lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kerajaan Bersedia Tambah Baik Program Bantuan Pakaian Sekolah
ADUN Kemasik bersama semua penerima bantuan persekolahanAdd captionOleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN - Kerajaan negeri bersedia menambah baik program bantuan agihan pakaian sekolah supaya semua golongan sasar dapat menikmati manfaat daripada inisiatif kerajaan itu.Timbalan Pengerusi Infrastruktur Kemudahan Awam Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata,  program komuniti terbesar yang menelan belanja sebanyak RM12 juta di seluruh negeri termasuk hampir 4,300 penerima yang sama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik itu banyak meringankan bebanan keluarga yang tidak berkemampuan."Sebagai permulaan, kita (kerajaan negeri) mampu memberikan bantuan lengkap bagi dua orang anak untuk satu keluarga."Dalam masa yang sama, sebarang aduan daripada pelbagai pihak juga akan dipertimbangkan dalam membuat penambahbaikkan pada masa akan datang demi kepentingan semua dan kebajikan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan,"katanya.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam Utiliti dan Teknologi Hijau, Ir Saiful Azmibersalaman dengan Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Dato' Wan Mohd Hasnan Abdullah.Add captionIr Saiful Azmi berkata demikian ketika merasmikan Program Back to School 2019 anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik dan Badan Amal Kebajikan Islam Petronas (BAKIP), di Dewan Sivik Kertih, semalam.Turut hadir, Pengurus Besar Petronas Pantai Timur Dato' Wan Mohd Hasnan Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Kemasik.Ir Saiful Azmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik turut menjelaskan mengenai  kepentingan program komuniti kepada masyarakat dalam memastikan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri ini sentiasa terpelihara."Impak program sebegini bukan sahaja kepada orang yang bekerja di kawasan DUN Kemasik, malah juga kepada rakyat di Terengganu secara keseluruhannya," kata beliau lagi.
25 Dec 18
222
Empty Image
Terengganu Beri Keutamaan Kepada OKU
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.Oleh: Afiq M. ZaidKUALA TERENGGANU, 26 Disember - Golongan orang kelainan upaya (OKU) akan diberi perhatian untuk menceburi bidang keusahawanan bagi membantu keluarga di negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri memperuntukkan dana khas untuk menggalakkan golongan OKU terlibat dalam keusahawanan."Berkenaan dengan OKU, kerajaan negeri galakkan OKU untuk terlibat dengan keusahawanan ini. Mereka perlu diberi keutamaan lebih kerana berpotensi,  kadang-kadang lebih berbakat daripada orang biasa."Kalau kita tak fokus kepada mereka, mereka mungkin akan keciciran," ujarnya.Katanya, kerajaan negeri mewujudkan dana khas OKU di dalam Bajet Terengganu 2019."Jadi dalam bajet ini, kita khususkan ada satu tabung yang bakal diwujudkan. Satu dana yang kita namakan Dana Prihatin Terengganu atau singkatannya Dihati khusus untuk golongan ini," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung di Manis.FM baru-baru ini (23 Disember).Menurut Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, tidak timbul isu bahawa golongan OKU tidak diberi keutamaan dan peluang."Kita mencari lebih ramai lagi usahawan dalam golongan OKU ini. Banyak kelebihan yang Allah beri pada mereka."Sebagai contoh, jika dia kurang upaya dari segi anggota tapi dia cekal dari segi hati dan ada daya saing, itu pun boleh menyebabkan dia boleh berjaya."Jadi benda-benda ini kita nak cungkilkan dan kita nak lahirkan usahawan OKU yang berjaya," jelasnya.
25 Dec 18
64
Empty Image
Kerja Keras Untuk Pastikan Bantuan Tidak Tercicir
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 26 Disember - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang bekerja keras untuk memastikan semua rakyat yang layak menerima bantuan tidak tercicir daripada mendapat hak mereka.Pembantu Hal Ehwal Kemasyaratan,  Muhammad Muaz Anuar memberitahu, mereka mensasarkan golongan yang sepatutnya menerima bantuan di DUN tersebut akan mendapat paling kurang  salah satu bentuk bantuan."Samada bantuan berkala atau bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) , zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) , Tabung Darul Iman (TDI) atau bantuan langsung dari  Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)," ujar beliau.Beliau berkata demikian  selepas mengiringi ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun menyerahkan keperluan dan cek sumbangan TDI di bawah skim bantuan pesakit kronik kelmarin."Hari ini  kita ziarah sehari suntuk mengiringi ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun  ke rumah keluarga penerima yang terlibat."Iaitu di Kampung Alor Tempoyok, Kampung Gong Pasir, Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Serdang, Kampung Padang Pulut serta Kampung Seberang Pintasan," jelasnya lagi.Menurutnya, cek sumbangan berkala dengan pelbagai nilai dari RM500 sehingga RM800 adalah berdasarkan situasi pesakit yang menerima.
