Artikel "Semasa" Terkini
TDI Bantu Lima Pesakit Kronik
Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 23 Disember: Golongan yang tidak bernasib baik terus mendapat perhatian kerajaan negeri apabila lima daripada mereka menerima bantuan dari sekretariat Tabung Darul Iman (TDI) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Abdul Fattah Ghani berkata penerima-penerima bantuan tersebut terdiri dikalangan pesakit buah pinggang dan kencing manis kronik.“Antara pesakit yang menerima cek tersebut ialah penduduk dari Kampung Kubang Ikan, Kampung Aur, Simpang Empat Chendering dan Taman Permin Jaya."Semoga dengan adanya sumbangan ini daripada pihak kerajaan dapat meringankan sedikit beban mereka."Kami berdoa semoga mereka tabah menghadapi ujian ini,” katanya ketika ditemubual wartawan di Chendering, semalam.Cek bernilai RM300, RM500 dan RM800 setiap seorang itu diberi berdasarkan kadar keperluan yang dinilai TDI.Penyerahan tersebut disampaikan Abdul Fattah dalam Program Ziarah dan Serahan Bantuan TDI yang turut dihadiri Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) DUN Batu Buruk, Mohd Kazman Ishak serta Mohd Hanafi Ismail.
24 Dec 18
29
Terengganu Giat Kurangkan Penghasilan Sampah
Pengurusan sisa mampu panjangkan hayat tapak pelupusan.KUALA NERUS, 24 Disember - Kerajaan Negeri Terengganu berusaha mengurangkan jumlah sampah sisa pepejal ke tapak pelupusan di negeri tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, rakyat Terengganu menghasilkan sekitar 800 tan sampah setiap hari.“Daripada jumlah ini, Kuala Terengganu sebagai ibu negeri merupakan daerah tertinggi dengan penghasilan 240 tan sampah sehari.“Setakat ini, kita cuma melaksanakan kaedah ‘landfill’ iaitu pengumpulan sampah di tapak pelupusan."Bagaimanapun cara ini dilihat menggunakan kapasiti tanah yang luas dan memakan masa lama untuk dilupuskan.Dr. Alias dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Samiun Salleh (kiri) meneliti teknologi yang dihasilkan oleh Syngas bersama Pegawai Eksekutif Mensilin Green Energy, Mohamad Adan Yusof (kanan)."Tambahan pula, air sisa pepejal itu turut mencemarkan alam sekitar," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu mengadakan lawatan ke Kilang Syngas, anak syarikat Mensilin Green Energy Sdn. Bhd. di Gong Badak, hari ini.Dalam lawatan tersebut, beliau didedahkan dengan teknologi penghasilan minyak diesel daripada plastik yang mampu mengurangkan sisa plastik ke tapak pelupusan sampah."Teknologi ini dilihat menggunakan sisa plastik dan selepas proses akhir, hanya 10 peratus sisa yang tinggal untuk dilupuskan melalui kaedah 'landfill'."Secara tidak langsung ia akan mengurangkan jumlah sisa pepejal ke tapak pelupusan di samping menghasilkan pendapatan buat negeri."Bagaimanapun, kita akan menilai kaedah ini di peringkat negeri sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya.Setakat ini, Terengganu memiliki lima tapak pelupusan sampah iaitu di Tertak Batu, Marang; Bukit Ayat, Jertih; Sungai Ikan, Kuala Terengganu; Batu 111/2, Kuala Berang dan di Besut.Pusat pelupusan Tertak Batu diuruskan secara teknologi tinggi. Manakala, pusat pelupusan Bukit Jemalang, Kemaman yang dengan teknologi sama telah siap 90 peratus dan dijangka beroperasi tidak lama lagi.
