lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kejayaan Hui Ling Dihargai
Dr Ahmad Samsuri menyampaikan plak penghargaan kepada Hui Ling.KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Kejayaan Por Hui Ling, 11, seorang pelajar berketurunan Cina Hokkien dan beragama Buddha yang mencatat keputusan luar biasa apabila berjaya meraih 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang diumumkan baru-baru ini dihargai melalui satu majlis khas oleh Paya Bunga Hotel Terengganu, semalam.Sempena pembukaan hotel patuh syariah itu, Por Hui Ling turut diberikan plak penghargaan daripada Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dan hotel berkenaan yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Kejayaan pelajar dari Taman Desa Jaya Kampung Gong Pak Damak itu merupakan satu sejarah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (SKTJ).Beliau meraih semua A untuk semua subjek agama iaitu Ulum Syariah, Pelajaran Jawi, Lughatul al-Quran (Bahasa Arab), Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Sirah, Adab dan Amali Solat.Hui Ling antara 57 daripada 138 murid yang menduduki UPKK memperolehi 8A di SKTJ pada tahun ini.Ini adalah pencapaian istimewa kali pertama yang dicatat di SKTJ oleh anak ketiga daripada empat beradik tersebut setelah memecah rekod abangnya, Por Jie Hao, 14, yang memperoleh 5A 3B dalam UPKK sebelum ini.
30 Dec 18
197
Empty Image
Perutusan Khas Senator Terengganu Sempena Tahun Baru 2019
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam SejahteraTahun 2018 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Kehadiran tahun baharu 2019 pula dijangka akan membawa lebih banyak kejutan buat rakyat Malaysia terutama di Terengganu. Pelbagai peristiwa kejutan sepanjang 2018 masih hangat diperkatakan baik di dada akhbar mahupun media sosial.Pertukaran pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14 yang lalu sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan ternyata telah mengubah landskap politik dan dasar-dasar negara. Ucapan tahniah dan terima kasih buat semua pengundi di Malaysia khususnya pengundi yang memberi kepercayaan kepada PAS sehingga berjaya mentadbir Kelantan dan Terengganu. PAS membawa pendekatan budaya politik at-ta’awun akan sentiasa menghormati pilihan rakyat dan menekankan pendekatan berhikmah dalam pentadbiran, membetulkan apa yang salah dan menambahbaik perkara yang sedia ada.Namun di sebalik kejayaan ini muncul pula cabaran baharu yang cuba mengusik keharmonian bermasyarakat di Malaysia. Isu ICERD, LGBT dan kelemahan pihak bertanggungjawab dalam menangani rusuhan kuil sehingga mengorbankan insan yang tidak bersalah amatlah mengecewakan. Umat Islam di Malaysia juga berhadapan dengan cabaran Islamofobia dan hak-hak orang Melayu Bumiputera juga mula dipersoalkan.Sebagai sebuah gerakan Islam yang meletakkan Islam sebagai sistem pemerintahan, PAS dengan pendekatan Islam Memimpin akan berusaha memperbetulkan kembali kekeliruan dan manipulasi yang dicetus oleh musuh Islam terhadap rakyat berbilang kaum di Malaysia. Tahun 2019 bakal menjadi permulaan buat semua rakyat Malaysia untuk mencari kebenaran dan menjadi lebih matang dalam hal-hal politik di Malaysia, lalu menzahirkan kembali kekuatan rakyat yang menolak salah laku, rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran.Satu pengiktirafan buat tenaga pengajar di Malaysia apabila bancian pendidikan global oleh University of Cambridge mendapati guru kita sukakan pekerjaan mereka dan sangat berdedikasi dalam memastikan kecemerlangan para pelajar.Maksud sabda Nabi Muhammad SAW: “Jadilah engkau orang berilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mahu mendengarkan ilmu, atau orang yang menyukai ilmu. Dan janganlah engkau menjadi orang yang kelima, maka kamu akan celaka.” [HR. Baihaqi]Penubuhan rangkaian pendidikan seperti PASTI, Dar, Sekolah Menengah Islam, Kolej Islam dan yang