lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Gunting Rambut Percuma, Erat Hubungan Kerajaan-Masyarakat
YM Datuk Tengku Hassan melaksanakan gimik perasmian Gunting Amal Percuma.KUALA TERENGGANU, 29 Disember - Program Gunting Rambut Percuma yang diadakan disetiap Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi medan mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat setempat bersama agensi kerajaan.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran, YM Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, sambutan masyarakat amat memberangsangkan."Ramai kanak-kanak hadir dari beberapa buah kampung berdekatan."Melalui program ini, mereka diberikan perkhidmatan gunting rambut percuma yang sedikit sebanyak mampu meringankan beban para ibu bapa, khususnya golongan berpendapatan rendah menjelang pembukaan sesi baharu persekolahan," katanya kepada pemberita.Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang merasmikan program tersebut di Kampung Ladang, semalam.Seramai 80 orang murid menerima perkhidmatan gunting rambut dalam program yang dianjurkan oleh Pemuda DUN Ladang dengan kerjasama unit Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) bermula jam 3 petang hingga jam 6 petang.Tengku Hassan menyifatkan aktiviti sebegini mampu menyemarakkan lagi program-program di DUN Ladang, sekali gus menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni.“Kita juga akan menjadikan program gunting rambut percuma ini sebagai acara tahunan berikutan sambutan dan manfaat program ini," katanya.
29 Dec 18
86
Empty Image
Pembangunan, Sampah Tidak Terurus Punca Babi Berkeliaran
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 27 Disember: Kemusnahan habitat haiwan akibat pembangunan menjadi antara punca babi liar berkeliaran ke kawasan perumahan penduduk. Pengarah Perhilitan Daerah Kuala Terengganu, Puan Rahmah Binti Alias berkata, walaupun terdapat banyak punca, perkara tersebut merupakan salah satu diantaranya."Kawasan hutan adalah rumah dan tempat mereka mencari makan. Jadi bila ada pembangunan maka tiadalah tempat untuk meraka yang akhirnya keluar ke kawasan perumahan kita."Kita pula mengatakan bahawa haiwan ini yang mengganggu kita, tetapi sebenarnya kita yang mengganggu habitat mereka terlebih dahulu."Selain itu, antara punca gangguan ini ialah cara pengurusan sampah di kawasan perumahan kita. "Jika sampah kita tidak diurus dengan baik, maka semakin banyak babi akan berkeliaran di kawasan rumah kita. "Pastikan sampah ditutup sebelum lori tiba atau pun tanam sampah tersebut, katanya ketika hadir di Majlis Penyerahan Perangkap Khinzir kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam di Kampung Atap Zin, baru-baru ini.Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah yang merasmikan majlis tersebut melahirkan rasa terkejut apabila mengetahui satistik penduduk di Kuala Terengganu paling ramai mengadu pasal kes itu,Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), berkata mungkin ia turut disebabkan kurang permintaan terhadap haiwan ini untuk dimakan kerana orang bukan Muslim di Terengganu sekitar 10 peratus sahaja."Anak-anak muda mereka juga sudah tidak makan lagi kerana mereka berfikiran terbuka dan belajar tentang keburukan haiwan ini."Terdapat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Kesucian sebahagian daripada Iman". Kekotoran akan mengundang penyakit."Oleh itu, salah satu cara untuk kita hidup sihat ialah memastikan kawasan perumahan dan kampung kita mesti bersih," katanya.
