lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Ziarah Bersama Agensi Santuni Rakyat - Zuraida
Zuraida menyampaikan sumbangan kepada Salina di rumahnya di Kampung Rhu Renggeh, Marang.Oleh:AslamMARANG, 12 Januari - Ziarah kebajikan yang diadakan bersama agensi yang berkaitan bertujuan menyantuni rakyat yang memerlukan bantuan terutamanya golongan daif.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Hajah Zuraida Md Noor berkata, gabungan ini sangat bertepatan kerana terdapat agensi-agensi yang cakna berkaitan kebajikan rakyat."Kecaknaan ini perlu kerana ianya sangat menyentuh perasaan kerana masih ada insan yang berada dalam keadaan yang tidak dapat saya jangkakan."Pelbagai bantuan dapat disalurkan termasuk sumbangan barangan, sokongan dan sebagainya bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka," katanya.Beliau berkata demikian selepas menziarahi seorang penduduk, Salina Yusof, 37, yang hidup dalam keadaan daif di Kampung Rhu Renggeh, di sini baru-baru ini.Turut hadir, Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang, Wahad Osman, Penyelia Pusat Khidmat Rhu Rendang, Nasarudding Samsudeng, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rhu Renggeh, Najmudin Rani dan petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang.Hadir sama, wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) dan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK).Zuraida berkata, Salina tinggal di rumah yang serba kekurangan di mana keadaan rumahnya separuh telah rosak, tidak beratap serta tiada bekalan elektrik dan air.Malah katanya, Salina terpaksa menggunakan lampu picit dan memasak di bawah rumah menggunakan dapur kayu kerana ketiadaan dapur.Tambah Zuraida, selain dari sumbangan daripada orang ramai, Salina juga perlukan bantuan dari segi dalaman."Saya nasihatkan beliau supaya dipantau dengan pengisian rohani berdasarkan masalah dan kisah sebenar kehidupannya.“Beliau perlukan sokongan moral dan motivasi bagi mengubah cara hidup yang tidak sihat di samping suami yang bermasalah.“Saya mengharapkan satu natijah dan tindakan terbaik dari agensi dan pihak terbabit agar dapat diselesaikan secepat mungkin kerana masalah ini perlu kepada perhatian segera," ujarnya lagi.Sementara itu, MAIDAM akan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM250 dan bantuan daripada JKM untuk ibu dan anak secara bulanan termasuk sumbangan berbentuk barangan seperti cadar dan barangan dapur.Manakala, YPK akan berusaha untuk menawarkan bantuan satu unit rumah di Desa Keluarga, Kuala Terengganu sekiranya ada kekosongan dalam masa terdekat.
11 Jan 19
325
Empty Image
MPKK Terengganu Duta TTITC
Oleh: Khairuddin Yusoff, Najib Ismail, Shahril Aswad HULU TERENGGANU, 12 Januari - Pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebagai duta korporat Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC) membantu mempromosi serta menyalurkan maklumat berkaitan TTITC kepada masyarakat umum.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, MPKK hendaklah bertindak mempromosi serta menghebahkan apa-apa jua program yang dilaksanakan oleh TTITC."Sebelum ini kita dengar perkataan duta iaitu duta Malaysia, Bangladesh dan sebagainya, jadi sekarang ini MPKK menjadi duta kepada TTITC."Jadi MPKK boleh mempromosikan TTITC ini supaya menjadi satu badan yang menarik minat masyarakat untuk berebut menambah kemahiran," ujarnya. Katanya, kaedah ini merupakan pemudah cara dan perantara di antara TTITC dengan masyarakat setempat bagi mendapatkan pelatih untuk setiap kemasukan di  TTITC.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Suaikenal Pelatih Baru 2019 dan Penyerahan Watikah Pelantikan kepada MPKK sebagai Duta Korporat TTITC bertempat di Kompleks TTITC, Kampung Teris kelmarin.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TTITC, Mejar (K) Dato' Haji Ajlan Mohamad, Timbalan Pengarah (Tajaan Pendidikan) Yayasan Terengganu, Dr. Hashim Azmi Haji Che Noh, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-Mits) Parlimen Hulu Terengganu, Ustaz Harun Md Esa dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd Safari Abu.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil berkata, pelatih perlu menggunakan serta memanfaatkan peluang diberikan bagi menggilap potensi dalam bidang perkayuan yang mendapat permintaan pasaran kerja hari ini."Saya rasa tenaga pengajar telah memberi maklumat berkenaan potensi serta kerjaya apabila kita berada dalam bidang latihan kemahiran khususnya perkayuan yang sentiasa diminati oleh masyarakat."Kalau kita tengok industri perabot memang mendapat sambutan yang sangat tinggi dalam permintaan pasaran," tambahnya.Justeru itu, beliau berharap pelatih TTITC mengambil peluang dari pelbagai bidang yang ditawarkan sama ada lukisan pelan seni bina, pelukis rekaan dalaman dan sebagainya untuk menjana pendapatan."Kita datang sini untuk menimba ilmu mencari pengalaman dan kerjaya serta dapat duit poket."Saya harap pelatih di sini berfikirlah secara global dan meluas untuk masa hadapan," jelasnya. Kerajaan negeri juga katanya, mengharapkan penguasa di sini boleh berusaha ke arah lebih luas supaya tenaga- tenaga ataupun keluaran negeri menjadi rebutan kepada syarikat yang ada di luar.
