lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Tumpu Projek Gagal
Oleh :Nooreni Abu BakarKUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan memulihkan dan menghidupkan kembali projek-projek tinggalan kerajaan terdahulu yang tidak mencapai objektif dari segi pelaksanaannya.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim berkata projek-projek tersebut telah dibuat penilaian semula dan sebahagian besar daripadanya masih berdaya maju dan memberi manfaat kepada rakyat. "Maka kita akan teruskan, jadi bila kita nak teruskan projek yang sedia ada dengan makna infrastrukturnya sudah ada, strukturnya sudah ada, tempatnya sudah ada," jelasnya. Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Jabi itu, memberitahu demikian ketika bersiaran di TV UPDI menerusi rancangan 'Kabor Royak' di sini pada 2 Januari. " Sebab itu ianya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar, kita cuma susun balik, buat pemutihan, kaji balik dari segi perjalanan operasi. " Kalau perlu kita masukkan peserta-peserta baru dengan kaedah pengurusan baru, kita lakukan supaya projek-projek ini kita boleh manfaatkan kepada rakyat," katanya lagi. Menurutnya, diantaranya Projek Lembah Kaprima, Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Projek Kelapa Matap di Kumbang Puyu dan Langkap, Projek Ternakan Ikan di Sungai Comot Tasik Kenyir dan beberapa projek-projek mega lain. " Infrastrukturnya dibina menggunakan ratusan juta wang rakyat tetapi tidak dapat dimanfaatkan secara sebaiknya," ujar beliau.
02 Jan 19
67
Empty Image
KPK Pemacu Pelabuhan Kemaman
Haji Ahmad Amzad (duduk) ketika berada dalam Kapal Tunda Harmoni 1.KEMAMAN, 3 Januari - Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd (KPK) dijangka melaksanakan penambahbaikan untuk kemudahan dermaga termasuk meningkatkan pembangunan industri besi dan lain lain dalam tempoh tiga tahun akan datang.Pengerusi KPK, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, berasaskan situasi semasa, KPK perlu melaksanakan penambahbaikan kemudahan dermaga dalam tempoh tersebut untuk peningkatan pembangunan dalam industri besi dan lain lain.Katanya, adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk melihat Pelabuhan Kemaman menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi negeri.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini.Haji Ahmad Amzad (kanan) ketika diberi taklimat di Pelabuhan Kemaman.Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah melakukan lawatan bersama semua ahli lembaga Pengarah KPK pada 31 Disember lalu untuk meninjau kemajuan pelabuhan tersebut.KPK adalah anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) yang memiliki konsesi 60 tahun dari Kerajaan Malaysia untuk mengurus Pelabuhan Kemaman termasuk Dermaga Timur dan Liquid Chemical Berth selain khidmat sokongan untuk Kemudahan Terminal Gas milik PETRONAS dilokasi yang sama. Selain itu EPIC melalui anak syarikatnya, Sukma Samudra Sdn Bhd (SS) memiliki dan mengendalikan operasi Dermaga Barat.Haji Ahmad Amzad adalah Ahli Lembaga Pengarah EPIC yang diamanahkan menjadi Pengerusi KPK dan SS.Beliau berkata, tujuan lawatan adalah untuk bertemu dengan Pengurusan KPK dan SS serta menyampaikan matlamat yang ditetapkan oleh kumpulan EPIC, mengeratkan hubungan kerja Lembaga Pengarah dan Pengurusan dan meninjau sendiri secara fizikal operasi dan fasiliti di Pelabuhan dan apa apa rancangan pembangunan dan perniagaan."Saya sempat melihat perjalanan operasi di menara kawalan dan berpuas hati dengan tahap persiapan, kemahiran pasukan yang sentiasa dipantau Jabatan Laut Semenanjung Malaysia," jelas beliau. Haji Ahmad Amzad (kiri) ketika melawat Pelabuhan Kemaman baru-baru ini.Katanya, tinjauan dibuat berkait dengan kemudahan di darat dan juga sekitar basin (lembangan) pelabuhan dengan menaiki kapal tunda Harmoni 1."Kami akan merumuskan hasil lawatan dan membawa apa apa rancangan pembangunan yang boleh memacu pertumbuhan di peringkat KPK, SS dan EPIC," jelas beliau lagi.Pelabuhan Kemaman, yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, merupakan salah satu pelabuhan laut yang paling dalam di Malaysia dan pelabuhan yang pantas untuk muncul sebagai pintu masuk baru ke rantau Asia Pasifik.Sebagai pelabuhan laut dalam, ia beroperasi sepanjang tahun tanpa mengira keadaan cuaca, sekaligus  mampu mengendalikan khidmat untuk semua jenis kapal sehingga 150,000 'Deadweight Tonnage' (DWT) dan pelbagai jenis kargo dari kargo umum, curah kering hingga pukal cecair.KPK mengendalikan terminal pelabuhan Kemaman iaitu Terminal Dermaga Timur dan Terminal Liquid Chemical Berth (LCB).LCB adalah terminal khusus untuk mengendalikan kargo kimia cecair. Ia beroperasi sepenuhnya untuk menampung keperluan industri berkaitan kimia. Pelabuhan Kemaman dilihat  dari Laut China Selatan.Dermaga ini panjangnya 289 meter dan mampu menampung keperluan melabuh, kapal sehingga 150,000  DWT.Ia juga mempunyai ruang yang tersedia untuk 50 saluran paip dan enam 'loading arms' dan dilengkapi dengan ciri keselamatan.KPK juga menyediakan perkhidmatan marin seperti kapal tunda, kawalan lalu lintas, bot perintis, perkhidmatan pengendalian kargo (stevedorage, crainage, forklift), sewa gudang, halaman terbuka, bekalan air tawar, bunkering, pembaikan kecil dan perkhidmatan sokongan lain.