25 Dec 18
34
Empty Image
Kem Hafazan Lahir Generasi Huffaz
Sebahagian kanak-kanak yang mengikuti Kem Hafazan Surah Lazim Siri 1/2018, Masjid Kampung Bukit Perah, baru- baru ini. Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU 25 Disember- Kem hafazan merupakan salah satu interaktif terbaik bagi meningkatkan ingatan serta hafalan untuk melahirkan generasi huffaz pada masa akan datang.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, kem ini merupakan satu kaedah untuk menarik minat anak- anak untuk menghafal ayat- ayat suci Al- Quran."Alhamdulillah kem hafazan ini merupakan satu cetusan idea yang sangat bagus untuk mempersiapkan diri anak- anak kita semua dengan hafalan surah- surah lazim."Ini merupakan satu daripada proses latihan untuk melatih diri mereka menghidupkan ayat-ayat Al- Quran dalam diri mereka dengan bukan sekadar dibaca tetapi dihafal dan diulang untuk memberi manfaat jangka masa panjang untuk diri sendiri," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika merasmikan penutup Kem Hafazan Surah Lazim Siri 1/2018 bertempat di Masjid Kampung Bukit Perah, baru- baru ini.Menurutnya, anak- anak muda terutamanya remaja kurang meminati serta menghadirkan diri dalam program sebegini kerana malu untuk berdepan dengan masyarakat."Rata-rata anak muda sekarang ini kurang minat kepada proses pembelajaran dan hafalan Al- Quran kecuali mereka yang berada di pusat- pusat  yang menghidupkan ilmu Al- Quran seperti di sekolah- sekolah agama dan madrasah."Jadi kita perlu ‘upgrade’ terutamanya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta Ahli Jawatankuasa Masjid perlu berusaha menarik orang- orang muda supaya minat dengan kem seumpama ini kepada peringkat- peringkat menengah."Sebab itu kerjasama yang jitu antara MPKK serta Jawatankuasa Masjid sangat penting bagi merealisasikan slogan negeri ini bagi mewujudkan Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera,”katanya lagi.Sementara itu, MPKK Kampung Bukit Perah, Abdul Karim Abdullah berkata penyertaan peserta melebihi jangkaan iaitu seramai 75 orang serta berharap dapat diteruskan pada tahun hadapan."Alhamdulillah kita mendapat penyertaan yang begitu ramai sehingga ada yang mahu turut serta pada saat- saat akhir."Kita juga berharap ibu bapa sentiasa memastikan anak- anak mereka mengulangi hafalan supaya dapat memantapkan bacaan mereka," katanya.
25 Dec 18
262
Empty Image
Gaya Hidup Sihat Cara Dr SAM
 Dr SAM bersama isteri di satu lokasi di Bandar Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 26 Disember - Kecergasan dan kesihatan menjadi agenda penting bagi mensejahterakan warga Terengganu. Ia dimulai sendiri oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr SAM) sebagai ketua kerajaan negeri.Waktu petang dengan cuaca yang agak baik, Dr SAM bersama isteri Tuan Faizah Abd Rahmandan beberapa orang lain berbasikal sepanjang kira-kira 11 kilometer menyusuri pantai dari kediaman beliau di Batu Burok di sini baru-baru ini.Trek laluan basikal Dr SAM bersama isteri di Kuala Terengganu.Dengan mengambil masa selama 38 minit mereka berbasikal sambil melihat pembangunan dan kehidupan rakyat di sekitar bandar Kuala Terengganu yang dikenali sebagai Bandar Pesisir Air satu ketika dahulu.Mereka berkayuh dengan tenang menghirup udara petang dan menikmati suasana senja yang indah.Boleh dikatakan sukan dan rekreasi khususnya sukan berbasikal sudah menjadi budaya kepada pemimpin dan rakyat negeri Terengganu hari ini sehingga sukan itu menjadi popular, mendapat perhatian dan penyumbang utama kemenangan dalam mana-mana acara sukan berkaitan di persada negara dan dunia.Dr SAM berbasikal melalui beberapa batang jalan di bandar Kuala Terengganu.Walaupun sebelum ini tiada trek khusus dibina kerajaan untuk melatih atlet berbasikal di negeri ini namun dengan trek jalan raya yang pelbagai dimensi dan bentuk geografinya, melatih atlet negeri maju ke depan, mengatasi atlet negeri-negeri lain.Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk tabung sukan yang bakal dimanfaat untuk membantu pembangunan sukan negeri sebagaimana terkandung dalam Bajet Terengganu 2019.Justeru bagi merealisasikan agenda sukan itu satu trek basikal bercirikan keselamatan bakal dibina dari Teluk Ketapang Kuala Nerus hingga ke Kuala Ibai di sini dijangka menelan belanja sebanyak RM2.9 juta.Dr SAM tenang berbasikal menikmati suasana senja di Bandar Kuala Terengganu.Dengan kemudahan ini, diharapkan ia akan membudayakan aktiviti berbasikal dan gaya hidup sihat di kalangan rakyat serta melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi dari negeri Terengganu.
