lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Ustaz Satiful Bahri Melawat Besut
Ustaz Satiful Bahri (tengah) bersalaman dengan pelajar SRIDI di Sekolah Menengah Agama Maarif  Besut semalam.BESUT, 9 Januari - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat mengadakan lawatan khas bagi meninjau perkembangan tiga institusi kerajaan termasuk Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di sini semalam.Lawatan sehari suntuk itu disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim, beberapa pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) dan MAIDAM.Ustaz Satiful Bahri (tengah) melawat sebuah bilik penghuni PUSPEN Besut semalam.Kerajaan negeri mengenal pasti beberapa permasalahan kemudahan infrastruktur dan pentadbiran di madrasah moden dan akan mengatasi segera permasalahan tersebut tidak lama lagi.Turut dikenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh pengurusan PUSPEN dan dijangka pusat itu akan dibaik pulih bagi memastikan penghuninya mendapat kemudahan infrastruktur yang lebih selesa termasuk kemudahan di masjid dalam pusat berkenaan.Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut diberi taklimat mengenai perkembangan semua institusi berkenaan dan dinyatakan permasalahan yang dihadapi di semua institusi tersebut.Ustaz Satiful Bahri (tengah) berinteraksi dengan pelajar Madrasah Moden Besut semalam.Beliau turut melawat SRIDI di bangunan Sekolah menengah Agama Maarif di sini dan berinteraksi dengan pelajar di sekolah berkenaan.Katanya, Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) pertama bakal dibuka di Hulu Terengganu mulai tahun depan.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada para pendidik Madrasah Moden MAIDAM dalam sesi lawatan tersebut semalam.Haji Mohd Nurkhuzaini (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Ustaz Satiful Bahri (kanan) dalam lawatan khas di Sekolah Menengah Agama Maarif Besut semalam. "Kerajaan akan beransur-ansur membuka sekolah berkenaan di lapan kawasan parlimen di seluruh negeri Terengganu bermula di Hulu Terengganu," jelasnya.
08 Jan 19
431
Empty Image
‘Baju Ada Dah, Tapi Dok Leh Gi Sekolah’
Oleh: Khalid AbdullahKEMAMAN, 9 Januari - "Baju ada dah, tapi dok leh gi sekolah," petah kata Fara Imelda Saffiya Fairuddin, pelajar malang yang gagal bersekolah kerana tiada surat beranak.Beliau ditemui bersama keluarga di Kampung Gelugor, Kertih, di sini, pagi semalam sangat kecewa apabila tidak dapat bersama kawan-kawan ke Tahun Satu."Rindu kawan-kawan semasa bersekolah tadika dahulu, seronok kalau dapat bersama pergi sekolah."Baju, kain, kasut dan stokin semua dah ada, kakak pun sudah bersekolah," katanya.Fara Imelda adalah anak kedua kepada pasangan suami isteri Fairuddin Jaafar, 39, dan Noraziawati Omar, 42.Menurut Noraziawati, kakak kepada Fara Imelda iaitu Fabazla Syahindah Fairuddin , 9, dan anak ketiga mereka bernama Fayyad Hijazi Fairuddin, 3, mempunyai surat beranak."Dua anak ada surat beranak, cuma Fara Imelda sahaja yang tercicir, saya masih ingat dia lahir di Hospital Kemaman pada 21 Januari 2012," kata Noraziawati.Ketika ditanya, beliau memaklumkan, suaminya tidak bekerja, punca pendapatan mereka sekeluarga hanya dengan membantu ibunya menjual kuih."Sudah hampir sebulan tidak dapat membantu ibu, sebenarnya baharu keluar hospital kerana jangkitan kuman di kaki,” ujarnya.Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tengah Kertih, Ad Asmera Abu Bakar yang turut serta dalam pertemuan memberitahu, beliau telah berusaha membantu menyelesaikan masalah keluarga ini setelah mendapatkan maklumat dari rakan-rakan."Kita telah membawa keluarga ini ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Kertih kelmarin dan cuba membantu mereka melengkapkan borang permohonan surat beranak sebelum membantu urusan persekolahan anak ini," ujarnya.Dalam perkembangan sama, Bahagian Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Kemaman ketika dihubungi menasihatkan keluarga tersebut hadir ke pejabat mereka di Cukai untuk urusan kemasukan ke sekolah.
