lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Lembu Berkeliaran Undang Tragedi Maut
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 14 Januari - Pemilik haiwan ternakan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi dinasihatkan tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran di jalan raya kerana tindakan itu boleh mengundang kemalangan maut.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, sikap tidak prihatin segelintir penternak  boleh menjadi punca tragedi dan mengancam nyawa orang awam terutama apabila dibiarkan bebas pada waktu malam."Saya menasihatkan begini kerana melihat banyak lembu berkeliaran di jalan dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) ke Paka yang juga antara punca  tragedi maut melibatkan jiran saya, beberapa hari lalu."Mangsa berkhidmat di Kuala Lumpur akan bersara Februari nanti dan balik ke AMBS untuk menguruskan hal pencennya, namun ajalnya tiba apabila melanggar lembu yang dibiar tanpa pengawasan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media semalam sebagai mengulas mengenai kejadian maut melibatkan mangsa, Zahari Ngah, 60, di jalan yang sama, baru-baru ini.Ghazali memberitahu, berdasarkan maklumat yang diperolehinya, mangsa pada awalnya gagal mengelak dari melanggar lembu berkeliaran sebelum terbabas dan kemudian dilanggar pula kereta yang melalui tempat kejadian.Katanya, akibat kejadian itu, mangsa maut di tempat kejadian berikutan kecederaan parah.
14 Jan 19
46
Empty Image
RTB Darat Beri Sinar Buat Penduduk Minda
Ghazali sedang memberikan penerangan tentang RTB kepada sebahagian penduduk Kampung Minda yang hadir di sesi taklimat.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 14 Januari - Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Darat menjadi harapan penduduk Kampung Minda untuk diusahakan bagi menjana sumber pendapatan sampingan mereka.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, RTB  Darat merupakan projek yang telah diangkat semula pada September tahun lepas.Katanya, RTB merupakan pengagihan lot tanah secara adil."Alhamdulillah, walaupun baru diangkat permohonan, namun tindak balas dari Pentadbir Tanah Daerah (PTD) Dungun begitu cepat dalam proses bagi mendapatkan geran."Secara tidak langsung ianya telah memberi sinar harapan kepada penduduk di sini, yang amat berhajat bagi memiliki tanah untuk bercucuk tanam," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas taklimat RTB berkenaan, di Kampung Minda, di sini hari ini.Ghazali berkata, tanah yang bakal diperoleh perlu diusaha dengan bersungguh-sungguh dan bukannya mempunyai niat untuk menjual semula terutama kepada anak-anak muda yang memohon."Kita sedia maklum bahawa rakyat Terengganu semakin bertambah, sedangkan tanah tidak bertambah."Lot tanah bagi RTB pertanian untuk tanaman kontang adalah seluas satu hektar, manakala bagi getah dan sawit adalah dua hektar dan manakala bagi perumahan pula ialah satu hektar dibahagi empat," katanya.Walau bagaimanapun, syarat-syarat kelayakan bagi memohon RTB berkenaan adalah tertakluk pada dasar tanah kerajaan negeri.
14 Jan 19
70
Empty Image
Pusat Sehenti Usahawan Beroperasi Februari Ini
KUALA TERENGGANU, 14 Januari - Pusat Sehenti Usahawan di bawah kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) yang akan ditempatkan di Pusat Khidmat Masyarakat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal beroperasi Februari ini.Pelbagai maklumat berkaitan keusahawanan akan disalurkan melalui pusat itu, termasuk menyediakan kaunter khidmat nasihat, agihan borang pinjaman dan pusat aduan.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman berkata, pihaknya akan menempatkan beberapa orang petugas bertujuan memudahkan orang ramai dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berurusan.Katanya, sumber maklumat bukan hanya terhad berkaitan keusahawanan YPUT malah pelbagai aspek yang melibatkan agensi-agensi lain."Antaranya, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat ( MARA) dan Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)."Orang ramai terutama yang mahu belajar berniaga perlu mengambil peluang itu supaya perniagaan masing-masing berkembang pesat,"  katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sembang Usahawan Bersama Exco di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini hari ini.Nurkhuzaini turut memberitahu, pihaknya mengakui mengenakan beberapa syarat tertentu termasuk tempoh perniagaan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum pinjaman YPUT pelbagai kategori diluluskan."Langkah itu sebagai komitmen selain mengelak peminjam lari daripada membayar hutang," katanya.
