lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kenangan Dr Mamad Bersama Ustaz Satiful Bahri 16 Tahun Lalu
KUALA TERENGGANU, 17 Januari - "Kenangan yang saya tidak akan lupakan," kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijaunegeri, Dr Mamad Puteh ketika mengimbau kenangan tahun 2003 (16 tahun lalu) bersama Ustaz Satiful Bahri Mamat.Ketika itu, Kerajaan Terengganu ditadbir oleh PAS, pelbagai perancangan kerajaan menghantar kepimpinannya meninjau pentadbiran negara-negara Islam luar negara termasuk negara Nigeria.Ketika itu Dr Mamad bertanding dalam Pilihan raya Umum ke-10 (PRU10) dan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang.Dr Mamad memuat naik gambar berkenaan di Facebook beliau sempena tular aktiviti netizen di media sosial mengenai Cabaran 10 tahun (10 Years Challenge) termasuk memuat naik gambar 10 tahun lalu untuk dibezakan dengan personaliti mereka terkini."Ramai yang buat #10yearschallenge. Belek gambar-gambar lama, terjumpa gambar ni (gambar di atas). Bersama sahabat baik saya Ustaz Satiful Bahri Mamat yang sekarang ni ADUN Paka. Tapi ini bukan 10 tahun yang dahulu, masa ni tahun 2003. "Gambar ni gambar kenangan masa muda, melihat perkembangan pelaksanaan Islam di Nigeria. Pakai pakaian seperti di atas bukannya apa, 'luggage' kami dari Sudan ke Nigeria tidak dihantar. Bahkan apabila kami balik semula ke Sudan, didapati semua 'luggage' kami masih berada di 'airport'. Gambar ini diambil selepas solat Jumaat," jelas beliau.Itulah gambar kenangan yang tidak dapat dilupakan beliau. 
16 Jan 19
94
Empty Image
MPKK Kg Cina Gesa Segerakan Pembangunan
KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Cina, di sini, menggesa pemaju supaya menyiapkan segera pembangunan yang dirancang berikutan pengambilan tanah di kawasan itu melibatkan kepentingan orang ramai.Pengerusi MPKK Kampung Cina, Chua Kim Huat atau lebih dikenali Jefri Chua berkata, jika projek belum dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat, pihaknya berharap pemaju dapat  membersihkan kawasan terlibat yang kini menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. “Tanah ini diserahkan kepada pemaju dan sekarang ini (kes pembiakan nyamuk) sudah beritahu kepada Ustaz Ahmad Shah (ADUN Bandar) dengan MBKT (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) melalui MPKK."YB (Yang Berhormat) tandatangan untuk suruh bersih kawasan ni. Kalau tidak kita boleh saman kerana tidak boleh dibiarkan begini," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kampung Cina, di sini, hari ini.Jefri berkata, kerajaan sebelum ini mengambil tanah tersebut daripada orang kampung yang terdiri daripada kaum Cina dan Melayu.“Sudah tujuh, lapan tahun kawasan terbabit menjadi semak. Rancangan dia (pemaju) nak buat kondominium  40 tingkat.“Kita sudah cadangkan supaya bersih dahulu dan buat tempat 'parking' sementara untuk jangka pendek.“Pada masa panjang kalau ikut lunas undang-undang kerajaan perlu ambil balik. Tak boleh biarkan begini sampai 100 tahun,” ujarnya.Justeru itu, beliau mencadangkan supaya dibuat parkir sementara untuk jangka masa pendek sebelum pembangunan untuk jangka panjang dapat dilaksanakan seperti dirancang pemaju.Kata Jefri lagi, beliau juga dimaklumkan bahawa pada asalnya tanah tersebut diserahkan kepada pihak pemaju untuk dijadikan sebuah hospital swasta.