terkini Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) akan menjadi satu medan dalam melahirkan amilin yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan Islam. PAS meletakkan pendidikan sebagai satu dakwah dan telah menjadi suatu kewajipan bagi PAS untuk memastikan semua orang terutamanya anak-anak orang Islam mendapat pendidikan Islam yang sebenar.Justeru itu, walau siapa pun kita dan di mana kita berada, sentiasalah kita ingat Islam harus memimpin. Bersedialah menghadapi cabaran dan istiqamahlah dalam perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Gunakanlah mandat yang kita ada ini untuk menjaga kebajikan ummah dan juga rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang. Setiap orang Islam seharusnya ingat yang suatu hari nanti kita akan dihimpunkan di hadapan Allah SWT untuk diadili setiap perbuatan kita.Mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, saya serta pimpinan pelbagai peringkat, mengajak seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira fahaman politik agar bersama-sama menyokong penuh usaha kerajaan Negeri Terengganu di bawah PAS dalam menjayakan model pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030). Diharap melalui kejayaan PITAS 2030 ini nanti, rakyat Malaysia bakal melihat satu perubahan besar hasil daripada pemerintahan Islam di Malaysia.Selamat menyambut tahun baharu 2019 kepada semua rakyat negeri Terengganu dan selamat kembali ke sekolah buat para guru dan pelajar persekolahan sesi 2019.“ ISLAM MEMIMPIN “YB SENATOR DATO’ HAJI HUSAIN BIN  AWANGAhli Dewan Negara31 Disember 2018 bersamaan 23 Rabiul Akhir 1440H
30 Dec 18
79
Empty Image
Jangan Rasa Malu Mohon Bantuan Kerajaan Negeri
Oleh: Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU, 31 Disember - Rakyat Terengganu yang berkelayakan perlu membuang perasaan malu bagi membuat permohonan bantuan kerajaan sehingga masalah mereka dapat diselesaikan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, bagaimanapun mereka yang berkenaan perlu menepati syarat permohonan untuk mendapatkan bantuan tersebut.Katanya, pelbagai agensi kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan bantuan termasuk Tabung Darul Iman (TDI), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).Rakyat negeri Terengganu khusunya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat dinasihatkan supaya jangan ada rasa malu atau segan dalam memohon apa jua bantuan dari kerajaan. Ariffin berkata, musibah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sehingga bantuan diperlukan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.Justeru katanya, rakyat perlu membuang perasaan malu dan segan untuk mendapat bantauan dari agensi kerajaan berkenaan dengan syaratdan kelayakan yang telah ditetapkan.“Pihak kerajaan akan bantu sebaik mungkin mereka yang berkenaan tetapi perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh agensi terbabit," katanya ketika berucap di majlis penyerahan cek bantuan TDI di Pusat Khidmat DUN Alur Limbat petang kelmarin. Seramai 17 penerima mendapat bantuan termasuk  pesakit buah pinggang, kanser dan lain-lain di majlis berkenaan.Turut hadir, Penyelia Pusat Khidmat DUN, Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail dan Pembantu Penyelia Fatimah Muhammad.Sementara itu, seorang pesara guru, Fatimah Hassan, 57 merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana prihatin terhadap masalah kesihatan rakyat serta meluluskan permohonan untuk mendapatkan bantuan. Beliau memohon bagi pihak kakaknya Eashah Hassan 75, yang mengidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi dan tinggal di Kampung Binjai Berambu.Seorang penduduk dari Kampung Beladau Kepong, Mohd Alias Mat Rani, 54 yang mengidap penyakit buah pinggang dan kanser usus mengharapkan pentadbiran kerajaan hari ini lebih telus dalam mengendalikan bantuan kepada semua mereka yang berkelayakan tanpa mengira parti dan bangsa mereka.
