lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
MPKK Kenal Pasti Murid Yang Tercicir Untuk Tindakan JPNT
 Shafruddin mengiringi Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meninjau hari pertama sesi persekolahan tahun 2019 di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Maryam di sini hari ini.KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) disaran menjadi mata dan telinga dalam mengenal pasti murid berkeperluan khas di kawasan masing-masing yang masih belum bersekolah untuk tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin berkata, ketika ini terdapat  4,571 murid dan pelajar berkeperluan khas melibatkan sekolah rendah dan menengah  di seluruh Terengganu.“JPNT akan pastikan mereka ini dibantu supaya tidak tercicir dari arus pendidikan negara tanpa didiksriminasi atau dipinggirkan dan kami beri jaminan tersebut."Oleh itu, ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak mereka bersekolah kerana guru yang terlatih akan membantu mereka menjalani sesi pembelajaran yang selesa," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meninjau hari pertama sesi persekolahan tahun 2019 di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Maryam di sini hari ini.Seramai 21,160 murid Tahun Satu dan 9,398 murid prasekolah memulakan persekolahan mereka di seluruh Terengganu hari ini.Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai amaran cuaca buruk yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia yang dijangka berlaku esok dan Rabu, Shafruddin berkata, JPNT telah mengarahkan semua pengetua dan guru besar membuat pelan tindakan khas yang sewajarnya.“Kita sentiasa mendapat maklumat terkini daripada Jabatan Meteorologi dan pihak kami mempunyai kumpulan yang dibina dan diketuai oleh pegawai daerah masing-masing untuk bertindak."Saya ingatkan kepada pengetua dan guru besar yang berada di laluan yang berisiko banjir supaya bersedia memantau semua murid dan pelajar agar boleh pergi ke sekolah seperti biasa.“Yang kita bimbang jika banjir berlaku kerugian dari segi harta benda dan fizikal sekolah itu sendiri tetapi kami berharap ia tidak berlaku,”ujarnya lagi.Katanya, aspek keselamatan warga sekolah juga diberi penekanan utama selain meminimakan kerugian harta benda dan nyawa.
31 Dec 18
229
Empty Image
Jumaat Hari Ilmu, Sabtu Hari Keluarga
Perutusan Tahun Baharu 2019Menteri Besar Terengganu Darul ImanTahun 2018 baru sahaja melabuhkan tirainya sekali gus menandakan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu sudah pun mencecah usia tujuh bulan. Tempoh ini adalah fasa pengenalan kepada pentadbiran yang baru, namun ia bukanlah sebab untuk mencipta pelbagai alasan.Tugas yang digalas adalah satu amanah dan Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan. Hasilnya kita merancang untuk melaksanakan 12 daripada 20 agenda manifesto tawaran kepada rakyat Terengganu pada 2019. Sebahagiannya telah pun berjaya dilaksanakan pada tahun lepas. Tanpa menoleh ke belakang, Kerajaan Negeri akan terus memacu tahun 2019 dengan lebih agresif dan proaktif. Rakyat mahu melihat apa yang dirancang dikotakan, bukan sekadar manis di bibir.Namun, agenda ekonomi dan kemajuan tiada erti tanpa penerapan nilai sosial, ilmu dan akhlak kepada masyarakat. Ini bertepatan dengan empat teras dalam Bajet 2019 yang menekankan aspek keberkatan, kemajuan, kebajikan dan kecekapan.Justeru, Kerajaan Negeri ingin mengumumkan bahawa Jumaat merupakan hari ilmu dan Sabtu pula adalah hari keluarga. Pengisytiharan ini bertujuan meningkatkan budaya cintakan ilmu dan pentingkan nilai kekeluargaan yang menjadi tonggak utama sesebuah masyarakat maju, berkat dan sejahtera.Saya juga mengharapkan tahun 2019 akan menjadi tahun yang lebih baik dan produktif bagi negeri Terengganu dalam semua aspek terutamanya dari aspek ekonomi, pembangunan modal insan, dan kebajikan rakyat. Semoga semua perancangan dan urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT.Kepada seluruh rakyat Terengganu, dengan rendah diri saya dan saf Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2019.“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”“Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera”YAB Dr Ahmad Samsuri MokhtarMenteri Besar Terengganu1 Januari 2019 bersamaan 25 Rabi'ul Akhir 1440H
