Artikel "Semasa" Terkini
Sukan Eratkan Silaturahim
Oleh: Hailmey MansorKUALA NERUS, 22 Disember - Sukan mampu menerapkan amalan hidup cergas sekali gus menjadi platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.Penolong Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) Terengganu, Hamidi Jusoh berkata, tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan atau secara individu.“Bersukan bukan hanya sekadar mengisi masa lapang sahaja tetapi juga sebagai pengerat ukhuwah sesama penduduk.“Oleh sebab kesibukan kerja masing-masing, kita sesama sendiri tidak kenal rapat antara kita ini,jadi dengan penganjuran acara seperti ini,kita saling kenal mengenali antara kita,”kata beliau ketika merasmikan majlis penutup bagi kejohanan badminton tertutup Taman Permint Perdana, di Dewan Serbaguna, Kampung Batin, semalamKejohanan ini dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Permint Perdana,Kampung Batin melibatkan sebanyak 38 regu iaitu 76 orang pemain yang rata-ratanya penduduk setempat dan penyewa dewan tersebut.Beliau yang juga Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berkata, penganjuran ini membolehkan penduduk melakukan aktiviti yang berfaedah dan menyegarkan tubuh badan.“Dengan program seperti ini,kita dapat menyihatkan tubuh badan dan tidak membuang masa dengan lepak di sambil berbual kosong sahaja,”ujarnya lagi.Tambahnya, kegiatan seumpama itu menjadi tanggungjawab bersama yang akan mendorong penglibatan ahli-ahli di samping menggalakkan gaya hidup sihat dan cergas menerusi aktiviti sukan.
22 Dec 18
243
Terengganu Bakal Perkenal Ta'min Hadhanah
Wan Mohd. Zakri Wan Mohd.KUALA TERENGGANU, 23 Disember - Terengganu bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang memperkenalkan perkhidmatan insurans sebelum berkahwin atau ta’min bagi menjamin nafkah isteri dan anak-anak sekiranya berlaku penceraian.Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd. berkata, kajian terperinci mengenainya akan digerakkan dalam masa terdekat dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).“Perkara ini baharu diluluskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini.“Insurans ini yang akan digunakan bagi perbelanjaan isteri dan anak-anak jika berlaku perceraian. Kita tidak mahu timbul alasan tiada duit untuk menanggung nafkah anak-anak sebagaimana yang terjadi kepada tertuduh kes persediaan untuk melacurkan diri di Mahkamah Syariah di sini sebelum ini,” katanya.Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Siri 2/2018 oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim di Mahkamah Syariah Terengganu di sini baru-baru ini (20 Disember).Dalam majlis berkenaan, seramai 45 golongan ibu tunggal dari seluruh negeri masing-masing menerima bantuan melibatkan jumlah keseluruhan RM78,500 dan mereka adalah kalangan wanita yang dalam proses mendapatkan tuntutan nafkah daripada bekas suami di Mahkamah Syariah Terengganu.Menurut Wan Mohd. Zakri, perkhidmatan ta’min sudah dilaksanakan di Mesir di samping Istanbul, dan sekiranya semua berjalan lancar Terengganu menjadi negeri pertama perkenalkan insurans itu.SUMBER: UTUSAN ONLINE
22 Dec 18
898
Kem Anak Soleh Bakal Jadi Acara Tahunan
Belajar solat merupakan antara pengisian dalam kemOleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU 22 Disember-Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Kampung Mengabang Tengah Masjid mengambil inisiatif untuk menjadikan program Kem Anak Soleh ini sebagai acara tahunan di dalam kalendar aktiviti.Pengarah Program,Ustaz Harun Hitam berkata, program kem anak soleh ini untuk menarik minat pelajar-pelajar dan setakat ini sasaran penganjur telah tercapai.“Kita sasarkan 100 peserta untuk kem dan syukur setakat ini kita telah mempunyai 95 orang peserta serta mencapai sasaran.“Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar yang berumur antara enam hingga 12 tahun merupakan penduduk setempat dan keputusan untuk jadikannya acara tahunan setelah berbincang dengan pengerusi MPKK.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) di program Kem Anak Soleh di Bangunan PASTI Al-Khauthar, Mengabang Tengah, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Mengabang Tengah Masjid, Aziz Salleh dan seluruh ahli jawatankuasa program.Tambah beliau, penerimaan ibu bapa terhadap program amat membanggakan bagi mengisi masa lapang anak-anak yang dalam ‘mood’ cuti sekolah.“Sambutan memang luar biasa yang diterima dan ibu bapa memang mencari peluang untuk menghantar anak-anak ke kem ini bagi mengisi masa lapang sepanjang cuti persekolahan ini.“Saya rasa tahun depan mungkin kita kena buat lebih besar dan meriah, untuk itu kita akan bentangkan kertas kerja lebih awal bagi memastikan kem ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik,"ujarnya lagi.Menurut Harun, matlamat program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar betapa pentingnya solat jemaah dan suasana berjemaah ketika menunaikan solat dalam kehidupan seharian.