24 Dec 18
677
Pelaksanaan 22 Inovasi Dipantau Kerajaan Negeri
Dato' Haji A Rahman (empat dari kiri) menyampaikan hadiah khas SUK kepada pasukan yang menang pertandingan.KUALA TERENGGANU, 24 Disember - "Kerajaan Terengganu akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau pelaksanaan 22 inovasi yang dicipta oleh 21 jabatan tahun ini," kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji A Rahman Yahya."Saya akan pastikan jawatankuasa ini akan berfungsi dan memastikan semua inovasi yang telah dibuat dilaksanakan di negeri Terengganu."Hari ini sebanyak 22 inovasi dapat dicipta dan akan dilaksanakan di seluruh negeri Terengganu, bukan di jabatan berkenaan sahaja," katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan '1 Inovasi, 1 Jabatan, 1 Tahun' Peringkat Negeri Terengganu Bagi Tahun 2018 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Antara wakil pasukan menerima hadiah inovasi dari Dato' A Rahman (tengah).Turut hadir, Pengarah Tanah dan Galian negeri, Haji Zainal Abidin Hussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Haji Rosman Roslan, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Haji Marzuki Endut dan Ketua Panel Hakim Pertandingan dari Bahagian Pembangunan Organisasi dan Inovasi, Wan Saifullizam Wan Jusoh.Menurut Dato' Haji A Rahman, pertandingan '1 inovasi, 1 jabatan, 1 tahun' yang julung-julung kali diadakan, diharapkan dapat mewujudkan budaya kerja baharu di kalangan kakitangan kerajaan supaya melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan efisyen di masa akan datang."Dengan cara demikian, kaedah penyampaian kerajaan kepada rakyat akan lebih berkesan dan akan meningkatkan lagi kepuasan pelanggan (rakyat) kepada kerajaan negeri," jelasnya.Tujuan pertandingan katanya, bukan semata-mata untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang menang tetapi ia adalah inisiatif untuk meningkatkan lagi inovatif di kalangan kakitangan kerajaan serta semangat kerjasama di kalangan mereka.Ini kerana kerajaan tidak mampu melaksanakan sesuatu program inovasi tanpa ada kerjasama atau 'team work' di kalangan mereka."Hari ini kerajaan dapati daripada 148 jabatan, 21 jabatan yang masuk bertanding berbanding tahun lepas, hanya tiga peratus sahaja jabatan yang masuk."Tahun ini telah meningkat kepada 14 peratus dan saya mengharapkan pada tahun depan, akan berlaku peningkatan 100 peratus kepada jabatan yang masuk dalam pertandingan ini yang akan diadakan setiap tahun," ujarnya.Tahun depan beliau mahu melihat dalam sasaran kerja tahunan setiap ketua jabatan mesti ada satu inovasi yang akan diwujudkan.Katanya, tidak ada lagi pengecualian dalam hal ini dan diharap semua jabatan menyertai pertandingan tersebut.
24 Dec 18
425
Empat Anggota TNB Terperangkap Dalam Hutan Berjaya Ditemui
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 24 Disember - Empat anggota Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terperangkap di dalam hutan sejak semalam berjaya ditemui pada pukul 10.45 pagi tadi.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau Cawangan Dua, Anuar Omar berkata, anggota TNB masuk ke hutan kerana melakukan kerja penyelenggaraan kabel di Hutan Jerangau yang menghala ke Mengkawang."Mereka telah melalui jalan kabel elektrik dan tersesat. Pihak kami menerima laporan yang mereka tidak keluar bermula semalam, maka unit operasi pencarian digerakkan khas bagi mencari mangsa."Operasi pencarian ini melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan anggota kelab 4x4 yang terdiri daripada 60 orang," katanya.Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Gabungan Kelab 4x4 berkata demikian kepada pemberita selepas penemuan mangsa hari ini.Menurutnya, mangsa ditemui di dalam Hutan Jerangau dalam keadaan selamat oleh unit operasi pencarian yang bertungkus lumus mencari mangsa."Alhamdulillah, tiada kecederaan mahupun perkara tidak diingini terjadi. Cuma mangsa masih berkeadaan letih dan perlukan rehat yang secukupnya. Mangsa telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan susulan," ujarnya.
24 Dec 18
49
PERHILITAN, MPKK Jalin Kerjasama Atasi Ancaman Khinzir
Perangkap KhinzirOleh:Safwan SyakirKUALA NERUS, 23 Disember – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri Terengganu menjalin kerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Tunggal bagi mengawal khinzir dari terus menganggu kawasan yang didiami penduduk setempat.Pengarah PERHILITAN negeri, Rahmah Illias berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan berkenaan hidupan liar antaranya seperti gajah, musang, kera dan lain-lain lagi termasuk masalah khinzir di kawasan perumahan.“Faktor pengurusan sampah juga adalah penyumbang kepada banyak haiwan khinzir ini berkeliaran di kawasan kediaman, pastikan tong sampah di kawasan rumah tertutup bagi memastikan tempat itu tidak dicerobohi."Untuk tahun ini sebanyak 95 aduan melibatkan khinzir dan pihak kami telah membuat siasatan dan melancarkan operasi bagi menangkap khinzir itu,"katanya.Rahmah IlliasBeliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Taklimat dan Penyerahan Perangkap Khinzir kepada MPKK Bukit Tunggal.Turut hadir, Timbalan Pengarah PERHILITAN negeri, Ahmad Kamsul Alias, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Hj Zaharudin Zahid dan MPKK Bukit Tunggal.Tambahnya lagi, kerjasama daripada pihak DUN, MPKK dan masyarakat untuk kesejahteraan penduduk kampung khususnya.Zaharudin ZahidSementara itu, Zaharudin berkata, DUN Bukit Tunggal merupakan kawasan pertama yang menerima sumbangan perangkap khinzir. “Antara punca haiwan ini berkeliaran ialah kerana pembangunan yang semakin rancak seperti pembinaan rumah-rumah baru yang menyebabkan haiwan ini ‘berhijrah’ ke kawasan perumahan,”ujarnya.
