Artikel "Semasa" Terkini
Kanser Mulut Uji Ketabahan Pak Abu
Ghazali melihat keadaan Pak Abu di hospital.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 27 Disember - Setiap insan di dunia mendambakan serta mengimpikan kesihatan yang baik. Namun, ada antara mereka terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi, sebagai mana Johar Hussin atau lebih dikenali sebagai Pak Abu yang menderita kanser mulut sejak empat bulan yang lalu.Anaknya, Norisya Johar, 19, yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej di Perak, mengambil kesempatan cuti semester bagi menjaga ayahnya.Menurut beliau, Pak Abu sepatutnya telah menjalani rawatan 'kimoterapi' namun mengalami masalah darah rendah."Untuk menjalani rawatan 'kimo' perlu dipastikan tekanan darah pada tahap 10 dan ke atas, sekarang masih tujuh sahaja."Disebabkan itu, pihak hospital masih lagi tidak menjalankan pembedahan tersebut.Semoga Pak Abu segera sembuh."Dulu doktor kata ayah perlu disembuhkan dengan cara membuang sedikit tulang pipi, dan potong sedikit lidah. Tapi ayah enggan dan kami sekeluarga menurut sahaja kehendak ayah, kerana kasihankannya," ujarnya dengan penuh senyuman cuba sembunyikan kesedihan ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian ketika diziarahi kebajikan Parlimen Dungun yang diketuai oleh Ahli Parlimen, Wan Hassan Mohd Ramli di Hospital Besar Daerah Dungun, semalam.Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ghazali Sulaiman memaklumkan bahawa pesakit itu ialah penduduk Bukit Besi dari Jongok Batu.Beliau turut menyatakan amat mengenali Pak Abu."Lain sangat Pak Abu sekarang hampir tidak mengenali. Jelas sekali, penyakit yang dialami merubah bentuk tubuh Pak Abu."Saya bersimpati diatas nasib yang menimpa beliau, saya kenal Pak Abu dan banyak kali juga bertemu dengannya ketika beliau masih sihat," kata Ghazali.Beliau mengharapkan agar semua orang mendoakan kesihatan Pak Abu agar sembuh dan pulih seperti sediakala."Semoga Pak Abu sekeluarga dapat menjalani hidup dengan penuh tabah, diiringi kesejahteraan, serta sentiasa mendapat redha Ilahi," ujarnya pada akhir pertemuan.
26 Dec 18
427
Beca Bakal Promosikan Jejak Warisan Di Terengganu
Ustaz Ariffin Deraman, mengadakan Lawatan Kerja Menyantuni Penarik Beca & Peniaga/Pengunjung Pasar Payang bermula di Taman Syahbandar, Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 27 Disember -Kerajaan negeri sedia menghidupkan Jejak Warisan (Heritage Tail) menggunakan pengangkutan beca yang unik sebagai tarikan dalam mempromosikan pelancongan di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, pihaknya sedia mentransformasikan beca sebagai satu produk pelancongan yang boleh memartabatkan keunikan pengangkutan tradisi sesuai dengan penjenamaan semula Bandaraya Warisan Pesisir Air."Produk warisan ini boleh diusahakan oleh golongan muda dengan mengambil konsep perkhidmatan beca di bandaraya Melaka."Saya yakin beca pelancongan ini mampu hidupkan Jejak Warisan (Heritage Trail) serta menarik lebih ramai pelancong mengenali produk-produk yang ada di sekitar bandaraya seperti Dataran Shahbandar, Pasar Payang, Kampung Cina, Pulau Wasisan dan banyak lagi menarik," katanya lagi.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyerahan Sumbangan Insentif Kepada Pemilik Beca di perkarangan Pusat Penerangan Pelancongan, Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, di sini semalam.Seramai 47 pemilik beca menerima bayaran insentif sebanyak RM1,400 daripada Jun sehingga Disember 2018.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah dan Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak.Tambah Ariffin lagi, sudah tiba masanya generasi muda mengambil peluang menceburi pekhidmatan beca pelancongan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan."Kita akan adakan pelbagai kursus seperti kursus keusahawanan, kursus bahasa Inggeris, sistem lalu lintas, kursus etika kepada anak muda yang berminat untuk jadikan ia sebagai sumber pendapatan sampingan."Sebagai tarikan, pakej-pakej lawatan sekitar bandaraya termasuk pakej bergambar boleh diperkenalkan termasuk strategi yang sesuai untuk memastikan beca ini sentiasa mendapat tumpuan pelancong seperti hiasan dan sistem audio yang boleh mempopularkannya," katanya.
