Artikel "Semasa" Terkini
Terengganu Sasar 5 Juta Pelancong Tahun Ini
Ariffin (dua dari kiri) menyambut ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus pagi tadi. KUALA NERUS, 1 Januari - Kerajaan negeri meletakkan sasaran kehadiran pelancong ke Terengganu seramai lima juta orang tahun ini walaupun ia satu cabaran besar untuk mencapainya. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, mulai bulan ini kerajaan negeri menggerakkan promosi pelancongan dengan perancangan sebaik mungkin kerana walaupun sasaran tinggi tetapi ia menasabah untuk dicapai. "Kalau semua 'player' industri pelancongan termasuk pihak berkuasa tempatan memberikan sokongan dan memainkan peranan masing-masing bersama Duta Pelancongan Terengganu, Mat Dan, sasaran tersebut tidak mustahil boleh dicapai, " katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini hari ini.Ariffin (kanan) memasang iklan 'Beautiful Terengganu Malaysia' di sebuah teksi Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus, pagi tadi. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata, cabaran kemerosotan kedatangan pelancong berlaku akibat kekurangan kunjungan pelancong asing terutama dari negeri China. Punca lain termasuk kemerosotan ekonomi dunia menyebabkan berlaku sedikit kekurangan kedatangan pelancong ke negeri Terengganu. Katanya, kerajaan negeri meletakkan sasaran sebanyak 80 peratus kedatangan pelancong dari negara Malaysia sendiri manakala 20 peratus lagi dari pelancong asing. Kerajaan negeri sedang merangka strategi khusus untuk menarik pelancong luar ke Malaysia. Bagaimanapun strategi berkenaan masih dalam perbincang dan beliau tidak berhasrat untuk mendedahkannya kepada umum. Menurut beliau kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak kira-kira RM40 juta bagi memajukan industri pelancongan negeri Terengganu tahun ini. Terdahuu dari itu beliau bersama Timbalannya Ustaz Sulaiman Sulong meraikan ketibaan penumpang kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini dalam program meraikan pelancong ke negeri Terengganu sempena Sambutan Tahun Baru 2019 hari ini. Ia sebagi simbolik bermulanya Kempen Jom Singgah Beautiful Terengganu 2019 berkonsepkan mesra pelancong. Bermula hari pertama hari ini promosi pelancong akan diadakan sepanjang tahun dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan di setiap daerah.
01 Jan 19
175
Makanan Percuma 'Food Truck' Curi Tumpuan Pengunjung
Antara pengusaha 'food truck' siap sedia menyiapkan makanan percuma kepada pengunjung. Oleh : Adli MohamadKUALA NERUS, 1 Januari- Di antara perkara yang mencuri tumpuan pada Majlis Ambang Sambutan Tahun Baru 2019 di sini ialah makanan percuma dari 'Food Truck'. Pelbagai jenis kuih termasuk Rojak Tonggek Penang, Peeza, Mc Nor Apam Balik, Burger, Keropok, Ais Krim Durian D-24, Kambing Sandwich, kambing golek dan sebagainya diberi percuma melalui 20 buah 'food truck' di perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak di sini semalam. Nor Shamsinar, Pengusaha roti hamlek 'Food Truck', memaklumkan semua makanan yang diberi percuma itu adalah dibayar oleh kerajaan negeri. "Makanan ringan dan air dibayar RM1,000 dengan dimasukkan ke akaun masing-masing selepas dua bulan. Antara pengunjung yang mendapatkan ais krim percuma dari 'food truck'."Sempena program ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu kerana cara sebegini dapat memperkenalkan perniagaan 'food truck' kepada khalayak umum," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di Perkarangan Stadium Gong Badak, Pada Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2019, di sini semalam. Menurutnya perniagaan 'Food Truck' kerana mudah dan senang. "Dengan adanya 'food truck' ini, saya tidak perlu lagi mengangkat barang-barang perniagaan kerana perniagaan boleh dilaksana di atas 'food truck' sendiri. "Saya biasa berniaga di 'event-event' yang dimaklumkan bergerak melalui kumpulan termasuk ' Peroda' dan ' T-Truck' yang bergerak secara aktif di Terengganu," ujarnya. Sehubungan itu, Pengusaha keropok lekor 'Food Truck', Nur Fidayu Nafisha, berkata idea beliau menjual secara 'food truck' datnf ketika berkunjung ke Kuala Lumpur. "Sebelum ini saya berniaga melalui cara membuka kanopi. Setelah berkunjung ke sana, saya memcuba berniaga secara begini (Food Truck)," ujarnya yang berasal dari Kuala Telemong. Ditanya kenapa memilih meniaga keropok beliau berkata, makanan itu sudah popular dan begitu digemari ramai. "Saya turut berterima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu, secara tidak langsung dapat membantu peniaga seperti saya dalam memperkenalkan perniagaan melalui 'food truck' ini kepada orang ramai," jelasnya.
