lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Umat Islam Dilarang Sambut Hari Natal
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 20 Disember - Umat Islam diperingatkan agar tidak menyambut Hari Natal kerana mempunyai unsur-unsur syirik sekaligus bertentangan dengan ajaran Islam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sambutan Hari Natal pada 25 Disember depan melibatkan perbuatan yang mensyirikan Allah dengan mendakwa kononnya Nabi Isa adalah anak Tuhan atau satu unsur dari tiga sifat ketuhanan."Hari Natal akan disambut oleh penganut agama Kristian pada 25 Disember setiap tahun .Hari Natal merupakan hari kebesaran bagi penganut agama itu yang bertentangan dengan aqidah Islam.“Mereka(Penganut Kristian) menyambut Hari Raya Krismas dengan memasukkan unsur-unsur ini benda ini dan mereka mendakwa Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan," jelas beliau.Ustaz Muhammad Khalil berkata demikian ketika menyampaikan kuliah maghrib di Surau Pantai Batu Buruk di sini semalam.Justeru katanya,ada ulama yang mendakwa gempa bumi banyak berlaku pada bulan ini.“Ada ulama’ berpendapat perayaan atau hari kebesaran orang bukan Islam, tidak boleh diraikan oleh orang Islam kerana melibatkan pengangan dan kepercayaan agama yang salah sebaliknya ia diizinkan jika melibatkan budaya boleh diraikan”.katanya lagi.“Sebagai contoh,perayaan Tahun Baru Cina itu budaya bukan agama tapi yang melibatkan agama,contohnya Hari Deepavali, kita tidak boleh sambut.”Muhammad Khalil juga menyatakan perayaan ini boleh diraikan dengan kadar yang terhad dan hanya kepada orang-orang yang penting sahaja“Ada juga ulama’ berkata demi nak merai masyarakat majmuk, maka dizinkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja dalam ruang lingkup yang sempit,” jelas beliau.
19 Dec 18
74
Empty Image
Jelapang Padi Fasa 2 Tampung Kekurangan Bekalan
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Kerajaan negeri merancang untuk membangunkan jelapang padi fasa kedua bagi menampung kekurangan bekalan makanan ruji tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas  Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pengeluaran padi dalam kawasan sedia ada hanya mampu memenuhi 53 peratus sahaja permintaan rakyat tempatan.Katanya, keselamatan makanan (food security) adalah perkara paling penting bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan di negeri ini.Ianya kerana, menurut beliau, dalam konteks Terengganu, bekalan beras untuk negeri ini mempunyai sekitar 12 ribu hektar kawasan padi.“Lima ribu hektar berada di kawasan jelapang yang menjadi tumpuan pengeluaran padi beras negara dan lebih tujuh ribu hektar berada di luar jelapang yang  tidak  memiliki kelengkapan pengairan dan infrastruktur yang lengkap untuk penanaman dua kali setahun.“Jadi, daripada 12 ribu hektar kawasan penanaman padi, kita cuma mampu membekalkan sekitar 53 peratus  keperluan bagi negeri Terengganu. Dengan makna, kita terpaksa beli beras daripada negeri lain, beras yang diimport daripada Thailand umpamanya,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian dalam temubual Pasca Bajet 2019 yang disiarkan secara langsung melalui ManisFm kelmarin.Oleh itu, katanya, tujuh ribu hektar kawasan sawah padi  yang berada di luar jelapang akan dijadikan jelapang padi dengan cara memanfaatkan sistem pengairan dan empangan Paya Peda yang berada di Besut, Terengganu. “Satu empangan yang disiapkan dengan kos lebih RM300 juta yang sehingga sekarang airnya belum digunakan untuk tujuan  pengairan . Maka air dari empangan Paya Peda inilah yang kita rancang untuk dialir dan disalurkan ke sekitar lima ribu hektar lagi kawasan padi.“Ianya untuk kita jadikan 10 ribu hektar jelapang padi negeri Terengganu insya-Allah mampu untuk membekalkan sekitar lebih 80 peratus keperluan beras di negeri ini,” jelasnya. Dengan itu, kata beliau, negeri Terengganu akan mencapai kadar kecukupan sara diri (SSL) walaupun tidak mencapai 100 peratus.Dr Azman menambah, terdapat 12 kawasan jelapang padi di seluruh negara yang menjadi tumpuan dan dibangunkan dengan segala infrastruktur  yang diperlukan oleh pihak kerajaan. 