31 Dec 18
220
Empty Image
Projek Bermanfaat Kerajaan Terdahulu Perlu Diteruskan - Nuridah Salleh
Oleh: Hailmey MansorKUALA NERUS, 31 Disember - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diseru agar meneruskan segala projek-projek yang di tinggalkan oleh kerajaan terdahulu.Ahli Dewan Negara, Nuridah Salleh berkata, walaupun kerajaan telah bertukar tampuk pemerintahan, pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan lama harus diteruskan.“Terdapat projek-projek telah dijanjikan oleh kerajaan dulu dan bajetnya telah diluluskan."Jadi, kita harap kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan kini perlu teruskan," katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat kawasan hakisan pantai di Kampung Baru, Seberang Takir, semalam.Berhubung projek jalan sepanjang pantai yang menghubungkan Kuala Terengganu City Centre(KTCC) dari Seberang Takir, Nuridah memaklumkan telah membawa isu tersebut dalam persidangan Dewan Negara untuk mendapatkan pengesahan status projek itu.“Kita telah bawa isu ini dalam persidangan bahas belanjawan baru-baru ini, cuma setakat ini tidak ada jawapan konkrit daripada pihak kerajaan," katanya.Beliau berharap projek-projek itu dapat diteruskan kerana kerajaan negeri tidak dapat sewenang-wenangnya mencampuri urusan kerajaan Persekutuan.Turut hadir menyertai lawatan ini ialah Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab.
31 Dec 18
62
Empty Image
Perutusan Khas MB Terengganu Sempena Sesi Persekolahan Baru 2019
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Foto - Hishamuddin AbdullahAssalamualaikum wrh. brh.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.Tahun 2018 telah melabuhkan tirainya dengan pelbagai pencapaian dan pengalaman yang manis dan juga pahit. Tahun 2019 telah membuka halaman baru, kita semua sudah pasti mengharapkan pencapaian tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.Sempena dengan sesi persekolahan baru 2019 ini, saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat kembali ke sekolah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru setelah bercuti pada hujung tahun lepas.Sebagai Menteri Besar, saya meletakkan harapan tinggi kepada anak-anak pelajar yang merupakan pewaris negeri Terengganu ini. Jadikan semangat tahun baru 2019 sebagai keazaman untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, tekunlah menuntut ilmu dan bersama kita membangunkan negeri Terengganu yang kita cintai dengan nilai keilmuan.Pada era globalisasi ini, kepincangan akhlak dan pelbagai serangan pemikiran telah masuk ke negara kita. Ia merupakan satu ancaman terutamanya kepada anak-anak pelajar. Sebagai benteng daripada terjebak dengan ancaman budaya dan pemikiran yang tidak baik ini, pendidikan mesti diperkasa bagi membekalkan anak-anak pelajar dengan ilmu yang boleh membezakan antara yang benar dan salah.Saya juga yakin dengan komitmen dan dedikasi para guru yang bukan sahaja bertindak sebagai pengajar (muallim) bahkan berperanan sebagai pendidik (murabbi) yang mendidik pelajar menjadi insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Sudah pasti kerjasama yang padu antara pihak pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar amat diperlukan bagi memperolehi pencapaian maksimum sama ada dari segi akademik mahupun sahsiah diri.Semoga tahun 2019 ini menjadi tahun yang cemerlang buat negeri Terengganu dalam bidang pendidikan dan juga berjaya untuk melahirkan warganegara Malaysia yang boleh menyumbang dalam kemajuan dan kesejahteraan negeri dan negara."Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera"YAB Dr Ahmad Samsuri MokhtarMenteri Besar Terengganu31 Disember 2018 bersamaan 23 Rabi'ul Akhir 1440H
31 Dec 18
59
Empty Image