14 Jan 19
109
Empty Image
50 Unit Rumah Mampu Milik Di Bukit Payong Dijangka Siap Jun Ini
Oleh: Muhammad Syafiq Syakirin Mohamad RauziMARANG, 14 Januari - Pembinaan 50 unit rumah mampu milik (RMM) menerusi Program Rumah Sejahtera di Kampung Mak Kemas, Bukit Payong dijangka siap Jun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berpuas hati dengan perkembangan semasa projek perumahan tersebut dan berharap tiada lagi halangan yang melambatkan pembinaan rumah berkenaan.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, projek yang dijadualkan mengambil masa setahun untuk disiapkan itu, melibatkan kos sebanyak RM2.94 juta telah dimulakan pada 5 Februari 2018, namun tertangguh selama empat bulan kerana masalah teknikal.“Saya rasa bersyukur kerana di Bukit Payong ada Program Rumah Sejahtera bagi memberikan kemudahan memiliki kediaman sendiri kepada rakyat berpendapatan rendah.Sekarang ini, projek sudah siap 34 peratus kerana sedikit masalah teknikal dan berjaya diteruskan sekarang ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek berkenaan.Turut sama dalam lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak, ADUN Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed dan Penghulu Mukim, Zafiri Mohd Zaki.
14 Jan 19
519
Empty Image
Al-Quran Bukan Sekadar Bacaan
Oleh: Amiirullah MansorDUNGUN, 14 Januari - Al-Quran adalah kalamullah yang mengandungi mukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril, ditulis dalam mashaf, dipindahkan secara mutawatir dan membacanya dinilai sebagai ibadah.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi juga perlu difahami dan dipraktikkan secara terperinci serta diamalkan, bukan sekadar untuk disimpan di tempat yang dikhaskan.Menurutnya lagi, mereka juga perlu faham mengenai segala maksud dan tafsiran yang ingin disampaikan melaluinya walaupun ia diturunkan dalam bahasa Arab manakala umat Islam itu sendiri terdiri daripada pelbagai bangsa yang mempunyai dan menggunakan bahasa mereka sendiri selain daripada bahasa Arab termasuk bahasa Melayu."Kalau kita ada seorang kekasih yang bukan sebangsa dengan kita mengutuskan surat, sudah pasti kita ingin memahami hasrat yang ingin disampaikan dan kita pasti akan mencari orang yang boleh menterjemahnya walaupun sepotong perkataan," ucapnya ketika merasmikan  Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Dungun di Masjid An-Naim Sura Jetty semalam.Turut hadir, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun, ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.Jelasnya, umat Islam hari ini tidak boleh memberi alasan sukar untuk mendapatkan ilmu khususnya dalam memahami al-Quran."Amat rugi kepada kita jika al-Quran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad itu kita tidak tadabbur walaupun Allah kurniakan umur yang panjang tetapi digunakan untuk kelalaian."Bahkan amat malang lagi apabila kita gagal untuk membacanya kerana kesibukan dunia dengan pelbagai perkembangan teknologi sains, memudahkan kita mengakses sumber ini (al-Quran dan Hadis)," ujarnya lagi.Sementara itu, johan qari disandang oleh Mustafa Ali manakala qariah pula dimenangi oleh Nadrah Ahmad Marzuki.Kesemua pemenang akan mewakili Dungun di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan pada 29 hingga 31 Januari ini bertempat di Majlis Perbandaran Kemaman.
