Artikel "Semasa" Terkini
'Pabuk' Hindari Terengganu
Pergerakan 'Pabuk' terkini. KUALA TERENGGANU, 4 Januari - Negeri Terengganu boleh dikatakan terselamat dari ancaman Ribut Tropika Pabuk apabila ia bergerak ke arah barat laut Telok Siam.Ribut ini dijangka bergerak merentasi Segenting Kra ke Laut Andaman dan keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat di negeri-negeri utara Semenanjung, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini.Cuaca bandar Kuala Terengganu cerah dan tiada hujan pagi tadi manakala suhu diukur pada kadar 29 Darjah Celsius.Dato' Haji A Rahman (tiga dari kanan) menunjukkan pergerakan Ribut Tropika Pabuk di Bilik Gerakan Bencana Negeri di Jalan Paya Keladi Kuala Terengganu petang semalam. Bagaimanapun petang semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji A Rahman Yahya ketika ditemui pemberita memperingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada menghadapi segala kemungkinan cuaca buruk akibat fenomena ribut tersebut.Kerajaan negeri sentiasa memantau kesan fenomena berkenaan dan akan menggerakkan asetnya bagi membantu penduduk yang ditimpa musibah.Katanya, kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas untuk meringankan beban rakyat yang menghadapi bencana akibat tempias ribut berkenaan."Jumlah kerugian dan kerosakan keseluruhan bencana akan dinilai dan bantuan sewajarnya akan diberikan selepas selesai musim tengkujuh," katanya.Dato' Haji A Rahman Yahya (dua dari kiri).Manakala bantuan segera diberikan kepada penduduk yang rumah mereka rosak akibat tempias ribut berkenaan melalui saluran pejabat daerah di seluruh negeri.Beliau turut melawat Bilik Gerakan Bencana Negeri Terengganu, di Jalan Paya Keladi di sini bagi meninjau perkembangan terkini fenomena itu.Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman turut memberi taklimat perkembangan terkini bencana negeri berkenaan kepada Dato' Haji A Rahman.
03 Jan 19
91
Kerajaan Negeri Bersama Denyut Nadi Rakyat
Oleh: Afiq M. ZaidBESUT, 3 Januari - Kerajaan Terengganu berusaha untuk menjadi ‘kerajaan rakyat’ yang merasai keperluan dan kepayahan rakyat di negeri itu berdasarkan pembangunan serta kemajuan yang dibina.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, bantuan dan pembangunan dilaksanakan seamata-mata untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.“Kerajaan kita adalah kerajaan yang bersama-sama merasai denyut nadi rakyat dalam apa jua keadaan apatah lagi dalam kesulitan dan kesusahan yang dihadapi mereka. “Kita berharap dengan bantuan dan sumbangan yang diteruskan, rakyat dapat mengecapi dan boleh merasai kewujudan kerajaan sekarang ini sebagai pemerintahan yang sentiasa memberi keutamaan kepada kebajikan-kebajikan rakyat," katanya ketika ditemui pemberita semasa menyampaikan bantuan Tabung Darul Iman (TDI) di Kampung Gong Kepas Luar, baru-baru ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera itu menyampaikan sendiri bantuan Tabung Darul Iman (TDI) kepada penerima bagi meringankan beban mereka.Katanya, penerima-penerima bantuan ini pastinya menantikan sumbangan daripada kerajaan negeri bersempena tahun baru ini.“Bantuan ini telah diluluskan oleh pihak TDI di bawah Exco Kebajikan. Kita memilih tarikh 1 Januari ini bagi menceriakan tahun baru pesakit-pesakit kronik yang terpilih ini di kawasan Kota Putera ini."Alhamdulillah, hari ini kita telah berkunjung terus kepada rumah-rumah sebahagian besar daripada penerima-penerima ini dan menyampaikan sendiri bantuan.“Mereka pastinya menanti sedikit sentuhan atau sumbangan daripada kerajaan kepada mereka," ujarnya.Program tersebut diadakan dengan mendapat kerjasama ahli-ahli Kelab ‘Alternative Riding Club’ (ARC) Besut yang berkonvoi dengan 10 buah motosikal dari rumah ke rumah."Istimewanya, semua motorsikal-motorsikal yang mengiringi saya pada hari ini memiliki plat nombor yang dimulai dengan 'P.A.S'. “Ini adalah satu keunikan yang ada di Besut ini. Kita mempunyai ahli ARC yang mempunyai motorsikal berplat nombor P.A.S antara yang teramai di Malaysia," katanya lagi.