16 Jan 19
606
Empty Image
Hanya Mahkamah Dapat Buktikan Bersalah - MB Terengganu
Penjawat awam dinasihatkan berkhidmat penuh amanah dan integriti.KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Kerajaan negeri kekal mempertahankan prinsip keadilan bahawa seseorang itu benar-benar bersalah apabila telah dibuktikan di mahkamah.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagaimanapun, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana salah laku jenayah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan penjawat awam."Kita menyerahkan kepada pihak berkuasa tentang tempoh reman mereka. Saya percaya, apabila tempoh ini berakhir mereka akan kembali bertugas di jawatan masing-masing."Kita mesti ingat bahawa prinsip keadilan, seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah, bukan di media atau di peringkat persepsi," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, hari ini.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Serah Tugas Pegawai Kanan Negeri dan Angkat Sumpah Pihak Berkuasa Tempatan yang menyaksikan 16 pegawai kanan menerima watikah pelantikan bagi jawatan utama negeri.Dr Samsuri mengulas penahanan reman seorang pegawai daerah negeri ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad lalu.Sebagai pemimpin negeri, Dr. Samsuri berharap kes berkenaan adalah kes terpencil yang berlaku di negeri ini.Dr. Samsuri melihat pegawai kanan yang dilantik menandatangani penerimaan watikah pelantikan.Beliau menjelaskan, kerajaan negeri konsisten untuk mempunyai jentera pentadbiran yang bebas daripada apa jua salah guna kuasa sama ada melibatkan kewangan atau perjawatan mereka."Kita menyeru semua penjawat awam terutamanya di negeri Terengganu untuk berkhidmat penuh amanah dan berintegriti kerana kita hanya menjalankan tugas."Sebagai Muslim, ini adalah satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT."Ia juga perlu menjadi benteng kepada semua anggota pentadbiran di pelbagai peringkat, seluruh jentera termasuklah semua ahli politik di negeri ini," katanya.
16 Jan 19
74
Empty Image
Tarif Air Naik: Terengganu Kaji Kesan Kepada Rakyat
Dr. Samsuri teliti tarif wajar supaya tidak membebankan rakyat.KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Kerajaan negeri dalam proses meneliti cadangan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dalam menentukan tarif air di Terengganu dengan mengutamakan kesan kenaikannya kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan serta melihat lebih terperinci kesan pelaksanaan itu kepada pengguna."Apa yang menjadi keutamaan negeri adalah kesan kenaikan (tarif air) kepada rakyat awam yang berpendapatan rendah adalah pada tahap yang sangat minima, ini adalah komitmen kita."Saya percaya akan berlaku sedikit kenaikan tetapi kita akan mengkaji seluruh segmen masyarakat terutama golongan yang memerlukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Tugas Pegawai Kanan Negeri dan Angkat Sumpah Pihak Berkuasa Tempatan di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Di majlis tersebut, seramai 16 pegawai kanan menerima watikah pelantikan bagi jawatan utama negeri  melibatkan Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Daerah.Tarif air Syarikat Air Terengganu (SATU).Ketika ditanya mengenai kadar tarif baharu, Dr. Samsuri menyatakan keperluan menjustifikasikan tarif kerana berlaku peningkatan operasi dan perubahan inflasi serta kadar bekalan keperluan rakyat itu."Ini sedang kita teliti tentang keperluan untuk melaksanakan tarif baharu dan kesannya kepada kewangan, syarikat air dan perkara berkaitan."Melalui inisiatif negeri memberi bantuan perbelanjaan air kepada kalangan rakyat tertentu, saya percaya kesan yang akan berlaku adalah pada tahap minima. Kita akan capai keputusan setelah melakukan penelitian sebelum pertengahan Februari  ini," katanya.Pada masa ini, tarif air di Terengganu adalah pada kadar 42 Sen pada 0 hingga 20 meter padu (m3) bagi rumahtangga dan RM15 hingga RM300 pada 0 hingga 70 m3 bagi perdagangan, perusahaan, ladang kapal dan bot perdagangan serta bangunan kerajaan.Manakala, bagi surau dan masjid pula, nilai yang dikenakan pada kadar 0 hingga 50 m3 adalah percuma.
16 Jan 19
1228
Empty Image
Mangsa Lemas Ditemui Terapung
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 16 Januari - Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri  lemas selepas terjatuh dalam Sungai Jerteh, berhampiran Kampung Dengir, Kuala Besut, dekat sini, pada Isnin lalu ditemui terapung di permukaan sungai berkenaan pada pukul 8.50 pagi iniSusulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan penyelamat yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta dibantu penduduk kampung ditamatkan kira-kira jam 9 pagi.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat mencari mangsa sehingga berjaya menemui mayatnya pagi ini."Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan operasi kali ini."Kita mengharapkan ahli keluarga mangsa tabah dengan ujian yang melanda, semoga semuanya baik," katanya ketika meninjau bilik operasi SAR, di Sungai Tok Raja, Jerteh, di sini.Mangsa yang berasal dari Kampung Telok Alor Lintah, Jerteh berusia 46 tahun.