02 Jan 19
1380
Empty Image
Peniaga Pasar Jerteh Diharap Bersabar
Mohd Norkhuzaini.BESUT, 2 Januari - Para peniaga yang mengusahakan perniagaan di Pasar Jerteh (Jerteh Souq) diharap dapat bersabar sehingga keseluruhan kompleks itu dapat disiapkan sepenuhnya.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, kerajaan negeri mendengar dan prihatin tentang masalah serta rungutan para usahawan terbabit.Katanya, antara punca masalah adalah kerana jumlah peniaga melebihi premis yang disediakan kerana fasa dua dan tiga pembinaan kompleks itu belum dapat disiapkan.“Dia ada lagi fasa dua dan tiga yang akan siap nanti dan insya-Allah selepas daripada ini semua akan dapat. “Cuma itulah apabila kita nak buat pembangunan  dia ada sedikit pengorbanan. Kita mengharapkan pengorbanan itulah  dapat jadi asas kepada peniaga kita  untuk sabar sedikit dan insya-Allah  pihak Majlis Daerah Besut (MDB) khususnya  akan menangani isu ini dengan baik.“Saya mendapat khabar bahawa selepas daripada  ini pun untuk fasa dua  sepatutnya siap bulan Februari tetapi  telah hampir siap bulan Disember baru-baru ini," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika mengulas isu yang dihadapi oleh peniaga selepas merasmikan Majlis pelancaran Jom Singgah @ Beautiful Besut di Stesen Teksi Jerteh semalam.Oleh itu, beliau berpesan kepada peniaga supaya dapat melunaskan bayaran sewa premis kepada pihak MDB agar pihak berkuasa tempatan dapat menggunakan kewangan tersebut untuk pembangunan yang lain.“Begitu juga saya nak pesan kepada peniaga ini tentang bayaran sewa kepada pihak Majlis. Ini jangan duk kata ni hak kerajaan  kita tak payah bayar.“Kerana dengan kadar sewaan inilah pihak Majlis dapat buat lagi  pembangunan yang seperti mana kita boleh tengok Jerteh sekarang ini tengah membangun,” katanya.Justeru, beliau berikrar akan mengubah 'wajah' bandar Jerteh menjadi suatu lokasi perniagaan yang berdaya saing dan dapat menyediakan ruang perniagaan yang secukupnya kepada para usahawan.