22 Dec 18
383
Kejayaan Hui Ling Buka Mata, Tidak Perlu Takut Tulisan Jawi, Pendidikan Islam - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Ijtima' Kepimpinan Pemuda Islam Asia Kali Ke-2 semalam.Oleh: Aslam WiraKUALA LUMPUR, 22 Disember - Kejayaan Por Hui Ling, 11, seorang pelajar berketurunan Cina Hokkien dan beragama Buddha yang mencatat keputusan luar biasa apabila berjaya meraih 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang diumumkan baru-baru ini, memberi gambaran bahawa tidak ada apa yang perlu ditakuti dengan subjek pendidikan Islam dan tulisan jawi.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sekiranya masyarakat boleh memahami keadaan itu terutamanya golongan bukan Melayu, beliau percaya keharmonian itu akan mudah dicapai.“Apa yang kita bimbangkan adalah apabila wujudnya satu kesangsian antara satu pihak dengan satu pihak yang lain dalam komuniti," ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Ijtima' Kepimpinan Pemuda Islam Asia Kali Ke-2 di Hotel De Palma, Ampang, Kuala Lumpur, semalam.Katanya, Hui Ling telah berjaya membuka mata ramai pihak bahawa walaupun hidup dalam pelbagai komuniti, masyarakat boleh terlibat dalam bidang pendidikan dan seumpamanya tanpa mengira latar belakang."Inilah antara gambaran sebuah kumpulan masyarakat yang lebih harmoni,” jelasnya lagi.Foto ihsan - NSTP/ Berita HarianKejayaan Por Hui Ling, 11, dari Taman Desa Jaya Kampung Gong Pak Damak itu merupakan satu sejarah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (SKTJ).Anak ketiga daripada empat beradik itu meraih semua A untuk semua subjek agama iaitu Ulum Syariah, Pelajaran Jawi, Lughatul al-Quran (Bahasa Arab), Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Sirah, Adab dan Amali Solat.Ini adalah pencapaian istimewa kali pertama yang dicatat di SKTJ oleh anak ketiga daripada empat beradik tersebut setelah memecah rekod abangnya, Por Jie Hao, 14, yang memperoleh 5A 3B dalam UPKK sebelum ini.
22 Dec 18
363
MB Terengganu Hasrat Anak Muda Mandiri
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan ucaptama dalam pada Majlis Perasmian Ijtima' Kepimpinan Pemuda Islam Asia Kali Ke-2 semalam.Oleh: Aslam WiraKUALA LUMPUR, 22 Disember - Kerajaan Terengganu memberi penekanan serius dalam usaha membina generasi muda sebagai salah satu watak penting dalam menjayakan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Moktar berkata, ianya termasuklah memfokuskan tentang pembinaan kemandirian mereka melalui segmen pendidikan, perusahaan, keusahawanan dan sebagainya."Kita beri pancingnya, dia akan berusaha mendapatkan ikannya sendiri. Dalam erti kata lain, kita tidak langsung memberikan apa yang dia inginkan, tapi kita berikan bantuan yang boleh dipakai untuk berusaha sendiri dan mampu mendapatkan ikan sampai bila-bila," katanya.Menurutnya lagi, usaha ini akan dimulakan seawal tahun 2019, dan sekiranya Kerajaan Terengganu diberi ruang yang lebih, usaha ini akan dikembangkan sehingga 2020, malah sehingga habis penggal pemerintahan kerajaan negeri.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Ijtima' Kepimpinan Pemuda Islam Asia Kali Ke-2 di Hotel De Palma, Ampang, Kuala Lumpur semalam.Program tahunan anjuran Asian Muslim Federation of Muslim Youth (AFMY) tersebut melibatkan wakil-wakil belia dari 10 negara Islam di Asia termasuk negara Palestin dan Yaman. Ianya bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan umat Islam, khususnya dalam konteks generasi muda.Dalam tumpuan sama, Dr Samsuri turut memberitahu, beliau percaya perbincangan antara negara ini adalah satu perbincangan yang penting untuk membuka mata bagi mencari penyelesaian daripada pengalaman dan masalah yang wujud di negara masing-masing.“Kadangkala cara dan kaedah yang diamalkan di negara berbeza ini boleh digunakan di negara lain sebagai jalan penyelesaian di ‘luar kotak’. Perbincangan yang dilakukan perlu diletakkan 'priority', disebabkan masalah yang telampau banyak supaya persidangan ini tidak menjadi tempat luahan semata-mata," ujarnya.Justeru, katanya, setiap perbincangan dalam sidang itu perlu dirancang agenda bertindak, strategi, kaedah pelaksanaan dan siapa yang bertanggungjawab, supaya masalah dan isu yang dibincangkan dapat diselesaikan.Hadir sama dalam sidang media tersebut, Pengerusi Yayasan Serendib Sri Langka, Muhammad Rafique.