29 Dec 18
163
Empty Image
Mini T'mart Cafe Pasar Produk IKS Terengganu
  Haji Mohd Nurkhuzaini (kiri)  menandatangani plak perasmian Mini T'mart Cafe di Jalan Pahang Barat of Jalan Pahang Kuala Lumpur,  semalam. KUALA LUMPUR,  29 Disember - Kerajaan Terengganu,  melancarkan Mini T'mart Cafe pertama di Jalan Pahang Barat of Jalan Pahang di sini semalam bagi memasarkan produk makanan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) rakyat negeri itu di kota raya.Perasmian pelancaran itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.Mini 'outlet' itu dikendalikan oleh Cakna Sdn Bhd (Cakna), anak syarikat Yasasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu.  Kira-kira 200,000 rakyat Terengganu yang tinggal di sini dijangka mendapat kemudahan untuk memperolehi produk makanan Terengganu di 'outlet' tersebut di waktu perniagaan. Ketika ditemui pemberita Haji Mohd Nurkhuzaini berkata,  'outlet' itu mempunyai dapur untuk memasak produk sejuk beku seperti ketupat palas dan lain-lain untuk di makan di kiosk berkenaan sambil sembang santai. Katanya,  kerajaan negeri berhasrat untuk pasarkan produk Terengganu di kota raya Kuala Lumpur supaya peminat makanan Terengganu boleh mendapatkannya dengan mudah di sini.   "Saya mengharapkan konsep mini 'outlet' ini dapat diterima baik oleh masyarakat kota untuk menikmai produk usahawan Terengganu.   "Ini kerana peminat makanan Terengganu amat tinggi populasinya, pasarannya pula luas bahkan ia popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara, " ujarnya.   Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cakna Haji A Razak Sulaiman berkata,  mini 'outlet' itu dibuka dengan kos sebanyak RM25,000 dengan keluasan tapak 14 kaki kali 15 kaki (210 kaki persegi) yang merupakan kiosk kedua selepas pusat pemasaran T'mart dibuka di Kampung Baru di sini tidak lama dulu.  Menurutnya,  'standard' keluasan tapak untuk 'outlet' tersebut ialah 100 kaki persegi (10 kaki kali 10 kaki).  Katanya,  Cakna mensasarkan 10 buah Mini T'mart Cafe dibuka  dan syarikat berkenaan sedia membantu pengusaha IKS untuk membuka 'outlet' berkenaan di sini.   Beliau berkata, beberapa strategi pemasaran sedang dirancang Cakna termasuk memasarkan produk melalui media sosial,  media massa,  menggunakan motosikal untuk penghantaran 'Cash On Delivery' (COD) dan pengedar.   "Dua buah motosikal disediakan masing-masing sebuah di Jalan Pahang Barat dan sebuah lagi di Kampung Baru, " jelasnya.   Produk yang dipasarkan di 'outlet' tersebut termasuk Kerepok Lekor Asli,  Kerepok Lekor 'Chesse',  Satar Daun,  Satar Ikan Goreng, Ketupat Palas, Nasi Dagang dan lain-lain.   Haji A Razak berkata,  produk-produk berkenaan dibekalkan oleh beberapa pengusaha IKS Terengganu dan bekalan untuk tujuan tersebut sentiasa ada.  
29 Dec 18
1069
Empty Image
Gabungan Dua Program Di Manir Dapat Sambutan
Ustaz Hilmi mengunting rambut salah seorang kanak-kanak lelaki yang menyertai program tersebutOleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU 29 Disember - Gabungan program antara derma darah dengan gunting rambut percuma berjaya dilaksanakan  bagi menampung bekalan darah negara dan meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah.Timbalan Pengerusi Pertanian Asas Tani dan Pembangunan Desa, Ustaz Hilmi Dato' Harun berkata, terima kasih kepada semua yang mengambil cuti dan meluangkan masa untuk menyokong acara ini."Dan yang paling penting mereka menawarkan diri untuk menyelamatkan nyawa insan lain."Saya percaya kempen ini pasti membantu masalah kekurangan bekalan darah di hospital seluruh negara akibat bencana banjir di pantai timur dan juga wabak demam denggi baru-baru ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemuramah oleh Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)sewaktu menghadiri program derma darah dan gunting rambutbertempat didewan serbaguna Institut Modal Insan i-MiTs DUN Manir Pulau Bahagia, semalam.Katanya lagi, program gunting rambut percuma pula adalah inisiatif pihak kami untuk meringankan beban ibu bapa menjelang pembukaan sesi baharu persekolahan.Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir juga berkata, pihaknya akan meneruskan program berkenaan berikutan sambutan menggalakkan daripada masyarakat sekitar daerah ini.Program anjuran bersama Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dengan Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) dan kerjasama dengan i-MiTS Manir bermula seawal jam 9 pagi.Hospital HSNZ telah menyediakan lapan katil untuk tujuan tersebut itu, manakala bahagian gunting rambut percuma anjuran Pemuda DUN Manir menempatkan sembilan orang tukang gunting rambut.Tambah Hilmi, gunting rambut percuma ini dikhususkan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di dalam DUN Manir.