11 Jan 19
1012
Empty Image
Indeks Jenayah Di Terengganu Menurun
KUALA TERENGGANU, 12 Januari - Indeks jenayah di Terengganu menunjukkan penurunan sebanyak 19.3 peratus bagi tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengucapkan tahniah di atas kerjasama semua pihak dalam menurunkan kadar jenayah tersebut."Kejayaan menurunkan jenayah di negeri Terengganu pada tahun 2018 adalah suatu pencapaian yang sangat signifikan bagi kerajaan negeri."Ianya menunjukkan kerja keras kerajaan sekarang dan dahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi-agensi kerajaan terlibat dan juga rakyat."Saya benar-benar berharap penurunan ini disebabkan kerana rakyat sekarang ini secara perlahan-lahan memahami bahawa keperluan kita semua untuk menjauhi perkara-perkara buruk yang tidak membawa kebaikan samada kepada diri mahupun masyarakat."Ianya akan menjadi suatu kelebihan jika benar pengurangan ini benar-benar kerana perubahan diri."Bagi saya, jika benar, ia membawa maksud, kesedaran rakyat sudah semakin meninggi, dengan kempen-kempen yang dilakukan sebelum ini oleh semua pihak," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya kelmarin.Dalam perkembangan sama, menurut Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, kerajaan akan berterusan membantu dan membimbing rakyat bagi menuju kehidupan yang sejahtera melalui saranan-saranan Islam yang menjadi petunjuk kepada cara hidup manusia."Ianya penting kerana pembinaan insan adalah suatu yang sukar dan berpanjangan, tiada henti, kepada siapa sahaja."Saya menyeru kepada semua yang ingin melakukan kejahatan, berhentilah. Pintu taubat Allah sangat luas, rezeki Allah sangat banyak dan kebaikan tidak terkira banyaknya untuk anda lakukan."Kepada yang berada di atas jalan kebaikan, teruskan, sebarkan dan istiqamahlah supaya kita semua kekal berada dalam kebaikan, insya-Allah."Jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat, semoga kejayaan ini berterusan, tidak setakat ini sahaja. Ayuh kita sambung kerja dakwah bagi membangunkan insan dengan penerangan-penerangan yang yang benar, tepat menurut kehendak al-Quran dan sunnah dan sampai kepada sasaran," ujarnya.Katanya, perubahan ini perlu dilakukan bermula dari diri, keluarga dan kemudian kepada masyarakat.Terdahulu, Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Aidil Ismail memberitahu, daripada 1,823 kes yang direkodkan tahun lalu, sebanyak 1,206 atau 66.2 peratus berjaya diselesaikan."Berbanding tahun 2017, terdapat sebanyak 2,257 kes dilaporkan dengan 1,706 daripadanya diselesaikan," jelasnya.