13 Jan 19
248
Empty Image
"Datang Dan Rasai Sendiri Keindahan Paya Bunga Hotel Terengganu" - Abdul Hadi
Abdul Hadi.KUALA TERENGGANU, 14 Januari - Pengunjung seluruh dunia, rakyat Malaysia dan Terengganu khususnya dipelawa merasai sendiri keindahan dan kelainan hotel patuh syariah milik kerajaan negeri, Paya Bunga (PB) Hotel Terengganu.Pemangku Pengurus Besar PB Hotel, Abdul Hadi Alias berkata, lokasi hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu itu menawarkan capaian ke banyak tempat menarik di kawasan sekitar. "Untuk ke Pasar Payang misalnya hanya memerlukan kita berjalan kaki tidak sampai lima minit."Selain itu, hentian bas yang terletak bersebelahan hotel memudahkan pengunjung untuk bergerak menggunakan kemudahan awam," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di hotel berkenaan, hari ini.Ditanya tentang konsep PB Hotel yang menjadi bualan netizen di media sosial baru-baru ini, beliau menyatakan rasa bangga dengan pelaksanaan patuh syariah yang diperkenalkan."Secara fizikal, pematuhan syariah yang dilaksanakan ialah menjaga aspek keperluan ibadah pengunjung Muslim seperti menyediakan sejadah, kain pelikat dan al-Quran di dalam bilik.Pematuhan syariah tidak membataskan keriangan bercuti."Paling menarik, telekung turut disediakan dan ini memudahkan pengunjung wanita selain buku-buku berkaitan agama untuk bacaan santai."Kita ada juga perdengarkan azan dan pengisian agama dari masa ke masa."Bagaimanapun, buat pengunjung bukan Muslim, tidak perlu bimbang."Pematuhan syariah Islam adalah penerapan etika, nilai dan disiplin dalam perkhidmatan menjadikan ia sesuai dengan semua golongan," katanya.Beliau menambah, pengunjung juga pasti tertarik dengan pelbagai jenis makanan yang disediakan."Kami memiliki chef yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang perhotelan untuk menjamu anda."Dari tingkat 11 di mana saya berdiri ini,  kita boleh melihat panorama seluruh bandar dan pantai Kuala Terengganu yang indah."Saya sukacita menjemput pengunjung daripada seluruh dunia menikmati sendiri keindahan dan keunikan hotel kami," katanya.
13 Jan 19
1237
Empty Image
Kerajaan Terengganu Terbuka Terima Teguran
Wan Sukairi (tengah)  beramah mesra dengan anak Terengganu di Melaka semalam.AYER KEROH, 14 Januari - Anak Terengganu di perantauan diminta menjadi penasihat kepada kerajaan negeri dan sentiasa mengikuti perkembangan pentadbirannya melalui saluran yang sah supaya maklumat sebenar sampai kepada mereka.Ini kerana Kerajaan Terengganu hari ini adalah kerajaan rakyat,  semua pihak mempunyai hak memberi pandangan untuk memastikan kerajaan negeri berada di landasan yang betul.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)  negeri,  Wan Sukairi Wan Abdullah berkata,  tidak ada halangan sesiapa yang mahu mengkritik kerajaan negeri tetapi ia perlu disusuli dengan cadangan yang membina demi kebaikan semua pihak sama ada rakyat ataupun kerajaan."Kritik membina tidak ada masalah (untuk dibuat oleh sesiapa pun) tetapi di samping kita kritik,  kita beri cadangan yang membina."Ini kerana Kerajaan Terengganu adalah kerajaan rakyat,  tidak ada masalah bagi kerajaan mendengar dan menerima semua pandangan yang membina bagi kebaikan kita bersama," katanya ketika menjawab soalan peserta sesi dialog di Majlis Ramah Mesra Bersama Exco di sebuah resort di sini semalam.Turut hadir, Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU), Prof Dr Kamaruzaman Yusoff dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.Sementara itu, Wan Sukairi ketika bercakap kepada pemberita menjelaskan bahawa majlis seumpama itu akan diadakan di seluruh negara termasuk di Perak,  Kedah,  Perlis dan Pulau Pinang.Wan Sukairi (tengah)  menjawab pertanyaan anak Terengganu di Ayer Keroh Melaka semalam.Ia katanya bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dengan anak Terengganu di perantauan.Di samping itu, ia menjadi platform untuk menyebarluaskan segala maklumat mengenai  tawaran dan kemudahan disediakan oleh kerajaan negeri kepada rakyat yang tinggal dalam negeri Terengganu sendiri dan di perantauan.Beliau mengharapkan rakyat Terengganu di perantauan sentiasa memberi cadangan dan pandangan membina kepada kerajaan negeri agar pentadbirannya lebih efisien.   