28 Dec 18
134
Empty Image
SRIDI AMBS, Pilot Project Kawasan Luar Bandar
Salah seorang murid Tahun 1 yang mendaftar di SRIDI AMBS kelmarin.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 28 Disember - Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun menjadi 'pilot project' Kerajaan Terengganu dalam usaha memperkasakan pendidikan Islam luar bandar.Penolong Pesuruhjaya Visa Pelajar dan Akademik Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), Mohd Al-Hafiz Karim berkata, adalah tidak pelik jika jumlah pelajar tidak mencapai sasaran pada peringkat permulaan."Untuk SRIDI AMBS, yang berdaftar seramai 20 orang lebih. Hanya satu kelas dan kita jangkakan tahun hadapan akan ada pertambahan."Harapan saya dengan projek ini, masyarakat di sini dapat terus memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri dalam memberikan pendidikan asas terutamanya pendidikan agama Islam bermula usia kanak-kanak," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat pendaftaran SRIDI AMBS kelmarin.Katanya, di antara faktor kekurangan murid itu mungkin disebabkan ibu bapa belum mengenali bagaimana perjalanan akademik dan kurikulum di SRIDI.Sementara itu, Pengawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, yuran yang dikenakan amat berpatutan.Tambah Ghazali, beliau mengharapkan SRIDI akan mendapat sambutan yang lebih baik dari masa ke masa.Dalam tumpuan sama, Mudir SRIDI Dungun, Ahmad Mahzor Abdul Kadir memberitahu, kuantiti murid yang sedikit tidak akan mengurangkan kualiti guru untuk memberi perkhidmatan yang terbaik."Seramai lapan orang guru bersemangat menjadi seorang pendidik yang cemerlang di sini. Kita akan cuba merealisasikan harapan ibu bapa supaya anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik," tegasnya.
28 Dec 18
277
Empty Image
Terengganu Tubuh Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI)
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 27 Disember - Selepas Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), kerajaan negeri memutuskan untuk mewujudkan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) di  setiap daerah di Terengganu.Kesemua SMIDI itu akan diwujudkan di kesemua lapan daerah secara berperingkat dengan sekolah pertama akan dibangunkan di tapak asal Kolej Islam Sains Terengganu (KIST) di Hulu Terengganu.Penubuhan SMIDI ini adalah kesinambungan daripada SRIDI dan sekolah ini akan menggunakan modul serta silibus Arab sebagaimana dilaksanakan di sekolah-sekolah aliran Arab suatu ketika dahulu.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, buat permulaan, kerajaan akan mula membuka pengambilan pelajar untuk Markaz Lughah.Sebelum ini, pelajar-pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) terpaksa mengikuti lughah (Bahasa Arab) di Mesir, baru boleh masuk kuliah. Jadi sekarang ini kita buat di Terengganu."Jadi lepas pada ini, pemegang sijil Markaz Lughah kita boleh masuk 'direct' kuliah, kira jimatlah sementara dia tunggu keputusan STAM, jimat masa dan sebagainya," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PPSR Tahun 2018 di Dewan Majlis Perbandaran Dungun di sini semalam.Ustaz Satiful turut memberitahu, pihaknya ada berbincang dengan institusi pendidikan lain antaranya Ummu Qura di Universiti Islam Madinah dan juga Masjidil Haram."Kita harap boleh pertingkatkan kemampuan, kemahiran mereka berdasarkan pengalaman di Masjidil Haram dan sebagainya, " katanya lagi.