01 Jan 19
327
ARC Berkonvoi Bersama ADUN Dekati Penduduk
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT 1 Januari – Kelab Motorsikal Alternaive Riding Club (ARC) Besut bersama Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kota Putera, Haji Nurkhuzaini Ab. Rahman mengadakan program ziarah secara konvoi ke kampung-kampung bagi mendekati penduduk.Pengerusinya, Mohd Jali Sulong berkata konvoi bersama ADUN ini bertujuan untuk membantu serta menziarahi penduduk kampung terutama mereka yang mengalami sakit kronik.“Program seperti ini amat sesuai bagi memastikan tiada rakyat yang terpinggir dari menerima bantuan kerajaan negeri."Usaha ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakyat dengan pimpinan supaya tiada jurang perbezaan sesama manusia," katanya kepada pemberita ketika mengadakan konvoi di Kampung Air Tawar, Jerteh.Sebanyak 10 buah motorsikal yang mengambil bahagian kali ini yang terdiri dari berbagai jenis model dan ada juga peserta dari Kelantan.Tambahnya, konvoi ini juga bertujuan untuk memenuhi hasrat ADUN untuk berjumpa dengan rakyat secara sederhana tanpa iringan pihak berkuasa.Beliau berkata, aktiviti sebegini dapat menarik minat belia untuk sama-sama membantu serta mewujudkan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat.
01 Jan 19
47
Kerajaan Negeri Jaga Rakyat Untuk Bahagia Dunia Dan Akhirat
Alias HarunOleh :Nooreni Abu Bakar.DUNGUN 1 Januari- Kerajaan PAS Terengganu bukan sahaja ingin memenuhi kehendak rakyat dengan menunaikan kebajikkan duniawi tetapi juga menjaga rakyat untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun, berkata kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar, Dr Samsuri Mokhtar 'komited' mengotakan janji-janji manifesto yang memberi kesenangan kepada rakyat."Karnival kahwin, hapuskan cukai pintu dan tunggakannya itu adalah untuk kemudahan di dunia, untuk akhirat dunia dan akhirat kerajaan laksanakan undang takzir, tangkap orang tak solat, sebat pasangan lesbian."Kerajaan juga telah melaksanakan sukan patuh syariah dan baru saja merasmikan hotel Paya Bunga yang memperkenalkan prinsip patuh syariah,"katanya ketika diminta mengulas kedatangan tahun baharu 2019, di sini semalam.Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang itu juga, berkata kerajaan tidak mengambil masa yang lama untuk perlaksanaan sesuatu perkara yang memberi impak positif rakyat.Tambahnya lagi, pembangunan dan perlaksanaan daripada kerajaan terdahulu, tetapi apabila memberi kebaikan kepada rakyat juga diteruskan."Contohnya dana remaja, bantuan persekolahan, kita teruskan dengan penambahbaikan, dengan sikap telus kerajaan untuk setiap yang layak," ujarnya lagi.Jelasnya, dengan berpandukan apa yang dirangka di dalam Pelan Tindakan Terengganu Sejahtera(PITAS), kerajaan akan mencorak pembangunan lebih terancang dan memberikan faedah meluas kepada rakyat.