26 Dec 18
556
Nilai Kajian 'Doping' UniSZA RM60 Ribu
Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi (tengah), Ustaz Wan Sukairi dan Muhammad Darul Najmi di Majlis Meraikan Atlet SUKMA XIX 2018 di Dewan Utama YPKT semalam.KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Universiti Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu (UniSZA) memperuntukkan sebanyak RM60,000 bagi membuat penyelidikan pemakanan sukan khusus untuk atlet angkat berat Terengganu sebagai satu usaha memasyarakatkan universiti itu di negeri ini.Naib Cancelor universiti berkenaan, Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, untuk memajukan sukan Terengganu, kerajaan negeri perlu memastikan sistem pemakanan yang teratur bermula dari pemakanan keluarga."Pihak universiti telah menjemput atlet Terengganu datang ke fakulti untuk belajar menjadi chef sendiri."Apabila mereka sering diajar cara memasak dan menyediakan makanan, ia dikira sebagai permulaan, untuk kami (pihak UniSZA) meningkatkan penyelidikan pemakanan, apabila atlet-atlet angkat berat faham kenapa mereka perlu memakan makanan-makanan yang telah kami cadangkan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Meraikan Atlet SUKMA XIX 2018 dan Pertukaran Perjanjian Kerjasama Kajian Pemakanan Sukan Angkat Berat Terengganu di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Jalan Sultan Omar di sini semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Haji Ibnu Amin Busu.Ustaz Wan Sukairi (kiri) menyampaikan insentif kepada salah seorang atlet cemerlang angkat berat SUKMA XIX 2018.Menurut Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi, kajian dibuat supaya atlet sukan angkat berat memahami keperluan pemakanan sukan yang patut diambil.Katanya, dengan perjanjian itu, ia memberikan ruang secukupnya untuk Dekan Fakulti Sains Kesihatan dan para penyelidik dari fakulti UniSZA untuk mencari formula-formula baharu bagi memastikan bidang pemakanan ada hubungan dengan aktiviti dan objektif pasukan di samping dapat menyesuaikan kajian dengan keadaan budaya pemakanan masyarakat negeri Terengganu."UniSZA mempunyai pakar-pakar dalam bidang sains, perubatan dan farmasi. Jadi pakar-pakar kami mampu untuk mengesan apakah jenis makanan yang mengandungi bahan-bahan terlarang bergantung kepada 'update' terbaru oleh Persatuan Doping Antarabangsa," jelasnya.Menurutnya lagi, kajian UniSZA bertujuan bagi memastikan atlet Terengganu tidak mengambil makanan terlarat untuk 'doping' (pengambilan ubat atau makanan tambahan bagi menambah kecergasan atlet).Sebelum itu, Majlis Pertukaran Perjanjian Kerjasama Kajian Pemakanan Sukan Angkat Berat Terengganu antara YPKT dan UniSZA berlangsung dengan jayanya.
26 Dec 18
162
Terima Kasih UniSZA - Wan Sukairi
Ustaz Wan Sukairi (tiga dari kanan) menyaksikan pertukaran perjanjian antara UniSZA dengan YPKT. UniSZA diwakili Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi (kanan) manakala YPKT diwakili Haji Mohd Shafaruddin (kiri).KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Kerajaan negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kerana memberi sokongan selama dua tahun dalam menilai tahap pemakanan yang terbaik untuk atlet angkat berat Terengganu dengan kos kajian sebanyak RM60,000.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sukan angkat berat telah menyumbang dua pingat emas, tiga perak dan tujuh gangsa di samping ranking ke-11 dalam acara sukan serta menyumbang pingat kepada negeri sehingga berjaya menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) XIX 2018.Katanya, kejayaan atlet angkat berat adalah atas semangat bersama antara jurulatih dan atlet yang dipilih oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), persatuan dan jabatan angkat."Justeru, bagi menggandakan pencapaian kejayaan dalam SUKMA, saya berharap semua jurulatih angkat berat Terengganu perlu lebih dedikasi, mempelajari kemahiran-kemahiran baru, mempunyai sistem latihan lebih efektif serta jadual latihan yang sistematik agar pencapaian pingat di Johor pada tahun 2020 meningkat lebih banyak berbanding 2018," tegasnya.Muhamad Darul Najmi (dua dari kanan) bersama insentif dan hadiah yang diterima semalam.