08 Jan 19
141
Empty Image
Pinjaman Yayasan Terengganu Dibuka Semula
Ustaz Satiful Bahri (kiri) berinteraksi dengan pelajar Madrasah Moden MAIDAM Besut semalam. Foto - Amirullah MansorBESUT, 9 Januari - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat memberitahu, Kerajaan Terengganu membuka semula peluang mendapatkan pinjaman Yayasan Terengganu (YT) untuk pelajar yang berhasrat melanjutkan pelajaran terutama ke luar negara termasuk dalam bidang perubatan."Pelajar-pelajar kita yang terhenti mengikuti pengajian perubatan di luar negara, sekarang kita buka balik untuk pinjaman yuran tanpa riba," katanya ketika bercakap kepada tenaga pengajar Madrasah Moden MAIDAM Besut dalam satu lawatan khas ke madrasah tersebut di sini semalam.Turut hadir dalam lawatan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim, beberapa pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).Ustaz Satiful Bahri Mamat.Katanya, kerajaan negeri juga membuka peruntukan khas bagi pelajar-pelajar cemerlang untuk mendapatkan biasiswa dan sijil 'Association of Charted Certified Accountants' (ACCA) untuk bidang perakaunan termasuk kos yuran dan saraan bagi mereka yang sepenuh masa mengambil kursus tersebut.Kerajaan negeri juga bakal memasukkan mata pelajaran vokasional dalam pengajian di madrasah-madrasah tahfiz untuk menggalakkan kolaborasi antara pihak swasta, sekolah rakyat dan kerajaan negeri."Jika semua pihak bergabung tenaga, kita akan dapat mencapai matlamat untuk memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan," jelasnya. Kerajaan negeri katanya, akan meneruskan program pendidikan yang baik sebelum ini termasuk melahirkan saintis Islam dan lain-lain."Kita perlu mempromosikan pendidikan Islam atau berintegrasikan pendidikan konvensional tanpa meninggalkan elemen-elemen Islam dengan menjaga keseimbangan dunia dan akhirat," katanya lagi.
08 Jan 19
355
Empty Image
Pesaka Platform Bina Anak Bangsa, Bukan `Terlebih Ganas'
KUALA TERENGGANU, 8 Januari  – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Terengganu mahu menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif membina generasi bergelar juara pada masa akan datang.Setiausahanya, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, mereka mahu kerajaan negeri melihat dan menyokong persatuan Pesaka sebagai platform membina anak bangsa bukannya menjadi lebih ganas.“Kita nak tengok supaya kerajaan negeri memandang kita sebagai NGO yang aktif, yang membina manusia, bukan membina manusia menjadi ganas (tetapi) bina manusia sayangkan diri dan bangsa dia serta sayangkan negerinya.“Ini peranan kita selain daripada sekolah. Ini budaya ayang kita nak. Besar (tanggungjawab) kita sebenarnya. Pertama pertahankan diri dan kedua bina insan. Membina akal budi bangsa.“Kita minta sokongan daripada kerajaan negeri. Kalau bangsa kita tak kenal budaya kita, pada masa akan datang tak tahu macammana sebab melalui budaya dia (rakyat) akan  kenal bangsa,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Wisma Darul Iman, di sini, semalam.Katanya, Pesaka di seluruh negeri bermula dari Kemaman sehingga Besut termasuk perguruan silat yang bergerak individu adalah berdaftar menerusi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Menurut beliau, dalam mesyuarat agung baru-baru ini mereka turut membawa beberapa usul kerajaan negeri antaranya membina semula gerbang persilatan di Majlis Sukan Negeri Terengganu, setiap persatuan persilatan mempunyai gelanggang sendiri serta bantuan `one-off' setahun untuk jurulatih perguruan persilatan dan geran untuk pentadbiran Pesaka negeri.“Sekarang ini kita merancang buat satu profil persatuan pertubuhan kita dengan kerjasama Pelancongan Negeri Terengganu. Kita akan ambil gambar-gambar yang ada gelanggang dan sekarang kita akan buat bentuk profil untuk memberitahu kepada umum mengenai kemudahan gelanggang itu.“Yang pertamanya boleh budak-budak pergi belajar silat di gelanggang berkenaan.Kedua mungkin pelancong-pelancong boleh mari untuk tengok kebudayaan sihat di Negeri Terengganu di tempat gelanggang kita itu,” jelasnya.Tambah Fakhrul lagi, Pesaka yang ditubuhkan pada 1985 sudah mampu melahirkan ramai juara dunia yang berasal  dari  Terengganu mewakili seni mempertahankan diri itu.“Hari ini kita nak atur jawatankuasa dan nak lantik setiausaha serta bendahari baru jadi kita minta insentif daripada kerajaan negeri kepada Siti Rahmah Mohamed Nasir (pesilat kebangsaan), Majlis Sukan Negeri Terengganu memang dapat insentif, tapi insentif daripada kerajaan kepada dua jurulatih, (masing-masing) jurulatih Malaysia dan jurulatih Kazakhstan.“Kita nak minta empat jabatan jadi ex-official Pesaka negeri, iaitu Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebudayaan, Jabatan Majlis Belia dan Sukan Negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam),” katanya.Sementara itu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali berkata, beliau yang baru dilantik sebagai Pengerusi Pesaka Negeri dalam Mesyuarat Agung Negeri Pesaka kali ke-17, di Muzium Negeri Terengganu, 29 Disember lalu akan memastikan seni mempertahankan diri itu terus utuh dan perkasa di negeri serta ke peringkat dunia.“Hasil mesyuarat agung baru-baru ini, antaranya pelantikan Yang Dipertua, Timbalan, tiga orang naib dan hari ini kita hendak mengesahkan jawatankuasa adalah sama ada pengerusi ataupun wakil  badan-badan gabungan dalam persatuan silat sebanyak 22 persatuan silat dalam persatuan silat negeri Terengganu,”tambah beliau lagi.