25 Dec 18
345
Empty Image
Wanita Seiring Majukan Terengganu
Oleh: Nooreni Abu Bakar KUALA TERENGGANU, 25 Disember - Peranan wanita-wanita Terengganu bukan hanya untuk memberi khidmat semata-mata tetapi juga mengutarakan teguran dan pandangan yang baik di dalam memajukan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Cikgu Alias Harun berkata, kesungguhan ini dapat dilihat dengan pelantikan wanita di posisi-posisi penting di dalam kerajaan."Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan negeri kerana perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita kepada Menteri Besar dan juga wakil wanita daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) Terengganu. Ini adalah kesungguhan dan perhatian kepada wanita Terengganu," ujar beliau.Alias yang juga ADUN Rantau Abang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Hi Tea dan Dialog Wanita Terengganu Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sebuah hotel di sini baru-baru ini (22 Disember)."Jadi kita mesti letakkan, tujuan kita pada petang ini, untuk sama-sama membina negeri Terengganu yang maju, malah negara Malaysia yang sejahtera," tambahnya.Menurutnya, kemajuan yang sepatutnya diperlukan oleh masyarakat bukan sahaja berbentuk kebendaan."Bukan kita hanya memikirkan kebendaan sahaja, kita kena berjalan serentak, cari kebendaan  dan dalam masa yang sama majukan diri kita dalam mentaati perintah Allah," jelas beliau lagi.Justeru itu, katanya, kerajaan negeri meletakkan penyelesaiannya ialah penyelesaian Islam yang tidak mendiskriminasikan warna, politik, kaum dan jantina.Beliau sebagai ahli panel di majlis itu turut bergandingan bersama ADUN Wanita Terengganu, Hajah Zuraida Md Noor. Turut hadir, Pegawai Khas Wanita di Pejabat Menteri Besar, Hajah Khairiah Mokti dan Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu, Hajah Zarani Othman.
25 Dec 18
86
Empty Image
Kelemahan Agihan Bantuan Diakui Dan Akan Ditambah Baik
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 25 Disember - Agihan Bantuan Awal Persekolahan bagi sesi persekolahan 2019 akan ditambah baik pada masa hadapan mengambil kira sudut positif dan negatif yang timbul untuk manfaat semua rakyat di negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan yang telah dikesan sepanjang tempoh pengagihan yang memerlukan penambahbaikan di masa hadapan."Kita akui bukan suatu tugas mudah untuk menyelesaikan dan memuaskan hati semua pihak dengan seramai 4,238 orang penerima di Jabi contohnya, tapi kita cuba lakukan yang terbaik dan mengambil iktibar dari kelemahan yang timbul."Petugas yang ada cuba menyantuni semua pihak dengan sebaiknya," tambahnya lagi.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau agihan Bantuan Awal Persekolahan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di Dewan Sivik Jabi baru-baru ini (20 Disember).Justeru, katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, proses penukaran bagi saiz yang tidak mencukupi, pertukaran warna baju dan sebagainya akan diselesaikan dalam masa terdekat."Mohon maaf kepada semua rakyat Jabi atas sebaran kekurangan dari pihak kami. Dengan penuh harapan kita dapat menyelesaikannya sebelum memulakan sesi persekolahan baru insya-Allah," katanya.Menurutnya, kawalan keselamatan barangan dijalankan sepanjang siang dan malam sehinggakan ada petugas yang tertidur di atas timbunan kotak."Inilah tenaga penting dari Pusat Khidmat ADUN, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Unit Amal, Ameerah, Keselamatan dan Pemuda DUN Jabi yang bertungkus-lumus sejak seminggu lebih yang lalu bagi menjayakan program ini," ujarnya yang turut bergambar kenangan bersama para petugas.
