Artikel "Semasa" Terkini
Pastikan Anak Muda Di Landasan Yang Betul
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 30 Disember - Anak muda lazimnya sukakan aktiviti lasak. Disebabkan itu, pemimpin masyarakat perlu memastikan minat mereka berada disalurkan pada landasan yang betul.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Al-Muktafi Billal Shah (AMBS) Cawangan Taman Indah, Zakiah Alias @ Mohd berkata, anak muda perlu didekati dengan apa yang mereka minat."Kita perlu pastikan mereka (anak muda) terbimbing melakukan perkara yang bermanafaat. Apa yang baik, kita raikan dan dorong supaya mereka tidak berasa terpinggir."Sebagaimana hari ini, kita telah menganjurkan kejohanan futsal yang amat digemari anak muda."Secara tidak langsung, penganjuran aktiviti seumpama ini akan merapatkan jurang diantara MPKK dan anak muda.“Hubungan yang terjalin ini akan menjadikan mereka dekat dengan kita untuk mengadu segala permasalahan dan sudi membantu kita dalam pelbagai urusan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu menghadiri Kejohanan Futsal Tertutup anjuran MPKK di AMBS, semalam.Beliau yang merupakan satu-satunya pengerusi MPKK wanita di Terengganu menyatakan kejohanan itu memberi impak yang positif dalam melahirkan anak muda yang sihat dan cergas serta tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat."Mereka mempamerkan permainan yang cukup menarik serta mementingkan semangat kesukanan yang tinggi," jelasnya.Kejohanan tersebut disertai 10 pasukan dan telah dimenangi oleh pasukan KETENGAH Holding Sdn Bhd, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 200 beserta medal dan hamper.Manakala, Jagong FC, ATR FC dan Umor FC pula menggondol hadiah wang tunai RM 100 beserta medal dan hamper apabila mengungguli tempat kedua, ketiga dan keempat.Zakiah turut berharap agar penganjuran kejohanan berkenaan akan dapat diadakan secara berkala dalam usaha membangun belia dan anak muda negeri.
30 Dec 18
43
Kerajaan Pusat Bertanggungjawab Lunas Royalti - MB Terengganu
Dr. Samsuri menerima cenderamata daripada EPIC.KUALA TERENGGANU, 30 Disember - Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab meneliti jumlah royalti yang sepatutnya diterima oleh negeri Terengganu dan melunaskan baki yang masih tertunggak.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun bakal memasuki tahun 2019, pembayaran royalti bagi tahun ini perlu disempurnakan."Ia masih lagi menjadi tanggungjawab Kementerian Kewangan."Pada kita, ia adalah royalti walaupun dengan apa sahaja nama yang dipanggil oleh Kerajaan Persekutuan, ia tetap berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Petronas dan kerajaan pada tahun 1974."Melalui pengiraan kasar pihak kita, terdapat sekitar RM250 juta lagi yang menjadi milik Kerajaan Terengganu."Selepas pilihan raya umum lalu, kita telah menerima pembayaran sebanyak tiga kali berjumlah RM450 juta," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Malam Penghargaan Media anjuran Eastern Pasific Industrial Corporation (EPIC) di Hotel Primula, semalam.Kepimpinan negeri dan EPIC bersama wartawan Terengganu.Majlis tersebut meraikan pengamal media seluruh negeri yang berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan maklumat kepada masyarakat.Dr. Samsuri juga sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada pengamal media yang hadir."Tidak ada imbuhan dan bayaran yang membolehkan media memberikan laporan yang seimbang tentang negeri ini."Mewakili kerajaan, saya mengharapkan kerjasama yang erat antara media kerajaan untuk tahun 2019," katanya.
30 Dec 18
56
Sayangi Anak Istimewa `Bagai Menatang Minyak Yang Penuh'
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 30 Disember - Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa perlu menjaga anak dengan penuh perhatian dan kasih sayang `bagai menatang minyak yang penuh'.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, anak-anak kelainan upaya ini satu anugerah Allah SWT buat ibu-bapa kerana mereka tiada dosa bahkan memberi pahala buat ibu-ayah mereka.“Anak-anak ini adalah satu rezeki yang tidak Allah turunkan untuk ibu-bapa yang lain kerana anak istimewa ini adalah satu sebab ibu bapa terpilih ini boleh masuk ke syurga.“Anak-anak kelainan upaya ini juga mengajar kita erti sabar dan ibu bapa yang mempunyai anak ini dikurniakan Allah SWT sifat sabar yang tinggi," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Sayangi Anak Permata Syurga Dan Masyarakat Seberang Takir, di Dewan Serbaguna Titian Lembah Harapan, di sini, hari ini.Turut hadir, Penghulu Mukim Seberang Takir, Mohd Khairi Ghazali dan Ahli Jawatankuasa MPKK Seberang Takir.Mohd Fazil berkata, program anjuran gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Takir itu bertujuan memberikan sumbangan kepada anak-anak kelainan upaya dan masyarakat yang kurang berkemampuan di sekitar DUN itu.