01 Jan 19
35
Pusat Proses Susu Teknologi Moden Akan Beroperasi
Oleh : Hidayah AzlinKUALA TERENGGANU, 1 Januari - Sektor industri asas tani negeri melangkah setapak lagi bagi bergerak selari arus kemodenan masa kini apabila membangunkan pusat pemprosesan susu berteknologi moden di Jenang, Marang yang bakal beroperasi, tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pembinaan pusat pemprosesan yang pertama di Terengganu itu kini dalam proses terakhir untuk disiapkan."Pusat pemprosesan ini dijangka akan mula beroperasi pada awal 2019 yang akan berpusat di Pusat Pengembangan Veterinar di Jenang,Marang." Teknologi ini mampu dimanfaatkan lebih 30 orang penternak kambing tenusu di Terengganu", katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam facebook beliau, semalam.Dr Azman berkata, itu menunjukkan usaha bai kkerajaan negeri untuk membantu pengusaha dan mengubah persepsi rakyat terhadap bidang itu bukan untuk golongan yang gagal.Tambah beliau, pusat itu menggunakan teknologi yang diimport dari China dengan kapasiti pemprosesan sekitar 1,000 liter susu sehari.Malah, katanya, ia juga akan mampu membantu lebih 30 orang penternak kambing tenusu di seluruh Terengganu menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan dapat memenuhi pasaran.
01 Jan 19
554
Terengganu Sedia Platform Terbaik Untuk Usahawan
Oleh: Afiq M. ZaidSETIU, 1 Januari - Kerajaan negeri mewujudkan platform terbaik untuk usahawan melalui Urusetia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER).Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dana dan tabung usahawan melalui Bajet 2019 Negeri Terengganu. Katanya, Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang menghimpunkan semua agensi-agensi yang terlibat dengan portfolio usahawan dibawah satu bumbung. "Istimewanya negeri Terengganu ni kita dudukkan sekali mereka (agensi), dimana YPU menjadi sekretariat ataupun setiausaha yang ahli-ahlinya adalah agensi kerajaan pusat yang lain,” ujarnya ketika berucap ketika sesi Forum Usahawan Belia Jabi di Dewan Sivik, Jabi, kelmarin.Menurut Mohd Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, pihak PEUTER akan mengadakan mesyuarat setiap bulan bagi merealisasikan misi kerajaan negeri untuk membantu usahawan.
01 Jan 19
130
MB Terengganu Santuni Pasangan Kembar Tahun Satu
Dr. Ahmad Samsuri meluangkan masa bersama pasangan kembar Dhiyauddin Arfan Mohd. Suhardi dan Dhiyauddin Arman yang memulakan hari pertama persekolahan di Sekolah Tengku Ampuan Mariam, Kuala Terengganu, hari ini.KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Pasangan kembar yang menyimpan cita-cita untuk menjadi arkitek antara warga baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Mariam, Kuala Terengganu, yang melangkah masuk ke Tahun Satu pada sesi persekolahan 2016 bermula hari ini berjaya mencuri tumpuan pemimpin nombor satu negeri, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, awal pagi tadi.Kehadiran Dhiyauddin Arfan Mohd. Suhardi dan Dhiyauddin Arman menceriakan rakan-rakan dan guru sekolah tersebut dengan aksi dan gelagat tersendiri yang kelihatan teruja apabila Menteri Besar Terengganu menyapa mereka dengan penuh kemesraan.Dr. Ahmad Samsuri meluangkan masa kira-kira 10 minit bersama pasangan kembar yang kelihatan ceria dengan memberikan kata-kata semangat untuk memulakan hari persekolahan dan belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi orang yang berjaya.Sementara itu, Dhiyauddin Arfan Mohd. Suhardi dan Dhiyauddin Arman kelihatan gembira meskipun terpaksa berpisah dan ditempatkan di kelas berasingan.Tidak seperti murid yang ketakutan malah ada yang menangis, pasangan kembar berkenaan kelihatan tidak kekok malah gembira berkenalan dengan rakan baharu.Dhiyauddin Arfan berkata, sejak semalam dia dan abangnya asyik menyusun buku dan perkakas sekolah ke dalam beg masing-masing malah turut bangun awal pagi kerana tidak mahu datang lewat.