28 Dec 18
3197
Empty Image
Isteri MB Luangkan Masa Bersama Penduduk
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT 27 Disember – Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman meluangkan masa bersama penduduk yang kurang berkemampuan di Jerteh, semalam.Beliau diiringi oleh  Radzilah Abd Razak isteri Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kota Putera, Haji Nurkhuzaini Ab Rahman dan Nasriah  Awang, isteri Pegawai Penyelaras Dun Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.Program ziarah dimulakan seawal jam 9 pagi di Kampung Paroh dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Jerteh dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Paroh diikuti Kampung Padang Tapong dan Kubang Siam.Seramai 12 orang penduduk kampung yang sempat diziarahi pada pagi ini yang terdiri dari golongan ibu tunggal dan pesakit kronik.Rata-rata penduduk Kampung Paroh dan Padang Tapong berkerja sebagai penoreh getah yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan mengalami masalah apabila tiba musim tengkujuh.
27 Dec 18
700
Empty Image
500 Murid Terima Sumbangan Persekolahan TNB
Dato’ A. Rahman Yahya (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada salah seorang murid.KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan kira-kira RM10,000 bagi memberi sumbangan kelengkapan persekolahan kepada 500 murid di negeri ini menerusi program ‘Kembali Ke Sekolah’.Ketua Perkhidmatan Pelanggan Terengganu TNB, Mohd Nazri Puteh berkata, sumbangan kelengkapan persekolahan dianggarkan bernilai RM200 seorang itu diberikan kepada murid di tiga kawasan parlimen negeri ini.“Tiga kawasan parlimen terpilih bagi menjayakan program ini iaitu Marang, Teluk Pasu (Manir) bagi parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Berang di Hulu Terengganu. Setiap murid menerima sehelai pakaian seragam, kasut, stokin, beg dan alat tulis.“Ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB kerana kita amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi golongan kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan terutama bagi keluar­ga yang mempunyai ramai anak,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Bantuan Kelengkapan Persekolahan Back To School (Kembali Ke Sekolah) yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya di Sekolah Kebangsaan Telok Pasu, hari ini.Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Pasu, Mohd Noor Zakaria.Katanya, bantuan tersebut diharap dapat mendorong dan menyuntik semangat anak-anak daripada golongan kurang berkemampuan supaya terus berusaha dengan gigih untuk berjaya dalam pendidikan.Menurut Mohd Nazri, sejak diperkenalkan pada 2013, lebih 25,000 murid sudah mendapat manfaat daripada program berkenaan yang merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif CSR TNB dalam bidang pendidikan.
26 Dec 18
706
Empty Image
Puteri Kembar Muay Thai Jadi Tarikan Penonton
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 26 Disember - Aksi menarik yang ditampilkan pasangan kembar yang mempersembahkan rentak seni bela diri, Muay Thai membuatkan ramai hadirin terpegun dan tidak berganjak.Pasangan itu, Noraini dan Noraina Mohd Noor, 16 tahun dari Kemasek, Kertih, dekat sini, mula terlibat dengan seni olahraga bela diri itu ketika berusia 12 tahun dan kini mendapat tunjuk ajar dari seorang guru, Mokhtar Che Lah."Aktiviti ini tidak mengganggu pelajaran kami, malah lebih mendisiplinkan kami."Kami berlatih selepas waktu Asar. Kami berlatih setiap hari bagi memantapkan teknik dan penguasaan yang baik," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas mempamerkan aksi seni mempertahankan diri itu, di Majlis Perlimau Persatuan Seni Silat Tari Laksamana, di Almuktafi Billal Shah, di sini, kelmarin.Mokhtar Che Lah yang juga Pengerusi Kelab ' Aswasix' (kaki tempat), berkata pasangan kembar itu akan menyertai satu kejohanan 'Muay Thai' mewakili negeri yang bakal diadakan di Pahang, pada awal 2019 nanti."Buat masa ini kembar ini adalah yang terbaik selain dua lagi remaja lelaki."Selain mereka, saya juga sedang melatih seorang pelajar yang paling muda baru sahaja berusia 11 tahun," katanya.
