Artikel "Semasa" Terkini
Pengurusan Pusat Pemindahan Banjir Terengganu Memuaskan
Yahaya dan isteri melihat kemudahan yang disediakan di pusat pemindahan SK Rusila.MARANG, 19 Disember - Pengurusan mangsa bencana di Pusat Pemindahan Banjir yang dibuka setakat ini tersusun dan sistematik.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali berkata, keadaan pusat-pusat pemindahan yang dibuka di daerah Marang amat memuaskan. “Lawatan ke pusat-pusat ini hari ini memperlihatkan suasana yang kondusif. Terima kasih atas kerjasama semua agensi iaitu Pejabat Daerah Marang, Majlis Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah amat membantu di samping tenaga Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).Yahaya turut mencuba terapi permainan yang disediakan JKM.“Kerjasama ini berjaya memberikan kemudahan kepada mangsa banjir serta mewujudkan suasana kondusif dalam menghadapi saat getir ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila semalam.Beliau yang ditemani isteri, Zarani Othman yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu dan kakitangan Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang berharap mangsa banjir dapat mengikuti arahan pihak berkuasa dari masa ke masa dan tidak tergesa-gesa untuk pulang ke rumah.“Walaupun keadaan di sini serba kekurangan, diharap mangsa dapat menyesuaikan diri dan menjaga kebersihan kawasan penempatan.“Ini bukan sahaja pemindahan fizikal tetapi juga mental. Maka, pemakanan mesti dijaga dan kebersihan diselenggara supaya tidak menimbulkan masalah berkaitan penyakit,” katanya.Dalam pada itu, Kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Marang, Fazilah Ghani memaklumkan pihak JKM mengadakan terapi mewarna, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan permainan untuk kanak-kanak di pusat pemindahan.“Terapi sebegini bertujuan mewujudkan suasana ceria dan menenangkan jiwa mereka. Adakala, terapi ini juga disertai ibu bapa yang turut membantu mengawal keadaan supaya kondusif dan selesa,” katanya.Setakat semalam difahamkan ada 553 mangsa banjir yang mewakili 142 keluarga di empat pusat pemindahan daerah Marang iaitu SK Rusila, SK Marang, SK Pasir Puteh dan SK Bukit Gasing. Seramai 152 mangsa banjir terdiri daripada enam kampung ditempatkan di SK Rusila yang mula dibuka petang kelmarin. Bagaimanapun keadaan di Marang bertambah baik hari ini apabila hanya satu pusat pemindahan masih dibuka di SK Pasir Puteh melibatkan 35 mangsa daripada 12 keluarga.
18 Dec 18
500
i-MiTS Mahu Budayakan UMII
Ustaz Kamaruzaman Abdullah.KEMAMAN, 18 Disember - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i- MiTS) mengambil pendekatan dan usaha melalui pelbagai segmen bagi mencernakan pelaksanaan budaya ubudiyah, mas'uliah, itqan dan islah (UMII) kepada rakyat negeri Terengganu.Pengarahnya, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, ianya penting untuk difokuskan kerana merupakan asas pembentukan hati.“Jadi, antara fokus yang terkandung dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 adalah untuk menambah baik kualiti rakyat supaya berpaksikan kepada agama dan merealisasikan Terengganu maju, berkat dan sejahtera,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Bengkel Strategik dan Perancangan berkait portfolio Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan di Darul Iman Training Centre (DITC) semalam.Katanya, tugas yang sangat besar harus dijayakan oleh semua pihak."Kita terdiri daripada pelbagai latar belakang mewakili watak korporat, agensi kerajaan, kakitangan kerajaan, mahasiswa mahupun orang kampung biasa.“Dalam tempoh lima tahun ini, kita akan terus membina kemajuan insya-Allah. Kita perlu lipat gandakan usaha tersebut,” tambahnya.