25 Dec 18
29
Empty Image
Perkampungan Nelayan Bakal Diwujudkan Di Merchang
Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 25 Disember - Kerajaan negeri akan mendirikan satu penempatan khusus untuk nelayan di Pulau Ranggut, Merchang.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, kerajaan negeri akan menjadikan satu perkampungan tersusun dengan pelan perancangan yang lengkap khusus untuk nelayan di kawasan itu."Ianya untuk memastikan para nelayan mendapat perhatian sewajarnya dari sudut kebajikan. Kita beri ruang kebajikan kepada mereka untuk memastikan mereka boleh berada di kawasan yang sepatutnya menjadi penempatan," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sesi lawatan ke Pulau Ranggut, Merchang yang diketuai oleh Pengerusinya, Ustaz Ariffin Deraman baru-baru ini (20 Disember).Selain itu, kerajaan juga sedang berusaha untuk memastikan muara sungai Merchang dibaiki dan dibina benteng pemecah ombak untuk memudahkan para nelayan melakukan urusan menangkap ikan di lautan yang merupakan sumber utama kepada mereka.Justeru itu, katanya, setakat ini semua yang dirancang itu berada dalam garis yang dikehendaki. Kerajaan akan memastikan apa yang sedang dirancang dan disusun ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur.Dalam tumpuan sama, Sulaiman turut mengharapkan agar kerajaan memberi tumpuan, fokus yang lebih kepada pembangunan Pulau Ranggut dan kawasan sekitar. Turut hadir, Pegawai Daerah Marang, Mat Azmi Arshad dan Yang Dipertua Majlis Daerah, Anuar Awang.
24 Dec 18
192
Empty Image
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Hulu Terengganu Januari Ini
Ustaz Wan Mohamad Humaidi Ismail.HULU TERENGGANU, 24 Disember - Semua warga daerah Hulu Terengganu diseru untuk hadir beramai-ramai ke Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Hulu Terengganu yang akan diadakan pada 9 Januari 2019.Pegawai Agama Daerah, Ustaz Wan Mohamad Humaidi Ismail berkata, majlis tilawah tersebut akan diadakan pada 9 Januari bersamaan 3 Jamadil Awal 1440H bertempat di Masjid Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu bermula jam 8.30 malam.“Dijemput semua untuk hadir beramai- ramai di majlis tersebut,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya semalam.Menurutnya, tilawah peringkat negeri akan diadakan setelah semua daerah selesai mengadakan majlis masing-masing.Katanya, di peringkat negeri akan diadakan di Kemaman pada 12 hingga 14 Februari akan datang.“10 orang yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan lima orang perempuan akan bertanding di peringkat daerah," tambahnya.
24 Dec 18
501
Empty Image
Terengganu Maju, Berkat Dan Sejahtera Rentasi Sempadan Kaum
Oleh: AminjiKEMAMAN, 23 Disember - Slogan 'Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera yang diamalkan oleh kerajaan negeri dapat dirasai oleh setiap anggota masyarakat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Abdul Razak Ibrahim berkata, kerajaan tidak akan meminggirkan mana-mana pihak dalam menerima bantuan sekiranya layak."Pertemuan ini membuktikan bahawa tiada benteng pemisah diantara kaum di negeri ini."Kita mahu masyarakat yang berbilang kaum ini hidup harmoni, aman damai dan tiada yang ketinggalan daripada menerima bantuan yang disalurkan kerajaan."Saya juga berharap agar pertemuan ini menjadi titik tanda persaudaraan dan persahabatan antara kita."Ini bertepatan dengan kehendak kerajaan supaya masyarakat berkasih sayang yang diterapkan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pentadbirannya," katanya ketika berucap dalam Program Bantuan Perayaan Deepavali di Perasing Jaya, semalam.Seramai 99 penerima bantuan terdiri daripada kaum India menerima sumbangan wang tunai RM250 seorang.Sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu meringankan beban sara hidup majoriti peserta yang berkerja di ladang berdepan keadaan cuaca tidak menentu.Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat & Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar, Dr. G. Balachandran dan wakil masyarakat hindu Jabor Estate, Sivakumar.
24 Dec 18
40