03 Jan 19
41
Bertanggungjawab, Proaktif Tangani Isu Setempat
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim meninjau keadaan longkang di sebuah taman di Jalan Tekukur, di sini, semalam.Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 2 Januari - Sikap bertanggungjawab dan proaktif pihak berkuasa menangani isu yang diketengahkan masyarakat mampu mewujudkan suasana sejahtera dan memberi imej yang baik terhadap pentadbiran negeri.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, sebagai pihak bertanggungjawab, semua agensi terlibat dan kepimpinan setempat perlulah bertindak pantas untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang dilaporkan oleh masyarakat."Walaupun kadangkala tidak mampu menyelesaikan segera, tetapi mesti menunjukkan sikap untuk membantu dan mencari jalan keluar dari masalah itu.“Ini di bawah tanggungjawab kita, walaupun tiada jalan penyelsaian segera, sekurang-kurangnya kita ‘follow up’ dan tunjukkan usaha kita untuk membantu," katanya.Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan di kawasan perumahan Jalan Terkukur yang terlibat dengan masalah banjir pada setiap kali musim tengkujuh.Turut mengikuti lawatan itu, wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Ladang, MPKK Jalan Terkukur dan MPKK Taman Jaya.Menurut Amzad, punca kejadian banjir di kawasan itu akibat masalah sistem peparitan yang gagal diselenggara dengan betul berikutan pengumpulan sisa sampah dan lumpur dalam longkang.Katanya, kawasan itu menjadi antara yang sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh sekali gus menyukarkan urusan harian penduduk dan menimbulkan ketidakselesaan."Sehubungan itu, kita akan memanjangkan perkara ini segera untuk tindakan pihak berwajib (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu."Pada masa yang sama juga, beberapa pihak bertanggunjawab sudahpun bersedia bekerjasama untuk menyelesaiakan pemasalahan yang sudah lama dihadapi penduduk kawasan ini supaya dapat diatasi segera,"katanya.
03 Jan 19
128
Jersi Terengganu FC Akan Dilancarkan 26 Januari Ini
Hishamuddin mahu TFC terus cemerlang.KUALA TERENGGANU, 3 Januari - Jersi baharu pasukan Terengganu Fooball Club (TFC) akan dilancarkan secara besar-besaran di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak pada 26 Januari nanti.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abd Karim memaklumkan, dalam majlis itu akan turut diadakan sesi memperkenalkan pemain TFC dan TFC2.“Jualan jersi juga akan bermula pada hari tersebut dan saya berharap penyokong pasukan akan memenuhi stadium pada hari tersebut.“Kita juga melihat kembali suka duka perjalanan pasukan kesayangan kita sepanjang musim 2018 lalu, selain menyediakan beberapa aktiviti pada majlis tersebut,” katanya dalam Program Sembang Santai yang bertajuk ‘Perkembangan Terkini Bola Sepak Terengganu FC musim 2019’ secara langsung di TV Darul Iman, hari ini.Dalam program tersebut, beliau turut mengetengahkan beberapa pembaharuan yang dilakukan pasukan termasuk harga tiket baharu bernilai RM15 untuk musim baru Liga Super itu.“Sebenarnya, harga RM15 ini pernah diperkenalkan dahulu sebelum TFC jatuh ke Liga Premier pada tahun 2017.“Saya akui fasiliti yang ada masih kurang dibandingkan stadium lain. Tetapi, kita terpaksa menaikkan harga tiket bertujuan untuk baik pulih dan situasi masa kini.“Kos kita meningkat, tetapi dengan kapasiti stadium yang kecil kita tidak dapat mengumpul satu jumlah yang cukup untuk menampung keperluan pasukan.“Ini adalah satu keputusan yang tidak popular namun, kita harapkan penyokong TFC akan bersama kita dalam hal ini,” katanya.Beliau turut berhasrat meneruskan budaya solat Maghrib di dalam stadium pada hari perlawanan.“Ia akan diteruskan dan PBSNT telah mendapat sokongan imam masjid negeri.Bagaimapun, kita akan tetapkan waktu supaya tidak menggangu pemain yang akan masuk ke padang selepas itu,” katanya yang ingin melaksanakan budaya kebersihan dalam stadium dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan penyokong.Hishamuddin dan Shahrizan ketika ditemu bual TV Daul Iman.Sementara itu, seorang lagi panel iaitu Setiausaha Eksekutif PBSNT, Shahrizan Mat Zin menegaskan, pengurusan akan berusaha memenuhi hasrat peminat berdasarkan kemampuan mereka.“Pihak Malaysia Football League (MFL) telah bersetuju untuk membaiki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dan proses ke arah itu telah dilaksanakan.“Kita juga memberi ruang kepada peminat untuk cetuskan idea dan pandangan untuk kemajuan pasukan dan walaupun berdepan kekangan, kita berusaha untuk lakukan sebaik mungkin,” katanya.Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) merupakan penaja utama TFC bagi musim 2019 akan turut diperkenalkan pada tarikh pelancaran nanti.Pasukan TFC yang baru menandatangani kontrak termasuk pemain Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov akan menjalani aksi pra musim menentang beberapa kelab dari Vietnam di sana pada pertengahan bulan ini.