16 Jan 19
85
Empty Image
Ziarah ADUN Gembirakan Penduduk
Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 16 Januari - Dalam kesibukan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili tetap meluangkan masa menziarahi penduduk kampung di kawasan itu.Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Chabang, Jamarill Ahmad berkata, program ziarah bertemu rakyat dari rumah ke rumah banyak memberi kesan baik kepada rakyat dan juga pihak pimpinan kerajaan sendiri."Seingat saya, Ir Saiful Azmi adalah antara ADUN yang tidak putus menjenguk rakyat," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Program Ziarah ADUN Kemasik ke Kampung Chabang, Kertih, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi MPKK Kampung Chabang, Yusof Ghani.Pada program ziarah itu, Ir Saiful berkesempatan berkunjung ke rumah seorang warga emas, Muda Md Jin, 66, yang tinggal tidak jauh dengan jalan utama dari Chabang ke Kemasik.Lebih dikenali dengan panggilan Pok Ya, Muda Md Jin yang mengalami sakit usus menzahirkan kegembiraan dengan kunjungan ADUN Kemasik itu."Terima kasih banyak-banyak, YB (Yang Berhormat) kerana sudi menjenguk kami sekeluarga yang kurang bernasib baik ini," kata Pok Ya yang sebelum ini telah menjalani pembedahan di Hospital Kemaman.Dalam lawatan itu, Ir Saiful turut bertanya khabar menantu Pok Ya yang sarat mengandung dan tinggal bersebelahan dengan rumahnya.
16 Jan 19
43
Empty Image
Jambatan Sri Bayas Akan Dibina Jun Ini
Oleh: Abd Muhaimin MuhammedSETIU, 15 Januari - Pembinaan Jambatan Kampung Sri Bayas, di sini sepanjang 100 meter dan jalan raya sejauh satu kilometer yang membabitkan peruntukan RM10 juta dijangka akan mula dibina selewat-lewatnya Jun ini.Menurut Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, jambatan tersebut sudah diluluskan dalam pembentangan Dewan Negara baru-baru ini di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.Katanya, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) turun melawat tapak jambatan itu bertujuan untuk mereka bentuk pelan, mengenal pasti kesesuaian lokasi, keluasan dan ketinggian jambatan sebelum dapat dibina paling lewat Jun ini.“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak terlibat kerana telah menyenaraikan jambatan itu sebagai projek terdesak dan akan dibina dalam  tempoh terdekat,” katanya selepas Lawatan Kerja Meninjau Tapak Jambatan bersama JKR, hari ini.Sementara itu, menurut Jurutera JKR Daerah Setiu, Wan Zaid Sulong berkata, pihaknya akan melihat keadaan fizikal lokasi dan akan mula mereka bentuk pelan jambatan dan jalan tuju yang akan dibina."Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Setiu yang telah berusaha bagi merealisasikan pembinaan jambatan baharu ini yang telah sekian lama dibuat permohonan,” katanya.
15 Jan 19
375
Empty Image
Dua MB Adakan Lawatan Susulan Ke Pejabat PM
Dr Ahmad Samsuri (kanan) dan Ustaz Ahmad Yaakob (dua dari kanan) bertemu Tun Dr Mahathir (kiri) di Putrajaya beberapa hari lalu. PUTRAJAYA, 16 Januari - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob mengadakan lawatan susulan bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri di sini beberapa hari lalu.Ia bertujuan untuk mengadakan perbincangan lanjut berkait dengan kepentingan dua hala antara dua kerajaan pantai timur itu dengan Kerajaan Persekutuan.Beberapa keping gambar berhubung lawatan itu telah dimuat naik di status Facebook Dr Ahmad Samsuri beberapa hari lalu.MB Terengganu (kiri) dan MB Kelantan ketika berada di Putrajaya beberapa hari lalu."Bersama Yang Amat Berhormat (YAB) Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan membuat lawatan susulan ke pejabat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Putrajaya semalam," katanya.Rakyat dan kerajaan kedua-dua negeri tersebut mengharapkan Tun Dr Mahathir meneruskan agenda federalisme dengan menumpukan kepada keperluan rakyat, negara dan kedua-dua negeri tersebut agar faedah pentadbiran baharu itu dirasai oleh semua pihak.