18 Dec 18
194
Kad Sejahtera Sasar 20 Ribu Keluarga Miskin
Dr Haji Alias RazakOleh: Safwan SyakirKUALA TERENGGANU, 18 Disember - Kerajaan negeri mensasarkan kira-kira 20,000 keluarga untuk penggunaan percuma Kad Sejahtera dengan peruntukan sebanyak RM11 juta setahun bagi mengatasi masalah kesesakan tumpuan pesakit di hospital dan klinik kerajaan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Haji Alias Razak berkata, untuk itu kerajaan akan mengenalpasti klinik-klinik swasta yang bakal dijadikan panel bagi membolehkan rakyat menikmati kemudahan kad itu dengan nilai RM500 setahun."Jika penggunaannya habis pada tahun semasa, kad baru akan diberi kepada keluarga berkenaan untuk tahun berikutnya, " ujar beliau.Menurut Dr Haji Alias, kad sejahtera itu adalah satu kemudahan tambahan untuk rakyat Terengganu mendapatkan rawatan di klinik swasta secara percuma kepada golongan sasaran."Justeru, kerajaan menyasarkan sekitar 20,000 keluarga akan dapat manfaat daripada skim kad sejahtera ini, " katanya ketika bercakap di sebuah stesen radio di sini semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan tidak menafikan kemudahan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan yang sedia ada tidak mencukupi."Sebab itu kalau kita pergi ke hospital dan klinik kerajaan, pesakit terpaksa tunggu lama."Ini kerana kemampuan hospital untuk menampung keperluan pesakit itu, tidak seimbang maknanya pesakit terlalu ramai sedangkan kemampuan hospital dengan kakitangan dan kemudahan yang sedia ada terhad, " jelasnya.Sebagai contoh katanya banjir kilat akan berlaku bila hujan terlalu lebat sekaligus longkang-longkang yang sedia ada tidak boleh menampung pengaliran air keluar dari kawasan berkenaan.Beliau tidak menyalahkan kakitangan kerajaan kerana mereka melaksanakan tugas dengan baik."Untuk itu bila kerajaan menyediakan kad sejahtera, sebahagian daripada golongan sasaran (berpendapatan rendah) tidak perlu pergi ke hospital atau klinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan."Mereka boleh pergi ke klinik swasta dan caj itu akan dibayar oleh kerajaan melalui skim kad sejahtera ini, " jelas beliau lagi.
18 Dec 18
38
Pindah Segera Jika Diarahkan - Fazil Wahab
Oleh: Hailmey MansorKUALA NERUS, 18 Disember - Semua penduduk yang terlibat di dalam situasi banjir diingatkan agar mematuhi arahan untuk berpindah jika dikeluarkan oleh pihak berkuasa.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab juga mengharapkan agar ibu-bapa penjaga mengawasi anak-anak mereka ketika musim banjir.“Saya harapkan penduduk yang terlibat agar mendengar arahan berwajib sekiranya apa keadaan yang berlaku. Lebih-lebih lagi ibu bapa tolong tengok anak-anak takut mereka bermain di kawasan yang tidak sepatutnya," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal semalam.Dalam tumpuan sama, Haji Fazil yang juga Ketua Pemuda PAS DUN Seberang Takir memberitahu, para penduduk perlu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dengan apa jua situasi yang berlaku dan mendengar apa jua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib.Seramai 31 keluarga yang membabitkan 131 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan tersebut semalam. Penduduk yang terbabit dengan pemindahan ini terdiri daripada Kampung Pak Tijah atau Kubang Badak dan Taman Uda ekoran hujan yang tidak berhenti sejak pagi semalam. Bagaimanapun keadaan beransur baik hari ini dengan kesemua pusat pemindahan di Kuala Nerus telah ditutup.
17 Dec 18
45
ADUN Batu Buruk Usaha Atasi Masalah Banjir Kilat
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir. Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU ,17 Disember - Kerajaan negeri dengan kerjasama pihak-pihak berkaitan akan mengambil tindakan segera mengatasi masalah banjir kilat yang dihadapi penduduk di negeri Terengganu khususnya sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk setiap kali musim hujan lebat melanda.ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata banjir kilat yang sering berlaku setiap kali hujan dikatakan berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna yang menyekat pengaliran air keluar.Jelasnya lagi, Pejabat ADUN sudah mengambil tindakan awal sebelum bencana ini berlaku dengan membuat surat aduan kepada jabatan berkenaan.“Seperti di Kampung Binjai Chendering, kami sudah mengambil tindakan awal dengan sudah membuat surat aduan kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran(JPS) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT).“Hasilnya ada tindakan sudah dibuat dan ada juga yang belum tetapi dalam proses perlaksanaan, oleh itu saya berharap pihak berkaitan segera mengatasi masalah yang dihadapi penduduk terbabit,"katanya.Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan dan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Chendering, di sini hari ini.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Raja Baran, Tuan Ngah Tuan Ahmad; Pengerusi MPKK Kampung Aur, Che Ku Marzuki Che Ku Dalam; Pengerusi MPKK Kubang Ikan, Azmi Yusof, Pengawai-Pegawai Angkatan Pertahanan Awam(APM) dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM).Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri berkata sebagai masyarakat beragama islam, mereka perlu bersabar kerana ia adalah sebahagian ajaran agama islam apabila ditimpa musibah.“Kita bersabar apabila ditimba musibah kerana itu diajar oleh agama islam, yang baik kita syukur dan yang musibah kita bersabar kerana kesabaran memberi pahala kepada kita disisi Allah S.W.T," ujarnya lagi.Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan yang membantu dari sebelum bencana sehingga pasca bencana banjir ini.