02 Jan 19
506
Empty Image
Rumput Napier Kukuh Industri Ternakan Terengganu
Dr. Azman melakukan lawatan kerja ke ladang rumput napier yang terletak di Kampung Kuala Ping, hari ini.HULU TERENGGANU, 2 Januari - Kerajaan negeri melalui Terengganu Agrotech Development Corp Sdn.Bhd (TADC) kini dalam perangkaan untuk meningkatkan hasil pengeluaran rumput napier bagi memenuhi permintaan industri makanan ternakan yang semakin berkembang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, pihaknya sedang merangka bagaimana untuk memanfaatkan secara optimum sumber yang ada berdasarkan keluasan dengan permintaan daripada pelanggan."Kita dapat lihat bagaimana industri bekalan makanan ternakan berasaskan napier boleh pergi jauh cuma memerlukan sedikit penambahbaikan supaya ianya mampu berkembang."Kalau tengok apa yang berlaku sekarang, penggunaan manual untuk memotong rumput dan meracik menyebabkan pengeluaran terhad sehinggakan ada kawasan ladang terbiar sehingga rumput menjadi tua dan tidak bermanfaat," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Beliau yang juga  Pengerusi Lembaga Pengarah TADC berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Ladang Rumput Napier di Kampung Kuala Ping, di sini hari ini.Dr. Azman mendengar taklimat daripada Penyelia Ladang, Ab Rahman Munap tentang pemprosesan secara manual yang mereka lakukan untuk menghasilkan silaj.Turut hadir, ahli-ahli lembaga pengarah TADC dan Pengarah UPDI, Mohd Soud Said.Menurutnya lagi, TADC kini dalam perancangan menggunakan teknologi yang lebih moden iaitu menggunakan mesin menuai (harvester) yang mampu memotong rumput di kawasan yang lebih luas dalam satu hari termasuk meracik."Permint sebagai syarikat induk kepada TADC  akan menyediakan peruntukan dalam masa terdekat untuk membeli mesin ini supaya kita dapat hasil yang lebih banyak."Jika kita lihat pengeluaran sekarang mampu menghasilkan 30 tan rumput napier dalam sebulan dengan tenaga manual tetapi dengan adanya mesin ini, ia akan meningkat kepada 80 tan sebulan," ujarnya.Projek di Kuala Ping ini dimulakan pada tahun 2016 dengan memfokuskan pembangunan ladang napier seluas 22 hektar bagi menampung keperluan makanan ternakan di dalam negeri.Secara keseluruhannya, projek ini akan mengukuhkan sumber kewangan  anak syarikat kerajaan negeri (GLC) melalui pembangunan bekalan tanaman ternakan dan dalam masa yang sama menjadi pemain dalam industri ini.
02 Jan 19
1433
Empty Image
DUN Air Putih Hidup Dengan Pengisian Agama
Ab Razak Ibrahim.Oleh: AminjiKEMAMAN, 2 JANUARI - Terengganu dipacu oleh kerajaan baru ke arah perubahan menyeluruh termasuk menjadikan sambutan ambang tahun baru 2019 berteraskan keagamaan tidak lagi seperti sebelum ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, daerah tersebut sebagaimana daerah-daerah lain, tidak lagi digegarkan dengan pesta lumba haram di jalan-jalan raya dan bunyi bising remaja berarak dengan menunggang motosikal dan basikal sebagaimana pernah berlaku sebelum ini.Ketika ditemui pemberita beliau berkata, antara program pengisian sempena majlis berkenaan di Kemaman ialah Forum Perdana yang diadakan di Masjid Jamek Binjai, di sini kelmarin.Menurut beliau forum tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sambutan tahun baru masihi 2019 dengan acuan Islam.Katanya, forum itu dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Air Putih dengan kerjasama Masjid Jamek Binjai, Kemaman bertujuan menyebarkan kefahaman agama Islam kepada masyarakat di kawasan berkenaan.Dua orang ahli panel termasuk, Aktivis NGO Muslim Care Malaysia, Ustaz Dr Riduan Md Nor dan Pegawai Penyelidik Menteri Besar Terengganu, Ustaz Azman Syafawi diundang khas untuk mengisi forum berkenaan.
02 Jan 19
191
Empty Image
Trek Basikal Dari Teluk Ketapang Ke Kuala Ibai Akan Dibina Segera
KUALA TERENGGANU, 2 Januari - Pembinaan trek basikal dari Teluk Ketapang ke Kuala Ibai akan dilaksanakan dalam masa terdekat setelah selesai kajian oleh beberapa pihak.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata,penstrukturan cadangan berkenaan pembinaan trek tersebut sedang dijalankan sebelum keputusan lanjut dibuat.“Kita jangkakan laluan trek basikal ini akan dibina seberapa segera selepas kajian daripada beberapa pihak termasuk Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk melihat spesifikasi yang diperlukan  dalam pembinaan trek terbabit.“Ini kerana, pembinaan trek basikal ini adalah untuk tujuan menggalakkan aktiviti riadah di mana pembinaannya nanti akan disertakan dengan tempat berehat, santai dan sebagainya,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sesi wawancara dalam Bicara Khas Pasca-Bajet Terengganu 2019 di konti Manis FM, semalam.Menurut beliau, menerusi pembentangan Bajet 2019 yang lalu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2.9 juta bagi pembinaan trek basikal bercirikan keselamatan di negeri ini dalam usaha membudayakan hidup sihat dalam kalangan masyarakat.Dalam perkembangan lain, katanya, Bajet 2019 juga memperuntukkan RM15 juta untuk dana pembangunan sukan dan pendedahan atlet Terengganu.“Untuk mengekalkan penguasaan kita dalam bidang sukan khusus untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2020, kerajaan negeri merasakan perlu melakukan sesuatu untuk mengekalkan penguasaan ini.“Dalam Bajet 2019 baru-baru ini, Meteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengumumkan sebanyak RM15 juta diperuntukkan sebagai persiapan para atlet untuk mempersiapkan diri mereka dan pembangunan sukan di negeri ini.“Fokus kita kepada sukan-sukan yang tertentu contohnya basikal, bola sepak , hoki dan beberapa sukan yang kita jelas menguasai termasuk sukan kenu dan perahu layar,” ujarnya.