19 Dec 18
181
Empty Image
Mudah Cara dengan DAR Perlu - Ustaz Satiful Bahri
Mudir DAR bersama Ustaz Satiful (duduk tengah) dengan e-Book sekolah masing-masing.KUALA NERUS, 20 Disember - Kerajaan negeri memperingatkan semua agensinya melaksanakan  dasar pengurusan secara 'mudah cara' dan lebih mesra kepada pusat-pusat pendidikan rakyat dengan syarat pusat-pusat berkenaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan kerajaan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ini termasuk menjaga prinsip-prinsip keharmonian dan dasar kerajaan serta mengikut amalan mazhab yang betul dalam masyarakat yang sedia ada.Katanya, kerajaan mengharap urusan pendaftaran sekolah-sekolah berkenaan dipermudahkan dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan baik.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama di Majlis Penyerahan e-Book kepada kira-kira 11 buah DAR di Dewan Komtaq Batu Enam di sini semalam.Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah  Top IT Industries Sdn Bhd (Top IT), Ustaz Haji Zakaria Dagang, Pengarah Jabatan Tarbiyah DAR, Ustaz Ibrahim Tahir dan Mudir-mudir DAR dari seluruh negeri Terengganu.Ustaz Haji Zakaria (kanan) menyerahkan replika cek bernilai RM24,000 kepada Ustaz Satiful Bahri (kiri)Ustaz Satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, kerajaan negeri juga memberi sokongan dan dokongan kepada rakyat yang turut sama membangunkan bidang pendidikan di negeri Terengganu."Negara-negara luar mendirikan sekolah berasaskan kepada kenegerian dan perkauman sebagai contoh kerajaan Turki membuka sekolah Turki dan mengajar bahasa Turki."Jadi masyarakat luar cukup menjaga bahasa dan bangsa mereka sekaligus membuka sekolah-sekolah bermula dari peringkat pra-sekolah. untuk tujuan tersebut," jelasnya.Bahkan katanya, negara-negara tersebut memberi insentif kepada pengusaha sekolah-sekolah berkenaan kerana dirasakan bahawa mereka telah banyak membuat pelaburan dalam bidang tersebut.Sementara itu Ustaz Haji Zakaria ketika ditanya menjelaskan, sebanyak 550 buah e-book akan diagihkan ke seluruh sekolah DAR di negeri itu."Setiap sekolah dar dijangka akan mendapat antara 30 hingga 50 buah e-Book yang akan di tempat di sebuah bilik khas (Bilik Maya) yang akan disediakan di setiap sekolah berkenaan," jelasnya.Top IT turut memberi sumbangan sebanyak RM24,000 kepada Jabatan Tarbiyah DAR di majlis berkenaan untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah terbabit.