11 Jan 19
344
Empty Image
THT Akhiri Badi, Rangkul Piala Sumbangsih
KUALA TERENGGANU, 11 Januari - Kejayaan Pasukan Hoki Terengganu (THT) menewaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 3-1 dalam penentuan 'shoot-out' selepas aksi 60 minit berkesudahan seri 2-2, mengangkat THT selaku juara Piala Sumbangsih 2019 yang berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata bagi saingan TNB Liga Hoki Malaysia 2019.Tiga jaringan 'shoot-out' pasukan THT adalah hasil sumbangan Faizal Saari, Jang Jonghyun dan Mohd Fitri Saari sementara gol tunggal UniKL pada penentuan 'shoot-out' dijaringkan oleh Rafizul Ezry Mustafa.Dalam aksi 60 minit, THT berjaya untuk membuka tirai jaringan seawal minit kedua apabila kelebihan pukulan sudut penalti yang dimiliki berjaya digunakan dengan sebaiknya oleh Faizal Saari yang melakukan satu 'flik' terus di sebelah bawah kiri pintu gol UniKL untuk menewaskan penjaga gol UniKL, Adrian Andy Albert.Beberapa saat sebelum aksi suku pertama berakhir, THT sekali lagi dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti dan kali ini pemain import Korea Selatan mereka, Jang Jonghyun bijak menggunakan kelebihan tersebut untuk THT terus berada di hadapan 2-0 menerusi satu flik terus mencari sudut atas sebelah kanan pintu gol UniKL.UniKL cuba untuk bangkit mengejar kedudukan pada suku kedua dengan melakukan beberapa percubaan dan akhirnya sebelum aksi separuh masa pertama tamat, UniKL mendapat pukulan sudut penalti pertama dan Muhammad Razie Abdul Rahim tidak mempersiakan kesempatan yang dimiliki untuk menjadikan kedudukan 1-2 menerusi 'flik' terus di sudut bawah kiri pintu gol THT sekali gus menutup aksi separuh masa pertama.Lima minit selepas aksi suku ketiga bermula, UniKL dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti dan Razie Rahim sekali lagi bertindak cemerlang menyudahkan kelebihan tersebut dengan melakukan satu 'flik'.Minit ke-55 THT dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti ketiga namun kali ini 'flik' yang dilakukan Jang Jonghyun berjaya ditampan oleh Mohamad Sukri Abdul Mutalib dan THT terlepas peluang terbaik untuk kembali berada di hadapan.Kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.Sempena perlawanan merebut Piala Sumbangsih, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyumbangkan RM5,000 kepada Rumah Ehsan Dungun.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.SUMBER: MALAYSIAN HOCKEY CONFEDERATION
11 Jan 19
67
Empty Image
Abang Korban Nyawa Selamatkan Adik
Lokasi kejadian merupakan lokasi yang sama meragut nyawa lima sekeluarga pada Disember 2015.HULU TERENGGANU, 11 Januari - Kegembiraan sebuah keluarga meluangkan cuti hujung minggu bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas ketika mandi di Air Terjun Belukar Bukit, Ajil, di sini, hari ini.Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, mangsa yang merupakan bekas penuntut Akademi Binaan Malaysia (ABM) Johor, Mohd Aisar Hisyam Mohd Kamal, 22, cuba menyelamatkan adiknya, Nur Aifaa Diyana, 21, yang hampir lemas ketika mandi di kawasan air terjun terbabit bersama ahli keluarga yang lain.Melihat keadaan itu, mangsa terjun untuk menyelamatkan adiknya sebelum kedua-duanya tenggelam ke dalam air dan salah seorang ahli keluarga hanya sempat menyelamatkan adik mangsa.Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat, PBK2 Zuraidi Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.00 petang sebelum menggerakkan lapan anggota dan satu jentera ke lokasi."Mangsa ditemui pada jarak 20 meter dari lokasi kejadian pada kedalaman lima hingga tujuh meter dengan bantuan pihak bomba dan orang ramai."Manakala adik mangsa telah diselamatkan orang awam yang berada di tempat kejadian dalam keadaan pengsan dan diberi bantuan pernafasan. Mangsa kini mendapat rawatan di Hospital Hulu Terengganu," ujarnya.Mayat mangsa yang berasal dari Parit Sulong, Johor Bahru dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tujuan bedah siasat.Untuk rekod, ini merupakan kes lemas pertama di kawasan perkelahan itu pada tahun ini dengan kejadian terakhir pada Disember 2015 yang membabitkan lima sekeluarga dan seorang pelajar politeknik pada 2017.
11 Jan 19
219
Empty Image
Terap Patuh Syariah Tanpa Abai Kualiti
Oleh: Mohd Irsyadi Abu BakarKUALA TERENGGANU, 11 Januari - Penerapan pematuhan syariah dalam pelbagai industri tanpa mengabaikan kualiti perlu diteruskan Kerajaan Terengganu.Naib Pengerusi Reformsports, Musab Macit Harun berkata, beliau mendapati Kerajaan Terengganu berjaya melaksanakan perkara tersebut di peringkat negeri."Kami melawat hospital, hotel dan beberapa tempat dan mendapati perkhidmatan yang disediakan berkualiti tinggi."Kami melihat Kerajaan Terengganu berjaya dalam mengawal perkhidmatan di peringkat negeri dan berharap kejayaan ini dapat diteruskan," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika melawat Hospital Kuala Terengganu Specialist (KTS), kelmarin.Beliau yang hadir bersama Ketua Pegawai Kewangan Reformsports, Mehmet Ersin Erdogan turut melakukan kunjungan ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk melihat keadaan dan potensi stadium tersebut.Dalam kunjungan itu, Musab mewakili Reformsports, sebuah syarikat pakar dalam pembinaan fasiliti padang dan stadium berpusat di Turki menyatakan kesediaannya untuk membantu proses baik pulih SSMZA."Kita bersedia membantu memulihkan stadium ini sekiranya diperlukan," katanya.Delegasi dari Turki itu turut mengadakan kunjungan hormat bertemu Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di pejabatnya dan melawat Paya Bunga Hotel di Kuala Terengganu.