08 Jan 19
90
Empty Image
Kurangkan `BerFacebook', Banyakkan Baca Al-Quran - Dr Azman
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 8 Januari- “Kita seharusnya menjadikan membaca al-Quran sebagai amalan harian berbanding dengan menghabiskan lebih banyak masa melayari media sosial,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.Menurutnya, sebagai muslim seseorang itu perlu mengurangkan aktiviti kurang bermanfaat seperti ‘berFacebook’ tanpa mengira waktu sebaliknya menjadikan al-Quran dan hadis sebagai rujukan dalam kehidupan."Kurangkanlah melayari laman sosial, perbanyakkan baca al-Quran yang penuh kemukjizatan ini paling kurang satu muka surat setiap hari."Sedangkan Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain boleh lihat berjam-jam, alangkah malangnya kita sekiranya tidak sempat membaca al-Quran,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Setiu,di Masjid Chalok Kedai, di sini, semalam. Turut hadir,  Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang, Pegawai Penyelaras Langkap, Azmi Maarof dan Pegawai Penyelaras Permaisuri, Ustaz Zul Bahri Abdul Rahman.Dr Azman, program sebegitu mampu meningkatkan lagi martabat tilawah al-Quran ke satu tahap yang membanggakan."Jadikanlah pusaka ini bukan setakat baca malah dijadikan petunjuk dan panduan hidup yang diberi jaminan tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada kedua-duanya," ujarnya.Katanya, dengan mengimbau kesusahan Zaid bin Thabit dalam usaha mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dari belulang-belulang, daun-daun, kayu, dinding suatu ketika dahulu untuk dijadikan satu mashaf, amatlah tidak patut berlaku kemalasan membaca dan memahami al-Quran di kalangan umat Islam.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jabi itu, mukjizat yang terkandung dalam al-Quran mengenai kadar jumlah air hujan turut dikaji oleh saintis dan diakui kebenarannya jelas menunjukkan kesosehan."Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) menjalankan kajian selama empat tahun (2002-2006) akhirnya mengakui bahawa hujan yang turun dengan kadar yang sama setiap tahun,” ujarnya.Beliau juga turut menjalankan kajian tentang mukjizat al-Quran dari perspektif Sains perubatan sehingga dapat menghasilkan sebuah buku 'Solat dari kajian Sains dan sebahagian kajian Sains berpandukan mukjizat yang ada dalam al-Quran'.
