lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
TNB Serah Rumah Baiti Jannati Kemaman
Oleh: Wan HadiKEMAMAN, 21 Disember - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerahkan sumbangan berupa sebuah rumah kepada penerima Noor Asiah Embong Wee, di Kampung Batu 4, Binjai, semalam.Rumah bernilai sekitar RM 50,000 tersebut merupakan sumbangan di bawah Program Baiti Jannati yang diadakan sepanjang tahun dengan empat buah rumah telah disumbangkan bagi 2018.Ahli Parlimen Kemaman, Alias Abd Hamid merakamkan ucapan terima kasih kepada TNB kerana mengambil tanggungjawab bersama membantu golongan yang tidak berkemampuan dengan menyediakan keperluan seperti rumah dan sebagainya."Tanggungjawab seperti ini perlu diambil perhatian oleh syarikat-syarikat GLC dan badan-badan korporat yang lain. "Kami di pihak Kerajaan Negeri Terengganu mengalu–alukan program seumpama ini dapat dipertingkatkan."Dengan program sebegini, kita dapat berganding bahu memikul tanggungjawab dalam menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan," katanya kepada pemberita ketika merasmikan majlis penyerahan tersebut semalam. Beliau turut mendoakan keberkatan kepada penyumbang yang banyak membantu rakyat dalam pelbagai keperluan."Ini merupakan program yang mulia dan terpuji.  Apabila kita buat kebaikan, nescaya Allah S.W.T akan memberikan jalan kemudahan kepada kita."Mudah-mudahan semua pihak yang terlibat di beri kerberkatan oleh Allah S.W.T,“ ujarnya.Turut hadir, Pengurus Besar Pekhidmatan Pelangan Bahagian Pembangunan TNB, Mohd Nazmi Putih, Penolong Pegawai Daerah Kemaman, Khairul Anuar Yasin dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Batu 4, Hamzah Mohd.
21 Dec 18
405
Empty Image
MPKK Pengkalan Arang Sepakat Bersih Kubur
Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 21 Disember - Agama Islam sangat menuntut umatnya agar menjaga kebersihan samada kepada diri, keluarga, masyarakat mahupun alam sekitar.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pengkalan Arang, Mohd Khairusan Musa berkata, amalan gotong-royong merupakan salah satu amalan menjaga kebersihan dalam sebuah komuniti.“Aktiviti ini akan dijadikan sebagai program bulanan kita dan ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim antara seluruh penduduk kampung yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas selesai aktiviti gotong-royong membersih kawasan kubur Kampung Pengkalan Arang.MPKK Pengkalan Arang turut menyerahkan sumbangan berupa peralatan iaitu mesin rumput untuk kegunaan orang ramai membersihkan kawasan tersebut.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kampung Pengkalan Arang, Haji Che Wan Taqwa Che Wan Abu Bakar berkata, aktiviti ini selari dengan slogan Kerajaan Terengganu yang mahukan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera.“Saya menyeru kepada semua penduduk kampung ini khususnya agar sama-sama kita kembali kepada agama dengan menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak masjid,” ujarnya.Hadir sama, Pengerusi MPKK Pak Katak, Mohd Jailani Mamat dan penduduk kampung setempat.Tambah beliau, antara pengisian majlis ilmu tersebut adalah mengenai akidah, fekah, dan pengenalan tasawwuf selain daripada kelas fardhu ain untuk kanak-kanak yang dijadualkan setiap minggu pada hari Sabtu.