“Saya dan abang bangun seawal pukul 6 pagi kerana tidak sabar untuk ke sekolah hari ini dan rasa seronok dapat pergi sekolah sebab dapat kenal ramai kawan baru dan cikgu baru. "Abang tidak sama kelas dengan saya, dia di 1 Mawar namun tetap semangat nak sekolah walaupun terasa sedih sedikit bila terpaksa berpisah dengan abang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu.Menurut ibunya, Nor Azlina Ismail, 39, anak kembarnya itu memang sudah biasa berpisah sejak belajar di tadika lagi dan mereka tidak kekok apabila diberitahu tidak sekelas di sekolah berkenaan.“Mereka amat teruja untuk mula bersekolah, malah sanggup bangun awal dan menyiapkan keperluan mereka secara berdikari."Pengalaman selama dua tahun di tadika sebelum ini membolehkan mereka berdikari jadi saya tidak bimbang untuk mereka sesuaikan diri dengan persekitaran sekolah ini dan semasa dalam perjalanan ke sekolah tadi mereka cukup teruja dan tidak ada tanda-tanda gemuruh atau takut," katanya.
01 Jan 19
749
Terengganu Negeri Milik Semua
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA NERUS, 1 Januari - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu adalah negeri untuk seluruh rakyat bukan negeri pemimpin dan pentadbir kerajaan semata-mata.Justeru, katanya, rakyat perlu memberi sumbangan idea dan nasihat supaya negeri ini terus berketerampilan sebagaimana slogannya Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Menurut beliau, kerajaan tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan kerana kepimpinan sedia ada adalah manusia yang sudah pasti mempunyai kelemahannya tersendiri."Justeru saya bagi pihak kepimpinan negeri dengan rasa rendah diri, ingin memohon kemaafan kepada rakyat sekiranya sepanjang lapan bulan kami memegang tampuk pemerintahan berlaku kelemahan dan kekurangan."Kami adalah manusia di sisi Allah yang lemah, setiap hari kita memohon kepada Allah supaya anggota pentadbiran diberi kekuatan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah dipikulkan. Justeru sama-samalah kita membantu kepimpinan yang ada," katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2019 di Dewan Arena Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak di sini semalam.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji A Rahman Yahya, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli-ahli Parlimen.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, tugas yang berat ini tidak boleh dilaksanakan oleh anggota kerajaan termasuk seorang Menteri Besar tanpa sokongan dan dokongan semua pihak."Tugas tersebut akan mampu dipikul sekiranya mendapat sokongan dan dokongan seluruh rakyat dari semua lapisan masyarakat termasuk golongan belia sehingga sampai kepada yang paling tua."Ini termasuk yang duduk di bandar dan di kampung perlu memberi sokongan dan dokongan, memberikan panduan dan cadangan supaya kita dapat membina negeri kita bersama," katanya.Mengenai tahun baru 2019, beliau menyifatkannya sebagai tahun yang amat mencabar dari aspek ekonomi, politik dan semua perkara."Masing-masing di antara kita akan menggalas tugas yang semakin berat. Anggota keluarga akan menggalas tugas untuk mendidik keluarga dan anak masing-masing. "Pentadbiran kerajaan akan mencari jalan menambah baik kelemahan 2018 supaya 2019 ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungajwab masing-masing dengan lebih cekap dan efisyen," jelasnya.Justeru beliau berdoa agar Allah memberi panduan dan keberkatan dalam menggerak dan mengurus tadbir negeri Terengganu sehingga mencapai objektif bagi mendapat keredhaan Allah SWT.