11 Jan 19
90
Empty Image
Imarahkan Masjid Tanggungjawab Bersama
Foto - HanifHULU TERENGGANU, 10 Januari - Kehebatan sesebuah masjid bukan sahaja bergantung kepada seni bina semata-mata tetapi sejauh mana tahap pengimarahannya dalam membina masyarakat cemerlang dari sudut akhlak dan pekertinya.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, masjid adalah antara tempat yang paling suci bagi umat Islam dan juga lambang kemajuan dan perpaduan umat Islam tanpa mengira kedudukan, warna kulit mahupun keturunan.“Masjid sebagai pusat penghayatan cara hidup Islam di peringkat masyarakat. Ia perlu diimarahkan sebagai tempat persepakatan komuniti untuk menjana kekuatan umat dari segi hubungan dengan Allah, intelektual, ukhuwah, ekonomi, jaringan sosial, kebajikan, gerakan sivil dan banyak lagi.“Kesemuanya itu bertujuan untuk menzahirkan cara hidup Islam yang syumul oleh komuniti setempat, dengan itu keindahan Islam itu bukan lagi berada di dalam hati Mukmin, tetapi dapat dilihat oleh masyarakat bukan Islam,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada Majlis Penyerahan Projek Merekabentuk, Membina Dan Menyiapkan Sebuah Masjid di Kampung Kuala Kejir dan Kampung Tanggol, Kuala Berang, di sini hari ini.Gimik penyerahan masjid daripada kontraktor kepada Jurutera Daerah sambil disaksikan oleh Dr Mamad Puteh dan Pegawai Agama Daerah.Tambahnya lagi, memakmurkan masjid bererti mengisi masjid dengan ibadah-ibadah yang bermanfaat bagi diri sendiri dan juga masyarakat, seperti solat berjama’ah, mengadakan majlis ilmu dan tazkirah, membaca al-Quran dan buku-buku yang bermanfaat dan sebagainya.“Masyarakat setempat boleh mengusahakan apa sahaja perkara yang boleh menjadikan masjid selesa untuk didatangi dan digunakan, sehingga pada akhirnya masjid merupakan tempat yang disukai untuk dikunjungi oleh umat Islam.“Dan saya penuh yakin dan percaya jika usaha-usaha untuk mengimarahkan rumah Allah ini dimulakan dengan niat tulus suci dan murni, saya percaya Allah akan melorongkan kepada jalan yang lebih luas  dan mudah serta dilimpahkan rahmat-Nya kepada mereka kerana berjuang di jalan-Nya,” kata Dr. Mamad.
10 Jan 19
92
Empty Image
16,000 Rakyat Terengganu Bakal Nikmati Pembangunan Setiu Wetlands
SETIU, 10 Januari - Sekitar 16,000 penduduk yang tinggal di dalam jajaran Taman Negeri Setiu Wetlands akan menerima manfaat pembangunan pengurusan dan pemeliharaan tanah bencah itu di masa akan datang.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, pelaksanaan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pemeliharaan dan Pengurusan Setiu Wetlands sangat penting supaya pembangunan yang dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.“Kita akan memastikan bahawa apa-apa pembangunan termasuklah pertanian, perlombongan dan perumahan atau penternakan mesti mengikut garis panduan PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) barulah ia akan menjamin kelestarian di Setiu Wetlands.“Tanpa pelan perancangan, akhirnya akan menyebabkan kita hilang satu khazanah penting dalam negara,” katanya kepada pemberita ketika hadir merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam RKK tersebut di Sungai Tarom, hari ini.Setiu Wetlands miliki pelbagai khazanah unik dan penting.Majlis tersebut mengetengahkan perancangan  kerajaan negeri untuk memelihara dan memulihara tanah bencah dengan sembilan ekosistem itu kepada umum untuk mendapatkan pandangan dan respon rakyat.RKK boleh disemak di empat lokasi utama iaitu Majlis Daerah Setiu, Pejabat Daerah dan Tanah Setiu, PLANMalaysia@Terengganu dan Pejabat PLANMalaysia Projek Zon Timur di Kuala Terengganu.Selain itu, lima lokasi semakan bergerak akan turut diadakan bertempat di lokasi tumpuan sekitar Setiu bermula 10 Januari hingga 30 Januari.Dr. Alias berharap RKK yang dipamerkan akan mendapat penyertaan masyarakat setempat.“Kita mengharapkan kerjasama masyarakat setempat untuk memberikan pandangan dan suara dalam usaha kerajaan negeri menjaga kelestarian Setiu Wetlands untuk generasi akan datang,” katanya.Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah dan Pemangku Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia, Dato’ TPr. Mohd Anuar Maidin, Pemangku Pengarah PLANMalaysia Terengganu, Norhasnita Abd Samad dan Pengarah Taman Negeri, YM. Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.  