13 Jan 19
39
Empty Image
Umat Islam Wajib Berpegang Pada Al-Quran Dan Sunnah
Oleh: Ahmad FadhilahMarang, 13 Januari - Umat Islam perlu berpegang kepada ajaran al-Quran bagi melahirkan sebuah negara yang maju dan harmoni dan dalam masa yang sama melahirkan generasi ulul albab yang berjaya mengikut acuan kitab suci Allah.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, tujuan di sebalik majlis yang diadakan ini bukan sekadar untuk mendengar kemerduan qari dan qariah yang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran, tetapi untuk menghayati intisari pengajaran yang dibawa oleh al-Quran supaya dapat dijadikan panduan hidup. Jelasnya, pada hari ini, umat Islam berdepan dengan pelbagai masalah sosial, keruntuhan akhlak, kepincangan budaya, keruntuhan institusi keluarga dan seumpamanya kerana umat Islam selalu lalai dan alpa kepada perintah Allah yang menyuruh kita berpegang dan kembali kepada al-Quran.“Saya ingin menyeru kepada semua, marilah kita sama-sama memupuk semangat ukhuwah dan penyatuan sesama kita serta kibarkan dakwah dan bersama bangunkan negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. “Kerajaan Terengganu berazam dan memberi komitmen yang tinggi untuk terus melebarkan risalah dakwah Islamiah berpandukan ajaran al-Quran dan as-Sunnah dengan penuh kesantunan tanpa mengabaikan hak dan kepentingan masyarakat umum,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Marang di Masjid Kampung Tebakang, Alur Limbat, baru-baru ini.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong, Pegawai Daerah Marang, Mat Azmi Arshad dan Pegawai Agama Daerah Marang, Ustaz Engku Omar Amiruddin Engku Ali.Seramai sembilan orang peserta bertanding mengikut kategori iaitu lelaki dan wanita.Wan Amirul Shamnie Wan Rosli.Sementara itu, Wan Amirul Shamnie Wan Rosli, 30, dinobatkan sebagai johan qari bagi peringkat Daerah Marang.Beliau yang tinggal di Kampung Sena Rendang, bertugas sebagai bilal di Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali Masjid Terapung.“Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana telah dinobatkan sebagai johan qari, saat yang ditunggu-tunggu selama ini akhirnya menjadi kenyataan.“Sebenarnya saya telah menyertai pertandingan ini selama tiga tahun tetapi mungkin belum ada rezeki kerana gelaran johan belum lagi menjadi milik saya masa itu.“Dan insya-Allah, apa yang juri beritahu sebentar tadi, akan saya perbaiki terutama dari segi fasohah (sebutan) yang saya agak lemah," ujarnya lagi.Kesemua pemenang layak ke tilawah al-Quran peringkat negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.