21 Dec 18
1009
Empty Image
Hui Ling Capai Semua A UPKK
Por Hui Ling. Foto ihsan - NSTP/ Berita HarianKUALA NERUS, 20 Disember - Seorang murid berketurunan Cina Hokkien dan beragama Buddha mencatat keputusan luar biasa apabila berjaya meraih 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang diumumkan, baru-baru ini.Kejayaan Por Hui Ling, 11, dari Taman Desa Jaya Kampung Gong Pak Damak itu merupakan satu sejarah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (SKTJ).Anak ketiga daripada empat beradik itu meraih semua A untuk semua subjek agama iaitu Ulum Syariah, Pelajaran Jawi, Lughatul al-Quran (Bahasa Arab), Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Sirah, Adab dan Amali Solat.Hui Ling berkata, dia mengikuti kelas UPKK atas kerelaannya sendiri memandang abangnya, Por Jie Hao, 14, pernah mengikuti kelas UPKK di SKTJ.“Abang memperolehi 5A dan 3B dalam UPKK pada 2015 justeru saya terdorong untuk mencatat keputusan yang lebih baik daripada abang.“Ibu dan ayah pula menyokong kerana bagi mereka, saya perlu mempelajari juga apa yang murid Melayu belajar kerana semua rakan Melayu juga belajar bahasa Mandarin.“Memang seronok apabila berpeluang mempelajari semua subjek dalam UPKK terutama subjek Pelajaran Jawi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.Tambahnya, dia berterima kasih kepada semua guru UPKK di SKTJ yang mengadakan kelas tambahan untuk murid yang lemah dalam subjek Pelajaran Jawi.“Saya antara murid yang paling lemah dalam subjek Pelajaran Jawi justeru terpaksa mengikuti kelas tambahan pada Jumaat dan Sabtu. Dalam tempoh beberapa bulan, saya berjaya menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi selain boleh membaca perkataan dalam Bahasa Arab.“Pencapaian itu memberi kepuasan kepada saya malah menjadi pendorong kepada rakan-rakan lain untuk cemerlang dalam UPKK,” katanya.Menurutnya, semua jenis ilmu atau mata pelajaran boleh dikuasai sekiranya seseorang itu mempunyai kesungguhan dan keinginan yang tinggi.“Saya hanya belajar ketika sesi pembelajaran di dalam kelas selain tidak malu untuk bertanya guru sekiranya tidak memahami sesuatu pembelajaran. Melalui disiplin itu saya berjaya mencapai kecemerlangan di dalam UPKK,” katanya.Sementara itu, Jie Ho berkata, dia berasa bangga dengan pencapaian yang diperolehi adiknya itu.“Semua subjek dalam UPKK itu bukan senang untuk skor A, paling susah subjek Pelajaran Jawi dan Bahasa Arab. Saya pernah mengikuti semua kelas UPKK oleh itu sedia maklum dengan cabaran dalam menguasai dan mempelajari semua subjek,” katanya.Sementara itu Guru Besar SKTJ , Abdul Aziz Deraman berkata, kejayaan Hui Ling menjadi satu sejarah kepada SKTJ.“Sebelum ini Jie Ho yang mencatat keputusan cemerlang dan diteruskan oleh Hui Ling dengan keputusan yang lebih cemerlang pada tahun ini. Kejayaan Hui Ling itu akan menjadi perangsang dan cabaran kepada murid-murid lain yang beragama Islam untuk turut cemerlang dalam UPKK,” katanya.Menurutnya, Hui Ling antara 57 daripada 138 murid yang menduduki UPKK memperolehi 8A di SKTJ pada tahun ini.SUMBER: BERITA HARIAN
20 Dec 18
162
Empty Image
Pulau Ranggut Potensi Baharu Pelancongan Terengganu
Kecantikan Pulau Ranggut mampu tarik pelancong.MARANG, 20 Disember - Pulau Ranggut yang terletak di mukim Merchang, Marang berpotensi dibangunkan sebagai salah satu mercu pelancongan baharu di daerah tersebut.Berkeluasan 55.4 hektar, pulau yang memiliki paya bakau dan berada betul-betul di hadapan kuala Merchang itu mempunyai pelbagai kelebihan untuk dibangunkan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman menjangkakan pulau itu akan menjadi destinasi eko pelancongan yang menarik negeri Terengganu."Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Amat atau Gong Kassim telah mengutarakan cadangan pembinaan Chalet Paya Bakau di bawah projek ekonomi Program Desa Lestari."Berdasarkan tinjauan, saya amat berharap projek kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bernilai RM4 juta ini membuahkan hasil," katanya kepada pemberita ketika meninjau kawasan cadangan di lokasi hari ini.Ariffin harap projek Chalet Paya Bakau membuahkan hasil.Beliau hadir bersama Timbalannya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong turut meninjau projek pembinaan jambatan Pulau Ranggut yang telah siap sekitar 50 peratus."Jambatan ini dijangka siap April tahun depan. Dijangkakan dengan adanya akses jalan, ianya akan memudahkan lagi pembangunan di sini," katanya.Sulaiman Sulong.Dalam pada itu, Sulaiman menyatakan Pulau Ranggut termasuk dalam Rancangan Tempatan (RT) daerah untuk dibangunkan sebagai Desa Lestari."Kita juga merancang penempatan khusus nelayan yang tersusun bagi memastikan para nelayan mendapat ruang kebajikan yang diperlukan."Kita juga akan memastikan muara Merchang dibaiki dan dibina benteng pemecah ombak."Setakat ini, semua yang dirancang berada pada garis yang betul seperti yang kita kehendaki. Penerangan MPKK tentang cadangan pembangunan."Diharapkan pejabat daerah dan pihak-pihak lain yang terlibat dapat memastikan perjalanan projek ini sentiasa lancar dan teratur," katanya.Turut hadir Pegawai Daerah Marang, Mat Azmi Arshad dan Yang Dipertua Majlis Daerah, Anuar Awang.Jambatan Pulau Ranggut hampir siap.