22 Dec 18
64
Kontijen Terengganu Cipta Kejayaan Di SKIP
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 22 Disember - Kontinjen Negeri Terengganu berjaya memperolehi pungutan pingat terbanyak bagi acara olahraga Sukan Institusi Psikiatri 2018 (SKIP) di Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dari 7 hingga 9 Disember laluKeseluruhan jumlah pingat yang diperolehi sebanyak lapan pingat emas, 10 pingat Perak dan enam pingat gangsa.Pengarah Kesihatan negeri, Dr Haji Mohd Jusoh berkata, kejayaan tersebut merupakan hasil kerjasama semua pihak yang terlibat dalam sukan kali ini."Tanpa kerjasama ini tidak mungkin kita akan berada ditahap ini dan membawa pulang pingat, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua atlet dan jawatankuasa yang telah berpenat lelah membawa balik pingat-pingat tersebut."Saya mengharapkan kita dapat bekerjasama seperti ini dimasa akan datang supaya dapat mengekalkan kejayaan ini, kerana apabila kita berjaya pihak lawan akan berusaha untuk mengatasinya ,"katanya.Beliau berkata sedemikian ketika menghadiri Majlis Apresiasi Atlet SKIP 2018 di Sumai Hotel, di sini baru-baru ini.Turut hadir Pegawai Khas Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Mohd Ikhwan.Dalam majlis tersebut, Azhar Ismail diumumkan olahragawan terbaik bagi Sukan Institusi Psikiatri(SKIP) kontinjen Terengganu 2018 manakala olahragawati pula ialah saudari Ong Pei Yin.Menurut Mohd lagi, kriteria pemilihan bukan sahaja di nilai dari segi pungutan pingat terbanyak, malah diambil kira dari aspek sikap positif yang ditonjolkan oleh atlet tersebut serta kerjasama yang diberikan sepanjang SKIP dijalankan.Program sukan ini diadakan untuk mengubah stigma masyarakat bahawa pesakit mental boleh menjalani hidup normal dan bersukan sebagai sebahagian amalan gaya hidup sihat.SKIP boleh juga disifatkan sebagai satu program pemulihan psikososial bagi menggalakkan pesakit psikiatri mencapai tahap kefungsian berdikari dalam komuniti dan menikmati kualiti hidup lebih baik.
22 Dec 18
58
Rehlah Tarbawi Erat Silaturrahim
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 22 Disember - Program Rehlah Tarbawi sangat bermanfaat kepada semua terutamanya bagi golongan muda supaya dapat beriadah dan mengeluarkan peluh bersama-sama.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad menyifatkan Rehlah Tarbawi dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan anak muda."Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita."Selain dapat menjaga kesihatan fizikal, kita juga dapat mengisi rohani kita dengan mendengar tazkirah serta taujihad daripada ustaz-ustaz yang dijemput."Saya berharap program sebegini dapat diadakan lagi pada masa hapadan kerana ia sangat memberi manfaat kepada kita semua," katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata sewaktu menyampaikan ucapan dalam Program Rehlah Tarbawi dan Hiking Bukit Keluang, Besut di Pantai Bukit Keluang Besut, semalam.Program tersebut dianjurkan oleh Penyelaras Parlimen Besut bersama-sama dengan Jabatan Amal dan Ameerah Besut. Turut hadir dalam program ini ialah Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohd Nor dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut, Wan Asriazwa Wan Husin.