15 Jan 19
696
Empty Image
MB Terengganu Temui Duta Mesir Bincang Pusat Bahasa Arab
Salah Mohi Eldin (tengah) melihat salinan MoU antara Kerajaan Terengganu dengan Universiti Al-Azhar ketika Dr Ahmad Samsuri dan rombongan kerajaan mengunjungi Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur baru-baru ini.KUALA LUMPUR, 16 Januari - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta rombongan kerajaan negeri mengadakan lawatan muhibbah bertemu Duta Besar Mesir, Salah Mohi Eldin Elwassimydi kedutaan negara itu di sini baru-baru ini bagi membincangkan Pusat Bahasa Arab (Markaz Lughah) yang bakal dibina di Terengganu.Dalam pertemuan itu, Dr Ahmad Samsuri mengemukakan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Al-Azhar dan kerajaan negeri mengenainya untuk maklumat dan tindakan sewajarnya dari kerajaan negara itu.Difahamkan, Salah Mohi Eldin mengambil maklum dan akan membincangkan lebih lanjut dengan pihak berkenaan untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri itu.Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kanan) menghadiahkan kayu gaharu Terengganu kepada Salah Mohi Eldin (tiga dari kiri).Rombongan tersebut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan beberapa orang pegawai kerajaan.Terdahulu, kerajaan negeri memperuntukkan RM2.5 juta menerusi Belanjawan 2019 bagi penubuhan Pusat Bahasa Universiti Al-Azhar cawangan Negeri Terengganu.Satiful Bahri ketika bersiaran di Manis FM baru-baru ini berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan penubuhan Markaz Lughah yang pertama di Malaysia itu yang mana kedua-dua pihak telah menandatangani MoU di Mesir pada Oktober lalu.Salah Mohi Eldin (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Dr Ahmad Samsuri.Menurut beliau, penubuhannya memberi banyak manfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi di negeri Terengganu terutamanya dari segi penjimatan kos dan tempoh pengajian sebelum meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar.Katanya, berperanan sebagai pusat persediaan dan penguasaan bahasa Arab, ianya bakal ditempatkan di bangunan Hab Digital Terengganu, TD1303.“Sekarang dalam proses penyeliaan tempat dan sebagainya, malah kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan untuk membaik pulih bangunan TD1303 untuk dijadikan pusat bahasa ini."Yang paling penting, sijil Markaz Lughah ini diiktiraf di serata dunia dan menjimatkan masa para pelajar yang bakal menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar kerana tidak perlu mengambil bidang bahasa Arab di sana, sebaliknya terus masuk ke kuliah," ujarnya.Dr Ahmad Samsuri (tengah) bersama rombongan kerajaan negeri bergambar dengan Salah Mohi Eldin (tiga dari kanan) dalam pertemuan di Kedutaan Mesir, Kuala Lumpur baru-baru ini.Katanya, kerajaan negeri bertuah kerana dapat bekerjasama dengan universiti berkenaan yang mempunyai sistem kurikulum yang baik dan para pensyarah yang berkemahiran dalam melatih para pelajar.
15 Jan 19
545
Empty Image
Di Sebalik Lunak Alunan Azan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 16 Januari - Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa bilal yang lunak mengalunkan azan di Masjid An Naim sebenarnya seorang yang hampir hilang penglihatan. Zakaria Yaakub, 62, yang bertugas sebagai bilal di masjid tersebut sejak lapan tahun lalu telah kehilangan penglihatan mata kanan manakala sebelah lagi kabur. Isterinya, Khadijah Hashim kini terpaksa memandu untuk menghantar suaminya ke masjid setiap kali tiba giliran bertugas sebagai bilal."Dah tiga tahun mata sebelah kanan suami mak cik tidak nampak. Giliran pak cik bertugas pada setiap Selasa dan Rabu dan mak ciklah yang hantar dia," katanya. Menurut Khadijah, Zakaria yang lebih dikenali sebagai Pok Bakar juga mengajar al-Quran di rumah dan pandai mengurut. "Kalau orang nak berurut, mak ciklah yang hantar dia ke rumah orang tu, lepas tu mak cik ambil," kata Khadijah yang juga pandai mengurut setelah belajar dengan suaminya. Sementara itu, Penolong Pegawai Hal Ehwal Kemasyarakatan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rantau Abang, Muhammad Muaz Anuar berkata, beliau bersimpati dengan keadaan Pok Bakar. Pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan bantuan menerusi Tabung Darul Iman memandangkan warga emas itu turut menghidap penyakit kencing manis kronik.Katanya, banyak peruntukan yang  disalurkan oleh agensi kerajaan kepada yang berhak tidak diketahui ramai kerana kurang mendapat maklumat. "Seperti Tabung Darul Iman (TDI), Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)."Ada yang sepatutnya layak, misalnya kena potong jari dikira kencing manis kronik, jadi dia layak memohon Tabung Darul Iman. Datanglah ke pejabat i-MiTS, kita akan bantu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat i-MiTS Rantau Abang, kelmarin.
15 Jan 19
41