20 Dec 18
532
Empty Image
Maidam Yakin Kutip Zakat RM140 juta
KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Negeri Terengganu berjaya meningkatkan kutipan zakat yang dipungut melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) pada 2018 serta yakin akan dapat mencapai sasaran sebanyak RM140 juta.Yang Dipertua Maidam, Dato' Haji Osman Muda berkata, sehingga kini pungutan zakat yang terkumpul adalah sebanyak RM137 juta."Pada tahun ini, pungutan zakat di negeri Terengganu adalah sebanyak RM137 juta sehingga kelmarin (18 Disember). Target kita berjumlah RM140 juta sehingga penghujung tahun ini. Kita ada kurang lebih 2 minggu lagi. Insya-Allah kita yakin sasaran dapat dicapai sebab akhir tahun memang ramai nak keluarkan zakat," ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pembahagian Pakaian Sekolah Kepada Penghuni Asrama Darul Akhyar Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2019 anjuran Maidam di Dewan Kenanga, Club House, Terengganu Equestrian Resort (TER), Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai hari ini.Osman berkata, sasaran pada tahun ini meningkat berbanding jumlah yang telah dikumpulkan pada tahun lalu, sebanyak RM133 juta.Oleh itu menurutnya, agihan asnaf yang paling tinggi adalah kepada bidang pendidikan selain untuk orang fakir dan miskin."Agihan macam saya kata tadi yang paling tinggi sekarang ini (asnaf) pendidikan dan satu lagi asnaf untuk orang miskin dan miskin tegar. Pendidikan kita target tahun ini RM49 juta, tahun depan 2019 lebih kurang RM50 juta untuk pendidikan sahaja," jelasnya.Selain itu kata beliau, sebanyak RM60 juta daripada wang zakat tersebut telah dimanfaatkan untuk membantu golongan miskin dan tidak berkemampuan. Bahkan kata beliau, sebenarnya agihan yang dilaksanakan pada musim ini melebihi daripada jumlah yang dikutip."Asnaf lain kalau yang paling tinggi kemiskinan sekarang ini lebih kurang RM60 juta," katanya.Kata beliau, program yang diadakan pada hari ini adalah sumbangan daripada  pelaburan hartanah Berhad (PHB) dan SOGO.Tambahnya, kedua-dua badan korporat tersebut menaja dan menyumbangkan sebanyak dua pasang pakaian dan sepasang kasut sekolah kepada 105 anak-anak yatim dari pelajar Asrama Darul AKhyar Batu Rakit.