30 Dec 18
147
Empty Image
MB Terengganu Puji Usaha IPD Kemaman Didik Mat Rempit
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KEMAMAN, 31 Disember - Hajat 33 remaja lelaki menghabiskan malam minggu dengan berlumba haram bertukar sebaliknya apabila terpaksa menolak motosikal hampir lima kilometer selepas ditahan polis dalam Ops Samseng Jalanan dan Ops Khas Bersepadu Motosikal, di sini.Mat rempit berusia belasan tahun yang ditahan itu turut dibawa menunaikan solat Subuh, membaca surah Yasin dan tahlil serta mendengar tazkirah di Masjid Sultan Ahmad, di sini.Itu antara pengajaran kepada kumpulan remaja berkenaan selepas mereka ditahan dalam operasi yang bermula jam 8 malam hingga jam 5 pagi baru-baru ini (28 Disember).Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata operasi dijalankan di Kilometer 119 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Rantau Petronas berhampiran pusat beli-belah yang menjadi litar lumba bagi kumpulan mat rempit.“Ini kali kedua kita membawa penunggang motosikal yang ditahan ke masjid sebagai meneruskan pendekatan mendidik secara kerohanian yang diperkenalkan pada Julai lalu.“Pendekatan seperti ini lebih memberi sentuhan yang mendalam supaya mereka sedar bahawa perbuatan berlumba haram ditegah agama kerana bukan sahaja membahayakan nyawa mereka, tetapi turut mengancam nyawa pengguna jalan raya lain,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.Sebelum ini, pendekatan kerohanian yang mula diperkenalkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pada 27 Julai lalu membawa seramai 79 mat rempit ke masjid sebelum mereka menunaikan solat Subuh berjemaah, membaca Yasin dan mendengar tazkirah.Malah, pendekatan digunakan IPD Kemaman itu turut menjadi pujian netizen apabila gambar mat rempit yang ketika itu berada di masjid menjadi tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp selain turut mendapat pujian Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang melihat ia sebagai satu inisiatif berkesan untuk mengubah mat rempit.Mohd Said berkata, seramai 40 individu diperiksa, manakala 37 pemeriksaan kenderaan membabitkan 34 motosikal dan tiga kereta turut dijalankan.Katanya, daripada pemeriksaan itu, sebanyak 104 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tidak memakai topi keledar, tidak patuh arahan polis, melanggar lampu isyarat dan mengubah suai ekzos.“Selain itu, kita turut menyita 34 motosikal dan menahan empat individu mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan melakukan aksi berbahaya.“Kita turut menahan dua lelaki selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.Operasi berkenaan dijalankan dengan kekuatan seramai 51 pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSBT) Terengganu; Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPT); Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD); Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND); Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD); Balai Polis (BP) Chukai; BP Ayer Jerneh dan BP Kerteh.SUMBER: BERITA HARIAN
30 Dec 18
181
Empty Image
Rambut Baru, Semangat Baru
Oleh: AminjiKEMAMAN, 31 Disember - Seramai 150 orang pelajar yang berumur antara tujuh hingga 18 tahun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih  menyertai program gunting rambut percuma bagi memulakan sesi persekolahan yang baharu esok.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih , Ab. Razak Ibrahim memaklumkan, program ini bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga yang kurang berkemampuan.“Melalui program gunting rambut percuma ini, kita memberikan khidmat secara percuma sahaja dan sedikit sebanyak menampung perbelanjaan ibu bapa yang berpendapatan rendah.“Ada juga sesetengah kampung melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing di DUN Air Putih mengadakan sendiri program khidmat gunting rambut secara percuma ini," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Sehari Gunting Rambut Percuma anjuran Pemuda PAS DUN Sura, di kedai gunting rambut bersebelahan Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih, di sini baru-baru ini (25 Disember).Ab. Razak yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri berkata, agihan nasi lemak secara percuma juga diselitkan dalam program itu."Kita akan meneruskan program ini pada tahun akan datang berikutan sambutan yang meriah daripada masyarakat setempat.“Program ini akan dijadikan sebagai program tahunan dalam usaha membantu keluarga yang berpendapatan rendah yang masih mempunyai anak bersekolah,” katanya.Program bermula sekitar jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.
30 Dec 18
50
Empty Image
Tiga Beradik Hilang Dihanyut Ombak
Oleh: Sulaiman RusliDUNGUN, 30 Disember - Tiga beradik dikhuatiri lemas apabila mereka, Nur Ain Fatma Zawawi, 10, Nur Ain Sofea Zawawi, 9, dan Nur Ain Sasabila, 6, dari Kampung Pegal Pisang, Peringat, Kelantan hilang ditarik ombak ketika bermain di tepi Pantai Sura Tengah, petang tadi.Oleh itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa segera dilakukan pihak berkuasa.Seorang saksi kejadian memberitahu, dalam kejadian jam 6.40 petang, mangsa ketika itu hanya bermain di gigi air."Tiba-tiba datang ombak besar terus menelan dan menghanyutkan ketiga-tiga mangsa," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, di Pantai Teluk Lipat, di sini petang tadi.Sehubungan itu, Sekretariat Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Dungun, Ramlan Ros Wahid telah mengesahkan kejadian yang berlaku."Lebih kurang lepas asar, 6.40 petang mangsa telah dikatakan pergi ke pantai untuk mengambil angin dengan ibu saudaranya."Difahamkan ombak terlalu besar dan menarik mangsa ke arah laut, dan kakak yang sulung berumur 10 tahun cuba untuk menyelamatkan adik-adiknya," katanya.Namun, menurutnya, ombak terlalu kuat dan ketiga-tiga beradik telah dihanyutkan ombak sehingga ke tengah sebelum hilang."Kini proses pencarian sedang dijalankan oleh Jambatan Bomba dan Penyelamat," jelasnya.Sehingga jam 9 malam ini usaha mencari dan menyelamat mangsa masih belum berhasil.