07 Jan 19
145
Empty Image
Sedia RM920,000 Jayakan Program Ilmu Agama Dan Kekeluargaan Di Setiap DUN
YB Hanafiah bersama penjawat awam cemerlang dan kakitangan JKM bergambar kenanganKUALA TERENGGANU, 8 Januari - Kerajaan negeri memperuntukkan RM920,000 dengan agihan RM30,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bertujuan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kekeluargaan di DUN masing-masing. Semua aktiviti yang dirancang seperti  hari keluarga, sukaneka, pelbagai kejohanan sukan patuh syariah dan  mengadakan  aktiviti keagamaan pada hari Jumaat akan diselia pihak berkaitan.Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan terlibat sepenuhnya bagi menjayakan program yang dirancang..Pendekatan itu sejajar dengan saranan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mengisytiharkan hari Jumaat sebagai hari ilmu dan Sabtu pula hari keluarga.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat, berkata penganjuran hari ilmu sudah lama dianjurkan PAS dengan mengadakan pelbagai aktiviti di masjid-masjid dan surau di negeri ini.Katanya, antaranya kuliah dhuha, ceramah agama, amanat Tok Guru dan perbincangan ilmu Tauhid, Usuluddin serta Fiqah.“Malah tidak keterlaluan untuk saya  katakan bahawa Kuliah Pagi Jumaat di Masjid Rusila adalah kuliah  yang paling berjaya di Terengganu dan berkemungkinan juga di Malaysia.“Aktiviti seumpama ini akan diperluaskan bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan budaya cintakan ilmu dan merapatkan silaturahim antara masyarakat setempat,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2019 Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Wisma Darul Iman, hari ini
07 Jan 19
45
Empty Image
40 Pelajar Pertama Mula Sesi Pembelajaran Di Darul Huffaz TATI Skill
KUALA TERENGGANU, 8 Januari- Darul Huffaz TATI Skill (DHTS) yang bertempat  di TATI Skill Sdn. Bhd., Jalan Panchor, Teluk Kalong, Kemaman memulakan sesi pembelajaran pertama pada 1 Januari lalu dengan pengambilan 40 pelajar.DHTS yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu menawarkan mata pelajaran sama seperti aliran sekolah arus perdana selain memfokuskan bidang sains teknikal (tujuh subjek) dan pengurusan dan perniagaan (enam subjek).Pengurus Besar TATI Skill, En Zaidi Muda berkata, buat permulaan, pihaknya menerima 40 pelajar hasil  promosi  ke beberapa madrasah dan mahaad tahfiz.Katanya, tawaran belajar di DHTS akan diperluaskan melalui pelbagai saluran,  selain terus mendekati pelajar madrasah dan mahaad tahfiz di seluruh Terengganu.“Pendekatan itu dijangka mampu menarik minat lebih ramai pelajar daripada 40 pelajar di awal pembukaan madrasah berkemungkinan mampu mencapai sasaran sehingga 200 pelajar pada tahun seterusnya.“Seramai tujuh tenaga pengajar berpengalaman dan profesional sedang berkhidmat dan jumlah itu akan bertambah mengikut keperluan semasa dan jumlah pelajar,”katanya ketika dihubungi Teganukita.En Zaidi turut memberitahu, syarat  kelayakan  sekurang-kurangnya berumur 16 tahun ke atas, perlu menghafaz 10 juzuk al Quran, lulus ujian bertulis dan temuduga khas. Katanya, syarat lain terbuka kepada warganegara Malaysia lelaki dan perempuan dengan mengutamakan pelajar Terengganu.“DHTS menawarkan pelbagai keistimewaan antaranya bantuan pembiayaan pendidikan dari Yayasan Terengganu, berpeluang mendapat pendidikan asasi secara percuma di TATIUC bagi yang berkelayakan. “Urusan peperiksaan SPM diselia penuh oleh TATI Skill dan program tasmik berterusan yang dipantau oleh badan bertauliah,” katanya.Menurutnya, lebih menarik  kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu memberi tajaan penuh kepada anak Terengganu golongan asnaf dan B40 (pendapatan isi rumah RM3,860 kebawah.“Pihaknya berhasrat menjadikan DHTS sebagai pusat persediaan SPM utama di Terengganu khususnya kepada pelajar tahfiz dan pondok dengan menawarkan kaedah pembelajaran akademik yang sistematik,” katanya  Pendaftaran untuk kemasukan ke DHTS dilanjutkan sehingga 31 Januari khas buat pelajar dari madrasah madrasah dan pondok di seluruh Terengganu. Boleh hubungi pejabat DHTS di talian 09-860 1103 atau 010-921 1245
07 Jan 19
1381
Empty Image
Golongan Petani Perlu Berani Berubah
MARANG, 7 Januari - Golongan petani dan nelayan perlu berani berubah sikap untuk keluar dari kehidupan lama yang sering dikaitkan dengan kemiskinan.Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka perlu berani menggunakan pendekatan lebih moden sekali gus mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata."Bila sebut pertanian, ia menjadi satu bidang yang dikaitkan dengan kemiskinan dan semua bergantung kepada kerajaan terutamanya pada musim-musim tertentu. Bila berlaku sesuatu, mereka yang pertama menderita."Sudah tiba masanya mereka fikir apa sebabnya tidak dapat tambah pendapatan dengan menceburi bidang baharu seperti perniagaan dan industri berasaskan hasil produk tempatan yang ada di sekeliling mereka," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Warga Tani Terengganu melibatkan 600 orang petani, peladang, penternak dan nelayan di negeri ini yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM), di sini petang tadi.Turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sallehuddin Ayob.Tambah Tun Dr. Mahathir lagi, Kerajaan Pusat juga sedang mencari langkah serta cara terbaik untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan golongan ini supaya tidak lagi hidup dalam kemiskinan."Jangan bergantung kepada wang percuma sahaja tetapi tambah hasil pengeluaran untuk tingkatkan pendapatan masing-masing ke arah perubahan skala yang lebih besar."Saya tidak percaya melalui bantuan kerajaan akan dapat membantu mengubah kehidupan mereka, sebaliknya apa yang lebih baik ialah melalui usaha mereka sendiri," katanya.