30 Dec 18
723
Petronas Agih Zakat Untuk Pelajar Asnaf
Oleh : Mohd Zukifli MatKUALA NERUS, 29 Disember - Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menerusi Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (BAKIP) mengagihkan zakat berjumlah RM900,000 kepada pelajar dari golongan asnaf di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Datuk Wan Mohd. Hasnan Abdullah berkata, BAKIP mengagihkan wang zakat kakitangan Petronas bagi tahun 2018 dengan kerjasama Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur itu ke enam wilayah di seluruh negara bagi menyediakan keperluan persekolahan.. “Sumbangan ini diberikan dalam bentuk baucer yang bernilai sebanyak RM150 bagi setiap pelajar untuk pembelian kelengkapan persekolahan seperti pakaian dan alat tulis,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat BAKIP di Mydin Mall,di sini, baru-baru ini (27 Disember).Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.Wan Mohd berharap usaha kecil itu paling tidak dapat meringankan beban para pelajar dari golongan kurang berkemampuan dan yang memerlukan perhatian ramai pihak itu.Menurut beliau, seramai 1,163 pelajar Terengganu terpilih menerima bantuan berkenaan dengan 100 daripada seluruh pelajar itu adalah dari Dewan Undangan negeri (DUN) Tepuh. Sementara itu, Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh mengucapkan terima kasih kepada pihak Petronas dan BAKIP kerana memilih pelajar DUN berkenaan untuk turut sama menerima sumbangan zakat tersebut pada tahun ini. “Saya difahamkan sektor pendidikan antara yang diberi keutamaan oleh pihak Petronas untuk membina aset dan modal insan untuk negeri dan negara kita ini,"katanya.Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Pengurus Besar Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (KOPERAT), Tuan Sayed Abdul Rahman Engku Sulong kerana menyumbang beg sekolah kepada pelajar asnaf di DUN itu sempena program `Back To School.'
30 Dec 18
118
Paya Bunga Hotel Terengganu Kini Dibuka
Dr. Ahmad Samsuri menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian Paya Bunga Hotel Terengganu.KUALA TERENGGANU, 30 Disember - Paya Bunga Hotel Terengganu, hotel patuh syariah yang berada di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu kini dibuka untuk operasi.Berkonsepkan moden kontemporari, hotel dengan 208 buah bilik itu menawarkan kemudahan eksklusif kepada tetamu dari segenap lapisan masyarakat untuk bersantai sambil menikmati pemandangan indah Bandaraya Warisan Persisir Air.Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, bagaimanapun disebabkan beberapa masalah teknikal Paya Bunga Hotel pada masa kini hanya menyediakan 90 buah bilik dan selebihnya dijangka akan dibuka sepenuhnya bermula Mac depan.“Pembinaan hotel ini sudah siap cuma ada beberapa perkara kecil yang perlu dibaiki seperti bilik air dan sebagainya.“Yang sudah dibuka itu semua dalam keadaan sempurna cuma sebahagian bilik sahaja belum lengkap sepenuhnya,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Paya Bunga Hotel Terengganu yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Camellia Grand Ballroom, Paya Bunga Hotel Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya.Katanya, hotel berkenaan menyediakan tujuh jenis bilik dengan harga terendah sekitar RM200.“Lebih menarik Paya Bunga Hotel turut menawarkan promosi di mana untuk Disember hingga 15 Januari ini harga bilik bermula dari serendah RM75."Malah lokasi strategik hotel ini bukan sahaja memberi pemandangan yang indah, tetapi juga memberi peluang kepada tetamu untuk menikmati kemudahan yang disediakan dengan tiga kompleks di sekelilingnya iaitu Paya Bunga Square, Paya Bunga Sentral dan Paya Bunga Plaza," ujarnya.Katanya, dengan adanya dua jambatan yang menghubungkan antara hotel dan kompleks-kompleks tersebut, tetamu dapat menikmati kemudahan seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC), Panggung Wayang LFS dan Pusat Bowling Coral Crown Bowl.Tambah beliau, tetamu juga boleh menikmati pemandangan ‘rooftop’ yang indah sekitar bandar raya ini dari perkarangan kolam renang Paya Bunga Hotel Terengganu.“Kolam renang yang berada di tingkat 11 merupakan kolam renang aras tinggi pertama di Kuala Terengganu dan menawarkan pemandangan 360 darjah bandar Kuala Terengganu kepada tetamu,” ujarnya.