23 Dec 18
186
KPDNHEP Terengganu Catat 504 Kes Libatkan Pelbagai Akta
Pengarah KPDNHEP negeri, Saharuddin mengiringi Exco Kerajaan Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman meninjau bekalan telur di Pasaraya Xiri, Gong Datok sempena SKHMP Krismas hari ini.KUALA NERUS, 23 Disember - Sebanyak 504 kes dicatatkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melibatkan peniaga yang melanggar Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 di Terengganu.Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, keseluruhan kes itu melibatkan nilai rampasan sebanyak RM601,419.20 manakala nilai denda sebanyak RM203,800 dan nilai kompaun yang dikeluarkan sebanyak RM87,900 sehingga 23 Disember tahun ini.Jelasnya, jumlah pemeriksaan yang dijalankan pada tahun ini meningkat sebanyak 32.60 peratus iaitu 36,295 daripada 24,419 pada tahun lepas di 7,613 premis di seluruh negeri dalam tempoh tersebut."Pemeriksaan yang dijalankan adalah merangkumi pemeriksaan harian, pemeriksaan susulan daripada aduan diterima, pemeriksaan berkala dan pemeriksaan bermusim."Daripada jumlah itu, Kemaman mencatatkan jumlah rampasan tertinggi iaitu RM330,186 dan diikuti daerah Kuala Terengganu dengan nilai rampasan RM152,590, Besut RM116,875 dan Dungun sebanyak RM1,767," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media sempena pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Krismas di Pasaraya Xiri di Gong Datok, Gong Badak di sini hari ini.Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini berkata, beliau berpuas hati dengan tinjauan harga yang telah dilakukan oleh pihak KPDNHEP terhadap premis-premis yang terdapat di negeri ini."Seperti tinjauan di Pasaraya Xiri hari ini, kita dapati dari segi harga tidak melebihi dari harga yang ditetapkan dan beberapa harga yang kurang daripada harga maksimum."Bagi pihak kerajaan negeri, saya ucapkan terima kasih kepada pasaraya yang sambut saranan kerajaan dan kita mengharapkan lebih banyak pasaraya sambut kempen yang dianjurkan oleh KPDNHEP ini," ujarnya.
23 Dec 18
77
11 Barang Kawalan Sempena Krismas Di Terengganu
Mohd Nurkhuzaini membuat tinjauan harga ayam di Pasaraya Xiri Gong Datok.KUALA NERUS, 23 Disember - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas (SKHMP) bagi 2018 berkuatkuasa hari ini hingga 27 Disember ini bagi Terengganu.Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pelaksanaan kawalan harga itu dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.Jelasnya, SKHMP yang bermula hari ini berjalan lancar dengan harga 11 jenis barangan berada pada paras kawalan atau dijual pada harga lebih rendah.“Tempoh kuat kuasa skim ini adalah selama lima hari iaitu selama dua hari sebelum dan selepas hari perayaan serta sehari pada hari perayaan di seluruh negara.“Peniaga diwajibkan menjual barangan terkawal tidak melebihi harga maksimum ditentukan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakan dengan barangan lain,” katanya kepada pemberita di sidang media sempena pelancaran SKHMP Krismas di Pasaraya Xiri di Gong Datok, Gong Badak di sini hari ini.Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.Tambah Saharuddin, bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab, tindakan pengeluaran notis di bawah Seksyen 21 Akta kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan dilaksanakan ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak.“Para peniaga diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini,” ujarnya lagi.Sekiranya gagal mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi perseorangan, kesalahan pertama denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.Sementara itu bagi syarikat untuk kesalahan pertama, denda tidak melebihi RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000 .Sebanyak 11 jenis barangan disenaraikan di bawah skim itu bersempena sambutan Krismas pada Selasa ini seperti ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup, ayam belanda import, kepak ayam, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing dan daging bebiri bertulang, telur gred A, telur gred B, telur gred C, tomato dan lada benggala hijau.