07 Jan 19
48
Empty Image
PM Berlepas Pulang
Tun Dr Mahathir (kiri)  dan Dr Ahmad Samsuri mengaminkan doa di Lapangan Terbang Sultan Mahmud,  Kuala Nerus,  petang tadi. KUALA NERUS,  7 Januari - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berlepas pulang ke Putrajaya dengan menaiki Pesawat Khas M48-02 dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini jam 5. 25 petang tadi diiringi isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.  Turut mengiringi beliu ke lapangan terbang itu,  Menteri Besar,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Abd Rahman dan beberapa pegawai tinggi kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Perdana Menteri sehari suntuk mengadakan lawatan yang pertama ke Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke-14 ( PRU14). Cenderahati dihadiahkan Dr Ahmad Samsuri kepada Tun Dr Mahathir. Beliau mengadakan perjumpaan dengan warga pendidik Terengganu di sebuah hotel di sini pagi tadi.  Kemudian Tun Dr Mahathir dan isteri mengadakan pertemuan dengan warga penternak dan nelayan di Marang.  Kedua-dua majlis berkenaan turut diiringi oleh Menteri Besar dan isteri.
07 Jan 19
34
Empty Image
Terima Kasih Kerajaan Pusat Teruskan Lapan Projek JPS - MB Terengganu
KUALA NERUS, 7 Januari - Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyediakan peruntukan untuk meneruskan beberapa projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang tertangguh sebelum ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini selari dengan ucapan pembentangan YAB Perdana Menteri ketika membentangkan tonggak ketiga dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) iaitu “agenda pembangunan wilayah yang seimbang sebagai keutamaan" apabila peruntukan pembangunan yang lebih saksama kepada Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.“Projek-projek berkenaan adalah Rancangan Tebatan Banjir Kemasik dengan anggaran RM60 juta, Rancangan Tebatan Banjir Guntong Luar (RM5 juta) serta Rancangan Tebatan Banjir Gong Kiat (RM7 juta).“Juga Rancangan Tebatan Banjir Kuala Terengganu Utara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan kawasan sekitar (RM10 juta), Pembangunan Sungai Bersepadu Kemaman (RM300 juta), Projek Muara Sungai Setiu (RM150 juta), Projek Muara Sungai Merchang (RM43 juta) dan Projek Menaik Taraf Pintu Air Taman Rakyat Dungun (RM1. 5 juta),” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ambil Cakna bersama Warga Pendidik Terengganu di Tabung Haji (TH) Hotel & Convention Centre, di sini, hari ini.Turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin.Dr. Ahmad Samsuri berkata, penghargaan dan ucapan terima kasih juga terhadap komitmen dan keprihatinan Kerajaan Persekutuan yang meneruskan projek di bawah Rolling Plan Yang Ketiga (RP3) dalam RMK11."Ini termasuk memperkasakan inisiatif pembangunan wilayah ekonomi pantai timur menerusi entiti East Coast Economic Region Development (ECERD), termasuklah mempertimbangkan projek ECRL pada skala yang munasabah."Sesungguhnya, kunjungan YAB Perdana Menteri ke Negeri Terengganu adalah cerminan komitmen semangat hubungan proaktif antara negeri dan Persekutuan yang dihormati dan akan terus diperkukuhkan bagi mewajarkan pembangunan wilayah yang seimbang, untuk kepentingan rakyat di negeri ini secara khususnya," katanya.Tambahnya lagi, komitmen itu akan dapat membantu kerajaan negeri dalam meringankan beban rakyat terutamanya dari sudut ekonomi dan pembangunan infrastruktur yang diperlukan."Ini juga merupakan satu langkah permulaan ke arah permuafakatan dan kerjasama yang lebih erat di masa hadapan untuk kepentingan bersama serta menjadi pemangkin ke arah Terengganu yang lebih berdaya saing, bagi melengkapkan sasaran Malaysia sebagai pemain ekonomi global,"kata beliau lagi.
06 Jan 19
265