10 Jan 19
253
Empty Image
Amil Zakat Perlu Proaktif Tangani Masalah Asnaf
KUALA TERENGGANU, 10 Januari - Amil zakat di Terengganu perlu proaktif dalam menangani aduan daripada setiap asnaf supaya masalah golongan tersebut akan sentiasa dapat dibantu.Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato' Osman Muda berkata, tugasan golongan itu bukan hanya mengutip zakat fitrah pada bulan Ramadhan sahaja, malah perlu menumpukan tanggungjawab itu sepanjang tahun.Katanya, paling penting adalah kerjasama dengan pemimpin setempat bagi  mendapatkan maklumat  secara terperinci tentang golongan mana yang perlu diutamakan."Setiap amil perlu memberi tumpuan kepada masyarakat yang tidak mampu bekerja, uzur, warga emas, pesakit terlantar atau mana-mana asnaf yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 dan mempunyai tanggungan ramai."Pendekatan itu penting bagi mengelak masyarakat di negeri ini terus dibelenggu kemiskinan," katanya.Beliau berkata demikian selepas Program Multaqa Amil Zakat Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, hari ini.Osman turut memberitahu,  sehingga akhir tahun lalu hanya 5,000 daripada 30,000 penduduk di seluruh negeri masih tersenarai dalam sistem e-Kasih dan berada di bawah paras kemiskinan."Setiap tahun kami menerima lebih 40,000 permohonan untuk mendapatkan pelbagai jenis bantuan."Antaranya, bantuan bulanan, bina rumah, bencana alam, hemodialisis dan bantuan pendidikan," katanya.
10 Jan 19
99
Empty Image
Sarang Judi Dimusnahkan
Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 10 Januari - Sarang perjudian yang berselindung di sebalik kawasan perkuburan berhampiran parkir di Jalan Banggol dan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, `dibersihkan'  Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, semalam.Operasi memusnahkan kawasan perjudian yang dikatakan beroperasi pada waktu malam itu juga bertujuan untuk membersihkan sekitar perkuburan berkenaan dari semak samun dan sampah sarap yang mencacatkan pemandangan bandaraya.Kerja-kerja pembersihan bermula seawal jam 8.30 pagi disertai kira-kira 40 pegawai dan kakitangan MBKT dan JHEAT.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, kerajaan negeri amat memandang serius masalah yang dikatakan sudah berlaku sejak sekian lama sekali gus operasi berkenaan memberi kelegaan kepada komuniti setempat yang tidak selesa dan bimbang keselamatan mereka dengan kewujudan aktiviti jenayah seumpama itu."Rata-rata komuniti setempat yang hadir memberitahu mereka menunggu operasi ini sejak sekian lama dan alhamdulillah hari ini kerajaan baharu telah melunaskan hasrat membanteras gejala itu."Kita akan terus memantau lokasi yang menjadi `sarang ' aktiviti tidak bermoral yang jelas bercanggah dengan undang-undang agama dan negara kita ini dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui media Urusetia Penerangan Darul Iman di kawasan operasi, semalam.Turut serta dalam operasi itu, Ahli Majlis MBKT, Khairuddin MohamadKpp penguatkuasaan kita nik zulhaiza ketua operasi gotong royong semalam.Ahmad berkata, langkah membanteras aktiviti tidak bermoral itu sudah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan negeri dan rakyat berada dalam keadaan aman, sejahtera serta patuh  kepada undang-undang mahupun syariat Allah SWT.
09 Jan 19
26