lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Bantuan Awal Persekolahan RM100 Diagih Januari
Bantuan RM100 untuk pelajar dari isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah bermula Januari ini.KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM100 kepada setiap murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah mula diagihkan Januari ini.Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi tanggungjawab kepada pihak sekolah untuk mengagihkan bantuan itu dengan segera bagi meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan.Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, KPM akan menyalurkan peruntukan secara  terus ke akaun sekolah terlibat selepas mendapat pengesahan mengenai bilangan murid yang layak daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Bahagian Pendidikan Swasta (BPS)."Setiap pelajar akan menerima RM100 seorang dan agihan bakal dibuat pada bulan ini.“Bagaimanapun, sekiranya tidak mencukupi, pihak sekolah boleh memohon peruntukan tambahan sehingga 30 April ini,” katanya.Untuk rekod, peruntukan yang berjumlah RM312 juta  itu melibatkan seramai 3,121,774 pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di 10,175 buah Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.Sebanyak RM16 juta lagi diperuntukkan untuk Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri yang diuruskan oleh  Jakim serta sekolah swasta yang berdaftar dengan BPS .Bantuan itu hendaklah diagihkan dalam bentuk tunai sepenuhnya dan sebarang pemotongan serta agihan selain daripada kaedah tersebut adalah tidak dibenarkan sama sekali.
15 Jan 19
231
Empty Image
DITC Perkukuh Modal Insan
Oleh: Muhammad Husaif MamatKEMAMAN, 15 Januari -  Kerajaan negeri akan terus mem­perkukuhkan pembangunan modal insan melalui Darul Iman Training Centre (DITC) bagi memastikan kelangsungan negeri dalam aspek pentadbiran, ekonomi dan sosial lebih terjamin pada masa depan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, DITC yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pupuk Semangat Negeri Terengganu (Pupuk) akan terus diperkasa sebagai pusat latihan berimpak tinggi.Jelasnya lagi, DITC juga mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia merupakan satu-satunya pusat latihan yang berkonsepkan hotel dan juga digabungkan dengan persekitaran yang cantik."Ianya bertepatan dengan peranan yang dimainkan oleh DITC yang dilihat mempunyai pelbagai komponen yang merangkumi pelbagai aspek."Aspek pendidikan, pembinaan modal insan dan latihan modal insan adalah suatu perkara yang sangat penting dan diberi penekanan serius oleh kerajaan negeri yang ada pada hari ini untuk menyediakan anggota masyarakat dan warga negeri Terengganu bagi turut sama membangunkan negeri," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Dewan Dato' Seri Tuan Guru di DITC, Teluk Kalong, di sini, hari ini .Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman,Hadir sama, Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Kemaman, Alias Abdul Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Abdul Razak Ibrahim, ADUN Batu Burok, Abdul Khalil Abdul Hadi serta ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi .Untuk rekod, peranan yang dimainkan oleh DITC sangat besar kerana bukan sahaja berperanan membangunkan modal insan tetapi juga sebagai tempat pembelajaran sepanjang hayat.Pada asalnya, Pupuk (kini DITC) hanya memiliki beberapa unit bangunan kecil yang menempatkan kediaman peserta kursus, dewan, surau dan kemudahan riadah.Namun, kemudahan itu dibina semula dengan berkonsepkan kediaman ala resort dan hotel serta fasiliti serta penginapan setanding dengan hotel-hotel bertaraf lima bintang.Ditambah pula dengan persekitaran yang damai, DITC sememangnya menjanjikan kelainan kepada peserta kursus dan orang awam yang mahu menginap di sini.Bagi yang menyukai aktiviti 'jungle tracking' pula, di sebelah belakang DITC bukit dan hutan yang menghijau menjanjikan pengalaman berbeza untuk penggemar aktiviti pendakian dan aktiviti lasak.