17 Dec 18
93
'Kalau Takdok Bantuan Pakaian Ni.. Susoh Jugok..'
Fazrul bersama dua anaknya, Ahmad Lokman dan Nurul Ain serta seorang rakan anaknya bersama bantuan pakaian sekolah yang diterima mereka.Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 18 Disember - "Kalau tak dok (tiada) bantuan ni..susoh jugok. Anok ramai nok sekoloh, apatah lagi pendapatan pun tidak seberapa. Syukur sangatlah," kata bapa kepada penerima bantuan persekolahan, Ahmad Fazrul Mohamad, 33, dari Kampung Dusun Nyior, di sini, semalam.Dua anaknya, Ahmad Lokman Haziq, 14, dan Nurul Ain Natasya Ahmad Fazrul, 13, menerima bantuan i-Dana Persekolahan, menjadi antara 590 penerima di Dewan Sri Amar Cukai, di sini, semalam.Menurut Ahmad Fazrul, keprihatinan kerajaan amat besar maknanya kepada golongan yang berpendapatan rendah seperti mereka, apatah lagi kos sara hidup yang semakin tinggi masa kini."Terima kasih kepada kerajaan negeri atas keprihatinan kepada rakyat, saya berpuas hati sangat dengan usaha dan bantuan ini.. kalau boleh berterusanlah."Molek sangat kerajaan negeri buat macam ni, dengan nilaian RM100 dapat semua set pakaian sekolah seperti baju, seluar, stokin, kasut, beg dan kain sekolah. Jika dibandingkan dengan nilaian RM100 untuk membeli di luar sana (kedai) sememangnya tidak cukup,"katanya.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Haji Hanafiah Mat yang meninjau proses pengagihan berkenaan.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, berkata kira-kira RM5,000 disediakan kepada penerima bantuan pakaian sekolah berkenaan, semalam."Apa yang utama, jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri serta kepimpinan utama negeri, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kerana telah menyediakan peruntukan yang besar bagi tujuan ini. Hampir RM12 juta belanja untuk memastikan rakyat Terengganu yang bergaji (pendapatan isi rumah) kurang daripada RM2,500 memperolehi bantuan pakaian ini."Jutaan terima kasih kepada i-MiTS (Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera DUN Cukai, Sahabat Sejahtera, Pemuda PAS DUN Cukai, Jabatan AMAL, Ameerah Care dan juga PDRM (Polis Diraja Malaysia yang memberi kerjasama baik bagi menjayakan serta melancarkan program ini,"katanya.
17 Dec 18
62
Sediakan Slot Keagamaan Di PPS - MB Terengganu
Dr Samsuri (tiga dari kiri) dan isteri mendengar taklimat keadaan mangsa di PPS dari pegawai bertugas. Foto - Aslam WiraKUALA TERENGGANU, 18 Disember - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) disaran menyediakan slot keagamaan kepada mangsa banjir, terutama kanak-kanak jika menetap lama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berpendapat, pendekatan itu amat sesuai bagi memberi kekuatan moral kepada mangsa yang kini ditimpa ujian dengan bencana banjir.“Sekiranya mangsa lama menetap di sini, mungkin pengisian (program berbentuk) kerohanian dan keagamaan boleh dilaksanakan, terutama kepada mangsa dan anak-anak untuk memberi mereka kekuatan dalam menghadapi ujian.“Malah, MPKK boleh mengambil langkah ini sekiranya mangsa berada di PPS lebih daripada sehari,” katanya ketika ditemui selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gasing, Marang semalam.Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Samsuri berpuas hati dengan pengurusan bencana di PPS dan mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terbabit termasuk MPKK yang disifatkannya cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab.“MPKK adalah nadi kepada orang kampung. Tugas yang dipikul mereka sangat baik dan cemerlang bukan sahaja di Marang, malah di seluruh negeri,” katanya.Difahamkan, Ahmad Samsuri meluangkan masa melawat tiga PPS yang beroperasi di daerah Marang yang menempatkan lebih 400 mangsa banjir.SUMBER: BERITA HARIAN
17 Dec 18
45
MB Terengganu Ucap Takziah Pemergian Adib