Terengganu Cari Jalan Laksana Janji Tanpa Salahkan Mana-Mana Pihak
Dr. Samsuri azam tunai janji manifesto yang dijanjikan.KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meletakkan azam untuk melaksanakan baki janji manifesto dan mengukuhkan ekonomi negeri itu menjelang ambang tahun baharu 2019 hari ini.“Setakat ini, sebanyak 12 daripada 20 janji manifesto telah dilaksanakan dan sedang berjalan. “Kita tidak akan melaksanakan semuanya sekali gus kerana terdapat sebahagian janji memerlukan kajian tambahan dan persediaan sebelum diteruskan."Kita laksanakan secara berperingkat kerana mahu kesannya dirasai oleh rakyat.Kerajaan negeri turut prihatin dalam membangun keharmonian antara kaum.“Apa yang penting, kita akan berusaha tanpa mencari alasan untuk tidak melaksanakannya, itu kunci yang lebih penting.“Sebaliknya, cari jalan untuk laksanakan tanpa menyalahkan mana-mana pihak samada di waktu lampau atau sesiapa sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Program Gateh Basikal sempena Ambang Tahun Baharu 2019 di Wisma Darul Iman, hari ini.Beliau yang turut melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan  Pasar Payang dalam program tersebut menyatakan tahun 2019 adalah tahun untuk memperkukuh suasana ekonomi negeri.“Walaupun ekonomi global tidak menentu, kita berharap ia tidak menghalang kerajaan negeri untuk melaksanakan janji dan mengukuhkan suasana ekonomi. “Tahun 2018 yang bakal berakhir malam ini adalah tempoh kami mengenal pasti masalah yang wujud dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikannya.“Manakala, tahun mendatang ini adalah masa untuk merealisasikan dan meneruskan janji yang telah diberikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu serta memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya.''Gateh' basikal merupakan sukan yang popular di kalangan rakyat Terengganu.
31 Dec 18
40
Empty Image
'Gateh' Basikal Mampu Kukuh Hubungan Antara Komuniti - MB Terengganu
Kayuhan bermula dari Dataran Pantai Batu Buruk.KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Aktiviti mengayuh atau lebih dikenali sebagai ‘gateh’ basikal boleh dilaksanakan di peringkat komuniti kerana ia mampu mengukuhkan hubungan masyarakat dalam komuniti.Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, banyak manfaat yang boleh dicapai dalam aktiviti berbasikal dan menjadi senaman yang baik untuk diri. “Saya sangat bangga dengan rakyat Terengganu kerana memiliki kesedaran tinggi tentang aktiviti ini berbanding di negeri-negeri lain.“Aktiviti  ‘gateh’ basikal memperlihatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan orang awam turut sama hari ini bersantai mengayuh basikal. Ianya menjadi kunci kepada keharmonian dan memperlihatkan suasana tenang di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program tersebut di Wisma Darul Iman, hari ini.Program Gateh Basikal Bersama Menteri Besar sempena ambang tahun baharu 2019 itu dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan disertai lebih 250 peserta terdiri daripada agensi kerajaan dan orang awam.Dr. Samsuri sempat beramah mesra bersama pesakit di HSNZ.Paling menarik, program ini turut disertai exco-exco kerajaan negeri, pemain-pemain daripada pasukan Terengganu Football Club (TFC), atlet berbasikal Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu dan para pelumba Terengganu Cycling Team (TSG).Dalam program kayuhan sejauh lebih kurang 10 kilometer (km) tersebut, Dr. Samsuri turut melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Pasar Payang.Dr. Samsuri juga memaklumkan bahawa progam Hari Tanpa Kenderaan yang telah diperkenalkan kerajaan terdahulu akan diteruskan untuk masa akan datang.“Bagaimanapun, kita akan merangka semula jadual yang sesuai untuk 2019 supaya penyertaan orang awam dapat ditingkatkan.“Waktu akhir tahun ini, kita berdepan cuaca hujan dan sebagainya. Jadi, kita akan akan tengok waktu yang terbaik untuk meneruskan inisiatif ini dan mungkin ia akan dilancarkan semula,” katanya.Pemain TFC turut gateh basikal bersama MB.