15 Jan 19
220
Empty Image
Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM Banteras Rasuah - MB Terengganu
Dr.Ahmad Samsuri menyempurnakan gimik perasmian Dewan Dato' Seri Tuan Guru di Darul Iman Training Centre (DITC),Teluk Kalong, Kemaman.KEMAMAN, 15 Januari - Kerajaan negeri sedia bekerjasama penuh dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap mana-mana laporan yang melibatkan penjawat awam di Terengganu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  integriti penjawat awam merupakan asas utama kerajaan negeri bagi memastikan pentadbiran yang diketuai beliau bersih daripada gelaja rasuah.Tambah beliau, pihaknya akan memerangi gejala itu yang boleh menjejaskan kepentingan negeri dan rakyat termasuk memastikan statistik penjawat awam terlibat dalam gejala rasuah dapat dibendung pada masa depan."Sudah tentu menjadi hasrat kita untuk meningkatkan integriti dalam pentadbiran kerajaan negeri. Pihak berkuasa membuat siasatan mengikut laporan isu rasuah yang dibuat dan kita sangat terbuka dengan pihak SPRM dalam hal ini dalam usaha memastikan pertadbiran kita bersih daripada gejala rasuah," katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Dewan Dato' Seri Tuan Guru di Darul Iman Training Centre (DITC), Teluk Kalong, Kemaman, di sini, hari ini.Turut hadir, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DITC, Shuhaimi Embong.Beliau turut mengulas mengenai dakwaan kemungkinan 95 pegawai tadbir kanan kerajaan negeri yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 16 Januari adalah susulan isu rasuah melibatkan seorang pegawai daerah di negeri ini."Ia tiada kaitan dengan kes rasuah kerana ia datang kemudian selepas senarai pertukaran dikeluarkan dan  itu adalah perkara biasa malah akan ada lagi pertukaran melibatkan pegawai-pegawai tadbir pada Mei dan Jun nanti," kata Ahmad Samsuri.Jelasnya lagi, pertukaran ini adalah perkara biasa yang berlaku dalam pengurusan apabila melibatkan pegawai yang akan berpencen bagi memantapkan lagi urusan pentadbiran negeri.Sementara itu, kerajaan negeri belum membuat keputusan untuk menaikkan tarif air dan akan berbincang dengan Kerajaan Pusat mengenai beberapa perkara berkaitan kemudahan itu."Setakat ini kita belum ada keputusan sama ada akan ada kenaikan atau tidak. Kerajaan negeri sedang mendapatkan 'feedback' dari pihak kementerian dan keputusan mengenainya akan diberitahu apabila tiba masa yang sesuai," katanya.
15 Jan 19
141
Empty Image
Abdul Hadi Akan Bantu Kempen Di PRK Cameron Highland
Dato' Seri Abdul Hadi menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada petugas DITC di Majlis Perasmian Dewan Dato' Seri Tuan Guru DITC di Teluk Kalong, Kemaman.KEMAMAN, 15 Januari - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang akan memberi kerjasama untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland pada 26 Januari ini bagi membantu calon Barisan Nasional (BN).Abdul Hadi berkata, beliau juga tidak mahu meletakkan undi PAS sebagai penentu kemenangan calon BN kerana ia hanya akan diketahui selepas PRK nanti melalui 'post mortem'."Namun begitu, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum yang lepas, jumlah pengundi PAS perlu diambil kira dalam kemenangan calon."Insya-Allah kita akan memberi kerjasama kepada calon parti pembangkang , beliau tidak mewakili UMNO, PAS atau mana-mana parti, hanya menggunakan lambang parti BN."Saya akan turun sendiri berkempen pada hari Ahad ini bagi memastikan penyokong-penyokong PAS keluar pada hari mengundi sebagai tanda sokongan dan kerjasama," katanya.Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Dewan Dato' Seri Tuan Guru di Darul Iman Training Centre (DITC),Teluk Kalong, Kemaman, di sini, hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DITC, Shuhaimi Embong.Hadir sama, Mursyidul Am PAS, Dato' Haji Hashim Jasin.Sebelum ini, PAS bersetuju dengan calon yang dikemukakan BN dalam PRK Cameron Highland kerana bertepatan dengan suasana semasa dan geopolitik di kawasan berkenaan.
15 Jan 19
132
Empty Image
Sembang Kedai Kopi Selami Masalah Rakyat
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 14 Januari - Program Sembang Kedai Kopi menjadi antara cara berkesan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, aktiviti begitu dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk kampung."Masalah dan rungutan penduduk kampung dapat didengari serta disalurkan secara terus kepada pihak pejabat agar tindakan selanjutnya dapat direalisasikan.“Segala aduan yang kami dapat hari ini akan cuba diatasi sebaik mungkin oleh pihak pentadbir supaya rakyat sentiasa sejahtera," katanya dalam pertemuan bersama penduduk kampung di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Kampung Lak Lok, di sini, semalam.Program itu dicetuskan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jerteh dengan kerjasama Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh.Program dua hala itu mensasarkan kedai sarapan pagi yang menjadi tumpuan penduduk kampung sebagai lokasi pertemuan dan akan berlangsung dari masa ke masa.