22 Dec 18
389
Program Gunting Rambut Dapat Sambutan
Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 22 Disember-Hampir 120 pelajar pelbagai latar belakang telah mengambil peluang menggayakan rambut baru secara percuma sempena kembali ke sekolah.Program ini di anjurkan oleh Kelab Sahabat Batu Buruk Sejahtera (SAHABAT),Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(I-MITS) Dewan Undangan Negeri(DUN)Batu Buruk dan Kedai Gunting Rambut HOTOH.Pengarah Program,Che Muhammad Khari Che Ali berkata, program gunting rambut yang diadakan ini mencapai target apa yang diinginkan oleh penganjur."Meskipun nilainya dari pandangan sesetengah pihak adalah kecil namun bagi golongan memerlukan khidmat sebegini sudah tentu amat diperlukan.“Alhamdulillah setakat ini berjalan dengan lancar dan setakat ini hampir 30 orang peserta dalam lingkungan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Alhamdulillah bermungkinan jumlah tersebut akan bertambah lagi,"ujarnyaBeliau berkata demikian kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)di Program Gunting Rambut Dun Batu Buruk di Dewan Serbaguna Hujung Jambatan, Kuala Ibai disini, hari ini.Turut sama,Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Hujung Jambatan, Haji Wan Mohd Danin, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Izzat Abdullah dan seluruh ahli jawatankuasa program.Beliau juga berkata penerimaan masyarakat setempat terhadap program ini amat baik dan memberangsangkan.Walaupun belanja gunting rambut tidaklah sebesar mana berbanding kos menyediakan kelengkapan persekolahan namun program itu tetap membantu.“Komitmen masyarakat pada program ini alhamdulillah,program ini percuma, dan sekolah hampir buka jadi sambutan agak baik.“Penerimaan masyarakat dibawah kerajaan baru tempat yang lebih selesa,kalau dahulu kita buat sebelum tempat terbuka,panas dan sekarang mempunyai fasiliti yang baik," katanya.
21 Dec 18
261
Gotong Royong Terjemahan Konsep Kerajaan Berkebajikan
Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 22 Disember - Komuniti setempat merupakan struktur sosial yang penting untuk menghubungkan rakyat dengan kerajaan melalui program yang dilaksanakan.Program gotong-royong adalah salah satu usaha kerajaan bagi meningkatkan kesedaran umum untuk menjaga kebersihan komuniti seterusnya mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat dan negara.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tanggungjawab antara rakyat dan kerajaan negeri mampu membina hubungan yang terbaik."Hubungan harmoni dan kerjasama merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.“Tapi bila kita nak amalkan konsep negara berkebajikan,kita juga mahu ‘ta’awun’(tolong menolong) daripada rakyat di bawah supaya kita rasa satu tanggungjawab bersama”.ujarnyaBeliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di dalam program gotong royong perdana Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Raja Baran dan Batu Putih di Balai Penghulu Chendering, di sini hari ini.Turut hadir, Pengerusi MPKK Raja Baran,Tuan Ngah Tuan Ahmad; Pengerusi MPKK Batu Putih,Tuan Annuar Tuan Salleh; Penghulu Mukim Chendering, Ayub Mamat dan seluruh penduduk setempat.Justeru itu, Muhammad Khalil juga berkata nilai-nilai murni boleh dipupuk bagi mewujudkan suasana yang aman dan damai.“Ianya boleh memupuk perkara-perkara lain yang positif seperti ukhuwah islamiyah, semangat persaudaraan, semangat tolong menolong dan lain-lain lagi.“Tahniah kepada MPKK yang terlibat dan juga penghulu yang sentiasa prihatin kepada kebajikan rakyat demi untuk menunjukkan satu hubungan diantara rakyat di bawah dan kerajaan di atas supaya kita sama-sama membina negeri Terengganu selaras dengan slogan Maju, Berkat dan Sejahtera,"ujarnya.
21 Dec 18
74
Ular Sawa Ditemui Di Pasar Payang
Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU 20 Disember - Seekor ular sawa sepanjang kira-kira enam meter ditemui ketika kerja gotong royong dijalankan di Pasar Payang, Kuala Terengganu, semalam.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, beliau dimaklumkan tentang penemuan itu oleh sekumpulan peniaga yang terlibat dengan program gotong royong di pasar berkenaan."Saya terkejut apabila diceritakan tentang seekor ular sawa oleh sekumpulan peniaga yang melakukan kerja gotong royong itu."Ular berkenaan berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) setelah dihubungi oleh peniaga-peniaga kerana takut ular sawa tersebut membahayakan nyawa orang ramai," katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemu ramah di Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu.Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Penjaja, Haji Zakaria.Program gotong royong itu dijalankan selama dua hari bermula 19 hingga 20 Disember 2018 turut mendapat kerjasama dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang menyediakan peralatan dan tempat pengumpulan sampah bagi menyempurnakan kerja-kerja pembersihan.Tambahnya, program gotong-royong ini merupakan antara program yang selari dengan dasar kerajaan negeri, iaitu ‘Terengganu Bersih’ lebih-lebih lagi tempat yang menjadi tumpuan pelancong.
21 Dec 18
379