29 Dec 18
1988
Amaran Cuaca Buruk Di Terengganu Hingga 3 Januari Ini
Che Adam (kanan) dan Norshilawati memeriksa 'banjir kit' sebelum diagih kepada penerima bantuan.KUALA NERUS, 30 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memberi amaran bahawa angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah Barat sehingga Khamis, 3 Januari ini.Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. Amaran itu dikemaskini oleh jabatan tersebut jam 9.15 pagi hari ini.Sementara itu, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan bersedia menghadapi segala kemungkinan berlakunya banjr kerana gelombang ketiga musibah itu mungkin berlaku antara minggu pertama atau minggu kedua bulan Januari ini.Che Adam A RahmanDalam pada itu, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman menasihatkan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah dan penduduk di kawasan berisiko tinggi berlakunya banjir supaya berhati-hati dengan keadaan cuaca tidak menentu itu agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini."Gelombang kedua banjir di Terengganu ini telah berlalu tetapi kemungkinan akan ada gelombang yang seterusnya."Tarikh spesisfiknya kita jangka kemungkinan berlaku minggu pertama atau minggu kedua bulan Januari," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Repsol Malaysia kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu di Pejabat APM di sini hari ini.Turut hadir Senior Consultant, External Relations and Communications, Repsol Malaysia Norshilawati Othman dan wakil Repsol Terengganu, Mohd Rafi Khori.'Banjir kit' diserahkan secara simbolik kepada wakil penerima bantuan (kiri).Katanya, penduduk yang berada di kawasan berisiko tinggi bencana itu sentiasa diberi nasihat oleh sekretariat pengurusan bencana peringkat daerah yang diketuai pegawai daerah masing-masing supaya bersiap siaga lebih awal jika mendapat amaran awal dari Met Malaysia.Menurut beliau, amaran akan diberitahu sama ada air sungai atau laut naik ke paras bahaya, ataupun berlaku hujan lebat berterusan seperti yang berlaku pada 17 Disember yang lalu dalam tempoh tiga jam melebihi 100 milimeter padu (mm) di seluruh negeri Terengganu.'Banjir kit' dipunggah keluar dari lori APM Terengganu sebelum diagih kepada penerima bantuan.Katanya, implikasi dari musibah itu ialah banjir berlaku secara drastik (mendadak) terutamanya di kawasan bandar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Hulu Terengganu.Dalam pada itu, Repsol Malaysia menyerahkan 50 unit 'banjir kit' kepada wakil-wakil isi rumah penerima bantuan dari beberapa daerah di tempat yang sama.