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Meraikan Atlet SUKMA XIX 2018 dan Pertukaran Perjanjian Kerjasama Kajian Pemakanan Sukan Angkat Berat Terengganu di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Jalan Sultan Omar di sini semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Pengarah YPKT, Haji Mohd Shafaruddin Mustaffa, Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif dan dan Pengarah MSNT, Haji Ibnu Amin Busu.Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam turut mengucapkan tahniah kepada atlet angkat berat, Muhamad Darul Najmi Dollah yang berjaya mencipta rekod baru dalam acara 69 kilogram 'clean and jerk' lelaki dengan bebanan 164 kilogram.Dengan kejayaan ini, Muhammad Darul Najmi memadamkan rekod lama Mohd Hafifi Mansor, 163 kilogram, dalam acara yang sama.Oleh itu, kerajaan negeri berharap pada temasya di Johor tahun 2020, sukan angkat berat memperbaiki kedudukan dengan sasaran pingat lima emas, enam perak dan tujuh gangsa."Justru para atlet hendaklah sentiasa melakukan yang terbaik agar SUKMA akan datang bakal melahirkan atlet-atlet muda Terengganu kerana SUKMA adalah platform terbaik bagi mereka mengukir nama di persada sukan kebangsaan dan antarabangsa," ujarnya.Menurut beliau, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah membentangkan Bajet 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini untuk Acara Sukan Dwi Tahunan Sukan Terengganu (SUTERA), sukan teras, sukan peringkat DUN dan membangun satu sukan ekstrem di setiap daerah dengan peruntukan sebanyak RM3.3 juta.SUTERA katanya, akan diselang selikan acara secara bergilir dengan SUKMA, setiap dua tahun sekali bagi menggalakkan para atlet terus beraksi dan mengekalkan komitmen dan bakat yang ada pada mereka sebagai persiapan SUKMA dan sukan di peringkat serantau dan antara bangsa."Inilah semangat yang perlu dipupuk bukan sekadar atas semangat wakil negeri semata-mata tetapi paling penting bersaing bagi melayakkan diri di dalam pasukan kebangsaan dan akan membawa cabaran yang lebih besar di peringkat serantau dan antarabangsa, seperti Sukan SEA, Sukan ASEAN, Sukan Commonwealth dan Olimpik," tegasnya lagi.Beliau juga menyeru semua atlet angkat berat supaya sentiasa fokus kepada usaha untuk mencapai matlamat yang telah pun disasarkan."Saya percaya sekiranya kita sentiasa fokus kepada kejayaan dan berfikir secara positif serta mempunyai keyakinan tinggi dan tidak mengambil sikap sambil lewa, kejayaan akan menjadi milik kita," ujarnya lagi.
26 Dec 18
274
Bantuan Pakaian Sekolah Akan Diagihkan Tujuh NGO Terengganu
KUALA TERENGGANU, 26 Disember - Bantuan pakaian sekolah berjumlah RM858,000 akan diagihkan oleh tujuh buah badan bukan kerajaan (NGO) yang ada di negeri Terengganu kepada semua mangsa banjir.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia adalah hasil sumbangan daripada Syarikat PV Power Engineering Sdn Bhd kepada NGO Generasi.“NGO Generasi telah pun menerima sumbangan daripada sebuah syarikat iaitu PV Power Engineering Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang berpusat di negeri Johor tetapi pemiliknya adalah merupakan anak kepada peneroka Felda di negeri Terengganu.“Syarikat beliau telah menyumbang kepada kita sebanyak RM858,000 dan kesemuanya telah pun kita agihkan kepada tujuh buah NGO yang ada di negeri Terengganu ini dalam bentuk barangan yang berupa pakaian sekolah yang insya-Allah akan diagihkan kepada semua mangsa banjir yang berada dalam negeri ini,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian selepas Pelancaran Sukarelawan Bencana ‘Skuad 4X4’ di Perkarangan Wisma Darul Iman semalam.