19 Dec 18
169
Empty Image
Banjir Masih 'Termenung' Di Terengganu
Che Adam bersama Timbalan Pengerusi MPKK Pasir Puteh, Azfar Ismail meninjau keadaan rumah di Kampung Padang Garam.MARANG, 19 Disember - Tinjauan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu ke Kampung Padang Garam, Pasir Puteh, Merchang mendapati situasi banjir ‘termenung’ yang berlaku di kawasan itu menyebabkan pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Puteh perlu dibuka sehingga ke hari ini.Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman menjangkakan banjir di situ hanya akan surut dalam masa tujuh hingga sepuluh hari mendatang.“Buat masa ini, Kampung Padang Garam merupakan satu-satunya kawasan di Terengganu yang masih digenangi air banjir.“Berkeluasan hampir 10 ekar dan dinaiki air setinggi sekitar 0.3 meter, mendapan air telah tepu menyebabkan ia tidak dapat keluar ke mana-mana.“Berdasarkan tinjauan hari ini, kita tidak benarkan penduduk balik jika belum surut sepenuhnya kerana kita tidak tahu apa yang berada di dalam air ketika ini samada berbahaya atau tidak.Che Adam turut meninjau keadaan di SK Pasir Puteh.“Sebahagian besar kawasan ini adalah kawasan pertanian dan penyelesaian isu ini akan dibincangkan di peringkat pejabat daerah untuk dibawa ke peringkat negeri.“Pihak berwajib akan mencari jalan paling sesuai dalam usaha mengekalkan kelestarian kawasan ini serta mengambil kira keadaan penduduk asal di sini kerana pada akhirnya, penyelesaian itu diharap mendatangkan manfaat kepada penduduk dan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di kawasan tersebut.Seramai 35 mangsa terdiri daripada 12 keluarga masih ditempatkan di SK Pasir Puteh pada hari ketiga banjir daerah itu, hari ini. Manakala, pusat pemindahan lain di Terengganu telah ditutup semalam dan semua mangsa dibenarkan pulang.Che Adam turut memaklumkan, situasi air laut pasang besar dijangka akan berlaku antara 22 sehingga 26 Disember ini.“Jika hujan lebat dan air pasang besar pada waktu yang sama, kita jangkakan akan berlaku banjir lagi di kawasan berisiko dan mangsa pemindahan mungkin akan meningkat sehingga lebih 1,000 orang berbanding 800 mangsa pada gelombang ketiga kali ini,” katanya.Sementara itu, Penghulu Mukim Merchang, Adnan Ibrahim, 52, memaklumkan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah diarahkan  bersedia membantu pihak keselamatan sehingga keadaan pulih.“Jawatankuasa MPKK yang dilantik telah diberi taklimat dan kursus untuk menghadapi situasi ini. Mereka memainkan peranan dengan tunjuk ajar APM dan pasukan keselamatan untuk membantu penduduk.“Setakat ini, mereka telah menunjukkan kerja yang baik semasa memindahkan mangsa dan melaksanakan aktiviti di pusat pemindahan. MPKK akan kekal membantu mangsa di pusat pemindahan sehingga semua dibenarkan pulang,” katanya.
19 Dec 18
260
Empty Image
Banjir : Abdul Hadi Tinjau Keadaan PPS Terengganu
Oleh: Aziz HambaliMARANG, 19 Disember - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang turun padang bagi melihat sendiri keadaan mangsa banjir yang dipindahkan di beberapa pusat pemindahan di sekitar Marang semalam.Katanya, beliau berpuas hati dengan persediaan yang dilakukan banyak pihak dalam menghadapi banjir termasuk pengurusan bantuan banjir di sini."Pihak-pihak yang terlibat dilihat bersedia dan bertindak dengan cepat. Ada penyelarasan di antara penghulu kampung, badan bukan kerajaan (NGO), anggota bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela dan sebagainya."Banjir sebelum ini lebih besar daripada ini, jika semua pihak bekerjasama, ianya dapat diselesaikan dengan baik untuk kemudahan rakyat insya-Allah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu tinjauan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Puteh semalam.Dalam tumpuan sama,  menurut Hadi, kerajaan negeri perlu mencari kawasan rendah untuk menghapuskan air takungan."Ini kerana dalam jangka masa panjang, air itu harus dipindahkan dari kawasan rendah dan digunakan untuk tujuan pertanian," jelasnya.Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dalam satu kenyataan berkata, banjir bagi daerah Marang antaranya melibatkan Kampung Kijing, Kampung Rhu Muda, Kampung Gong Merawang, Kampung Seberang Marang, kampung kelulut, Kampung Serating, Kampung Pulau Rusa dan Kampung Alur Wan Syed.Marang antara daerah di negeri Terengganu yang turut dilanda banjir melibatkan 615 orang mangsa dari DUN Rhu Rendang dan Pengkalan Berangan. Bagaimanapun, keadaan bertambah baik hari ini dengan hanya satu pusat pemindahan masih dibuka di SK Pasir Puteh melibatkan 35 mangsa daripada 12 keluarga.Turut hadir dalam tinjauan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.