13 Jan 19
308
Empty Image
Terengganu Kembang Hab Pasaran Lembu Sado
Dr. Azman harap pengusaha gunakan peluang sebaik mungkin.KUALA TERENGGANU, 13 Januari - Kerajaan Terengganu bakal melaksanakan program penggandaan induk bagi mengembangkan industri daging Lembu Sado dengan slogan 'Mu Buat Kami Bantu'.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, kerajaan mensasarkan 80 pengusaha negeri itu bakal dibantu bagi meningkatkan produktiviti pasaran ternakan itu."Bagi tahun 2019, Kerajaan Terengganu mensasarkan program peringkat pertama melibatkan 10 penternak setiap daerah."Dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), kita akan mengeluarkan separuh modal mendapatkan induk (benih) lembu dan separuh lagi iaitu kos penternakan dibiayai penternak, sesuai dengan slogan tersebut.Tan Sri Halim tawar penerokaan pasaran luar negara untuk industri Lembu Sado."Ini bertujuan mengembangkan industri ini. Pembangunan industri Lembu Sado dilihat mampu memenuhi pasaran daging tempatan."Kapasiti penternakan yang ada hari ini hanya mampu memenuhi 30 peratus permintaan daging."Berdasarkan data yang ada, kita melihat potensi 70 peratus pasaran yang boleh diterokai oleh pengusaha-pengusaha negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis 'Business Matching' Hab Lembu Sado Terengganu di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, hari ini.Dalam majlis itu, kerajaan negeri memeterai usaha sama bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dengan bantuan tokoh perniagaan, Pengerusi Halim Mazmin Berhad, Tan Sri (Dr.) Halim Mohammad untuk memajukan industri daging Lembu Sado ke tahap lebih tinggi.Dr. Azman turut berharap pengusaha negeri itu menggunakan peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya."Hari ini kita mempunyai persetujuan bersama untuk meneroka usaha sama bersama JPV yang boleh menjana pendapatan untuk rakyat kita."Tan Sri yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menawarkan kesediaan untuk mencari pasaran luar bagi meningkatkan permintaan daging Lembu Sado," katanya.Perkhidmatan Veterinar bersedia hadapi peningkatan produk ternakan Lembu Sado. Dalam pada itu, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Dato' Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam memaklumkan, kini terdapat sebanyak 22,000 ekor Lembu Sado di seluruh negara."Dengan pengeluaran 3,700 metrik tan daging lembu ini tahun lalu, kita mensasarkan untuk meningkatkan sasaran 40,000 ekor lembu pada masa akan datang," katanya.
13 Jan 19
203
Empty Image
Sikap Masyarakat Punca Kes Denggi
Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 13 Januari -Sikap tidak endah segelintir masyarakat dengan kebersihan kawasan kediaman serta persekitaran perumahan dilihat antara faktor penyumbang pembiakan aedes sehingga merebaknya penyakit demam denggi.Timbalan Pengarah Kesihatan Awam Negeri, Dr Kasmani Embong berkata, sikap pemilik kediaman yang tidak mengambil berat tentang bekas terbuka mengakibatkan berlakunya takungan air semasa musim hujan dan secara tidak langsung menjadi sarang pembiakan aedes."Masyarakat kita perlu berubah dari segi sikap dengan menjadikan persekitaran kediaman masing-masing selamat daripada pembiakan aedes sama ada di dalam atau di luar rumah," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Program Gotong-Royong Basmi Aedes anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Perkarangan Masjid Duyong Kecil,semalam.Turut hadir, Ahli Majlis MBKT, Harun Salleh.Katanya, sebanyak 24 kes denggi dicatatkan sehingga 5 Januari 2019 dengan peningkatan 2400 peratus (23 kes) berbanding dalam tempoh yang sama untuk tahun 2017 tanpa kematian direkodkan.Sehubungan itu katanya, orang ramai juga diingatkan segera ke klinik atau hospital berdekatan jika terdapat anggota keluarga yang demam bagi mendapatkan rawatan segera.
13 Jan 19
580