31 Dec 18
992
Empty Image
Misi Bantuan Musim Sejuk Syria Capai Matlamat
Keadaan anak kecil Syria yang hidup sebagai pelarian. TURKI, 31 Disember - Misi kemanusiaan Muslim Care Malaysia ke negara Timur Tengah bagi membantu umat Islam Syria di situ dipenuhi jadual yang padat dan menyuntik pelbagai manfaat untuk kerjasama jangka masa panjang.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali berkata, rombongan turut berpeluang melawat dua sekolah rendah dan menengah yang diuruskan oleh Muslim Care dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Pertubuhan Bangsa-Bangsa  Bersatu dan Kerajaan Turki."Terdapat hampir 1,000 orang yang sedang belajar di dua sekolah ini."Kami juga diberi penghormatan dapat bertemu dengan  Datuk Bandar Reyhanli, Fatih Cobanoglu dan Pengarah Pendidikan Reyhanli, Mohmet Ali Asalan walaupun pertemuan itu menerusi notis yang singkat."Banyak manfaat yang diperolehi dari mereka untuk kerjasama jangka panjang,"katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini, mengulas penyertaannya dalam Misi Bantuan Kemanusiaan yang diketuai oleh Presiden Muslim Care Malaysia, Haji Zulkifli Wahijan.Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Pulau Pinang dan pendakwah bebas, Ustaz Nazmi Karim dan Penyelaras Parlimen Setiu, Dr Ridhuan Mohd Nor yang juga Exco Muslim Care Malaysia.Menurut Yahaya, berdasarkan maklumat terdapat lebih dari 6 juta rakyat Syria menjadi pelarian yang bertebaran sama ada dalam negeri atau luar negeri, manakala pelarian di Turki sahaja berjumlah lebih kurang 3.5 juta orang.Katanya, sikap Kerajaan Turki yang bukan sahaja menerima baik kebanjiran pelarian tetapi membantu mereka sebagai saudara seislam seharusnya diberi penghargaan dan membuka mata ramai pihak untuk mengiktiraf tanggungjawab itu."Walau pun apa yang dilakukan oleh pertubuhan seperti Muslim Care Malaysia adalah usaha kecil berbanding dengan jumlah pelarian tetapi ia cukup membanggakan dan seharusnya diberikan sokongan dan penghargaan."Kami sempat melawat pelarian di beberapa tempat dan tidak dapat digambarkan penderitaan yang dialami oleh mereka lebih-lebih lagi dalam suasana musim sejuk. Malah, seekor lembu disembelih untuk dibahagikan dagingnya kepada mereka,"katanya.Berkongsi lanjut pengalaman beliau, Yahaya memberitahu golongan ibu tunggal dan anak yatim serta lelaki yang cacat anggota akibat perang boleh ditemui di mana-mana sahaja.Tambahnya lagi, ada sebahagian daripada menemui rombongan misi untuk menerima sumbangan  pada waktu malam selepas diatur oleh pihak Muslim Care Malaysia. Menurutnya lagi, apa yang berlaku di Syria dengan peperangan yang tiada kesudahan merupakan suatu tragedi serta rakyat pula menjadi mangsa akibat pemimpin yang rakus dan zalim."Lebih malang lagi apabila membenarkan kuasa besar dunia seperti Amerika dan Russia campur tangan hingga menjadi tempat mereka berebut pengaruh, menguji senjata baru mereka dan akhirnya membunuh rakyat Syria."Kita mengharapkan jika benar kuasa besar seperti Amerika mahu mengundurkan tentera mereka dari bumi Syria, negara Turki sebagai negara umat Islam berjiran dengan Syria yang diramalkan bangkit semula sebagai kuasa besar Islam akan memainkan peranan yang lebih jauh, adil dan berkesan untuk menyelesaikan persengketaan ini yang membawa padah kepada umat Islam,"katanya lagi.