29 Dec 18
272
Terengganu Sambut Tahun Baru Acuan Islam
Ustaz Mohd Nor Hamzah.KUALA TERENGGANU, 30 Disember - Kerajaan Terengganu memutuskan untuk mengadakan program sambutan Tahun Baru 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak bermula 31 Disember sehingga tengah malamnya dengan beberapa pengisian penting.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sebelah pagi akan dimulakan dengan kayuhan basikal bersama Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar (MB) dan peminat sukan berbasikal."Petang pula diisikan dengan sedikit hiburan yang berkonsep Islam dan kesederhanaan untuk keseronokan anak-anak muda bersama Ustaz Muzaini Abdul Rahman dan beberapa selebriti lain. Manakala malam diawali dengan kuliah maghrib oleh Yang Berhormat Haji Abdul Hadi Awang, juga solat hajat dan munajat di seluruh masjid surau di Terengganu agar Allah mencucuri berkat pada negeri dan rakyat Terengganu jauh daripada musibah dan malapetaka."Kita juga memohon untuk dibukakan hati pemerintah pusat supaya royalti terus jadi milik kerajaan negeri, tidak lain, bagi kepentingan rakyat Terengganu. Kemudian Ustaz Azhar Idrus dan beberapa selebriti akan memeriah malam tersebut diikuti dengan ucapan YAB MB dan doa selamat," ujarnya dalam satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.Katanya, Januari merupakan hari-hari yang ditetapkan oleh Allah. Tahun Baru masihi adalah tahun yang berasaskan kiraan pusingan matahari. Allah menjadikan matahari dan bulan sebagai salah satu tanda kebesarannya."Ia adalah sama sebagaimana hari-hari yang lain. Sambutan ini diadakan bukan untuk menyambut Tahun Baru secara khusus atau mengikut jejak langkah yahudi dan nasrani tetapi atas tujuan pemurniaan dan islah (pembaikan)."Jika Sultan Muhammad Al Fateh telah berjaya mengubah gereja Agia Sofia menjadi masjid di Istanbul, Turki, kami kerajaan negeri pula mahu mengubah sikap dan perangai ummah akhir zaman untuk menyambut awal tahun baru dengan cara yang sesuai dengan Islam," katanya.Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut memberitahu, apa-apa perayaan yang bukan keagamaan, Islam tidak menghalang umatnya meraikannya."Oleh itu kita bukan membuat sambutan untuk menyerupai kaum kafir tetapi kita mahu membendung umat islam mengisi malam tahun baru mengikut cara mereka. Sudah menjadi kebiasaan sambutan tahun baru diisi dengan kelalaian dan kelekaan serta banyak juga yang berunsur maksiat."Corak ini mesti diubah. Cara dan sikap ini mesti dimurnikan dengan keindahan untuk membuktikan ianya dibolehkan Islam, tetapi mesti tepat kaedahnya. Inilah antara maksud utama kerajaan negeri mahu mengadakan program ini."Cara ini cara kita, bukan sunnah, juga tiada kaitan dengan ibadat khusus agama kita dan juga penganut agama lain. Jika penganut Kristian mahu menyambut mengikut cara mereka, ianya bebas dan tiada penghinaan serta kritikan buat mereka. Dan untuk itu, sewajarnya, penganut 'non-muslim' khususnya DAP tidak sibuk mempertikaian cara dan kehendak kami."Kami tahu, ada sebahagian mereka bersifat rasis dan cuba memaksa umat Islam berperangai seperti mereka serta asyik mahu mencampuri urusan muslim. Kami akan mengingatkan umat Islam tentang sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sungguh kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak pun, kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan? Nabi SAW menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka," tegasnya.Dalam tumpuan sama, tambahnya, kerajaan negeri juga berhasrat untuk menjadikan hari Jumaat sebagai hari ilmu dan hari Sabtu pula untuk keluarga. Rakyat yang berilmu adalah tunggak kepada kerajaan yang terbaik."Kami memerlukan rakyat dan rakyat memerlukan kami. Kita semua ada tanggungjawab kepada Allah dan manusia, ‘hablun minallah, hablun minanaas’. Oleh itu kedua-dua hari ini adalah penting bagi rakyat mengisinya dengan hal yang sepatutnya kepada Allah dan keluarga supaya hidup kita lebih bermakna dan gembira," jelasnya.
29 Dec 18
496
Kemukakan Bukti Jika Agihan Wang Royalti Kepada Parti - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Haji Ahmad Nawawi Mohamad.KUALA TERENGGANU, 30 Disember - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meminta pihak berkaitan mengemukakan bukti jika benar wujudnya ketidakadilan dalam agihan wang royalti.Katanya, jika benar berlaku sikap tidak telus dengan mengagihkan wang itu kepada parti dan bukannya kepada pentadbiran kerajaan, pihak terbabit diminta membawa bukti yang sahih."Kerajaan telus berkaitan perkara ini kerana setiap sen duit yang dikeluarkan akan diaudit bagi mengelak penyelewengan. Jadi jelas, perkara yang dituduh adalah tidak benar," katanya.Pada sidang Dun ke-14 lalu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri menerima bayaran royalti minyak dan gas sebanyak RM300 juta yang dibayar sebanyak dua kali iaitu pada Ogos dan awal Oktober lalu.Katanya, kerajaan Terengganu berharap menerima baki bayaran wang royalti berjumlah antara RM400 juta hingga RM500 juta daripada Petronas sebelum akhir tahun ini.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pesaka Negeri Terengganu di Muzium Negeri Terengganu semalam.Dalam tumpuan lain, Dr Ahmad Samsuri berkata, apa yang dikemukakan Pesaka Terengganu melalui kertas cadangan akan diteliti."Pihak Pesaka ada membuat permohonan berkaitan kewangan, pelaksanaan program, logistik dan semua ini akan dipertimbangkan."Apa yang penting, saya akan memanggil pentadbiran baru Pesaka Terengganu kerana mahu mendengar sendiri apa yang diperlukan," katanya.