30 Dec 18
119
Empty Image
MPKK-JKKR Berpadu Murnikan Tanah Rancangan Felda
Ngah Zakaria.KUALA TERENGGANU 30 Disember - Berbeza fahaman dan cara pentadbiran tidak menghalang Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Rancangan (JKKR) Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu bekerjasama untuk memurnikan Tanah Rancangan Felda di kawasan mereka.Pengerusi MPKK Felda Jerangau Barat, Ngah Zakaria, 56, berkata, dalam tanah rancangan, JKKR merupakan majlis yang ditubuhkan oleh Felda yang memainkan peranan membantu pengurusan pihak mereka dalam melaksanakan aktiviti dan perancangan."Dengan keputusan meletakkan seorang MPKK dalam JKKR, saya menyambut baik keputusan yang dirasakan cukup terbaik bagi semua pihak."Sebagai mewakili MPKK yang diberi kepercayaan untuk duduk bersama dalam JKKR, kami akan merancang beberapa program kemasyarakatan menggunakan peruntukan yang diperolehi sama ada dari Kerajaan Persekutuan, negeri atau Felda," katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui selepas Taklimat JKKR MPKK Kawasan Felda di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim.Katanya lagi, MPKK dan JKKR akan bekerjasama dalam banyak perkara termasuk bantuan bencana kepada pihak yang memerlukan."Dari segi pembangunan masyarakat, MPKK dan JKKR dalam perancangan untuk melaksanakan program gotong-royong, keagamaan, ekonomi (kebun sawit) termasuk ternakan lembu dan kambing."Kami akan buat yang terbaik sebagai membalas kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan pihak pengurusan tertinggi Felda. Syukur setakat ini, kami tidak ada masalah dalam hubungan," kata Ngah.Nazara MudaSementara itu, bagi Pegawai Penyelidik Tanah Persekutuan, Pejabat Menteri Besar, Nazara Muda, beliau mula memikirkan untuk memurnikan MPKK dan JKKR yang bergerak secara berasingan  sebagai satu kaedah menyelaras peruntukan yang diperolehi untuk warga Felda.“Jika bergerak berasingan, ada kesannya sebab kita maklum JKKR diiktiraf oleh Felda. MPKK dibawah Kerajaan Persekutuan dan negeri manakala JKKR kebanyakan lantikan kerajaan terdahulu yang membentuk tiga cabang jika tidak bertindak dari awal.“Jadi  perbincangan diadakan bersama pihak pengurusan Felda dengan mencadangkan JKKR melantik seorang daripada MPKK untuk duduk dalam jawatankuasanya supaya dapat melakukan penyelarasan bagaimana menyalurkan peruntukan yang diperolehi  dari Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan termasuk dari Felda itu sendiri supaya tidak berlaku keciciran atau pertindihan.Tambahnya, makluman boleh dibuat di dalam mesyuarat tentang peruntukan atau maklumat asas dan ia lebih mudah  sebab ada wakil dari persekutuan, negeri dan wakil Felda. Dalam erti kata lain memurnikan tanah rancangan dengan lebih lancar,” ujarnya
30 Dec 18
154
Empty Image
Beribu-Ribu Pelarian Tinggalkan Chechnya
Haji Yahaya Ali (tengah) dan isteri serta rombongan misi menyampaikan bantuan kepada pelarian Chechnya di Poland.POLAND, 30 Disember - Sehingga kini, beribu-ribu pelarian telah meninggalkan Chechnya ketika tentera Rusia tidak menunjukkan tanda kukuh akan meredakan serangan terhadap pejuang pemisah Islam di wilayah itu.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali berkata, terdapat lebih kurang 25,000 orang pelarian Chechnya di seluruh Poland."Dari sini sebahagian mereka berhasrat berhijrah ke negara-negara Eropah yang lain sekiranya mempunyai peluang untuk memulakan kehidupan baru."Hari kedua dan terakhir lawatan kami di Poland bermula pada sebelah pagi di mana Muslim Care Malaysia mengatur misi bantuan kepada pelarian umat Islam Chechnya di Kem Targoweck sekitar Warsaw."Walaupun kami tak dapat masuk ke dalam kem, pihak berkuasa Poland membenarkan kami membahagikan bantuan makanan kepada 35 keluarga di depan pintu masuk kem tersebut. Kami sempat juga melawat dan membahagikan bantuan makanan kepada pelarian yang tinggal di flat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini, mengulas tentang penyertaannya dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Chechnya di Poland yang diketuai oleh Presiden Muslim Care Malaysia, Haji Zulkifli Wahijan.Dalam tumpuan sama, katanya, pada sebelah petang mereka melakukan program yang sama di Islamic Centre milik Muslim Care Malaysia."Tetapi program