31 Dec 18
65
Empty Image
Tautan Mahabbah Eratkan Ukhwah
Tuan Faizah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempena program Tautan MahabbahOleh: Aslam WiraMARANG 31 Disember- Program Tautan Mahabbah mampu mendekati masyarakat serta mengukuhkan lagi mahabbah antara pemimpin dan masyarakat yang berada di dalam dan luar bandar.Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman berkata  sifat mahabbah kini menjadi terlalu penting disuburkan dalam masyarakat supaya rasa kekitaan dan kebersamaan lahir dan harus digunakan untuk menyantuni antara satu sama lain.“Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua kita dapat berkumpul di dalam suatu program santai 'Tautan Mahabbah' ini yang mana bila disebut mahabbah, ertinya kasih sayang.“Tak kenal maka tak cinta dan sebab itu lah penting bagi saya program ini diadakan supaya kita dapat saling kenal mengenali, beramah mesra dan saling berkongsi idea dan maklumat… pertemuan ini lah pelbagai susulan malah percambahan idea untuk kebaikan bersama,”katanya ketika merasmikan program Tautan Mahabbah di Kuala Tengah, baru-baru ini.Turut hadir , Pegawai Khas Menteri Besar, Wahad Osman;  Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Daud Jusoh dan Penyelia i-MiTS Rhu Rendang, Mohamad EmbongMenurut beliau, kebajikan sangat dekat dengan beliau kerana hampir setiap hari, bersama-sama wakil Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Halwa Dun Rhu Rendang akan mengadakan ziarah kebajikan.“Sangat sesuai dengan objektif pihak penganjur yang mahu beramah mesra bersama penduduk dan mereka menyusun jadual saya sebaiknya agar segenap lapisan penduduk dapat diziarahi.“Dari program ziarah saya dapat mengenali dan mendekati penduduk di dalam dun ini, terutamanya yang memerlukan bantuan dan pendek kata, dari ziarah juga sangat mendidik dan memberi pengajaran kepada saya agar terus kuat untuk bekerja bersama-sama ‘pasukan’ saya ini untuk menunaikan amanah yang dipikul,”ujarnya lagi.Dalam perkembangan lain, selama lebih tujuh bulan kerajaan baharu Terengganu di bawah kepimpinan YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu  diberi mandat oleh rakyat, selama itu juga  kerajaan negeri telah berjaya menunaikan beberapa manifestonya.“Sesungguhnya, segala perancangan tidak mungkin dapat direalisasikan sepenuhnya tanpa sokongan dan penglibatan rakyat sekalian.”“Jadi saya menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan di hadapan saya pada hari ini, semoga kita sama-sama menggembleng tenaga, buah fikiran dan sokongan agar impian kita untuk melihat Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera menjadi kenyataan,”katanya.