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut turun bersama-sama 88 orang sukarelawan, menyempurnakan majlis tersebut dan melepaskan sebanyak 17 buah kenderaan pacuan empat roda.Menurut Ustaz Wan Sukairi lagi, tujuh buah NGO tersebut adalah GEN Terengganu, Yayasan Amal, PADU, Iman Care, Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI), Persatuan Asnaf Kuala Terengganu, dan Persatuan Hiliran Sejahtera.Beliau berkata, walaupun sehari dua ini cuaca agak baik tetapi ia sebagai suatu persiapan untuk menghadapi musim persekolahan yang akan datang tidak lama lagi.“Saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang telah pun menyumbang jumlah yang besar dan kita mengharapkan dengan jumlah sumbangan yang diberikan itu akan digunakan dengan sebaiknya.“Pihak mereka yang terlibat banjir dan seumpamanya turut mendapat kemudahan daripada sumbangan yang telah disampaikan,” jelasnya.Sehubungan itu, kata beliau, Kerajaan Negeri Terengganu berbesar hati dan mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membuat amal bakti mengikuti jejak langkah baik yang telah pun ditunjukkan oleh syarikat yang menyumbang pada hari ini.Beliau menambah, seramai 1,000 orang disasarkan menyertai program NGO 4X4 dan semua pasukan ataupun kelab-kelab yang ada dalam negeri diseru agar sama-sama mengikutinya.Selain itu, kata beliau, pihak kerajaan menerusi Portfolio Pembangunan Belia, Sukan dan NGO berperanan mengumpulkan dan menggabungkan semua NGO yang berada di negeri Terengganu di bawah satu bumbung.Justeru katanya, semua NGO yang ada adalah untuk menggerakkan kerja amal apabila berlaku sebarang bencana di negeri Terengganu.
26 Dec 18
184
50 Murid SRIDI Bersedia Mulakan Sesi 2019
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 26 Disember – Seramai 50 murid Tahun Satu Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) bersedia untuk memulakan sesi persekolahan 2019.Sesi pendaftaran yang akan menempatkan murid dalam dua kelas bermula pada jam 10 pagi bertempat di Sekolah Menengah Agama (SMA) Maarif, Kampung Raja, di sini, hari ini.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, usaha menubuhkan sekolah rendah Islam ini amat bertepatan dengan hala tuju Kerajaan Negeri Terengganu.“Penubuhan sekolah ini bukan sahaja dapat melahirkan generasi yang gemilang, tetapi ia juga dapat melahirkan generasi yang mempunyai modal insan yang cemerlang."Kita mahu melahirkan generasi yang sentiasa menjaga adab serta tatasusila dengan ibu bapa, guru dan masyarakat di sekeliling mereka,"katanya.Katanya, SRIDI akan menggunakan bangunan SMA Maarif terlebih dahulu sebelum bangunannya sendiri siap sepenuhnya.Dalam pada itu, beliau berharap agar orang ramai sentiasa menyokong usaha murni kerajaan negeri dalam memastikan Terengganu maju, berkat dan sejahtera.
26 Dec 18
92
Bangunan WDI Baharu 80 Peratus Siap
KUALA TERENGGANU, 26 Disember- Pembinaan projek Bangunan Wisma Darul Iman (WDI) yang baharu di Kampung Tanjung, dekat sini, berketinggian 30 tingkat membabitkan kos RM210 juta kini lebih 80 peratus siap.Projek di kawasan seluas 2.2 hektar dan dimulakan pada pertengahan 2017 itu, pada awalnya dijangka siap pada Mei tahun depan, bagaimanapun terpaksa dilanjutkan tempoh sehingga Jun 2020 berikutan berdepan masalah kewangan dan beberapa teknikal.Pada masa sama, kelewatan itu turut berpunca daripada pertukaran projek Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kepada bangunan WDI dengan persetujuan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 24 Mei tahun lalu.Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu Ir. Haji Che Kamaruddin Bahar, berkata pertukaran projek itu membabitkan tambahan kewangan sebanyak RM30 juta berbanding kos asal untuk membina Menara MBKT kira-kira RM180 juta.Katanya, skop projek yang berkonsepkan moden dan klasik itu bakal dilengkapi bilik rehat di raja, kafetaria, taska, surau, gimnasium, bilik jamuan dan bilik gerakan.“Kemudahan lain, dewan banquet berkapasiti 900 tetamu, auditorium (750 tetamu), ruangan pejabat yang boleh menempatkan 1,000 kakitangan dan hampir 700 ruang tempat letak kenderaan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat lawatan kerja kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama ahli-ahli MMKN di bangunan WDI, di Kampung Tanjung, hari ini.