29 Dec 18
30
PIPM Pantau Dan Kawal Kuda Terpilih Secara Percuma
Ustaz Wan Sukairi menyerahkan pasport kepada salah seorang pemilik kuda sempena Program Immunisasi, Mikrocip dan Pendaftaran 'PET Passport' (PIPM) kepada kuda terpilih di Pantai Batu BurukOleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU 29 Disember-Persatuan Ekuin Terengganu(PET)dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri melaksanakan Program Immunisasi, Mikrocip dan Pendaftaran 'PET Passport' (PIPM) kepada kuda terpilih di seluruh Terengganu secara percuma.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata mengikut data terkini pendaftaran kuda PET, di Terengganu terdapat 253 ekor dan 112 daripadanya telah mempunyai pasport manakala 141 ekor masih belum mempunyai sebarang rekod pengenalan.Jelasnya, PIPM kuda menyediakan sistem pengenalan dan pemantauan rasmi bagi semua kuda di Terengganu serta membantu dalam mengawal penyakit berjangkit."Melalui program ini, kesemua kuda terpilih akan diberi Immunisasi JE (Japanese Encephalitis), EI(Equine Influenza) & Tetanus secara berperingkat mengikut Zon penempahan kuda."Kuda tersebut juga akan diberi "PET Passport" serta mikrocip dan maklumat berkait kuda berkenaan akan dimasukkan ke dalam pengkalan data JPV serta Persatuan Ekuin Terengganu," katanyaBeliau berkata demikian ketika merasmikan Program Immunisasi, Mikrocip dan Pendaftaran 'PET Passport' di Pantai Batu Buruk, baru-baru ini.Tambahnya, terdapat pelbagai kelebihan jika mendaftarkan kuda-kuda yang ada di negeri ini."Antaranya, mudah mengesan jika kehilangan kuda sama ada hilang atau sebagainya, membuktikan pemilikan kuda di samping mengumpulkan semua maklumat penting mengenai kuda,"ujarnya lagi.Menurut Wan Sukairi, 'PET Passport' adalah dokumen rasmi Kerajaan Malaysia di bawah Projek Sistem Pengesahan Haiwan Malaysia (Malaysian Animal Traceability System(MATs)."Pasport ini dikeluarkan oleh jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) di bawah Peruntukan Akta Haiwan 1953 dan terpakai kepada kucing, anjung, arnab dan juga kuda,"katanya.
29 Dec 18
78
MPKK-JKKR Kerjasama Bangun Felda Jerangau
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 30 Disember - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Jerangau bekerjasama untuk memajukan kawasan tersebut.Pengerusi MPKK Felda Jerangau Cawangan Satu, Mohd Sidek Muhammad berkata, penglibatan kedua-dua pihak dalam satu mesyuarat menjadi suatu permulaan yang baik."Ianya menjadi satu kemanisan sebagai penutup pada tahun 2018 ini untuk lebih berperanan pada tahun baru nanti."Jika sebelum ini kita tidak dilibatkan menyebabkan kita keciciran banyak maklumat dari JKKR."Ini menjadi langkah ke arah yang lebih baik, di mana dengan jalinan MPKK dan JKKR di Felda ini kita mengharapkan akan dapat sama-sama menyelesaikan permasalahan yang timbul di Felda," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program gotong royong anjuran JKKR Felda Jerangau di Felda Jerangau semalam.Menurutnya, program gotong royong yang diadakan itu dianjurkan melalui kesepakatan bersama."Ini bukan masanya, untuk mewujudkan kumpulan asingan mengikut warna bendera parti, ini masa untuk sama-sama bekerjasama."Melalui permuafakatan, apa yang berat akan dikendong bersama, dan apa yang berat akan menjadi ringan."Kita bekerja untuk masyarakat dan sewajarnya menghindari dari tercetusnya pergaduhan dan perbalahan yang tidak menguntungkan."Di akhirnya saya berdoa, agar tahun 2019 akan mendatangkan kemanisan dan apa yang masih kurang di tahun 2018, sama-sama kita perbaiki untuk kebaikan MPKK dalam membawa imej Kerajaan Negeri Terengganu," tegasnya.
29 Dec 18
57