30 Dec 18
595
Empty Image
Mayat Tiga Beradik Perempuan Dihanyut Badai Ditemui
Mayat mangsa lemas yang dibawa pasukan penyelamat selepas ditemui dalam gerakan mencari dan menyelamat yang dilaksanakan sejurus tragedi malang itu.Oleh : Mohd Asyraf, Sulaiman Rusli, Adli MohamadDUNGUN, 31 Disember - Mayat mangsa terakhir, Nurain Fatma Zawawi, 10 tahun yang juga kakak sulung daripada tiga mangsa yang dihanyutkan ombak besar dalam tragedi malang, di Pantai Sura Tengah, di sini, semalam, ditemui tidak jauh dari pesisir pantai, kira-kira jam 11.10 pagi ini.Penemuan  oleh Ahli Kelab Persatuan Bantuan Kecemasan Daerah Dungun, Suhaimi Muda bersama pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang melancarkan operasi gerakan mencari dan menyelamat (SAR) sejurus tragedi itu.Mangsa, Nurain Sufia Zawawi, 8, ditemui terapung pada pukul 7.38 pagi tadi dalam lingkungan 5 kilometer (km) dari lokasi kejadian manakala adiknya Nurain Sasabila, 6, dijumpai pada kira-kira pukul 9.40 pagi tadi, iaitu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.Menurut Suhaimi, dia terlihat sesuatu terapung di permukaan laut dan tanpa teragak-agak terus berenang mendekati objek itu bagi mengenalpastinya."Apabila saya menghampiri objek tersebut ianya adalah mangsa yang dicari menyebabkan saya terus bergegas menutup mayat dengan pakaian saya dan membawa ke daratan untuk mendapatkan bantuan bagi membawa mangsa segera ke pusat operasi pencarian," katanya.Menurutnya, dia meminta bantuan sebuah van yang melalui kawasan itu untuk membawa mayat mangsa berikutan semua petugas dan pasukan penyelamat berada di lokasi berbeza bagi meluaskan zon SAR itu."Saya nampak van sekolah yang sedang membawa pelajar UiTM, terus saya panggil van berkenaan untuk bawa mangsa ke pusat operasi pencarian," katanya lagi.Manakala Timbalan Pengarah Bomba Negeri Terengganu, Syarikan Bustaman, bersyukur kerana ketiga-tiga mangsa berkenaan ditemui tidak sampai 24 jam sekali gus menamatkan operasi SAR dengan lancar.Menurutnya, pencarian  yang bermula 7.40 petang semalam berjaya menemui ketiga-tiga mangsa tidak sampai sehari pada kedudukan tidak jauh antara satu sama lain sekali gus mencatat rekod penemuan yang pantas sejurus menerima laporan kejadian."Mangsa pertama kita temui dalam jarak lima kilometer dari tempat kejadian yang sebenar. Mangsa kedua yang ditemui dari jarak satu kilometer dan mangsa ketiga dalam empat kilometer."Kita mendapat  bantuan dari semua pihak (agensi kerajaan) sama ada dari Angkatan Pertahanan Awam, APMM (Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia), JBPM dan  Polis, mengeluarkan aset mereka. Jika mangsa tidak ditemui pada hari itu, unit operasi  APMM  diminta menggunakan helikopter mereka,"katanya.Katanya, operasi itu menggunakan kekuatan 79 anggota petugas dari pelbagai agensi penyelamat dan jabatan kerajaan. Dalam kejadian pada pukul 6.40 petang semalam, tiga beradik yang berasal dari Kelantan itu sedang  bercuti bersama ibu saudara mereka ke Dungun manakala ibu bapa mereka berada di kampung (Kelantan).Ketiga-tiga mereka dipercayai ditarik oleh ombak besar ketika bermain di tepi pantai.
30 Dec 18
82
Empty Image
Gunting Rambut Percuma Fenomena Cuti Sekolah
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 31 Disember - Program Gunting Rambut Percuma menjadi fenomena musim cuti sekolah termasuk di Kawasan Parlimen Besut.Serentak itu Penyelaras Parlimen itu Ustaz Dr.Riduan Mohamad Nor menganjurkan program tersebut bertempat di kedai Abe Zie Hair Studio, Kampung Alor Belanga di sini bagi kemudahan pelajar dan penduduk setempat mendapatkan khidmat percuma tersebut. "Alhamdulillah,di kesempatan yang ada, teruslah berkhidmat dan jadikan negara kita negara berkebajikan."Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) telah melaksanakannya, kita tetap terus berbakti untuk masyarakat," jelasnya lagi.Orang kampung turut membantu bagi menjayakan usaha tersebut dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama masyarakat.Lebih dari 20 orang pelajar mendapatkan khidmat itu sempena cuti sekolah ini.
30 Dec 18
100