Naraza Muda (kanan) mewakili Dr Samsuri bertemu abang arwah Adib, Muhamad Asraf Kassim untuk menyampaikan sumbangan.KUALA LUMPUR, 18 Disember - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang dilaporkan meninggal dunia malam tadi.Pegawai Penyelidik (Tanah Persekutuan) Pejabat Menteri Besar Terengganu, Naraza Muda berkata, pihaknya mewakili Ahmad Samsuri bagi mengunjungi jenazah Allahyarham di samping menyampaikan sumbangan wang tunai kepada ahli keluarga Muhammad Adib."Saya diarahkan untuk datang bagi menyampaikan ucapan takziah dan menyerahkan sumbangan kepada waris ahli keluarga Allahyarham Muhammad Adib."Pejabat Menteri Besar Terengganu dan seluruh rakyat negeri ini bersimpati dengan kejadian menimpa Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman," katanya.Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam tadi selepas 20 hari bertarung nyawa akibat dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman baru-baru ini.Dalam pada itu, Naraza berkata, Ahmad Samsuri tidak dapat hadir sendiri bagi menziarahi keluarga Muhammad Adib berikutan perlu memberi tumpuan kepada mangsa-mangsa banjir di Terengganu."Kita akan uruskan (pertemuan dengan keluarga waris) kerana beliau kini sibuk menziarahi mangsa-mangsa banjir."Dan kita doakan semoga proses pengurusan jenazah dipermudahkan," katanya.SUMBER: SINAR HARIAN
17 Dec 18
67
Tubuh Task Force Tangani Ancaman Ulat Bungkus
KUALA TERENGGANU, 18 Disember- Kerajaan negeri akan menubuhkan pasukan petugas khas (Task Force) bagi menangani serangan ulat bungkus di dua kawasan ladang kelapa sawit di Terenganu.Kawasan Felda Kerteh 5 dan Felcra Seri Bandi di Kemaman yang berkeluasan 1,400 ekar milik 100 peneroka kembali diserang ulat itu sejak November tahun lalu selepas kejadian terdahulu pada 2015.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim, berkata pasukan khas itu akan dianggotai beberapa agensi berkaitan termasuk, Felda, Felcra, Ladang Rakyat, TDM Berhad dan tidak dilupakan peneroka dan pekebun kecil.Katanya, langkah awal yang akan diambil menanam puluhan spesis cassia, cobanesis dan turnera subulata, selain membuat semburan racun terhadap daun dan suntikan pada batang kepala sawit secara berkala.“Pendekatan itu sangat diperlukan bagi mengelak ancaman ulat bungkus merebak ke seluruh kawasan ladang sawit, di mana kini telah menyerang kira-kira 1,000 ekar daripada 1,400 ekar milik peneroka.“Walupun saiznya kecil namun ulat bungkus spises metisa plana, pteroma pendula dan mahasena corbetti itu mampu merosakkan keseluruhan pokok kelapa sawit sehingga kering dalam tempoh 77 hari,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan ancaman ulat bungkus terhadap kelapa sawit, di Wisma Darul Iman, petang semalamDr Azman turut memberitahu cara pembiakan ulat itu, bukan faktor hujan atau musim kemarau, sebaliknya penyebaran melalui udara (angin), lebih mudah menyerang sekiranya pokok kelapa sawit berada di laluan kenderaan.“Akibat itu, peneroka yang terlibat mengalami kerugian yang agak besar di mana hanya memperoleh 40 metrik tan hasil buah berbanding 10 metrik tan hasil daripada pokok segar. “Perkara itu pastinya memberi kesan kepada peneroka dan pekebun kecil yang bergantung harap sepenuhnya kepada hasil sawit untuk menyara kehidupan seharian dan keluarga,”katanya.
17 Dec 18
59
Jangan Tinggal Solat - Pesan MB
Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 18 Disember- “Pastikan mereka tahu arah kiblat, solat perlu dijaga walau dalam apa jua keadaan”, itulah antara pesanan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika melakukan kunjungan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di Dewan Sivik, Kampung Tanjung Paya, semalam.Dr Ahmad Samsuri turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan mangsa banjir di pusat pemindahan itu.Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Khalid Ambak berkata, PPS Dewan Sivik, Kampung Tanjung Paya merupakan pusat pemindahan banjir yang pertama dibuka di DUN Bandar.“ Mangsa yang terlibat setakat ini hanya sebuah keluarga. Kesemua mereka berjumlah seramai 13 orang yang terdiri daripada warga emas, dewasa dan lima orang kanak-kanak.“Beberapa barangan keperluan telah diagihkan seperti makanan, kelengkapan penginapan, tilam, tikar dan selimut turut disediakan," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di PPS tersebut.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bandar, YM Sayyid Hasan.Sebagai mewakili mangsa banjir di pusat tersebut, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Besar kerana sudi berkunjung walaupun dalam keadaan mengejut. “Tidak dilupakan juga kepada Penghulu Mukim, Jabatan Khidmat Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, RELA dan seluruh agensi yang terlibat dalam operasi banjir kali ini,” ujarnya.
17 Dec 18
44