19 Dec 18
61
Empty Image
Penjawat Awam Perlu Elak Budaya ‘Yes Boss’
Dato' A. Rahman Yahya berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di WDI hari ini.KUALA TERENGGANU, 19 Disember - Penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya membudayakan pemikiran di luar kotak kebiasaan dan mempunyai kreativiti dalam menyampaikan perkhidmatan.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya berkata, dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan, mereka seharusnya mengambil inisiatif berfikir di luar kotak bagi memastikan hasil serta kualiti kerja terbaik untuk memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.Dengan cara tersebut katanya, penjawat awam akan sentiasa berada di depan dalam usaha meningkatkan daya saing dan memastikan perkhidmatan awam terus relevan dan unggul.Di samping itu katanya, penjawat awam juga perlu mengelak budaya ‘Yes Boss’ agar dapat melicinkan lagi pentadbiran negeri.“Sebagai penjawat awam, kita perlu menunaikan amanah Allah dengan sebaik mungkin. Tidak boleh lagi berkelakuan mengikut apa yang dibuat oleh orang terdahulu, maksudnya kita bukan lagi ‘Yes Boss’, sebagai penjawat awam kita hendaklah sentiasa mempunyai idea baru.“Jangan takut dan segan untuk menyatakan idea kita kepada pihak atasan kerana tidak semestinya idea bos itu betul, mungkin gabungan dua idea lebih baik tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan cara yang berhemah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI hari ini.Beliau juga menyeru seluruh penjawat awam agar bersama-sama bertanggungjawab dalam memikul amanah dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.“Buatlah sesuatu kerja atau tugasan itu bermula dengan cara yang betul agar pengakhirannya juga adalah hasil yang betul,” ujarnya.
18 Dec 18
282
Empty Image
Kolaborasi Dengan Kelab Media Terengganu Dialu-alukan - MB
Ahmad Fakhrurazi (dua dari kanan) menyampaikan 'Banjir Kit' kepada Che Adam (kiri) diperhatikan oleh Dr Ahmad Samsuri (tengah).KUALA TERENGGANU, 19 Disember - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri mengalu-ngalukan penglibatan syarikat gergasi antarabangsa untuk berkolaborasi memajukan industri penulisan dan kewartawanan di negeri ini.Katanya, kerajaan negeri sangat mengalu-ngalukan penglibatan syarikat gergasi antarabangsa seperti Repsol Oil dan Gas Malaysia Berhad (Repsol) yang turut sama membantu golongan karyawan dalam konteks negeri Terengganu."Ini bertujuan untuk menjaga kepentingan golongan karyawan termasuk wartawan, pegawai media, jurugambar dan sebagainya di samping syarikat antarabangsa berkenaan boleh memberi sumbangan dalam pembangunan dan kebajikan masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas selesai Repsol Media Night 2018 di Hotel Permai di sini semalam.Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Perhubungan Pemegang Saham Repsol, Ahmad Fakhrurazi Arshad.Repsol adalah sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang beribu pejabat di Sepanyol dan operasinya berteraskan kepada sumber asli, petroleum dan gas.Seterusnya, Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, Repsol adalah satu contoh syarikat antarabangsa yang terbaik yang berkolaborasi bagi memajukan industri media di Terengganu.Wakil-wakil media bergambar bersama MB (tengah) di Majlis Repsol Media Night 2018 semalam."Saya bagi pihak kerajaan negeri nenyeru kepada syarikat-syarikat lain di luar sana untuk turut mengambil langkah yang sama sebagaimana yang dibuat oleh Repsol," tambahnya.Katanya, mungkin dari segi kepentingannya susah untuk melihat kejayaan kerjasama itu dalam waktu yang singkat tetapi usaha tersebut boleh membantu masyarakat negeri Terengganu dalam jangka masa panjang.Kerajaan negeri katanya, sangat terbuka dengan mana-mana organisasi atau syarikat yang sudi menyumbang dalam bentuk penajaan dan program bersama."Sebab itulah kerajaan negeri Terengganu wujudkan satu portfolio yang khusus mengenai NGO. Ianya kerana kerajaan menyedari kepentingan NGO (memajukan negeri) dan sudah tentu syarikat-syarikat swasta berupaya berbuat demikian untuk membangun negeri Terengganu secara khusus," ujarnya lagi.Sementara itu, Ahmad Fakhrurazi berkata, Repsol amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan golongan karyawan negeri Terengganu."Ini adalah kali pertama kami dapat bekerjasama dengan mereka dan kami berharap dapat meneruskan lagi kerjasama ini di tahun-tahun yang berikutnya," jelas beliau.Repsol katanya, berhasrat untuk membabitkan diri dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility-CSR) kerana beliau difahamkan banyak aktiviti CSR akan dilaksanakan karyawan negeri ini."Kami ingin turut serta dalam program CSR dan sebagai syarikat gergasi antrabangsa memang Repsol adalah nama baru di Malaysia dan kami berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan kami di Malaysia," jelas beliau.