26 Dec 18
1200
Kem Anak Soleh Kampung Kepah 'Talaqqi' Berkitab
Oleh: Shahril AswadHULU TERENGGANU, 26 Disember - Kem Anak Soleh Kampung Kepah menggunakan modul 'talaqqi' berkitab dan mendapat sambutan menggalakkan dari pelajar di kampung berkenaan.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kepah Ustaz Mohd Nasrun Abdullah berkata, Kem Anak Soleh yang bertemakan "Kearah Membina Generasi Al-Quran" itu bertujuan untuk mendidik peserta mendalami ilmu yang diajar dalam al-Quran."Bagi menerapkan acuan al-Quran dalam diri kanak-kanak, kita telah melaksanakan program kem ini dengan modul talaqqi berkitab manakala bagi golongan belia kita akan menganjurkan program khas buat mereka."Dalam membina generasi al-Quran kita insya Allah kita akan pastikan setiap insan akan terdedah kepada program ilmu dan tarbiyyah," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.Katanya, cuti persekolahan akhir tahun berjaya dimanfaatkan sebaik mungkin dengan menyusun program kem tersebut untuk mentarbiyyah kanak-kanak dalam mendalami ilmu acuan Al-Quran.
26 Dec 18
569
Pelajar SRIDAF Bakal Belajar Di Bangunan Baharu
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 26 Disember - Pelajar Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) di Kampung Batu Tumbuh di sini bakal belajar lebih selesa di bangunan baharu tahun depan apabila bangunan sekolah siap untuk digunakan.Serentak itu gotong royong perdana dengan kerjasama komuniti setempat diadakan bagi memastikan bangunan berkenaan bersih dan selesa.Mudir SRIDAF, Ustaz Mohd Basri Mohamad ketika ditemui berkata, bagunan baru itu dibina bagi menggantikan bangunan lama di Kampung Alor Lintah di sini."Bagaimanapun pihak SRIDAF masih lagi memerlukan sumbangan orang ramai bagi menyiapkan sebahagian lagi bangunan bilik darjah untuk menampung pelajar-pelajar bagi sesi hadapan," ujarnya.Seramai 500 orang pelajar yang sudah didaftarkan di SRIDAF sejak 2016 hingga kini termasuk pelajar tahun satu hingga tahun empat.Bagi sesiapa yang ingin menderma, boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Sek Rend. Islam Darul Furqan, 1303 5010 0757 24 atau berhubung melalui Pejabat SRIDAF di nombor 018-955 4016.
26 Dec 18
274
Saya Ada Di Mana-Mana - ADUN Wanita
Oleh : Nooreni Abu BakarKUALA TERENGGANU, 26 Disember -` Saya berada di mana-mana', kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Hajah Zuraida Md Noor sebagai mengekspresikan sikap dan kesungguhan untuk melaksanakan matlamat serta amanah daripada kerajaan negeri kepada belaiu.Beliau juga memberitahu, bagi menjayakannya, satu urusetia wanita akan ditubuhkan menerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri bagi memperkasakan program wanita sekali gus menjaga kebajikan kaum hawa di seluruh Terengganu."Alhamdulillah dengan pelantikan wakil rakyat wanita, banyak program serta aktiviti yang memberi keutamaan kepada wanita sepenuhnya. "Pelbagai program dan aktiviti merangkumi pendidikan, kebajikan dan banyak lagi di bawah Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional akan dirancang serta dilaksanakan secara berperingkat-peringkat nanti," katanya.Zuraida berkata demikian ketika Program Hitea dan Dialog Wanita Negeri Bersama Badan Bukan Kerajaan dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, Haji Alias Harun di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.Turut hadir, Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita di Pejabat Menteri Besar, Hajah Khairiah Mokti dan isteri Yang Dipertua DUN Terengganu, Hajah Zarani Othman.Menurut Zuraida lagi, kerjasama dengan portfolio-portfolio lain dalam pentadbiran negeri juga akan direalisasikan supaya program dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan."Menerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dipengerusikan oleh YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, kita akan bawakan cadangan, saranan dan suara-suara NGO yang hadir ini kepada beliau untuk diperhalusi dan dilaksanakan sebaik mungkin" kata beliau.Dalam pada itu, beliau juga memuji NGO yang hadir dan mengambil bahagian dalam sesi dialog itu, kerana mencapai matlamat untuk mewujudkan komunikasi dua hala serta menyelesaikan pelbagai isu berkaitan masa kini. "Inilah pentingnya program sebegini, jadi kita tahu kehendak dan harapan NGO dan rakyat di luar sana yang dimahukan daripada kerajaan,"katanya.
25 Dec 18
40