14 Jan 19
1871
Empty Image
SRIDI Jadi Pilihan Ibu Bapa
Antara tetamu yang hadir di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Dungun,di Masjid An-Naim Sura Jetty Dungun.Oleh: Amiirullah Mansor DUNGUN, 14 Januari - Langkah kerajaan negeri menubuhkan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) disambut baik ramai ibu bapa apabila pusat pendidikan itu kini menjadi pilihan utama untuk menempatkan anak masing-masing di SRIDI yang berdekatan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, respon baik masyarakat terhadap pendidikan berasaskan agama menyebabkan penempatan pelajar di sekolah itu melebihi had yang sepatutnya."Ini menggambarkan 'signal' bahawa masyarakat hari ini ingin pendidikan Islam yang lebih baik dan sistematik."Justeru itu, masyarakat juga ingin menjadikan al-Quran bukan sekadar dibaca tetapi dipraktikkan dalam kehidupan," katanya ketika berucap sempena perasmian Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Daerah Dungun di Masjid An-Naim Sura Jetty Dungun, di sini, kelmarin.Satiful berkata, pada tahun ini, terdapat enam sekolah (SRIDI) dibangunkan sebagai permulaan dan akan diikuti dengan yang lainnya bagi melunaskan janji dalam manifesto PAS Terengganu yang akan mewujudkan sekolah berkenaan di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN)."Sebagaimana janji manifesto kerajaan negeri, 32 sekolah bagi 32 DUN termasuk sekolah rendah dan menengah akan dibuka pada tahun hadapan. Tahun ini, kita sedang baik pulih pembangunan dan infrastruktur," katanya.Menurut beliau lagi, Terengganu memberi komitmen yang tinggi ke arah melaksanakan syariat Islam walaupun terdapat suara sumbang pendokong fahaman liberal pro-barat yang beranggapan ajaran al-Quran terkebelakang.Dalam pada itu, beliau memberitahu, peringatan Allah Taala juga jelas bahawa sesiapa yang meninggalkan al-Quran, maka kehidupannya di atas bumi ini dalam kehinaan.Beliau juga berharap masyarakat dapat menerima suntikan rohani daripada peserta qari dan mendapat limpah rahmat dari Allah SWT ke seluruh negeri ini.
14 Jan 19
74
Empty Image
Salina Terima Rumah Flat Desa Keluarga YPKT
Oleh: Aslam WiraMARANG, 15 Januari - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menawarkan sebuah unit rumah kepada Salina Yusuf, 37 yang sebelum ini hidup dalam serba kekurangan tanpa bekalan elektrik dan sumber air di Rhu Renggeh, di sini.Pemberian rumah Flat Desa Keluarga itu bagaikan sinar kepada Salina yang kini hamil anak ketiga untuk tinggal bersama dua anak..Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wanita, Zuraida Md Noor berkata, hasil kerjasama Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rhu Renggeh, Salina Yusuf telah mendapat tempat tinggal baru.Katanya, dia gembira kerana dalam tempoh singkat, pihaknya dapat mengesan masalah itu sekali gus dapat membantu Salina sebelum melahirkan anak pada April nanti.“Rumah baru Salina berdekatan dengan kelas agama, fardhu ain dan mengaji, saya harap Salina dapat melibatkan diri dalam aktiviti tersebut,” katanya.Beliau berkata demikian ketika hadir menyerahkan kunci kepada Salina sempena perpindahannya ke Flat Rumah Desa Keluarga, baru-baru ini.