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim, Presiden Kelab Karyawan Kreatif, Nik Mohd Zahid Nik Salim, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said dan wakil-wakil media dari seluruh negeri Terengganu.Pelbagai acara menarik diadakan dalam majlis tersebut yang bertemakan pakaian tahun 60-an termasuk penyampaian hadiah jasamu dikenang, hadiah istimewa menepati tema majlis dan cabutan bertuah.Ahmad Fakhrurazi turut menyerahkan 'Banjir kit' kepada Che Adam di majlis yang sama diperhatikan oleh Dr Ahmad Samsuri. 
18 Dec 18
58
Empty Image
Amal Bantu Lancarkan Agihan Bantuan Di Jerteh
Petugas unit AMAL sedang memproses data penerima bantuan di seluruh Jerteh.Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 18 Disember - Jabatan Amal Malaysia (JAM) turut berganding bahu bersama-sama membantu melancarkan agihan bantuan pakaian persekolahan di Dewan Undangan Negeri Jerteh, dalam tempoh dua minggu terakhir sebelum sesi baharu persekolahan 2019.Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, komitmen Unit Amal Besut itu dapat melancarkan proses agihan bantuan kepada lebih 3,000 penerima pakaian sekolah di seluruh DUN itu yang dilaksanakan di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh, di sini."Agihan ini merupakan hasrat kerajaan negeri yang ingin membantu golongan yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat.“Terima kasih diucapkan kepada semua petugas dan Jabatan Amal yang sentiasa membantu sepanjang program agihan bermula,"katanya.Wan Azhar berkata, kerjasama sesama kita akan membuatkan hubungan silaturahim sentiasa erat antara satu sama lain.Katanya, agihan bantuan persekolahan akan diteruskan hari ini dan akan berakhir pada Ahad ini (23 Disember).Beliau juga menasihati penerima agar sentiasa mengikuti perkembangan mengenai proses pengagihan bantuan persekolahan itu supaya tidak ada rakyat yang tercicir daripada mendapat manfaat itu.Petugas unit AMAL memantau proses agihan kasut sekolah.
18 Dec 18
49
Empty Image
1,000 Mangsa Banjir Terima Bantuan
 Haji Ahmad Amzad Hashim menyampaikan bantuan makanan kepada salah seorang mangsa banjirOleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU 17 Disember –Hampir 1000 mangsa banjir sekitar kawasan Kuala Terengganu di sini yang terlibat dalam banjir kilat menerima sumbangan makanan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen.Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim khusus kepada penduduk yang  berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana mengalami banjir akibat hujan lebat yang direkodkan melanda beberapa stesen di sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus, dua hari lepas.Ahmad Amzad Hashim berkata, pihaknya mengagihkan kira-kira 1000 beg bantuan yang berisi bahan mentah kepada semua keluarga mangsa banjir terbabit bagi meringankan beban yang dihadapi mereka.“Antara kandungannya ialah beras 5 kilogram (kg), minyak masak 2 kg, tepung gandum, gula, maggi dan biskut yang merupakan makanan asas."1000 itu jumlah keseluruhan, yang kami sempat agihkan hari ini dalam 100 beg, ada 900 beg yang perlu diagihkan lagi. Jika tidak mencukupi Insha Allah, saya akan usahakan penambahan lagi demi kemudahan mangsa-mangsa banjir", ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)ketika ditemui  di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan(SK) Chendering, semalam.Menurutnya, kejadian banjir kilat yang berlaku pada Isnin lalu, di luar jangkaan pihaknya dan menyebabkan beberapa taman perumahan terjejas."Pemberian bantuan ini bukan saja sebagai usaha menyantuni penduduk yang menghadapi masalah akibat bencana alam tetapi juga bagi membantu kerajaan meringankan bebanan yang dihadapi rakyat.“Semua mangsa gembira ketika agihan bantuan tadi dan ada yang datang memeluk saya sebagai tanda berterima kasih,”katanya.