03 Jan 19
81
BTK FC Mahu Lunas Dendam Di Piala TAL ’18
Oleh: Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU, 2 Januari - Pasukan Banggol Tok Ku Football Club (BTK FC) melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Terengganu Amateur League 2018 (TAL 18) dan bakal berentap kembali dengan pasukan Majlis Daerah Besut (MD Besut) pada perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada 5 Januari ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Jurulatih pasukan, Mohd Nazeri Mat Ali, 40, berkata, pasukan MD Besut adalah pasukan pilihan yang hebat dan bakal menyukarkan aksi hasrat BTK FC untuk meraih kejuaraan tersebut.“Kita pernah bertemu dengan mereka dan kita kalah tipis 3-2 dalam perlawanan Liga Super Amatur sebelum ini. “Kali ini kita bertemu lagi dengan pasukan yang sama dan kita pastinya ingin menebus kembali kekalahan tersebut sekaligus membawa pulang Piala TAL 18 ini,” katanya ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas sesi latihan dan perlawanan persahabatan bersama Binjai Bongkok FC di Padang Kampung Baru Serada, semalam.Mohd Nazeri mengucapkan rasa syukur kerana pasukan beliau berjaya ke perlawanan akhir setelah menundukkan CND FC 2-1. Beliau juga menasihati pemain supaya menjaga kesihatan, keselamatan diri serta menghindarkan diri daripada sebarang konflik antara pemain supaya dapat lebih fokus dalam perlawanan itu.“BTK FC bukanlah pasukan pilihan yang hebat. Namun, kita mempunyai semangat juang yang tinggi dan saya percaya pemain-pemain akan memberi komitmen tinggi dalam perlawanan akhir nanti,” ujarnya.Perlawanan akhir TAL 18 akan berlangsung pada Sabtu ini pada jam 8.45 malam. Orang Ramai dijemput hadir bagi menyaksikan perlawanan itu dan masuk adalah percuma.
03 Jan 19
110
Isteri MB Teruja Sertai Program Ziarah Ibu Dan Bayi
Tuan Faizah mencium mesra seorang bayi yang sempat diziarahi .Oleh: Aslam WiraMARANG 3 Januari- Naluri dan perasaan seorang wanita tidak akan pernah lari daripada keterujaan dengan kelahiran bayi baharu tidak kira sehebat mana kedudukan dan pangkat mereka.Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman, merasa teruja untuk menziarahi beberapa penduduk yang baharu sahaja menerima cahaya mata di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.Beliau yang juga Pengerusi Khairunnisa, sempat menziarahi tiga bayi yang baru dilahirkan dalam tempoh 10 sehingga 30 hari di mana dua orang daripadanya adalah bayi perempuan dan seorang bayi lelaki.Turut bersama dalam ziarah tersebut adalah petugas-petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Rhu Rendang.Nur Asilah Ghazali, 24, ibu kepada seorang bayi perempuan yang berusia 23 hari berkata dia rasa bersyukur dan sangat teruja dengan kedatangan orang yang paling rapat dengan Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah sudi menziarahi bayi sulungnya“Semoga program ziarah bayi diperingkat DUN ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi mengeratkan hubungan antara rakyat dan wakil rakyat.“Sedikit harapan saya selaku rakyat DUN Rhu Rendang ini, semoga program ziarah seperti ini dilibatkan juga dengan pemimpin-pemimpin diperingkat kampung seperti MPKK dan sebagainya, supaya hubungan antara pemimpin dan rakyat diperkuatkan lagi,"katanya.Tujuan ziarah tersebut adalah untuk memberi sedikit sumbangan dan cenderahati kepada bayi yang dilahirkan tanda menzahirkan tahniah diatas kehadiran ahli baharu dalam keluarga.
