yang sangat bermanfaat untuk dipenuhi pada waktu cuti sekolah,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kem Smart Solat, di Surau Haji Muda, Kampung Padang Kabar, di sini, semalam.Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengerusan Komuniti Kampung Padang Kabar, Mohamad Alias, pula berkata, tujuan kem itu adalah sebagai memberi motivasi dan pendedahan kepada peserta kaedah beribadah dengan betul."Selain itu, melahirkan kanak-kanak yang suka mengamalkan budaya islam dalam diri mereka menjadikan setiap ibadah itu suatu kemanisan dalam urusan hidupnya'. Seramai 74 orang peserta sekitar kampung yang berumur tujuh hingga 12 tahun menyertai kem sehari yang hanya mengenakan yuran pada kadar RM10 seorang termasuk tiga kali makan serta kelengkapan buku modul cara solat dan sijil penyertaan.
15 Dec 18
173
Bentuk Peribadi Anak-anak Sejak Kecil
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 16 Disember - Peribadi anak-anak perlu dibentuk oleh ibu bapa sejak dari kecil lagi bagi mengelakkan anak-anak terjebak dengan perkara yang tidak bermoral.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang bertakwa yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan."Saya ingin menasihati para ibu bapa sekalian agar menitik beratkan ilmu agama dalam mendidik anak-anak supaya mereka menjadi anak yang soleh dan solehah."Perkara yang paling penting adalah ajarlah anak-anak kita untuk tidak tinggal solat fardu kerana ianya adalah tiang agama," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutup Kem Jati diri Anak Soleh anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dengir di Dewan Serbaguna Kampung Dengir baru-baru ini (12 Disember).
15 Dec 18
188
Bina Saliran Ikut Spesifikasi Elak Risiko Banjir
Cikgu Alias(kanan) meninjau kawasan yang sering dilanda banjir akibat sistem saliranOleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 16 Disember - Masalah saliran menjadi salah satu punca masalah banjir yang berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang, Dungun setiap kali tiba musim tengkujuh.ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata, masalah banjir yang menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir keluar adalah disebabkan saliran dibina tidak mengikut spesikasi. ”Ini dapat dilihat apabila perumahan-perumahan yang baharu dibina, longkang hanya sekitar itu sahaja. Macam perumahan di Batu Tiong, kebanyakan perumahan ada longkang tetapi dia tidak dapat sampai kepada longkang besar, longkang dikeliling rumah sahaja," jelas beliau.Cikgu Alias berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)berikutan kebiasaan banjir yang berlaku di DUN Rantau Abang, baru-baru ini. Justeru itu, beliau berharap perkara ini diambil berat oleh pihak perancang bandar ketika memberi kelulusan perumahan baharu."Bila nak buat rumah terpaksa tambun(timbus)tanah, bila tambun tanah, yang lama tu jadi macam lekat(air terkepung), " ujarnya.
15 Dec 18
190
2,800 Hektar Rizab Padang Ragut Tidak Dimanfaatkan
Dr. Azman IbrahimKUALA TERENGGANU 16 Disember-Terengganu mempunyai kira-kira 2,800 hektar rizab padang ragut yang belum digunakan sepenuhnya daripada 4,800 hektar tanah dirizabkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, rizab padang ragut ialah tanah rizab untuk kegunaan awam bagi maksud tujuan penternakan.Jelasnya, tanah rizab padang ragut ialah tanah kerajaan dengan Pengarah Veterinar Negeri sebagai pegawai pengawal. “Bermakna pemilik tanah ialah kerajaan, cuma dijaga oleh pegawai pengawal.Boleh ambil rumput atau masukkan ternakan tapi tak boleh dijadikan kawasan persendirian, dengan makna lain, penternak kampung sekitar boleh pakat-pakat guna dan ambil manfaat.“Kalau berniat nak jadikan sebagai kawasan kegunaan persendirian, kena mohon pajakan dari Jabatan Veterinar dan pihak jabatan akan majukan permohonan untuk pertimbangan pihak berkuasa negeri,”katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), di sini hari ini.Tambahnya, penggunaan rizab padang ragut di Terengganu tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk penternakan malah sebahagiannya dicerobohi dengan penanaman kelapa sawit.“Kerana itulah, bila timbul isu lembu berkeliaran di jalan raya kononnya tak ada tempat nak pelihara, ia agak pelik kerana kita ada sekitar 2800 hektar lagi rizab padang ragut yang belum digunakan,”ujar Dr. Azman.
15 Dec 18
631