18 Dec 18
89
Empty Image
Kerajaan Negeri Siasat Dakwaan Pegawai Menyeleweng
Dr Ahmad Samsuri (kanan) ketika menjawab soalan pemberita berkait dakwaan kononnya pegawai anak syarikat kerajaan Terengganu menyeleweng.KUALA TERENGGANU, 19 Disember - Kerajaan negeri sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kononnya beberapa orang pegawai di pejabat  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat kerajaan negeri terbabit dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, siasatan dalaman mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dibuat bagi mengenalpasti sama ada penyelewengan itu benar-benar berlaku atau tidak dan kerajaan tidak teragak-agak membawa kes dakwaan itu ke pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya jika dakwaan itu ada unsur-unsur melanggar mana-mana akta atau undang-undang negara."Buat masa ini tidak ada sebarang tindakan yang luar biasa dilakukan kerajaan, hanya mengikut SOP dan hanya siasatan dalaman sahaja dibuat, belum melibatkan mana-mana pihak berkuasa sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ataupun Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya ketika disoal pemberita selepas selesai Majlis Repsol Media Night 2018 di Hotel Permai di sini semalam.Katanya buat masa ini siasatan dijalankan oleh satu jawatankuasa dalaman syarikat terbabit.Baru-baru ini tular di media sosial dakwaan kononnya pejabat CEO terbabit dirantai kerana berlaku pertembungan kepimpinan dalaman syarikat berkenaan.Menjelaskan lebih lanjut berhubung dengan perkara tersebut, Dr Ahmad Samsuri berkata , beliau tidak pasti insiden itu secara fizikalnya tetapi ianya adalah prosedur biasa untuk menghalang individu-individu tertentu supaya tidak berada di premis berkenaan sewaktu siasatan dijalankan."Jadi bagaimana SOP yang diambil sama ada kunci, merantai pintu pejabat atau sebagainya itu adalah satu kaedah sahaja tetapi yang pentingnya ialah prosedur itu perlu dijalankan bagi menghalang mereka yang terbabit memasuki premis berkenaan," jelasnya.Menjawab satu soalan berkaitan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, kerajaan tidak menetapkan waktu atau tempoh tertentu untuk menyelesaikan siasatan berkenaan kerana jika tindakan tersebut dibuat secara tergesa-gesa, kerajaan bimbang tidak berlaku adil kepada mana-mana pihak terlibat.Menurut beliau, siasatan itu dilaksanakan dengan teliti bukan bertujuan untuk memburu dan mengenakan tindakan sewenang-wenangnya kepada mana-mana individu."Siatan itu dijalankan dengan kadar yang segera mungkin supaya segala urusan dan perjalanan syarikat tidak terjejas," ujarnya.Katanya, kerajaan tidak akan mendedahkan nama atau identiti mereka terbabit kerana ia masih lagi dalam siasatan."Kerajaan mahu berlaku adil kepada pihak yang dinamakan (didakwa) itu supaya kerajaan tidak membuat hukuman melalui media lebih awal, biarlah pihak luar membuat serkap jarang, itu adalah hak mereka (jika tidak bercanggah dengan undang-undang)."Mereka yang membuat serkap jarang itu perlu hormat (supaya tidak membuat tuduhan melulu kepada mereka yang terbabit)," ujarnya lagi.Buat sementara waktu, katanya, operasi syarikat tersebut akan diuruskan secara bersama oleh wakil lembaga pengarah syarikat berkenaan yang dilantik bersama dengan pengurusan yang sedia ada dan tidak terbabit dalam siasatan itu."Jadi akan ada pemangku kumpulan CEO yang bertanggungjawab," jelasnya lagi.
18 Dec 18
166