02 Jan 19
227
Empty Image
Pelajar SRIDI AMBS Ceria Buka Tirai Persekolahan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 2 Januari -Seramai 24 pelajar Sekolah Rendah Islam (SRIDI) Darul Iman Al-Muktafil Billal Shah (AMBS) ceria melangkah ke sekolah baharu yang membuka tirai sesi persekolahan semalam.Pelbagai aksi dan telatah mereka diselami Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, yang turut meninjau keadaan di pusat pendidikan itu.Ghazali berkata, beliau mahu berkongsi keterujaan dan kegembiraan warga sekolah berkenaan sambil memberi kata-kata semangat kepada pelajar serta tenaga pengajar SRIDI."Walaupun bilangan tak ramai sebagaimana SRIDI di bandar, namun saya cukup optimis, pelajar yang berdaftar adalah pelajar yang terbaik. Kebanyakan mereka merupakan pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan juga pelajar dari Tadika Yayasan Islam."Di antara mereka ramai yang telah tahu membaca nama dan ketika saya pergi kepada seorang dari pelajar tersebut ketika saya tunjukkan nama saya di 'nametag', dia tahu memyebutnya,"katanya.Ghazali berkata, ketika sesi lawatan itu, sebahagian besar pelajar tidak ditemani ibu bapa, sebagaimana pelajar di sekolah rendah yang lain, sekali gus menunjukkan mereka boleh berdikari tanpa ditemani penjaga masing-masing."Dimaklumkan hanya ada seorang sahaja yang menangis, itu pun sebentar sahaja, guru-guru SRIDI pandai memujuk, dan mewujudkan suasana yang penuh ceria."Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru SRIDI kerana berjaya berperanan dengan baik pada hari pertama. Semoga keikhlasan itu berkekalan serta selamat menjadi pendidik yang baik,"katanya.Beliau juga memuji langkah ibu bapa yang memilih serta memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk membentuk serta memberi ilmu pelajaran kepada anak mereka mengikut acuan yang betul dan sistematik sebagai pelaburan yang berbaloi untuk dunia dan akhirat.
01 Jan 19
745
Empty Image
Waspada Ribut Tropika Pabuk
MARANG, 2 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memberi amaran Ribut Tropika Pabuk kini berada di kedudukan 5.9’U  108.6’T dan dijangka bergerak 15 kmsj ke arah barat.Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat dan angin kencang melebihi 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang.Jarak ribut ini dari Bandar Kuala Terengganu adalah 612 km dan Kota Bharu adalah 697 km.Sehubungan itu, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman, berkata keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada aktiviti pantai dan perkapalan termasuk penangkapan ikan terutama di kawasan pinggir pantai laut terbuka di Laut Cina Selatan.Katanya, beliau yang berada di Sungai Kerak, disini, pagi ini memberitahu, cuaca mendung dengan ombak kuat serta pinggir sungai berangin."Orang ramai dan komuniti yang berada berhampiran pantai terutama di sebahagian Utara Terengganu dan Kelantan supaya meningkatkan waspada dan mengambil cakna dengan maklumat semasa mengenai perkembangan cuaca yang diuar-uarkan oleh pihak media serta keselamatan."Jika berlaku hujan lebat atau banjir, bolehlah segera berpindah ke kawasan selamat yang disediakan dan dikenalpasti oleh  Sekretariat Bencana Banjir Negeri, daerah dan juga pejabat daerah masing-masing, "katanya.