26 Dec 18
115
Empty Image
Mahu Anak Cemerlang Ilmu Agama, Faktor Ibu Bapa Pilih SRIDI
Pendaftaran murid tahun satu di SRIDI, Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Rata-rata ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama menyatakan keinginan untuk mendapatkan penekanan sukatan pelajaran berkaitan keagamaan kepada anak-anak. Ianya menjadi aspek utama yang membuatkan mereka memilih sekolah agama berbanding sekolah harian biasa.Tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ke salah sebuah  Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) hari ini mendapati kebanyakan ibu bapa merasakan pilihan itu adalah yang terbaik malah pada pendapat mereka ia berbaloi dengan apa yang diperoleh oleh anak-anak mereka baik dari segi akademik dan sahsiah.Di samping itu, ibu bapa juga melihat kurikulum dan sukatan akademik sekolah agama setara dengan sukatan sekolah kebangsaan atau sekolah harian biasa.Nor Saidatul.Bagi Nor Saidatul Afzan, 29,  kemahuan untuk memberikan pendidikan agama dari awal kepada anak-anak menjadi faktor dia memilih menghantar anak sulungnya, Ahmad Amiril Syaqirin Ahmad Azlan  ke sekolah agama.“Selain itu, saya lihat kurikulum dan sukatan pelajaran untuk akademik juga tidak dilupakan di sekolah agama, malah pada pandangan saya masih setara dengan sekolah harian biasa.“Kredit perlu diberikan kepada pihak sekolah agama di bawah seliaan jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kerana  menambahbaik sukatan pembelajaran manakala dari aspek kos yuran persekolahan, memang agak murah berbanding sekolah harian biasa, dan bagi saya masih berbaloi ,” katanya.Nor Saidatul berkata demikian kepada wartawan UPDI ketika ditemui selepas pendaftaran kemasukan murid tahun satu dan dua di Sekolah Rendah Agama Yayasan Islam Terengganu (SRAYIT), Kuala Terengganu, di sini hari ini.Seramai 40 murid yang berjaya melepasi ujian kemasukan telah mendaftar tahun satu  bersama-sama ibu bapa termasuk 15 murid tahun dua SRAYIT di Losong yang telah pun beroperasi sebelum ini, cuma sekolah itu  diuruskan kerajaan negeri sebagai usaha menjadikan enam SRIDI di Terengganu.Aida TengahSementara itu, Penolong Kanan Pesuruhjaya Pengurusan Akademik Peperiksaan dan Penilaian JHEAT, To’ Puan Aida Tengah berkata, sekolah ini akan beroperasi pada jam 8 pagi hingga 4 petang dan ibu bapa hanya perlu membayar yuran pendaftaran sahaja.“Yuran yang dikenakan cukup murah iaitu serendah RM140 setahun kepada pelajar sepanjang tahun persekolahan dan ia sangat istimewa bagi anak Terengganu.“Kita dapat permintaan tinggi daripada ibu bapa untuk anak-anak mereka. Bagaimanapun, kita akan mengadakan temuduga kerana tempat yang terhad bagi memberi keadilan kepada semua.“SRIDI akan mengguna pakai silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditambah dengan kurikulum negeri yang berasaskan pengajaran agama dan al-Quran dalam bahasa Arab,” katanya.
26 Dec 18
1053