20 Dec 18
58
Empty Image
Hanya 397 Permohonan Nikah Bawah Umur Diluluskan
Maliaman Kasim (tengah) beramah mesra dengan sebahagian penerima bantuan sokongan keluarga.KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu merekodkan hanya 397 permohonan kebenaran nikah bawah umur kanak-kanak beragama Islam diluluskan daripada keseluruhan 444 permohonan yang didaftarkan dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini di negeri Terengganu.Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 28 permohonan ditolak atau dibuang kes dan 19 permohonan lagi ditarik balik.Dari segi pecahan katanya, daripada 96 jumlah permohonan yang didaftarkan pada 2013, permohonan yang diluluskan hanya 86 dan masing-masing 5 permohonan ditolak dan 5 ditarik balik.“Pada 2014, permohonan yang didaftarkan (89), permohonan diluluskan (78), permohonan ditolak (7) dan ditarik balik (5), sementara untuk tahun 2015 jumlah yang memohon (93), permohonan diluluskan (87), permohonan ditolak (4) dan ditarik balik (2).“Pada 2016 pula, jumlah yang memohon (68), permohonan diluluskan (58), permohonan ditolak (6) dan ditarik balik (4). Tahun 2017, jumlah yang memohon (61), permohonan diluluskan (54), permohonan ditolak (5) dan ditarik balik (2).“Dan pada 2018, jumlah yang memohon (37), permohonan diluluskan (34), permohonan ditolak (1) dan ditarik balik (2),” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Anak Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu Kali Kedua Tahun 2018 yang disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Maliaman Kassim di Bilik Gerakan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu hari ini.Turut hadir, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Mohd Soud Said.Katanya, kerajaan negeri masih mengekalkan peruntukan sedia ada dalam Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2017, yang membenarkan perkahwinan pada had usia 16 tahun untuk perempuan dan 18 tahun untuk lelaki.Menurut beliau, berdasarkan data Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu antara alasan permohonan yang paling tinggi adalah suka sama suka.“Kebiasaan permohonan seperti ini tidak dikira terlalu berat berbanding beberapa kes seperti hamil luar nikah. Kes-kes berat contohnya seperti hamil luar nikah terpaksa kami luluskan juga walaupun di bawah umur untuk mengelakkan masalah di kemudian hari,” ujarnya.
19 Dec 18
291
Empty Image
Kelab Basikal WDI Jadi Duta Kecil Sukan Basikal Terengganu
Tengku Mohd Ariffin menyerahkan jersey kepada salah seorang ahli WDICC, baru-baru ini di Wisma Darul ImanKUALA TERENGGANU, 20 Disember - Kelab Berbasikal Wisma Darul Iman (WDICC) berhasrat menjadi duta kecil sukan berbasikal negeri bagi mempromosikan Terengganu kepada umum, terutama peminat acara itu.Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol), Tengku Mohd Arifin Tengku A. Rahman berkata,  inisiatif itu juga sebagai sokongan berterusan kepada Terengganu yang terkenal sebagai kilang melahirkan jaguh bagi sukan berkenaan.“WDICC ini telah diilhamkan dan mula aktif dalam riadah berbasikal di sekitar Kuala Terengganu untuk membentuk dan membudayakan komuniti yang sihat di kalangan warga kerja Wisma Darul Iman menerusi riadah kayuhan basikal.“Di samping itu dapat memupuk semangat kerjasama dan jalinan ukhwah yang berterusan dikalangan kakitangan menerusi minat dalam aktiviti ini yang secara tidak langsung mewujudkan semangat ‘team work’ serta semangat kesukanan untuk kesihatan,”katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), di sini, hari ini.Kahlian WDICC setakat hari ini , seramai 54 orang yang diwakili daripada pelbagai jabatan di Wisma Darul Iman sebagai  antara platform untuk mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat.Menurutnya, WDICC juga berhasrat menyertai program berbasikal yang dianjurkan oleh kerajaan dan lain-lain agensi.“Adalah menjadi harapan agar pendekatan ini menjadi ikutan kepada agensi-agensi lain kearah membentuk warga kerja yang sihat dan produktif,”katanya.
19 Dec 18
644
Empty Image
Jangan Tunggu Suruh, Baru Buat
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kem.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU , 20 Disember - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mengingatkan anak-anak agar tidak bergantung kepada suruhan ibu bapa mereka untuk mendirikan solat."Selepas ini, jangan tunggu emak ayah suruh dulu baru buat. Adik-adik kena tanamkan sikap bahawa ini adalah perintah Allah SWT. Jangan tunggu disuruh," pesannya.Katanya, solat merupakan perkara wajib dilaksanakan semua umat Islam sebagai hamba-Nya yang bersyukur dengan kurniaan nikmat dan rezeki yang melimpah."Antara tujuan program ini dijalankan adalah supaya kita lebih memahami ilmu solat dan berdisiplin melakukan ibadah solat. Ilmu ini perlu dipelajari dengan lebih terperinci dan mengikut kehendak syarak," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kem Solat Remaja 1.0 anjuran Pejabat Parlimen Kuala Terengganu di Masjid Kubang Ikan semalam.Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan,Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri turut berpesan kepada peserta agar tidak meninggalkan solat dan menanamkan rasa khusyuk melakukan solat walau dalam apa jua keadaan.Beliau turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pengurusan masjid, ahli jawatankuasa program, penceramah, ibu bapa dan peserta-peserta yang menjayakan kem itu.Seramai 107 peserta menyertai program tersebut. Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kubang Ikan, Azmi Yusof dan Ahli Jawatakuasa Masjid Kubang Ikan.