01 Jan 19
26
Rumah Guru Besar Musnah Terbakar
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 1 Januari- Tragedi pilu menimpa seorang guru besar apabila rumah yang didiami bersama keluarga di Kampung Bukit Tempurung, di sini, hangus dijilat api, kelmarin.Ketika kejadian kira-kira-kira jam 2.30 petang, mangsa Mohamad Noor Mat Hassan, 58, berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Rendah Tempinis, Jabi, sedang berehat selepas menunaikan solat Zuhur sebelum dikejutkan dengan api yang membakar sebahagian besar dalam rumahnya.Difahamkan, mangsa sudah cuba memadamkan api namun gagal berikutan api marak dengan tiba-tiba sebelum menghubungi pasukan penyelamat.Susulan kejadian itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim menzahirkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa mangsa dan berharap mangsa tabah mengharungi dugaan di hujung 2018 itu."Takziah diucapkan kepada Cikgu Noor. Bersabarlah di atas ujian yang menimpa. Semoga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik," katanya.Beliau berkata demikian ketika meninjau lokasi tragedi dan menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mangsa sejurus menerima berita mengenai kebakaran itu.Dr Azman juga menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mementingkan keselamatan kediaman terutama ketika meninggalkan rumah tanpa pengawasan."Sebelum meninggalkan rumah, pastikan keadaan sekeliling dapur, perkakas elektrik dan lain-lain berada dalam keadaan selamat." Punca kejadian ini kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Kita cuba memastikan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyelesaikan dokumen permohonan bantuan gantian rumah,"katanya.
01 Jan 19
41
Ketetapan Hari Jumaat Dan Sabtu Kesinambungan Kerajaan 1999-2004
Dr Ahmad Samsuri (dua dari kiri) melancarkan Hari Ilmu di Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2019 di Dewan Arena Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak di Kuala Nerus, semalam.KUALA NERUS, 1 Januari - Kerajaan negeri menetapkan hari Jumaat sebagai hari ilmu manakala hari Sabtu sebagai hari keluarga mulai tahun ini agar rakyat Terengganu mempunyai peluang untuk menimba ilmu agama dan mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama mereka.Sebelum itu, PAS turut berbuat demikian ketika mentadbir negeri itu pada tahun 1999-2004 sekali gus ia satu kesinambungan dan kelangsungan perjuangan parti berkenaan untuk pendidikan dan kebajikan seluruh rakyat negeri tersebut.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri berhasrat menjadikan hari Jumaat bermula tahun ini sebagai hari ilmu di segenap sudut sama ada di daerah-daerah sehingga ke kampung-kampung di seluruh negeri Terengganu.Manakala hari Sabtu pula ialah hari keluarga kerana keluarga adalah satu unit yang sangat penting bagi memberi kestabilan masyakarat sesebuah negeri.Dr Ahmad Samsuri (tengah) bersama kepimpinan negeri Terengganu berdoa sempena Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Nerus semalam."Baik keadaan dan bentuk keluarga kita, akan membuahkan satu masyarakat yang baik keadaannya."Dan baik masyarakat yang ada di depan mata kita di negeri Terengganu ini, negeri kita akan menjadi negeri yang terbaik dan menjadi contoh kepada umat Islam di negeri-negeri lain dalam negara kita hatta kepada umat Islam yang ada di seluruh dunia," katanya ketika menyampaikan perutusan di Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2019 di Dewan Arena Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak di sini semalam.Sempena majlis berkenaan, Menteri Besar telah melaksanakan gimik pelancaran untuk mengisytiharkan kedua-dua hari berkenaan, disaksikan kepimpinan tertinggi negeri Terengganu.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji A Rahman Yahya, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli-ahli Parlimen.Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang turut mengucapkan selamat tahun baru 2019 kepada seluruh rakyat negeri Terengganu dalam dan luar negeri sambil menyatakan majlis berkenaan diadakan setiap tahun tetapi ia diubah suai (rebranding) supaya ia mendapat keberkatan dari Allah SWT.Dr Ahmad Samsuri juga turut melaungkan tiga kali takbir, bagi menyambut detik 12 malam bagi menandakan ketibaan tahun baru 2019.
31 Dec 18
87