03 Jan 19
188
17 Pengusaha Bot Terima Bantuan Insentif
Ustaz Ariffin menyerahkan bantuan kepada salah seorang penerimaKUALA TERENGGANU, 3 Januari - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM19,000 sebagai bantuan insentif kepada 17 pengusaha bot penambang di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, bantuan insentif secara ‘one-off’ itu bertujuan untuk membantu meringankan beban kehidupan yang ditanggung pengusaha bot penambang yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas.“Selain meringankan beban sara hidup, secara tidak langsung dapat meneruskan kelangsungan perkhidmatan bot penambang tradisional di Terengganu.“Saguhati ini juga sebagai tanda penghargaan kepada golongan pengusaha bot penambang yang telah sekian laman mencurah bakti dalam menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat dan juga pelancong,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Insentif Kepada Pengusaha Bot Penambang Negeri Terengganu di Dewan Serbaguna Pengkalan Titian, Seberang Takir, hari ini.Dalam pada itu, Ariffin berkata, sudah tiba masanya generasi muda mengambil peluang menceburi bidang pekhidmatan bot penambang pelancongan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan."Kita akan adakan pelbagai kursus seperti kursus keusahawanan, kursus bahasa Inggeris, sistem lalu lintas, kursus etika kepada anak muda yang berminat untuk jadikan ia sebagai sumber pendapatan sampingan."Saya percaya perkhidmatan bot penambang pelancongan yang akan menghidupkan Jejak Warisan Pesisir Air mampu menggamit pengunjung mengenali lebih dekat lagi produk-produk di sekitar pesisir air Sungai Terengganu seperti Pasar Payang, Kampung Cina, Pulau Warisan, Taman Tamadun Islam, Pulau Duyong, Kampung nelayan Seberang Takir serta Kampung Jeram,” ujarnya.
02 Jan 19
232
CBL Cabaran Indah Pendakian Terengganu
Keindahan CBL akan jadi tarikan menarik. Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 2 Januari - Chemerong Berembun Langsir (CBL) sememangnya menjadi destinasi pilihan para pendaki dalam dan luar negara.Memiliki ketinggian 3,405 kaki, gunung Berembun turut mempunyai dua air terjun iaitu Air Terjun Chemerong dan Air Terjun Langsir yang menjadi tarikan peminat sukan lasak itu.Pengerusi Malim Gunung Daerah Dungun, Mat Amin Serman berkata, lokasi itu sering didatangi oleh pengunjung yang mahu menikmati alam semulajadi dengan cara tersendiri.“Kebanyakannya terdiri daripada pendaki temapatan. Tetapi, ada juga yang datang dari luar seperti Singapura dan Ireland.“"Di atas puncak sana memang indah, air terjun akan dapat dilihat seolah-olah langsir dan keindahannya sukar diceritakan seolah-olah berada di alam fantasi.“Untuk ke sana, memakan masa sekitar lapan jam pendakian. Pengunjung biasanya dibahagikan kepada dua kumpulan kecil terdiri daripada 12 pendaki atau kumpulan besar seramai 60 pendaki.“Bagaimanapun, kepenatan pasti apabila sampai di puncak yang indah dan diserikan lagi dengan pokok bonsai yang tumbuh di sana,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri mesyuarat Persatuan Malim di Kampung Jongok Batu, baru-baru ini.Persatuan itu telah ditubuhkan pada tahun 2016 dengan kekuatan 35 malim gunung terdiri daripada anak kampung tersebut yang mahir selok- belok ke puncak Berembun.Mat Amin memaklumkan, seramai 29 lelaki dan enam perempuan malim gunung menjadi penunjuk arah, selain berperanan memastikan CBL sentiasa bersih dan terjaga."Untuk khidmat mereka, sebanyak RM 55 dikenakan untuk seorang pendaki bagi kemudahan, keselamatan dan penyelenggaraan sepanjang pendakian.Dalam pada itu, pegawai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi,Ghazali Sulaiman yang merasmikan mesyuarat tersebut berkata keindahan CBL akan membantu mempromosikan Bukit Besi, sebagai kawasan pelancongan terkemuka di Malaysia."Alhamdulillah, kita ada lokasi yang unik dan terpelihara. Ini membolehkan aktivti pendakian menjadi satu tarikan yang hebat."Namun, buat masa sekarang kawasan rekreasi berkenaan ditutup sehingga bulan Mac berikutan cuaca tidak menentu dalam musim tengkujuh ini.“Langkah ini diambil oleh kerajaan negeri bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini, kerana risau dengan kemalangan dan insiden 'kepala air'," ujarnya yang turut berharap agar apabila lokasi itu dikunjungi pendaki apabila dibuka nanti.