di sini lebih ceria dengan bacaan hafazan ayat-ayat suci al-Quran oleh kanak-kanak Chechnya dan kami adakan jamuan makan malam untuk mereka sebelum sumbangan hamper makanan diagihkan," jelasnya.Yahaya turut memberitahu, di pusat itu, Muslim Care Malaysia bukan sekadar menghulurkan bantuan berupa makanan dan pakaian kepada pelarian tetapi aktif mengadakan kelas pendidikan agama secara berjadual terutama kepada kanak-kanak."Ia menjadi pusat kegiatan kemasyarakatan samada kepada pelarian (termasuk pelarian dari negara-negara lain) dan umat Islam tempatan. Ia juga menjadi tempat pertemuan di kalangan pelarian, solat Jumaat, majlis berbuka puasa dan solat tarawikh apabila tiba bulan Ramadhan dan lain-lain aktiviti."Walaupun lawatan kami ke Warsaw, Poland agak singkat tetapi ia cukup memberi pengajaran bahawa umat Islam mesti bersatu dan mengambil cakna nasib saudara-saudara mereka yang tertindas di seluruh dunia," jelasnya.Hadir sama dalam misi tersebut, Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Pulau Pinang dan pendakwah bebas, Ustaz Nazmi Karim.
30 Dec 18
145
Empty Image
Usaha Tangga Kejayaan Setiap Insan
Ustaz Ariffin meluangkan masa meninjau program gunting rambut percuma di Kampung Tasek Padang Kabar, Marang, semalam.Oleh: Ahmad FadhilahMARANG 29 Disember – Peribahasa ‘usaha tangga kejayaan’ perlu dijadikan pegangan oleh seseorang pelajar yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini bagi  merealisasikan impiannya.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman berkata seorang pelajar yang ingin berjaya perlu ada sasaran serta berusaha untuk mengecapi kecemerlangan.“Saya berharap semua pelajar pada tahun baru ini tekun serta bersungguh-sungguh dalam pelajaran bagi memenuhi harapan kedua ibu bapa dengan mencapai kejayaan yang luar biasa.“Saya sarankan semua pelajar mesti mempunyai 'target' bermula bulan Januari terutama pelajar yang akan menghadapi peperiksaan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga(PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)... dan ingat siapa yang berusaha pasti berjaya," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)selepas menghadiri program gunting rambut percuma di Kampung Tasek Padang Kabar, Marang, semalam.Hadir sama, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Mohamad Alias.Aiman Barbershop yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Tasek dipilih untuk menjalankan program ini dan ianya bermula pada jam 9 pagi sehingga 6 petang.Program gunting rambut percuma merupakan acara tradisi di kampung ini sebelum persekolahan awal tahun bermula dan hanya dikhususkan kepada warga kampung berkenaan sahaja.
30 Dec 18
326
Empty Image
Terengganu Perintis Libatkan MPKK Dalam JKKR Felda
Sebahagian MPKK yang hadir mendengar Taklimat JKKR MPKK Kawasan Felda di Wisma Darul Iman, hari ini.KUALA TERENGGANU, 30 Disember -Kerajaaan negeri berterima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi Felda di atas kebenaran melibatkan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebagai salah seorang Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Rancangan (JKKR) di seluruh 21 Tanah Rancangan Felda.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, penglibatan ini juga menjadikan Terengganu sebagai negeri pertama yang membuat pelantikan berkenaan."Saya selalu berpesan jika turun ke Felda, ia bukan satu komuniti yang terpisah malah kita anggap satu kampung daripada kampung-kampung yang banyak."Cuma ada sedikit perbezaan dari struktur termasuk pengurusan dan inilah yang nak kita selesaikan," katanya.Beliau berkata demikian kepada wakil-wakil 43 MPKK daripada 20 Tanah Rancangan Felda yang hadir ketika merasmikan Taklimat JKKR MPKK Kawasan Felda di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Sementara itu, menyentuh tentang permohonan daripada kerajaan pusat untuk memasukkan lima orang wakilnya sebagai MPKK, pihak kerajaan negeri tidak mempunyai halangan sebagaimana jawapan Menteri Besar sebelum ini."Kita tiada masalah dan sehingga sekarang masih menunggu cadangan senarai nama dari mereka untuk tambahan bagi ahli jawatankuasa yang sedia ada."Tapi sehingga sekarang masih belum dapat senarai tu dan kita akan tunggu, jika ada kita akan uruskan segera," katanya.
30 Dec 18
127