14 Jan 19
555
Empty Image
Masalah Pengairan Sawah Padi Akan Dirujuk Kepada JPS
Oleh: Dzakaria Mohd SallehSETIU, 15 Januari - Rungutan pesawah yang sudah hampir dua tahun tidak dapat  mengusahakan penanaman padi di Kampung Gong Setar di sini, ekoran masalah pengairan akan diatasi segera.Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, antara punca utama keadaan itu berlaku disebabkan oleh pasir dan air sungai berdekatan yang masuk ke sawah.Katanya, perkara tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Setiu."Kita pandang serius apa yang berlaku ini kerana ianya menjejaskan penanaman padi yang diusahakan oleh pesawah.“Insya-Allah, perkara ini akan dimaklumkan kepada JPS supaya dapat membaiki aliran sungai ini,” ujarnya kepada pemberita selepas meninjau kawasan sawah berkenaan, semalam.Shaharizukirnain berkata, keadaan aliran sungai yang tersekat akibat daripada kawasan tadahan air yang pecah juga menyebabkan hakisan berlaku."Aliran air terpaksa lalu ikut tanah kosong di sebelah sungai yang menyebabkan berlaku hakisan dan apabila hujan lebat aliran air ini akan masuk ke kawasan penanaman padi,” ujarnya.
14 Jan 19
268
Empty Image
Tarikh Tutup Sagu Hati Kelahiran 28 Februari Ini
KUALA TERENGGANU,  15 Januari - Bayi yang lahir bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu layak mendapat sagu hati kelahiran dari Kerajaan Negeri Terengganu bagi tahun 2018.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri,  Haji Hanafiah Mat berkata,  sagu hati itu akan diberikan kepada penjaganya sekiranya bayi berkenaan lahir di negeri tersebut dalam tempoh itu. Manakala tarikh tutup permohonan untuk sagu hati kelahiran bagi tahun lalu selewat-lewatnya pada 28 Februari ini. Menurut Haji Hanafiah,  syarat lain untuk mendapatkan sagu hati berkenaan ialah ibu bapa bayi yang bukan warga Terengganu mesti menetap di negeri itu melebihi tempoh 10 tahun. Bagaimanapun katanya,  sumbangan hanya berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional, bukan berbentuk wang tunai. Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini, mengulas tentang insentif berkenaan. Haji Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Chukai berkata, borang permohonan untuk tujuan itu, boleh diperolehi di lapan buah Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di seluruh negeri dan mesti dihantar ke pejabat tersebut sebelum atau pada tarikh tutup permohonan. Menurutnya,  setiap kelahiran bayi pertama hingga keenam,  bayi itu layak mendapat sagu hati sebanyak RM100 seorang. "Setiap kelahiran bermula bayi ketujuh sehingga ke-10, sagu hati untuk bayi berkenaan meningkat sebanyak RM100 setiap satu kelahiran."Ini bermakna kelahiran ketujuh mendapat RM200, kelahiran kelapan mendapat RM300, kesembilan RM400 manakala kelahiran ke-10 mendapat RM500," ujarnya. Katanya, setiap satu kelahiran selepas itu dikira sagu hati sebanyak RM500 sekali gus sebagai sagu hati maksima yang diberikan Kerajaan Terengganu kepada bayi berkenaan. Untuk keterangan lanjut, ibu bapa atau penjaga bayi tersebut boleh menghubungi nombor telefon pejabat YPK sebagaimana tertera dalam iklan berkenaan.
14 Jan 19
917
Empty Image
95 Pegawai Tadbir Terengganu Terlibat Dalam Pertukaran
KUALA TERENGGANU, 14 Januari - Seramai 95 pegawai tadbir kanan kerajaan negeri terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 16 Januari ini bagi memantapkan lagi urusan pentadbiran negeri.Makluman mengenai pertukaran itu dikeluarkan hari ini oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu di sini.Antara yang terbabit dalam rombakan itu ialah Samiun Salleh yang ditukarkan dari jawatan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).Jawatan Datuk Bandar MBKT akan diganti oleh Shahidan Embok yang merupakan Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Besut.Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Nerus, Datuk Tg. Farok Hussin Tg. Abdul Jalil ditukarkan ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Terengganu.Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu, Zulkifli Ali akan mengisi jawatan Pegawai Daerah/Pentadbir Kuala Terengganu. Rosdi Awang yang merupakan Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Setiu ditukarkan ke jawatan yang sama di Dungun.Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Marang, Mat Azmi Arshad ditukarkan ke jawatan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu. Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Ahmad Azmi Md. Salleh ditukarkan ke jawatan Pengarah Yayasan Islam Terengganu.Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Osman A. Bakar akan memulakan tugasnya sebagai Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kemaman manakala Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT), Rozali Salleh ditukarkan ke jawatan Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Besut.Tun Ahmad Faisal Tun Abd. Razak pula ditukarkan dari jawatan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menjadi Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Marang.
14 Jan 19
423