23 Dec 18
53
Pendidikan Tetap Jadi Keutamaan Terengganu
Pendidikan keutamaan Terengganu dalam setiap kepimpinan.MARANG, 23 Disember - Kerajaan Negeri Terengganu memastikan bidang pendidikan terus diberi keutamaan sebagaimana pimpinan terdahulu.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali berkata, walaupun kerajaan negeri berubah, tetapi bidang pendidikan tetap diambil kira dan diberi keutamaan."Kerajaan negeri ditadbir oleh Menteri Besar dari kalangan ahli akademik yang berasal dari bidang pendidikan dan memahami keperluan bidang ini."Maka, polisi-polisi baik yang dilaksanakan kerajaan terdahulu akan diteruskan," katanya ketika merasmikan Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Penilaian Prestasi Sekolah Rendah (PPSR) 2018 di Sekolah Menengah Agama Marang hari ini.Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar cemerlang yang menerima anugerah tersebut.Yahaya mahu pelajar cemerlang dalam pelbagai kebolehan."Tahniah kepada yang berjaya hari ini. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat daripada pelbagai pihak iaitu pelajar, ibu bapa, guru-guru, dan pihak bahagian pendidikan yang telah banyak berusaha."Kepada pelajar yang tidak mendapat anugerah kali ini, jangan putus asa kerana banyak lagi peluang dan ruang untuk melakukan yang lebih baik."Kejayaan perlu dilipatgandakan kerana ini hanyalah permulaan."Kita mahu bina bukan semata-mata pencapaian daripada segi peperiksaan, tetapi kombinasi dalam pelbagai kebolehan."Ia sangat penting, supaya tidak dilihat pencapaian itu sekadar peperiksaan."Apa yang kita harap, anak-anak kita mesti menjadikan pencapaian ini sebagai satu permulaan kejayaan mereka di peringkat lebih tinggi."Kita nak pelajar kita terus berkembang dari segi intelektual dan paling asas, pencapaian sahsiah mereka."Kerana akhirnya mereka akan menjadi manusia yang terbaik dan menjalankan perintah Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi," katanya.Seramai 69 pelajar daripada 26 buah sekolah di parlimen Marang menerima insentif sumbangan Yayasan Terengganu (YT) dalam majlis anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) itu.Setiap daripada mereka menerima hadiah wang tunai RM300.Sebanyak RM20,700 diperuntukkan untuk parlimen itu daripada jumlah keseluruhan RM167,500 bagi 558 pelajar cemerlang di seluruh negeri.Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Pengarah YT, Dr. Hashim Azmi Che Noh, Pegawai Pendidikan Daerah, Adnan Salleh@Abd Ghani.
23 Dec 18
102
MB Terengganu Ucap Takziah Keluarga Mangsa Tsunami Indonesia
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 23 Disember - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tsunami yang berlaku di Selat Sunda, Indonesia pada malam tadi."Mewakili kerajaan dan rakyat negeri Terengganu, saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa."Turut berdukacita dan mengharapkan semua warga tabah dan sabar dengan musibah yang menimpa," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu status yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini, mengulas tentang tragedi tersebut.Sehingga kini, seramai 222 orang dilaporkan maut akibat tsunami yang berlaku sekitar 9.27 malam tadi (10.27 malam waktu Malaysia) dipercayai berlaku akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau.
23 Dec 18
77
128 Anak-Anak Anggota Peladang Sertai Kem Tahfiz
Ariffin Deraman (tengah) bersama para peserta Kem Tahfiz Anak-Anak Anggota Peladang kelmarin.Oleh: Ahmad FadhilahMARANG, 23 Disember - Seramai 128 orang peserta telah menjayakan Kem Tahfiz Anak-Anak Anggota Peladang yang terdiri daripada anak-anak Peladang sekitar kawasan Bukit Payung.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, al-Quran sangat penting dan berperanan sebagai petunjuk kepada umat Islam yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.Justeru, katanya, mempelajarinya merupakan suatu kewajipan kepada semua umat Islam. Menghafaz al-Quran adalah termasuk fardu kifayah."Di dalam solat, ada rukun Qouli iaitu bacaan dalam solat. Untuk sempurna solat, bacaannya mestilah dilakukan dengan betul.“Di sini timbul wajibnya mempelajari al-quran kerana di dalam solat, kita wajib membaca ayat suci al-quran terutamanya surah al-Fatihah," ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Kem Tahfiz Anak-Anak Anggota Peladang di Dewan Terbuka Pertubuhan Peladang, Bukit Payung, Marang kelmarin.Dalam pada itu, ketika ditemui, Ketua Fasilitator, Hajah Nor Aini Anuar berkata, kem itu bertujuan untuk mendidik anak-anak mendirikan solat secara sempurna serta mendekatkan diri mereka kepada al-Quran.“Semasa sesi pembelajaran kem tahfiz ini, ianya terdiri daripada tiga modul iaitu hafazan, solat dan tilawah. Kem ini diadakan selama 20 hari bekerja bermula 25 November sehingga 20 Disember 2018. Sehinggalah majlis penutup diadakan pada hari ini," katanya.Beliau juga berharap agar para peserta dapat memperoleh ilmu semaksima mungkin untuk direalisasikan dalam kehidupan dari segi penjagaan solat secara sempurna dan berterusan dan ayat-ayat hafazan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
22 Dec 18
90