01 Jan 19
197
Empty Image
Pengisian Islamik Warnai Sambutan Tahun Baru Di Terengganu
KUALA NERUS, 2 Januari - Ambang Tahun Baharu 2019 di Terengganu diteruskan dengan resam yang sama seperti tahun lalu melalui pelbagai acara berbentuk keagamaan sebelum dan selepas detik 12 tengah malam.Sambutan yang bermula kira-kira pukul 6.30 petang di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak di sini dimulakan dengan solat Maghrib beramai-ramai di samping kuliah yang disampaikan oleh Mufti Terengganu, Datuk Dr. Zulkifly Muda dan kemudian jemaah yang hadir menunaikan solat Isyak serta hajat.Solat hajat bagi sambutan ambang tahun baharu itu diimamkan, Imam Besar Terengganu, Mukhtar Salleh.Hadirin kemudian berpeluang menyaksikan persembahan Nasyid Qasidah oleh Kumpulan Soutul Muhibbin Madrasah Al-Muhajirin Bukit Jong sebelum diteruskan dengan acara Terengganu Berselawat bersama Kumpulan Hijjaz dan Hafiz Hamidun di samping Bicara Santai yang dikendalikan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.Acara diteruskan dengan ucapan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan sebaik tiba detik peralihan tahun sebentar lagi, hadirin termasuk Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan barisan Exco kerajaan negeri akan memulakan bacaan zikir Asmaul Husna beramai-ramai.Terdahulu, acara ambang tahun baru yang diadakan sepanjang hari ini dimulakan dengan program kayuhan yang disertai Ahmad Samsuri dan barisan Exco kerajaan negeri di Dataran Batu Burok melalui Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Pasar Besar Kedai Payang ke Wisma Darul Iman.Ia kemudian diteruskan pada pukul 5 petang menerusi Program Bersama Huffaz Cilik di Stadium Tertutup Gong Badak.SUMBER: UTUSAN ONLINE
01 Jan 19
457
Empty Image
Kerajaan Terengganu Ziarah Keluarga Kanak-Kanak Lemas
Zawawi berkongsi ceritanya kepada Hanafiah dan Mohd Soud (dua dari kiri) sambil diperhatikan Abdul Rasul (kanan).RANTAU PANJANG, 1 Januari - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat menyampaikan ucapan takziah mewakili Kerajaan Terengganu kepada keluarga tiga kanak-kanak yang lemas di Pantai Teluk Lipat, Sura, Dungun pada Ahad lalu."Mewakili kerajaan negeri dan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, saya mengucapkan takziah kepada encik Zawawi dan isteri yang telah kehilangan anak dalam sekelip mata."Inilah ujian Allah yang terpaksa diterima hamba-Nya dan kita minta semoga dengan ujian ini bertambahlah ketakwaan keluarga ini kepada Allah SWT."Memang dari segi kata-kata sangat senang untuk diucapkan."Cuma, kita yang hidup ini pasti akan mengalami kematian. Tap-tiap yang hidup akan menghadapi mati dan kita akan balik juga kepada Tuan empunya alam ini.Kerajaan Terengganu berkongsi kesedihan keluarga ini. - Hanafiah Mat"Kita harap keluarganya tabah dan insya-Allah sudah ada wakil mereka di syurga."Semoga keluarga ini mendapat rahmat daripada anak-anaknya yang dah pergi," nasihatnya kepada keluarga dan tetamu yang hadir pada pertemuan di Kampung Rahmat, Gong Periuk itu, semalam.Zawawi Abdul Wahab, 42 dan Nur Syahida Abdullah, 36, kehilangan anak mereka iaitu Nurain Fatma, 10, Nurain Sofia, 8, dan Nurain Salsabila, 6, yang lemas dihanyutkan ombak besar ketika bermain di gigi air dalam tragedi itu.Jenazah ketiga-tiga mereka ditemui pagi semalam dan selesai dikebumikan sekitar jam enam petang di kampungnya.Hanafiah yang diiringi Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga.."Kita berada di sini hadir untuk menghiburkan sedikit hati mereka," katanya.Dalam pada itu, Zawawi turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu mereka."Terima kasih kepada pihak yang banyak membantu saya terutama orang-orang Dungun dalam pencarian dan menguruskan jenazah kembali ke sini sehingga yang membantu kepada pengebumian."Banyak yang membantu, sampai ke hospital turut ada yang bertanya khabar dan memberikan sumbangan serta pertolongan."Tidak lupa juga kepada yang memberi sokongan moral dan menziarahi kami," katanya.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apam Putera, Abdul Rasul Mohamad merakamkan terima kasih atas kunjungan Hanafiah itu."Bagi pihak Kerajaan Kelantan dan keluarga ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Terengganu dan rakyat Terengganu yang memberikan bantuan ketika kami dalam kesusahan," katanya.Kunjungan petang itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan, Dato' Nazran Muhammad.Abdul Rasul.
01 Jan 19
69