02 Jan 19
1666
Ribut Tropika Pabuk: Hentikan Aktiviti Laut -Shaharizukirnain
Shaharizukirnain (kiri) meninjau keadaan pesisir pantai di Setiu. SETIU, 3 Januari - Kira-kira 6,000 nelayan negeri Terengganu dinasihatkan tidak melakukan aktiviti perkapalan dan persisiran pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri sehingga ribut Tropika Pabuk berakhir.Ahli Parlimen Setiu Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, rakyat Terengganu khususnya penduduk persisiran pantai juga diminta berhati-hati serta sentiasa 'update' dengan amaran-amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin."Sehingga kini, angin kencang yang dijangka melebihi 40 kilometer sejam telah mengakibatkan kerosakan pada bumbung rumah di beberapa kawasan di sekitar Setiu dan berkemungkinan berlaku bekalan elektrik, telekomunikasi terputus serta serpihan kaca, kayu dan besi berterbangan."Justeru, saya menggesa agar semua rakyat mengambil langkah berwaspada dan bersama-sama munajat meminta perlindungan Allah agar dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.Shaharizukirnsin (tengah) meninjau keadaan penduduk ketika menghadapi fenomena Ribut Tropika Pabuk. Menurut beliau angin kencang yang melanda perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang dijangka akan berterusan sehingga 5 Januari ini.Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa angin ribut Tropika Pabuk itu dijangka bergerak 15 kilometer sejam.Keadaan ini membawa kepada hujan lebat, angin kencang berkelajuan 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ketinggian sehingga 4.6 meter di perairan Terengganu."Ia berbahaya kepada semua aktiviti laut dan orang ramai di nasihatkan menjauhi kawasan pantai dalam tempoh tersebut," ujarnya.
02 Jan 19
35
Kunjungan Mahabbah Isteri MB Ke Sekolah Disambut Baik
Oleh: Aslam WiraMARANG 3 Januari - Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman meluangkan masa melawat beberapa buah sekolah di daerah Marang dalam beberapa siri kunjungan pada kali ini.Di dalam kunjungan siri pertama hari ini, beliau sempat melawat empat buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Rusila, Sekolah Kebangsaan Marang, Sekolah Kebangsaan Gong Nangka dan Sekolah Kebangsaan Sentul Patah.Tuan Faizah berkata program lawatan mahabbah diadakan bagi melihat sendiri keadaan dan suasana persekolahan di negeri ini dan ia mendapat sambutan baik daripada mereka."Saya amat berbesar hati dan gembira dengan peluang lawatan kali ini, sebenarnya fokus saya adalah melawat pelajar-pelajar tahun satu, yang kita sedia maklum pelajar yang baru menempuh alam persekolahan.“Tapi Alhamdulillah, saya melihat pelajar tahun satu di kawasan luar bandar lebih mempunyai keyakinan atau kurang meragam daripada pelajar-pelajar di bandar,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Pendidikan Daerah Marang.Turut hadir, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rhu Rendang, Wahad Osman; Pengarah Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Haji Daud Jusoh, dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Mohd Embong.Menurut Tuan Faizah, terdapat sekolah yang mempunyai daya tarikan dan unik dari sudut kemudahan prasarana dan infrastruktur yang dapat membantu pelajar ke arah yang lebih baik."Namun, saya juga ada melihat beberapa sekolah yang perlu diberi penekanan dari sudut keselamatan anak-anak pelajar, dan berharap pihak berwajib dapat beri perhatian sepatutnya,"katanya lagi.Sementara itu, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)Marang, Mohd Adnan Salleh berkata pihaknya merasa bangga di atas kecaknaan isteri kepada pemimpin nombor satu di negeri ini yang sudi menziarahi sekolah- sekolah tersebut."Ini juga merupakan kunjungan hormat julung kali yang kami terima daripada isteri Menteri Besar Terengganu.“Dengan kehadirannya, diharap dapat memberi suntikan semangat khasnya sekolah yang telah dilawati beliau, kerana dari kunjungan tersebut kita boleh nampak akan kemesraan diantara pelajar tahun satu dan juga kakitangan sekolah,"ujarnya.
02 Jan 19
63