19 Dec 18
50
Empty Image
Jabatan Amal, APM Bantu Bersih Rumah Mangsa Banjir
Oleh: Aslam WiraMARANG 20 Disember - Anggota Jabatan Amal Marang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) tampil mengerah keringat bagi membantu membersihkan rumah penduduk yang terlibat di Taman Desa Darul Iman, Kelulut yang terlibat banjir, baru-baru ini.Seramai 16 orang anggota amal dipimpin oleh Timbalan Ketua Operasi Bencana Jabatan Amal Kawasan Marang, Mohd Shahrul Azmi Othman dan 20 orang anggota APM yang diketuai oleh Pegawai APM Marang, Kapten (PA) Zabri Abd Razak.Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri(DUN) Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata kerjasama baik antara dua jabatan ini diutamakan demi memberi khidmat  terbaik kepada rakyat dan penduduk yang terjejas banjir.“Selepas Pusat Perpindahan Sementara ditutup, kita terus fokus kepada penyelarasan kerja berkaitan pembersihan rumah yang terjejas teruk akibat banjir ini dan turut disertai oleh pejabat Dun Rhu Rendang dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Kelulut.“Pusat khidmat DUN akan terus berkerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Pertahanan Awan, Polis Diraja Malaysia,  Bomba dan sebagainya,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui sewaktu proses pembersihan rumah di taman berkenaan, baru-baru ini.Menurutnya, pejabat DUN akan terus memaklumkan kepada jabatan amal untuk membantu penduduk dalam kerja-kerja pembersihan termasuk membantu agensi bertanggungawab.“Dari sudut MPKK pula, mereka sentiasa bersedia memantau serta memberi maklumat sekiranya memerlukan bantuan daripada agensi terbabit,”katanya lagi.Tambahnya, jabatan amal adalah satu jentera yang selalu bersedia untuk membantu penduduk yang terjejas tanpa mengira masa dan suasana.
19 Dec 18
825
Empty Image
Speaker Terengganu Ketuai Lawatan Ke DUN Sabah
KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali mengetuai lawatan kerja ke DUN Sabah selama dua hari baru-baru ini (14 Disember) yang bertujuan untuk mendalami  secara mendalam berkaitan sistem perundangan, kecekapan tugasan dan peraturan-peraturan dewan di negeri di bawah bayu tersebut.Dalam kunjungan tersebut, Yahaya sempat berkongsi pengalaman dengan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali berkaitan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.Difahamkan, katanya, DUN Sabah mempunyai enam ADUN yang sudah lama dilantik bagi bersama-sama kepimpinan kerajaan negeri.“Apa yang telah dilaksanakan Sabah boleh dijadikan contoh dan kita juga ada  melantik Zuraida Md Noor sebagai ADUN wanita pada persidangan DUN baru-baru ini.“Pada masa sama, kita dapat mengetahui dan berkongsi pengalaman bagaimana kaedah, kemudahan dan peraturan yang diguna pakai pihak itu sepanjang persidangan berlangsung,” katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini, mengulas tentang tujuan lawatan itu.Dalam tumpuan lain, Yahaya bersama ahli rombongan turut dipelawa menyaksikan perlawanan persahabatan Kejohanan Lawn Bowl (boling padang) antara pasukan Terengganu dan Sabah. Pihak Persatuan Lawn Bowl Sabah mengakui kehebatan Terengganu kerana pernah merangkul tiga emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 baru-baru ini dan mereka bersetuju ke Terengganu bagi mencungkil pengalaman, selain mahu berkongsi rahsia kejayaan dalam tempoh terdekat.Lawatan itu turut disertai isteri beliau, Hajah Zarani Othman, Setiausaha DUN, Zulkifly Isa, pegawai dan kakitangan DUN Terengganu yang lain.
19 Dec 18
261